October 13, 2018

29 Tukar RTC Kepada PKD Melayakkan Rina Harun Mendapat Datuk Seri?


Rina Harun sebelum ini tidak dikenali ramai sehingga beliau mengalahkan DS Johari Ghani di kerusi Parlimen Titiwangsa. Apabila beliau dilantik menjadi Menteri, tidak ada satu pembaharuan yang beliau lakukan sehinggalah semalam.

Semalam, beliau telah menukarkan nama Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) ilham daripada Mantan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak kepada Pusat Komuniti Desa (PKD). Hari ini beliau dianigerahkan Datuk Seri. Hebat!!!

Hari ini beliau mengeluarkan kenyataan berikut:
Pernah juga sebelum ini kita lihat PKD seperti hidup segan, mati tak mahu. Oleh itu, kita akan melaksanakan lebih banyak aktiviti kemasyarakatan bagi menyediakan kemudahan lebih efisien serta penggunaan sumber-sumber terutama peruntukan mengurus yang lebih optimum.
Rina Harun ni maaf, Datuk Seri Rina Harun ni tahu atau tidak DS Najib Tun Razak buat RTC ini untuk apa? RTC adalah untuk transformasi kemudahan luar bandar menjadi moden dan banyak akses kepada agensi-agensi dan kemudahan-kemudahan Kerajaan. 

Dengan ini Rakyat luar bandar tidak perlu ke pusat bandar. RTC bukan untuk aktiviti gotong royong, marhaban, main congkak dan gossip membawang. Kau hidup zaman bila makcik? 

Kesimpulannya, jasa Datuk Seri Rina Harun mungkin lebih besar daripada jasa Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang hanya menyumbang jasa memotong rumput sewaktu PRU14.

16 Assalamualaikum Datuk Seri


Baru 5 bulan memegang tampuk pemerintahan negeri dan persekutuan, anugerah Datuk Seri sudahpun berada di dalam tangan. Bukan sekadar Datuk tetapi Datuk Seri. Laju sungguh depa. Pasti banyak jasa-jasa mereka kepada negeri Hang Tuah ini.

Pentadbiran baru Melaka kekal tradisi pemurah memberi anugerah. Walaupun kenyataan-kenyataan dari hampir semua ahli kabinet sekarang bersifat kartun dan tiada isi, ramai Menteri PH sudah bergelar Datuk Seri, dan bukan Datuk biasa.

Kesimpulannya, barulah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Datuk Seri Aliff Syukri dan Datuk Seri Vida. Tahniah.

October 12, 2018

55 Pembinaan Lebuh Raya Tanpa Tol Tak Mungkin, Penipuan Terbaru Pakatan Harapan



Pembinaan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Kata Tun Dr Mahathir,
Kami mewujudkan manifesto itu dengan memikirkan bahawa kami tidak akan menjadi kerajaan. Sekarang kami adalah kerajaan dan manifesto ini menjadi beban yang besar. Pada masa itu saya menentang, saya tahu, untuk mengadakan laluan percuma, ia tidak boleh. Satu-satunya cara untuk mengadakan laluan percuma dan tiada tol adalah dengan menaikkan harga petrol,
Kesimpulannya, Pakatan Harapan telah menipu Rakyat Malaysia di dalam Pilihan Raya Umum Ke 14. Kencing. Hancing!!! Baca penipuan Tun Dr Mahathir dulu, di sini. Tun Dr Mahathir mengakui Pakatan Harapan buat manifesto dengan niat menipu.

Halalkah gaji Menteri dan Wakil Rakyat mereka yang mendapat kerja dengan cara menipu? Oleh kerana mereka menang dengan menipu manifesto maka wajarlah bubar Parlimen dan buat pilihan raya semula bagi dapat mandat manifesto baru.



36 Mana Hilangnya PAN*** Dalam Isu Octoberfest Tahun Ini?





Di atas adalah Kenyataan Rasmi yang dikeluarkan oleh Pengarah Hal Ehwal Syariah, Parti Amanah Negara (PAN) atau mahu dikenali sebagai AMANAH, membantah penganjuran pesta arak yang dikenali sebagai Octoberfest pada tahun lepas, 2017. Itu dulu la. Bantahan ini dibuat sebelum mereka menjadi Kerajaan Pusat.

Tahun ini apabila Datuk Bandar Kuala Lumpur memberi lampu hijau untuk pesta arak Octoberfest diteruskan di Mid Valley, masih tidak kedengaran bantahan suara pemimpin PAN. PAN apabila mereka menjadi Kerajaan, mereka menjadi Pak Turut dan Penjilat Tegar. Prinsip dan hukum hakam Agama letak ke tepi. PANTAT betul.

October 11, 2018

40 Isteri SuPol Perdana Menteri Dilantik Menjadi Pengerusi AIM?



Desas-desus bertiup kencang bahawa Junaidah Kiting, pengasas produk kecantikan De’Wajah telah dilantik sebagai Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang baharu. 
Menurut sumber, walaupun belum ada pengumuman rasmi, pengurusan tertinggi AIM telah dimaklumkan mengenai pelantikan tersebut.
Pelantikan ini menimbulkan tanda tanya mengenai dasar dan kriteria Kerajaan Pakatan Harapan dalam melantik pengerusi syarikat dan agensi berkaitan kerajaan. 
Ini kerana Junaidah Kiting merupakan isteri kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahaya. SuPol Perdana Menteri ini menjadi terkenal selepas beliau meminum air sisa Perdana Menteri dan menyiarkan di media sosial.

Kesimpulannya, tidak mustahil selepas ini semua sahabat AIM jadi pengedar barangan kecantikan DeWajah. 

October 10, 2018

27 Kenapa Hanya Setiausaha Politik Menteri Kewangan Umumkan Penjualan Aset Syarikat Melayu?


Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua menegaskan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan menyemak semula dan melepaskan aset bukan-strategik sebagai sebahagian daripada langkah kerajaan mengurangkan kos.

Tidak cukup kutip derma daripada Rakyat, kini aset kaum Melayu pula hendak dijualnya. Siapa Tony Pua? Di dalam Kerajaan jawatan beliau hanya Setiausaha Politik sahaja. Apa yang melayakkan beliau untuk mengumumkan perkara yang sebegini besar? Jawabnya, Kerana jawatannya dalam DAP lagi besar. Dan tugas DAP adalah melemah dan melenyapkan Melayu.

PNB adalah badan yang menguruskan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan pelbagai saham amanah lain. Makan angin keluar asaplah dividen ASB korang tahun ini dan tahun-tahun mendatang. Waktu DS Najib Tun Razak mula-mula menjadi Perdana Menteri (PM) tahun 2009, aset Khazanah ada RM33.7

Apabila DS Najib turun dari jawatan PM, beliau tinggalkan aset Khasanah RM115.7 bilion. Begitu juga dengan aset PNB, waktu mula-mula DS Najib menjadi PM asetnya adalah RM120 bilion. Waktu DS Najib turun aset PNB berjumlah RM279.2 bilion.

Faktanya adalah DS Najib bekerja keras menambah aset orang Melayu dan harta Kerajaan. Sedangkan apabila DAP berkuasa di Kementerian Kewangan, mereka memberi alasan hutang negara perlu dikurangkan dan kita perlu menjual aset yang dimiliki orang-orang Melayu. Padan muka. Haa tepuk!!!

34 Akhirnya @TonyPua Keluar Dari Persembunyian Untuk Memberikan Cadangan Bodoh


Setelah lama bersembunyi apabila mengeluarkan kenyataan bahawa SST akan menurunkan harga barang, Bugs Bunny Malaysia, Tony Pua muncul kembali untuk membuat komedi terbaru. Tony Pua mencadangkan agar perkhidmatan Grab mengantikan bas perantara yang sedia ada. 

Pertama, sebuah bas perantara boleh boleh membawa 30 - 40 penumpang manakala sebuah kereta grab boleh bawa 4 orang. Penasihat Kementerian Kewangan merangkap Setiausaha Menteri Kewangan yang baghal ini ingat apa akan terjadi pada jalan raya? Lengang? 

Kedua, satu lagi harga grab bermula dengan RM5, sementara tiket bas perantara berharga RM1. Agak-agak mana lebih murah? Ini yang dikatakan janji hendak kurangkan kos sara hidup? Sara hidup Rakyat atau Kerajaan?

Ketiga, bukankah Kerajaan Pakatan Harapan dulu pernah berjanji untuk menghapuskan Grab atau 'e-hailing' kononnya untuk membantu pemandu teksi? Kenapa 'u-turn' 360 darjah? Di mana suara pemandu-pemandu tekdi dan syarikat teksi? Tercekik air kencing Kerajaan?

Kesimpulannya, dengan lawak komedi Kerajaan yang saban hari dimainkan, lama-lama kita Rakyat yang waras pun boleh jadi gila melihat kebodohan Kerajaan Pakatan Harapan.

October 9, 2018

15 Menteri Bodoh Syor Cuti Sekolah Diselaras Antara Negeri Secara Berperingkat


Menteri-Menteri di Malaysia berlumba-lumba untuk mengeluarkan pendapat paling bodoh di kalangan mereka. 

Terbaru, Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Muhammad Bakhtiar Wan Chik akan mencadangkan supaya cuti sekolah dibuat secara berperingkat. 

Ini bagi memacu sektor pelancongan dan mengurangkan kesesakan di beberapa tempat tumpuan pelancong tempatan. Beliau berkata,
Dengan cuti sekolah secara berperingkat, kawasan tumpuan pelancong dalam negara akan menerima jumlah kunjungan pelancong lebih sekata sepanjang masa, dan bukannya seperti keadaan sekarang apabila keadaan menjadi terlalu sesak menjelang tiba cuti sekolah. 
Mungkin kita boleh bahagikan negeri di kawasan utara, selatan dan pantai timur supaya tempoh minggu cuti sekolah di negeri ini berbeza antara satu sama lain.
Malaysia ada 13 negeri. Kalau satu negeri ambil satu bulan tertentu untuk cuti sekolah, Malaysia masih kekurangan 1 bulan bagi menampung 13 negeri.

Masalah akan berlanjutan sekiranya ibu bapa ingin mengambil cuti dengan anak-anak di sekolah berasrama yang berlainan, di negeri yang berlainan. 

Masalah ini tidak termasuk lagi bagi ibu bapa yang ingin merancang cuti untuk anak-anak belajar di pusat pengajian tinggi dan univerisiti di negeri-negeri yang berlainan.

Timbalan Menteri, tolong bercakap guna otak.

62 Model 'Slim Fit' EXCO Melaka Mengamuk Lagi






Ini adalah YB Norhizam Hassan Baktee. Beliau adalah Timbalan Pengerusi DAP Melaka dan ADUN Pengkalan Batu. EXCO Kerajaan Negeri Melaka ini dikhabarkan, seorang pemandu bas kilang sebelum bergelar wakil rakyat DAP dan mula hidup mewah sepanjang 4 bulan ini. Beliau punya berlagak mengalahkan Ketua Menteri.

Sejak 2005 lagi, jalan taman tersebut merupakan laluan orang kampung hendak ke Masjid. Sudah 13 tahun tiada kemalangan. Mengapa sekarang baru sibuk hendak tutup jalan? Kenapa hendak jaga sangat kehendak satu kaum?

Kedua, yang buat netizen marah sangat dan tularkan video di atas adalah cara YB DAP berkenaan berkomunikasi. Kita orang Melayu, biarlah beradab. Abang Mat Derus di dalam video di atas sudah bertahun-tahun menjaga kampung itu. 

Bagaimana orang sebegini boleh diangkat oleh pengundi menjadi Wakil Rakyat? Padan muka juga dengan pengundi-pengundi Tomato. Semalam ada Menteri kata netizen (Rakyat) bukan level dia. Hari ini ada pulak EXCO kata dia tak cakap dengan orang yang tak sekolah?

35 Pekerja MMC Gamuda Jangan Bimbang, 20,000 Hilang Kerja, Pemuda PH Ganti Dengan 1 Juta



Berhubung penamatan kontrak bawah tanah Transit Aliran Massa 2 (MRT2) oleh Kerajaan Pakatan Harapan semalam, bakal mengakibatkan kehilangan kerja kepada lebih 20,000 tenaga kerja terlibat dalam kerja-kerja bawah tanah daripada rantaian bekalan lebih daripada 600 syarikat Malaysia. Daripada 20,000 itu, lebih daripada 3,000 adalah kakitangan usaha sama MMC Gamuda  dan lebih daripada 60 peratus adalah Bumiputera.

Namun, perkara ini tidak perlu dirisaukan. Pemuda Pakatan Harapan telah menjanjikan 1 juta peluang pekerjaan dengan gaji minimum RM2,500. Apa yang penting adalah Barisan Nasional dan UMNO telah diturunkan di dalam Pilihan Raya Umum ke 14. Selamat maju jaya 20,000 pekerja MMC Gamuda. Ini keputusan anda. Kami menghormatinya.







23 3 Perkara Menarik Dan Aneh Berlaku Dalam Ceramah Mega Anwar Ibrahim - Mahathir Semalam

Ceramah mega Pilihanraya Kecil Port Dickson semalam menemukan dua tokoh politik tanahair iaitu calon Pakatan Harapan, DS Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

3 perkara menarik dan aneh yang dapat dilihat semalam adalah:


Pertama, Timbalan Perdana Menteri, DS Dr Wan Azizah menyifatkan ceramah semalam sebagai pertemuan dua negarawan. Persoalannya, sejak bila bekas banduan menjadi negarawan?


Kedua, ceramah mega semalam tidak banyak jauh beza dengan ceramah-ceramah Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14). Cumanya, tiada janji-janji baharu yang dibuat. Rata-rata isi ceramah berkisar kutukan kepada Barisan Nasional / UMNO.

Persoalannya, adakah Barisan Nasional / UMNO bertanding di dalam PRK Port Dickson? Tun Dr Mahathir cuma ada dua cara yang selalu digunakan ketika berucap, jika beliau tak menggunakan teleprompter, beliau akan gunakan cermin muka.


Ketiga, politik adalah satu seni yang serba berkemungkinan. Semalam, DS Anwar Ibrahim berkata, beliau menyayangi Tun Dr Mahathir seperti bapanya sendiri.

Kita juga tidak pernah lupa bagaimana anak ini juga pernah memaki hamun 'bapa'nya dalam ceramah-ceramah. Dulu DSAI panggil Tun Dr Mahathir 'Kepala Bapa', sekarang beliau memanggil 'bapa'.

Kesimpulannya, selamat datang ke Malaysia Baharu.

October 8, 2018

54 Cukai Penyapu Dikurangkan, Nikmat Apa Lagi Yang Kamu Dustakan


Alhamdulillah, Kementerian Kewangan telah pun memutuskan untuk mengurangkan SST alat penyapu lantai daripada 10 peratus kepada 5 peratus. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata,
Susulan maklum balas, MOF menurunkan kadar cukai jualan terutamanya bagi barangan yang digunakan golongan yang kurang berkemampuan.
Ironinya, laporan KPDNHEP dari hasil pemantuan ke atas 384 item barangan 304 item tidak berubah harga selepas GST dimansuhkan.

Tambahan lagi, 51 item barangan mengalami kenaikkan di antara 5 hingga ke 10 peratus bagi sektor perhotelan dan servis kenderaan.

Tidak mengapalah, selepas ini kita boleh beli penyapu hari-hari. Terima kasih YB Lim Guan Eng. Sayang Menteri Kewangan ketat-ketat.

93 Mana Hangpa Nak Dapat Ahli Parlimen Serba Boleh Macam DSAI?

Berbakat sungguh calon Pakatan Harapan untuk PRK Port Dickson ni.

Nyanyi dan menari MGR boleh.


Jogging tepi pantai pun sudah. Ala-ala David Hasselholf dalam filem Baywatch.


Main bolasepak pun berbakat. Ala-ala Christiano Ronaldo.


Jadi chef pun sudah. Kalah Chef Datuk Fazley Yaakob di sebelah.


Kesimpulannya, memang serba bolehlah!

October 7, 2018

21 Ini Pula Hadiah Kerajaan Pakatan Harapan Untuk Kakitangan Awam


Berita baik buat kakitan awam. Sebagai menghargai jasa-jasa mereka memangkah dan menaikkan Kerajaan Pakatan Harapan? Berikut adalah hadiah yang bakal mereka perolehi, baca di sini:

Pertama, kenaikan satu gaji tahunan untuk penjawat awam seperti dijanjikan kerajaan terdahulu akan diteliti sama ada ia wajar diteruskan atau sebaliknya, kata Ketua Setiausaha Negara DS Dr Ismail Bakar. 

Ditanya jangka masa yang diperlukan untuk kajian itu, beliau berkata, ia mungkin setahun atau dua tahun. Dalam erti kata mudah, dua tahun tiada kenaikan gaji.

Kedua, kajian untuk mengecilkan jabatan-jabatan kerajaan sedang dilakukan bagi mengelakkan pertindihan fungsi ketika ini. Alhamdulillah, tercapai cita-cita DAP untuk melihat ramai kakitangan awam terutama Bangsa Melayu dibuang kerja.

Ketiga, tunggu apa lagi. Haa tepuk!

7 Elaun Angkatan Pertahanan Awam Pun Jabatan Perdana Menteri Nak Tangguhkan?



Malaysia Baharu semakin nazak. Elaun Angkatan Pertahanan Awam (APM) pun Jabatan Perdana Menteri hendak tangguhkan bayaran sehingga terjejas penugasan di Pusat Kawalan Operasi APM. Wang negara boleh dibazirkan berjuta untuk 'rombongan Cik Kiah' ke London - New York - London, sedangkan elaun APM seciput dibekukan.

0leh kerana terdapat anggota mahu berkhidmat secara sukarela bagi menjaga nama baik jabatan, APM akan mengambil dua langkah:

1. Pusat kawalan yang masih berkemampuan untuk melaksanakan penugasan meneruskan perkhidmatan seperti biasa dan elaun akan dibayar selepas APM menerima peruntukan daripada JPM.

2. Bagi yang tidak berkemampuan diminta tangguhkan penugasan sehingga keadaan pulih seperti biasa.

CTS tidak dapat memberikan komen berlebihan melainkan mengucapkan tahniah buat pengundi-pengundi Pakatan Harapan. Baru 4 bulan beb! Hadaplah bersama-sama.

34 Belum Isnin Menteri Agama Sudah 'U-Turn' Kaw Kaw



Skrip Menteri Agama ini sudah boleh diagak. Skrip kenyataan saya disalah tafsir adalah ayat lazim untuk membuat 'u-turn'. Sama seperti isu LGBT sebelum ini.

Setiap kali selepas keluar kenyataan mengarut dan teruk dikecam netizen selepas itu, Menteri Agama akan kata salah tafsir. Susah juga hendak tafsir bahasa Menteri jaga Agama ini.

Cuma apa yang tidak puas  di hati adalah kenapa kata hendak memberikan penjelasan hari Isnin tetapi petang Sabtu Mujahid sudah tidak sabar menjawab. Menteri Agama pun hendak menipu? Janji Isnin kena hari Isnin lah.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates