August 11, 2018

32 Adakah Perkhidmatan Rawatan Hospital Percuma Akan Dihapuskan Oleh Kerajaan PH?


Sudah bertahun Kerajaan Barisan Nasional memberikan khidmat caj hospital RM1 untuk rawatan biasa dan RM5 untuk rawatan pakar. Semenjak Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih, timbul pula cadangan dari Timbalan Menteri Kesihatan untuk menghapuskan caj RM1 dan RM5 dan alternatifnya Rakyat perlu mengambil insurans. 

Menurut Timbalan Menteri, Dr Lee Boon Chye, baca di sini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini di peringkat akhir merangka pelan skim perlindungan insurans kesihatan untuk membantu golongan berpendapatan rendah B40 yang mendapatkan perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan dan swasta. Kata Dr Lee,
Sebagai contoh, kita akan memberikan perlindungan insurans sebanyak RM10,000 hingga RM20,000 setahun untuk satu keluarga bagi perbelanjaan perubatan atau caj rawatan apabila ditempatkan dalam wad.
Skim pembayaran insurans itu akan ditetapkan pada kadar paling minimum bersesuaian dengan tahap kemampuan golongan B40.
Persoalannya, berapa peratus Rakyat Malaysia mampu memiliki insurans? Adakah premium insurans serendah RM5 untuk dibeli dan dinikmati faedahnya terutama dari golongam miskin? Kenapa sasarannya golongan B40? Adakah insurans juga akan melindungi warga emas dan berapa pula premium yang akan dikenakan?

Adakah ini satu langkah permulaan Kerajaan PH untuk.memansuhkan perkhidmatan perubatan percuma yang selama ini dinikmati oleh Rakyat Malaysia semasa mereka berada di bawah Kerajaan Barisan Nasional? Satu demi satu faedah Rakyat Marhaen ditarik oleh Kerajaan PH. Tahniah warga Tomato yang memangkah. Haa tepuk!

16 Definisi Hari Kemerdekaan Dan Hari Kebangsaan Cuba Dimanipulasi Kerajaan PH


Viral di media sosial satu memo seperti di atas. Cubaan untuk mendapatkan pengesahan daripada akaun Twitter Menteri KKMM di @gobindsinghdeo gagal dijawab.

Jelas di dalam memo di atas, Kerajaan PH memansuhkan perkataan 'Merdeka' dan 'Merdeka ke-61' untuk sambutan Hari Kemerdekaan kononya untuk menjaga sensitiviti dan hubungan antara negeri-negeri di Malaysia.

Penyataan ini sememangnya bercanggah dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan, Perkara 160, tafsiran am yang mewartakan, 'Hari Merdeka ertinya 31 Ogos 1957.'

Kalau hendak buat sambutan untuk kemerdekaan negeri Sabah dan Sarawak tidak ada salahnya. Tapi apa salahnya kita Rakyat Malaysia sama-sama menyambut Hari Merdeka Persekutuan Malaysia yang rasmi iaitu pada 31 Ogos. Ini tarikh 'Merdeka' dalam Perlembagaan.

Sebaliknya, perbuatan mencabul Perlembagaan Persekutuan bukan satu konsep 'rule of law' yang digahkan oleh Kerajaan PH. Perlu diingat, Persekutuan Malaysia tidak pernah merdeka. Yang merdeka adalah Persekutuan Tanah Melayu, negeri Sabah dan negeri Sarawak iaitu komponen Persekutuan Malaysia.

Persekutuan Malaysia ditubuhkan di bawah satu perjanjian 'Malaysia Agreement 1963' pada 16 September 1963. Oleh itu, Hari 16 September adalah Hari Kebangsaan atau Hari Malaysia.

17 Kenapa Wang Pulangan GST Masih Belum Dipindahkan Dari Kumpulan Wang Disatukan Kepada Tabung Amanah?


Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hanya perlu mengumumkan berapa baki wang yang ada dalam akaun Kumpulan Wang Disatukan dan kenapa Ketua Setiausaha Perbendaharaan tidak meluluskan permohonan RM19 bilion yang bertujuan untuk dimasukkan dari Kumpulan Wang Disatukan ke Tabung Amanah bagi pembayaran baki tuntutan pulangan (refund) GST dari tempoh bermula 9 Mei hingga 31 Mei  dari pihak kastam.

Dengan mengandaikan bahawa TS Erwan Serigar, Ketua Setiausaha Perbendaharaan bagi tempoh 9 Mei hingga 31 Mei 2018 telah ditukar ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), maka tiada siapa  yang boleh meluluskan permohonan Kastam, ketika itu.

Walau bagaimanapun, GST sifar bermula 01/06/2018. Kenapa DS Dr Ismail Bakar sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang baru dilantik pada 12/06/2018 bagi menggantikan TS Irwan masih tidak meluluskan permohonan kastam selepas menjawat jawatan itu sehinggalah sekarang? Kenapa Lim Guan Eng di dalam Dewan Rakyat mendakwa duit GST RM19 billion telah hilang dan dirompak?

Terdapat 2 kemungkinan iaitu;

1. Duit itu tak hilang dan masih ada di dalam akaun Kumpulan Wang Disatukan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, DS Dr Ismail masih tidak meluluskan permohonan kastam untuk dipindah wang sejumlah RM19 bilion ke dalam Tabung Amanah untuk pembayaran pulangan GST.

2. Duit dalam Kumpulan Wang Disatukan telah digunakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) buat sementara waktu untuk pembangunan dan perbelanjaan pengurusan memandangkan Kerajaan PH telah kehilangan hasil sebanyak RM21 bilion akibat pengumuman GST sifar.

Keadaan bertambah buruk apabila Kerajaan PH terpaksa menggunakan sejumlah RM61 bilon untuk menstabilkan nilai ringgit agar tidak mencecah sehingga RM4.50 dalam tempoh beberapa bulan selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan dari Barisan Nasional.

Kesimpulannya, dalam mana-mana jeadaan sekalipun, tuduhan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa duit pulangan GST telah dirompak adalah fitnah. Lim Guan Eng perlu meletakkan jawatan kerana memfitnah di Dewan Rakyat.

13 Tiada Masalah Untuk Transgender Berkongsi Tandas, Kata Menteri Agama



Tiada masalah untuk golongan transgender untuk berkongsi tandas wanita. Ini pendapat yang dikemukakan oleh Menteri Agama, Mujahid Yusuf. Wartawan tanya macam mana transgender nak masuk tandas mana? Menteri jawab,
If someone go to the toilet because of the call of mother nature. So, does it bother you whether where they go to?
They are the transgender that you see their appearance like this, and noboldy gonna ask if she goes to the female toilet because she look like a female.
Pengundi wanita yang undi PH dan menaikkan pemimpin Islam sebegini konon tidak jumud bersediakah menerima lelaki berpakaian dan berperwatakan wanita berkongsi tandas dengan anda? Tahniah kepada tangan yang memangkah.

Kedua, wartawan tanya macam mana dengan sembahyang dia, nak letak saf mana? Menteri jawab,
Yang penting adalah dia nak pergi beribadat. Dan sebagai seorang Muslim kalau dia nak pergi beribadat takkan kita nak halau dia?
Saya tidak bercakap bagi pihak orang lain. Namun, saya keberatan dan berhati-hati sekiranya golongan pondan atau transgender berkongsi tandas wanita mahupun saf sembahyang dengan golongan perempuan. Selain isu moral dan agama, telah berlaku kes rogol dan pencabulan di tandas wanita oleh golongan ini.




August 10, 2018

46 Surat Kastam Menjelaskan Fitnah Dan Pembohongan Menteri Kewangan


Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan tuntutan bayaran balik GST sebanyak RM82.9 bilion tidak dibayar sepenuhnya. Sebaliknya, kata ketua pengarahnya, T Subromaniam, dari April 2015 hingga penghujung Mei 2018, hanya RM63.9 bilion bayaran yang telah dipindahkan. Kata beliau,
JKDM ada menuntut RM82.9 bilion daripada Mesyuarat Tabung Amanah Bulanan ini untuk tujuan pembayaran balik GST dalam tempoh 1 April 2015 sehingga 31 Mei 2018 tetapi jumlah penuh tidak dipindahkan kepada Tabung Amanah. Oleh itu, pada 31 Mei 2018, Tabung Amanah masih memerlukan dan mengalami kekurangan untuk membayar tunggakan bayaran balik cukai GST sebanyak RM19.4 bilion.
Daripada surat di atas, pihak JKDM telah menuntut dari pihak Kerajaan untuk membayar balik tuntuan GST itu untuk tempoh 1/4/2015 - 31/5/2018. 

Apakah maknanya ini? Di dalam Akaun Amanah memang sejak azali tiada duit sebab duit GST telah dipindahkan masuk ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. 

Bila hendak buat tuntuan, JKDM akan meminta dari Kerajaan dan Kerajaan akan bayar melalui duit dalam Kumpulan Wang Disatukan masuk dalam Akaun Amanah. Kemudian barulah JKDM bayar kepada peniaga. Apa yang  benak sangat Menteri Kewangan nak faham?

Menteri Kewangan menuduh hasil kutipan GST yang masuk ke dalam Kumpulan Wang Disatukan adalah satu rompakan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Lim Guan Eng tidak faham Perlembagaan Persekutuan. Perkara 97 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa semua hasil atau pendapatan kerajaan tidak kira bagaimana jua cara mesti dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan atau 'consolidated fund'.



31 Dari Mana Menteri Pertahanan Kulinari Mendapat Info Ketenteraan Malaysia Paling Lemah Di Rantau Ini?




Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, ketika menjawab soalan Danyal Balagopal Abdullah (PAN-Port Dickson) di Dewan Rakyat, mendedahkan kekuatan tentera Malaysia kini paling lemah di Asia Tenggara. Kata beliau,
Kedudukan laut, udara dan sebagainya, di Asia Tenggara, kita berada di tempat yang paling bawah. Vietnam jauh ke hadapan, Indonesia nombor satu. Malu kita, kalau kita pergi ke peringkat antarabangsa. Saya akan berusaha menjadikan Malaysia hebat kembali, nombor satu semula.
Dari mana Mat Sabu memperolehi senarai kedudukan yang meletakkan Malaysia di tangga paling bawah di dalam kekuatan ketenteraan negara-negara serantau? Ranking Malaysia di dalam senarai Global Firepower, baca di sini, meletakkan Malaysia di tangga ke 5 dengan kedudukan seperti berikut:

1. Indonesia
2. Vietnam
3. Thailand
4. Myanmar
5. Malaysia
6. Philippines
7. Singapore
8. Cambodia
9. Laos

Kadangkala terfikir eloklah kalau Menteri Pertahanan Kulinari sendiri menghina Kementerian Pertahanan sebagai paling lemah di rantau ini. Inilah hadiah kepada tentera-tentera Malaysia kerana mengundi PH. Sekurang-kurangnya Menteri Pertahanan Kulinari akan menaikkan mertabat tentera dengan kawad 'goose steps'.

August 9, 2018

63 @guanenglim Kepanasan @khairykj Buat Laporan @PDRMsia Tuduhan Rompakan RM19 Billion Oleh Kerajaan BN



Ahli Parlimen Pembangkang, Khairy Jamaluddin sebentar tadi membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa RM18 bilion yang dipegang dalam akaun amanah untuk pembayaran balik GST telah dirompak oleh pentadbiran terdahulu di bawah BN. Menurut Khairy Jamaluddin, ia adalah tuduhan serius, dan meminta Menteri Kewangan untuk menunjukkan bukti.

Sementara itu, DS Mustapha Mohammad dan Khairy Jamaluddin semalam mencadangkan agar satu siastan terbuka (open inquiry) diadakan dalam soal ini. katanya, "we're all for transparency and this issue has to be resolved once and for all."


Menteri Kewangan mencabar kewibawaan Ketua Audit Negara dan jabatannya dalam mengatakan sejumlah RM18 bilion dari hasil GST hilang dicuri. Jabatan Audit Negara mengaudit Kementerian Kewangan setiap tahun. Tidak ada satupun laporan mengatakan ada kecurian duit GST selama tiga tahun berturut-turut sejak GST di kuatkuasakan.

Tindakan Khairy Jamaluddin membuat laporan polis dan SPRM harus dipuji. Siasatan terperinci oleh pihak berkuasa perlu dilakukan bagi memastikan tuduhan serius yang dibuat oleh Menteri Kewangan mempunyai asas dan bukti. Sekiranya Menteri Kewangan didapati berbohong dan membuat fitnah, tindakan oleh parlimen perlu diambil dan Menteri Kewangan perlu dituntut untuk meletakkan jawatan.

Nota Kaki - Era berpakaian di zaman Kerajaan PH semasa berada di parlimen hancur. Contohnya ahso-ahso peminat Menteri Kewangan seperti di bawah.

24 Menteri PH Buta Protokol Surat Rasmi



Menteri Air, Tanah Dan Sumber Asli mengeluarkan surat menggunakan kepala surat (letter head) rasmi Menteri Persekutuan untuk mengucapkan takziah. Ucapan takziah di antara negara adalah di bawah bidang kuasa Wisma Putra, bukan di bawah Menteri berkenaan.

Perlu juga dimaklumkan Wisma Putra ada protokol yang perlu dipatuhi. Bukan semua orang yang  meninggal dunia, Wisma Putra perlu mengeluarkan surat takziah bagi pihak DYMM YDP Agong dan / atau Perdana Menteri. Ada protokol yang perlu dipatuhi.

Seseorang Menteri boleh mengeluarkan surat takziah rasmi jika rakan sejawatnya di negara lain meninggal. Ini bermakna atas kematian Menteri yang memegang portfolio yang sama di peringkat nasional atau persekutuan sahaja, dan bukan di peringkat negeri atau daerah. Dalam hal ini ada protokol yang perlu dipatuhi.

Namun, Menteri boleh mengucapkan takziah tanpa kepala surat rasmi Kerajaan Malaysia di dalam bahasa apa pun kepada sesiapa pun melalui laman sosial media beliau, dengan syarat ianya bersifat surat peribadi.

Kesimpulannya, malu bertanya sesat jalan. Tak tahu protokol, bertanyalah wahai Pak Menteri.

August 8, 2018

57 Peguam Negara Melantik Firma Sendiri Mengendalikan Kes Penyitaan Kapal Equanimity?


Jika ini adalah satu penyalahgunaan kuasa maka pasti Pejabat Peguam Negara akan mendakwa Tommy Thomas kerana menyalahgunakan kedudukannya sebagai Peguam Negara untuk melantik firma guaman Tommy Thomas sebagai mewakili Kerajaan Pakatan Harapan dengan bayaran yuran guaman menggunakan wang Rakyat.

Bagi CTS, ini bukanlah satu penyalahgunaan kuasa oleh Tommy Thomas sebab bukan beliau yang melantik firma guaman Tommy Thomas untuk mewakili Kerajaan tetapi Pejabat Peguam Negara yang melantik. Pejabat Peguam Negara dengan Tommy Thomas adalah dua entiti berbeza. Kan lain ejaan dia tu.

Kalau benar sekalipun ada penyalahgunaan kuasa (saya yakin tidak), bagaimana dengan laporan polis yang dibuat oleh Rakyat? Laporan polis itu pastinya akan dibuka kertas siasatan dan pihak polis akan menyerahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuat pendakwaan ke atas Peguam Negara? Pakcik sudah keliru.

Hanya di negara Tomato Dua Butir.

13 SST Akan Turunkan Harga Barangan, Nak Percaya @guanenglim Atau @TonyPua?


Tahniah kepada seluruh Rakyat Malaysia kerana kita baru sahaja mencatatkan rekod dunia dengan meluluskan Akta SST 2018. Negara pertama seumpamanya di dunia yang kembali kepada sistem percukaian lapuk dan mudah ditipu oleh peniaga. Tahniah Menteri Kewangan yang paling bodoh dan bangang dalam sejarah politik negara dan dunia.

Persoalan mudah sekarang yang dinantikan oleh Rakyat adalah adakah cukai berganda SST (10% + 6%) akan menurunkan harga barangan harian. Dua pendapat daripada 'so-called' pakar SST, Tony Pua dan Lim Guan Eng.

Mana satu kita nak percaya? Kedua-duanya dari Kementerian Kewangan, kedua-duanya dari DAP dan kedua-duanya bercakap secara yakin berkaitan SST dan harga barang. Seorang kata tak jamin harga barang akan turun, seorang lagi kata harga barang akan lebih murah.

Tonton apa kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Dewan Rakyat.



Ini pula ulasan dari Tony Pua (MP Damansara) merangkap Pegawai Khas Menteri Kewangan di Dewan Rakyat pada 07/08/2018. 


Beliau dengan yakin berkata,
Saya percaya, dengan sistem cukai SST yang baru ini, walaupun cukai akan dikenakan tetapi harga barang akan lebih murah daripada sistem GST bawah kerajaan BN.
Kita tunggu kelahiran semula SST pada 01/09/2018. Kita tunggu siapa yang kena. Macai-macai Tomato pasti meleleh air liur menantikan SST. CTS suka jawapan Pasir Salak.
We wait, we wait first September!
 

August 7, 2018

25 Satu Lagi Flip Flop U-Turn Dari Menteri Kerajaan Tomato



Apakah Menteri-Menteri Kerajaan PH tidak pernah bosan untuk melakukan lawak spastik dan keputusan 'u-turn' kerap kali? CTS sudah kehilangan kiraan berapa kali lawak 'u-turn' ini dilakukan. Ini contoh terbaharu.

09/07/2018:

Kata Menteri Belia Dan Sukaneka, Syed Saddiq,
BTN akan dimansuhkan, pengumuman tersebut akan dibuat dalam masa terdekat.
06/08/2018:

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Farid Md Rafik, berkata,
BTN akan dijenamakan semula.
Nota Kaki: Ini lawak Menteri PH paling kelakar minggu ini.


Ada sesiapa boleh bisikkan ke telinga Menteri berkenaan bahawa Universiti Putra Malaysia yang dijenamakan semula dari Universiti Pertanian Malaysia masih lagi wujud dengan fungsi yang sama sejak dulu. 

Universiti berkenaan masih beroperasi dan masih tidak ditutup. Kalau masih bebal, azankan sahaja ke telinga. Lembu 7 ekor betul punya Menteri.

28 Kenyataan Siapa Yang Betul Isu Equanimity - Thom Mrozek Atau Tommy Tommas?


Akhirnya, kapal mewah kontroversi Equanimity tiba di Port Klang hari ini.

Bloomberg, baca di sini melaporkan, "Thom Mrozek, a spokesman for the US attorney’s office in Los Angeles, said the US was not party to the agreement between Indonesia and Malaysia."

Malaysiakini, baca di sini, melaporkan Peguam Negara Tommy Thommas berkata, "As a result of the Mutual Legal Assistance Treaties (MLAs) between Indonesia, US and Malaysia which were activated recently, sensitive and delicate negotiations were conducted at the highest levels of different agencies in the three countries to accomplish this feat".

Siapa yang bercakap betul dan siapa yang berbohong? Hanya dalam Kerajaan Tomato Dua Butir.

Kerajaan PH sebenarnya bodoh. Kalau mengikut laporan FMT di sini, pasukan undang-undang 1MDB yang dilantik oleh Jabatan Peguam Negara bagi mewakili kedua-dua firma pelaburan dan Putrajaya hari ini berkata, ianya akan mengambil masa enam hingga sembilan bulan untuk menentukan siapa pemilik kapal pesiar mewah Equanimity.

Tambahan pula menurut peguam Jeremy M Joseph, Kerajaan Indonesia bijak menyerahkan kapal mewah itu kepada Malaysia disebabkan ianya agak mahal untuk menyelenggarakan kapal berkenaan. Ini kerana penyelenggaraan sahaja akan menelan belanja kira-kira RM3 juta sebulan. Macai Tomato bersorak kegirangan sedangkan Malaysia terpaksa menanggung kos yang tidak sepatutnya setiap bulan. Bodoh. Bodoh. Bodoh.

14 Lagi Siri Kerajaan PH Kencing Rakyat, Haa Tepuk!



Sebelum PRU: Pkatan Harapan menolak pelaksanaan cukai pelancongan. DS Wan Azizah berkata akan mansuhkan jika menang PRU14, kerana ia membebankan rakyat!

Selepas PRU: Wujud kemajuan positif dalam industri pelancongan negara apabila cukai pelancongan dilaksanakan.

Dulu bantah, sekarang puji. Pengusaha hotel dan Rakyat pun kena kencing sehingga kuyup.

27 Memalukan! Menteri Kanan Malaysia @AzminAli Menipu


Menteri Kanan Malaysia, Menteri Ekonomi, DS Azmin Ali kantoi menipu. Semalam, Azmin Ali telah memberitahu pihak media bahawa beliau akan ke Singapura di atas urusan kerja, ada mesyuarat dan perbincangan pasal projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura. 

Azmin Ali mendakwa beliau sudah berjumpa pihak berkuasa Singapura ketika melawat Menteri Dalam Negeri, TS Muhyiddin Yassin yang sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di negara berkenaan. Kata beliau semalam dipetik Keadilan Daily,
Semalam saya ke sana untuk melawat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan saya mengambil kesempatan untuk berjumpa beberapa pegawai kanan di Singapura untuk berbincang tentang HSR. Perjumpaan itu sangat positif. Saya akan keluarkan kenyataan media.
Hari ini Kerajaan Singapura telah membuat kenyataan balas bahawa tiada mesyuarat dan perbincangan tersebut diadakan bagi kedua-dua buah negara. Jurucakap Kementerian Pengangkutan Singapura,  seperti yang dilaporkan di portal berita Today Online.
Sehingga semalam (6 Ogos 2018), Kerajaan Malaysia tidak memberi sebarang penjelasan seperti yang diminta Singapura dan tidak pernah berbincang mengenai cadangan tarikh untuk mengadakan perbincangan.
Kalau ikut kenyataan Kementerian Pengangkutan Singapura, Azmin Ali didakwa menipu dua kali. Peratama, tiada sebarang pertemuan. Kedua, tiada sebarang tarikh dijadualkan untuk pertemuan di bulan Ogos. Kita ingatkan masa jadi pembangkang sahaja menipu. Rupanya apabila sudah menjadi Kerajaan lagi kuat beliau menipu!

Kata orang kampung, 'old habits die hard'. Yang percaya hanyalah para penyokong 'uneducated' yang suka mandi air kencing. Jadi apa tujuan beliau ke Singapura selain melawat TS Muhyiddin Yassin? Adakah beliau ke sana menggunakan kemudahan kerajaan? 


August 6, 2018

84 Isu Equanimity - Adakah Kerajaan PH Telah Menjadi Pirates Of The Carrabians?


Gagal untuk mencari, mengektradisi dan menangkap orang yang paling dikehendaki oleh Kerajaan PH, Jho Low, nampak gayanya Kerajaan PH hanya berpuas hati dapat merampas aset individu berkenaan tanpa melalui lunas undang-undang.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan bahawa kapal Equanimity yang akan tiba di Pelabuhan Klang esok akan dipamerkan, dibida dan dijual kepada pembida tertinggi. Terdapat banyak kesalahan undang-undang di sini. 

Pertama, adakah terdapat arahan mahkamah di Malaysia untuk merampas kapal layar tersebut? Jika tidak ada dari mana kuasa merampas ini diperolehi oleh Kerajaan PH? 

Kedua, adakah Mahkamah Indonesia telah meluluskan perintah penghantaran barang rampasan ini? Atau adakah sekadar pakatan di antara Presiden Jokowi dan Tun Dr Mahathir? Adakah undang-undang antarabangsa membenarkan pencabulan seperti ini? 

Ketiga, mana-mana Kerajaan tidak boleh melelong apa-apa barang milik orang lain yang dirampas kecuali setelah dibuktikan jenayah telah dilakukan dan mendapat penghakiman Mahkamah untuk rampasan berkenaan.

Kita tidak menentang sebarang usaha untuk merampas kapal layar terbabit jika ia terbukti hasil dari wang negara ini dicuri oleh Jho Low. 

Namun tindakan harus berlandaskan undang-undang bukan bertindak semberono. Malaysia bukan sebuah negara komunis atau autokrasi yang membuat keputusan sesuka hati dan melanggar undang-undang yang sedia ada.

20 Setelah Teruk Dibidas, Marina Mahathir Ubah Nada Mengenai Hak Yang Dipinta LGBT


Setelah menerima kritikan keras daripada netizen, Marina Mahathir meredakan ketegangan dengan memberi penjelasan bahawa komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di negara ini hanya mahukan kesamarataan dari sudut hak asasi manusia yang terkandung dalam perlembagaan.

Beliau berkata, dipetik Sinar Harian
Apa saya maksudkan hak sama rata ialah hak di bawah perlembagaan kita. Mereka (komuniti LGBT) adalah rakyat Malaysia dan manusia juga. Hak asasi manusia seperti nak pergi ke sekolah, nak pergi hospital, takkan lah itu semua tak boleh? 
Mereka ketika ini hadapi diskriminasi dari segi kehidupan seharian. Orang yang menentang sangat, apa hak yang mereka nak ambil daripada golongan ini? 
Kalau mereka sakit takkan nak biarkan saja di tepi jalan? Kalau mereka didera atau dipukul, bukankah mereka ada hak untuk laporkan kepada polis dan dapat tindakan daripada polis seperti kita semua? Itu saja yang mereka minta, bukan lebih daripada itu. 
Adakah undang-undang kita membenarkan kita dengan tak pasal-pasal nak pergi pukul orang atau menghalang orang daripada bekerja tanpa ada alasan yang baik. Jadi kita kenalah ikut undang-undang. 
Ada yang kata hak sama rata yang dituntut itu seperti membenarkan golongan lelaki kahwin dengan lelaki misalnya. Mana ada ini semua. Di Malaysia tak ada sebab undang-undang kita tak benarkan, dan mereka tak minta perkara itu langsung. 
Kononnya mereka nak cabar undang-undang? Mungkin perkara itu tak akan jadi langsung. Mereka hanya minta hak mengikut undang-undang dan perlembagaan kita sekarang, itu saja.
Kita faham Marina Mahathir cuba untuk meredakan ketegangan dengan isu sensitif yang cuba beliau bangkitkan. Persoalannya, sejak bila golongan LGBT dinafikan sebagai hak berdasarkan perlembagaan.

Adakah mereka dilarang bersekolah, bekerja, mendapatkan perubatan di mana-mana fasiliti Kerajaan, mengumpul kekayaan atau mendapatkan perlindungan polis sekiranya berlaku jenayah ke atas mereka?

Rakyat Malaysia masih bertamadun tidak sesuka hati untuk memukul dan mencederakan golongan ini seperti mana yang berlaku di Russia. 

Tahukah Marina Mahathir, Nur Sajat, salah seorang golongan LGBT merupakan ahli perniagaan yang berjaya dan merupakan seorang jutawan. Hak apa lagi yang Marina Mahathir mahukan untuk golongan ini?

Ya, memang saya tidak nafikan mereka juga Rakyat Malaysia dan manusia juga. Tetapi apabila mereka mohon masuk sekolah, pergi hospital, pergi balai polis, adakah dalam borang ada ke soalan “Adakah kamu seorang LGBT?” Apa benda Marina Mahathir ni.

August 5, 2018

61 Video Pengakuan NGO Asing Membantu Pembangkang Menjatuhkan Kerajaan Sejak 2002



Presiden International Republican Institute (IRI), Daniel Twinning mendedahkan bahawa institut yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu melatih parti politik pembangkang di Malaysia sejak 15 tahun dulu dengan menggunakan dana dari National Endownment for Democracy (NED), sehingga berjaya menubuhkan kerajaan pada PRU14 lepas.

Beliau berkata demikian dalam satu program dialog yang bertajuk 'Supporting Democracy in Challenging Times' yang diadakan di ibu pejabat Center For Strategic and International Studies (CSIS ) di Washington, Amerika Syarikat, 17 Julai lepas. Daniel menceritakan bantuan yang mereka berikan kepada pembangkang di Malaysia sejak tahun 2002.

Beliau turut menceritakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Harapan (PH) di Pejabat Perdana Menteri selepas PH menang pilihan raya 9 Mei lepas. PH dikatakan berterima kasih kepada IRI kerana membantu menjatuhkan Kerajaan BN.

Campurtangan asing di dalam menjatuhkan sebuah Kerajaan yang sah? Anda fikir sendiri kerana anda menyumbang dengan undi di dalam PRU14. Jelas wujud campurtangan asing dalam pemerintahan kerajaan PH. Adakah Malaysia dijajah secara halus oleh kuasa asing?

Berikut adalah transkrip penuh Daniel Twinning,
Malaysia, for 61 years, one party govern this country since it became independent in 1957. The constructed, a totally gerrymandered, corrupt political system, in which the ruling party accrued every advantage and double down on holding the tools of power, fusion of state and kind of leading economic sectors etc.
So IRI, we had worked in Malaysia with opposition political party since 2002 and guess who’s funding we did it with? The National Endowment for Democracy (NED) and guess who wouldn’t fund democratic political party work in Malaysia?
The USAID for international Development and the State Department because they said You know I think the reflection was gosh! This is kind of a one-party system. This is not a bad. This is a bad use of our funds and to Malaysia’s kind of a valuable military partner so for 15 years working working with NED resources we worked to strengthen Malaysian opposition parties and guess what happen two months ago after 61 years they won! Not thanks to us, thanks to them, the good guys.
There was such a reaction to the excesses of corruption and cronyism and nepotism if we had nothing to do with us but it was the excesses of the one-party state the kind of logical culmination of the abuses of power in this quite rich Southeast Asian and so, I visited and I was sitting there with many of the leaders the new leaders of this government.
Many of whom were just our partners we had been working with for 15 years and one of the most senior of them who’s now one of the people running the government said to me:
"Gosh! IRI! You never gave up on us even when we were ready to give up on ourselves right ?"
We’re sitting in Prime Minister’s Office. Here we are.
That’s a tribute to them, not a tribute to us. If it’s an example of playing the long game and the reason i wanted to bring this up is the link because guess what? The first step really one of the first step the new government took it froze Chinese infrastructure investments because it had opened the books and discovered that there was a lot of funny money. Swishing around what had been this very corrupt closed unaccountable system. Right?
And so there is a big corruption cleanup and there’s a big kind of a deep dive on foreign influence in this country. This is not a hugely pro-american country. It’s probably never going to be an actual US ally but this is going to redound to our benefit right? And that’s an example of the long game.
Thank you.
 

43 Si Bapa Mahu Umat Islam Kembali Kepada Al Quran, Si Anak Mahu Hak Sama Rata Kepada LGBT


Sehingga sekarang saya masih bersedih apabila Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin sebak apabila Perdana Menteri menangis seraya berkata,
Kita sudah tiada jalan lain untuk menjadi Umat Islam yang berjaya melainkan kena baca Al Quran.
Beberapa hari kemudian, anak Perdana Menteri, Marina Tun Mahathir mengesa agar golongan LGBT di negara ini diberikan hak yang sama seperti manusia normal.

Kita tidak pasti sama ada hak yang diminta oleh Marina Tun Mahathir tentang sama rata meliputi hak nikah kahwin, hak bercerai, hak nafkah, hak penjagaan anak (kalau golongan ini boleh nendapatkan zuriat), hak penggunaan kemudahan awam dan sebagainya.

CTS bukan ustaz dan juga bukan hafiz. Namun, CTS amat pasti tiada di dalam Al Quran waima satu ayat pun yang mengiktiraf golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Wallahualam.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates