October 6, 2018

59 Di Bawah Kerajaan PH, Adakah Maksiat Itu Hak Peribadi?


Tidak ada lagi ketukan di pintu pada tengah malam dan tidak ada pecah pintu oleh pihak berkuasa agama untuk menyiasat laporan khalwat atau sebarang dakwaan perlakuan maksiat lain. 

Malahan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa orang Islam yang melakukan maksiat di dalam kawasan tertutup, tidak ada kena-mengena dengan kerajaan. Mujahid berkata,
Katakan anda melakukan sesuatu yang peribadi, di ruang peribadi. Saya tidak akan campur.
Sebagai contoh, meminum alkohol adalah salah bagi seorang Islam tetapi jikalau anda minum arak dalam ruang anda sendiri, sebagai kerajaan, saya tidak akan campur.
Di bawah Kerajaan Pakatan Harapan, adakah maksiat itu boleh bersifat peribadi dan ekslusif?


38 Dua Idea Menteri Bijaksana Bagi Menangani Kejadian Mati Lemas


Pertama, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik keluar idea baru pula. Beliau mencadangkan agar sekolah mengajar pelajar sekolah berenang. Pertama kolam renang yang ada cukup ka? 

Apakah Kerajaan kena membina lebih banyak kolam renang pula? Atau belajar berenang dalam taliair, sungai dan lombong saja? Guru renang bertauliah sudah cukupkah di semua sekolah? CTS tanya saja. Jangan marah na.



Kedua, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin lagi bijak orangnya. Beliau menyarankan anggota Bomba pergi PBT dulu minta pelan sebelum turun operasi menyelamat.

Elok juga saranan Menteri. Jangan kata pergi PBT ambil pelan, jumpa arkitek dan jurutera sekali. Buat mesyuarat dulu kalau sempat buat doa selamat sekali. 

Kata orang Kedah, awat lah hangpa pilih Menteri sebegini wahai macai Tomato?


October 5, 2018

32 Tabung Negara Derma Printer Dengan Ini Dilancarkan



Kita amat bersimpati dengan kegagalan pihak pendakwaraya, Jabatan Peguam Negara yang gagal menyediakan kertas pertuduhan ke atas DS Najib Razak sehingga kini dengan alasan printer atau pencetak rosak.

Sebagai seorang Rakyat yang taat, CTS dengan ini melancarkan Tabung Negara Derma Printer. Carian di kedai buku Popular mendapati harga printer adalah berharga RM259.00. 

Oleh itu, sekiranya pembaca-pembaca CTS dapat menyumbang RM0.10 seorang, kita dapat menderma printer baru kepada Jabatan Peguam Negara sekiranya penderma mencecah 2590 orang (adalah diharapkan CTS tidak tersilap titik perpuluhan).

CTS akan menyumbang sekotak CD percuma akibat CD yang digunakan Jabatan Kerajaan ini asyik korup.

24 Kenapa DS @AnwarIbrahim Ambil Kredit 'e-tuition' Daripada Kerajaan Barisan Nasional Perak?



Se,alam, calon Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, DS Anwar Ibrahim (DSAI) telah melancarkan tuisyen percuma di talian, e-tution untuk program sekolah di Port Dickson. 

Anda layari laman web http://pdtuition.com ia akan membawa anda ke laman web http://ezlearn2u.com. Laman web ini dibangunkan dan ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak sejak zaman Kerajaan Barisan Nasional di bawah Menteri Besar DS Zambry Abd Kadir.

Mengapa DSAI mahu 'mencuri' idea dan produk orang untuk kempen beliau di PRK Port Dickson? Inilah Pakatan Harapan. Sebelum PRU14, janji pendidikan percuma. Selepas PRU14, janji tuisyen percuma. Tak kisahlah curi produk orang atau tidak.


October 4, 2018

41 Tahniah DS @MukhrizMahathir Dilantik Pengerusi Bersama Jemaah Pengarah LADA


Perdana Menteri Ke-7 melantik anak Perdana Memteri Ke-4, DS Muhriz Tun Mahathir sebagai Pengerusi Bersama Jemaah Pengarah LADA. Harap maklum.

Tersebar juga di media sosial kereta yang dikatakan milik DS Mukhriz Tun Mahathir. Cantik keretanya. Sesuai dengan pelbagai jawatan yang disandang beliau.

Kalau diikutkan harganya boleh tahan. Mungkin DS Mukhriz menabung dari kecil. Zaman MB Kedah Tok Bashah pakai kereta rasmi murah, Proton Perdana. Adakah zaman MB Kedah DS Mukhriz pakai Volvo bernilai 300K?

Rakyat terutamanya penoreh getah hidup susah harga getah murah dan hujan kerap. Dulu zaman Tok Bashah, ada bantuan musim tengkujuh berjumlah RM600. Adakah zaman DS Mukhriz ada bantuan seumpamanya?


18 Semalam Britain, Hari Ini Australia Pulak, Siapa Kerajaan Di Malaysia Sekarang?


Presiden UMNO, DS Dr Ahmad Zahid Hamidi, menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia, Andrew Goledzinowski di ibu pejabat parti di sini, hari ini.

Turut bersama ialah Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tinggi Australia, Jane Barrlett dan Setiausaha Kedua, Elizabeth Le Bas.

Ini adalah kunjungan hormat kedua dibuat oleh perwakilan asing di Malaysia ke atas beliau, selepas perwakilan Britain semalam.

Dalam pertemuan hari ini, mereka bertukar pendapat mengenai suasana politik semasa serta kerjasama erat di antara UMNO dan Australia.

Pening lalat Kerajaan Pakatan Harapan dibuatnya. Siapa yang memerintah Malaysia sekarang sebenarnya?



26 Apa Kapasiti Bang Non Menggunakan Fasiliti Kerajaan Untuk Berkempen Di Port Dickson?



Belum punyai apa-apa jawatan, DS Anwar Ibrahim (DSAI) sudahpun salah guna aset Kerajaan. Calon Pakatan Harapan ini kelihatan menaiki kereta mempunyai lambang Menteri, ketika berkempen di Port Dickson. Kedua, atas kapasiti apa DSAI berkempen dalam kem tentera? Kapasiti kawan Menteri Pertahanan atau Suami Timbalan Perdana Menteri?

Bayangkan kalau dahulu Barisan Nasional sebagai Kerajaan menggunakan aset Kerajaan ketika pilihan raya kecil? BERSIH tidak mahu membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai penyalahgunaan harta Kerajaan di dalam pilihanraya kecil ini?



DSAI sendiri sudah lupa kepada janji-janjinya. DSAI telah berjanji, baca di sini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan menggunakan aset dan jentera kerajaan bagi Pilihan Raya Kecil di Parlimen P.132 Port Dickson. Beliau juga berkata pihak yang berkempen dan memberi sokongan kepadanya perlu hadir sebagai pemimpin parti dan bukannya wakil kerajaan.

31 Now Sarawak Report Made A Big U-Turn Regarding Morais Case


For 3 years, Sarawak Report had claimed that DS Najib Tun Razak was responsible for Kevin Morais' tragic death leading to all the zombies claiming that DS Najib is a murderer as Sarawak Report (SR) claims that Morais was responsible for drafting the charges for 1MDB / SRC.

It was SR who first made the accusation that Najib had Morais killed 5 weeks later AFTER he had drafted the charges (as claimed by SR but denied multiple times by MACC over years) against DS Najib.

However, SR's latest article dated 03 October 2018 has now made a big U-Turn. Read here. SR now says it cannot be certain that Morais was involved in the 1MDB/SRC case and now ask former AG Gani to confirm since the new PH government appointed MACC head Shukri has once again denied that Morais was involved in any way.

SR now writes: "Sarawak Report has not stated whether the two incidents were related".

Worse is when SR said "The purpose of  Najib's attempt to dismiss Morais’s involvement appears to be to dispel any notion of a murder motive linked to covering up those charges against him. He (Najib) may turn out to be correct".

DS Najib may turn out to be correct? Hamkarchan you lah, SR. This admission is too late now. SR has succeeded to poison the people with their lies and wild allegations. Shame on you Clare, you lying Mat Salleh woman.

October 3, 2018

36 Hebat Menteri Besar Perak Berkaraoke Yeop!



Ini macamlah Menteri Besar yang kita mahu. Ini baru Malaysia Baharu. Jerit macai-macai Tomato. Sambung macai Tomato lagi, tk adalah MB yang skema dan nerd semacam jer. 

Tak adalah MB tu sejenis pembaris yang hanya tahu cerita pasal longkang tersumbat, jalan retak dan berlubang, Rakyat miskin tak cukup makan atau menyulahkan dahi memikirkan pendapatan baru untuk negeri.

MB bagi Kerajaan Pakatan Harapan kena tonjolkan imej yang beliau juga adalah manusia biasa. Selagi boleh jadi macam MB yang memenuhi impian dan harapan golongan muda. 

Bagi Menteri pula  kalau perlu main PS4 dalam pejabat, main. Panggil radio, panggil tv dan panggil semua media untuk buat liputan. Kalau perlu jadi superman merempit kat jalanraya, jadi. 

Yang penting anak muda suka. Agenda-agenda Rakyat yang lain, tak penting. Pedulikanlah masa kritikal dengan harga barang mahal sekarang ini dan pendapatan berkurangan serta masa yang semakin suntuk untuk bersama keluarga.

Jawapan bagi semua masalah terutama bila kena balun dengan musuh nanti kan sudah ada? SALAH NAJIB dan KERAJAAN TERDAHULU.

Lagipun para penyokong pun sudah ada template jawapan, "Takkan dia nak kerja 24 jam. Dia pun manusia juga."

63 "BBC HARDtalk 02/10/2018 Mahathir Mohamad" - Adakah Perdana Menteri Malaysia Dimalukan?



Tontonlah sendiri rancangan "BBC HARDtalk 02/10/2018 Mahathir Mohamad" di atas atau boleh juga diakses di Youtube, di sini. Selama ini Tun Dr Mahathir memalukan mantan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak di luar negara. Sekarang nampak macam sebaliknya. Anda nilaikanlah sendiri.

Wartawan BBC HARDtalk telah bertanya kepada Tun Dr Mahathir tentang dakwaan korupsi RM2.6 billion terhadap DS Najib Tun Razak. Wartawan itu mengatakan bahawa DS Najib Tun Razak telah mengatakan bahawa wang tersebut adalah sumbangan daripada Kerajaan Arab Saudi dan beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan. Malah siasatan yang dilakukan oleh pihak berwajib di Malaysia telah membebaskan beliau dari segala pertuduhan. Mengapa anda kekal berpendapat yang Najib bersalah?

Tun Dr Mahathir berkata, "Itu hanya alasan Najib yang dia dapat wang tersebut secara percuma dari Saudi. Tetapi tidak ada sesiapa yang memberikan wang sebanyak itu kepada sesiapa di dalam sejarah dunia."

Wartawan tersebut kemudian berkata, "bagaimana anda tahu?"

Jawapan Tun Dr Mahathir adalah, "Saya tak pernah baca ada kisah orang terima wang sebanyak itu."

Wartawan itu bertanya lagi, "Adakah anda sudah bertanya kepada pihak Saudi apakah mereka beri sumbangan itu kepada Najib?"

Tun Dr Mahathir berkata, "Well ... Jika Saudi ada memberikan Najib wang, pergerakan wang ini akan meninggalkan money trail. Tunjukkan kami bukti dokumen yang duit itu transfer dari akaun mereka (Saudi) ke akaun Najib."

Tun Dr Mahathir berkata lagi, "Arab Saudi perlu nyatakan bagaimana mereka memperoleh wang sebanyak itu untuk disumbangkan kepada Najib,"

Semua orang dalam dunia tahu Arab Saudi antara negara terkaya dunia dengan hasil minyak yang terlalu banyak. Bani Saud bukan macam Bani Mahathir yang multi billionaire sedangkan Mahathir hanya seorang doktor klinik biasa.

Menonton temuramah 'Harimau Asia' bersama wartawan BBC dalam program HARDtalk, rasa macam menonton program Roda Impian. "Saya putar abang Halim!!!"

October 2, 2018

72 Apa Pelaburan Perdana Menteri Bawa Dari Amerika Syarikat Dan United Kingdom?


Ramai pelabur asing berjanji untuk membawa pelaburan mereka ke negara ini.
Kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sekembalinya daripada lawatan kerja ke United Kingdom dan Amerika Syarikat hari ini.

Janji mulut saja ka? Mana Memorandum Persefahaman (MoU)? Janji ni macam manifesto ka? Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri berkata manifesto bukan Bible? Sedangkan manifesto pun boleh dikencing, inikan pula sekadar janji.

Perdana Menteri DS Najib Tun Razak balik dari lawatan luar negara bawa MoU dan pelaburan berjumlah berbilion ringgit Malaysia.

Perdana Memteri Tun Dr Mahathir balik dari lawatan ke United Kingdom / Amerika Syarikat / United Kingdom bawa balik janji hendak jadi harimau.

Harimau pun harimau lah.


12 Kursus Bahasa Untuk MP Yang Tidak Dapat Kredit BM? Jangan Ter'bulu-Bulu'


Di sebelah pagi, Menteri Pendidikan telah mengsyorkan pelajar-pelajar di SJK Cina menonton filem-filem P Ramlee dan rancangan animasi Upin & Ipin untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Kebangsaan. 

Di sebelah petang pula Lim Lip Eng atau lebih dikenali sebagai Ipin kerana kepala botaknya, memberi saranan agar Ahli Parlimen (MP) yang tidak mendapat kredit Bahasa Malaysia perlu menghadiri kelas Bahasa.


CTS merasakan kita tidak perlu ter'bulu-bulu' Apa kata kita mulakan dahulu cadangan Menteri Menteri Pendidikan. Ekperimentasi ini perlu dilakukan ke atas MP-MP yang tidak mendapat kredit Bahasa Malaysia termasuk Peguam Negara, Tommy Thomas yang juga tidak fasih berbahasa Kebangsaan. 

Apa kata kita bawa mereka ke Pejabat Menteri Belia Dan Sukaneka, Syed Saddiq. Sambil main 'e-game', kita tonton juga rancangan Upin & Ipin untuk mengukuhkan Bahasa Kebangsaan para Yang Berhormat ini. Apapun, jangan ter'bulu-bulu'.

21 Senang Sungguh Kerja Menteri, Bahasa Kebangsaan Tidak Fasih, Tonton Cerita P Ramlee Dan Upin & Ipin


Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, baca Astro Awani, di sini,
Sebab itu saya cadang tayangkan cerita P Ramlee dan Upin & Upin, kerana ia menggunakan Bahasa Melayu yang betul, di samping mengetengahkan konsep perpaduan. Juga, perbanyakkan lagi program-program kebudayaan, agar pelajar lebih santai dan mereka akan belajar secara natural, bukan untuk menghadapi peperiksaan semata-mata. Ini sekali gus mengurangkan rasa beban mereka.
Analoginya mudah:

Masalah : Masyarakat Cina gagal kuasai Bahasa Kebangsaan.

Cara Menteri Pendidikan selesaikan masalah : Cadang tayang cerita P. Ramlee dan Upin & Ipin.

Kesimpulan : Senang sungguh kerja Menteri KERAjaan PH.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malek mencadangkan SJK Cina lebih kreatif dalam pengajaran Bahasa Kebangsaan dengan menayangkan filem TS P Ramlee dan Upin & Ipin bagi menarik minat pelajar mempelajarinya. Selanjutnya di Berita Harian, di sini, beliau berkata,
Penghayatan terhadap bahasa perlu dilakukan dengan menjiwai, kasih sayang dan saling hormat-menghormati. Bukan hanya sekadar diukur dengan peperiksaan saja, yang penting bagi saya keseronokan waktu belajar. Sebab itu saya tekankan di SJKC dan mana-masa sekolah perlu dijadikan proses pembelajaran BM yang menyeronokkan dan bukan membebankan hingga akhirnya menarik pelajar.
Kita tidak tahu pula pelajar-pelajar Cina menganggap proses pembelajaran Bahasa Kebangsaan tidak menyeronokkan dan membebankan. Bahasa Mandarin, Kantonis, Hakka dan English dapat pula pelajar-pelajar Cina ini kuasai?

Idea Menteri tidak 100% salah. Yang salahnya adalah apa susah sangat pelajar-pelajar SRK Cina hendak menguasai Bahasa Kebangsaan? Mereka lahir di Malaysia dan dibesarkan di Malaysia. Adakah tidak ada kemahuan atau wujud sikap benci atau wujud penentangan kepada Bahasa Kebangsaan? Kalau tidak masakan pekerja Bangladesh di stesen minyak dapat kuasai Bahasa Kebangsaan dalam tempoh beberapa bulan.

Dr Maszlee juga harus berhati-hati membuat saranan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di SJK Cina. Sebabnya, kalau Bahasa Kebangsaan tidak meningkat, dikuatiri Menteri Belia Dan Sukaneka, Syed Saddiq bakal mendedahkan gaji beliau.

Apapun, kita wefie dulu.

October 1, 2018

30 Bagaimana Orang Kuat PKR Boleh Kerja Di Perhimpunan Agung UMNO Baru-Baru Ini?





Bagaimana pihak urusetia Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dan pejabat PWTC boleh terlepas pandang perkara sebegini. Ramai lagi ahli UMNO yang menggangur sekarang. Kenapa perlu susukan kera di hutan sedangkan anak di rumah mati kelaparan?

Namun begitu, inilah UMNO. Dalam keadaan menjadi pembangkang sekalipun, UMNO masih lagi mampu memberi makan percuma dan rezeki pekerjaan kepada juak PKR yang kini menjadi Kerajaan.

15 Nak Tarik Gamers Sebagai Pengundi Baru Tidak Perlulah @SyedSaddiq Main Game Dalam Pejabat



Kita faham apabila tersebar gambar Menteri Belia Dan Sukaneka bermain 'game' di pejabat. Tujuan beliau adalah untuk menarik minat anak muda dari golongan komuniti 'e-sport'.

Mantan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama juga bermain permainan 'Call of Duty' semasa berkempen Obamacare untuk jawatan Presiden.

Jadi tidak hairanlah apabila Pakatan Harapan ingin menurunkan had umur pengundi kepada 18 tahun untuk menarik golongan 'gamers' atau 'e-sport' ini.

Walau bagaimanapun, Rakyat Parlimen Muar perlukan Ahli Parlimen mereka yang bekerja untuk mereka bukannya hanya tahu bermain permainan elektronik semata-mata. 

Inilah bahananya bila budak dilantik sebagai Ahli Parlimen dan Menteri. Waktu kerja main game kah? Atau waktu main game guna elektrik dan televisyen yang dibeli dan dibayar guna dana awam?

Aduan boleh dibuat di biro aduan Jabatan Perdana Menteri terhadap salah laku Menteri yang bermain permainan elektronik di tempat kerja menggunakan harta kerajaan untuk kepentingan peribadi.

25 Macai Tun @chedetofficial Kantoi Ambil Gambar Dari Yayasan Kepimpinan Perdana


Pemuja dan pentaksub Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir tidak dapat menerima hakikat bahawa Tun Dr Mahathir menggunakan teleprompter semasa berucap di Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Telepromter adalah skrin di depan pembentang untuk membantu beliau membaca teks tanpa perlu tunduk membaca teks secara konvensional.


Tidak ada sebarang salahnya bagi seorang pemimpin seperti Tun Dr Mahathir menggunakan teleprompter bagi membantu beliau di dalam ucapan ataupun ketika terlupa sesuatu ayat atau para. Dan tidak ada salahnya juga sekiranya teks ucapan Tun Dr Mahathir dibuat oleh pegawai-pegawai beliau. Pastinya Tun Dr Mahathir sendiri akan menyemak dahulu isi kandungannya bukan?

Pemuja Tun Dr Mahathir punyalah taksub dengan idolanya sehingga terpaksa meletakkan gambar surat bertulisan tangan daripada Tun Dr Mahathir bagi membuktikan bahawa Tun Dr Mahathir sendiri menulis dan membaca teks ucapan di Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ketaksuban penjilat tegar Tun Dr Mahathir ini kantoi apabila surat bertulisan tangan tersebut sebenarnya diambil dari gambar Yayasan Kepimpinan Perdana (lihat gambar asal di bawah sebelum dicrop). Elok benarlah, tulisan tangan dari muzium dan penulisnya juga mungkin sudah layak juga duduk di sana.



September 30, 2018

52 London Ke New York Ke London Balik, Sibuk Benar Perdana Menteri Kan?

7 hari lepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad berada di London, United Kingdom.


3 hari lepas pula Perdana Memteri berada di New York, Amerika Syarikat bersama isteri, anak, menantu dan cucu kerana acara rasmi termasuk Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Hari ini pula, Perdana Menteri kembali ke London, United Kingdom untuk acara rasmi atau tidak rasmi yang lain pula.


London ke New York ke London, macam iklan rokok zaman dahulu pula. Pihak Jabatan Perdana Menteri tidak boleh mengaturkah perjalanan Perdana Menteri agar urusan di New York diselesaikan terlebih dahulu sebelum ke London?

Duit minyak dan penyelenggaraan jet Kerajaan ini bukan guna duit Rakyat kah? Bukankah negara sedang mengalami masalah ekonomi, kata Perdana Menteri. Kenapa nak joli?

Kedua, dengar kata Presiden Donald Trumph dan rakan sejawatnya Perdana Menteri Theresa May enggan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia.

Saya sedia perbetulkan kenyataan ini sekiranya ada yang dapat memberi gambar pertemuan pemimpin-pemimpin tersebut. Persoalannya, kalau kedua-dua Ketua negara berkenaan tidak mahu jumpa, apa hasil yang bakal diperolehi dengan jalan-jalan makan angin ini?

29 DS @NajibRazak Tidak Berani Kecam Israel Di PBB Seperti Tun @chedetofficial?

Ramai pula penyokong tegar Tun Dr Mahathir yang begitu kagum dengan ucapan retoriknya dalam sidang PBB. Macamlah DS Najib Tun Razak tidak pernah kecam Israel di pentas yang sama.

Bacalah petikan ucapan DS Najib Tun Razak di bawah ini biar otak kita berfungsi dengan baik. Sebenarnya hampir dalam setiap sidang PBB, pemimpin Malaysia akan perjuangkan isu Palestin kerana itulah pendirian Kerajaan sejak merdeka. 

Cuma beza antara DS Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir adalah selain memberikan kecaman, DS Najib juga turun ke padang mendepani masalah. 

DS NajibTun Razak adalah satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang pernah jejak kaki ke tanah Gaza bersama pemimpin Hamas. Bahkan Presiden Palestin, Mahmud Abbas pun tidak pernah ke sana sejak konflik tahun 2007. 

DS Najib Tun Razak siap membawa DS Rosmah yang dikutuk dan dihina 24 jam. DS Najib Tun Razak juga adalah Menteri Pertahanan yang turun ke Bosnia ketika perang masih terjadi di sana pada tahun 1994.

Berikut adalah petikan ucapan DS Najib Tun Razak di dalam sidang kemuncak PBB ke 69, tahun 2014.

"35. Malaysia, like so many countries around the world, was appalled by the brutal violence against Palestinian civilians in Gaza. We strongly condemn Israel’s disproportionate and indiscriminate attacks on Gaza, and its continuing violations of international and human rights laws. The use of heavy weapons in civilian areas – the obliteration of houses, mosques and schools – wask an affront to common decency. We condemn it not just for the innocent lives taken but for the message it sends: that religions cannot coexist, and that the international community cannot enforce international law and protect the rights of Palestinians."

Teks lengkap dapat diakses di sini.





 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates