June 9, 2018

64 Harga Tomato Turun, Terima Kasih Kerajaan PH


Berkat penguatkuasaan yang begitu berkesan, Kerajaan PH telah berjaya menurunkan harga barangan terutamanya tomato. Ini berikutan aduan yang dibuat oleh orang ramai mengenai kenaikan harga barangan walaupun kadar GST telah disifarkan.

Walau bagaimanapun, harga daging masih lagi tinggi. Oleh itu, sempena Hari Raya Aidil Fitri ini, kami di CTS mencadangkan agar menu Hari Raya diubahsuai seperti berikut bagi mengatasi bebanan belanja Hari Raya:

Murtabak tomato
Rendang tomato
Roti John tomato
Satey tomato
Sup tomato
Tomyam tomato
Tomato goreng berempah
Tomato bistik
Tomato masak kurma
Tomato goreng kunyit
Tomato masak hitam
Tomato bakar

June 8, 2018

103 Sayur Mahal? Guna Tanah Terbiar Untuk Bercucuk Tanam, Kata Menteri KDN



Bayangkan kalau dulu Menteri UMNO berkata kalau sayur mahal, tanam sendiri. Sudah pastinya berbakul sumpah seranah akan dilemparkan. Sekarang, penjilat-penjilat Kerajaan bagaikan lena mabuk ketum apabila dihidangkan dengan skrip yang sama.

Kedua, persoalan untuk menjadikan bidang pertanian sebagai sumber meningkatkan taraf hidup amat penting. Kita akui. Namun, di mana janji Kerajaan PH yang mendabik dada sebelum PRU14 dengan mengatakan, kami akan menghapuskan GST yang menyebabkan harga barangan naik. Adakah harga barangan murah sekarang berbanding dulu di bawah Kerajaan yang lama?

Ketiga, kenapakah Menteri yang bercakap mengenai pertanian adalah Menteri Dalam Negeri, TS Muhyiddin Yassin dan bukannya Menteri Pertanian Dan Asas Tani? 

Apa kaitan keselamatan negara dengan pertanian? Begitu juga apabila hari ini juga Menteri Pertahanan masak kuih samperit atas kapal perang. Apa kaitan Menteri jadi chef atas kapal perang negara dengan keselamatan ketenteraan? Selepas ini apa pula, bakar lemang dan rebus ketupat dalam kapal selam?

58 Mengapa Lim Guan Eng Menipu Isu Bonus Hari Raya Kakitangan Awam?

Semasa menjawab soalan wartawan pada sidang media bertarikh 31 Mei lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah berbohong dengan mendakwa bahawa peruntukan bonus Aidilfitri sebanyak RM500 untuk kakitangan awam dan RM250 untuk pesara kerajaan tidak disebutkan dalam Bajet 2018. 

Beliau bahkan menyatakan bahawa bonus RM400 untuk kakitangan Gred 41 ke bawah sahaja dan RM200 yang ditetapkan kerajaan Pakatan perlu dibentangkan nanti di persidangan parlimen akan datang sebagai perbelanjaan tambahan melalui Rang Undang Undang Perbekalan Tambahan. Kata beliau,
Yang ini bukanlah dalam bajet 2018, kita pun dah semak. Itulah sebabnya kita perlu buat Rang Undang Undang Perbekalan Tambahan. Yang RM400 pun kena pohon tambahan.
Apakah Lim Guan Eng sengaja berbohong walhal pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat disiarkan di kaca TV dan begitu banyak rakaman dan liputan berita di Internet dengan ucapan bekas Perdana Menteri menyatakan dengan jelas peruntukan RM500 dan RM250 itu yang akan diberikan kepada kakitangan awam dan pesara kerajaan menjelang Hari Raya? 

Rang Undang Undang Perbekalan 2018 telahpun dibentangkan di Dewan Negara oleh bekas Menteri Kewangan ke 2, DS Johari Abdul Ghani, dibahaskan selama lima hari bermula 04/12/2017 dan diluluskan sebulat suara anggota Dewan Negara, kemudiannya diwartakan sebagai Akta Perbekalan 2018. Mengapa Guan Eng berbohong dengan fakta yang boleh dicari dengan mudah di Internet ini? 

Apakah Lim Guan Eng tidak tahu bahawa Jabatan Akauntan Negara telahpun mengeluarkan surat pekeliling Bilangan 5 Tahun 2017 yang disiarkan bulan Disember tahun lalu, yang boleh diakses melalui laman web rasmi Akauntan Negara Malaysia (ANM). Baca di sini dan salinan di bawah.

Tidak syak lagi Menteri Kewangan yang sedang dibicarakan di mahkamah atas DUA pertuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah berbohong kepada seluruh kakitangan awam dan pesara kerajaan.

Di dalam pekeliling JANM bil ke 5 bukan sahaja menyatakan dengan jelas jumlah RM500 untuk SEMUA kakitangan awam dan RM250 untuk pesara seperti yang termaktub di dalam Akta Perbekalan 2018 itu, bahkan telah ditetapkan tarikh pembayaran iaitu pada, 07/06/2018, kaedah pembayaran, dan kod urusniaga. 

Pernyataan Guan Eng bahawa peruntukan tambahan perlu dibuat untuk bayaran RM400 yang hanya akan diberikan kepada kakitangan Gred 41 dan ke bawah itu sahaja adalah pembohongan yang melampau terhadap kakitangan awam kerana jelas dinyatakan dalam pekeliling bahawa peruntukan tambahan perlu dibuat sekiranya peruntukan tahun 2018 TIDAK MENCUKUPI, bukannya untuk memberikan bonus tersebut. 

Di bawah perkara 3.2 dinyatakan,
Kementerian/Jabatan hendaklah membayar Bayaran Khas Tahun 2018 menggunakan peruntukan tahun 2018. Sekiranya peruntukan ini tidak mencukupi, permohonan peruntukan tambahan hendaklah dibuat kepada Perbendaharaan. 
Mengapakah wang yang telahpun disediakan peruntukannya sebanyak RM500 seorang itu 'dicuri' RM100 dari setiap seorang kakitangan kerajaan dari yang bergaji RM1,200 sebulan sehingga yang bergred 41 yang mana gaji minimumnya dalam lingkungan RM2100 itu? Manakala untuk kakitangan yang bergaji RM3,600 (Gred 44) dan ke atas di ambil keseluruhan bonus RM500 yang telah diperuntukkan untuk mereka untuk tujuan apa? 

Tidak cukup dengan itu, peruntukan RM250 untuk setiap pesara kerajaan juga dirampas RM50 setiap seorang oleh pihak kerajaan hari ini untuk apa? Apakah kerajaan tidak peka akan keperluan mereka untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang beberapa hari lagi?







28 Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah AS$108 Billion? Ini Semua Fitnah! Ini #FakeNews


Kalau mengikutkan kata-kata hikmat macai-macai penjilat Kerajaan, "mana mungkin baru kahwin sudah dapat anak?" Kata-kata ini mereka ungkapkan sebagai alasan Kerajaan untuk tidak menunaikan janji 10 Manifesto Dalam 100 Hari. Kata-kata ini saya pinjam ya. Mana mungkin ekonomi negara berada pada tahap yang baik kalau Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$108.5 billion sekiranya ianya tidak diwarisi oleh Kerajaan Barisan Nasional terdahulu. Bak kata macai, baru kahwin, macam mana nak dapat anak kan?

Tun Dr Mahathir pernah membuat kenyataan pada 2013 bahawa hutang negara masih pada tahap baik. Tun Dr Mahathir berkata, Nisbah kadar hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang berada pada tahap 53 peratus masih dianggap baik untuk negara disokong oleh pendapatan dan dagangan yang terus meningkat. Kata Tun Dr Mahathir dipetik di sini,

Keadaan berkenaan tidak jauh berbeza dengan keadaan hutang negara pada hari ini. Cumanya Kerajaan terkini berjaya memanipulasikan jumlah hutang negara mengikut kehendak mereka. Menurut BNM, baca di sini, kedudukan rizab itu adalah memadai untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Oleh itu, kenapa Menteri Kewangan membuat drama mewujudkan Tabung Tin Milo Negara untuk mengutip derma dari Rakyat? Cumanya, kita tertanya-tanya, kenapakah Rizab BNM menjunam sebanyak AS$900 juta atau RM3.8 billion hanya dalam tempoh 15 hari (15/05/2018 - 31/05/2018) pemerintahan Kerajaan PH. Baca di sini.


Nota Kaki:

Berikut adalah perbualan dengan seorang penjilat Kerajaan. Nama terpaksa dirahsiakan demi kepentingan negara. Hahaha.

Soalan : Mengapa pas pengangkutan RM100 dikaji semula dan dibatalkan?

Jawapan : Hutang Najib banyak bebenar.

Soalan : Kenapa PTPTN tidak dimansuhkan?

Jawapan : Hutang Najib banyak bebenar.

Soalan : Kenapa bonus penjawat awan rendah dan tidak semua dapat?

Jawapan : Hutang Najib banyak bebenar.

Soalan : Kenapa Manifesto PH tidak dilaksanakan?

Jawapan : Hutang Najib banyak bebenar.

Soalan : Abih tu kenapa Najib boleh buat korang tak boleh buat?

Jawapan : Eh kamu jangan cakap banyak. Kitorang orang PH pun tak bising korang menyokong BN pokpekpokpek dah kalah duduk diam-diam!

Kesimpulan, nampak tak bijaksana penjilat tegar Kerajaan. Tidak mengapalah. Kita faham. Hari ni kahwin, esok mana boleh beranak.

June 7, 2018

30 Dispelling 10 Popular Myths Among Pakatan Voters


Myth 1: We can always 'change it back' if we screw up.
Fact: Governments are not like underwear. You don’t change them as you wish. A despot who changed the Constitution, shut down newspapers, removed High Court judges and used police to threaten and arrest people can easily do the same when you finally realise you screwed up.
Remedy: Read your history.

Myth 2: Corruption is a BN-thing.
Fact: Corruption is not exclusive to any political party. Corruption is a matter of individual integrity. For an example, a PM who squandered billions over 22 years and refuses to be investigated is even more corrupt than his enemy.
Remedy: Ask the Maharaja of Kerala to declare his assets and his kids’ assets first, and marvel at how much wealth they have that didn’t match their salaries.

Myth 3: You don’t need academic qualification to become a Minister because it can be learnt on-the-job with advisors.
Fact: Any government is only as good as the guy running it. Key Ministries need highly-qualified Ministers to understand legal protocols, policy drafts, procurement requirements etc. The more-qualified the Minister, the less money wasted on advisors or consultants.
Remedy: Refer to successful Ministries in Singapore, Hong Kong, Canada, US, UK etc.

Myth 4: You must change the AG or judges to prosecute Najib, his wife and his men.
Fact: You don’t need to change shit. The Justice system doesn’t work on a 'preferred AG' or a 'preferred High Court judge' just to give your Malayalee PM the verdict he wants. A verdict is obtained on Evidence proven incontrovertible to a Judge in a Court of Law. Not the Court of Pakatan’s Public Opinion.
Remedy: Watch more episodes of Law and Order to understand how judicial systems work.

Myth 5: Rosmah’s handbags and her grandson’s baby shoes can be sold to pay Hutang Negara.
Fact: No country on God’s good earth auctions handbags or shoes and magically converts the proceeds to offset cumulative bank loans comprising their national debt.
Remedy: Please repeat Ekonomi Rumahtangga SPM to understand how basic economics works (and try to score A this time).

Myth 6: A country’s debt can be repaid directly from a current account in a commercial bank.
Fact: Commercial banks don’t audit, repatriate, recover or reschedule any financial liabilities for governments. The best they can do is channel the legally-laundered 'dedak' from uneducated depositors into a company or Trust (with crony Trustees or Office Bearers empowered to sign cheques) via third party accounts.
Remedy: Take two anti-stupid tablets and call your doctor in the morning. Drink plenty of warm water.

Myth 7: National debt can be paid through Facebook crowdfunding.
Fact: National debt is not a Nasi Kandar Pelita's bill. It’s a cumulative number of Everything Malaysians owe, from your unpaid credit card bills, your car loans, your PTPTN etc. - which then determines your country’s credit rating and status of Non-Performing Loans. Including insolvent government companies, bad infrastructure deals and mismanaged public funds. Bragging about RM27 million is stupid since it amounts to only 0.000027% of the total hutang. Even RM270m means jack since you still have 99.9999% unpaid hutang left.
Remedy: Please. Start evolving from Homo Habilis to Homo Erectus to Homo Sapiens.

Myth 8: Islamic agencies like JAKIM should be shut down because they catch people who khalwat and they measure the length of women’s skirts.
Fact: JAKIM is an agency tasked to develop and promote Islamic understanding, propagation of faith and compliance to religious procedures and practices for Muslims. Nothing to do with khalwat or your aurat.
Remedy: Stop getting your information about Islam from stupid Internet portals. Slap yourself twice every time you think JAKIM is just a group of kopiah-wearing Mat Skodeng who will barge into your hotel whenever you bring China gher in for massage (with happy ending).

Myth 9: Rosmah is Guilty because she looks like a 'witch and a hippo'.
Fact: Even Miss Universe can be guilty. And your grandmother too. Or she may be not, even though she looks like a witch herself. Guilt or innocence is based on Evidence, not how people look.
Remedy: Take a good look in the mirror yourself before calling people witch or hippo.

Myth 10: The Agong and Sultans are 'interfering' with Mahathir’s decisions.
Fact: Mahathir is not the President of the Republic of Malaysia. He is only a Prime Minister who still needs Royal consent before warming the Putrajaya throne. The Agong is empowered to take time to consider all the facts before giving Royal consent – even if that forces Mahathir to lose that ridiculous Nehru suit, dress up in Parliamentary dress and doze off on the chair at 11pm.
Remedy: Read up Buku Tatanegara SRP or Buku Moral PMR one more time. Use a good Kamus Dwibahasa.

June 6, 2018

27 Blogger Hishammudin Rais aka Tukar Tiub Menghina YDP Agong cc. @PDRMsia




Bekas blogger PKR yang kini menyertai PPBM, Hishamuddin Rais yang lebih dikenali sebagai blogger Tukar Tiub, hari ini telah mengeluarkan artikel yang menghina YDP Agong.

Semakan mendapati artikel berkenaan telah dipadam. Walau bagaimanapun, Saudara Lokman Nor Adam berjaya membuat 'screen shot' posting berkenaan seperti di bawah.

Pautan posting yang dapat diselamatkan, baca di sini. Adalah diharapkan pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan mengenai perkara ini.






44 Bila Kerajaan Malu Hendak Mengaku U-Turn, SPAD Ditukar Jadi APAD



Apabila Council of Orang Tua, Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan sendiri tidak faham apa peranan dan kepentingan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan mengumumkan penutupannya tanpa berfikir panjang, maka hari ini u-turn Perdana 180 darjah terpaksa dilakukan.

Kita imbas kembali senario menarik ini. Mula-mula pada 23/05/2018, Perdana Menteri mengumumkan SPAD dibubarkan.


Kemudian pada 24/05/2018, Menteri Pengangkutan mengumumkan kakitangan SPAD diserap ke JPJ. Hari ini, selepas menyedari keputusan Kerajaan tersilap. SPAD dikekalkan. Cuma nama seperti biasa diubahsuai. 

Untuk buka semula SPAD tapi malu hendak buka pintu depan, ubahsuai buat pintu belakang terpaksa dilakukan. Nama hadapan SPAD telah ditukar dari Suruhanjaya kepada Agensi. Semua sudah gila meroyan. Mudah-mudahan Rakyat tidak tersalah pintu lagi.

Pong pang pong pang. Apanama ...

36 Adakah Senarai Perbelanjaan YDP Agong Satu Fitnah Untuk Menjatuhkan Maruah Institusi Di Raja?



Terdapat satu gerakan untuk menghina, mencerca dan memperlekehkan institusi Raja-Raja Melayu semenjak YDP Agong melambatkan usaha memperkenan proses perlantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara. Terbaru, terdapat senarai perbelanjaan YDP Agong seperti di atas yang disebarkan di media-media sosial.

Senarai yang ditaip menggunakan perisian Excel, nampak seperti satu bentuk fitnah adu domba yang cuba untuk menaikkan kemarahan Rakyat untuk menjatuhkan institusi monarki. Tiada sumber yang dapat dirujuk untuk maklumat di atas.

Sebaliknya, Peruntukan Diraja Bagi YDP Agong, boleh dirujuk di sini. Manakala Elaun-Elaun Di Raja, boleh dirujuk di sini.

Carian rasmi melalui website Perbendaharaan seperti pautan-pautan di atas mendapati jumlah anggaran perbelanjaan mengurus jauh lebih kecil daripada fitnah yang disebarkan iaitu RM250 juta. Cubaan yang baik wahai pencacai pemfitnah.



Sementara itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan menyiasat dakwaan kira-kira RM257 juta digunakan untuk perbelanjaan hidup dan peribadi Sultan Muhammad V dalam tempoh 16 bulan sejak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Eloklah tu, semalam Datuk A Kadir Jasin, Ahli Jawatankuasa Pembaharuan Institusi di bawah Majlis Penasihat Kerajaan merupakan orang yang mula-mula mendedahkan amaun Excel berkenaan. Hari ini, Kerajaan akan memyiasatnya. Sendiri dedah sendiri siasat.


Nota Kaki - Terima kasih DS Anwar Ibrahim.

June 5, 2018

87 Gaduh Gaduh Tak Selesai, Anwar Mengadap, Tommy Thomas Terus Jadi Peguam Negara


Gegak gempita Dewataraya dengan kes perlantikan Peguam Negara yang baru. Sana bergaduh, sini bergaduh, masih tiada kesudahan. Jalan penyelesaian melalui perdebatan dan memunjuk ego di media massa gagal merungkai permasalahan.

Terpaksa juga menunggu Superman kembali dari Planet Kripton, untuk mengadap YDP Agong untuk menyelesaikan masalah. Dengan sekali pertemuan malam semalam, Tommy Thomas secara dengan rasminya menjadi Peguam Negara. Katalah apa sahaja, itulah kehebatan DS Anwar Ibrahim bersama Raja-Raja Melayu.

Bagi peminat filem Marvel, The Infinity War, ini baru bahagian pertama. Nampak seperti Thanos berkuasa sepenuhnya. Tunggu kemunculan Captain Marvel bergabung dengan The Avengers dalam bahagian kedua nanti.

Kesimpulannya, saya tetap dengan pendapat saya dalam posting sebelum ini - Langkah Pandan wajib dipercepatkan.

Nota Kaki - Buat pertama kali, dijangkakan Menteri Kewangan Malaysia tersenyum puas dan gembira semalam.

June 4, 2018

33 DS Anwar Ibrahim Perlu Percepatkan Langkah Pandan


Jika dahulu pembangkang (kini Kerajaan) amat marah apabila isteri Mantan Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor membuat 'cameo' di dalam urusan pentadbiran mahupun urusan tidak rasmi Kerajaan.

Kini, suami Timbalan Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim pula membuat perkara yang sama. Dulu mereka menyampah dengan DS Rosmah, sekarang mereka mendiamkan diri dengan tindakan sama oleh DS Anwar Ibrahim.

Sekadar bertanya, apa jawatan DS Anwar di dalam Kerajaan? Setakat suami TPM tidak perlulah terlalu ke hadapan mengatasi isteri. 

DS Anwar perlu cepat-cepat meminta si isteri mengosongkan kerusi Parlimen Pandan bagi membolehkan beliau bertanding sebagai Ahli Parlimen. Kali ini namanya Langkah Pandan pula. 

Ada juga pemberat kalau jawatan Ahli Parlimen jadi perantara, dari jawatan suami TPM. Malu parti PKR. DS Anwar BUKAN PM, TPM atau ahli kabinet Kerajaan.

Namun beliau dilapor menghadap YDP Agong bagi selesaikan isu kerajaan berkaitan pelantikan bekas peguam kes banglo Lim Guan Eng sebagai peguam negara. Adakah PM atau TPM sudah tak mampu selesaikan krisis Kerajaan?




June 3, 2018

102 What Actually Have Transpired When Two Famous Leaders Met


Ok so the guy on the right went to Cambridge to read Mathematics, graduated with a First Class Honours, obtained a Masters in Com Science with Distinction and then became a Harvard Scholar in Public Admin at the JFK School of Government. Then joined the SAF when I was a little kid and completed senior officer training with the US Army Command at Fort Leavenworth.

The guy on the left ... erm, never mind. Not too sure what transpired exactly at the Shangri-La defence dialogue but I can guess it went pretty much like this (maybe true and may be not):

Lee: Mr Sabu, what’s your opinion of the FDPA acquiring a separate MRCA unit as opposed to standard interceptors since our fighter guys are having difficulty aligning their decision loops with their comrades from lower fleets in partner squadrons?

Mat Sabu: I not sure lah Mr Lee. But your karipap inti at the jamuan just now should use Alagappa’s, not Baba’s.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates