May 18, 2019

26 Teo Nie Ching Wajar Ganti Dr Maszlee Malek Sebagai Menteri Pendidikan


Diam tak diam sekali lagi Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dilihat bergambar bersama mock cheque bernilai RM1.5 juta yang diberikan kepada SJK Cina Hua Lian di Taiping, Perak, baru-baru ini.

Terbukti Timbalan Menteri Pendidikan lebih efektif dalam memberikan peruntukan yang besar kepada kaum beliau sendiri. Duit Kementerian diagihkan sebaik mungkin.

Bagi Menteri Dr Maszlee Malik, apa yang beliau tahu, adalah dengan menyiarkan gambar di laman media sosial, kononnya beliau sedih dengan keadaan Sekolah Kebangsaan yang serba daif. 

Kesimpulannya, Timbalan Menteri Pendidikan bijak memajukan anak bangsa sedangkan Menteri Melayu amat bodoh. Kau adalah Menteri la bengap bukannya acik cleaner.

May 17, 2019

3 Adakah Cadangan ECRL Seterusnya Adalah Ke Parlimen Sungai Siput?


Setiap kali PRK berlaku, setiap kali itu jugalah janji Kerajaan PH untuk melencongkan landasan kereta api laju ke tempat berkenaan. Jika amalan ini diteruskan, berkemungkinan besar laluan berkenaan akan dilencongkan ke Parlimen Sungai Siput.

Ini memandangkan satu laporan polis telah dibuat ke atas Ahli Parlimen PKR Sungai Siput kerana dikatakan membuat sexsual harrassment kepada pekerja wanitanya. Wanita berkenaan dalam laporan polisnya berkata dia pernah berkhidmat dengan Ahli Parlimen itu sebagai seorang pegawai penyelidik Parlimen sejak 9 Mei tahun lepas serta bendahari PKR bahagian di Perak.

Menurut laporan FMT pula, wanita yang sudah bersuami itu dan suami mangsa pula adalah rakan karib YB berkenaan mendakwa, pada hujung April Wakil Rakyat itu sering membuat panggilan video dan mempamerkan buku Kamasutra kepada beliau serta gambar-gambar wanita yang lucah.

Sekiranya benar dakwaan di dalam laporan polis berkenaan, Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Kesalahan itu termaktub juga di dalam Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang menyebut memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan tujuan untuk mengadakan hubungan seks adalah satu kesalahan jenayah.


12 Lagi Cerita Kelakar Mengenai AES, AWAS Atau Kamera Keselamatan


Bertempik Macai-Macai Tomato bahawa mereka menerima kehadiran AES di zaman Kerajaan PH disebabkan harga peralatan berkenaan di zaman PH adalah jauh lebih rendah dari zaman Kerajaan BN. Satu pesanku wahai Macai, menjilat perlu ada fakta. Jangan jadi bodoh.

Ingat lagi di bawah Kerajaan BN dulu, dengan harga RM170,000 kos satu kemera, PH pada masa itu membuat sidang media dan menuduh BN sebagai korup dengan alasan kata PH, harga kamera tersebut sepatutnya hanya RM15,000. 

Semalam, Kerajaan PH mengumumkan 11 kamera AES baru dengan belanja berjumlah RM3 juta. Ini bermakna sebuah peralatan kamera AES ialah RM272,727, iaitu jauh lebih mahal dari zaman BN.

Kesimpulannya, Macai PH tetap akan percaya RM272,727 lagi murah dari RM170,000. Cantik nombor 272,727 kata Macai Tomato. Macam nombor  Toto 6D.

Nota Kaki - Mendiang-mendiang di bawah dulu baik orang-orangnya.

11 11 Lagi Kamera AES Akan Dipasang, Lim Guan Eng Dan Mahfuz Omar Sudah Lupa Perjuangankah?



'AES' dijenamakan jadi 'AWAS'. Kini 'AWAS' dijenamakan jadi 'Kamera Keselamatan' pula. 11 'Kamera Keselamatan' baru dipasang di sepanjang PLUS.

Yang pasti AES adalah antara propaganda PH untuk menjatuhkan Kerajaan BN dalam PRU14. Kini bukan sahaja AES tidak dikurangkan atau dihapuskan, malah ditambah dengan lebih banyak.

Mana Lim Guan Eng. Mana Mahfuz Omar yang satu ketika dulu penentang tegar AES. Sudah mampuskah kedua-dua hipokrit ini?

Rakyat Malaysia dikencing lagi. Hancing.







May 16, 2019

12 Hutang Kerajaan PH Semakin Meningkat, Taraf Hidup Rakyat Semakin Menurun


Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengeluarkan data hutang Kerajaan bagi suku pertama tahun 2019. Suku pertama (Jan-Mac) 2019 ialah RM775.918 billion  atau RM776 billion. Ia bersamaan dengan 53.7% KDNK. 

Berbanding akhir bulan Disember 2018, hutang negara ialah RM774 billion. Semasa PRU14 dahulu, hutang negara hanyalah RM686.8 billion atau 50.1% KDNK. Dalam masa setahun PH perintah, hutang negara telah meningkat dengan begitu cepat sekali. 

RM686.8 billion (50.1% KDNK)  masa PRU14.
RM776 billion (53.7% KDNK)  sukuan pertama 2019.

Hutang bertambah tetapi produktiviti tiada. Cukai semakin bertambah pelbagai jenis. Harga barang semakin melambung. Taraf hidup Rakyat menurun. Pembuangan pekerja berleluasa. Pasaran saham makin merudum. Nilai Ringgit semakin susut. 

Tahniah Rakyat Malaysia memilih Kerajaan PH. Terkini, diwujudkan pula kumpulan Penguruusan Hutang. 9 orang Melayu diketuai oleh satu Cina DAP Menteri kewayangan yang tidak pandai menguruskan Kewangan Negara.  Orang Melayu jugak diminta menyelesaikan masalah hutang negara.

9 Dua Berita Gembira Menceriakan Penyokong PH Hari Ini



Berita 1:

Bonus Aidilfitri zaman BN,

Penjawat Awam= RM500. Semua Kakitangan Awam dapat.
Pesara=RM250

Bonus Aidilfitri zaman PH,

Penjawat Awam= RM450. Kakitangan  Awam Gred 56 ke bawah saja dapat.
Pesara=RM225

Inilah bonus paling rendah dalam sejarah sejak tahun 1993.


Dulu Azmin kata,

"Penjawat awam akan mendapat bonus lebih banyak berbanding tahun lalu, jika Pakatan Harapan menang pada pilihan raya umum ke-14."

Cukur menteri PH semakin kuat kencing. Alasan PH mesti Najib curi duit kan? Apa kata Menteri Tisu dulu?



Berita 2:

Berita baik untuk budak-budak weChat yang mengundi PH dalam PRU14. Pengerusi PTPTN mengumumkan akan mengkaji semula untuk membuat u-turn tentang larangan ke luar negara bagi peminjam-peminjam PTPTN yang gagal membayar balik pinjaman.

Bukan setakat itu sahaja. Kajian juga akan melibatkan larangan bagi budak-budak weChat tersebut untuk memperbaharui lesen kereta dan motor. Untuk budak-budak weChat yang berkenaan, CTS mahu ucap PADAN MUKA, PADAN MUKA dan PADAN MUKA.

Mana agaknya budak-budak weChat yang lantang seperti di bawah semasa sebelum PRU14. Masih hidupkah mereka?

May 15, 2019

25 Kenapa MP Labis Biadap Berceramah Di Dalam Masjid?





Kurang ajar atau tidak reti bahasa? Tolonglah hormat arahan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor bertarikh 07 Mei 2019. Setidak-tidaknya patuh kepafa arahan Tuanku Sultan Johor agar tidak berpolitik di dalam Masjid.

Ahli Parlimen Labis dari DAP kelihatan memberi ucapan / ceramah berunsur politik di Masjid Tenang Station Labis. Turut hadir ADUN Tenang yang juga merangkap EXCO Kerajaan Negeri serta ketua PPBM Ledang.

Ahli Parlimen Labis, YB Pang Hok Liong buat apa dalam Masjid memberi ucapan? Tidak hormatkah beliau dengan tempat sembahyang orang-orang Islam? Yang kakitangan Masjid pun tidak ada keberanian untuk tidak membenarkan YB itu kenapa? Lebih rela melanggar pekeliling dan arahan Sultan demi menjilat YB?

May 14, 2019

27 Bukan Setakat Menteri PH Suka Curi Kredit, MP PH Semakin Galak Mengaku Nama Sapi



Dua hari lepas, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil sibuk memotong riben merasmikan 3 lif baru di Apartment Putra Ria. Ahli Patlimen (MP) PH ini tidak ubah seperti Menteri-Menteri lain yang berkelakuan lembu punya susu, sapi yang dapat nama.

Pertama, peruntukan penukaran lif sebanyak RM400,000 ini dilakukan pada April 2018. Oleh itu jelas sekali peruntukan dibuat pada zaman Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menteri Kerajaan BN yang bertanggungjawab kerap kali menukar lif yang rosak dan usang di penempatan di bawah Parlimen Lembah Pantai. Namun, tidak sekalipun, beliau memotong riben untuk merasmikannya.

Kesimpulannya, kalau jenis muka tembok, memang MP PH.


May 13, 2019

5 Keuntungan Tabung Haji, Mujahid Dan Kencing Kerajaan PH


05 April 2019, dividen paling rendah dalam sejarah Tabung Haji diistiharkan iaitu sebanyak 1.25%. Ini disebabkan menurut Menteri (Semua) Agama, Mujahid Yusuf Rawa, Tabung Haji mengalami kerugian.

Apa yang berlaku seterusnya adalah kononnya aset Tabung Haji yang rosak disorokkan di syarikat tujuan khas (SPV). Aset Lembaga Tabung Haji yang dipindahkan kepada SPV adalah pada nilai RM19.9 bilion. 02 April 2019, Izad Shahadi Mohd Sallehuddin dilantik sebagai CEO SPV baru. 

09 April 2019, Mujahid berkata, Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan salah laku dalam pengurusan Tabung Haji tidak perlu kerana kerajaan berjaya memulihkan keadaan institusi tersebut.

Patutlah Kerajaan PH tidak berani buat RCI, kerana hari ini, Kerajaan PH sedang melakukan satu magika perakaunan kreatif atau creative accounting. Secara tiba-tiba Tabung Haji untung semula.

Sebanyak 91,000 akaun simpanan baharu dibuka dengan jumlah deposit sebanyak RM4.3 billion. Purata satu akaun baharu adalah RM47,253. Sama ada Rakyat Malaysia kaya menyimpan simpanan permulaan berjumlah puluhan ribu atau terdapat individu hartawan yang dipaksa menabung.

Kesimpulannya, kalau bukan kaki kencing, bukan Kerajaan PH namanya.

24 Satu Lagi Hadiah Kerajaan PH Kepada Kakitangan Awam


Ikut kata hati mati, ikut kata rasa binasa. Inilah natijahnya nasib kakitangan awam yang beria-ria mengundi Pakatan Harapan (PH) kononnya untuk mengubah nasib mereka. Padan muka kakitangan awam. Mereka ini dulu ramai mengundi PH semasa PRU14. Kalau mereka sokong BN, pasti BN menang bergaya.

Kesannya, mereka bakal naik gaji 1 mata tangga dan ada peluang dapat bonus menjelang hari raya ini. Konon kerana tidak mahu membayar PTPTN dan boleh mendapat bonus 3 bulan seperti Selangor, sekarang habuk pun tidak ada. Sekarang kakitangan awam disuruh mengikat perut. Kakitangan awam sekarang dihina pemalas dan kaki rasuah. Malah ramai kakitangan awam yang sudah hilang kerja dan bakal hilang kerja. Ini gara-gara kerajaan PH hendak mengecilkan saiz Penjawat Awam. 

Terkini, satu lagi keistimewaan zaman DS Najib dihapuskan iaitu peluang beli rumah pada harga patut atau subsidi. Umum mengetahui pada 2013, DS Najib Tun Razak, Perdana Menteri pada masa itu, melancarkan inisiatif Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) khusus untuk penjawat awam memiliki rumah dengan harga 20% hingga 30% di bawah harga pasaran. 

Kini, menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, tiada lagi pengkhususan pembinaan rumah mampu milik untuk kakitangan awam menerusi Dasar Perumahan Mampu Milik (DRMM) Negara dan Standard Perumahan Kebangsaan. Mungkin Kerajaan PH mahu kakitangan awam merempat di merata-rata.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates