May 19, 2018

146 Apa Ada Dalam Peti Besi? Pasti Ramai Yang Kecewa


Bersusah payah pihak berkuasa bertungkus lumus untuk membuka sebuah peti besi lama yang terletak di kediaman Mantan Perdana Menteri di Jalan Langgak Duta, yang dikatakan kehilangan kunci.

Diharapkan mungkin duit simpanan berjuta atau mungkin rahsia penting dan teramat sulit mengenai 1MDB, rupanya hanya surat nikah DS Najib Tun Razak dan DS Rosmah Mansor yang dijumpai bersama wang asing lama bernilai kecil.

Pihak berkuasa menghabiskan masa puluh jam sehingga memanggil beberapa pakar kunci semata-mata untuk membuka peti besi tersebut. Bila dapat dibuka apa yang ada di dalamnya sungguh mengejutkan.

Apapun, DS Najib pastinya berterima kasih sijil nikah beliau dengan DS Rosmah Mansor dijumpai kembali. Hampa dan kecewa pastinya kebanyakan orang. Teringat lagu Ramlah Ram satu ketika dulu, "Kau kunci cintaku di dalam hatimu ..." 

32 DS @NajibRazak Berbuka Dan Bertarawikh Dengan Pelajar-Pelajar Tahfiz








Alhamdulillah. Malam ini Mantan Perdana Menteri telah menerima kunjungan daripada lebih 100 pelajar tahfiz yang sudi datang untuk bersama berbuka puasa, solat tarawih dan membaca yasin di kediamannya, di Jalan Langgak  Duta.

Semasa DS Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia, anak-anak Maahad Tahfiz Ittifaqiyah ini saban minggu keluar masuk ke kediaman rasmi DS Najib tanpa sebarang halangan untuk bersama sama dengan beliau dan isteri DS Rosmah bertahlil, membaca Al Quran, Solat dan sebagainya.

Kali ini juga ketika DS Najib Tun Razak ditimpa ujian, anak-anak ini tetap datang berjumpa dengan beliau dan pastinya doa daripada anak-anak ini makbul dan mustajab. Semoga ianya mampu memberi semangat buat DS Najib Tun Razak serta sekeluarga. Aamiiin.

May 18, 2018

47 Datin Cindy Bukan Datin Sri Rosmah Rasanya



Nama yang tertulis di kotak-kotak beg tangan jenama Birkin yang dirampas semalam jelas tertulis nama DATIN CINDY. Adakah Datin Cindy ini sebenarnya adalah Puan Sri Cindy Lim yang merupakan Pengurus Besar Pavillion REIT? 

Suaminya pula bukanlah DS Najib Tun Abdul Razak sebaliknya adalah Tan Sri Desmond Lim Siew Choon yang merupakan pemilik Pavillion, Malton dan kekayaannya dijangkakan bernilai berbilion Ringgit?

Kalau benarlah individu berkenaan, tidak hairanlah Datin Cindy membeli beg tangan Birkin dan mengumpulkan pelbagai model mewah dengan mudah.

Balik kepada persoalan utama, apa kaitannya dengan DS Najib Tun Razak dan DS Rosmah Mansor sehingga barangan berkenaan dirampas?

Nota Kaki: Noted Tun.

41 Bukan Semua Syaitan Diikat Di Bulan Ramadhan cc. @PDRMsia






Today there were few photos shared in social media and in Whatsapp groups claiming that these were items and money seized from DS Najib's residence and condo.  

Unfortunately, after a few google searches, all these are fake news / pictures and not the actual things seized from the raid of DS Najib's residence.  Below are the links to which these photos are taken.

I am not trying to defend DS Najib or his wife or anybody else, but please be honest, share news or photos that are real and not something randomly picked up from the internet. Remember macai, you all not the opposition anymore. Don't spread lies and fake news.

Photo 1


Source, here.

Photo 2


Source, here.

Photo 3


Source, here.

Photo 4


Source, here.

Photo 5


Source, here.

42 Lagi Janji Dan Manifesto Buku Harapan Dicapati



Di dalam Buku Harapan, Janji 14 iaitu 'Mereformasikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dan Memperkasa Usaha Membanters Jenayah', Kerajaan PH telah berjanji bahawa,
Untuk memastikan semak seimbang yang efektif, bilangan Persuruhjaya SPRM akan ditambah dengan mewujudkan kuota untuk pertubuhan masyarakat sivil menjadi ahli SPRM. Salah seorang dari mereka akan menjadi Pengerusi SPRM, dan semua pesuruhjaya akan mempunyai jaminan pelantikan tetap (security of tenure). Pelantikan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya SPRM perlu disahkan secara demokratik oleh Parlimen.
Ini bertujuan untuk mengurangkan kuasa Perdana Menteri mempengaruhi pelantikan pegawai-pegawai utama kepada SPR, SPRM, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

Apa yang berlaku hari ini adalah Perdana Menteri melantik DS Mohd Shukri Abdullah sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Ironinya, setakat hari ini belum ada seorang anggota kabinet yang mengangkat sumpah dan Parlimen penggal baru masih belum bersidang. Agak-agak pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM tak termasuk dalam klausa ini ke?

Tambahan lagi, sejak semalam kita dihidangkan dengan manifesto dan janji PH yang telah dicapati. Antara lain ianya adalah:

πŸ‘‰ Manifesto PH: Untuk menghadkan kuasanya, Perdana Menteri dilarang memegang jawatan kabinet yang lain.

Apa yang baru berlaku: Tun Dr Mahathir telah menamakan dirinya sebagai Menteri Pelajaran. Alasan yang diberikan adalah seperti di bawah:


πŸ‘‰ Manifesto PH: GST akan dimansuhkan sepenuhnya.

Apa yang berlaku: GST tidak dimansuhkan tetapi akan dikurangkan kepada 0% bermula 1 Jun. Sistem GST akan tetap utuh dan boleh ditingkatkan apabila dikehendaki.

πŸ‘‰ Janji PH: Harga petrol akan stabil dan dikurangkan.

Apa yang berlaku: Harga petrol stabil tetapi tidak dikurangkan. Ia masih ditetapkan pada RM2.20 seliter untuk RON95.

πŸ‘‰ Janji PH: Tidak akan ada dendam terhadap DS Najib Tun Razak.

Apa yang berlaku: FS Najib Tun Razak dan keluarganya tertakluk kepada serbuan polis pada awal pagi yang berlangsung selama 15 jam pada malam 01 Ramadan.

May 17, 2018

80 Perdana Menteri Menjawat Sebagai Menteri Pelajaran, Mana Janji Buku Harapan?



Di atas tertera salah satu janji-janji atau manifesto di dalam Buku Harapan iaitu 'Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan Menteri lain, terutamanya jawatan Menteri Kewangan.

Hari ini di dalam Sidang Media, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir telah mengumumkan bahawa Perdana Menteri akan turut memegang jawatan Menteri Pelajaran. Kata Tun Dr Mahathir,
I took over Education portfolio because so many people are uneducated. Besides, our way of teaching is outdated so we need to decide on a new way of teaching.
Maknanya Ahli Parlimen PH yang lain bodoh la kot?

Tahniah #MalaysiaBaru #Malaysia Memilih



35 Waima @n_izzah Melahirkan Ketidakpuasan Kepada Pihak Polis Melayan @DSNajibRazak, Mana Pemimpin UMNO Dan BN?


Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini  meluahkan perasana ketidakpuasan hati beliau mengenai perlakuan pihak polis menyerbu dan mentita barangan peribadi Mantan Perdana Menteri DS Najib Tun Abdul Razak di Jalan Langgak Duta malam semalam.

Beliau berkata di laman sosial Twitter seraya membuat 'tagging' kepada Twitter rasmi Polis Di Raja Malaysia iaitu @PDRMsia, 
As former victims of early dawn police raids, I must stress my disagreement in ransacking any home at such an ungodly hour. Charge, investigate, prudently. Prinsip keadilan & berhikmah sentiasa terpakai @PDRMsia
Untuk rekod bagi budak-budak K-Pop yang mengundi baru-baru ini, bapa Nurul Izzah, Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim telah mengalami keadaan yang sama, iaitu rumah kediaman mereka diserbu oleh pihak komando berkaitan isu Sodomi I.

Persoalan yang bermain di fikiran CTS adalah, di mana suara pemimpin-peminpin UMNO dan Barisan Nasional? Sudahlah mereka tidak datang melawat DS Najib Tun Razak, bersuara untuk menegakkan keadilan kepada Mantan Ketua mereka pun tidak ada telur?

Di bawah, seorang lagi pemimpin PKR dan Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad turut melahirkan suara beliau. Kudos!


48 Soalan KBAT Bertaraf Detective Conan



Di atas adalah temu bual wartawan bersama peguam DS Najib Tun Razak mengenai serbuan yang dilakukan di rumah kediaman peribadi beliau di Jalan Langgak Duta semalam. Menurut Datuk Harpal Singh Grewal, antara barangan yang dirampas dalam serbuan pihak polis semalam adalah beg tangan, pakaian dan hadiah.

Berikut adalah soalan KBAT bertaraf Detective Conan:
Jenis barang siasatan:
1. Beg tangan
2. Pakaian
3. Hadiah
Apakah jenis kesalahan yang boleh disabitkan berdasarkan jenis barang siasatan?
[20 markah]

46 Bertabahlah DS @NajibRazak, Doa Orang Teraniaya Tiada Hijab



Ferdinand Marcos melarikan diri menggunakan pesawat tentera ke Guam, di kepulauan Pasifik sebaik saja gelombang kebangkitan Rakyat Filipina menggulingkannya.

Yingluck Shinawatra melarikan diri melalui sempadan Kemboja sebaik saja kerajaannya digulingkan oleh junta tentera Thailand.

Abang Yingluck, Thaksin sebelum itu terus mendapatkan suaka politik USA selepas kerajaannya digulingkan semasa dia dalam lawatan kerja di USA.

Adakah tindak-tanduk DSN macam orang bersalah atau orang yang hendak melarikan diri? 12 Mei lalu, beliau memohon untuk bercuti dan dihebahkan di media sosial Twitter beliau.

DSN hanya mahu menenangkan fikiran di Indonesia menggunakan pesawat komersial, tapi akur dengan arahan Kerajaan PH yang menyekat passport beliau dari ke luar negara.

Kalau beliau orang bersalah dan hendak melarikan diri, tengah malam 9 Mei beliau boleh mencari pelbagai jalan untuk keluar dari Malaysia.

Sehingga jam 3 pagi, pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) masih menggeledah rumah DSN di Jalan Duta mencari dokumen dan bukti berkaitan 1MDB. 

Tidak pastilah apa dokumen berkaitan 1MDB yang ada. Mustahil dokumen tulen sebuah syarikat kerajaan disimpan di sini. Pihak PDRM hanya menjalankan tugas yang tidak sempat untuk menunggu hari esok. 

DSN tidak mengumpul apa-apa penyokong untuk menjatuhkan Kerajaan hari ini. Beliau tidak cuba melarikan diri. Beliau baharu saja pulang dari solat terawih berjemaah di Masjid Kampung Baru.

Menghantar 15 kereta polis dan trak ke rumah bekas Perdana Menteri seolah-olah beliau seorang pengganas adalah wajah baharu negara kita.

Tahniah masyarakat madani baharu Malaysia. Apa pun bertabahlah Dato Sri. Berdoalah kepada Allah kerana doa orang teraniaya tiada hijab terutama di bulan Ramadhan.





May 15, 2018

138 1 Daripada 10 Janji Kerajaan PH Dicapati



GST tidak akan dimansuhkan dalam tempoh 100 hari kata TS Zeti Akhtar Aziz, Ahli Council of Elders. 1 dari 10 Janji 100 hari Manifesto PH hampir pasti tidak ditunaikan. Kenyataan ini juga bukan dibuat oleh Menteri Kewangan yang dinamakan oleh Perdana Menteri.

Rakyat yang mengundi PH berangan GST dimansuhkan segara selepas PH menang. Rupanya tidak. Kemudian ada yang kata tunggulah, GST akan dimansuhkan dalam tempoh 100 hari. Rupanya itu pun tidak. Ahli Council of Elders kata hanya kaedah hapuskan GST akan diumumkan dalam tempoh 100 hari. Pemansuhan GST hanya selepas 100 hari.

Sebenarnya, mudah saja kalau Kerajaan hendak tunai janji mansuhkan GST yang ada di dalam manifesto PH PRU14. Perdana Menteri atau ahli Council of Elders boleh istihar segera kadar GST adalah 0%, sementara menunggu kaedah lain yang terbaik, Tidak perlu tunggu 100 hari atau memberi apa-apa alasan. Itupun kalau Kerajaan jujur hendak tunaikan janji.

14 Apabila Penyokong Kerajaan Sendiri Sebarkan Berita Palsu



USD 1 billion sumbangan oleh Kerajaan Brunei untuk membantu Malaysia memulihkan ekonomi dan tidak perlu bayar balik, katanya semalam. Itulah berita yang dimuat naikkan oleh 'page' penyokong Kerajaan PH semalam. 

Rupanya ianya hanya berita palsu. Memang agak menghairankan kerana Negara Brunei pun berada di dalam keadaan tenat sekarang apabila harga minyak mentah dunia jatuh. Namun, ramai penyokong Tun Dr Mahathir percaya dengan berita palsu ini sebab 'page' Mukhriz Mahathir FC pun kongsi berita tidak benar ini.

Kesimpulan, mungkin pengendali 'page' ini terlupa bahawa mereka telah menjadi Kerajaan dan bukan lagi pembangkang yang selalu menyebarkan fitnah.

40 Bakal Menteri Pertahanan Malaysia Jadi Bualan Di Internet

Says.com di dalam posting terbarunya "Malaysians Have Declared That New Defence Minister Mat Sabu Is Now A Meme Icon", baca di sini, telah memaparkan satira-satira jenaka yang dimainkan oleh pemain-pemain media sosial terhadap bakal calon Menteri Pertahanan, Haji Mohammad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu. Antaranya adalah seperti di bawah:










 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates