June 15, 2018

77 Menteri Kata Harga Barangan Turun 30% Hingga 40% Di Musim Perayaan, Betulkah?



Hebat sungguh Menteri Pertanian Dan Asas Tani mengumumkan bahawa barang keperluan asas seperti ayam, daging dan sayur-sayuran turun antara 30% hingga 40% selepas PH mengambil alih Kerajaan dan selepas kadar GST sifar.

Pertama, lihatlah betapa bodohnya Menteri ini yang tidak tahu bahawa sayur-sayuran, ayam dan daging adalah produk makanan yang DIKECUALIKAN GST semenjak dari mula dilaksanakan pada  01/04/2015. Okeh itu, naik turun barangan keperluan ini tidak ada sangkut paut dengan GST.



Kedua, adalah dimohon Menteri berkenaan mengemukakan bukti apa yang beliau katakan barangan yang turun harga itu. Di mana lokasi jualan dan juga mana resit bukti pembelian.

Sebagai perbandingan, Menteri berkata harga daging lembu sudah mampu milik dan harga adalah sekitar RM30 sekilogram. Baca di sini. CTS baru membeli daging lembu di Alor Setar semalam dan harga sekilogram adalah RM35. Daging apa yang Pak Menteri beli dapat RM30 sekilogram?

Pak Menteri kata harga ayam boleh sibeli pada harga RM5 hingga RM6 sekilogram. Kita bagi kepada beliau 'screen shot' harga ayam di Subang Jaya dan Kuala Kangsar daripada applikasi Kementerian KPDNKK. Pak Menteri hendak menipu siapa sebenarnya?


June 14, 2018

41 Tun @chedetofficial Patut Mendengar Ucapan Perdana Menteri Keempat Mengenai Pinjaman Yen


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah bercakap pasal bahaya pinjaman dalam bentuk matawang Yen semasa berucap di 'The Kyushu-Asian Summit for Local Authorities' pada tahun 1994.

Tun Dr Mahathir berkata, sememangnya kadar faedah pinjaman Jepun adalah rendah. Akan tetapi kemudian Yen telah mengukuh naik berbanding Ringgit, dengan kadar 100%. 

Ini bermaksud, Malaysia perlu bayar hutang Yen yang bernilai RM100 juta dengan RM200 juta dicampur dengan kadar faedah ke atas RM200 juta tersebut. 

Ianya bukanlah murah sama sekali. Kata beliau, Malaysia cuba berunding semula pinjaman agar dapat mengurangkan beban hutang, tapi tidak diberi walau sesen.

Maksudnya, bunga rendah 2%-3% pun tidak berguna kalau pokok boleh naik  100% bagi tempoh tahun 1994 hingga 300% pada tahun 1998.

Rujuk ucapan DS Dr Mahathir bin Mohammad di Kyushu, Jepun pada tahun 1994, di sini.

61 Menteri Kewangan Wajib Saman Moody Kerana Memalukan Kementerian

Syarikat Agensi Penarafan Antarabangsa, Moody's Investors Service, semalam mengeluarkan data mereka yang mengatakan bahawa hutang negara berjumlah RM687 billion atau berada pada kadar 50.8% daripada jumlah Gross Domestic Product (GDP) pada tahun 2017.



Menteri Kewangan, Joseph Lim Guan Eng tetap enggan menerima data dari luar dan bertegas bahawa hutang negara adalah berjumlah RM1 trillion. Lim Guan Eng turut mempertikaikan kenyataan Mantan Perdana Menteri yang berpegang kepada data yang dikeluarkan oleh Agensi Penarafan berkenaan.

Mana satu kenyataan yang mahu kita percayai? Data daripada syarikat pakar atau data dari OKT dua kes rasuah yang pernah membuat dakwaan bahawa beliau tidak tahu harga pasaran rumah banglo tanpa kolam renang yang dibelinya.

Menteri Kewangan wajib menyaman syarikat Moody kerana memberikan data hutang negara yang tidak betul dan tepat sehingga mengelirukan pelabur-pelabur luar. Saman ini penting bagi memastikan intergriti pihak berwajib seperti Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia terpelihara.

The ball is in your court Joseph Lim Guan Eng.

June 13, 2018

29 Biar Jadi Penjilat Tegar Aishah, Jangan Jadi Manusia Bodoh


Tidak pasti sama ada akhbar mensensasikan berita atau penyanyi ini sendiri yang membuat kenyataan bodoh. Penyanyi Aishah, dipetik di sini berkata,
Alhamdulillah selepas lama ‘didiamkan’, sekarang dibenarkan semula untuk muncul di televisyen dan akhbar. Selepas banyak liputan media, generasi muda kian mengenali saya.
Penyanyi ini sama ada kaki pelupa atau mempunyai IQ41, Aishah adalah juara Gegar Vaganza musim keempat, selepas 8 minggu melalak di dalam siaran Astro. Siaran ini ke udara pada tahun 2017. 

Celah mana dikatakan Aishah yang merupakan bekas ahli PAS yang kini menjadi ahli PAN mengatakan beliau tidak dibenarkan muncul di televisyen. 2017 zaman siapa jadi Perdana Menteri sehingga beliau menjuarai Gegar Vaganza?

June 12, 2018

64 Gerakan Kalau Sembang, Badak Sumbu Pun Boleh Terbang


Banyak langsi ini Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong. Kalau sikap langsi ini beliau tujukan kepada gabungan parti lawan semasa PRU14, mungkin keputusan untuk Gerakan dalam pilihanraya berkenaan adalah berbeza. Tidaklah kalah dalam semua kerusi yang dipertandingkan. Saya ulang, zero, kosong, nil, yilek, tak menang satu kerusipun!

Dengan nada sombong Andy Yong berkata, parti komponen BN perlu mengadakan mesyuarat majlis tertinggi untuk memutuskan sama ada perlu mengusir UMNO berbanding bertindak keluar daripada gabungan itu.

Wow! Tanpa UMNO, BN hanya tinggal dua kerusi sahaja untuk kerusi Parlimen. Itupun kepunyaan MIC. MCA juga sedang bercita-cita untuk meninggalkan BN, dengan satu kerusi Parlimen yang mereka ada. Gerakan boleh ambil BN kalau mereka mahu. Tiada masalah. Banyak langsi betul ini orang. Sembang begini serupa badak sumbu pun boleh terbang.

33 Drama Malaysia Minta Pinjaman Dari Jepun, Ini Bukan Jual Negara?


Rupanya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pergi ke Jepun untuk membuat pinjaman. Minta hutang dalam Yen. DS Najib Tun Razak membuat hutang pembangunan dengan China dikatakan menjual negara. Bagaimana dengan berhutang dengan Jepun pula? Di Malaysia, Perdana Menteri menjaja hutang negara RM1 trillion. Di Jepun beliau menegaskan hutang negara hanya RM685 billion dan Malaysia punya banyak dana serta ekonomi kukuh.


Satu lagi keputusan Kerajaan dibuat 'u-turn'. Projek HSR ditangguhkan dan tidak dibatalkan seperti pengumuman sebelum ini. Adakah Projek HSR berkenaan kan diberikan kepada syarikat dari Jepun? 98% hutang kerajaan didenominasi dalam Ringgit. Hanya RM15.9 bilion daripadanya didenominasikan dalam mata wang asing. RM5.2 bilion dalam Yen. Sekarang kita mahu meminjam lebih banyak dalam Yen untuk mengurangkan hutang yang kebanyakannya dalam Ringgit. Bijak?

KLIA dibina menggunkan pinjaman Yen dari Jepun. Pinjaman JICA-ODA kalau tidak silap. Pinjaman itu memang kadar faedahnya rendah tetapi faktor turun naik Yen Jepun (JPY) merupakan faktor penting yang harus diambil kira. Hutang KLIA kadar faedah dalam 3%. Nampak macam kecil. Namun, selepas pinjaman diambil, JPY naik mendadak mengakibatkan hutang itu naik hampir sekali ganda. Itu yang ditakutkan dan faktor paling penting bila kita hendak mengambil hutang luar.

Jadi bagaimana pula dengan hutang baru dengan Jepun yang sedang Perdana Menteri usahakan? Hutang yang akan diambil adalah dalam JPY. Malaysia tidak boleh ambil dalam matawang lain sebab Malaysia belum ada 'currency swap agreement' dengan Jepun. Jadi Jepun tidak akan benarkan untuk ambil dalam bentuk matawang lain. Untuk makluman JPY/MYR sekarang berada dalam jajaran menaik. Oleh itu, pinjaman ini berisiko untuk naik di masa hadapan akibat daripada kenaikan JPY. Sejarah pemerintahan Perdana Menteri keempat akan berulang!

Kesimpulannya, Rakyat diperah memberi sedekah sehingga pelajar-pelajar sekolah pun jadi mangsa kononnya untuk membantu bayar hutang Negara. Perdana Menteri, dengan selamba buat hutang baru dengan Jepun dalam nilai Yen. Ironinya, jumlah hutang Jepun adalah RM40 trillion dengan GDP 253% berbanding Malaysia hanya RM685 billion dengan GDP 51%.

29 Kenapa Kerajaan PH Teruskan Rumah Terbuka Hari Raya Sedangkan YDP Agong Sendiri Membatalkannya?



Sekiranya YDP Agong sendiri sanggup untuk tidak mengadakan sambutan Majlis Hari Raya Aidil Fitri kerana mengenangkan ekonomi Negara yang nazak, hampir bangkrap dengan hutang berjumlah trillion ringgit (kalau mengikut dakyah Kerajaan PH), kenapa Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet begitu teruja dan berlebih-lebihan pula untuk mengadakan Majlis Hari Raya tahun ini? 


Bukankah seeloknya Majlis Hari Raya Aidil Fitri oleh Kabinet tahun ini dibatalkan bagi menyelamatkan ekonomi Negara? Apa gunanya Kerajaan PH mengutip derma dari Rakyat melalui Tabung Milo Negara jika sekadar untuk dibazirkan dengan mengadakan Majlis Hari Raya.

Bukankah YDP Agong sebagai Ketua Agama Islam, sudah tentu Bagindalah lebih layak untuk memeriahkan Hari Raya berbanding dengan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet terutama Lim Guan Eng yang tidak bersunat itu?

Patik menjunjung kasih atas keprihatinan Ke Bawah Duli Tuanku untuk menyelamatkan ekonomi negara sehingga sanggup mengurangkan elaun dan emolumen sebanyak 10%.


DAULAT TUANKU.

June 11, 2018

63 Satu Lagi Projek Kereta Nasional? Syukurlah Kita Mansuhkan Pengangkutan Awam

"Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau berhasrat menjalankan projek kereta nasional baru selepas hampir separuh kepentingan Proton dijual kepada China," - Astro Awani
Antara hasil kejayaan projek kereta nasional Proton dahulu adalah kejayaan menaikkan harga kereta import, kewujudan Approved Permit (AP) yang menguntungkan sesetengah pihak dan 'bail-out' syarikat Proton berjumlah berbilion ringgit dengan menggunakan dana awam.

Kereta Nasional sepatutnya lebih murah dan kualiti lebih baik berbanding kereta import. Bukannya menaikkan harga kereta import semata-mata untuk menampakkan kereta nasional lebih murah. Lebih baik pertingkatkan perkhidmatan awam daripada nafsu menambahkan lagi jumlah kereta dijalan raya.

Kerajaan selalu berkata, Malaysia mempunyai hutang berjumlah trillion ringgit dan negara hampir bangkrap. Sekarang boleh pula menggunakan dana Rakyat untuk perkara yang tiada kaitan dengan kos sara hidup. Projek mega pengangkutan awam yang boleh mengurangkan kos sara hidup dan juga mewujudkan lebih 400,000 peluang kerja dimansuhkan pula.

Tun Dr Mahathir sepatutnya lebih memikirkan kereta jenazah daripada memikirkan hendak mengadakan satu lagi kereta nasional untuk para kroni. Sekarang baru kita tahu muslihat Kerajaan PH tidak mahu teruskan projek HSR, ECRL dan MRT 3.

Kesimpulan:

Janji PH Sebelum pilihanraya: Akan kurangkan kadar duti eksais kereta import.

Selepas pilihanraya: Kereta Nasional baru.

Janji Manifestomato dicapati lagi.


35 Cetusan Rasa Geng Tomato


Lima tahun lamanya kami menyerang Kerajaan BN tanpa henti, dari isu sekecik biji quinoa sehinggalah isu bulu hidung Najib.

Semuanya kami gunakan. Tak habis serang Najib, kami serang Rosmah. Macam-macam gelaran kami gunakan untuk jatuhkan nama baik dia, dari seorang perempuan gemuk seperti yang dikatakan Tun M sehinggalah bomoh tua dengan rambut gerbangnya.

Tak cukup serang Rosmah, kami serang pula anak-anak dan cucu Najib sekali dengan kucingnya yang gebu itu. Sebarkan segala macam keburukkan Najib, betul atau tidak, itu belakang kira.

Segala ilmu memfitnah, ilmu menghasut, macam-macam ilmu kami gunakan asal dapat calarkan nama Najib dan seluruh keluarganya.

Inilah kerja kami.

Adakah kami bangga dengan kerja kami?

Tidak! Tapi seperti kata Rafizi, kerja pembangkang adalah menghasut Rakyat setiap hari sehingga Kerajaan BN tumbang, dan inilah yang kami lakukan.

Bermula 2009 ketika 1MDB mula diperkenalkan sejak bertukar nama dari TIA, kami dedahkan segala macam keburukkan yang 1MDB lakukan.

Dengan bantuan Sarawak Report, dan WSJ, kami sebarkan dalam media sosial bagaimana Wang Rakyat dicuri sehingga berbillion-bilion melalui Jho Low.

Tak cukup dgn sebaran propaganda ini, buat laporan polis di seluruh dunia mengenai penyelewengan 1MDB ini sehingga menjatuhkan pasaran ekonomi Malaysia.

Menariknya, ramai Rakyat Malaysia percaya dengan hasutan kami ini, sehingga tak ada seorang pun tanya dari mana sumber berita kami perolehi, samada betul atau tidak.

Sekiranya penyokong-penyokonh Kerajaan BN yang bertanyakan soalan yang susah kami nak berjawab, kami hanya perlu memaki mereka dan mengharamjadahkan semua penyokong-penyokong BN ini.

Sedangkan pemimpin-pemimpin DAP boleh memanggil orang lain dengan macam-macam gelaran, tak kan kami tak boleh?

Permulaan GST 6% adalah satu berita yang menggembirakan bagi kami, kerana dengan isu GST ini kami dapat tanamkan dalam minda Rakyat betapa susahnya hidup di zaman Najib. Kami olah cerita konon-kononnya duit GST ini digunakan utk membayar hutang-hutang 1MDB.

Yang paling melucukan apabila pegawai-pegawai yang sepatutnya menerangkan GST ini tidak pula faham dan tahu bagaimana nak terangkan GST ini dan Rakyat Malaysia seperti biasa mempercayai segala pembohongan kami.

Kami sangat bernasib baik tahun ini kerana ramai pengundi yang tidak berapa cerdik dan mudah dihasut.

Bak kata Rafizi, kemenangan Pakatan Harapan hari ini bukanlah kerana kehadiran Tun M tapi adalah usaha kami yang berterusan dari dahulu sehingga sekarang. Tun M hanya menumpang usaha kami.

Walaupun begitu, kami berterima kasih dengan geng Bunga, kerana dengan kemunculan mereka, secara tiba-tiba media massa seluruh dunia menyebarkan propaganda 1MDB. Ajaib sungguh penangan 'Cash is King' ini.

Walaupun terkantoi oleh Syed Siddiq  mengenai isu bayaran kepada pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan nama Najib, kami tutup cerita terkantoi itu dengan cerita lain yang lebih sensasi seperti cincin berlian ‘PINK’ yang kononnya dimiliki oleh Rosmah. Bijak kan kami?

9 Mei, bukti segala usaha kami untuk menghasut Rakyat Malaysia tidak sia-sia untuk membuang Kerajaan BN dan Najib yang kononnya penuh rasuah dan melakukan korupsi.

Kami berjaya tumbangkan Kerajaan BN dengan mainan "persepsi negatif', dicampur-adukkan dengan kepalsuan dan fitnah. Walau dengan Akta Anti-Berita Palsu sekalipun kami tidak akan goyah.

Kami anjurkan demo demi demo serata negara mengenai harga minyak mahal, gst, duit rakyat dicuri, 1MDB, Altantuya, dan seribu satu kisah dalam suapan berita kami di media sosial setiap hari. Rakyat Malaysia percaya cerita kami.

Samada cerita tahyul, mitos atau sekadar cerita rekaan, sebilangan besar mereka ini percaya dongeng yang kami dendangkan dan mereka inilah yang juga membantu menyebarkan cerita-cerita kami.

Terima kasih rakyat Malaysia yang percayakan kami.

Namun apa yang kami harap-harapkan selepas kemenangan Pakatan Pembangkang, tidak berlaku.

Harga Minyak tidak turun, harga barangan masih sama walaupun dah sifar GST kalau ganti dgn SST, kami yang bijak bistari ini memang tahu harga barangan bakal naik. Tak cukup dengan ini, isu 1MDB pula dah jadi cerita jenaka seluruh negara.

Hari-hari buat serbuan, hari-hari rampas barang-barang malah kasut baby pun jadi sasaran. Selepas itu hari-hari buat sidang media, tapi satu bukti pun tak jumpa?

Semua gambar-gambar yang disebarkan di media sosial itu pun tak betul. Apa punya kerja cincai la. Hanya memalukan nama baik kami.

Apa yang kami kesalkan lagi, apabila sudah menjadi Kerajaan, ramai lagi penyokong-penyokong Kerajaan ini masih bermain-main dengan persepsi.

Tak cukup dengan ini, Pemimpin-pemimpin Kerajaan Baru ini pula dengan sengajanya nak jatuhkan ekonomi negara dengan permainan Hutang Negara.

Apa semua ini?

Kalau tak mampu tunaikan janji, berterus terang saja lah sebagai Kerajaan yang berintegriti, bermaruah.

Kepada semua penjawat awam yg dibuang walaupun lantikan kontrak, kami minta maaf. Kami tak tahu kamu akan dibuang.

Kepada rakyat yang tak dapat duit raya tahun ini, kami minta maaf.

Kepada pemilik kasut baby warna merah tu, kami juga meminta maaf.

Kepada rakyat Sabah yang sepatutnya dapat 20% royalty minyak , kami minta maaf.

Nukilan geng tomato yang tersedar.

June 10, 2018

57 Satu Lagi Produk Kerajaan BN Diplagiat



Plagiat berleluasa dalam Kerajaan PH. Terkini, Jualan Sentuhan Rakyat, idea dari Kerajaan BN dicuri ideanya, dinamakan semula dan dijadikan produk sendiri. Tak tahu malu sungguh. 

Tukar nama, terus jadi produk PH. Gila iseng, idea sendiri tak ada, tiru idea orang, tukar nama, jadi produk dia. Lembu punya susu, sapi yang dapat nama.

Kedua, kenapa Kerajaan salah guna kuasa menggunkan logo Kementerian Pertanian dan Asas Tani di atas banner program parti? Adakah sekarang perkara sedemikian sudah dihalalkan?

Dulu puak-puak PH suka bertanya, beli barangan murah tu boleh tahan setahun ka. Mereka lupa Allah bayar tunai bro di akhir zaman.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates