April 13, 2019

49 BN Menang PRK N27 Rantau




Pengundi Cina dan India kembali semula kepada BN. Kubu kuat PH disapu habis oleh Tok Mat. Terima kasih jentera BN. Terima kasih jentera PAS.

Dari 56/56 peti undi diterima,

BN 10,397
PH 5,887

Majoriti 4,510

Daripada 56 peti undi, hanya satu sahaja berpihak kepada Streram. Keputusan PRK paling bersejarah yang menyaksikan BN bangkit kembali dengan majoriti yang cukup selesa. 


Kekalahan Streram buktikan Rakyat menolak PH, menolak politik perkauman dan kebencian PH serta Rakyat menolak Anwar Ibrahim! Kita juga harus berterima kasih kepada Menteri Rasis, Kulasegaran.

Terima kasih Rakyat Rantau!


April 12, 2019

24 Kakitangan Pejabat Perdana Menteri Bodoh Geografi, Tidak Tahu Bezakan Taiwan Dan China


Malangnya Malaysia mempunyai kakitangan di Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang buta Geografi. Kenyataan Media PMO bertarikh 12/04/2019 mencatatkan Republic of China sebagai China. Untuk pengetahuan kakitangan PMO,
Republic of China = Taiwan
People’s Republic of China = China
CCCC yang mendapat kontrak ECRL adalah sebuah syarikat gergasi Negara China dan bukan Taiwan. PMO sepatutnya faham 'One China Policy', Republic of China berbeza dengan People’s Republic of China. PMO mana boleh buat silap sebegini?

Kalau terdesak sangatpun untuk membuat pengumuman mengenai ECRL sebelum pengundian PRK Rantau esok, semaklah dulu fakta dan jangan ter'bulu-bulu'.


Kedua, berdaaarkan laporan Berita Harian di atas, mana pergi Hentian Kuantan, Terengganu, Bentong dan Gombak? Pastinya tiada Hentian Rantau seperti dijanjikan oleh Anthony Loke dan Lim Guan Eng.

Nama East Coast Railway Line tapi tidak ada hentian di Terengganu dan hanya satu hentian di Kelantan?

Laluan juga dipendekkan dari 688 km kepada 648 km walaupun ianya akan sampai ke sempadan Negeri Sembilan sekarang.

Ini bermaksud banyak hentian sebelum ini telah dihapuskan. Patutlah dikatakan ada penjimatan. 

April 11, 2019

16 Propaganda 'Anak Bulu-Bulu' Dr Streram Makan Diri? #PRKRantau



Propaganda video mengenai keluarga calon PKR DUN Rantau bagi CTS makan diri sendiri. Kononnya, video ini dibuat untuk menunjukkan bahawa Streram sayangkan kucing. Beliau merujuk 3 kucing kesayangan beliau sebagai 'anak bulu-bulu' manakala dua anak perempuan beliau dirujuk sebagai 'anak manusia'.

Tidak pasti siapa yang mengusahakan video di atas. Nampak Streram seperti kena sabotaj dengan video kempen ni? Bayangkan Streram sendiri membuat pengakuan kedua-dua anak beliau tidak mendengar cakap beliau. Kalau anak sendiri tidak mendengar cakap beliau, apatah lagi pengundi Rantau hendak mengundi beliau?

12 Mana Ada Firaun Pakai Sultan, Kata P Ramlee



Diharap mana-mana pihak tidak mencemuh Tun Dr Mahathir apabila menggelar diri sebagai Duli Yang Maha Mulia. Itu dilakukan secara berjenaka ketika sidang media mengumumkan perletakan jawatan Menteri Besar Johor.

Bukan saja Rakyat Malaysia tapi satu dunia tahu, Tun Dr Mahathir orangnya memang suka berjenaka terutama di hadapan cucu-cucu wartawan.

Maka tidak hairan, hasil dari suka berjenaka, beliau telah melahirkan menteri-menteri badut di dalam kerajaan PH.

Paling utama, rahsia beliau suka berjenaka adalah setiap hari beliau minum sesudu kelapa sawit sebagaimana Menteri Teresa Kok sarankan.

Tun Dr Mahathir terkenal dengan panggilan Mahafiraun ketika zaman reformasi. Mungkin adalah kebetulan atau P Ramlee adalah peramal masa depan, CTS teringat satu dialog dalam filem Pendekar Bujang Lapok, "Mana Firaun pakai Sultan."

April 10, 2019

13 Tun @chedetofficial Dan DS @AzminAli Nak Ambil Tindakan Ke Atas DS @NajibRazak Atas Kebocoran Kertas Embargo?



Pelik bin ajaib apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan Menteri Ekonomi, DS Azmin Ali hari ini mendakwa, DS Najib Tun Razak mendedahkan Kertas Putih Felda yang diklasifikasikan sebagai 'embargo' sebelum masanya.

Perdana Menteri bentang Kertas Putih Felda hari ini (10 April 2019), tetapi Kertas Putih Felda sudah berada dalam Risalat Parlimen semalam (09 April 2019). Selepas itu nak suruh ambil tindakan keras orang “dedahkan” kandungan Kertas Putih. Lawak apakah ini?

Kalau hendak ambil tindakan, ambil tindakan kepada kakitangan Parlimen sebab meletakkan Kertas Putih Felda dekat domain umum i.e. laman sesawang Parlimen sejak semalam. Sesiapa sahaja yang melayari laman sesawang Parlimen semalam boleh memuat turun Kertas Putih Felda dekat Risalat.

Kesimpulannya, kalau tidak bodoh bukan Menteri Kerajaan PH.

23 Pindaan Perlembagaan Gagal Diluluskan, Apa Yang Berlaku Semalam?


Selepas pembentangan usul oleh Perdana Menteri pada  jam 2.30 petang, Ahli Parlimen mula berbahas selama hampir 6 jam bermula jam 3.00 petang.

Ahli Parlimen daripada pembangkang dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam perbahasan meletakkan beberapa syarat, antaranya,

1. Dibawa ke Jawatankuasa Terpilih Khas.
2. Dibawa ke DUN Sarawak dan Sabah untuk dibahaskan.
3. Sembah perkenan YDP Agong.

Sekiranya syarat-syarat tersebut dipenuhi, adalah diyakini penuh usul ini akan mendapat  2/3 undi ahli dewan.

Selepas sesi perbahasan, sesi menggulung oleh Perdana Menteri menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen yang berbahas.

Selepas sesi penggulungan, Ahli Parlimen daripada Santubong membawa satu usul supaya ditubuhkan satu jawatankuasa. Malangnya usul tersebut ditolak oleh Ahli Dewan dengan majoriti undi belah bahagian 136 tidak setuju vs 60 setuju vs 1 berkecuali.

Apabila usul pindaan perlembagaan ini cuba diputuskan, Ahli Parlimen daripada GPS, BN dan PAS bangun dan minta supaya dibuat undi belah bahagian iaitu satu proses undi yang mengkehendaki Ahli Parlimen menyatakan sokongan, tidak menyokong atau berkecuali secara bertulis.

Selepas undian diambil, speaker maklumkan bahawa usul tersebut perlukan 2/3 undi daripada jumlah 221 (tolak 1 undi daripada Sandakan) iaitu sebanyak 148 undi.

Hasil undian adalah 138 menyokong, TIADA AHLI PARLIMEN YANG TIDAK MENYOKONG kerana Ahli Parlimen daripada GPS, BN dan PAS mengambil pendekatan mengundi untuk BERKECUALI.

Lebih menarik, bila Speaker maklumkan usul tidak mendapat sokongan 2/3 Ahli Dewan, Mat Sabu menepuk meja bukan main kuat lagi tanda seronok. Walhal yang patut seronok adalah dari blok pembangkang. 

Mungkin beliau tidak dapat bezakan antara usul diterima atau ditolak sebagaimana beliau tidak dapat bezakan laporan audit dan laporan kewangan.

April 9, 2019

31 Kalau Betul Rumah Minangkabau Di Seremban 2 Milik Tok Mat Hasan, Apa Masalahnya?



Minggu terakhir menjelang PRK DUN Rantau, kempen PKR menjadi semakin bercorak serangan peribadi atau 'character assassination'. Sepatutnya, sebagai Kerajaan Negeri dan Pusat, kempen PH wajar mengutamakan usaha-usaha untuk meningkatkan taraf hidup Rakyat di Rantau. Memang patut pun DS Haji Mohamad Haji Hasan atau Tok Mat Hasan berkata beliau malas hendak layan mainan budak-budak bodoh. Katanya, 
Tak tahu, check la sama ada saya punya ke tidak. Semua orang kata rumah saya sini rumah saya sana. Check la kalau rumah saya, kalau bukan, bukan rumah saya. Saya malas la, cerita budak bodoh macam main pondok-pondok.
Pertama, Menteri Besar Negeri Sembilan adalah dari PKR. Semua PBT adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Begitu juga Pejabat Tanah dan Daerah. Semua kena patuh arahan Menteri Besar. Kalau hendak sensasikan cerita rumah agam gaya Minangkabau di Seremban 2 kononnya milik Tok Mad Hasan, PKR keluarkanlah salinan geran tanah dan surat cukai pintu bagi bangunan itu. Apa yang susahnya?

Kalau betulpun rumah agam itu Tok Mad Hasan yang punya, adakah beliau tidak mampu miliki atau bina rumah semahal itu? DS Anwar Ibrahim pun memiliki rumah bernilai lebih RM7 juta di Segambut. Adakah ini hasil simpanan semasa beliau duduk di penjara?


Kedua, sebaliknya, Streram yang tular di media sosial mempunyai rumah bernilai RM7.8 juta boleh dikatakan tidak masuk akal. Ini kerana untuk Streram membayar yuran universiti anak beliau yang berjumlah RM60 ribu pun beliau sanggup meminjam dari kawan. Sudahlah pinjam, tidak bayar balik pula sehingga kawan beliau terpaksa membuat laporan polis. Apapun, apa sudah jadi dengan laporan polis berkenaan? Diletakkan di bawah status 'No Further Action (NFA)' atau sudah ditarik balik?

Kemaskini 5:00 PM: Streram hari ini menafikan beliau adalah pemilik rumah bernilai RM7.8 juta yang diturkan seperti di atas. Baca di sini.

April 8, 2019

8 Laporan Kewangan Dan Laporan Audit Pun Abang Mad Tak Boleh Beza?

Semalam Menteri Kewangan, Mat Sabu mengeluarkan kenyataan bahawa laporan audit LTAT 2018 adalah satu pembohongan.



Hari ini, Mat Sabu membuat u-turn dan mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa beliau telah tersilap dalam ceramah semalam dan telah mengelirukan orang ramai.



Beliau berkata pembohongan itu bukan ada di dalam laporan audit tetapi ada di laporan kewangan LTAT. Untuk maklumat Mat Sabu, setiap laporan kewangan yang dikeluarkan perlu diaudit oleh juruaudit. Setiap penemuan (findings/non-conformance) perlu dilampirkan di dalam laporan audit.

Mat Sabu faham atau tidak proses pengauditan ke atas laporan kewangan? Sekiranya laporan kewangan yang diaudit didapati berbohong atau juruaudit yang berkenaan gagal mengesan sebarang penipuan di dalam laporan kewangan, tindakan tatatertib wajar diambil ke atas juruaudit-juruaudit berkenaan.

Ini saranan daripada seorang juruaudit yang berpengalaman lebih 20 tahun kepada seorang pakar kulinari yang tidak habis belajar peringkat diploma.

9 Tok Mat Ada Apartment RM10 Juta Heboh, Azmin Ali Ada Apartment RM100 Juta Kenapa Senyap?


Antara bidak catur yang digunakan untuk minggu terakhir PRK DUN Rantau adalah dengan menampilkan calon BN, DS Muhammad Hassan atau Tok Mat memiliki hartanah bernilai RM10 juta di London.

Macai-macai PKR khasnya dan PH amnya terlupa, bekas banduan yang juga Presiden PKR mempunyai jumlah aset yang melebihi RM10 juta yang disahkan oleh SPRM. Itu baru bekas banduan.

Malah, hari ini juga, blogger terkenal, Raja Petra Kamaruddin mendakwa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mempunyai dua pangsapuri mewah berharga RM100 juta di London.

Tok Mat, jika mempunyai harta jutaan sekalipun tidak ada apa yang pelik. Ini kerana beliau telah menjawat jawatan tertinggi korporat sebelum memceburi politik. 

Yang menjadi tanda tanya adalah bagaimana seorang bekas banduan boleh mengumpul harta jutaan ringgit. Ini biodata Tok Mat yang perlu macai-macai Tomato hadam:

1. Pegawai pelatih Bank Negara Malaysia (BNM);

2. Assistant Manager Malayan Banking Berhad (Maybank);

3. Manager Arab Malaysian Merchant Bank Berhad;

4. General Manager Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB) London (1988 - 1992);

5. Chief Executive Officer (CEO) Cold Storage Malaysia Berhad (1992-1994); dan

6. Managing Director , Cycle and Carriage Bintang Berhad (1994-2004).

Mulai tahun 2004, Tok Mat aktif dalam politik.

7 Zunar, Tony Pua, Syed Saddiq, Bertaubatlah Kepada Allah Kerana Memfitnah DS Rosmah

Ini adalah satira-satira politik karya Zunar sebelum PRU14 yang serba sedikit telah menumbangkan Kerajaan BN.










Ini pula dari Syed Saddiq,


Ini pula dari dajal Tony Pua,


Hari ini, Timbalan Menteri, Amiruddin Hamzah mengesahkan di Dewan Rakyat bahawa DS Rosmah Mansor tidak pernah membeli batu berlian berwarna pink yang dibawa masuk ke Malaysia.


Untuk Zunar, Tony Pua, Syed Saddiq dan pembuat serta penyebar fitnah selama ini, bertaubatlah. Pintu taubat sentiasa terbuka buat anda.


April 7, 2019

15 Menteri Pengangkutan Turut Setuju Dengan Menteri Kewangan Menipu Pengundi Rantau


Menjelang PRK Rantau yang bakal menjelma, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, turut merendahkan tahap IQ pengundi-pengundi Rantau dengan berjanji bahawa jajaran landasan ECRL akan dilanjutkan ke Rantau bagi menberi manafaat kepada penduduk Negeri Sembilan.


Idea untuk menipu ini dicetuskan semalam oleh Lim Guan Eng sebagai Menteri Pertananan. Kenapa kita katakan kedua-dua Menteri ini berbohong?


1. Ini hanya gula-gula pilihanraya yang tidak mungkin ditepati. Sejarah mengajar kita mereka tidak pernah menepati janji.

2. ECRL bermaksud Jajaran Keretapi Malaysia Timur yang berakhir di Port Klang. Apa kena mengena Rantau dengan Malaysia Timur?

3. Tujuan ECRL diberhentikan dan dirunding semula afalau kerana kos. Sekarang dua Menteri bodoh ini hendak memanjangkan lagi landasan dan menambah kos?

Kesimpulannya, setiap kali PRK, landasan ECRL akan diubah. Bayangkan kalau ada PRK di Langkawi. Matilahnak.

24 Video Anwar Ibrahim Berjoget Meraikan Pengumuman Hibah Tabung Haji 1.25%




Waktu Maghrib, Raja Lakonan Negara yang juga Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim berpakaian Melayu lengkap dan hadir memberi tazkirah Agama di sebuah surau di Rantau.





Waktu Isya' pula, DS Anwar Ibrahim menyambut pengumuman hibah Tabung Haji sebanyak 1.25% semalam dengan menari joget di Rantau. Begitu cepat personaliti politik ini berubah watak.

Tarian dan nyanyian Tamil semalam di pentas kempen PRK DUN Rantau seolah-olah mempersendakan nasib penyimpan-penyimpan Islam terutamanya yang dari berpendapatan rendah tentang nasib mereka.

Adakah orang-orang Islam di Rantau masih mahu memberi undi kepada calon PKR?

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates