April 26, 2019

38 STAFOC The Last Stand


Posting ini CTS tujukan istimewa buat wira-wira tidak didendang unit STAFOC (Special Task Force On Organise Crime), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang terkenal dengan cogankata PROUD PRIDE HONOUR.

Mengenang air mata ini menonton video-video unit ini yang telah dibubarkan di dalam pemerintahan Malaysia Baharu. Saksikan video-video sedih upacara pembubaran berkenaan.



Latihan sentiasa menjadi amalan.
Biar mandi peluh jangan mandi darah.

Salute!

28 Menteri Kerajaan PH Sepenggal Sibuk Beri Markah Peribadi, Dengar Apa Kata TMJ



Dengan muka kulit tebal, Menteri-Menteri Kerajaan Sepenggal PH sibuk memberi markah peribadi kepada diri sendiri. Din Pudu bagi 6 dari 10 dan Din Gerutu pula memberi markah lebih tinggi sebanyak 6.5. Manakala Mat Sabu pula sibuk mengariskan 10 perkara terbaik yang beliau lakukan sepanjang menjadi Menteri Pertahanan. Tidak tahu malu betul.


Sudah tengok video di bawah? Dengar apa kata Tunku Mahkota Johor (TMJ): "Dari tukar Mora, baik tukar Perdana Menteri."

April 25, 2019

13 Maszlee vs Nie Ching - Bersatu vs DAP, Round 1



Semalam Menteri Pendidikan dari Bersatu, Dr Maszlee Malek sudah mengeluarkan kenyataan mengenai kuota kemasukan ke Kolej Matrikulasi.

Hari ni Timbalan Menteri Pendidikan dari parti DAP, Teo Nie Ching pula mengeluarkan kenyataan menafikan apa yang sudah dikatakan oleh Menteri.

Persoalannya,

1. Siapa lagi berkuasa? Menteri atau Timbalan Menteri?
2. Maszlee dan Nie Ching tidak ada group whatsapp ka untuk elak berbincang perkara berbalah di media?
3. Adakah Nie Ching tidak tahu hormat Maszlee sebagai Menteri di Kementerian beliau?
4. Adakah DAP mahu sentiasa tunjuk Abang Besar kepada Bersatu?

10 Portal Pro PH Masih Sebarkan Fitnah Walaupun Malaysiakini Sudah Membuat Pembetulan



Lama sudah tidak membaca portal Suara Rakyat selepas PH menang PRU14 sehinggalah kini. Corak persembahan masih sama, fitnah dan penyelewengan fakta masih disebarkan.

Terkini, portal berkenaan membuat fitnah bahawa untuk cek SRC berjumlah RM2.5 juta, DS Najib Tun Razak telah mengeluarkan arahan supaya cek berkenaan diberikan kepada isteri dan anak-anak beliau.

Hakikatnya, Malaysiakini lebih bertanggungjawab dengan menarik balik pelaporan salah berkenaan. Apa yang berlaku sebenarnya adalah Habibur Rahman sebenarnya yang mengarahkan cek-cek dikeluarkan untuk isteri beliau (Habibul) dan anak-anak beliau (Habibul).

Apapun perbicaraan pertuduhan SRC ini mungkin menjadi singkat di dalam sejarah apabila pada hari kesembilan, pihak pembelaan akan memohon mahlamah untuk membuang kes berkenaan kerana lawak Tommy Thomas banyak yang tidak masul akal.


April 24, 2019

32 Kesian Menteri Pengangkutan, Sudahlah Kena Tinggal, Terpaksa Berbohong Pula


Setelah kalah dalam PRK Rantau tempoh hari, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke terpaksa mengubah kenyataan. Kini jalinan ECRL yang melalui Nilai hanyalah semata-mata satu cadangan.

Sedangkan sebelum PRK Rantau, beliaulah orang yang berjanji bulan dan bintang untuk menyediakan laluan berkenaan kepada Rakyat Negeri Sembilan bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri.

Jangan terkejut jika sehari dua ini beliau tampil untuk berjanji untuk menyediakan pula laluan ECRL melalui bawah laut menuju ke Sandakan. Semuanya gara-gara untuk memancing undi.




Anthony Loke tidak perlulah ghairah untuk mempertahankan pembohongan Kerajaan PH. Sedangkan rombongan ke China bersama-sama Perdana Menteri, beliau ditinggalkan. Portfllio dan bidang kerja beliau di China diambil alih oleh Menteri lain yang tidak berkenaan iaitu Zuraida Kamaruddin.

Kesimpulannya, dalam.keadaan Kerajaan PH yang carca merba, dan sekiranya saya adalah Anthony Loke, sudah pasti saya sudah terjun dari tingkat atas Bangunan KLCC, kerana dimalukan begini.

20 Kpop Bapuk BTS Datang Malaysia? Apa Beza Dengan Psy Gangnam Style?



Dahulu semasa tahun 2013, berkokoklah Pengerusi Anwara sekarang, artis diva Siti Norhaliza mempertikaikan kedatangan artis Korea, Psy yang terkenal dengan lagu 'Oppa Gangnam Style'. Kononnya artis Malaysia boleh membuat persembahan yang lebih baik.

Ini ditambah dengan pemimpin-pemimpin sekutu beliau di dalam Pakatan Harapan seperti Tian Chua yang turut mengkritik Kerajaan BN yang kononnya tidak menghiraukan nasib Rakyat yang dibebani kos sara hidup yang tinggi dan dihimpit kemiskinan.

Kini, tahun 2019, Menteri Tisu Negara, Syed Saddiq, sedang berusaha untuk membawa artis Kpop Korea BTS ke Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2020. Apa beza Psy dengan BTS? Sekarang taraf hidup Rakyat Malaysia semakin baik? Rakyat Malaysia semakin kaya? Artis Malaysia jauh ketinggalan berbanding artis Korea?

April 23, 2019

6 Menteri Pendidikan Dan Pelancongan Malaysia, Syed Saddiq



Maafkan CTS kerana agak sibuk hari ini dan tidak tahu bahawasanya adanya rombakan kabinet dilakukan.

Cuma di sebelah malam mendapat tahu Menteri Tisu Negara, Syed Saddiq membuat pengumuman mengenai perkara berkaitan dengan Kementerian Pendidikan dan jiga Kementerian Perlancongan.

Hebat Menteri Muda ini. Semua Kementerian beliau hendak komen dan membuat Sidang Media.

Sepatutnya yang perlu menjawab dalam isu kuota kemasukan bukan Bumiputera ke matrikulasi ni adalah Menteri Pendidikan, Kerana Matrikulasi dibawah kendalian kementerian berkenaan.

Bukannya Menteri Belia Dan Sukan yang perlu menjawab. Baru DAP bersin sikit, Menteri-Menteri Melayu PH sudah gelabah gila.

10 Siapa Yang Pilih Watak Doraemon? Kerajaan Pakatoons?



Kita ada watak Upin & Ipin, Boboiboy dan Ejen Ali. Filem Upin & Ipin dan Boboiboy sentiasa mencecah kutipan box office. Manakala filem Ejen Ali pula adalah sebuah animasi yang ditunggu-tunggu oleh penonton.

Sayangnya Menteri Perlancongan dan pegawai-pegawai kementerian beliau telah mengambil watak Doraemon dari Jepun untuk promosi Tahun Melawat Malaysia. Untuk rekod, watak Doraemon berkenaan telah pun dimatikan dan siri berkenaan telah ditamatkan.

Kesimpulannya, kalau tak bodoh bukan PH.

April 22, 2019

18 Volodymyr Zelensky, Presiden Ukraine Pertama Dari Ahli Komedi, Di Malaysia Kebanyakan Menteri Ahli Komedi



Tahniah kepada Volodymyr Zelensky,  Presiden Ukraine yang pertama dari kalangan pelakon komedi. Di Malaysia, kami hanya mempunyai Menteri-Menteri pelakon komedi semulajadi. Dalam kebanyakan masa, Rakyat Malaysia tidak pasti sama ada Menteri-Menteri berkenaan serius bekerja atau sedang berlakon komedi.

Selain Teresa Kok, Mat Sabu, Dr Maszlee Malik, Saifuddin Nasution juga adalah antara ahli komedi semulajadi di kalangan Menteri-Menteri Malaysia. Tonton video di atas di mana Saifuddin di'gerudi' Prof Agus apabila beliau berkata Singapura adalah negara yang tidak berhutang. 

Apabila ditegur, Saifuddin bukannya hendak mengaku silap malah cuba pusing-pusing fakta sehingga nampak sangat beliau bukan sahaja bodoh sombong malah degil benak.

April 21, 2019

17 The Loaf & Projek Bandar Malaysia


- Tun Dr Mahathir adalah pemilik 51% saham The Loaf, sebuah syarikat roti.

- The Loaf telah muflis pada tahun 2018.

- Pemaju hartanah syarikat Ekovest, TS Lim Kang Hoo telah 'bail out' The Loaf pada 04 April 2018.

- Pada masa ini akan menghairankan apabila seorang billionaire pemaju hartanah berminat melabur di dalam industri F&B.

- Pada 19 April 2019, Tun Dr Mahathir mengumumkan Projek Bandar Malaysia akan diteruskan. 

- TS Lim Kang Hoo diberikan kepercayaan meneruskan projek Bandar Malaysia yang bernilai RM140 bilion.

Kesimpulannya, Melayu pemalas. Harap maklum.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates