January 12, 2019

18 Nak Derma RM300 Pun Kena Pakai Replika Cek Ka Bang?



Dari stinggi-tinggi jawatan pemimpin PH sehinggalah ke taraf bawah seperti Pemuda Harapan, semuanya bodoh-bodoh belaka. Dalam majlis di atas, kalau saya mahu menderma setakat RM300, cukuplah ssya meletakkan duit tunai di dalam sampul sahaja. Tebal muka weh derma RM300 buat replika cek bagai.

Pertama, niat sudah betul, cara tidak kena.

Kedua, kos untuk menyediakan replika cek mencecah RM100 dan ke atas. Berbaloikah dengan nilai sumbagan RM300. Bukan salah titik perpuluhan seperti Lim Guan Eng. Kalau RM300,000 takpalah jugak.

Ketiga, siapa penerima derma ini? Nama pada replika cek adalah Pemuda Harapan Kelantan. Dalam erti kata lain, merekalah penerima sumbangan tersebut.

Inilah yang dikatakan pandai tidak dapat diikut, bodoh tidak dapat diajar.

12 UTC Jadi U-Turn



Kalau bukan buat keputusan u-turn, bukan Kerajaan PH namanya. Kementerian Kewangan telah mengubah kembali perubahan waktu operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) dari jam 8 pagi sehingga 7 petang sahaja bermula dari 1 Januari 2019 lalu.

Kementerian Kewangan Malaysia dalam satu kenyataan mengumumkan 7 buah UTC akan dibuka semula waktu operasinya sehingga 10 malam seperti sebelum ini.

Tindakan u-turn ini dilakukan setelah orang ramai membidas keputusan pemendekan waktu perkhidmatan yang dianggap tidak lagi memudahkan urusan di luar waktu pejabat.

Alasan yang diberikan sebelum ini adalah kehadiran pelanggan hanya 11% selepas pukul 7 malam dan bagi memastikan perbelanjaan kerajaan adalah efisien bagi UTC iaitu menyampaikan perkhidmatan cekap tanpa pembaziran waktu dan tenaga.

January 11, 2019

28 Tok Batin Diugut Adalah Kesalahan Pilihanraya, Mana SPR?



Belumpun sempat hari penamaan calon, Pakatan Harapan sudah buat hal.

Pertama, calon DAP, Memogram eh bukan, Manogaran memainkan sentimen perkauman dengan menuduh Orang Melayu tidak membeli kuih Orang Asli, maka orang Melayu tidak sokong Calon Orang Asli.

Kedua, seorang senator PKR, Bob Menolan mengugut Tok Batin supaya menyokong calon DAP jika tidak mahu kena lucut jawatan atau hilang gaji / elaun. Dengar audio di bawah.


Kenapa begitu kejam sehingga mengugut Tok Batin beserta masyarakat Orang Asli? Inii adalah suatu perbuatan yang melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, Akta 5, 9 (1).

Ketiga, pada ketika kempen pilihanraya inilah Menteri menggunakan aset Kerajaan untuk berkempen dengan memberi alasan menjalankan tugas harian. Contohnya Menteri Pertahanan, Mat Sabu.

January 10, 2019

28 Timbalan Menteri Pula Berlumba-Lumba Tunjuk Bodoh


Kemana tumpahnya kebodohan Menteri Kewangan DAP kalau tidak kepada pengikut satu parti yang sama dengan beliau. Dalam kes ini kebodohan Menteri Kewangan DAP tumpah kepada Timbalan Menteri MITI. Ong Kian Ming, atau dikenali sebagai Ipin, mempertikan mantan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak yang kononnya mencuri kredit penjawat awam MITI yang membawa pelaburan langsung asing.

Pertama, di dalam mana-mana urusan korporat, bukankah Menteri atau Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO) yang akan pergi berbincang untuk dapatkan pelaburan? Ini disebabkan Menteri dan CEO ada kuasa eksekutif untuk tentukan polisi dan dasar. Pegawai penjawat awam tiada kuasa tentukan polisi. Mereka hanya menjalankan polisi yang sedia ada.

Kedua, Menteri boleh buat dasar berdasarkan apa yang pelabur kehendaki atau mencari pelaburan bersesuaian dengan dasar dan polisi kementerian . Kalau ianya perlu diubah sedikit polisi, Menteri ada kuasa untuk berbuat demikian. Pegawai penjawat awam cuma selesaikan bab prosedur dan kertas kerja. Perbincangan dan persetujuan awal Menteri yang selesaikan .

Kesimpulannya, memandangkan Ong Kian Ming mengeluarkan kenyataan bahawa pegawai kakitangan awam MITI yang membawa pelaburan langsung asing masuk ke Malaysia, satu soalan CTS hendak bertanya. Kenapakah dengan pegawai kakitangan awam MITI yang masih sama, pelaburan baru masuk berkurangan?

Soalan cepumas, betulkah you lulusan Cambridge Ong Kian Ming? Nampak macam bodoh bebenor.

22 Calon Pertama Anak Tempatan Orang Asli Beragama Islam Wakil BN Untuk Parlimen Cameron Highland



Mantan Ketua Siasatan Jenayah Komersial ACP Tuan Ramli bin Md Noor telah diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Cameron Highlands. Seorang anak tempatan ORANG ASLI beragama Islam. Bukan ahli UMNO tetapi komited dengan perjuangan BN sejak dari dulu untuk semua.

BN meletakkan harapan ke atas 'Calon Langsung BN', bukan mewakili mana-mana satu parti komponen BN tapi mewakili BN. Pemilihan Ramli Mohd Noor, bekas pegawai kanan polis keturunan Suku Semai orang asal Cameron Highlands yang bukan ahli kepada mana-mana parti komponen BN mungkin sesuatu yang janggal bagi sesetengah orang tapi ia bukan suatu langkah yang baru bagi BN.

Semasa PRN Sarawak ke 11, ramai calon-calon langsung BN diletakkan bertanding dan telah terbukti ia satu langkah taktikal yang berjaya. Tradisi dan cara lama yang dipraktikkan BN sebelum ini sudah tidak lagi terpakai pasca PRU 14. Lanskap politik sudah berubah, maka pendekatan berpolitik juga perlu berubah. Segala persetujuan lama perlu dikaji dan dirombak supaya bersesuaian dengan kehendak dan tuntutan semasa.


Calon Rasis DAP, Manogaran mula resah selepas mengeluarkan kenyataan "Melayu tak beli kuih orang asli". Manogaran ingat BN (UMNO) akan letak calon Melayu. Maka beliau cuba main sentimen supaya Orang Asli marah dengan Melayu. DAP dan politik perkauman berpisah tiada. Habislah kau Ane ...

January 9, 2019

28 Pusat Sudah Umum, Penang Dan Perak Sudah Umum, Negeri Lain Bila Lagi?




Bahagia sungguh tinggal di dalam pemerintahan Kerajaan PH. Selama 8 bulan mereka memerintah, selain dari penurunan harga tomato, telur 2 sen sebiji dan hujan petang tadi, lain-lain barangan dan perkhidmatan naik harga. Tidak terkecuali tarif air.

Pulau Pinang dan Perak telah mengumumkan kenaikan. Negeri-negeri PH yang lain bakal menyusul. Tinjauan wartawan CTS mendapati Rakyat marhaen gembira dengan kenaikan tarif air ini.

Kaum DAP Pulau Pinang amat gembira dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana menaikkan tarif air sehingga 20%, kata Pakcik jual pasemboq di Padang Kota.

Patutlah beria-ia benar Menteri berkenaan suruh kita minum air terus dari pili. Ada udang disebalik char keowtiaw rupanya. Kerajaan Pusat juga sedang mengalakkan kenaikan tarif air.

Macai tunggu apa lagi? Haa tepuk!!!


January 8, 2019

24 Laporan Kimia Air Kencing Mat Ganja Ambil Masa 1 Hingga 3 Bulan? Walawei!!




Air kencing anak kepada pemimpin Pakatan Harapan ini memang agak istimewa. Laporan ujian kimia memerlukan tempoh sebulan sehingga tiga bulan untuk mengetahui keputusan ujian air kencing.

CTS bukan ahli kimia. Mungkin air kencing ini memerlukan pemeringkatan 3 kali untuk ditapis bagi menemukan molekul dadah. Halusnya molekul kencing suspek ini mungkin lebih kecil dari nano dan dikategorikan sebagai halus pico.

Kita tidak pasti ganja apa yang diambil, berapa kilo yang ditelan sehinggakan ujian air kencing mengambil masa sehingga 3 bulan. Bayangkan ini hanya anak Menteri. Bayangkan pula kalau air kencing Menteri? Pastinya ujian air kencing akan mengambil masa bertahun.


8 Sambutan Pembukaan Sekolah Menegah Persendirian Cina Gilang Gemilang







Gambar-gambar di atas diambil di Malaysia dan bukan di China atau Taiwan. Tahniah Timbalan Menteri Pelajaran (Sekolah-Sekolah Cina) yang menjadi tetamu kehormat dalam majlis gilang gemilang ini. 

Kerajaan PH juga berbesar hati menyumbang RM12 juta kepada 60 buah Sekolah Menengah Persendirian Cina, termasuk sekolah persendirian di atas.

Kalau mengikut Menteri Pelajaran, Dr Maszlee di bawah, peruntukan RM12 juta untuk sekolah persendirian Cina diberikan oleh Nobita. Nobita pula pernah berkata, Saya Malaysian ma, saya tidak melihat diri saya sebagai seorang Cina." Ye lah kan. Siapa kata Cina rasis?

12 RM25 Juta Untuk 283 Sekolah Pondok? Alhamdulillah, Asalkan Najib Jatuh


Maka ... peruntukan RM25 juta untuk 283 buah sekolah pondok yang berdaftar diserahkan oleh Menteri Kewangan Hong Kong, Lim Guan Eng kepada Menteri (Semua) Agama, Dr Mujahid Yusuf Rawa. Maka bertempiklah macai-macai Lim Guan Eng bahawa Lim Guan Eng memertabatkan Islam. Inilah Khalifah zaman moden. Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan (Sekolah-Sekolah Cina) pun hadir sama?

Lim Guan Eng berkata kesediaan Kerajaan Pakatan Harapan memberikan RM25 juta kepada 283 buah sekolah-sekolah pondok menunjukkan komitmen Kerajaan Pakatan Harapan kepada pendidikan Islam di Malaysia. Ya ka?

Secara purata, satu sekolah pondok dapat RM 88,339.22. Lim Guan Eng memberikan RM12 juta kepada 60 buah Sekolah Menengah Cina Persendirian. Secara purata satu sekolah terima RM200,000. Sekolah-Sekolah Persendirian Cina yang sedia ada yang banyak sumber kewangan, mendapat lebih banyak peruntukan daripada Kerajaan Pakatan Harapan berbanding sekolah-sekolah Kebangsaan, Rendah dan Menengah.

Kesimpulannya, haa tepuk!!!

January 7, 2019

14 Kenapa Pelajar Miskin Menjadi Papan Iklan Muka ADUN?




Belum pernah terjadi dalam pemerintahan Kerajaan BN, muka ADUN ditampal di beg sekolah yang diberi sebagai sumbangan. Tuan Mohd Shaid bin Rosli, ADUN N12 Jeram, Selangor mungkin kurang publisiti. Maklumlah sekarang sudah jadi Wakil Rakyat. Nanti orang tak tahu pula dia itu Yang Berhormat (YB).

Kenapa jadikan pelajar-pelajar sekolah sebagai alat politik. Murah sungguh nilai Ibu-Bapa miskin (B40) yang terpaksa membiarkan anak mereka mengusung muka YB ke sekolah. Ibu-Bapa miskin terpaksa bayar sumbangan tersebut dengan menjadikan anak mereka sebagai papan iklan.

January 6, 2019

26 Beza Rakyat Biasa Dan Anak Menteri


Selepas anak beliau ditangkap kerana positif ganja di sebuah kelab hiburan, Menteri Pertahanan mengeluarkan kenyataan bahawa tiada siapa yang berada di atas undang-undang (above the law).


Petang tadi anak Menteri Pertahanan dibebaskan dengan jaminan polis. Bandingkam pula layanan yang diberikan kepada Rakyat Marhaen dalam berita di bawah.

Bayangkan pula apa yang akam terjadi kalau orang yang ditangkap positif ganja berkenaan adalah anak kepada DS Najib Tun Razak dan DS Rosmah Mansor. Kiamat dunia.

Kesimpulannya, sekiranya anda ditangkap kerana merokok di premis atau kedai makan, anda mungkin dipenjarakan. Kalau anda anak kepada seseorang dan menagih ganja, anda akan dibebaskan dengan jaminan polis.


10 RM12 Juta Untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina?



CTS tidak faham kenapa Kementerian Pendidikan memberikan peruntukan RM12 juta kepada sekolah menengah PERSENDIRIAN Cina sedangkan sekolah berkenaan tidak mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Laporan The Star, baca di sini, menyebut,


Kedua, tidak wajar kementerian menggunakan bahasa Mandarin di dalam mesej rasmi kementerian. YB Teo Nie Ching  sebagai Timbalan Menteri Pendidikan seharusnya lebih peka dan bertanggungjawab memastikan semua sekolah-sekolah Cina memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

19 LKIM Janji Harga Ikan Tak Naik, Boleh Percaya Ka?


Hangpa percaya ka dengan jaminan harga ikan tidak akan naik? Itu jaminan yang diberikan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Untuk makluman, Faiz Fadzil adalah ADUN Permatang Pasir di Pulau Pinang.

Beliau juga adalah Ketua Pemuda Amanah. Faiz Fadzil dilantik oleh Menteri Pertanian yang juga Timbalan Presiden Amanah sebagai Pengerusi LKIM. 

Ini satu lagi lantikan politik dari kalangan orang politik yang memegang jawatan dalam parti politik dan juga seorang ADUN. Kerajaan PH berjanji tidak lantik orang politik pun depa berbohong.

Tambahan pula janji harga ikan kekal dan tidak naik. Awat depa sudah ada simpan stok ikan beku banyak ka? Mungkin geng-geng Amanah tengah khayal ganja dan pil kuda kot?

Nota Kaki: Ikan kembung atau temenung di Pasaraya Tesco kali terakhir disemak hari ini adalah RM14.99. Murah Tuan Pengerusi LKIM?

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates