January 8, 2019

25 Laporan Kimia Air Kencing Mat Ganja Ambil Masa 1 Hingga 3 Bulan? Walawei!!




Air kencing anak kepada pemimpin Pakatan Harapan ini memang agak istimewa. Laporan ujian kimia memerlukan tempoh sebulan sehingga tiga bulan untuk mengetahui keputusan ujian air kencing.

CTS bukan ahli kimia. Mungkin air kencing ini memerlukan pemeringkatan 3 kali untuk ditapis bagi menemukan molekul dadah. Halusnya molekul kencing suspek ini mungkin lebih kecil dari nano dan dikategorikan sebagai halus pico.

Kita tidak pasti ganja apa yang diambil, berapa kilo yang ditelan sehinggakan ujian air kencing mengambil masa sehingga 3 bulan. Bayangkan ini hanya anak Menteri. Bayangkan pula kalau air kencing Menteri? Pastinya ujian air kencing akan mengambil masa bertahun.


25 comments:

Anonymous said...

Air kencing menteri biasanya setahun...

Anonymous said...

Munkin banyak kot..dalam selori dua tu..maklumlah anak kaki kencing mesti banyak kencingnya...
Kalau menteri pee.eh dah tentu lagi banyak la.. munkin boleleh capa puluh2 lori tangki sekali kencing tu agaknya..
Ye la kalau tak macamana nak supply 'tonik khas' tu untuk macai2 mereka.

Kira boleh banjir jugak la kalau tgk macam masa sunami kencing pru14 aritu...30% melayu tenggelam hanyut dibawa arus woi...

Anonymous said...

ARKIB : 16/05/1998

DCC pengesan dadah termoden

WALAUPUN sekecil zarah dadah yang diambil, perbuatan itu tidak akan terlepas jika air kencing anda diuji di Pusat Kawalan Doping (DCC) Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang.

Dengan kecekapan dan kelengkapan palbagai peralatan termoden di DCC, ujian air kencing akan membuktikan jenis dadah yang telah diambil walaupun hanya satu miligram.

Pengarah DCC, Dr. Aishah Abdul Latiff berkata peralatan canggih dan terkini di pusat itu bukan sahaja mampu menguji sehalus-halus dadah yang terkandung dalam air kencing seseorang, malah ia boleh mengesan sejumlah 350 jenis dadah dalam tempoh 24 jam bagi setiap contoh air kencing yang dihantar ke situ.

DCC juga mampu membongkar perbuatan para atlet yang mengambil Diuretic, iaitu sejenis dadah untuk melindungi kesan dadah lain yang dikatakan menjadi muslihat atlet sekarang.

Diuretic ialah sejenis dadah yang diambil pesakit kencing manis serta yang berkaitan dengannya dan kesan Diuretic pula ialah boleh melindungi apa jua dadah yang diambil sebelum itu.

Dengan kehebatan itu, Pusat Kawalan Doping USM itu bukan sahaja yang termoden di rantau ini malah ia adalah antara yang terbaik dan sedang dalam proses untuk mendapatkan pengiktirafan Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC).

Aishah berkata, pengiktirafan sepenuhnya IOC dijangka diperoleh pertengahan bulan depan dan ia siap untuk digunakan bagi tujuan pemeriksaan air kencing para atlet Sukan Komanwel ke-16.

Pembangunan pusat itu sebenarnya dibantu Pengarah Pusat Kawalan Dadah dari King's College, London, Prof. David Cowan yang juga bertindak sebagai perunding DCC.

Pusat yang ditubuh di bawah tajaan kerajaan pusat dengan peruntukan sejumlah RM17 juta itu kini dilengkapi dengan tiga jenis alat penyaringan air kencing yang termoden.

Alat-alat itu dikenali sebagai High Pressure Liquid Chromatographs, Gas Chromatograph Mass Spectrometers dan High Resolution Mass Spectrometer dan semuanya boleh mengesan dadah dalam air kencing menerusi pelbagai ujian penyaringan secara sistematik dan pengkomputeran dengan keputusan yang tepat.

Makmal Kawalan Doping itu bukan sahaja mempunyai kelengkapan mesin yang tercanggih malahan ia dilengkapi juga dengan ciri-ciri keselamatan bagi memastikan kerja-kerja penyelidikan terselamat daripada sebarang pertikaian.

Dr. Aishah berkata, kebiasaannya mereka yang disahkan positif dengan dadah sering mempertikaikan di segi teknikal proses ujian air kencing dan jika mereka terlepas daripada tuduhan itu adalah disebabkan kelemahan teknikal sesebuah pusat ujian berkenaan.

Tetapi di DCC, seseorang yang telah menjalani ujian air kencing di situ sebenarnya tidak akan berpeluang mempertikaikan teknikal makmal kerana pihaknya telah menutup semua ruang pertikaian.

Unknown said...

Setakat ujian dadah THC @ ganja semua hospital kerajaan yg mempunyai Pegawai Sains layak buat ujian dadah. Tidak perlu menyusahkan jabatan kimia yg beban kerjanya banyak dan melibatkan kes2 jenayah berat spt pembunuhan atau sudden death.

Pembantu2 makmal kata ujian ni very easy maa..hari2 buat. No big deal!!!

cctv said...

dengan drug test kit yg berlambak di pasaran dari versi 3 in 1 ..5 in 1 ... 7 in 1 bukan setakat 1 jenis malah berjenis jenis dadah boleh di kesan hanya dalam tempuh beberaoa saat... tempuh 3 bulan tu agak pelik
pelik pelik la sekarang ni

Anonymous said...

hahaha... mmg win la.. kalau air kencing atok camna plak...kahkahkah

Anonymous said...

Nak Cover-line biorle cerdik sikit. Taktik agar rakyat mudah lupa. Macam
situa bangka gemar cakap "MELAYU MUDAH LUPA"dasar hipokrit.

Anonymous said...

TEST KENCING ANOK MINTRI 3 BOLAN
KLU MINTRI TEST KENCING BAPE LAMA YA
BIASA LA MINTRI KENCING MERATA KANN
LOKOS KUYUP RAKYAT DIKENCING DEPA

KIKIKIKI..

Anonymous said...

Gamaknya air kencing mamat tu mengandungi asid2 berbahaya yg mungkin akan merosakkan segala radas & kit bila diuji. Mungkin terpaksa dihantar ke CDC Atlanta utk diuji kaji secara tepat & saintifik. Sebab itu le ia mengambil sedikit masa. Sabar, tak ape, kita tunggu je!

🔍🔬🔭☢☣

Unknown said...

Kalau terlepas kerana masalah teknikal pun, yg pulun dadah, sendiri tau ada ambek ke tak. Insaflah.

Anonymous said...

Mungkin nk kene antar sampel air kencing ke osyolia...macam anwar peliwat antar utk ujian arsenik dulu. Tapi jgn pakai nama sebenar kene pakai nama SUBRAMANIAM... Baru cepat sikit dapat result. Itupun nak kene ajar ke abam2 polis...????

Anonymous said...

Air kencing atok kalau masa dalam UMNO dulu memang sangat tercemar. Takde alat yang boleh test, jahanam alatan tu. Tapi kalau test sekarang ni, air kencing atok sudah suci, sesuci air mineral sebab kepada penyokong PH, seseorang itu suci bila keluar dari BN hinggalah ke air kencingnya. Tu sebab macai PH suka minum air kencing orang PH.

Anonymous said...

Harap pihak SPRM dapat menyiasat kesahihan statement yang dibuat oleh pegawai polis diatas, 1-3 bulan macam tak masuk akal berdasarkan kecanggihan teknologi sekarang.

Anonymous said...

Apa? 1-3 bulan untuk buat ujian air kencing mat ganja bin mat sabu?

Anonymous said...

Air kencing golongan ini tak sama. Sangat bersih.kalau nak buat sabitanpun kena check betul2. Silap2 masuk mahkamah, habis procedure dulu yg dipersoalkan daripd pendakwaraya, hakim, alamat, apa2 lagi akn mengambil masa sebelum isu sebenar.

Anonymous said...

Bukan apa, dia nak tunggu sampai air kencing tu clear baru test semula kemudian announce keputusan negatif.

Anonymous said...

Dah teruk Malaysia dibawah PH, bila undang2 dibawah kelankang mereka, kini sedang menuju kehancuran...

cctv said...

takut lelama simpan...jadi tapai pulak

Unknown said...

Bkp budak tak nak baling mike ke lama beno suspence ? Hahaha..

Anonymous said...

Untunglah jadi anak Mat Sapu! ☺

Unknown said...

Aku heran betoi. 100 org gitu g clubbing. 2 ekor ni jer yg ambek dadah. Jakun sgt kot nk enjoy?

abd majid said...

Jangan bimbang.Buang kes la gamaknya.Anak Menteri paprit tu...

abd majid said...

Jangan bimbang.Buang kes la gamaknya.Anak Menteri paprit tu...

Unknown said...

Air kencing menteri 5 tahun

Hahaha

Siti Mariam said...

Assalammualaikum cik sy ingin bertanya jika ujian urin strip untuk dadah rasanya berapa lama ye kita boleh tahu keputusan nye suami sy ditankdit pda 6/5/19 kini sampai kini sy tak tahu boleh cik bagi tahu sy rasanya makan berapa bulan. Insan ingin tahu

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates