March 1, 2019

21 Gelembong @RafiziRamli Mengenai Cek RM1.4 Juta Memualkan


Lama betul rasanya tidak menulis tentang Rafizi Ramli semenjak beliau menyepikan diri selepas PRU14. Hari ini, beliau muncul dengan posting trademark beliau yang mengelirukan dan caca merba seperti di bawah.

Di dalam ruangan komen, Rafizi Ramli membuat kesimpulan berikut:


Rafizi Ramli seorang Akauntan Bertauliah dan CTS adalah seorang Juruaudit Bertauliah. Oleh itu, kita tinggalkan cerita-cerita khayalan dan teori konspirasi dan tumpukan kepada fakta dan bukti.

Dalam isu kononnya sekeping cek atas nama Americk Sidhu, fakta dan bukti berikut wajib disakan terlebih dahulu tanpa keraguan yang munasabah untuk memfitnah PAS.

1. Milik siapakah cek ini? Ini kerana nama pemilik berkenaan telah dipadam. Rafizi Ramli membuat andaian dan meneka dalam kesamaran hasil mengolah nombor akaun yang tidak lengkap yang idiberikan oleh Sarawak Report seperti di bawah.



2. Tandatangan pemilik cek juga turut dipadam. Adakah ini satu langkah untuk mengelakkan tandatangan palsu dikesan dan penipuan meniru tandatangan terbongkar?

3. Tiada maklumat nombot cek dan nombor akaun? Kenapa takut sangat untuk.mendedahkan nombor akaun pemilik cek? Nama pemilik cek juga tidak didedahkan. Takut kantoi?

4. Cek tersebut belum diproses oleh bank (bank in) lagi kerana tiada cop Bank Terima (Received) atau cop Penjelasan (Clearing). Ini bermakna cek berkenaan belum jelas (clear) dan masih tidak dihantar ke Sistem Penjelasan Pusat (Cheque Clearing Centre). Ada kemungkinan cek berkenaan ditulis, diambil gambar dan dikoyak.

Kesimpulannya, pertama, sesiapa sahaja boleh tulis cek dan kemudian mengambil gambar serta memadamkan bahagian-bahagian penting. Buat satu surat sendiri, letak nombor akaun yang tidak lengkap dan sebarkan. Orang yang tiada pengalaman dalam bidang perbankan mungkin boleh tertipu. Ini propaganda bodoh namanya.

Kedua, kalau Rafizi Ramli dan Sarawak Report masih mahu menegakkan benang yang basah, kemukakan sahaja penyata bank daripada pemilik akaun yang mana wang RM1.4 juta berkenaan dimasukkan (Americk Sindhu - Clients Account). Tak susah bukan?






13 Isu Pembayaran RM1.4 Juta Dari Akaun PAS, Sarawak Report Penipu Besar




Sempena hari Jumaat, ingat nak bersedekah dekat parti PAS. Terbaca "pendedahan" Sarawak Report dakwa dibayar RM1.4juta dari akaun Bank Islam PAS bernombor 9010001388. 

Cuba di Cash Deposit Machine (CDM) gagal dengan mesej 'invalid account'. CTS Cuba pula 'online transfer' juga gagal. Sarawak Report menipu nombor akaun PAS ka?

Sebagai bekas juruaudit Bank Islam selama 10 tahun, CTS cubalah buat pertanyaan dalaman. Tiada nombor akaun yang mempunyai 10 digit di dalam struktur nombor akaun di Bank Islam.


Nombor akaun PAS adalah senang diperolehi sama ada melalui carian 'Google' atau memalui sesawang PAS itu sendiri. Kenapalah bodoh sangat Sarawak Report membuat fitnah. Tidak profesional langsung.

February 28, 2019

7 Natijah Apabila Admin Medsos Menteri Tersalah Akaun





Pagi tadi, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik 'kemaluan' besar apabila akaun Twitter beliau memaparkan 3 status kicauan (tweet) yang agak pelik. Kejadian dipercayai dimuatnaik mungkin oleh pengendali media sosial  (medsos) atau pembantu peribadi beliau sendiri

Ketiga-tiga status kicauan pelik berkenaan dimuatnaik menerusi perisian 'android' manakala permohonan maaf pula dibuat melaui perisian 'iPhone'. Tidak ada apa yang salah dengan status-status berkenaan. Cumanya, cara mengatasi 'kemaluan' berkenaan agak kurang tepat. Apa yang dilakukan oleh Menteri berkenaan adalah dengan mendakwa akaun Twitter beliau digodam dan masalah berkenaan telah diatasi dengan segera.

Menteri berkenaan sepatutnya membuat pengakuan sebenar dan tidak menipu Rakyat. Taktik lapuk mendakwa akaun digodam amat tidak masuk akal. Akaun media sosial Twitter dan Facebook mempunyai sistem keselamatan antara terbaik di dunia. Cakap sahaja sebenarnya pengendali akaun medsos beliau tersalah kemaskini status. Tidak perlu berbohong kepada Rakyat. Kami tidak bodoh dan sijil SRP, SPM, Diploma dan Ijazah adalah tulen.

2 9 Kesalahan Akta Pilihan Raya 1954 Di #PRKDUNSemenyih Setakat Ini cc. @art_harun @sprgovmy

Beberapa kesalahan Pilihan Raya telah dilakukan oleh Pakatan Harapan di PRK DUN Semenyih setakat ini:

1. Agihan Hamper.
2. Umum projek baik pulih rumah.


3. Umum projek Klinik Kesihatan baharu di Semenyih.


4. Menteri Besar umum satu projek besar oleh Kerajaan Negeri Selangor.
5. Pengagihan bubur di masjid-masjid seperti di Masjid Kuala Pajam dengan lambang parti bertanding.


6. Mengadakan Kenduri Rakyat di Bandar Bukit Mahkota.


7. Menteri Perlancongan, Mohammadin Ketapi mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM80,000 bagi kerja baik pulih Dewan Haji Md Silin di Beranang ketika berucap dalam Malis Perasmian Program Semarak Seni Kraf.
8. Mengadakan cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah basikal.



9. Arah peserta AIM undi calon PH? 


Dua kesalahan yang teratas sudah diakui oleh Pengerusi SPR, Azhar Harun sebagai kesalahan peraturan Pilihan Raya. Ini Malaysia Baharu. Apa sahaja kesalahan yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan akan dihalalkan. Ini maqasid syariah versi Pakatan.

February 27, 2019

11 Mat Sabu Yang Bodoh Atau Diperbodohkan Oleh Pegawainya?



Pejabat Menteri Pertahanan hari ini mengeluarkan Kenyataan Media bahawa penjualan Hotel Royale Chulan Bukit Bintang belum muktamad dan masih dalam proses memilih pembeli dan keutamaan akan diberi kepada pembeli tempatan.

Kenyataan Media itu juga menyatakan tanah dan lokasi hotel itu strategik dan akan masih mencari harga jualan yang lebih tinggi. Maksudnya, penjualan masih akan berlaku.

Pejabat Menteri Pertahanan dan juga Menterinya mungkin tidak tahu bahawa Boustead sudah buat pengumuman rasmi kepada Bursa Malaysia pada hari Selasa minggu lepas. Baca di sini.

Boustead Holdings Berhad juga mengesahkan mereka sudah menandatangani surat setuju terima dari syarikat Singapura itu. Wang deposit RM3.94 juta (2%) pun sudah masuk poket Boustead.

Kita tidak pasti sama ada Menteri Pertahanan bodoh atau telah diperbodohkan. Sekiranya ini tidak berlaku, maka Boustead sudah melakukan kesalahan undang-undang kerana telah membuat pengumuman palsu kepada Bursa Malaysia.

Hukuman ini di bawah  Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2009 adalah penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM3 juta.

6 Sekarang Kita Faham Kenapa Lim Guan Eng Dan Anthony Loke Merupakan 3 Menteri DAP Paling Diyakini


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Kewayangan, Lim Guan Eng telah diiktiraf oleh 'sebuah syarikat perhubungan awam', Citrine One sebagai 2 daripada 3 Menteri DAP yang diyakini oleh Rakyat Malaysia. Baca di sini. Dengan hanya menggunakan 321 responden dari seluruh negara (Malaysia ada 32.4 juta penduduk, pada tahun 2018 untuk rekod), syarikat cap ayam ini telah membuat kesimpulannya.

Bagaimana seorang Menteri Kewayangan yang gagal dalam titik perpuluhan dan selalu berbelit di dalam sidang media serta Menteri Pengangkutan yang gagal dalam isu pemandu teksi, e-hailing dan kebajikan pekerja-pekerja SPAD boleh mendapat undian tertinggi.

Setelah CTS kaji dengan teliti, barulah CTS setuju dengan kajian dan kajiselidik yang dijalankan itu. Rupanya terdapat persamaan di antara Lim Guan Eng dan Anthony Loke. Persamaan mereka adalah kedua-dua Menteri berkenaan membawa isteri masuk ke dalam mesyuarat rasmi. Mungkin kajian dan kajiselidik ini dibuat terhadap responden di kalangan 'queen controls' atau lelaki yang takut bini.

10 Jangan Sedih, Jangan Risau, Kita Ronggeng Dulu



Kita patut menghargai kehidupan di dalam Malaysia Baharu, di zaman Kerajaan Pakatan Harapan. Di saat 12,000 pengawal keselamatan bakal kehilangan kerja, VVIP kita boleh beronggeng lagi.

Yang peguam dengan caranya. Menari twist tanpa ingat dunia. Yang tua memghampiri tanah kubur, cukuplah sekadar tarian ronggeng. Kalau menari twist takut terkehel pinggang.

Apa lagi. Haa tepuk!

February 26, 2019

16 Menteri Pembangunan Usahawan Telah Selesaikan Masalah Tol Di Malaysia


Tidak ada seoarangpun Menteri-Menteri Kabinet Pakatan Harapan yang bijak kecuali Menteri Pembangunan Usahawan. Hari ini, beliau telah mengemukakan satu kaedah untuk menyelesaikan masalah tol kepada Rakyat Malaysia.

Hari ini, beliau telah berjanji di dalam tahun ini beliau akan menaiki kereta terbang. Pernahkah Menteri-Menteri Kabinet Pakatan Harapan berbohong? Masalah 'power window' kereta Proton sehingga sekarang tidak selesai, Menteri berkenaan sudah bercita-cita menaiki kereta terbang.

Dengan pendekatan ini, Menteri berkenaan telah secara langsung menyelesaikan masalah tol. Mana ada tol di udara bukan? Cuba dongak ke langit. Nampak tak tol? Bijak tak Menteri ini.

Janganlah di antara kita yang mempertikaikan kenyataan Menteri berkenaan. Prototype berkenaan sedang diuji seperti dalam gambar-gambar di bawah. Ya Allah, berlumba-lumba Menteri-Menteri Pakatan Harapan untuk menjadi badut di Malaysia.

Kesimpulannya, sebagai tanda hormat, mohon Perdana Menteri untuk pandu uji kereta terbang berkenaan danntolong bawa Menteri Kewangan sekali.


6 Muda-Muda Pun Boleh Jadi Pelupa Calon Parti Bersatu #PRKDUNSemenyih


Seawal pagi, calon BN, calon PSM dan calon Bebas sudahpun berada di pusat pengundian untuk proses pengundian awal. Namun kelibat calon Bersatu tidak kelihatan. Pukul 11:40 pagi, akhirnya muncul jua. Dikatakan pas SPR terbawa sekali ke Kuala Lumpur dalam kenderaan lain. 


PRK Rantau akan diadakan semula kerana calon PKR terlupa membawa pas SPR, dan calon berkenaan telah membawa isu berkenaan ke mahkamah. Selebihnya telah menjadi sejarah. Kita tidak faham. Masuk dewan peperiksaan perlu membawa pas. Pergi kerja kena bawa pas. Naik kenderaan awam perlu bawa pas. Takkan semasa pilihanraya calon tidak tau pas dia di mana? 

Kesimpulannya,

1. Hendak menjaga pas pun huru hara, bagaimana hendak jaga Rakyat.


2. Dalam tempoh berkempen, baru jadi calon PH pun dah selalu hilang. Apatah lagi selepas ini sudah menjadi Wakil Rakyat, lagi banyak hilang kot berbanding berada dalam kawasan.


February 25, 2019

19 RM7.5 Billion Adalah Hutang Peneroka FELDA Rupanya


Hari ini FELDA mengeluarkan kenyataan bahawa hutang FELDA berjumlah RM7.5 billion sebenarnya adalah hutang peneroka-peneroka kepada FELDA dan bukannya berpunca dari salah tadbir urus atau penyelewengan pihak-pihak tertentu, seperti yang didakwa Pakatan Harapan.

FELDA terpaksa mengambil alih dan menanggung hutang tersebut untuk memberi hutang kepada peneroka-peneroka FELDA sebagai kemudahan pinjaman untuk menanam semula sawit, pembesaran rumah, ubahsuai rumah dan lain-lain dan hutang FELDA berjumlah RM7.5 billion diimbangi dengan selamat oleh aset lebih RM20 billion. Baca artikel Berita Harian, di sini.

Di dalam Manifesto Pakatan Harapan, mereka menjanjikan kepada peneroka-peneroka FELDA, hutang peneroka kepada FELDA akan dihapus kira dalam tempoh 100 hari Pakatan Harapan menjadi Kerajaan. Kini setelah lebih 200 hari, tiada sebarang tindakan berhubung dengan janji melupuskan hutang-hutang tersebut dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

Apakah semasa Pakatan Harapan membuat janji itu mereka tidak tahu jumlah hutang FELDA? Mereka jugak yang membuat tuduhan-tuduhan kononnya FELDA di ambang kebankrapan sehingga ada pimpinan tertinggi yang di saman FELDA.

Pendekatan pimpinan Pakatan Harapan untuk memburukkan Barisan Nasional dengan tagline "Ini semua salah Najib Razak" sudah tidak lagi ditelan bulat-bulat oleh Rakyat. Semakin hari semakin terbukti tuduhan-tuduhan yang dibuat Pakatan Harapan adalah tidak berasas dan fitnah.

February 24, 2019

14 Program KPM Dalam Bahasa Cina? Tidak Rasiskah?


Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching telah meluangkan masa hampir tiga jam  bagi bersama-sama memberikan penerangan berkaitan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) kepada lebih 50 orang peserta yang terdiri daripada ibu bapa dan orang awam di stesen penyiaran Astro di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pagi tadi.

Forum Pendidikan anjuran Melodyfm ini terbuka kepada semua pendengar stesen radio berkenaan yang diadakan secara percuma. Untuk makluman, Melodyfm adalah stesen radio bahasa Cina. Kita juga faham target penonton atau audiens juga dari kalangam orang Cina.

Walaupun begitu program ini merupakan program rasmi Kememterian Pendidikan Malaysia (KPM). Rasanya walau audiens dan speaker berbangsa Cina, ianya  tidak sepatutnya program diadakan dalam bahasa Cina apatah lagi menjadi bahasa pengantar dalam program kementerian. 

Lainlah jika penonton datang dari golongan yang memang tidak mengiktiraf Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi. Boleh sahaja dibuat dalam Bahasa English. Sekurang-kurangnya 'post program' dapat disebarkan manfaatnya kepada umum. Atau sememangnya KPM dalam Malaysia Baharu sudah mewujudkan Department of Chinese Community Education dalam Kementerian berkenaan?





17 Apa Punya Mesej PH Nak Bawa Dengan Bawa Lori Untuk Ke.pen #PRKDUNSemenyih?




Dah lah jalan raya di Semenyih ni teruk. Diakui sendiri oleh calon PPBH di mana baoa mertuanya mantan ADUN di situ. Ditambah lagi dengan lori-lori besar keluar masuk. Hari ini PH berkonvoi menggunakan lori-lori besar yang membawa mesej apa untuk rakyat tempatan?

Mesej apa yang cuba PH sampaikan? Kami lori-lori besar bersama PH. Apa rakyat boleh buat? Atau lori-lori besar berterima kasih kerana tol adalah percuma jam 11.00 malam hingga 5.00 pagi?

Keselamatan nyawa mahupun keselesaan anda warga Semenyih bukan keutamaan bagi PH sekarang ini. PH akan menggunkan apa sahaja dan siapa sahaja untuk mengaut undi. Harga anda sebagai pengundi? Kirim salam sajalah.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates