May 26, 2018

83 Janji Menteri Pelajaran, Tol Percuma Ke Simpang Renggam? Jangan Lupa Tuntut Janji





Menteri Pelajaran, Dr Maszlee Malek telah berjanji semasa pra Pilihanraya Umum Ke 14 (PRU14) bahawa tiada kutipan tol ke Simpang Rengam sama ada dari Sungai Besi, Skudai atau Ayer Keroh.

Malah beliau dengan bangga mencabar Rakyat supaya menuntut janji berkenaan selepas Pakatan Harapan memenangi PRU14. Alhamdulillah tercapai hasrat Rakyat Johor terutama pengundi Simpang Rengam untuk merasa tol percuma.

Takkan Menteri Pelajaran PH berbohong kan?

May 25, 2018

64 Mungkin Kerajaan #MalaysiaBaharu Sekarang Tidak Lagi Salah Ahli Keluarga Menaiki Pesawat Rasmi Kerajaan




Mantan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak seringkali dicerca, dihina dan dipersalahkan apabila isteri beliau, DS Rosmah Mansor mengikuti beliau di dalam lawatan rasmi Kerajaan. Segala kos penerbangan dihitung begitu rapi oleh macai-macai pembangkang (kini Kerajaan) seolah-olah satu pembaziran yang besar telah dilakukan apabila isteri Perdana Menteri mengiringi untuk lawatan rasmi Kerajaan.

Kini masa telah berubah. Kerajaan juga telah berubah. Apa yang tidak berubah adalah perlakuan yang sama juga turut dilakukan. Ibarat periuk mengata bontot belanga hitam. Kini, Timbalan Perdana Menteri, DS Dr Wan Azizah Wan Ismail turut membawa suami beliau dan ank-anak beliau menaiki pesawat Kerajaan untuk ke Kelantan, untuk mengadap Bonda YDP Agong.

Persoalannya, apa jawatan DS Anwar Ibrahim dan anak-anaknya dalam Kerajaan sekarang sehingga melayakkan mereka menggunakan pesawat milik kerajaan, kalau kritikan yang sama diambil kira telah dibuat kepada DS Rosmah Mansor, isteri mantan Perdana Menteri suatu ketika dahulu? 

Sekarang sudah pandai guna jet peribadi Kerajaan. Atas jemputan Bonda YDP Agong? Urusan rasmi kah itu? Bonda YDP Agong itu apa kaitannya dalam pentadbiran Kerajaan? Apa kedudukannya dalam Perlembagaan Persekutuan? Bukan berniat menghina tapi macam Perdana Menteri kata, ikut la 'Rule of Law'.


21 Accounting 101 - Actual Debt Of The Government



With regards to yesterday’s correction and damage control statement by Lim Guan Eng (our Finance Minister that don’t even know the market value of his own house) and the confusion on it let me try to explain on a simple term of Accounting 101 (Basic of Accounting).

1. The government’s debt is RM686 billion.

2. The guarantees is RM199 billion.

3. Lease payments obligation for public/private partnership is RM201 billion.

4. The guarantees cannot be lumped together as government’s debt because it’s a contingent liabilities and it will only becomes a debt if the borrowers default on the payment and government assume the debt.

5. The lease payment cannot be lumped together with government debt since it’s an OPEX or Operational Expenses.

6. If we look at a commercial entity, lease payments comes under OPEX or Operational Expenses (Profit & Loss Statement) and not under liabilities (Balance Sheet).

To conclude, for the purpose of determining actual debt of the government, it stood at RM686 billion as at Dec 2017.

Discuss and digest.

7 Adios SPAD, Jasamu Dikenang


Mesyuarat pertama Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya pada 23/05/2018 telah memutuskan 15 perkara. Salah satu daripadanya adalah, 'Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dibubarkan, diserap di bawah ke Kementerian Pengangkutan'.

Semalam, Menteri Pengangkutan mengumumkan semua kakitangan tetap SPAD akan diserap sebagai kakitangan tetap di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memandang terdapat 1,000 kekosongan jawatan di jabatan itu.


SPAD adalah badan berkanun yang di tubuhkan di bawah akta Pengangkutan Awam Darat 2010. SPAD ditubuhkan secara rasmi pada 3 Jun 2010. Fungsi utama SPAD adalah untuk merancang dan membuat polisi serta mengawalselia pengangkutan awam darat di negara ini seperti keretapi, bas dan teksi serta pengangkutan barang yang menggunakan jalan raya atau rel keretapi.

SPAD sebelum ini dilihat secara umumnya sebuah badan pemantau bebas yang berkecekapan dalam hal-hal yang melibatkan pengangkutan awam dan rata ratanya memberikan maklumbalas yang positif oleh para pengguna pengangkutan awam. 

Suruhanjaya ini turut menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang sebagaimana yang dijalankan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan JPJ. Antara operasi berjaya yang telah dilakukan oleh SPAD antaranya operasi membenteras penipuan 'ulat tiket dan ulat teksi' yang membelenggu para pengguna di terminal teminal hentian bas, teksi dan lapangan terbang.

Sebelum ini tidak ada badan yang bertindak efektif dalam menangani  masalah itu sehingga tertubuhnya SPAD. Dahulu, masalah sedemikian tidak lagi menjadi hal yang kritikal memandangkan pihak SPAD sering melakukan pemantauan dan operasi operasi bersepadu bersama dengan agensi lain antaranya pihak PDRM, JPJ dan juga Agensi Dadah Kebangsaan (AADK).

Kini semuanya bakal tinggal sejarah. SPAD akan dibubarkan. Anda akan hilang dari peta Malaysia, tetapi anda tidak akan dilupakan. Adios SPAD, jasamu dikenang.

May 24, 2018

72 Bila Kerajaan PH Ambil Alih, Tiba-Tiba NFC Jadi Suci Murni



Masih ingat lagikah National Feedlot Corporation atau NFC. Masih ingatkah lagi bagaimana Pakatan Harapan (PH) memburukkan NFC sehingga industri berkenaan lingkup dan syatikat berkenaan ditutup?

Sehingga sekarang fitnah jahat masih bermain di media massa. Panggilan Sharizat Lembu, lembu tinggal dalam kondo, Menteri UMNO tidak bayar hutang sentiasa dipermainkan saban hari sehingga fitnah yang diulang-ulang ini menjadi satu sebab kejatuhan Kerajaan Barisan Nasional.

Umum terlupa di sebalik industri penternakan berkenaan yang telah dihapuskan, segala hutang piutang NFC kepada pihak Kerajaan telahpun dilangsaikan sepenuhnya. Malah, syarikat berkenaan dan Pengerusi NFC telah memenangi kes saman malu ke atas pemimpin pembangkang, Rafizi Ramli. Baca di sini.

Kini, setelah PH mengambil alih Kerajaan Pusat, secara tiba-tiba NFC menjadi suci murni. Menteri Pertanian dan Asas Tani dalam temu bual Astro Awani di atas mengumumkan akan meneruskan projek berkenaan. Kalau semalam program PERMATA yang dikritik hebat sebelum ini diteruskan, hari ini giliran NFC pula. Nampak tak?

89 Secara Tiba-Tiba Proton Menjadi Hak Individu Dan Bukan Kerajaan

Mesyuarat pertama Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya semalam telah memutuskan 15 perkara. Salah satu daripadanya adalah (baca di sini),
Tidak ada campurtangan politik di Proton, bergantung kepada apa yang  Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary dan Geely mahu lakukan.
Malah Kerajaan Baru PH tidak ada perancangan untuk mengambil alih kepentingan di dalam kereta nasional negara Proton daripada syarikat automobil dari China iaitu Zhejiang Geely Holdings Group. Perdana Menteri, ketika ditanya The Edge Markets (baca di sini), berkata,
Proton does not belong to the government. It belongs to Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary. It is up to him whether he wants to purchase [back the shares] … The government has no intention to buy back Proton.
Sudah berubahkah pemilik Proton sekarang? Adakah secara tiba-tiba Proton menjadi syarikat swasta dan bukan milik Kerajaan Malaysia? Untuk rekod, Proton sebelum ini adalah syarikat milik penuh DRB-Hicom Berhad, sebelum 49.9% kepentingannya dijual kepada Geely pada tahun 2017.

Persoalannya, kenapa sebelum ini ada usaha untuk menimbulkan kemarahan Rakyat apabila pemilik Proton, TS Syed Mokhtar Bukhary ingin menjual sebahagian kepentingan mereka kepada Geely, sebuah syarikat dari China? Kenapa sebelum ini usaha-usaha jahat digerakkan dengan menimbulkan isu-isu seperti menjual kepentingan negara kepada China, tidak patriotik dan sebagainya?

May 23, 2018

125 Pemotongan 10% Gaji Pokok Menteri Memberi Kesan Positif Kepada Rakyat Malaysia


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan bahawa gaji jemaah menteri akan dipotong sebanyak sepuluh peratus. Mari kita lihat bagaimana pemotongan ini dapat memberi impak kepada negara dan Rakyat Malaysia dengan menggunakan Matematik mudah:

1) Anggaran gaji pokok menteri :
RM20,000 sebulan

2) Anggaran jumlah menteri dan timbalan menteri Malaysia :
60 orang

3) Kiraan jumlah perbelanjaan untuk gaji menteri :
RM20,000 x 60org = RM1,200,000 sebulan

4) Kiraan 10% penolakaan gaji menteri :
RM1.2juta x 10% = RM120,000 sebulan

5) Kiraan setahun :
RM120k x 12bulan = RM1,440,000 setahun

Maknanya, kerajaan Malaysia telah menjimatkan penggunaan duit negara sebanyak RM1.44 juta setahun. Tahniah!!

Sekarang mari kita kira pula manfaatnya pada rakyat pula dengan menggunakan Matematik mudah juga:

1) Anggaran jumlah penduduk Malaysia :
30 juta orang

2) Sekiranya pemotongan gaji menteri itu diagih kepada semua rakyat Malaysia :
RM1.44 juta ÷ 30 juta orang = RM0.048 seorang

Alhamdulillah. Dengan adanya penolakkan gaji menteri ini, pendapatan tahunan rakyat akan meningkat sebanyak 0.048 sen setahun.

Terima kasih Perdana Menteri.

1 Lagi 'Prebet Sapu' Ditahan Dalam Operasi SPAD

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak pernah alpa dan leka mengadakan operasi terhadap ulat teksi terutama di lokasi tumpuan orang ramai. 

Terbaru semalam, dua lelaki ditahan penguat kuasa SPAD kerana disyaki menjalankan aktiviti 'prebet sapu' di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Jurucakap SPAD berkata, operasi dijalankan dengan menggunakan teknik penyamaran memandangkan pemandu teksi akan bersikap baik ketika kehadiran pegawai dan anggota SPAD di lokasi.

Dalam Ops Khas Parasit itu, dua lelaki dikesan memujuk pelanggan di terminal berkenaan sebelum ditahan dan pemeriksaan mendapati kedua-duanya menawarkan perkhidmatan teksi tanpa melalui kaunter.

Sepasukan anggota penguat kuasa SPAD KLIA bersama seorang pegawai melaksanakan Operasi Khas Parasit bagi membanteras kegiatan ulat dan kereta sapu di Terminal KLIA dengan cara penyamaran.

Hasil daripada operasi yang dilaksanakan, pasukan penguat kuasa SPAD KLIA berjaya membuat tangkapan terhadap dua suspek masing-masing melakukan aktiviti ulat kereta sapu dan sebuah kenderaan persendirian disita.

Kedua-dua suspek memujuk dengan menawarkan perkhidmatan kenderaan kepada warga asing dan warga tempatan bagi membuat perjalanan ke sekitar Lembah Klang dengan kadar bayaran tambang ditawarkan antara RM85 hingga RM150 untuk ke destinasi terbabit.

Mereka yang ditangkap akan disiasat mengikut Seksyen 205 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 kerana memujuk dan Seksyen 16 (1) akta sama kerana mengadakan sesuatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam tanpa lesen pengendali.

56 Benarkah 1MDB Di'Bailed-Out' Sebanyak RM7 Billion?


Kenyataan Menteri Kewangan ni tak betul.

1. Selepas cadangan daripada Public Account Committee (PAC) dan pelan rasionalisasi, aset-aset 1MDB dipindahkan ke bawah Kementerian Kewangan (MOF).

2. 1MDB menjadi "shell company'.

3. Bila aset 1MDB dijual, duit masuk melalui MOF. 

4. Bila bayar hutang, duit ini yang digunakan.

5. Ini bukan 'bail-out'. Tapi wang 1MDB hasil dari jualan aset-aset mereka.

Analogi mudah kalau tidak faham jugak kenapa MOF bayar hutang 1MDB:
Bila MOF ambil alih semua aset 1MDB, maka MOF kena la ambil sekali hutang-hutang syarikat berkenaan.
Contoh:
Kau beli kereta yang tidak habis bayar dengan bank.
Kau bayar duit dekat pemilik asal. Selepas itu kau sambung bayar dekat bank.
Takkan kereta kau dapat tapi baki hutang bank pemilik lama kena bayar.
Usah sebarkan fakta tidak benar. Tak baik. 

Nota Kaki: Apa isteri Menteri Kewangan buat di Kementerian? Apa peranan beliau? Jangan marah, tanya saja.

May 22, 2018

104 Sidang Media KP SPRM Untuk Mengangkat Diri Sendiri Dan Memburukkan Orang?


Apa tujuan sebenar Sidang Media yang dilakukan oleh Ketua Resuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), DS Shukri Abdull, di Putrajaya hari ini? Tidak ada sesuatu yang positif yang diperolehi dari Sidang Media berkenaan selain daripada cerita mengenai dirinya yang kononnya hero dan mengaibkan Mantan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak tanpa mengemukakan sebarang bukti.

Kenyataan yang dibuat oleh KP SPRM juga bersifat terlalu peribadi dan tidak professional. Sidang Media SPRM menjadi medan melepas emosi Ketua Pengarah SPRM. Ini drama apa? Adakah KP SPRM mampu berlaku adil kepada orang yang akan beliau siasat dan tuduh? Jika beliau mahu mencurah perasaan, lebih baik beliau buat skrip filem. Jangan jadi penjawat awam yang melaksanakan undang-undang.

KP SPRM tidak wajar buat cerita tanpa bukti dalam Sidang Media berkenaan. Beliau wajar didakwa di bawah Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa. Sepatutnya KP SPRM perlu selesaikan siasatan terlebih dulu dan membawa bukti-bukti yang ada ke Mahkamah. Bukan dengan membuat pelbagai tuduhan di Sidang Media. Adakah ini satu bentuk penyalahgunaan kuasa seorang KP agensi penguatkuasaan Kerajaan Malaysia Baru?

Nota Kaki: Peguam PAS turut mempertikaikan sikap tidak professional KP SPRM.




10 PERMATA Diteruskan? Jadi Tidak Betullah Dakwaan Program Ini Membazir?





Program Permata Negara (PERMATA) akan diteruskan oleh Kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri, DS Dr Wan Azizah Wan Ismail. Kata beliau kepada pemberita di pejabat beliau di Perdana Putra, Putrajaya, pagi tadi,
PERMATA merupakan salah satu program yang saya bawa kepada perhatian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kita akan audit kerana ia program yang baik dan dekat dengan kesejahteraan kanak-kanak. Ini kita teruskan untuk kanak-kanak tingkatkan kemahiran mereka kerana matlamatnya adalah suci murni. Kalau apa yang baik, kita teruskan.
Wan Azizah berkata, beliau dan Dr Mahathir berpandangan bahawa PERMATA lebih relevan untuk berada di bawah kementerian itu memandangkan ia melibatkan usaha-usaha meningkatkan perkembangan kanak-kanak.

Pengumuman tersebut sekaligus membidas kenyataan Penyelaras Segmentasi Wanita Muda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang kini merupakan ADUN Ketari, Young Syefura Othman yang mendakwa program Permata Negara merupakan satu pembaziran yang amat jelas dengan peruntukan RM40 juta sedangkan ia bukan keperluan yang sangat mendesak.

Oleh itu, tindakan mengecam PERMATA yang diilhamkan oleh DS Rosmah Mansor adalah tindakan yang salah. PERMATA adalah kejayaan besar buat negara melahirkan bakat-bakat luar biasa yang dicungkil seawal usia kanak-kanak lagi. Terima Kasih DS Rosmah Mansor di atas kejayaan program tersebut sehingga diteruskan oleh Kerajaan PH.

0 Kenali Laluan myBAS Kuala Terengganu


Pelaksanaan berperingkat perkhidmatan myBAS Kuala Terengganu di bawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST), telah mula beroperasi pada 01/03/2018, lebih awal daripada jangkaan sebelum ini iaitu pada suku kedua 2018. Pelaksanaan ini adalah berikutan pemeteraian kontrak di antara pengendali MARA Liner Sdn Bhd dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang telah ditandatangani pada 18/01/2018 yang lepas. 

Fasa 1 myBAS Kuala Terengganu menawarkan perkhidmatan yang merangkumi 1 laluan utama (trunk route) T202 dan satu laluan pengantara (feeder) F100 bermula pada 01/03/2018 dan 2 lagi laluan utama T102 dan T301 yang akan beroperasi pada 15/03/2018. 

Jarak keseluruhan bagi operasi Fasa 1 adalah hampir 100km. Sebelas (11) bas mini berkapasiti 38 penumpang, akan disediakan bagi pelaksanaan Fasa 1 ini. Laluan myBAS T202 bermula dari Terminal MBKT ke Pekan Bukit Payung. Selain melalui lokasi-lokasi utama, laluan ini membawa manfaat kepada pelajar-pelajar dari sembilan institusi pelajaran.

May 21, 2018

64 'Rule Of Law', #MalaysiaBaharu Style?

Ini kata-kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melalui ruangan media sosial Twitter beliau pagi tadi. Ini FAKTA.


Ini pula janji Perdana Menteri pada 14/05/2018. Kata Perdana Menteri, Lim Guan Eng hanya akan dilantik menjadi Menteri Kewangan selepas bebas dari kes Mahkamah. Ini juga FAKTA!


Perbicaraan rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Khon yang sepatutnya bermula hari ini, ditangguhkan kepada 30 Julai selepas tertuduh mengemukakan representasi baru dengan peguam negara baru yang bakal menggantikan TS Apandi Ali. Ini juga FAKTA.

Lim Guan Eng dan Phang Li Khon akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara untuk menggugurkan pertuduhan kes rasuah melibatkan skandal pembelian banglo di bawah nilai pasaran yang dihadapi mereka
Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Lim Guan Eng semasa kes itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi George Town, Datuk Hadhariah Syed Ismail. Ini juga FAKTA.

Petang tadi Lim Guan Eng mengangkat sumpah sebagai Menteri Kewangan Malaysia. Ini pastinya FAKTA dan juga satu sejarah! Adakah ini yang dinamakan 'Rule of Law' #MalaysiaBaharu?

32 3 Arahan, 3 Keputusan, Ok ... Ok ... 01 Haribulan Jun Nanti Jadi Tak 0% GST?

Pada 14/05/2018, salah seorang ahli Majlis Penasihat Kerajaan, TS Dr Zeti Akhtar Aziz, telah mengumumkan bahawa kaedah penghapusan GST akan diumum dalam masa 100 hari. Baca di sini dan tonton video di bawah.




Pada 16/05/2018, dua hari kemudian, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir telah mengumumkan bahawa kadar GST akan menjadi 0% berkuat kuasa pada 01/06/2018. Baca di sini dan tonton video di bawah.




Pada hari yang sama juga, Kementerian Kewangan Malaysia telah mengeluarkan Siaran Media mengiayakan kata-kata Perdana Menteri. Bukan blog atau portal picisan yang mengeluarkan arahan ini. Ianya dikeluarkan oleh portal rasmi Kementerian Kewangan! Baca di sini.


Menteri Kewangan yang belum mengangkat sumpah jawatan, Joseph Lim Guan Eng pula pernah membuat pengumuman berita yang tersebar adalah palsu. Beliau juga katanya ada membuat pengesahan dengan Perdana Menteri.

Kesimpulan, cakap siapa yang kita hendak dengar ni?

66 Kos ECRL RM66 Billion? Mana Suara Tony Pua, Rafizi Ramli dan Mahfuz Omar?



Pakatan Harapan (PH) pernah mempertikaikan bagaimana kos awal yang dipersetujui oleh Kerajaan Malaysia bersama syarikat dari China untuk pembinaan ECRL meningkat dari RM46 billion, menjadi RM55 billion.

Menteri Unit Perancangan Ekonomi (EPU) pada ketika itu, Datuk Abdul Rahman Dahlan, menjelaskan penambahan RM9 billion melibatkan penambahan jarak dari Gombak ke Pelabuhan Klang.

Beberapa hari lalu, Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan PH, Tun Daim Zainuddin menjelaskan kos sebenar ECRL bukan RM55 billion, tapi akan meningkat RM11 billion, menjadikan kos keseluruhannya lebih RM66 bilion.

Untuk makluman, kerajaan BN di bawah pimpinan DS Najib Razak berjaya menjimatkan kos pembinaan MRT1 sebanyak RM2 billion menjadi RM21 billion, daripada kos asal RM23 billion.

Untuk makluman juga, projek ECRL yang diilhamkan oleh DS Najib Razak untuk menjana ekonomi penduduk Pantai Timur awalnya juga mahu dibatalkan oleh PH jika mereka berjaya mengambil alih Putrajaya. 

Tapi keputusannya berbeza bila kini sudah berada di Putrajaya. Persoalannya, apa rasionalnya di sebalik penambahan mendadak kos ECRL menjadi lebih RM11 bilion?

Persoalannya lagi, di mana suara Tony Pua, Mahfuz Omar dan Rafizi Ramli yang dulunya lantang mengkritik berkaitan kos pembinaan ECRL?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates