October 27, 2018

50 Apa Rasional Perdana Menteri Untuk Tambah Hutang Luar Melalui Bon Global?


Perdana Menteri sering melaungkan Malaysia banyak hutang. Malaysia akan muflis. Dalam masa yang sama beliau sedang mengkaji untuk menerbitkan bon global. Satu masa cakap kata hendak selesai hutang. Satu masa lagi cakap hendak buat hutang baru. Cakap macam Kerala betullah.

Bon global dalam bahasa mudah adalah membuat hutang dalam tukaran asing. Seperti mana dilaporkan, Malaysia sedang mengkaji hendak membuat hutang dalam USD and JPY. Jangkaan masa membuat hutang berkenaan pada masa ini seakan menempah maut.

Kedua, Majlis Penasihat Kerajaan, baca di sini dalam bulan May 2018, memberi jaminan kepada para pelabur dan pengurus dana bahawa pihaknya akan menangani semua masalah yang menjejaskan ekonomi selain tidak berhasrat menambah hutang negara. Sekrang sudah u-turn kah?

Hutang dalam tukaran asing mendedahkan negara kepada ketidak tentuan FOREX (FOREX fluctuation) dan pergantungan kepada monetory policy negara berkenaan. Nasib baik Malaysia ada akta pasal hutang dalam tukaran asing. Had hutang negara dalam tukaran asing dilimitkan (cap) kepada RM30billion sahaja. Tidak boleh lebih daripada jumlah ini.

Kesimpulannya, dulu kita pernah mengalami perkara ini semasa Perdana Menteri ke-4. Sekarang, Perdana Menteri ke-7 membuat perkara yang sama.

16 Tahniah Tok Pa Masuk BERSATU, Kini Beliau Sudah Suci



DS Mustapha Mohammad atau Tok Pa sah menyertai parti BERSATU. Dengan memyertai BERSATU, Tok Pa ibarat menyuci dosa yang selama ini terpalit ketika bersama UMNO. Tiada lagi kerisauan pegawai SPRM datang ke rumah.

BERSATU parti Tun Mahathir yang kini sudah ada 14 kerusi Parlimen masih lagi belum kuat untuk menandingi parti DS Anwar Ibrahim yang mempunyai 50 kerusi Parlimen. Selepas Tok Pa, dijangkakan ada lagi beberapa kerusi MP UMNO akan menyertai BERSATU.

Kemuncaknya pada November nanti yang mana BERSATU akan menguasai kerusi Parlimen paling banyak dalam Pakatan Harapan ekoran 25 MP PKR yang akan meninggalkan parti berkenaan dan menyertai BERSATU diketuai oleh DS Azmin Ali.

Lagi lama DS Anwar Ibrahim menunggu, maka semakin hilanglah kerusi PKR dan sekutunya dalam AMANAH pula pasti meninggalkan beliau. Politik Malaysia semakin menarik.

Kesimpulannya, Tok Pa mengajar kita satu perkara baru. Perwatakan yang baik dan lembut belum pasti tidak menjadikan seseorang itu munafik atau pendusta.

October 26, 2018

3 Lawatan Ke Thailand Hanya Membawa Balik Pelaburan Telor Masin


Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan lawatan Perdana Menteri ke Thailand. Tiada pelaburan berjuta kalau tidakpun mencapai jumlah billion. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir hanya bawa balik telor masin sahaja.

Rombongan lawatan Malaysia Baharu hanya boleh berbangga setakat mengumumkan bahawa Malaysia dan Thailand bersetuju untuk membuka pintu sempadan 24 jam setiap hari. Itu semua adalah usaha yang dirintis sejak dari zaman DS Najib Tun Razak lagi. 

Malah DS Ahmad Zahid Hamidi sendiri sudah beberapa kali turun melawat pembinaan Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam bagi memastikan pembinaannya tidak lari dari jadual kerana pintu sempadan akan mula beroperasi pada tahun 2019 ini. 

Rombongan Malaysia Baharu bukan sahaja gagal membawa balik pelaburan baru, malah Perdana Menteri terpaksa mengumumkan projek yang dilaksanakan oleh mantan Perdana Menteri sebelum ini. Jadilah.

October 25, 2018

55 Atok Cepat Balik, Arab Gila Derma RM2.6 Billion Mahu Datang Malaysia



Inilah peluang terbaik untuk selesaikan isu RM2.6 bilion yang difitnah Pakatan Harapan sejak dahulu. Perdana Menteri, Menteri Luar mana-mana Menteri Half Past Six boleh bertanya terus kepada Menteri Luar Arab Saudi, betul atau tidak ada Arab gila telah menderma RM2.6 bilion kepada DS Najib Tun Razak. 

Gelaran Arab Gila diberikan sendiri oleh Perdana Menteri, malah diulang-ulang di setiap ceramah beliau (tonton video di bawah). Dapatkan penterjemah seramai mungkin kerana kita tidak mahu nanti diberi alasan, kami tidak tahu berbahasa Arab.

Kalau ikutkan jadual, sepatutnya Menteri Luar Arab Saudi akan berjumpa Perdana Menteri pada hari terakhir lawatan beliau ke Malaysia. Namun, sekarang Perdana Menteri berada di Thailand. Kita takut Perdana Menteri akan mencari helah lain untuk tidak bertemu dengan Menteri Luar berkenaan, kerana mahu isu ini kekal relevan sehingga PRU15.

32 Syaitan Dan Jin Alfrit Berjaya Dihalau Dari Sidang Parlimen?

Petua Guru Silat terdahulu:

Barangsiapa membaca sepuluh ayat dari empat ayat pertama dari surat Al Baqarah dan Ayatul Kursi, kemudian membaca dua ayat sesudahnya dan akhirnya, maka inshaAllah rumah berkenaan tidak akan dimasuki syaitan, jin dan makhluk halus hingga pagi hari.

Walau bagaimanapun, dilarang sama sekali dibacakan dalam Parlimen. Dibimbangi Menteri dan Timbalan Menteri tidak akan memasuki Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab. Untuk tempoh 3 hari sejak kelmarin dahulu, adalah dikuatiri larangan ini tidak dipatuhi.

Hari Isnin


Hari Selasa


Hari Rabu

October 24, 2018

37 Pendapatan Irwan Serigar RM2.94 Juta, Berapa Pula Pendapatan Lim Guan Eng?


Pendapatan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, TS Dr Irwan Serigar didedahkan di Dewan Rakyat, hari ini. Apakah perlu pendapatan seorang bekas penjawat awam didedahkan kepada umum secara lump sum untuk tempoh 8 tahun? CTS amat terkejut apabila maklumat kerahsiaan peribadi ditular begini. CTS tidak fikir dengan cara ini kesengsaraan rakyat dengan kos sara hidup yang tinggi akan berkurangan. 

Apa motif di sebalik tindakan Lim Lip Eng (Kepong-PH)  meminta Kementerian Kewangan menyatakan jumlah pendapatan Irwan Serigar sepanjang tempoh berkhidmat mengikut pecahan tahun. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata Irwan Serigar yang bertugas dari Januari 2011 sehingga kontraknya ditamatkan 13 Jun lalu memperoleh pendapatan RM2,94 juta. Baca di sini.

Nampak RM2.94 juta adalah banyak. Perlu diingat, ini adalah pendapatan untuk 8 tahun lebih dan belum ditolak cukai pendapatan. Adakah ini pelik? Mari pula sama-sama kita melihat pendapatan Lim Guan Eng pula.

Pendapatan Sebulan:

Gaji pokok = RM18,000
Elaun keraian = RM10,500
Elaun perumahan = RM10,800
Elaun wakil rakyat = RM10,650
Elaun parkir = RM5,700

Jumlah = RM55,650

Ini tidak mengambil kira elaun-elaun lain.

RM55,650 x 12 bulan = RM667,800

RM667,800 x 5 tahun (1 penggal) = RM3,339,000.

Bandingkan pendapatan Irwan Serigar untuk 8 tahun dan pendapatan Lim Guan Eng untuk 5 tahun:

Irwan Serigar = RM2.94 juta (untuk 8 tahun)
Lim Guan Eng = RM3.34 juta (untuk 5 tahun)

Pendapatan Lim Guan Eng di atas tidak termasuk elaun yang diterima beliau sebagai ADUN. Kesimpulannya, pendapatan siapa lagi besar anak-anak? Tidak pasti apa sumbangan TS Irwan Serigar untuk pendapatan beliau itu. Namun, Rakyat Malaysia membazir RM3.34 juta untuk 5 tahun, untuk membayar gaji Menteri Kewangan yang bodoh.

October 23, 2018

32 Dyson Pun Melabur Di Singapura Dan Bukan Malaysia


24 September 2018, ketika Perdana Menteri melawat Imperial College London, beliau telah mengumumkan bahawa syarikat Dyson akan membawa lebih pelaburan ke Malaysia.

Hari ini, 24 Oktober 2018, syarikat yang dicanangkan itu telah mematerai perjanjian melabur dengan negara jiran, Singapura untuk membina pusat pembuatan kereta elektrik yang dijangka siap pada tahun 2020, bernilai USD 2.8 billion.

Nampak sangat kepercayaan pelabur asing kepada Kerajaan Malaysia Baharu amat tipis. Apa tidaknya. Siapa percaya kepada sebuah Kerajaan yang sesuka hati membatalkan projek yang dibuat di peringkat antarabagsa.

Dyson lebih sanggup memilih Singapura yang serba mahal berbanding infra murah tetapi Kerajaan yang tidak boleh dipercayai.



41 Miss Cock ... Maksud Saya Miss Kok, Kenapa Tiada Di Parlimen Hari Ini?


18 Oktober, Menteri Kerajaan Teresa Kok menyalak mengatakan bahawa DS Najib Tun Razak sampai tidak berani mengangkat muka dan memandang ke arah Perdana Menteri ketika Perdana Menteri membentangkan Rancangan Malaysia ke 11.

Hari ini, 23 Oktober, jangan kata Menteri dan Perdana Menteri tidak berani mengangkat muka, berada di dalam dewan pun mereka sudah kecut telur masing-masing (bagi yang bertelur) ketika Ahli Parlimen (MP) Pekan berhujah.

Di mana Ahli Parlimen Kerajaan ketika ini. Terlalu sibuk, ponteng atau dayus untuk berhadapan dengan bukti-bukti pembohongan yang disampaikan oleh MP Pekan? Miss Cock ... I mean Miss Kok, where are you. You don't want to take picture anymore?



October 22, 2018

32 Adakah Menteri Pendidikan Cuba Bodohkan Rakyat Dengan Menipu Duit Lawatan Ke London Duit Sendiri?



Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik cuba memperbodohkan Rakyat apabila beliau menegaskan bahawa lawatan Penasihat Khas beliau, Wan Saiful Wan Jan ke Luar Negara bersama rombongannya tidak menggunakan peruntukan Kementerian Pendidikan.

Mengapakah Mazlee Malik beranggapan Rakyat bodoh untuk menerima alasan rombongan Wan Saiful Wan Jan yang pergi atas urusan rasmi menggunakan duit sendiri. Kalau nak menipu pun agak-agaklah.

Maszlee Malik ingat pergi London naik bot pancung agaknya? Manakala delegasi semua tidur dalam khemah atau bermalam di stesen keretapi seperti lazimnya dilakukan oleh pelancong backpackers?

18 Parlimen Malaysia Baharu - Berbohong Dibenarkan, Sindir Diharamkan

Pelik sungguh peraturan Parlimen Malaysia Baharu. Bila Guan Eng menipu dengan mengatakan Kerajaan Kelantan tidak membayar gaji kakitangan, Speaker Dewan bertegas kata tak ada isu.


Namun, apabila DS Noh Omar menyindir Menteri Kewangan dengan hanya berpantun, Speaker Dewan bertegas meminta Ahli Parlimen Tanjung Karang berkenaan menarik balik kenyataan beliau. Pantun berkenaan berbunyi,

Bangun pagi terus bersenam, 
Kaki sakit ubat disapu, 
Soalan saya nombor enam, 
Menteri jawab janganlah tipu.


Dalam parlimen Malaysia Baru, sindir tidak boleh, menipu boleh sahaja.

33 Sebelum Azmin Ali Mahu Menjilat Tun Dr Mahathir, Beliau Perlu Cermin Diri Sendiri Dulu



Menteri Hal Ehwal Ekonomi, DS Mohamed Azmin Ali cuba untuk menjilat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, di laman sosial Twitternya susulan kekecohan yang berlaku dalam majlis dialog bersama Perdana Menteri di Langkawi, semalam. Antara kata-katanya,
Kita boleh berbeda pandangan tetapi mestilah beretika dan tertib dalam pertuturan. Saya menghormati kepimpinan Dr Mahathir yang bersedia untuk bersemuka dan berdialog dengan rakyat, mendengar rintihan dan memimpin untuk mencari penyelesaian yang terbaik. Kesediaan untuk mendengar adalah ciri-ciri pemimpin yang wibawa.
Kita faham kebanyakan Menteri-Menteri Kerajaan sedang menghadapi sindrom pelupa terutama ketika sewaktu mereka menjadi pembangkang. Untuk Azmin Ali, dua buah video di bawah kita muatkan kembali bagi mengingati beliau apa yang beliau tidak maki kepada Tun Dr Mahathir. Jadi, sebelum menjilat lebih-lebih, cerminlah diri sendiri dulu.


17 Depa Kata Orang UMNO/BN Dalang Pemandu Teksi Biadab Dengan Tun Dr Mahathir, Betulkah?





Mudah betul macai-macai Tomato Kerajaan menyelesaikan masalah. Apa sahaja kekecohan yang berlaku semuanya disalahkan kepada UMNO/BN. Tidak terkecuali dengan apa yang berlaku di Langkawi semalam. 

Depa kata barua dan orang suruhan UMNO/BN yang biadab dengan Perdana Menteri. Mari kita beritahu macai-macai Tomato. Di dalam parti bunga, sememangnya majoriti orang UMNO/BN. Namun, sebagai bekas sahaja. Mereka sudah menjadi sampah. Kita kepilkan bukti mereka ini penyokong parti bunga seperti di bawah.


October 21, 2018

34 Betulkah Pemandu Teksi Biadab Dengan Tun Dr Mahathir



Media Kerajaan melapurkan yang pemandu teksi bersikap biadab kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. Cuba pembaca tonton video klip di atas tu, CTS tidak tahu celah mana yang dikatakan pemandu teksi tu biadab. Siap gelarkan Tun Dr Mahathir, Ayahanda Tun lagi.

Sayangnya apabila pemandu Teksi meluahkan kesusahan dan merayu meminta tolong, Tun Dr Mahathir menjawab dengan cara sambil lewa dan menyakitkan hati. Sememangnya Perdana Menteri minta kena makilah.

Nasib baik anak kesayangan Tun Dr Mahathir sibuk dengan Konsert Mariah Carey di Kuala Lumpur. Kalau tidak tahulah bagaimana Boboi memherjakan mereka semua. Tun Dr Mahathir sudah letak jawatan atau belum?

31 Tun Dr Mahathir Mahu Letak Jawatan? Alaa ... Kenapa Drama Tamil Separuh Jalan?


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada Sesi Dialog Bersama Pemandu Teksi Langkawi, hari ini, berkata,
Kalau tak nak saya jadi Perdana Menteri, saya hari ni letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya.
Itu kenyataan tanda kesal Tun Dr Mahathir sebaik sekumpulan kecil pemandu teksi bertindak keluar dewan ketika dialog di Langkawi. Kata beliau lagi,
Saya nak tolong tapi kalau tak ada bantuan, saya pun tak boleh tolong juga. Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendiri. Tengok apa yang jadi. 
Saya bukan nak jadi Perdana Menteri, saya dah bersara...orang panggil balik, jadi saya datang. Kalau tak nak saya jadi Perdana Menteri, saya hari ini letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya.
Terdahulu, kira-kira 10 pemandu teksi bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dan membuat bising sebelum keluar dewan ketika Dr Mahathir memberi penjelasan berhubung isu e-hailing.

Bukan isu Grab yang hendak CTS bawa. Jauh sekali untuk membawa isu nasib pemandu teksi. Mereka yang menentukan nasib mereka sendiri. Cuma CTS kesal Perdana Menteri hanya acah-acah ayam dan melakonkan drama Tamil untuk meletak jawatan.

Baca balik di bawah apa yang Tun Dr Mahathir janjikan di hadapan orang Langkawi semasa kempen PRU14.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates