March 27, 2019

0 Fakta Atau Auta Kejayaan PH Memerintah Malaysia?


Mungkin dedak sudah ditabur kepada cytro-cytro Kerajaan sehingga mereka berlumba-lumba menyiarkan infografik di atas di media-media sosial. Sekali pandang nampak seperti kejayaan besar yang dilakar oleh Kerajaan Pakatan Harapan selama 10 bulan memerintah Malaysia. Benarkah info di atas. Di bawah adalah penerangan fakta melawan auta.

Minyak RON95

BN: RM2.36 pernah capai RM2.80

Mana pernah harga minyak mencapai RM2.80? Paling tinggi pun RM2.36. Itu pun untuk satu minggu sahaja. Sejak 3 tahun lalu ini, RON95 pernah jatuh ke RM1.60 untuk beberapa bulan. Contohnya, pada bulan Mac 2016. Baca di sini.

PH: RM1.92 paling tinggi RM2.08.

Ramai sudah lupakah, RON95 pada bulan Disember 2018 adalah RM2.20 kerana Lim Guan Eng mengenakan cukai petrol 30 sen satu liter? Selepas DS Najib Tun Razak bongkarkan perkara ini, Lim Guan Eng terpaksa turunkan menjadi RM1.92 satu liter. Lepas itu harga minyak naik balik lagi ke RM2.08 sekarang.

Bantuan Khas Pesara

BN: RM250

Bohong! Siapa kata hanya RM250? RM500 untuk pesara dan RM1,000 untuk semua penjawat awam. Baca di sini.

PH: RM500

Bantuan Khas penjawat awam hanya RM500 sahaja. Baca di sini.

BRIM

BN: RM1,200
PH: RM1,480 
Setiap anak umur 18 tahun ke bawah dapat RM 120.

Di bawah BN, BR1M adalah RM2,000 untuk tahun 2018. Bukan RM1,200 seperti yang dimomokkan. Belum masuk lagi bayaran khas RM1,500 untuk anak penerima BR1M yang layak masuk ke universiti. Lagipun, PH sudah mansuhkan BR1M untuk orang bujang, BR1M untuk orang yang berpendapatan RM3,000 hingga RM5,000.

Biasiswa

BN: 2016-2018 tiada peruntukan

Ini pun ada orang percaya? Jika tiada biasiswa untuk 3 tahun, sudah kecoh satu Malaysia. Memang ada dan pada kadar lebih tinggi dari PH.

PH: RM3.8Billion untuk tahun 2019.

Potong bajet biasiswa adalah. Mana ada tambah? MyBrain pun sudah mansuh. Baca di sini.

Royalti Minyak

BN: Negeri UMNO sendiri Terengganu tidak dapat royalti minyak. Bila MB Terenganu bersuara dalam mesyuarat, dipecat walaupun bertanya ikut saluran.

Tiap-tiap tahun di bawah BN Terengganu dibayar royalti minyak RM210 juta. Baca di sini.

PH: Semua negeri pengeluar minyak dapat royalti penuh.

Mana ada penuh? 20% royalti minyak sudah bayar ke?

Plan bantuan FELDA

BN: setiap tahun bayaran one-off RM700
PH: RM77juta untuk bayaran one-off, khairat kematian dan elaun sara hidup bagi peneroka yang ladang sedang penanaman semula.

Isu FELDA tidak bayar adalah penipuan PH. Peneroka-peneroka yang kini menderita tahu siapa yang lebih baik. Semua rindu zaman BN. Yang RM77 juta itu jika dibahagikan 120,000 peneroka dapat berapa untuk elaun hidup? RM600 setahun?

Tol

BN: 5 tahun naik 2 kali (PRU 2013 janji nak mansuh tol dalam bandar)

Tol hanya naik sekali sahaja dalam tempoh 9 tahun DS Najib jadi PM iaitu pada tahun 2016 sahaja. Itupun tol pihak swasta. Semua tol di bawah lebuhraya PLUS tidak pernah naik selama 9 tahun DS Najib jadi PM.

Banyak tol telah dimansuhkan di bawah DS Najib. Empat tol sahaja pada akhir tahun 2017 iaitu tol Batu Tiga, Tol EDL Johor, Bukit Kayu Hitam dan Batu Tiga dan tol Sungai Rasau. BN pun tidak pernah berjanji untuk manushkan semua tol dalam bandar.

PH: Diskaun 30% pada waktu puncak, percuma waktu 11p.m. - 5 a.m.

Untuk rekod, janji manis ini masih dalam rundingan dengan syarikat pemegang konsensi. Janji PH adalah hendak mansuhkan semua tol. Kini mahu bagi diskaun tengah malam. Itupun belum buat lagi sudah mahu mengambil kredit?

Peruntukan sekolah daif

BN: pembantu Rosmah seleweng RM4 billion dana projek solar sekolah daif Sarawak.

Projek solar mana ada RM4 bilion? Itupun RM1 bilion untuk solar untuk setiap sekolah termasuk kos diesel untuk 380 sekolah tiap-tiap tahun untuk 5 tahun. Pembantu Rosmah didakwa menerima RM5 juta dari pengendali projek. Mana datang RM4 bilion itu?

PH: RM1 billion untuk baik pulih sekolah daif di Sarawak, peruntukan terus kepada kerajaan negeri Sarawak.

Ini lagi kelakar. RM1 bilion itu sebenarnya sudah diperuntukkan dalam Bajet 2018 BN. Namun, PH tidak mahu bayar. PH hanya bayar selepas kerajaan Sarawak pinjam RM1 bilion kepada PH untuk PH bagi balik kepada Sarawak.

Kos projek Mega

BN: ECRL: RM71 billion  (kos sebenar bawah BN RM55 bilion. Di mana datang RM71 bilion)
MRT3: RM31 billion 
MRT2: RM39 billion

PH: ECRL: RM40 billion  (Sudah buat ke? Skop apa telah potong?Belum buat jangan mengambil kredit)
MRT3: RM15 billion (PH sudah mansuhkan MRT3 lah. Apa kebodohan ini?)
MRT2: RM30Billion. (Ini kerana banyak stesen sudah dihentikan dan saiz stesen sudah diperkecilkan. Ini bukan penurunan harga tetapi penurunan skop projek. Lain kali naik perbesarkan dan tambah balik stesen lagi mahal.)

Kesimpulannya, propaganda menipu PH masih diteruskan walaupun sudah bergelar Kerajaan. Sudah menang dengan fitnah. Selepas menang masih mahu tipu dan fitnah Rakyat? Berikut adalah kejayaan sebenar Kerajaan PH:

1. Billionaire Alibaba, Jack Ma tidak mahu berurusan dengan Malaysia. 
2. Putera Mohammad Salman batal lawatan ke Malaysia.
3. Kerajaan India haramkan jet peribadi PM7 lalu ruang angkasa. 
4. Filipina hentikan import sawit. 
5. EU hentikan import sawit. 
6. Jepun hanya mampu bagi bond Samurai bukan pelaburan. 
7. Malaysia buat pelaburan 900 juta USD di Pakistan. 
8. Penjualan asset kerajaan besar-besaran.
9. Peningkatan hutang kerajaan sebanyak 55 billiomn.
10. Penjarahan Petronas sebanyak 82 billion.

2 Demi Pakatan Harapan, Berkorbanlah Membayar Yuran Asrama UiTM



Alhamdulillah, berkat istiqamah Ibu Bapa yang mengundi Pakatan Harapan di dalam PRU14 yang lepas, mereka kini dapat menyumbang kepada Kerajaan yang mereka sayangi dan idamkan dengan membayar yuran asrama untuk anak-anak yang sedang melanjutkan pelajaran ke UitTM.

Ringan banyak beban Ibu Bapa sekarang. Dulu masa gaji poket penuh saja, sekarang duduk kolej pun kena bayar sewa bilik di UITM, ringan sikitlah poket Ibu Bapa kena bayar UITM pulak. Bersyukurlah.

March 26, 2019

8 Timbalan Menteri Berbohong Mengenai Bantuan JKM?



Menteri dan Timbalan Menteri Kerajaan PH suka benar mengambil kredit apa yang tidak mereka lakukan. Terbaru, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak perlu mendapatkan sokongan wakil rakyat untuk membuat permohonan.

Hannah Yeoh dipetik berkata, proses pembaharuan borang permohonan turut diringkaskan dari 10 muka surat kepada 3 muka surat. Pertama, borang JKM18 sudah berkurang mukasurat dari 9 helaian kepada 3 helaian bermula tahun 2016. Sejak itu juga, tak perlukan lagi tandatangan saksi. Ini bukan perkara baru. Janganlah mengambil kredit perkara yang YB tidak buat.

Kedua, di bawah adalah kenyataan daripada ADUN Kuala Sentul, Pahang yang telah berkhidmat selama 3 penggal. Nampak sangat Hannah Yeoh menipu.


Di bawah disertakan borang JKM yang digunakan dari tahun 2016. Pakatan Harapan dan pembohongan berpisah tiada.



March 25, 2019

12 Ini Yang Cina MCA Berani Buat Apa Yang Cina DAP Takut




Apabila EXCO Pakatan Harapan Kedah merasmikan tugu peringatan Tentera Jepun Sebagai Wira Negara yang dibina dengan kerjasama Konsolut Jepun, isu menjadi viral dan kontroversi.

Hari ini MCA bangun memprotes cara Kerajaan Kedah mengiktiraf tentera Jepun dengan menyelubungi tugu peringatan berkenaan dengan kain hitam yang berbunyi,
“Rakyat Malaya Yang Terkorban Sebab Menentang Jepun Barulah WIRA”
Apa yang MCA lakukan ini tidak mungkin dilakukan oleh DAP.

9 Perdana Menteri Minta Rakyat Malaysia Minum Sesudu Minyak Sawit Sehari


Dalam ucapan pelancaran 'Sayangi Sawitku', Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir meminta Rakyat Malaysia agar meminum 1 sudu minyak sawit sehari. Sepatutnya semasa gimik pelancaran, Perdana Menteri dan Menteri berkenaan, Terresa Kok minum segelas minyak sawit, sebagai tanda pelancaran kempen. Barulah namanya kepimpinan melalui teladan.


Perdana Menteri mohon mencadangkan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malek supaya meminum segelas minyak sawit sehari, mudah-mudahan boleh mengurangkan sedikit kebebalannya berkaitan perkara-perkara di bawah:

1. Kejadian di luar universiti. Restoren Amjal tidak ada kena mengena dengan pentadbiran Universiti Malaya.
2. Provokasi dimulakan oleh mahasiswa keturunan Cina tersebut. Protes yang dipanggil 'silent protest' turut membawa pembesar suara. (Lihat gambar di bawah)
3. Naib Chanselor diarah komen hal politik? Kegilaan apakah ini?


March 24, 2019

9 Kenapa EXCO PH Kedah Tidak Sensitif Dan Bodoh?







EXCO PH Kedah ini bekata orang lain yang bayar. Beliau ke majlis itu untuk merasmikan sahaja. Beliau langsung tak tahu apa yang dia rasmikan? Sama ada beliau bodoh atau tidak tahu buat kerja.

Adakah ini satu cara hutang budi dibalas. Maklumlah, bukan senang Jepun hendak bagi Bon Samurai. Apalah sangat tentera Jepun yang membunuh ribuan penduduk Tanah Melayu diangkat menjadi wira negara.

March 23, 2019

20 Kenapa Program Kerajaan Pakatan Harapan Hambar?

Ini program himpunan keamanan yang diadakan di Dataran Merdeka (berarak dari Sogo), sejak 7.30 pagi tadi. Portal dan surat khabar Kerajaan mengambarkan sebagai lautan manusia putih.








Ini pula rakaman video di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di mana Fit Malaysia sedang berlangsung. Program bermula seawal 8.00 pagi dan keadaan video adalah pukul 10.00 pagi.



16 Misteri 6 Jahanam Terungkai







Pemuda pengkaderan DAP rupanya. 

March 22, 2019

47 6 Ekor Cina Cauvinist DAP Cetus Kontroversi, Tuduh UMNO PAS Sebagai Taliban







Pagi tadi enam pemuda Cina yang dipercayai agen DAP dengan lantang tampil menganggu program DS Najib Razak di Restoran Amjal, di hadapan pintu masuk Universiti Malaya.

Mereka mungkin unit kecil gangster Cina atau kader DAP. Jika pemuda biasa kaum Cina mereka ada adab dan tidak akan seberani itu. 

Ini budaya biadap dan gasar mengganggu majlis orang dengan poster dan kata-kata menghina. Baru setahun berkuasa sudah bagai merak kayangan.

Mereka yang mulakan dan cetuskan provokasi. Selepas itu menuduh Melayu penyokong DS Najib Razak sebagai samseng.

Nama saya Raykat. Raykat tercicir duit, jika ada sesiapa terjumpa duit Raykat, tolong pulangkan pada Raykat.

Ini salah seorang pendemo anti DS Najib Razak petang tadi. Memalukan Rakyat Malaysia tidak tahu bahasa Malaysia.


Lihatlah pula bagaimana portal dan akhbar milik Kerajaan memutar belikan berita.





4 Usaha Untuk Mertabat ''Our Nation's Mother Tongue Education' Seperti Kata Nga Kor Ming Telah Bermula



Apabila DAP berkuasa, sedikit demi sedikit kita melihat usaha mereka untuk memertabatkan apa yang dipanggil oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat sebagai, 'our nation's mother tongue education'. Agak pelik apabila 3 pasukan bertugas UEC dilantik dari orang-orang yang tidak berkelayakan. Seolah-olah mereka ini adalah badut atau puppet untuk menjayakan kelulusan UEC ini. 

Dengan 3 orang dalam pasukan ini, kita sudah boleh agak apa keputusan yang bakal diumumkan. Persoalannya, kenapa tidak dilantik mantan-mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia atau bekas pengarah-pengarah peperiksaan yang masih hidup atau tokoh-tokoh wibawa dalam pendidikan yang lain untuk menganggotai pasukan ini?

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates