May 25, 2019

9 Bantuan Teksi Di Bawah Kerajaan BN Dan Kerajaan PH


Bantuan Di Bawah Kerajaan BN:

Di antara bantuan dan faedah yang diterima oleh pemandu teksi dari kerajaan terdahulu, ini pun ada yang melalak ditindas kerajaan;

1. Di bawah bajet 2017, kerajaan menawarkan permit teksi persendirian bersama geran sebanyak RM5,000 untuk pembelian teksi baru yang memberi manfaat kepada pemandu teksi yang layak

2. Di bawah geran bajet 2017 juga, Kerajaan bersama Perkeso telah memperkenalkan skim perlindungan insurans kepada pemandu teksi kerana sebahagiannya masih tidak dilindungi.

3. Pada 2013, Kerajaan telah mengambil initiatif menawarkan permit teksi persendirian bersama geran sebanyak RM5,000 kepada 1,000 pemandu teksi untuk pembelian teksi baru

4. Kerajaan memperkenalkan program bantuan TR1MA (Teksi Rakyat 1 Malaysia) dan salah satu bantuan yang dilancarkan adalah BT1M (Bantuan Tayar 1 Malaysia) iaitu subsidi sebanyak RM520 untuk pembelian tayar yg telah telah memberi manfaat kepada 66,538 pemandu teksi di seluruh negara

5. Di bawah program bantuan TR1MA itu juga terdapat dana sebanyak RM1juta yang telah diluluskan untuk melindungi pemandu teksi seluruh negara melalui skim insurans perlindungan kemalangan diri.

Bantuan di bawah Kerajaan PH:

Kerajaan baru yang sangat bagus, prihatin dan saksama malah disanjung tinggi rakyat segenap Malaysia pula apa yang dapat? Ada satu ...

Kencing hancing.

May 24, 2019

11 Iftar 'Portluck' Oleh Mukhriz Mahathir


Siapalah punya idea yang menyarankan agar Menteri Besar Kedah, Mukhriz Anak Mahathir mengadakan majlis berbuka puasa atau iftar secara portluck? Ini cara Haji Bakhil. Kedekut tahi hidung masin. Semua kena bawa bekal sendiri dan berbuka dengan beliau Di Dataran Medan Bandar, Alor Setar. Baik kiranya berbuka di rumah.

Hentikan sikap hipokrit anda wahai Menteri Besar Kedah. Anda seorang MB bertaraf jutawan. Gaji dan elaun sebulan sahaja melebihi RM100 ribu. Aset ratus juta. Namun, ajak Rakyat buka puasa suruh pakat bawa mangkuk sia? Apa salahnya buat kenduri berbuka puasa di kediaman rasmi beliau? Sedekah dan jamu rakyat marhein buka puasa.

Mungkin beliau mahu copycat atau meniru perlakuan YDP Agong yang beberapa kali berbuka puasa bersama Rakyat di Dataran Kuantan. Berbeza dengan Mukhriz, YDP Agong hadir berbuka puasa bersama Rakyat tanpa protokol dan perancangan.


Malah kebiasaan berbuka bersama Rakyat ini dilakukan oleh Baginda sebelum Baginda dilantik menjadi YDP Agong lagi. Mukhriz suami isteri? Semua tahu bahawa mereka adalah anak bapak yang tinggal di Kuala Lumpur.l

9 Dr Maszlee Buat Hal Lagi ... Zakat Buku Pulak Dah


Menteri Kasut Hitam buat hal lagi. Semenjak dibelasah oleh DAP berkaitan isu matrikulasi, fikirang Menteri ini sudah menjadi tidak siuman. Terkini dan sensasi, beliau menyarankan agar zakat diberikan dalam bentuk buku.

Untuk rekod, buku adalah penting dan tidak dapat dinafikan. Namun, golongan asnaf berkehendakkan keperluan hidup seperti wang ringgit, makanan untuk hidup. Bagi buku resepi memasak atau buku ilmiah kulinari atau buku berniaga makanan tidak akan selesaikan masalah utama asnaf.

Buku tidak termasuk di dalam harta yang boleh dan wajib dizakatkan. Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Menteri Pendidikan ini adalah buku sebagai wakaf atau hadiah. Zakat ada konsepnya yang tersendiri; ada nisabnya, ada haulnya dan ada kadarnya. Bagaimana dengan buku?

Kenapa dengan kau ni Dr Maszlee?

20 Beza Anak Sultan Dengan Anak Perdana Menteri



Walaupun mempunyai pandangan yang berbeza di antara beliau dengan Perdana Menteri, Tunku Mahkota Johor (TMJ) tidak sama sekali menjadikan alasan berkenaan untuk biadab dengan Tun Dr Mahathir. Beliau turut menyantuni Tun Dr Mahathir dengan bersalaman di Istana Sultan Abu Bakar.

Berlainan dengan seorang Menteri Besar dari Utara yang juga anak kepada Perdana Menteri. Di dalam video di bawah, beliau kelihatan tidak mengendah malah dengan selamba tidak bersalaman dengan DYMM Sultan Johor. 

Mungkin boleh diterima kalau perkara sedemikian dilakukan kepada TMJ namun agak biadab dan kurang ajar perkara sedemikian dilakukan terhadap DYMM Sultan Johor.

Inilah contoh Seorang anak Raja berjiwa besar dan seorang anak Rakyat berjiwa angkuh. Ini bukan satu hiburan.


Nota Kaki - Tiada masalah di antara Johor dan Kedah. Buktinya, eratnya DYMM Sultan Johor dan TMJ bersalaman dengan DYMM Sultan Kedah. Kedah hanya ada masalah dengan Menteri Besarnya sahaja.


May 23, 2019

20 Movie Preview - Lim Kit Siang Chicken Out

Cerita semalam:



Cerita hari ini:

DS Najib Razak cabar Lim Kit Siang, Lim Kit Siang terima. Lim Kit Siang bagi tajuk, DS Najib Razak setuju dengan pindaan. Hari ini Lim Kit Siang tarik diri pulak!

Kit Siang bagi tajuk debat. Tajuk yang dicadangkan Kit Siang debat beliau dengan DS Najib adalah “Bagaimana Malaysia menjadi sebuah negara kleptokrasi dan bagimana kita boleh menjadikannya negara berintegriti”.

Tak sampai beberapa hari terus buat u-turn dan Kit Siang tercirit melarikan diri. Sekarang siapa yang tidak berintegriti? Depa kata di bawah telur Kit Siang. Depa kata la.

Kesimpulannya, asal PH saja, u-turn.



21 Bonus Raya Felda Yilek!




Hadiah Kerajaan PH untuk 27 daripada 52 Parlimen Felda yang menyokong PH dalam PRU14 yang lalu. Alhamdulillah. Tiada bonus? Tiada masalah. Anak-anak kan ada. Anak-anak ini yang menghasut ibu bapa dalam PRU14 yang lepas, korang hulurlah pada mak ayah kat kampung. 

Maklumlah sawit dan getah pun harga tidak berapa bagus. Jadinya kita sebagai anak kenalah membantu. Sekurangnya dapat kurangkan beban sikit. Di zaman Kerajaaan BN dulu, peneroka Felda adalah golongan yang banyak mendapat manfaat Kerajaan.

Kini bukan saja harga sawit jatuh merudum, bantuan raya juga tiada kunjung tiba. Salah satu 10 janji 100 hari PH ialah hapuskan hutang peneroka Felda. Akhirnya hutang tak hapus, duit raya pun tak dapat. HANCING!

Mazlan Aliman mana ya?

May 22, 2019

24 Isu MCKIP - Kerajaaan PH Jilat Ludah Sendiri


Bila Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming, membuat kenyataan di atas, apakah beliau dan Kerajaan PH tak berasa malu dan bersalah sedikit pun? 

Walhal sebelum ini, PH telah menabur fitnah dan membohongi Rakyat kononnya negara digadai kpd negara asing. Lihat video di bawah sebagai bukti.


Sekarang Kerajaan PH puji melambung projek usaha DS Najib Razak dan Kerajaan BN ini. Nga Kor Ming berkata,
This industrial Park (MCKIP) is expected to attract RM10 billion Foreign direct investment & created 20,000 jobs for our skill workers. With the policy of “shared prosperity”, i am confident a win-win formula can be achieved.
PH sememangnya tidak layak mentadbir negara dengan menipu Rakyat selama ini. Memalukan!

May 20, 2019

16 Dr Maszlee U-Turn Sekali Lagi?

Semalam, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee berkata tiada keperluan wujud subjek kenali agama lain. Baguslah. Ramai yang puji beliau.

Namun sebenarnya beliau juga dulu yang sokong cadangan perkenal subjek kenali agama lain di sekolah. Boleh guna terowong masa ke posting laman sosial Facebook beliau bertarikh 01/08/2016 di bawah:


Lama dah saya utarakan... malangnya ada aje suara yang tuduh liberal la, pluralisme la bagai ... 
Alhamdulillah hari ini, semakin ramai yang nampak kepentingannya ...
Persoalannya kenapa dulu beliau sokong?

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates