May 4, 2019

16 Cara Tabung Haji Pertahankan Kenyataan Menteri Agama Nampak Bodoh



Lebih senang berdebat dengan 100 bijak pandai daripada berdebat dengan seorang bodoh. Beliau akan membawa kita setaraf dengannya dan mengalahkan kita dengan pengalaman. Itulah perumpamaan berdebat dengan Kekanda Menteri Agama, DS Mujahid Yusuf Rawa.

Zaman Kerajaan BN,  kuota Haji adalah sebanyak 42,200 orang, termasuk kuota tambahan sebanyak 10,000. Sekarang kuota Haji hanya 30,200 sahaja. Mujahid kata kuota Haji masih kekal dan laporan tentang pengurangan 10,000 kuota tambahan adalah tidak benar.

Hari ini, Tabung Haji mengesahkan semasa pemerintahan Kerajaan BN dalam tahun 2017 dan 2018, kuota tambahan ini telah diluluskan oleh Kerajaan Arab Saudi. Mungkin untuk tutup kemaluan kenyataan Menteri Agama, Tabung Haji menyatakan dalam tempoh 10 tahun, dari tahun 2013 hingga 2016, kuota sebanyak 10,000 tidak diluluskan. Kenapa? Mungkin Tanah Suci pada tahun-tahun tersebut sibuk dengan pembinaan dan pembesaran.

Apa kata Mantan pemimpin Kerajaan BN?






Nota Kaki - Alhamdulillah. Program Jom Sambut Ramadhan yang dirasmikan oleh Menteri Agama merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar dengan dihadiri oleh Barisan Exco Perak mendapat sambutan hangat oleh penduduk setempat.



6 Mungkin Mukhriz Maksudkan Hantu Raya Tanam Padi Waktu Malam


Berkatalah Mukhriz anak Mahathir,
Bagi sesetengah orang mungkin ia (tanam padi waktu malam) dianggap pelik dan di luar kotak. Sebenarnya, itu amalan pesawah dulu-dulu. Mungkin Dr. Mahathir sebagai orang yang paling lama antara kita, beliau ingat perkara itu (penanaman padi waktu malam).
Saya masih ingat ketika zaman kecil apabila dibawa pergi ke Tokai, Pendang. Memang saya lihat ada pesawah bekerja pada waktu malam dengan memasang lampu gasolin.
Mukhriz anak Mahathir dibesarkan di Titi Gajah. Di sekeliling kawasan itu ada bendang. Tidak perlu sampai ke Tokai atau Kampung Rambai untuk melihat kehidupan petani. Persoalan utama adalah, adakah Mukhriz anak Mahathir pernah turun bendang bermain dengan keleboq dan selut bendang?

Kedua, malam-malam memang ada petani memukul padi dengan memasang pelita gasolin. Juga memasang pelita sambil menjaga guni padi untuk mengelak dari dicuri kawaq (pencuri). Kawaq memang kerja malam-malam. Cuma kami tak pernah dengaq orang Kedah bercucuk tanam padi malam-malam. Cucuk tanam lain kat rumah ada la.

Ketiga, zaman dahulu memang ada cerita petani kerja di bendang waktu malam. Cumanya, yang bekerja cuma jelmaan petani oleh makhluk halus yang orang Utara panggil Hantu Raya. Hantu Raya ini amat setia. Kesetiaannya sehingga beliau boleh balik dan tidur dengan isteri kita. Zaman sekarang ada lagi ka hantu raya. Hantu-hantu lain dalam Kabinet Malaysia jangan cakaplah,

Kesimpulannya, anak bapak. Kalau anak tak sokong cakap bapak, sapa lagi nak sokong?



Nota Kaki - Untuk pengetahuan Mukhriz anak Mahathir, dari dulu lagi oghang Kedah tak pernah tanam padi malam-malam. Mukhoi padi macam gambaq di atas adalah.

May 3, 2019

20 Perdana Menteri Bandingkan Petani Di Bendang Dengan Pemain Golf?



Kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir,
Memang la gelap tapi sekarang orang kaya boleh main golf pada waktu malam. Lepas ini kita boleh tanam padi pada waktu malam, kita pasang lampu, jadi boleh kerja dengan selesa, mungkin sukar terima, lama-lama biasa lah.
Agak tidak sesuai apabila Perdana Menteri membandingkan pesawah dan pemain golf. Perdana Menteri minta Rakyat warga petani untuk bekerja di waktu malam, disebabkan pemain golf boleh beriadah sukan berkenaan di waktu malam? Perdana Menteri mungkin terlupa. Pesawah-pesawah dan petani-petani bukannya 'orang kaya' seperti pemain golf.

Berapa pula kos untuk memasang lampu-lampu berkenaan dan berapa pula kos elektrik yang perlu ditampung oleh petani dan pesawah berkenaan? Adakah Kerajaan akan menyediakan prasarana dari segi lampu-lampu di setiap sawah dan bendang untuk pesawah dan petani bekerja di waktu malam?

Kesimpulannya, di tempat CTS di Negeri Jelapang Padi, yang kerja sebelah malam ni kalau di Aloq Staq, pertama kawaq (pencuri) dan kedua darai kunyit di stesen keretapi saja.

May 2, 2019

23 Kenapa Bahasa Cina Semakin Diagungkan Kerajaan PH Dalam Malaysia Baharu?

Ini adalah Kenyataan rasmi Kementerian Kewangan dalam Bahasa Cina.


Ini pula iklan dalam Bahasa Cina yang mempunyai jata Kerajaan Negeri Perak. Banner ini dipasang di Chemor, Perak.


Teringat CTS kisah Panggung Odeon yang diceritakan oleh arwah Datuk CTS, seorang polis berpangkat Sarjan ketika bulan Mei 1969.

Tiba-tiba di layar keluar iklan dalam bahasa Cina menyuruh semua keluar. Yang Melayu terpinga-pinga sampailah sekumpulan pemuda meluru masuk dan menyembelih semua di dalam panggung tersebut.

Kemudian panggung itu dibakar. Beberapa nyawa menjadi korban. Ini adalah satu sejarah Malaysia yang tidak boleh dinafikan.

Kesimpulannya, bagi yang terlupa, mari kita ingatkan bahawa Bahasa Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan Malaysia. Noktah.

May 1, 2019

14 Ucapan Selamat Hari Pekerja Dari Perdana Menteri Malaysia


Tidak pernah CTS mendengar sebuah ucapan yang paling hebat sempena Hari Pekerja dari seorang Perdana Menteri, seperti di bawah,
Lebih baik gaji rendah dalam bidang kasar daripada takda gaji (takda kerja).
Ini kerana Pakatan Harapan telah menjanjikan sejuta peluang pekerjaan sekiranya mereka memerintah Malaysia. Sayangnya, selepas hampir setahun, sejuta peluang pekerjaan bertukar menjadi sejuta pekerja hilang sumber pendapatan.

Banyak syarikat ditutup. Banyak pekerja diberhentikan. Kadar penganguran meningkat. Taraf hidup semakin tinggi. Yang berjaya di Malaysia sekarang mungkin hanya kroni. 'Bail out' sebuah syarikat roti, anda akan dihadiahkan sebuah bandar untuk dibangunkan.

Jika dulu, DS Najib Tin Razak (DSN) mahukan R9akyat hidup dalam negara berpendapatan tinggi, menaikkan taraf hidup, mengalakkan perniagaan atas-talian. DSN mahukan pelabur asing yang mengambil bukan semata-mata pekerja Malaysia tetapi bakat Malaysia yang bernilai tinggi.

Berbanding dengan perdana Menteri sekarang, beliau omasih terbelenggu dengan pemikiran 80an yang diceduk dari Margaret Thatcher iaitu benci kesatuan pekerja, benci pekerja dan suka gaji rendah untuk galakkan kehadiran pelabur asing.

Selamat Hari Pekerja Rakyat Malaysia, sekiranya anda masih bekerja.

April 30, 2019

29 Apalah Nasib Kamu Dr MAZA Digelar Pekak




Orang tua-tua sudah lama berpesan, kalau sayang seseorang atau membenci seseorang, jangan berlebih-lebihan. Kelak bila situasi menjadi sebaliknya, di mana muka hendak letak.

Dulu beliau sebak di hadapan idolanya. Kini idolanya memanggil beliau sebagai pekak. Rezeki kamulah Dr Maza. Biarlah gambar-gambar arkib di bawah berbicara.



Ini jawapan Dr Maza, hari ini.


17 Mat Sabu Dan Batu Karbala




Menteri Pertahanan, Mat Sabu solat di Masjid Syiah berimamkan Imam Syiah dengan batu karbala di tempat sujud yang menjadi tular di media sosial bukanlah satu perkara yang pelik.

Melalui satu laman web berbahasa Parsi, Mat Sabu dilihat sedang bersolat di satu masjid di Tehran berimamkan dengan Imam Ayatollah Emami Kashani.

Pada awalnya gambar Mat Sabu bersolat itu tidaklah beberapa mengejutkan kerana mungkin sebahagian orang menyangka tidak ada salahnya seorang yang berfahaman Sunni bersolat di belakang seorang Syiah.

Namun setelah meneliti gambar tersebut, Mat Sabu sebenarnya bersolat dan bersamanya ada seketul batu yang dinamakan sebagai Turbah atau 'Batu Karbala'.

Menurut beberapa carian, Batu Karbala ini digunakan oleh penganut ajaran Syiah sebagai tempat sujud mereka.

Batu Karbala itu dibuat dari tanah Karbala yang mereka anggap suci kerana Karbala merupakan tempat terbunuhnya cucu Nabi SAW, Saidina Hussain yang menjadi Imam kepada kelompok Syiah ini.

Ada pepatah Syiah yang berkata "Kemuliaan suatu tempat terletak pada siapa yang menempatinya," dan disebabkan itulah mereka memilih tanah karbala itu untuk dijadikan batu lalu menjadi tempat sujud ketika solat. Sehingga dikatakan solat seorang Syiah itu tidak sah jika tidak bersujud di atas tanah.

Dalam Fiqh Al-Imam Ja’far diriwayatkan seseorang bertanya kepada Imam Ja’far tentang tempat yang boleh dijadikan tempat sujud. Lalu dijawab, "Tidak boleh sujud kecuali di atas ardh (tanah, bumi) atau yang tumbuh di bumi, kecuali yang dimakan atau dipakai."

Ulama telah bersepakat bahawa ajaran Syiah adalah menyimpang dari fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Seluruh majlis dan jabatan agama di setiap negeri dan persekutuan juga telah mengeluarkan fatwa akan menyelewengan ajaran Syiah.

Mat Sabu yang selama ini menafikan dan tidak memberi sebarang komen apabila ditanya samada berfahaman Syiah, hari ini terbukti dengan tularnya gambar tersebut.

Sebelum ini Mat Sabu pernah didedahkan melakukan ibadah korban di Masjid Syiah di negara jiran juga tidak memberi sebarang komen apabila diajukan soalan yang sama.

Adakah Mat Sabu akan menafikan lagi yang beliau seorang penganut ajaran Syiah? Jangan pula kata batu itu diletakkan orang disebelahnya dan dia hanya menurut sahaja.

Patutlah tentera kita ditarik balik dari Yeman oleh Mat Sabu kerana di sana, tentera Sunnah sedang melindungi Mekah dan Madinah dari serangan Syiah Houthi.

Semoga Allah selamatkan negara kita dari ancaman Syiah. Pautan gambar asal di sini.

April 28, 2019

30 Lakonan Unik Calon DAP PRK Sandakan Yang Belum Dibuat Sebelum Ini




Kita kena akui skrip lakonan calon DAP PRK Sandakan kali ini unik dan belum pernah dicuba oleh mana-mana pemimpin DAP.

Kita telah disediakan dengan drama pemimpin DAP berbika puasa di mashid dan surau, membaca doa di surau dan masjid sebelum memberi cek gula-gula. Namun, membersihkan perkuburan orang-orang Islam belum pernah dibuat.

Jangan terkejut kalau selepas ini calon DAP berkenaan akan memandikan jenazah pula. Kesemuanya untuk laba me dapatkan undi orang-orang Islam.

21 Skim Khairat Kematian Selangor - RM2,000 ๐Ÿ‘‰ RM2,500 ๐Ÿ‘‰ RM0000


Skim Khairat Kematian untuk penduduk Selangor yang dilaksanakan oleh pentadbiran Barisan Nasional (BN) pada tahun 2007 akhirnya bakal dikuburkan. 

Skim ini dimulakan sebagai bantuan terus sebanyak RM2,000 kepada keluarga si mati yang berpendapatan rendah. Ini bagi membantu kos pengurusan jenazah dan lain-lain keperluan keluarga terbabit. 

Kerajaan Pakatan Rakyat pada masa itu kemudiannya meningkatkan kepada jumalh RM2,500 tetapi dalam dua kali bayaran. 

Kini di bawah Pakatan Harapan, skim berkenaan telahpun dimansuhkan dan ianya bakal diganti dengan baucer RM100 setahun untuk warga emas membeli belah di pasaraya. 

Tahniah pengundi Selangor memilih Pakatan Harapan.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates