January 19, 2019

10 Bangsar South Kembali Dengan Nama Kampung Kerinchi



'Bangsar South' kembali dikenali dengan nama asalnya 'Kampung Kerinchi'; sebabnya kawasan itu tidak pernah jadi sebahagian daripada Bangsar.

Proklamasi menukar nama Bangsar South kepada Kampung Kerinchi dibuat oleh Ahli Parlimen Port Dickson yang tiada sebarang jawatan dalam Kerajaan Persekutuan dan juga DBKL. 

Yang hadir pada Majlis itu semua orang kuat  parti PKR. Fahmi Fadzil Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Nurul Izzah Anwar bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai yang kini Ahli Parlimen Permatang Pauh selain Anwar Ibrahim Ahli Parlimen Port Dickson dan Presiden PKR.

Persoalannya, atas kapasiti apa Anwar Ibrahim, Presiden PKR yang dipilih untuk melakukan proklamasi tersebut? Kenapa tidak Khalid 'buta warna' Samad merangkap Menteri Wilayah Persekutuan?

Kenapa tidak Dr Shahruddin Md Salleh, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan? Kenapa tidak Dato' Nor Hisham bin Ahmad Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur?

Apakah proklamasi tukar nama itu hanya satu proklamasi oleh sebuah parti politik dalam menunaikan janji pilihanrayanya? Jika jawapannya ya, apakah ianya telah mendapat persetujuan DBKL dan penduduk atau pemilik hartanah di kawasan tersebut?

19 Adakah Suruhanjaya Pilihan Raya Berlandaskan Perlembagaan Persekutuan?




Peruntukan Perlembagaan mengenai Ahli Suruhanjaya SPR adalah jelas:

1. Mesti (shall) ada Pengerusi (Chairman), Timbalan Pengerusi (Deputy Chairman) dan 5 ahli. (Sumbe: Article 114 (1) Perlembagaan Malaysia).

Bila ada lengkap kehendak Perlembagaan itu baru ada satu Suruhanjaya Pilihanraya. Kalau ada satu Pengerusi (Chairman) sahaja tanpa Timbalan (Deputy) dan tanpa 5 Ahli itu bukan Suruhanjaya. Itu pertubuhan haram.

2. Article 114 (2) pula menyatakan perlantikan Ahli Suruhanjaya termasuk Pengerusi (Chairman), "which enjoys public confidence".

Kesimpulannya, kalau ada Pengerusi sahaja tanpa ahli, bagaimana Rakyat hendak yakin. Mana boleh Pengerusi buat keputusan seorang?


Kemaskini 05:00 PM - Jawapan daripada Pengerusi SPR melalui laman sosial Twitter.



Jawapan Pengerusi SPR satu tindakan terdesak. Takkan lah satu suruhanjaya hanya ada satu ahli sahaja dan dibiarkan kosong begitu lama. Ikut lah 'provision of the Constitution'. Yang ikut schedule' kenapa? Susah sangatkah hendak melantik Ahli Suruhanjaya yang lain?

10 Apabila Peguam Negarappp, Hakim Dan Menteri Berdansa



Apabila melihat Ketua Hakim Negara (TS Richard Malanjum), Peguam Negara (Tommy Thomas) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) (VK Liew) berdansa, hati kita merasa tenteram. Negara sudah aman. Negara sudah kaya dan taraf hidup Rakyat sudah semakin tinggi. 

Setiap tahun tema mereka hampir sama, makan malam dan berdansa. Cuma yang berbeza tahun ini ada jata negara pertukaran Kerajaan Baharu.

Ini bukannya 'private event' sebaliknya program Kerajaan yang berjata negara yang ditaja menggunakan duit rakyat melalui Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang) dan juga Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.


Malaysia Baharu menyatukan Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Peguam-peguam Pakatan Harapan seperti Datuk Ambiga, Siti Kasim dan lain-lain dalam satu pentas keramaian. Saja nak tahu dari segi etika.



January 18, 2019

19 YBM Khalid Samad Cuba Buat Troll Mengatasi DS Najib, Sayangnya Tak Lawak

Sudahlah di sebelah tengah hari, tiada siapa yang perdulikan Menteri Wilayah ini selepas selesai Solat Jumaat, perasaan pasti membuak-buak apabila Khalid Samad kena troll dengan Mantan Perdana Menteri.


Mungkin sedikit panas kena troll, Khalid Samad membalasnya dengan dua troll di bawah. Sayangnya, troll beliau agak hambar dan tak ada unsur jenakapun.



Ini pula kenyataan Khalid Samad bertarikh 05/01/2019, sewaktu harga minyak turun. Hari ini RON95 naik RM0.06. Khalid Samad tak mau komen kah?

10 Nobita Pula Buat U-Turn, Ada Takut Ka Apek?



15 Januari 2019, Berita Harian memaparkan berita Setiausaha Agung DAP berjanji bahawa projek pembangunan telah dan akan dilaksanakan jika PH memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands.

3 hari kemudian, 18 Januari 2019, surat khabar yang sama, Berita Harian memaparkan penafian Nobita ini. Ini mungkin berlaku selepas netizen membuat bising bahawa PH melanggar tata etika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Satu lagi u-turn daripada pemimpin PH.


13 Bila Negarawan Dihormati Dan Menteri Orang Buat Tak Reti





Kesian melihat penerimaan penduduk setempat ke atas seorang Menteri Pakatan Harapan yang bersama-sama solat Jumaat bersama DS Najib Tun Razak. Selesai menunaikan solat jumaat wartawan sibuk ambil gambar dan orang ramai sibuk hendak bersalam dengan DS Najib Tun Razak tetapi tidak kepada Menteri yang berbaju merah menonong saja keluar. Nasib kaulah Labu. Siapa suruh mulut celupar sangat. Nama Menteri berkenaan CTS sudah lupalah.

January 17, 2019

34 Kenapa BSN Mengadakan Pinjaman Perniagaan Untuk Bangsa Cina Sahaja? Bangsa Lain Bagaimana?



Adakah pinjaman atau pembiayaan di atas untuk peniaga Taiwan atau China? Sama sekali bukan. Ini adalah pembiayaan untuk kaum Cina di Malaysia. Kenapa BSN hanya mengadakan pinjaman atau pembiayaan untuk kaum Cina sahaja? Bagaimana dengan kaum India, Punjabi, Melanau, Iban, Dayak, Bidayuh dan sebagainya? Mereka ini tidak tahu berniagakah?

Semenjak Menteri Kewangan Hong Kong berada di posisinya, kaum Cina mendapat layanan yang sungguh istimewa. Sudahlah sekolah menengah swasta dan kolej universiti swasta Cina yang bermotifkan keuntungan mendapat sumbangan berjuta dari Kementerian Kewangan, sekarang ada pula pinjaman khusus untuk kaum Cina sahaja. Disediakan oleh bank 'government link agency (GLC)'.

29 Dulu Hina Dan Jatuhkan Kerajaan, Sekarang Mengadap Minta Tolong



Kalau jumpa ular dan orang ini, pastikan jangan diapa-apakan ular berkenaan. Dengan muka tebal dan tidak tahu malu, pemilik Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd semalam mengadap Mantan Perdana Menteri untuk meminta pertolongan.

Inilah akibat menjadi manusia yang kufur nikmat. Kalau dulu sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN), bantuan apa yang tidak pernah diberikan kepada pemandu teksi.

Antara bantuan yang diberikan Kerajaan BN kepada pemandu teksi adalah Kad Bantuan Teksi 1Malaysia (BT1M) bernilai RM800, perlindungan insurans kemalangan peribadi berjumlah RM50,000, kelayakan BR1M secara automatik, Skim Bantuan Tayar 1Malaysia, pemberian permit teksi individu dan perlindungan PERKESO.

Tonton video di bawah. Apa yang tidak diucap dan dimaki kepada Kerajaan pada masa itu. Malah, beliau turut menghasut supaya mengundi Pakatan Harapan. Kenapa perlu berjumpa dengan DS Najib Tun Razak dan bukan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan Kerajaan PH?


9 Tidak Perlulah Lim Guan Eng Bangga Bagi Peruntukan RM15 Juta Kepada UIAM


Tindakan Menteri Kewangan Hong Kong, Lim Guan Eng membandingkan peruntukan untuk tiga kolej universiti swasta berjumlah RM6 juta kepada Kolej Universiti New Era di Selangor, Kolej Universiti Selatan di Johor dan Kolej Universiti Han Chiang di Pulau Pinang  dengan peruntukan RM15 juta kepada UIAM adalah tidak masuk akal dan agak memperlekehkan Rakyat.

Pertama, adakah Lim Guan Eng tidak faham perbezaan antara kolej swasta dengan universiti awam milik Kerajaan?

Kedua, peruntukan untuk tiga kolej universiti swasta ini tidak ada di dalam Bajet 2019 untuk Kementerian Pendidikan dan tidak pernah dibentangkan dan diluluskan di Parlimen.

Ketiga, kita setuju dengan pendapat Lim Guan Eng bahawa isu peruntukan kepada 3 kolej universiti swasta ini tidak patut di jadikan isu perkauman. Persoalannya, kenapa hanya kolej universiti swasta Cina?

Nota Kaki:

Idea siapakah ini? Harap ianya bukan dari Kementerian Kewangan. Kenapa hanya skim pembiayaan usahawan perusahaan kecil komuniti untuk kaum Cina? Bagaimana untuk kaum India? Punjabi? Siam? Iban? Kadazan?

9 Di Bawah Menteri Belia Dan Sukaneka @SyedSaddiq, Sukan Di Malaysia Semakin Mati







Belum pernah terjadi sebelum ini, atlet sukan negara berhenti beramai-ramai seperti ini, Ini berlaku disebabkan Kementerian tidak dapat menjaga kebajikan atlet. Sangat mengecewakan perkara sebegini berlaku. Tahun 2019 adalah tahun penting untuk para atlet untuk kelayakan ke Olimpik dan Paralimpik 2020. 

Janganlah banyak sangat politiking di dalam badan sukan sehingga terjadi sebegini. Syed Saddiq hendaklah serius membuat perjumpaan dengan semua atlet dan badan sukan yang berkenaan. Hentikan menjadi 'drama king' dan kurangkan berpolitik. Dengar luahan dan terima pendapat dari pelbagai pihak. Jangan hancurkan sukan di Malaysia.

Kesimpulannya, Syed Saddiq perlu menjaga atlet kebangsaan yang banyak berjasa kepada Negara dan bukannya atlet e-sport yang memegang joystick terjatuh dari sofa yang menyebabkan luka di pipi dan jalan terhenjut-henjut. Yang paling penting, jangan jadikan pejabat Menteri sebagai tempat bermain golf!

14 Ceramah Mat Sabu Di Sungai Koyan Dihadiri Penyokong Sendiri






Ceramah Mohammad Sabu di hadapan Sekolah Agama Sungai Koyan, semalam, bolehkah dikatakan ceramah syok sendiri.

Yang meramaikan penonton hanyalah penyokong yang diimport dari luar dan bukan boleh mengundi pada 26/1/2019.

Mungkin Kerajaan PH Ingat orang Sungai Koyan hadap dengan ceramah baling mikropon agaknya?

January 16, 2019

11 @guanenglim Bercutikah Hari Ini?



Ini video lawatan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ke Cameron Highlands. Memandangkan anggota kabinet dilarang untuk berkempen di Pilihan Raya Kecil, kita ingin bertanya Lim Guan Eng perkara-perkara berikut:

1. Adakah Lim Guan Eng mengambil cuti untuk lawatan ini? Sekiranya tidak, beliau telah menggunakan gaji Menteri semasa berkempen.

2. Adakah Lim Guan Eng menggunakan kereta sendiri dan memandu sendiri keretanya ke Cameron Highlands? Sekiranya tidak, beliau telah menyalah guna aset Kerajaan.

3. Adakah Lim Guan Eng telah dan akan menuntut semula perbelanjaannya di Cameron Highlands atas kapasiti Menteri Kewangan mengadakan lawatan? Sekiranya ya, beliau telah menyalah gunakan kuasa.

4. Lim Guan Eng hendaklah menghentikan tindakan mengugut pengundi-pengundi Caneron Highlands. Sekiranya betul hendak buat pembangunan di sini, tunjuklah apa projek-projek yang bakal dilaksanakan dan apa manfaat yang rakyat bakal dapat. Jangan main ugut.

Jangan marah ya. CTS tanya saja.

5 Hebat ADUN Jeram, Bagi Baju Jenama Sendiri



Masih ingatkah anda dengan ADUN Jeram, Mohd Shaid Rosli yang menjadi terkenal dengan menghadiahkan beg sekolah dengan bergambarkan mukanya? Baca posting CTS, di sini. Kini, beliau kembali dengan baju sekolah pula.

Lebih menarik, sumbangan 10,000 baju kemeja dan kurung yang mula diagihkan hari ini secara berperingkat kepada 10 sekolah rendah di dalam DUN Jeram. Susah juga dapat Wakil Rakyat yang gila publisiti.

Tidak menjadi masalah sekiranya beliau menggunakan dana beliau sendiri untuk mempromosikan dirinya. Kalau guna peruntukan wakil rakyat, bukankah duit itu duit Rakyat?

Nota Kaki - Ini bahasa seorang Yang Berhormat dari Pakatan Harapan.

January 14, 2019

17 Ketua Pemuda Harapan Atau Menteri Belia Dan Sukaneka?



Syed Saddiq berbangga memandu kereta sendiri ke Cameron Highland, bukan sebagai Menteri Belia dan Sukaneka, tetapi sebagai Ketua Pemuda Harapan. Kita puji sebab beliau tidak menggunakan aset Kerajaan untuk berkempen di Pilihan Raya Kecil di sana.

Di Cameron Highlands, Syed Saddiq membuat program townhall bersama Menteri Belia dan Sukan. Macamana pulak tu? Itu program parti atau program Kerajaan? Siapa biaya program, parti atau Kementerian Belia dan Sukan?

Kedua, kalau seorang Menteri Persekutuan turun berkempen ke Cameron Highlands pada waktu pejabat, adakah beliau dikira melakukan kerja parti atau kerja Kerajaan atas kapasiti rasmi sebagai Menteri? 

Perlukah beliau mengambil cuti dulu kalau hendak turun berkempen sebagai pemimpin parti? Walaupun tidak menggunakan kereta rasmi Menteri milik Kerajaan atau kenderaan Kementerian, gaji Menteri tetap jalan juga.

Kesimpulannya, bukan senang untuk mengasingkan antara kerja parti dan kerja Kerajaan.

Nota kaki: Ketua Pemuda Harapan ditegus di media sosial kerana bergambar ketika mengisi minyak di Petronas dalam perjalanan ke Cameron Highlands.

2 Pengagihan Lembaga Pengarah Yayasan Pelajaran Johor, Ibarat Skrip Filem P Ramlee, "Satu Untuk Kau, Satu Untuk Aku"


Pelantikan lembaga baharu Yayasan Pelajaran Johor. Sekurang-kurangnya sembunyilah sedikit atau orang putih kata 'cover' sikit jawatan politik tu. Letak lah jawatan NGO kangkung mana-mana pun. Ini sudahlah tidak kisah nak 'cover', segan dan malu sudah tidak ada dalam diri. Zaman Kerajaan PH, parti menguasai kerajaan!

Sebelum menang PRU14, Janji mereka TIADA lantikan politik dalam agensi atau badan berkaitan Kerajaan, di peringkat Persekutuan atau Negeri. Di Johor, dilantik Ketua Bahagian PPBM menjadi lembaga Pengarah Yayasan Pelajaran Johor. Bukan seoarng tapi dua orang. Mungkin kerana kelayakan mereka yang sangat profesional. Hidup Malaysia Baharu!

Kemaskini 4:45 PM:

Tidak sampai sehari terus depa u-turn!!!

17 Meja Ping Pong Dan 'Mobile Fordable Stage' Pun Tak Boleh Beza?




Kebebalan macai tomato jelas terserlah sehingga tidak dapat membezakan meja ping pong dengan 'mobile fordable stage'. Meja ping pong mana ada yang lebih rendah dari bangku plastik. Patut la Pakatan Harapan menang PRU 14. Pengundi-pengundi mereka bodoh-bodoh belaka.

Kita boleh menerima kalau macai tomato pemakan dedak, bodoh dan sedaya upaya untuk mengaibkan DS Najib Tun Razak. Namun, sekiranya lawak bodoh ini turut dilakukan oleh penulis politik terkenal, Mohd Sayuti Omar, ianya amat memalukan.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates