July 28, 2018

38 PKR Terdesak Untuk Menang PRK Sungai Kandis Sehingga Guna Sekolah Dan Murid?




Calon PKR berkempen meraih undi di hadapan kanak kanak sekolah rendah menggunakan fasiliti sekolah. Apakah ini budaya baharu yang dibawa oleh kerajaan Pakatan Harapan setelah mereka menjadi Kerajaan?

Kerajaan apakah yang tidak yakin dapat memenangi PRK walaupun berjaya menguasai Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan sehingga terdesak menggunakan fasiliti sekolah dan kanak-kanak yang masih belum boleh mengundi?

Sebab itu agaknya Kerajaan PH beriya iya mahukan had umur mengundi diturunkan ke 18 tahun agar mereka dengan kuasa sebagai Kerajaan boleh dengan sesuka hati masuk ke sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk berkempen.

July 27, 2018

52 Pukul 3.00 Petang Kena Hentam Dengan Abang DAP, Pukul 8.00 Malam Terus Ada Peruntukan



Ini adalah antara 'u-turn' yang paling cepat dibuat oleh Menteri Kerajaan PH.  Dalam satu kenyataan daripada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, beliau telah merujuk kepada jawapan bertulis Parlimen kepada MP Ayer Hitam, DS Dr Wee Ka Siong berkaitan isu Sekolah Menegah Persendirian Cina (SMPC).

Maszlee menjelaskan bahawa SMPC tidak mendapat peruntukan bagi membayar gaji guru kerana institusi itu bukan bertaraf sekolah kerajaan. Beliau berkata,
Peruntukan operasi melibatkan perbelanjaan dalaman kerajaan. Kebanyakan peruntukan adalah untuk emolumen kakitangan awam dan guru.
Disebabkan SMPC bukan sekolah awam atau di bawah bidang kuasa kementerian dan guru-gurunya bukan kakitangan awam, kementerian tidak boleh menggunakan peruntukan operasinya untuk SMPC, sekolah agama persendirian dan agensi pendidikan swasta lain.
Tidak sampai 24 jam, Abang DAP mula membuat gertakan membidas Menteri Pelajaran berkenaan. Pukul 3.00 petang Abang Besar DAP membuat gertakan, pukul 8.00 malam Maslee membuat 'u-turn' dengan membuat pengumuman SMPC akan diberi peruntukan.

Ibubapa yang menghantar anak ke sekolah persendirian adalah golongan yang berkemampuan. Apa lagi bantuan yang diperlukan dari Kerajaan? 

Ini bukan masalah Kerajaan kerana bukan Kerajaan yang memaksa SMPC ini dibuka. Banyak lagi sekolah-sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan yang memerlukan bantuan


Kesimpulannya, Menteri Pelajaran PH ini NoBrain kerana menangguhkan MyBrain walaupun beliau sendiri mendapat nikmat membuat PhD beliau menerusi program MyBrain.

45 Pakar Sejarah Cabar Timbalan Menteri Pendidikan Jawab Soalan Sejarah



Apabila Timbalan Menteri Pendidikan membuat cadangan matapelajaran Sejarah tidak perlu lulus sebagai salah satu syarat iktiraf UEC, ramai yang tidak bersetuju.

Ini termasuklah pakar sejarah, Profesor Emeritus TS Dr Khoo Kay Kim. Dr Khoo malah memberikan soalan sejarah untuk dijawab oleh Timbalan Menteri Pendidikan selepas menyatakan syarat lulus subjek Sejarah tidak akan dimasukkan dalam pengiktirafan UEC.

Berikut adalah soalan yang dikemukakan oleh Dr Khoo.


Kita pasti Teo Nie Ching pasti tercari-cari jawapannya walaupun terpaksa meminta bantuan Dr Google. 

Kesimpulannya, UEC tak UEC, matapelajaran Sejarah tetap penting. Kita tidak mahu apabila ditanya generasi UEC aka Tomato, siapakah Bapa Kemerdekaan, jawapannya adalah Chin Peng.

July 26, 2018

31 Harga Daging Korban Tinggi, Menteri Hanya Mampu Bagi Nasihat


Kata Menteri KPDNHEP, Saifuddin Nasution dalam sidang media selepas merasmikan pameran Rantaian Peruncitan Malaysia 2018 (MIRF) di Kuala Lumpur, hari ini,
Kerajaan hanya boleh beri nasihat kepada pengguna supaya buat pilihan yang bijak. Peniaga pula kerajaan suka nasihati supaya amalkan etika perniagaan yang baik.
Senang sungguh kerja Menteri. Sekadar memberi nasihat sahaja. Talk cock and no action? Kalau setakat beri nasihat saja, budak taska pun boleh menjadi Menteri. 


Apa maksud nasihat beliau supaya membuat pilihan yang bijak. Apa bezanya bila Menteri terdahulu berkata kalau harga ayam naik, jangan makan ayam. Adakah beliau bermaksud kalau harga daging naik semasa hari raya korban, jangan makan daging?

Ketiga, Saifuddin berkata, ini kerana daging tidak tertakluk di bawah barang kawalan, justeru harganya ditentukan mengikut permintaan dan penawaran. 

Jadi selama ini kenaikan harga barangan disebabkan oleh permintaan dan penawaran dan bukan diaebabkan oleh 1MDB, RM2.6 bilion, cincin Rosmah dan sebagainya? Haram jadah sungguh.

55 Tak Ada Atau Tak Tahu Tentang Hutang Baharu Kerajaan Wahai Pak Timbalan Menteri?



Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin tidak tahu Malaysia telah membuat RM22 billion hutang baru. Beliau telah meminta tempoh masa untuk menjawab soalan di Parlimen. Kata beliau, 
Saya minta ini diberi tempoh. Ini kerana setahu saya tiada hutang baharu yang dibuat.
Kita tidak pasti sama ada Timbalan Menteri tidak tahu atau berkata tiada hutang negara yang baharu. Atau mungkin Timbalan Menteri telah berjaya khatam ilmu dari Perdana Menteri, iaitu jawab "tak tahu".

Walau bagaimanapun, dari info Bank Negara Malaysia (BNM), sejak 9 Mei lalu kerajaan telah menerbitkan RM22.5 bilion bon atau bahasa mudahnya hutang baru. 

Kesimpulannya, Malaysia sudah haru biru sebab Timbalan Menteri Kewangan tidak tahu hutang baharu negara berjumlah RM22.5 bilion! Matilah nak.

27 Tarian Gelek Mesir Di Kutipan Tabung Harapan Negara



Kalau dahulu, Puteri UMNO pernah dihina kerana mengadakan tarian zumba. Sekarang Allah bayar tunai kepada macai-macai Tomato.

Dalam satu kutipan Tabung Harapan Negara, satu tarian gelek ala Mesir telah dipersembahkan bagi menarik penderma. Katanya video ini berlaku malam tadi di Port Klang. Ada yang melaporkan bahawa penari-penari tersebut bukannya perempuan.

Kalau begini cara geleknya, lelaki 92 tahun sekalipun tegak berdiri lagi. Haa tepuk. Ehh ... salah. Haa gelek!

July 25, 2018

32 Menteri Belia Dan Sukaneka Semua Kementerian Beliau Mahu Campur



Menteri Belia Dan Sukaneka, Syed Saddiq ni Menteri di semua kementerian agaknya. 

Urusan FAM beliau campur tangan dan mengeluarkan satu Kenyataan Media yang mendapat 'troll' satu Malaysia.

Urusan pilihanraya pula adalah di bawah Menteri di JPM, dia sapu buat kerja juga.

Urusan lawatan luar negara adalah bawah Menteri Luar, dia sapu buat kerja juga. Semua benda dia nak sapu. 

Kesimpulannya, amalan sapu semua depan dan belakang adalah amalan golongan LGBT. Mereka semua boleh. Depan, belakang, atas, bawah, pakai tudung, pakai topi, kasut tinggi, atau kasut but. Semua mereka sapu.

28 Ketua Menteri Sabah Bodek Membuta Tuli, Rakyat Sabah Akhirnya Yang Rugi



Semasa Kerajaan Pusat diterajui Barisan Nasional (BN), Sabah telah menerima 5% royalti minyak. Semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH), Kerajaan Sabah kononnya menerima 20% royalti minyak. 

Berduyun-duyunlah pujian diterima dan salah satunya adalah dari Kerajaan Sabah sendiri. Ketua Menteri melahirkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana menunaikan janji 100 hari PR dan juga manifestomato Parti Warisan di Sabah.

Rakyat Sabah tidak sebodoh Ketua Menteri. Mereka tahu 20% royalti minyak yang dijanjikan oleh Kerajaan PH adalah dari untung bersih. 20% yang dijanjikan adalah lebih rendah dari 5% royalti minyak dari untung kasar yang Sabah perolehi sebelum ini. 

Ingatkan dapat royalti minyak lebih, rupanya lagi kurang. Cumanya Ketua Menteri audah terlajak bodek. Nak buat macam mana? Haa ... tepuk!

Nota Kaki - Semasa menjawab jawapan bertulis di Dewan Rakyat kepada Ahli Parlimen Tuaran, Madius Tangau, Azmin Ali berkata:
Posisi kami adalah jika pembayaran 20% dilakukan berdasarkan nilai pengeluaran, maka kita perlu hentikan operasi Petronas. Kita tidak mampu melakukannya kerana ini adalah syarikat minyak negara.
Kita makan maggie dahulu! Untuk rekod, jenama 'Under Armour' yang dipakai di bawah, kalau singlet sahaja sudah berharga RM90.

31 Apa Mesej Menteri Hendak Sampaikan Ambil Gambar Makan Mee Segera?




Tidak dapat hadam apa mesej yang hendak disampaikan oleh Pak Menteri apabila mereka mengambil dan menularkan gambar ketika makan mee segera. Adakah mereka ingin menyampaikan mesej berikut:

1. Kami terlalu sibuk sehingga hanya ada masa untuk masak mee segera?
2. Kami terlalu marhaen ingin merasa kesusahan Rakyat bawahan
3. Gaji Menteri terlalu kecil sehingga hanya mee segera yang mampu dibeli?
4. Kami zuhud.
5. Isteri kami terlalu pemalas untuk memasak.

Apapun alasannya, tindakan politik murahan ini bagi CTS tidak mampu meningkatkan prihatin Rakyat kepada Menteri Ekonomi, DS Azmin Ali dan juga protegee beliau Menteri Besar Selangor,  Amirudin Shari.

30 DS @AzminAli Dan @chedetofficial Berbeza Pendapat Berapa Janji Manifestomato Telah Dicapati Dan Ditepati


Perdana Menteri  Tun Dr Mahathir dan salah seorang Menterinya, Azmin Ali (dari Kementerian mana tah, tak penting) berbeza pendapat mengenai janji manifestomato yang telah ditepati dan juga yang telah dicapati. Tonton video di bawah:


Ini kenyataan DS Azmin Ali:

8 telah pun dilaksanakan
2 dalam proses untuk pelaksanaan

Ini pula kenyataan Boss beliau, Tun Dr Mahathir:

2 telah mula dilaksana
6 sedang ditunaikan
2 belum mula langkah pelaksanaan

Kesimpulannya, satu Kerajaan. satu kabinet.  Dua pendapat yang berbeza. Pening, mana satu yang betul?

July 24, 2018

25 Sidang Dewan Rakyat Diberhentikan Tidak Cukup Korum Sebab Ah Beng Sibuk Makan Nasi Ayam

Persidangan Dewan Rakyat sesi petang hari ini tertangguh selama enam minit apabila tidak cukup Ahli Parlimen yang hadir.

Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB-Kapit) bangkit berdiri dan mempersoalkan kepada Yang Dipertua Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang mempengerusikan mesyuarat itu.

"Tuan Yang Dipertua. Saya hendak pastikan, adakah cukup kuorum? Apa menteri, timbalan menteri semua tiada ke?" soal Alexander.

Mohamad Ariff lantas membuat keputusan, "Kita tempohkan dua minit sehingga cukup kuorum. Sila bunyikan loceng."

Sementara itu, semakan ke atas laman sosial Facebook Menteri Kewangan mendapati beliau sedang sibuk makan nasi ayam.

48 Kisah Menteri Dan 7 Ekor Lembu



Kagum dengan Menteri-Menteri Pakatan Harapan yang berlumba-lumba menjadi badut menghiburkan Rakyat. Menteri Pertanian Dan Asas Tani, Salahuddin Ayub, tidak pernah gagal menghiburkan.

Beliau begitu yakin menyebut 7 ekor lembu berbanding 7,000 ekor lembu sebenarnya. Apapun senyuman manis dari Menteri Radiohead, YB Nurul Izzah mengegarkan tulang rusuk. Kata Pak Menteri kita, 
Ladang satelit kita ada 72 ladang dan sekarang telah ada 7 ekor lembu yang sedang kita usahakan
Kedengaran suara ketawa dari Ahli-Ahli Parlimen. Pak Menteri membetulkan kesilapan beliau,
7 ribu ... 7 ribu.
Takkan tengok saja? Haa tepuk!

July 23, 2018

64 Terkini & Sensasi - Peminjam PTPTN Akan Diistihar Muflis Sebelum Disenarai Hitamkan




Baca Malay Mail, di sini atau tonton jawapan Timbalan Menteri Pendidikan di bawah.


Peminjam PTPTN yang GAGAL membayar balik pinjaman mereka akan diisytiharkan muflis dan disenarai hitamkan oleh Imigresen. 

Takda siapa nak guling demo bantah polisi kerajaan PH ini? Takkan senyap sunyi je kot? Adam Adli mana? Aktivis mahasiswa pro PH mana?

Anak-anak muda yang jerit terpekik mahukan pendidikan percuma mana? Anak-anak muda berhaluan kiri pun takkan senyap kot?

Kesimpulannya, untuk adik-adik yang berhutang PTPTN, kalau tak bayar PTPTN, Kerajaan PH takkan halang kamu semua ke luar negara. Tapi Kerajaan PH akan mufliskan adik-adik dulu, kemudian barulah adik-adik tak boleh ke luar negeri. Kesian kena kencing!

35 Ribuan Jamaah Haji Jadi Gelandangan Kerana Kerajaan Tarik Penginapan Percuma






Ini pemandangan di Hotel Movenpick & Convention Centre, KLIA. Ribuan jamaah Haji terpaksa menjadi gelandangan disebabkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah menarik balik servis dan penginapan percuma.

Setiap tahun Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menyediakan perkhidmatan dan penginapan percuma bagi semua jemaah-jemaah haji.

Sepanjang pentadbiran DS Najib Tun Razak, tidak sama sekali Kerajaan pimpinan beliau perlakukan jemaah haji sebegini rupa setelah bertahun-tahun menyediakan perkhidmatan dan penginapan percuma.

Perkara ini akan mengakibatkan jemaah-jemaah haji transit perlu mengeluarkan kos sendiri bagi penginapan mereka sedangkan tidak semua jemaah haji tersebut ada yang berkemampuan.

Tahniah pengundi-pengundi muda macai Tomato. Mungkin ada di antara jamaah Haji ini Ibu Bapa anda atau ahli keluarga anda. Anda penyumbang kepada keadaan ini. Apa lagi? Haa ... tepuk!

July 22, 2018

46 Janji 100 Hari Untuk Gaji Minima RM1,500 Dicapati Dan Ditomato


Maka benarlah ungkapan bahawa Kabinet Kerajaan PH seumpama kabinet dapur di rumah kita. Apa tidaknya, bersusun 'mangkuk-mangkuk' di dalamnya. Kali ini giliran salah seorang Menteri PH, Datuk Mahfuz Omar untuk membuat lawak jenaka bodoh dengan memgumumkan bahawa janji gaji minima RM1,500 bukanlah janji 100 hari PH. .

Timbalan Menteri Sumber Manusia itu sebaliknya berkata janji itu adalah untuk dikotakan dalam tempoh 5 tahun pentadbiran PH. Kata beliau, baca di sini,
Perlu diperjelaskan kepada rakyat bahawa janji itu bukan untuk tempoh 100 hari tapi 5 tahun dan apabila menjelang berakhirnya penggal, baru kita dapat fikirkan cara perlaksanaannya. Buat masa ini kadar gaji minimum ini telahpun bermula dan akan dikaji semula setiap 2 tahun.
Kalau setakat lulus SRP, tidak perlulah memperbodohkan Rakyat jelata. Gaji minimum adalah di antata 10 janji di dalam 100 hari pemerintahan PH.

Kedua, gaji minimum RM1,500 PH juga terdapat di dalam Belanjawan Alternatif Malaysia 2018. Dengan siapa Mahfuz mahu berbohong? Hello Sirul, hello Sirul, hello. Helloooooo ....




Nota Kaki - Inilah Barisan Penipu.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates