April 16, 2015

21 Video @cmlimguaneng Lari Enggan Menjawab Isu Ketidakhadiran Pengundian POTA Di Parlimen



Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng, melarikan diri apabila ditanya wartawan akhbar berbahasa Cina kenapa beliau yang menentang 'Prevention of Terrorism Act' atau Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) tidak hadir ke Dewan Rakyat semasa proses pengundian akta berkenaan. Lim Guan Eng diberitakan berada di Australia semasa POTA dibahaskan di Parlimen, baca di sini. Untuk rekod Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong berada di Australia yang turut bersama Lim Guan Eng telah hadir di seminar Hudud bersama pelajar-pelajar di sana.

Empat orang lagi Ahli Parlimen DAP juga tidak hadir semasa proses mengundi POTA. Persoalan yang timbul di sini adalah Ketua Menteri Pulau Pinang boleh mengadakan tiga atau empat kali sidang media dalam sehari tetapi kenapa beliau melarikan diri dari wartawan untuk menjawab persoalan berkenaan? Sekiranya Ketua Menteri Pulau Pinang tidak melakukan sebarang kesalahan walaupun ponteng sidang Dewan Rakyat, beliau seharusnya bersikap 'gentleman' untuk menghadapi media dan wartawan.

Kalau CTS menjadi wartawan persoalan yang ingin ditanya adalah mana lebih penting bagi Liew Chin Tong, bahas dan mengundi POTA di Parlimen atau hadir seminar Hudud di Australia? Satu lagi, Lim Guan Eng buat apa di Australia? Beliau bukan pergi dengan rombongan Kerajaan Negeri. Malah Langsung tidak ada berita dikeluarkan oleh akhbar DAP, Roket dan Buletin Mutiara berita lawatan beliau ke Australia.

Kredit video - Rakan Facebook Azizi Safar.

0 Pemimpin MCA Giat Turun Padang Beri Penerangan Isu GST


Tidak seperti pemimpin-pemimpin DAP yang sering menyalahkan Kerajaan dan lepas tangan dari membantu peniaga-peniaga terutama dari kaum Cina mengenai isu Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST), pemimpin-pemimpin MCA pula giat turun padang untuk memberi penerangan, mendapatkan maklum balas serta menyelesaikan masalah peniaga-peniaga berkenaan. 

Semalam, Ahli Parlimen Labis yang juga Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong turun melawat kedai-kedai di Taiping untuk membuat tinjauan pelaksanaan GST dengan pegawai Jabatan Kastam Negeri Perak dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan mendengar masalah yang dihadapi oleh kedai-kedai runcit dan restoran. 

Beliau ketika ditemui berkata beliau meminta anggota Kastam serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya tidak terlalu agresif ketika turun padang, sebaliknya memberi bimbingan agar pihak peniaga lebih faham mengenai pelaksanaan GST. 

Mungkin cara ini lebih berkesan untuk tempoh masa terdekat memandangkan GST merupakan satu bentuk percukaian baru yang mengantikan sistem percukaian Cukai Jualan Dan Perkhidmatan (SST) yang sedia ada. Tempoh 'masa bertenang' perlu diberikan kepada peniaga-peniaga sebelum penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan.





22 Luahan Hati Rozita Che Wan - Begini Rupanya Rakyat Marhaen Di Malaysia


Aktres jelita dari utara, Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta menyatakan sokongan terbuka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad selain menyatakan bekas Perdana Menteri itu tidak pernah berseorangan.

Dalam catatan di laman Instagram miliknya semalam, Che Ta mengakui ramai lagi pengikut dan rakyat negara ini berada di belakang Dr Mahathir selain memberi sokongan kepada perjuangannya. Katanya di laman Instagramnya semalam:
"Tun tidak keseorangan..kami sentiasa teguh di belakang. Tapi kami ni orang marhain, siapa hendak dengar suara kami."
Orang marhaen rupanya Rozita Che Wan ni ye. Mari kita lihat bagaimana orang marhaen hidup di Malaysia:

1. Rakyat marhaen boleh memiliki beg-beg tangan mewah sampai satu stor, cuba anda bayangkan bagaimana orang-orang kaya di negara kita?


2. Rakyat Marhaen seperti Che Ta boleh melancong ke luar negara dengan mewah.




3. Rakyat marhaen boleh membelikan anak kereta Audi R8 berharga RM660,000 yang mendapat keputusan cemerlang SPM.


4. Che Ta tak suka GST 6%, tapi Che Ta suka shopping kat London dengan VAT/ GST 20%.


CTS tidak kisahlah Che Ta nak beri sokongan kepada sesiapapun baik Tun Dr Mahathir mahupun Adolf Hitler. Cumanya janganlah menjadi hipokrik dan munafik hendak mengaku Rakyat Marhaen. Mungkin Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) boleh membuat semakan tak adakah Rakyat Marhaen seperti ini membayar cukai pendapatan sebagai seorang Rakyat Malaysia yang setia dan bertanggungjawab.

April 15, 2015

0 CEO SPAD Turun Padang Sebarkan Info 'MeterOn'


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),  Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal hari ini turun padang bersama-sama sepasukan anak buahnya untuk memberi penerangan mengenai aplikasi ‪'MeterOn'‬ kepada orang ramai terutama pengguna-pengguna teksi di sekitar KL Sentral. Orang ramai yang ditemui merasa teruja dengan pembangunan sistem berkenaan dan rata-ratanya masih belum mengetahui kepentingan penggunaan aplikasi berkenaan. 

Aplikasi 'MeterOn' yang dibangunkan oleh SPAD, adalah merupakan aplikasi untuk pengguna teksi dan ia adalah percuma. Pengguna boleh memuat turun aplikasi berkenaan melalui 'Google Play' dan juga 'iOS App Store'. Terdapat 6 ciri utama didalam aplikasi ini dimana pengguna teksi boleh mendapatkan 1. Pengesahan Pemandu . 2. Menjejaki perjalanan 3. Mendapatkan anggaran tambang. 4. Penilaian pemandu dan penggunaan meter 5. Menghantar isyarat kecemasan 6. Menghantar maklum balas/aduan.






5 FELDA Zahirkan Sokongan Padu Kepada Perdana Menteri DS @NajibRazak


Pengerusi FELDA, TS Mohd Isa Abdul Samad bersama pucuk pimpinan dari 11 wilayah tanah rancangan itu berikrar berdiri teguh di bawah pimpinan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak yang selama ini banyak berjasa membangunkan FELDA dan kehidupan masyarakatnya. TS Mohd Isa berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan khas dengan pimpinan peneroka di Felda Keratong 3, di Rompin, hari ini.

TS Mohd Isa berkata, jasa yang dilakukan Perdana Menteri terhadap masyarakat FELDA sejak beliau mula mengetuai Felda pada 2004 tidak akan dilupakan dan warga FELDA dengan ikhlas hati akan terus memberikan sokongan terhadap pimpinan beliau. Pada majlis tersebut TS Mohd Isa menerima memorandum tanda sokongan masyarakat FELDA terhadap pimpinan Perdana Menteri yang disampaikan wakil generasi baharu FELDA, Datuk Dr Shamsul Anwar. Sokongan itu turut disuarakankan oleh Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), Gerakan Persatuan Wanita (GPW) FELDA dan Gabungan Pemikir Profesional FELDA (Gaprof).

Mohd Isa menambah, biarpun ada beberapa permasalahan yang timbul, namun FELDA melihat DS Najib Tun Razak telah berusaha menguruskannya dengan baik dengan cara tersendiri dan FELDA berpuas hati dengan penerangan isu-isu yang dibangkitkan. Beliau turut berpendapat segala teguran yang dilontarkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed adalah hak peribadi.

0 3 Kenderaan Awam Disita SPAD Kerana Menggunakan Aplikasi 'EasyTaxi'


Tiga kenderaan persendirian tidak berlesen untuk mengambil penumpang di sekitar Lembah Klang melalui aplikasi 'EasyTaxi' telah disita dalam operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Da­rat (SPAD) malam tadi. Kemderaan-kenderaan berkenaan adalah sebuah Perodua Alza, sebuah Proton Gen2 dam sebuah Toyota Avanza. Selain daripada itu, operasi 'Apps Easy Taxi' itu juga turut menyita 9 buah Teksi Bajet kerana tidak menggunakan meter. Kesemua kenderaan tersebut telah dihantar ke Tapak Sitaan di Sepang.

Pengurus Besar Bahagian Penguat­kuasaan SPAD, Datuk Che Has­ni Che Ahmad berkata penggunaan aplikasi itu dikesan mula beroperasi sejak awal bulan ini serta bergiat aktif di sekitar Lembah Klang. Menurut beliau, walaupun hanya tiga kenderaan yang berjaya disita, SPAD percaya operasi yang pertama kali diadakan ini akan memberi amaran keras kepada pihak yang terbabit dan SPAD akan meneruskan operasi ini sehingga mendapat dalang yang bertanggungjawab mewujudkan aplikasi berkenaan.

Datuk Che Hasni juga berharap penumpang tidak menggunakan aplikasi tersebut kerana selain beroperasi secara haram, perkhidmatan itu juga tidak mempunyai perlindungan insurans jika berlaku kemalangan. Malah katanya, penggunaan aplikasi 'Easy Taxi' juga tidak adil dan menjejaskan periuk nasi pengusaha dan pemandu teksi yang berlesen. Che Hasni berkata bagi kenderaan yang ditahan kerana menjalankan perniagaan terbabit akan disita dan mereka yang terbabit akan dikenakan hukuman tidak melebihi RM10,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.


April 14, 2015

32 Isu Tayar Celup Diutarakan Lando - Perlukah Diharamkan?


Dua tiga orang menghantar email kepada CTS meminta komen berkaitan dengan posting yang dibuat oleh Lando di media sosial Facebooknya mengenai tayar celup. Untuk rekod, Lando merupakan seorang pelakon (jangan tanya CTS apa drama dan filem yang dilakonkan olehnya) dan juga menganggotai kumpulan motosikal besar yang dikenali sebagai "Brotherhood". 

Komen yang dibuat beliau di atas agak kasar sehingga mengelarkan Datuk Ab Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan sebagai "Tayar Celup Anak Kaprawi". Agak kurang ajar memanggil nama bapa seseorang dengan meletakkan nama benda. Mungkin beliau marah apabila Datuk Ab Aziz di dalam sidang parlimen baru-baru ini menyatakan Kerajaan masih belum bercadang untuk mengharamkan tayar celup.

Berbalik kepada isu tayar celup dan serpihan yang beliau alami di jalanraya. Mungkin sebagai pemilik motor besar, beliau mengharapkan jalanraya mesti bersih untuk beliau dan rakan-rakan untuk menunggang? Sepertimana egonya pemilik motor besar di jalanraya seperti mana CTS alami setiap hari, begitulah egonya si Lando ini. Mereka merasakan jalanraya mak bapak mereka yang punya.

Bukankah Malaysia ada standard dan piawai tayar celup dibenarkan dan diluluskan? Yang menjadi masalah ialah pengguna yang tidak ikut standard. CTS agak tidak bersetuju jika tayar celup diharamkan terus. Alasannya adalah jika tayar celup diharamkan, Rakyat kena bersedia apabila semua pengusaha kenderaan berat dan komersial menaikkan kos pengangkutan akibat kos menggunakan tayar baru dan asal. Harga barang akan naik dan seterusnya akan meningkatkan inflasi. Sanggup ke dalam keadaan sekarang untuk sebarang kenaikan harga barangan ini?

Semua pihak mempunyai kepentingan. Lando juga sudah utarakan suara sebahagian kecil pengguna jalanraya. Dari sudut pengusaha lori pula kos menjadi keutamaan. Bila pengusaha lori tidak boleh pakai tayar celup, kos pengangkutan meningkat. Pengguna juga yang kena tanggung akibatnya. Yang penting, tayar yang digunakan perlu ikut spesifikasi dan tidak botak. 

Di sini perlunya pemantauan rapi dan tegas daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Pemeriksaan berkala ke atas operasi memeriksa tayar lori lebih berfaedah dari operasi cermin gelap dan nombor plet. Selain itu pemilik konsesi lebuhraya juga perlu memainkan peranan untuk pastikan tiada serpihan tayar bersepah di jalanan.


7 Seloka KWSP

K ami kerja dari muda
W ang kami wajib disimpan
S ampai masa bila nak guna
P engluaran pulak sudah dilanjutkan
K ira-kira nak beli rumah
W ang yang ada nak jelas kereta
S iapa pulak pandai mengubah
P unah harapan nak ada harta
K alau sengkek katakan sengkek
W ang kami jangan disakau
S iapa berharta bertingkek-tingkek
P andang remeh memang tak hirau
K udrat dibanting sesenja usia
W ang simpanan sinar harapan
S aranan kami kekalkan sahaja
P ayah benar kalau dilanjutkan
K alau benar mahu membantu
W alau susah digayakan juga
S emua orang matlamatnya satu
P ersaraan nanti akan terjaga
K umpul W ang S ecara P otongan
K erana W arta S emua P eka
K eluar W ang S eusia P ersaraan
K an W ajar S ecerdik P endita
K alam W akalah S emua P ekerja

Karya - Anonymous.

9 Kenapa @ktmkomuter Buat Selenggara Di Siang Hari? Sengaja Sabotaj Kerajaan & Susahkan Rakyat? @liowtionglai @AKaprawi


Sudah hampir sebulan pengguna-pengguna KTM Komuter mengalami masalah kelewatan perkhidmatan tren akibat daripada kerja-kerja menaiktaraf sistem persemboyanan/signalling yang dijalankan di sektor Lembah Kelang. Kita akui alasan yang diberikan oleh pihak KTMB bahawa kerja-kerja meniaktaraf ini adalah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan di masa hadapan bagi keselesaan penumpang-penumpang.

Namun masalah menjadi kronik apabila KTMB melanjutkan kerja-kerja penyelenggaraan lagi sebulan sehingga tempoh 15 Mei 2015! Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir tidak ada akal kah untuk susahkan pengguna-pengguna KTM Komuter? Tidak bolehkan mengimbangkan di antara keperluan pengguna dan membangunan fasiliti? Bukankah ini caranya menang-menang?

Kenapa mesti kerja-kerja penyelenggaraan pemsemboyanan/signalling mesti dibuat pada masa waktu puncak (peak hours)? Bukankah pada waktu ini pengguna-pengguna mengejar waktu untuk ke pejabat dan untuk pulang ke rumah? Tidak bolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dibuat di luar waktu puncak atau pada masa waktu KTM Komuter tidak beroperasi iaitu daripada 12.00 tengah malam hingga pukul 6.00 pagi? Adakah Datuk Elias Kadir sengaja mahu menyusahkan pengguna sehinggakan mereka marah dan salahkan Kerajaan? Baca sebahagian rungutan-rungutan pengguna seperti di bawah:





0 Warlords UMNO Masih Menyerang Sesama Sendiri - DAP Sudah Bertapak Di Timur Tengah



Kalau bukan Melayu sendiri yang mahu menjatuhkan Kerajaan Melayu, siapa lagi? Sedang pemimpin-pemimpin UMNO sibuk "bertanyakan soalan" dan "menjawab persoalan", kaum-kaum Cina DAP sibuk mengembangkan pengaruh mereka ke Timur Tengah. Orang-orang Melayu tidak habis-habis membicarakan tentang jambatan bengkok - nak bina atau tidak, kes Altantunya yang telahpun dimuktamadkan di Mahkamah Persekutuan dan dimanjai dengan isu BR1M dan GST yang tak sudah-sudah sedangkan bangsa Cina DAP mempunyai agenda yang lebih besar.

DAP yang selama ini terkenal dengan sikap 'chauvinism' mereka mampu mewujudkan kelab DAP Mesir. Sehari dua ini pemimpin-pemimpin mereka seperti Lim Kit Siang, Teresa Kok, Steven Sim dan Khairil Khir Johari sedang "menjual" idealisme mereka kepada penduduk-penduduk Malaysia di Timur Tengah. Orang-orang Melayu dalam sejarah memang terkenal sebagai bangsa yang gah dan terkenal dalam sejarah juga dari sudut kejatuhan Kerajaan Melayunya. Sampai bila kita hendak belajar?

April 13, 2015

23 Pemuda UMNO Menyokong Penuh Kepimpinan DS @NajibRazak Tahniah Chief @Khairykj

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata Pemuda UMNO berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak, di dalam pertemuan Presiden UMNO dengan Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian seleuruh Malaysai, petang tadi.

Pemuda UMNO melahirkan sokongan teguh tanpa ada keraguan lagi dan Pemuda UMNO akan menjelaskan kepada ahli parti dan orang ramai mengenai perkara berbangkit. Khairy berkata, kita dalam Pemuda bukan pengikut membuta tuli. Beliau menambah, kalau hendak bagi sokongan palsu dan berpura-pura dan bermuka-muka depan Perdana Menteri tiada gunanya kerana kapal UMNO akan karam.

Dalam perjumpaan tertutup lebih satu jam tersebut, Presiden UMNO diberitakan telah memberi penjelasan mengenai isu 1MDB, isu Altantuya, isu jet kerajaan, isu jambatan bengkok, isu GST, isu ekonomi dan lain-lain isu semasa.

Isu yang diberi penjelasan kebanyakan nya bertumpu kepada soal-solan yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir. Presiden UMNO bersetuju untuk mempercepatkan pengauditan 1MDB dan mengambil tindakan tegas keatas mereka-mereka yang didapati menyeleweng.

13 Datuk @AhmadMaslan Patut Saman R Sri Sanjeevan Fitnah Beliau Pakai Rolex Submariner


Aktivis Anti-Jenayah, R Sri Sanjeevan telah memfitnah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan memakai jam Rolex Submariner yang dianggarkan bernilai antara RM30,000 hingga RM40,000 seutas. Dakwaan Sanjeevan itu dibuat dalam beberapa siri gambar disiarkan di laman sosial Facebook beliau. Sri Sanjeevan turut memaparkan beberapa ahli politik lain bersama jam dipakainya, berserta model dan harga dianggarkan.

Hari ini, Datuk Ahmad Maslan ketika menjawab persoalan berkenaan berkata, ini adalah fitnah yang dimainkan oleh pembangkang. Beliau berkata beliau tidak pernah memiliki jam Rolex Submariner dan tidak pernah memakainya. Sebaliknya beliau hanya memiliki jam yang biasa sahaja. CTS cadangkan agar Datuk Ahmad Maslan mempertimbangkan untuk menyaman Sanjeevan ke atas fitnah yang cuba merosakkan reputasi beliau.

0 Tahniah!!! Pengerusi Perhubungan MCA Sabah Dilantik Senator


Pengerusi Perhubungan MCA Sabah, Wilfred Yong Chen Leong, hari ini mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara. Upacara angkat sumpah dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang. Wilfred Yong yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat MCA dan Pengerusi MCA Bahagian Sepanggar, dilantik bagi tempoh tiga tahun. 

Beliau pernah menjadi Naib Ketua Pemuda MCA Kebangsaan dan Ketua Pemuda MCA Sabah bagi tempoh lima tahun bagi tahun 2008 hingga 2013. Wilfred Yong merupakan peguam berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Tasmania, Australia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Preston, Amerika Syarikat.

Perlantikan ini merupakan lagi satu pengiktirafan kepada MCA. Adalah diharapkan Senator Wilfred Yong akan membawa nama baik MCA untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai penggubal undang-undang negara dengan berkesan, agar dewan dapat membuat keputusan bijak dan efektif untuk kebaikan masyarakat.

Persidangan Dewan Negara bagi penggal ini yang akan bermesyuarat selama 11 hari bermula hari ini akan membahas dan dijangka meluluskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dan 15 rang undang-undang yang diluluskan Dewan Rakyat. 

11 Adakah Surat Layang Ini Punca Kekalahan Teruk Nizar Jamaluddin Untuk Jawatan YDP PAS Kampar?


Mantan Menteri Besar Perak, DS Mohd Nizar Jamaluddin semalam tewas dalam perebutan jawatan Yang Di Pertua (YDP) PAS Kampar dengan lawannya Ustaz Suffian. Nizar Jamaluddin sekadar memperolehi 24 undi manakala Ustaz Suffian pula memperolehi 146 undi. Ini merupakan satu petanda besar penolakan besar-besaran ahli-ahli PAS terhadap PASMA dan juga boneka-boneka DAP.

Persaingan kali ini amat sengit apabila surat layang terhadap Nizar Jamaluddin disebarkan secara terbuka. Cumanya CTS tidak berapa setuju apa yang dutulis di dalam surat layang berkenaan yang menyifatkan Nizar Jamaluddin sebagai seorang "mastermind". Bagi CTS, Nizar Jamaluddin tidak lebih sebagai boneka kepada DAP Perak.


Atau adakah Nizar Jamaluddin tewas atas faktor di bawah?


Tahniah dan syabas kepada ahli PAS Kampar! Beranikah seluruh perwakilan PAS menolak Mat Sabu selepas ini? Percalonan Muktamar PAS Pusat sehingga hari sehingga semalam 12/04/2015:

PRESIDEN:

1. DS Haji Hadi Awang (38)
2. Dato Husam Musa (7)
3. Tuan Ibrahim Tuan Man (1)
4. Ustaz Ahmad Awang (2)

TIMBALAN PRESIDEN:

1. Tuan Ibrahim Tuan Man (37)
2. Mohammad Sabu (8)

Mat Sabu ketinggalan jauh dari segi pencalonan berbanding Tuan Ibrahim Tuan Man. Kita sama-sama tunggu 'drama' yang akan disajikan nanti. Nizar Jamaluddin dan puak Anwaris 'ditunjukkan jalan keluar' dari PAS. Sama-sama kita tunggu pula pengumuman mengejut Nizar untuk menyertai Dyana Sofea diperlembukan secara langsung dalam DAP.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates