February 26, 2019

6 Muda-Muda Pun Boleh Jadi Pelupa Calon Parti Bersatu #PRKDUNSemenyih


Seawal pagi, calon BN, calon PSM dan calon Bebas sudahpun berada di pusat pengundian untuk proses pengundian awal. Namun kelibat calon Bersatu tidak kelihatan. Pukul 11:40 pagi, akhirnya muncul jua. Dikatakan pas SPR terbawa sekali ke Kuala Lumpur dalam kenderaan lain. 


PRK Rantau akan diadakan semula kerana calon PKR terlupa membawa pas SPR, dan calon berkenaan telah membawa isu berkenaan ke mahkamah. Selebihnya telah menjadi sejarah. Kita tidak faham. Masuk dewan peperiksaan perlu membawa pas. Pergi kerja kena bawa pas. Naik kenderaan awam perlu bawa pas. Takkan semasa pilihanraya calon tidak tau pas dia di mana? 

Kesimpulannya,

1. Hendak menjaga pas pun huru hara, bagaimana hendak jaga Rakyat.


2. Dalam tempoh berkempen, baru jadi calon PH pun dah selalu hilang. Apatah lagi selepas ini sudah menjadi Wakil Rakyat, lagi banyak hilang kot berbanding berada dalam kawasan.


6 comments:

Anonymous said...

Itulah... anak saya siap print lagi pas exam uni...siap letak dlm beg mlm mlm lagi... cakap kalau tak de ..tak boleh masuk dewan.... lepas nie kalau dia terlupa...saya nak bawak uni masuk courtlah... sbb pas pas nie semua tak penting.... kalau ikut court, sapa sapa jea boleh masuk dewan....rule semua boleh cabar jea.... inikan malaysia baru'a'

tunfatimah said...

gaya dan cara nampak mcm tak minat nk berkhidmat utk rakyat.

Anonymous said...

Takut kena intervier..awal pagi wartawan banyak

Anonymous said...

Mmg saja letak calon tk berapa bagus..saja nk bagi kalah..

Anonymous said...

Malang sungguh mat pandir nih. Nak
tunggu keta terbang ntah bil boleh
siap. Nape tak minta Tolong bossku
boleh bonceng motor dia.Takyah tol
dan jem.

tunfatimah said...

aiman sebenarnya terlewat bangun pagi. tak tido mlm kerana nk draft 5 agenda Semenyih . 🤔

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates