December 21, 2018

24 Program ADAM50 Dibatalkan Dan Adakah Akan Diganti Dengan Program MASZLEE50?


Pengerusi Kumpulan PNB, TS Zeti Aziz perlu belajar lebih mendalam mengenai teknik berbohong. Laporan akbar Berita Harian mengatakan bahawa program ADAM50 terpaksa ditamatkan disebabkan kurang sambutan.

Ironinya, di bawah artikel yang sama pula tertulis peruntukan Kerajaan sebanyak RM10juta telah digunakan sepenuhnya. Pelik tapi benar.

Adam adalah nama cucu Mantan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Oleh itu, kemungkinan besar program yang dibatalkan ini, tahun depan akan dilancarkan semula menggunakan nama cucu Perdana Menteri yang baru.

Macam tidak biasa pula bab penjenamaan semula atau rebranding ini sejak Kerajaan Baharu memerintah. Seperti kata Mantan Perdana Menteri,
Kalau tak suka nama ADAM50, boleh jenamakan semula kepada GuanEng50. Maszlee50 ke atau MatSabu50 pun boleh. Janganlah mansuh.

13 Dividen ASB Paling Rendah Sejak 1990 ... Haa Tepuk




Demikianlah pembaca-pembaca CTS yang budiman, dividen ASB yang diistiharkan hari ini adalah yang paling rendah dalam sejarah sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1990. 

Adakah ia cukup untuk tutup bayaran pinjaman bank yang dibuat oleh sebahagian pencarum? Kebiasaanya, dividen yang diistiharkan oleh KWSP dan Tabung Haji adalah lebih rendah dari dividen ASB. Anda memilih, anda mendapat.

Haa tepuk!!!

December 20, 2018

14 Menteri Besar Kedah Tiada Di Majlis Yang Dihadiri Tuanku Sultan?


Menteri Besar Kedah, DS Mukhriz Tun Mahathir tiada di majlis pengurniaan tauliah pelantikan Setiausaha Kerajaan dan Pegawai Kewangan negeri Kedah yang baharu. 

Menteri Besar Kedah diwakili oleh Datuk Dr Ismail Salleh, ADUN Pengkalan Kundor, walaupun Tuanku Sultan Kedah berkenan hadir ke majlis tersebut.

Dikatakan Menteri Besar Kedah kini sedang bercuti. Carian ke atas laman sosial Instagram anaknya mendapati isteri dan anak beliau kini berada di Vancouver, Kanada. 

Mungkin sambut Hari Natal di sana. Majlis yang melibatkan Baginda Sultan Kedah pun Menteri Besar Kedah pun tiada, majlis bersama Rakyat jangan haraplah.

14 Nobita Sekeluarga Main Wayang Opera China Ketika Bercuti Di Australia



Portal tempatan melaporkan wayang opera China dari keluarga Menteri Kewangan Hong Kong yang bercuti di Melbourne, Australia dengan menaiki kapal terbang tambang murah.

Keluarga Nobita mungkin boleh berlakon dengan menaiki penerbangan tambang murah, namun dari segi pemakaian, anda tidak bijak menipu.


Baju jersey track jacket berjenama Givenchy berharga RM4,689.71. Rujuk di sini. Mustahil keluarga Nobita hanya mampu naik kapal terbang tambang murah. Ini belum dilihat kepada beg tangan isteri Nobita.

Harga jaket Givency anak Nobita sama dengan 2 tiket ke London. Namun, Nobita naik Kelas Ekonomi sahaja. Tunjuk zuhud ler tu. Bukankah Boss dia pun pakai capal Bata sahaja.

Di Malaysia berapa orang mampu pakai jacket yang bernilai hampir RM5,000.00. Mungkin nanti jika ditanya, Nobita akan menjawab jacket berkenaan dibeli di pasar karat Pulau Pinang.

December 19, 2018

20 Ulama Dan Ustaz Digam, Aktivis LGBT Bebas Di TV


Ulama dan ustaz dihalang dari mengajar di TV. Arahan telahpun dikeluarkan hampir 2 bulan yang lepas. Ironinya, arahan halangan datangnya dari orang bukan Islam. Mereka pula sibuk tentukan Ustaz mana yang layak atau tidak mengajar umat Islam.

Sebaliknya, aktivis trangender LGBT pula bebas menyampaikan cara hidup mereka secara langsung. Di mana lagi kalau bukan di rancangan penjilat tegar Kerajaan PH, Astro Awatni. Mungkin ini konsep moden rahmatan lil alamin ala Pakatan Harapan?

23 Bersyukurlah, Harga Telor Ayam Turun 2 Sen, Diulang 2 Sen



Bersyukurnya Ya Allah. Harga telor yang meningkat naik beringgit-ringgit sebelum ini berjaya diturunkan Kerajaan PH sebanyak 2 sen. Untungnya berkerajaankan PH. Dalam sejarah Kerajaan BN, belum pernah lagi diadakan sidang akhbar antara yang terbesar untuk mengumumkan penurunan harga telor ayam sebanyak 2 sen. Harga telor 30 biji RM12.90, tolak 2 sen menjadikan harga  RM12.30 sen. Ok lah. Hari-hari kita makan telor.

Tahniah juga bukan setakat harga telor ayam telah turun mendadak sebanyak 2 sen, malah Bank Dunia semalam juga sekali lagi telah menurunkan unjuran KDNK negara. Hebatkan Kerajaan PH. Tambahan lagi semalam juga menyaksikan indeks utama Bursa Saham jatuh 14.3 mata lagi kepada 1,627.28 setelah jatuh lebih dari 20 mata semalam. Ia berada pada tahap tertinggi 1,896 mata sebelum PRU14 tetapi kini indeks telah jatuh sebanyak 268 mata ataupun 15%.

December 18, 2018

30 Nota Bahasa Untuk Nobita


Kepada Menteri Kewangan Hong Kong Nobita,

Suruh PENGAWAI Cina yang menerima LANTUKAN yang menyediakan poster Kementerian di atas agar mengambil kembali ujian penulisan Bahasa Melayu. Kalau tidak kami tidak akan MEMANMAAFKAN Kerajaan PH.

SAYANGI MALAYSIAKU! Entah apa punya tatabahasa saya pun tidak pasti. Diharap PENGAWAI Cina yang menterjemah Bahasa Cina agar tidak menggunakan Google Translate. Buruk benar bunyinya.

Cucu Tok Selampit.
18 Disember dan bukan DECEMBER 2018.

Ini pula ucapan  takziah Menteri Kewangan Hong Kong kepada Allahyarham Muhammad Adib.


Al Fatihah itu apa Nobita? Anda tahukah apa maksudnya? Lagi satu keluarga la bukan KELAURGA. haiya apek!!! Zaman Pakatan Harapan, dunia sudah terbalik. Yang bukan Muslim ucap Al Fatihah. Yang Melayu ajak gesek biola.


December 16, 2018

37 Arab Gila Mana Mahu Menderma RM1.6 Trillion Untuk Projek Kereta Nasional Ketiga?



Secara tiba-tiba ada individu dari Qatar yang berminat untuk melabur di dalam projek Kereta Nasional Ketiga. Bukan sedikit anak pelaburannya. USD400 billion atau RM1.6 trillion!!!

Carian ke atas individu terkaya di dunia tahun 2018 seperti di bawah, warga Qatar tidak tersenarai sebagai individu terkaya di dunia. Malah untuk melabur USD400 billion memerlukan kesemua harta 4 individu teratas yang terkaya di dunia seperti Jeff Bezos, Bill Gates, Warren Buffet dan Bernard Arnault.


Waima Geely beli 10% Daimler pun modal USD9 billion saja. Kalau USD400 Pak Arab Qatar boleh beli semua yang berikut:

Daimler USD75 billion
BMW USD52 billion
Tesla USD58 billion
Honda USD49 billion
Subaru USD27 billion
Volkswagon USD76 billion

... dan selepas pembelian semua ini, masih mempunyai baki lagi.

Seperti kata Tun Dr Mahathir, Arab gila pun tak akan derma RM2.6 billion. Apatah lagi nak labur RM1.6 trillion dalam projek kereta negara orang. Memang gila babi Arab tu.

Kesimpulannya, macai-macai Tomato PH faham ke saya tulis angka billion dan trillion ni?

22 Malaikat Sudah, Nabi Sudah, Selepas Ni Pasti Tuhan




Menteri Wilayah, Khalid Samad berkata,
Ada orang kata, kita tidak tunaikan janji. Nabi SAW pun dulu pernah bawa sahabat dari Madinah nak ke Mekah, (baginda) berjanji nak buat umrah, tetapi dihalang. Sampai di Udaibiyah, tidak dapat. Itu nabi! Apalah janji manifesto yang dibuat oleh manusia biasa.
Tidak menunaikan janji itu munafik. Nabi Muhammad SAW yang maksum itu pun disamakan dengan sifat munafik Pakatan Harapan  kerana tidak menunaikan janji. Teruk benar Menteri Pakatan Harapan ni.

Baginda Rasulullah SAW tidak pernah memungkiri janji. Rasulullah SAW membuat apa jua tindakan adalah berdasarkan kepada wahyu sedangkan manusia bersandarkan pada nafsu. Janganlah kerana terlalu taksub berpolitik sehingga semua perkara dan tindakan hendak dipolitikkan.

Adakah apa yang diperkatakan oleh Khalid Samad juga merupakan idiom atau perumpamaan seperti yang diucapkan oleh Boss beliau iaitu Malaikat juga buat silap? Malaikat sudah, Nabi sudah, tidak lama lagi pasti Tuhanlah.

Apakah nanti akan ada hujah yang mengambil peristiwa penurunan jumlah solat ketika Rasulullah mikraj ke langit sebagai bukti Allah pun buat u-turn bagi menghalalkan janji palsu yang dibuat Pakatan Harapan? Nauzubillah himinzalik.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates