March 16, 2019

20 @ngakorming Tidak Perlu Jadi Penunggang Agama Untuk Simpati Orang Islam


Tidak perlu Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming untuk menjadi penunggang Agama Islam untuk mendapat simpati masyarakat Islam. Ucapan Nga Kor Ming tidak ikhlas. 

Pertama, apa yang Nga Kor Ming tahu tentang jihad dan husnul khatimah? Apakah tujuan beliau menulis Al Fatihah? Sekadar satu perkataan atau beliau memahami keseluruhan surah berkenaan dan tujuan ianya dibaca?

Kedua, sekiranya beliau ikhlas mengutuk kekejaman serangan ke atas Umat Islam di dua masjid di Christchurch, New Zealand, beliau seharusnya juga memgutuk tindakan rakan DAPnya dari ADUN Mengkibol berhubung kenyataan sensitif dikeluarkan wakil rakyat dari parti itu terhadap insiden serangan pengganas semalam.

Walaupun Chew Chong Sin menarik balik dan memohon maaf sebanyak tiga kali, kenyataan itu tetap memberi kesan yang serius. Tidak pula terbaca sebarang komen dari Nga Kor Ming.

9 Kenapa Menteri PH Di Ground Zero Pasir Gudang Macam Robocop?



Kerajaan PH seringkali berkata bahawa keadaan di Pasir Gudang tidak merbahaya dan tidak perlu diistihar darurat. Namun apabila Menteri turun ke ' ground zero', mereka berpakaian seperti angkasawan kalau tidakpun seperti Robocop. Adakah Menteri--Menteri ini takut mati sedangkan Rakyat disuruh tinggal saja di dalam rumah?

Jangan risau, Malaysia dalam keadaan selamat. Kalau tidak takkan Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri bersilih ganti menonton filem.



Dalam keadaan aman damai sebegini, tidak hairanlah kalau Perdana Menteri todak tahu bahawa Menteri Besar Johor nelawat Batam ketika krisis pencemaran udara di Pasir Gudang.


March 15, 2019

15 Adakah 'Funfest' Akan Diteruskan Esok Tanpa Menunggu MB Johor Yang Sedang Bercuti Di Batam?


Mangsa pencemaran sisa toksik Sungai Kim Kim sudah meningkat kepada 3,555 orang berbanding semalam 2,775 orang. Dalam pada masa yang sama, esok dan lusa akan diadakan pesta nyayian yang diberi nama 'Funfest'. Adakah 'Funfest' ini akan diteruskan ketika Rakyat Johor khasnya dan Rakyat Malaysia amnya sedang berduka?

Khabar yang bertiup kencang juga memberitahu Menteri Besar Johor sudah berada di Batam? Jauh bebenor gas beracun merebak dari Pasir Gudang menyeberangi Selat Melaka kan? Bayangkan Pengarah Operasi Bencana Negeri sudah 'evacuate' dulu ke luar negara. Ini baru pencemaran gas beracun. Belum lagi negara diserang anasir asing.

Hasil siasatan CTS mendapati, kesan pencemaran sisa toksid di Pasir Gudang sudah merebak sehingga ke Batam. Sebab itulah MB Johor terpaksa bergegas ke Batam bagi menenangkan fikiran mangsa-mangsa di Batam yang terhidu sisa toksid dari Pasir Gudang. Bukannya MB mahu bercuti tenangkan fikirannya di Batam. Tolong jangan fitnah dan buli MB Johor walaupun beliau tidak memiliki sebarang sijil dan ijazah. Sekian harap maklum.

23 TMJ Bukan Wakil Rakyat, Kata Perdana Menteri




Betul. Tunku Mahkota Johor (TMJ) bukan seorang Wakil Rakyat seperti yang disuarakan oleh Perdana Menteri. TMJ adalah waris kesultanan Johor dan beliau adalah anak saudara kepada Yang Di Pertuan Agung.

Namun suara TMJ mewakili Suara Rakyat. Suara TMJ lebih dipatuhi daripada suara badut-badut politik kepimpinan negara dan negeri Johor dalam isu pencemaran gas di Pasir Gudang.

Menteri-Menteri mempertahankan tidak mahu mengistiharkan darurat dan memindahkan penduduk ke kawasan yang selamat, walaupun ribuan mangsa yang terlibat. Piawaian Kerajaan PH adalah sehingga ada Rakyat Malaysia yang terkorban, mungkin?


Mangsa pencemaran sisa toksik Sungai Kim Kim sudah meningkat kepada 3,555 orang berbanding semalam 2,775 orang. Bila Kerajaan nak isytihar Darurat Bencana? Usul di Parlimen semalam semua sokong tidak kira MP Kerajaan mahupun MP Pembangkang.




Semalam, TMJ buat kejutan melawat pusat rawatan awal pencemaran toksik di Stadium MMPG tanpa sebarang aturcara, acara makan-makan, sidang bergambar dan sidang media yang penuh dengan gelak ketawa oleh Pak-Pak Menteri seperti sehari sebelumnya.




March 14, 2019

23 Menteri Besar Johor Memang Seorang Badut Yang Kelakar


Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata penduduk di kawasan perumahan di sini adalah tidak  tidak terjejas dengan pencemaran kimia yang berlaku oleh kerana rumah mereka mempunyai pintu yang boleh ditutup dan penduduk pula tidak keluar sewaktu siang hari. Beliau dipetik berkata,
Saya lihat kawasan perumahan ini tidak terjejas. Hanya sekolah-sekolah kerana sekolah ini ia agak terbuka, terdedah. Rumah ni dia tutup pintu dan sebagainya. Mereka yang duduk di rumah ni biasanya mereka tak akan keluar sewaktu siang hari. Kalau ikutkan kita punya bancian, perumahan ini tidak begitu terjejas hanya yang terjejas sikit adalah sekolah.
Osman berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Johor di Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG). Tonton video di bawah:


Beliau menjawab sedemikian apabila ditanya oleh wartawan sama ada penduduk di kawasan perumahan yang berhampiran dengan sungai yang tercemar dengan bahan kimia tersebut perlu dipindahkan.

Inilah masalah pengundi-pengundi Johor. Lain kali pilihlah Wakil Rakyat yang berpendidikan dan tidak menipu pendidikan yang dimiliki. Apabila anda memilih jurujual Singer, itulah kualiti Wakil Rakyat yang anda miliki.

Mungkin Menteri Besar Johor beranggapan pencemaran kimia melalui udara itu adalah sebesar kucing parsi kot. Jadi penduduk di Pasir Gudang hanya perlu menutup pintu dan tingkap rumah mereka.

March 13, 2019

16 Pasir Gudang Darurat, Majlis Menteri Besar Siap Ada Makan Makan Dan Sessi Bergambar



Kalau betul aturcara ini, penganjur memang bodoh. Dalam keadaan darurat, masih ada majlis sambutan untuk Menteri Besar. Siap ada makan-makan dan sessi bergambar lagi. Sepatutnya tiada ucapan Menteri Besar. Datang situ terus diberi taklimat bencana. Tidak perlu makan makan. Nak makan balik rumah dan yang paling penting tiada sessi bergambar. Menteri Besar nak siman gambar untuk anak cucu ka? Kau ingat ini majlis 'fun fair'?

Kedua, kenapakah Pasir Gudang atau Kota Masai tidak diistiharkan darurat? Kerajaan Johor tiada telor untuk isytihar darurat? Adakah keadaan tidak merbahaya kepada Rakyat? Kalau tidak merbahaya, kenapa tiada seorang Menteri, Timbalan Menteri, ADUN atau EXCO negeri yang berkhemah di 'ground zero'? Pastinya keadaan semakin meruncing. Ini disebabkan Menteri Pendidikan, setakat posting ini ditulis, telahpun mengarahkan 34 sekolah ditutup serta merta.


13 MAS Akan Ditutup Atau Dijual Kepada Kroni Dengan Harga Yang Murah?




Patutlah Menteri Kerajaan PH beria-ria mahu mewujudkan kereta terbang. Kerajaan PH tengah mempertimbangkan mahu menutup MAS rupanya.

Berita sebegini agak pelik bin ajaib kerana berita terbaru, MAS mengumumkan bahawa syarikat berkenaan mencatatkan pertumbuhan yang memberansangkan untuk suku kedua tahun 2019. 

Tambahan lagi, syarikat penerbangan utama tanahair ini baru menerima anugerah sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik Di Asia di ITB Berlin.



Apa motif Kerajaan yang bercadang untuk menutup syarikat penerbangan negara ini? CTS mempunyai dua hipotesis.

Pertama, ini adalah propaganda murahan komknnya MAS bakal dijual disebabkan oleh kelemahan Kerajaan Terdahulu. Seperti biasa, zikir Najib, Najib dan Najib akan dimainkan. 

Apabila tiba hari pengundian DUN Rantau, maka Kerajaan PH berkata mereka telah berjaya menyelamatkan MAS dan syarikat berkenaan tidak jadi dijual. Maka Kerajaan PH menjadi hero Sivaji The Boss.

Kedua, pengumuman penjualan ini adalah untuk menurunkan saham syarikat. Apabila saham rendah maka kroni berpeluang untuk membeli syarikat ini dengan harga murah seperti yang berlaku pada masa Perdana Menteri keempat.

Kesimpulannya, mana-mana hipotesis di atas sekalipun, pengundi tomato yang memilih Pakatan Harapan tetap bodoh.

10 Adakah Pembebasan Aisyah Sebagai Balasan Pemberian Equanimity?


Semalam Kerajaan Malaysia dan Peguam Negara telah menarik balik tuduhan membunuh ke atas warga Indonesia. Tuduhan ini ditarik balik atas permintaan Indonesia. Baca di sini.

Warga Indonesia tersebut, Siti Aisyah telah dituduh bersama Doan Thi Huong, 30 tahun, dari Vietnam, membunuh Kim Jong Nam abang pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un.

Mereka dituduh membunuh dengan melumur agen saraf VX pada mukanya di lapangan terbang Kuala Lumpur pada Februari 2017, dalam tindakan gaya Perang Dingin yang mengejutkan dunia.

Pada tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan kedua-dua tertuduh membela diri setelah berpuas hati pendakwaraya telah membentangkan kes melampaui keraguan munasabah. 

Tindakan Peguam Negara menarik balik tuduhan tersebut atas permintaan kerajaan Indonesia bukan sahaja telah menghina keputusan hakim tetapi juga menimbulkan skandal yang luar biasa. 

Kes ini mendapat liputan antarabangsa kerana ia berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan membabitkan tokoh politik dunia. 

Cara Malaysia mengendalikan kes ini sangat memalukan. Mengapa kerajaan dan peguam negara perlu tunduk kepada permintaan ini? Adakah ini sebagai balasan pemberian kapal Equanimity kepada kerajaan Malaysia? 

Jokowi telah membantu Pakatan Harapan mengaut keuntungan politik, maka ini masanya Pakatan Harapan membalas budi Jokowi menjelang pemilihan Presiden Indonesia?

Tanya saja, jangan marah. Orang putih kata 'you scratch my back and I scratch yours'.

March 12, 2019

16 Saiz Perkhidmatan Awam Bakal Dikecilkan, Bersyukurlah Pekerja Kerajaan



Seperti dialog dalam filem P. Ramlee, Pendekar Bujang Lapuk, "ini bukan cobaan. Ini betul-betul", itulah juga yang bakal terjadi kepada kakitangan awam di negara ini.

Sejajar dengan arahan Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam proses untuk mengurangkan saiz perkhidmatan pada tahun 2019 mengikut kadar peratusan berdasarkan tahun. 

Peratusan ini adalah dari keseluruhan jumlah 1.62 juta kakitangan Awam. Pecahan mengikut tahun adalah seperti berikut

2019 - 1% bermakna 16,200 orang akan ditamatkan kontrak.

2020 - 2% bermakna 32,400 lagi akan dikurangkan.

2021 - 2% lagi bermakna 32,400 lagi akan dikurangkan.

Nisbah ini untuk 3 tahun awalan dari tahun 2019 hingga 2021. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 80,000 ribu orang untuk tempoh 3 tahun terawal.

Tahniah kepada pengundi-pengundi Pakatan Harapan di kalangan kakitangan awam. Anda pangkah, anda dapat.

Nota Kaki - Berita-berita yang dipetik dari ucapan Perdana Menteri di Parlimen hari ini berkenaan isu di atas. Haa tepuk!

“Saiz penjawat awam yang terlalu besar menjadi kebimbangan kerajaan. Sekiranya tidak dikawal, kos pengurusan ini akan memakan belanja besar setiap tahun sekaligus merencatkan pembangunan negara,” - Mahathir Mohamad, Parlimen Malaysia, 12/03/2019. 

March 11, 2019

8 Dr S Steram Calon PH Untuk #PRKRantau, Terima Kasih DSAI


Presiden PKR DS Anwar Ibrahim mengumumkan Dr S Streram kekal sebagai calon bagi parti itu untuk bertanding mewakili PH bagi #PRKRantau.

Anwar berkata, pemilihan semula Dr S Streram dibuat setelah selesai bermesyuarat dalaman parti itu dan juga rakan komponen lain dalam PH.


Pertama kali PKR mempertaruhkan kaum India sebagai calon. Terdapat dua kemungkinan. Satu, Anwar yakin separuh daripada pengundi Melayu di Rantau akan menyokong calon PKR India. Dua, Anwar sengaja sabotaj Pakatan Harapan dengan meletakkan calon yang lemah.

Streram dipilih kerana ada 27% pemilih India, kata Anwar. Politik kaum jugalah kalau begitu atau PKR tidak perkauman?

Apa agaknya apa reaksi Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin yang mahukan calon Wanita kali ini? 

Apa pula reaksi R Tanggam Ketua Cabang PKR Rembau dan isterinya Ketua Wanita PKR Rembau yang mahukan salah seorang dari mereka menjadi calon.

Dan yang paling penting, di mana kelibat Timbalan Presiden PKR? Kenapa Azmin Ali tiada di dalam Sidang Media ini.

Kesimpulannya, terima kasih DS Anwar Ibrahim.



11 Selepas PH Perintah, Grab Diambilalih Anthony Tan Dari Rosmah Mansor

Antara fitnah terbesar pemimpin dan macai Pakatan Harapan sebelum PRU14 adalah syarikat Grab dimiliki oleh DS Rosmah Mansor, isteri Mantan Perdana Menteri.

Fitnah yang disebarkan oleh ahli-ahli neraka ini adalah tujuan Rosmah Mansor mewujudkan Grab untuk mematikan syarikat teksi di Malaysia.




Selepas Pakatan Harapan menang PRU14 dengan fitnah, secara tiba-tiba pemilik syarikat Grab bertukar dari Rosmah Mansor ke Anthony Tan, seorang Cina dari Singapura.

Kesiaan melihat kejahilan rakyat Malaysia, sampai bab Grab pun kena tipu dengan Pakatan Harapan. Akhirnya, Rosmah Mansor juga yang dapat pahala.

March 10, 2019

14 Malaysia Baru, LGBT Berleluasa




Kenapa di dalam Kerajaan Baru, golongan LGBT mendapat keistimewaan dengan dibenarkan berarak. Kenapa pada Hari Wanita, laungan hidup LBGT bergema.

Semua wanita ada hak dan wajar dihargai dan disanjung. Tapi apa yang dihairankan kenapa kaum lelaki lebih-lebih perjuang hak gay di Jari Wanita?



Putrajaya baru dilanda ribut taufan semalamndan harta benda rosak. Baru sedikit alam menunjukkan rasa amarahnya.

Ini pula Sarena ni anak Mukhriz dan cucu Mahathit. Jijjk dengan Himpunan ICERD katanya. Namun, tergedik hendak ikut Himpunan LGBT semalam.


 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates