May 5, 2018

31 Drama Terbaru Kerala - Ziarah Kubur Allahyarham Datuk Fadzil Noor



Setelah berpuluh tahun Allahyarham Datuk Fadzil Noor meninggal dunia akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamad menziarah kubur beliau petang tadi.

Tun Dr Mahathir berada di luar negara pada hari pemergian Allahyarham pada 23/06/2002 dan Allahyarham dipusarakan di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena.

Antara yang datang melawat Allahyarham pada hari pengkebumian adalah DS Najib Tun Razak, TS Khalil Yaakob, Menteri Besar pada masa itu, DS Syed Razak Syed Zain dan Menteri Besar Perak ketika itu, DS Tajol Rosli Ghazali.

Terdapat tiga teori di sini kenapa Tun Dr Mahathir buang tebiat melawat pusara Allahyarham Datuk Fadzil Noor. Pertama, Tun Dr Mahathir terpaksa melakukan 'political stunt' ini kerana beliau terlepas cakap mengutuk mangsa Memali sebagai mati katak.

Kedua, Tun Dr Mahathir melakukan ini kerana beliau sedang di ambang kekalahan di Langkawi. Kaji selidik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sendiri mendapati Tun Dr Mahathir perlu sokongan 2-3 ribu penyokong PAS untuk mengalahkan BN.

Ketiga, Tun Dr Mahathir mungkin mahu memohon kemaafan kerana takut doa Allhayarham Fadzil Noor ke atas dirinya menjadi kenyataan. Semasa hayatnya Allahyarham Fadzil Noor berdoa Tun Dr Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat sendiri dosa-dosa beliau.

Tun Dr Mahathir memang terdesak di Langkawi. Jika tidak masakan beliau memohon maaf kerana mengutuk mangsa Memali. Sejarah menunjukkan Tun Dr Mahathir memang pantang mengaku salah dan mohon maaf secara terbuka. 

Apa-apapun, hati-hati dengan manusia bernama Mahathir Mohamed.

0 Skypark Percuma Sebulan, Terima Kasih SPAD


Pembukaan stesen baru, Stesen Terminal Skypark yang mula beroperasi beberapa hari lepas, dijangka menerima 3,250 penumpang dalam sehari yang ingin menggunakan perkhidmatan berkenaan. Perkhidmatan pertama disediakan seawal jam 5.30 pagi itu adalah dari stesen KL Sentral dan sambutan diterima begitu baik daripada penumpang yang ingin merasai pengalaman pertama mereka.

Tiga set tren dengan tiga gerabak disediakan dan beroperasi setiap hari yang akan memberi perkhidmatan 26 kali dari Stesen KL Sentral ke Terminal Skypark dan sebaliknya. Perkhidmatan ini membuat perjalanan ekspres dan berhenti di tiga stesen iaitu Stesen KL Sentral, Subang Jaya dan Terminal Skypark.

Setiap tren pula boleh memuatkan 300 penumpang dengan 200 tempat duduk disediakan. Buat permulaan selama sebulan, orang ramai akan diberi peluang menaiki secara percuma sebelum mendapat kelulusan tambang daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Pembukaan stesen dan perkhidmatan tren disediakan itu adalah alternatif mod perjalanan melalui rel kepada orang ramai untuk ke Terminal Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang Jaya serta mereka yang tinggal dan bekerja di sekitar kawasan berkenaan.

Sebagai permulaan, perkhidmatan ini akan beroperasi dengan kekerapan 60 ke 180 minit hingga 31 Mei ini dan bermula 1 Jun ia akan beroperasi setiap 60 minit sekali. Perkhidmatan pertama dari KL Sentral bermula jam 5.30 pagi dan terakhir ialah jam 9.25 malam manakala dari Terminal Skypark bermula jam 7.50 pagi dan berakhir 11.20 malam.

May 4, 2018

31 Ini Buktinya Tun @chedetofficial Kata Mangsa Memali Mati Katak



Penerima BR1M, orang India, orang Bugis, orang Sabah / Sarawak, orang gemuk semua telah dihina oleh Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan. Kini orang yang telah meninggal dunia pun turut dihina oleh Tun Dr Mahathir.

Di dalam ceramah Tun Dr Mahathir di Lembah Pantai semalam, Tun Dr Mahathir telah berkata mangsa-mangsa Memali yang terbunuh bukan mati syahid, tetapi mati katak. 

Kalau bukanpun mangsa-mangsa Memali meninggal kerana syahid, Tun Dr Mahathir tidak perlu kurang ajar mempersendakan mereka sebagai mati katak.



Hari ini Tun Dr Mahathir bagi alasan dalam permohonan maaf olok-olok, dia berkata seperti itu semalam sebab marah bila TG Hadi Awang fatwakan orang UMNO kafir.

Pelik, Tun Dr Mahathir sekarang ini masih rasa beliau ahli UMNO lagi ke? Kenapa hendak marah pasal fatwa TG Hadi Awang sekarang? Dia bukan lagi UMNO.

Kisah Memali ini adalah antara Tun Dr Mahathir dan keluarga Memali, bukan antara UMNO dan keluarga Memali. Kita harapkan penyokong PAS, undi saja BN. 

Lepas PRU nanti DS Nazri Aziz sendiri sudah berjanji yang beliau sendiri akan mendesak supaya diadakan Suruhanjaya Siasatan DiRaja mengenai isu Memali.



  1. Selepas itu baru kita akan tahu siapa yang mati katak dan siapa pula yang akan lari lompat ke luar negara macam katak.

29 Mana Lebih Penting Wahai Nik Omar - Kasih Dan Restu Ibu Kandung Atau Ayahanda Dan Bonda Palsu?



Terasa lucu bila pihak yang kononnya faham agama mengalu-alukan perbuatan Nik Omar menentang ibu kandungnya. Suatu hari nanti, kamu akan rasa 'nikmatnya' bila anak sendiri menderhaka. Terasa lucu apabila pengikut-pengikut Pakatan Harapan memuat naik temu bual Nik Omar yang kononnya bersopan santun, sedangkan hakikatnya perbuatan beliau menguris hati Ibu sendiri? Mana lebih mulia, lembut lidah apabila bercakap atau menghormati Ibu. Lupakah beliau syurga di bawah kaki Ibu?

Kepada Nik Omar, lima tahun lalu orang yang kamu panggil 'ayahanda' itu pernah mengejek ayah kandungmu, TG Nik Aziz sebagai nyanyuk kerana masih ingin bertanding pada usianya yang ke 82. Padahal dirinya lah yang pada usia ke 93 masih bernafsu dengan kuasa, dan ingin menjadi Perdana Menteri. Janganlah menjadi tanggang yang mendewakan orang yang menghina Ayahmu dan perbuatan kamu itu menguris hati Ibumu.

27 Angkuhnya Mokhzani Mahathir Hina Penerima BR1M


Semalam, anak kedua Tun Dr Mahathir, Mokhzani Mahathir berkata di Pendang, tidak ada apa yang perlu dibanggakan dan digembirakan dengan BR1M. Kata beliau,
Kita hanya boleh bangga dan hidup bagaikan juara sekiranya kita kaya. Kita boleh berasa hebat dengan wang hasil usaha kita sendiri. Itu yang utama. Bukan kita hidup hasil dari pemberian orang. Itu bukan kehebatan.
Demikian kata anak Tun Dr Mahathir ini yang pada tahun 2014 merupakan orang Melayu kedua terkaya di Malaysia dengan harta sebanyak RM 4.2 billion. Mudahnya beliau untuk berkata dengan angkuh sedemikian. Almaklumlah, tidak semua orang yang bekerja ‘keras’ di dalam bidang 'Oil & Gas' dan mendapatkan projek-projek lumayan Petronas ketika mana ayahnya adalah Penasihat Petronas. Tambahan lagi, ayahnya begitu ramai kroni-kroni billionaire yang sudah pasti membantu dirinya dan adik beradiknya di dalam perniagaan. 

Rakyat Marhaen terima BR1M tidak boleh dibanggakan rupanya. Sedangkan ianya usaha Kerajaan untuk memberikan subsidi kepada golongan sasaran bagi meringankan beban. Bukan saja amalan di Malaysia, malah amalan yang sama diikuti kini oleh negara-negara seperti Singapura dan Arab Saudi bagi meringankan beban rakyat. 

Berbanding ayah Mokhzani Mahathir yang tidak pernah memberikan waima RM0.50 kepada Rakyat, kini anaknya mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan pula kepada para penerima BR1M. Wahai Mokhzani Mahathir, tidak ada apa yang perlu dibanggakan bila mana kekayaan luar biasa kamu itu diperolehi kerana nama kamu adalah Bin Mahathir.

6 @TianChua Gagal Dalam Saman Pemula Terhadap SPR


Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi menolak saman pemula yang dikemukakan penyandang kerusi Parlimen Batu, Tian Chua terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung deklarasi layak menjadi calon kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketika prosiding semalam, Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Amarjeet Singh, berhujah yang Mahkamah Tinggi tidak mempunyai kuasa mendengar pertikaian berhubung keputusan Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang menolak penamaan calon Tian Chua itu.
Tindakan Hakim Mahkamah Tinggi mendengar dan memutuskan permohonan ini bertentangan dengan Artikel 118 Perlembagaan Persekutuan yang mengetepikan Mahkamah Tinggi dalam memutuskan hal berkaitan pilihan raya. Undang-undang berkaitan pilihan raya jelas menunjukkan satu-satunya cara untuk mempertikaikan mengenai penolakan kertas penamaan calon adalah melalui petisyen pilihan raya.
Amarjeet berkata, permohonan Tian Chua itu adalah remeh, menyusahkan dan menyalahgunakan proses mahkamah. Hakim Nordin Hassan yang membenarkan bantahan awal SPR berkata aduan Tian Chua adalah berkaitan dengan pertikaian pilihan raya. Hakim Nordin Hassan berkata,
Penolakan kertas pencalonannnya adalah sebahagian daripada proses pilihan raya.
Hakim Nordin Hassan berkata, Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan menetapkan apa-apa pertikaian mengenai pemilihan seseorang ke Dewan Udangan Negeri dan Parlimen hendaklah dibuat melalui petisyen pilihan raya. Beliau menambah, beliau tidak dilantik sebagai hakim pilihan raya dan oleh sebab itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar aduan tersebut




10 Kenapa Tun @chedetofficial Asyik Tersasul Sokong Barisan Nasional Dan Tolak Pakatan Harapan? Nyanyuk Atau Rindu?



Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kesilapan sekali lagi ketika bercakap di hadapan orang ramai di ceramah di projek perumahan awam Kerinchi semalam. Beliau tanpa sedar ketika ingin menggesa orang ramai untuk mengundi calon Pakatan Harapan, secara tidak sengaja berkata "... undi kawan-kawan saya di sini calon Barisan ... ops Pakatan Harapan".

Ini kali kedua dalam seminggu calon Perdana Menteri Pakatan Harapan tersasul. Pengerusi Pakatan Harapan tersasul pada 30/04/2018, kali ini dalam ceramah di Dungun, Terengganu. Beliau menyeru orang ramai yang hadir supaya tidak mengundi calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini. Kata beliau, "Tetapi jangan undi Pakatan Harapan," katanya, diikuti gelak tawa orang ramai yang hadir.

Apa yang kita hendak harapkan dari pemimpin berusia 92 tahun selain dari sifat nyanyuk dan pelupa.

May 3, 2018

36 Kalau Pembangkang Tanya, Ke Mana Perginya Duit GST? Ini Jawapannya















21 Menteri Besar Bodoh @AzminAli Buat Perbandingan Klinik 1Malaysia Dengan Skim Peduli Sihat


Kenapa Menteri Besar Azmin Ali perlu buat perbandingan di antara Klinik 1 Malaysia dengan Skim Peduli Sihat? Klinik 1 Malaysia bukan tandingan sebenar untuk Skim Peduli Sihat, apatah lagi untuk memomok-momokkan Klinik 1Malaysia (K1M) dengan tercekik panadol. 

Skim Peduli Sihat (SPS) adalah inisiatif yang baik dari Kerajaan Selangor. Namun, adakah ianya praktikal dalam konteks yang sebenar? SPS memperuntukan RM500 sekeluarga setahun dengan maximum RM50 bagi setiap rawatan bagi mereka yang berpendapatan RM3,000 seisirumah. Purata pendapatan seisi rumah di Selangor adalah RM9,400. Rujuk sini. Oleh itu, berapa ramai mereka berpendapatan RM 3,000 seisi rumah di Selangor? 

Kedua, katakan rawatan untuk penyakit deman dan selsema biasa sekitar RM60. Maknanya, individu terbabit perlu menambah kos rawatan RM10. Itu kalau seorang ahli keluarga. Bagaimana jika ada 2 orang anak mengidapi penyakit yang sama dengan kos maksima setiap kali rawatan adalah RM50 sahaja?

K1M bukan saingan klinik swasta. Peranannya adalah untuk rawatan ringan seperti dressing, tukar tiup kencing, demam tidak tinggi dan lai-lain. Kita ada klinik pesakit luar untuk mereka yang mengidapi demam dan selsema. 

Bajet 2018, Kerajaan Persekutuan memperuntukan RM26.5 billion untuk 32 juta rakyat Malaysia. Dengan kata lain, setiap rakyat diperuntukkan RM828 per individu untuk setahun dengan bayaran RM1 setiap kali rawatan. SPS pula RM500 per keluarga untuk setahun dengan bayaran tambahan jika rawatan melebihi RM 50. Jadi mana lebih kos effektif? 

Buat Menterii Besar bodoh, jika seseorang itu dapat stroke ataupun serangan jantung, kita tidak rawat di K1M. Sebaliknya kita hantar terus ke hospital dengan bayaran yang sangat minima!

6 Surat Terbuka Tun @chedetofficial Kepada Penduduk Langkawi Bukti Langkah Terdesak Pembangkang



Sejak malam semalam, telah tular melalui WhatsApp Group, satu surat terbuka yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir, calon Pakatan Harapan (baca haram) bagi kerusi Parlimen Langkawi. Di dalam surat terbuka tersebut Tun Dr Mahathir merayu supaya Rakyat Langkawi menolak Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei akan datang kerana UMNO konon katanya telah dirosakkan oleh DS Najib Tun Razak.

Apa bukti DS Najib Tun Razak merosakkan UMNO dan negara? Adakah UMNO telah menjadi lemah atau negara menjadi kucar kacir seperti Venezuela di bawah pemerintahan DS Najib Tun Razak? Adakah DS Najib Tun Razak memberi 'dedak' kepada Bank Dunia, IMF dan firma-firma penarafan antarabangsa untuk memberi laporan ekonomi yang cukup baik untuk Malaysia? Tun Dr Mahathir tersilap jika menyangka  pengundi Langkawi tidak tahu fakta dan situasi semasa negara.

Selain itu, Tun Dr Mahathir meminta supaya Rakyat Langkawi mengenang jasa beliau yang membangunkan Pulau Langkawi sebelum ini. Perangai buruk siku betul. Kita akui kita mengenang jasa Tun Dr Mahathir. Melayu tidak pernah lupa. Cuma, tolong jangan perbodohkan pengundi Langkawi dengan sekadar ungkit jasa dan budi.

Sudah tentu ada yang menghargai tapi mereka tidaklah mudah diperbodohkan Tun Dr Mahathir untuk tidak mempersoal tindakan  beliau sekarang ini yang telah bersekongkol dengan musuh beliau dari PKR dan DAP semata-mata mahu menjatuhkan DS Najib Tun Razak, UMNO dan BN.

Di sebalik rayuan Tun Dr Mahathir kepada Rakyat Langkawi, ia sebenarnya telah menggambarkan bahawa Mahathir sedar bukan mudah untuk beliau merampas Parlimen Langkawi daripada BN dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Malah Tun Dr Mahathir turut mengakui bahawa Langkawi merupakan kubu kuat BN dan kekuatan BN di Langkawi terbukti dalam PRU12 di mana ketika Kedah telah jatuh kepada PAS, Rakyat Langkawi masih tetap bersama BN.

Dalam sejarah Tun Dr Mahathir memerintah negara selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, tidak pernah sekalipun beliau menulis surat kepada pengundi untuk mengemis undi. Apatah lagi dengan  adengan lakonan air mata buaya di dalam video bersama cucu palsu.

Jika beliau boleh melakukan semua ini ditambah dengan pembohongan demi pembohongan yang beliau lakukan saban hari, kita boleh jangkakan (dan tidak jangka) apa yang akan beliau lakukan sepanjang baki 6 hari sebelum pengundian untuk mendapatkan kuasa.

May 2, 2018

12 Now Tun @chedetofficial Want To Stay More Than 2 Years As Prime Minister, 22 Years Were Not Enough?


Tun Dr Mahathir told The Guardian as reported by Malaysiakini, here
It won't take too much time to pardon Anwar, but I need to have time in office – two years, three years – because there are things that I need to do, which my experience will help.
Remember the last time when he said give him 2 years to be Prime Minister, again. Then today he said, 2 years 3 years to do things. 2 to 3 years to do what? He had his time 22 years already.

Don't laugh so fast yet, we might get another 22 years, if it's up to him. At first, it will only take 6 months to free Anwar Ibrahim. And 6 months become 2 years. Now 2 years become 3 years. And DAP thumping their chess here and there claiming they are using him

Stay as long as you like, Tun Dr Mahathir. 3 years would mean he would be only 96 years old by then. He normally u-turn on anything and everything. 

So nothing to stop him from u-turning on his promise to PKR and DAP. PKR, DAP and especially Anwar Ibrahim, please prepare to be gamed (again).

22 Carta Fitnah Pakatan Harapan Menjelang PRU14



Menjelang Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14), Pakatan Harapan a.k.a Pakatan Haram telah mengiatkan usaha untuk menabur fitnah. Bagi tempoh 15/04/2018 hingga 01/05/2018 sahaja, sebanyak 18 fitnah besar yang ditabur oleh Pakatan Harapan a.k.a Pakatan Haram. Jadi tidak hairanlah puak-puak ini begitu menentang RUU Anti Berita Palsu 2018. Berikut adalah 18 fitnah sepanjang tempoh berkenaan.

1. Kapal terbang yang membawa pengundi dari luar sudah tiba? Baca di sini.

2. Kos pembinaan ECRL RM75 bilion? Baca di sini.

3. Penemuan wang tunai di lokasi kemalangan membabitkan pemimpin BN Sabah? Baca di sini.

4. Bas membawa Bangla untuk mengundi? Baca di sini.

5. Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary kecewa dengan Najib? Baca di sini.

6. Kenderaan Singapura perlukan VEP untuk masuk Malaysia. Baca di sini.

7. Imam Palestin yang ditembak mati ada pakar pembuat bom? Baca di sini.

8. Duit Rakyat tersadai di Melaka? Baca di sini.

9. Warga Asing tiba di Penang untuk mengundi di PRU 14? Baca di sini.

10. Najib dan Tengku Adnan sedang melihat duit? Baca di sini.

11. Polis Halang calon Pakatan Harapan DUN Rantau? Baca di sini

12. Dato’ Sri Liow gagal tunjukkan IC ketika penamaan calon? Baca di sini.

13. Polis diarahkan untuk membuat sekatan jalan raya dan sengaja ‘mengadakan’ kemalangan ketika PRU14? Baca di sini.

14. Menteri Kesihatan dimasukkan hospital dan tak dapat bertanding PRU14? Baca di sini.

15. Bahasa Bangladesh (Bengali) Bahasa Utama di Malaysia? Baca di sini.

16. Calon BN Parlimen Pasir Puteh peluk perempuan bukan mahram? Baca di sini.

17. Kapal Selam Scorpene berharga RM3.4 bilion tersadai di Melaka? Baca di sini.

18. Ada peraturan pemakaian ketika mengundi? Baca di sini.

Surah Al-Hujurat, ayat 6: "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti (tabayyun), agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan menyesal atas perbuatanmu itu."

May 1, 2018

21 Hasrat Untuk Permainkan DS @NajibRazak, Bila Perdana Menteri Troll Balik ... Priceless



Mungkin hasrat di hati pembangkang mahu memalukan Perdana Menteri dengan meletakkan dua bendera mata dajal di kedua-dua belah tangan poster Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak.

Kita faham IQ macai pembangkang hanyalah sekitar 14 sahaja. Mereka tidak tahu peraturan perang. Setidak-tidaknya sekiranya mereka pernah bermain 'paitball', mereka akan faham apa maknanya sekiranya bendera berada di tangan musuh. 

Seperti 'troll' atau kata sindiran DS Najib Tun Razak, "Dalam perang sekiranya bendera berada di tangan musuh maknanya dah kalah. Ayuh #JomBN!"

19 Apa Relevan Saiful Bukhari Azlan Dengan Pengundi Kota Anggerik, Wahai Nurul Nuha?


Nurul Nuha datang ke Shah Alam membantu kempen Najwan Halimi dengan mengitar semula semula cerita lama. Cerita hubungan Saiful Bukhari Azlan dengan bapanya, Anwar Ibrahim. Persoalannya  apa relevannya cerita ini dengan pada pengundi DUN Kota Anggerik? 

Sepatutnya Nurul Nuha bantu Najwan Halimi dengan  mengetengahkan profil beliau sebagai calon, pengalaman, manifesto, perkhidmatan yang bakal ditawar dan apa menfaat pengundi DUN Kota Anggerik jika memilih Najwan Halimj sebagai Wakil Rakyat mereka. Di situ baru pengundi dapat menilai. 

Lagipun, CTS bersetuju dengan Saiful Bukhari Azlan bahawa bukan beliau yang bertanding lawan Najwan Halimi di DUN Kota Anggerik, sebaliknha lawannya Ustaz Dusuki dari PAS dan Ketua Wanita UMNO Shah Alam sebagai calon BN. Lawanlah mereka, apa kena mengena dengan Saiful Bukhari Azlan?

7 SPR Tolak Campurtangan SUHAKAM Sebagai Pemerhati PRU14, Pembangkang Tidak Perlu Bising



Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) telah gagal dalam usahanya untuk menjadi pemantau pilihan raya yang mendapat tauliah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Dalam satu kenyataan hari ini, SPR berkata SPR sentiasa berpegang kepada kepentingan hak asasi semua warganegara selaras dengan peruntukan undang-undang dan tidak pernah menyekat mana-mana warganegara untuk menggunakan hak mereka yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan dan Akta berkaitan dengan pilihanraya bagi menyertai proses demokrasi Negara.
Pada 10 April lalu, SPR mengumumkan akan mengundang pemerhati pilihan raya antarabangsa bagi meninjau ketelusan proses pilihan raya umum (PRU) ke-14 melibatkan sekurang-kurangnya tujuh negara iaitu Indonesia, Thailand, Maladewa, Timor Leste, Kemboja, Kyrgyzstan dan Azerbaijan.
Dengan demikian penglibatan SUHAKAM dilihat tidak perlu. Apatah lagi PRU14 ini akan dikendalikan oleh 250 ribu orang awam tanpa desakan atau tekanan daripada mana-mana pihak.

April 30, 2018

16 Grab Akan Dihapuskan? Itu Janji Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan


Dalam acara sembang santai dan dialog bersama pemandu pelancong Langkawi beberapa hari lepas, Tun Dr Mahathir berjanji akan mengekalkan pulau peranginan itu sebagai bebas cukai dan akan membela nasib pemandu teksi serat kereta sewa. Kata beliau dalam akhbar Sinar Harian, baca di sini,
Kita akan kekal Langkawi sebagai pulau bebas cukai. Selain itu, banyak lagi acara berprestij seperti LIMA akan diwujudkan supaya lebih ramai pelancong datang, begitu juga pelabur membangunkan pulau cantik agar Langkawi jadi tarikan utama pelancong.
Tun Dr Mahathir turut berjanji mengkaji aplikasi e-hailing bagi membela nasib pemandu teksi dan kereta sewa. Perkataan mengkaji telah mengantikan perkataan menghapuskan oleh akhbar Sinar Harian. Ini selepas Tun Dr Mahathir merungut yang beliau maksudkan adalah mengkaji semula dan bukan menghapuskan.


Kata Tun Dr Mahathir lagi,
Masalah Grab ini bukan hanya Langkawi tapi seluruh Malaysia. Grab merugikan pemandu teksi biasa, perkara ini akan dikaji supaya servis teksi yang adil kepada semua pihak, ini akan kita lakukan apabila kita ambil alih kerajaan nanti.
Bagi pemandu-pemandu Grab terutamanya anak muda yang mencari pendapatan sampingan, undilah Pakatan Harapan yang bakal menutup periuk nasi anda. Kalau Tun Dr Mahathir berkata beliau akan mengkaji aplikasi e-hailing dan Grab, itu bermakna beliau sedang mencari peluang untuk mengkayakan kroni-kroni beliau. 

Mungkin beliau akan wujudkan wujudkan satu syarikat yang memberi lesen kepada pemandu-pemandu Grab dengan bayaran harian seperti lesen pajak teksi pada zaman beliau dulu Kepala otak Tun Dr Mahathir memang bergeliga.

Tun Dr Mahathir tidak perlu risaukan nasib pemandu-pemandu teksi kerana Kerajaan menjaga kebajikan pemandu-pemandu teksi seperti menatang minyak yang penuh. Tidak seperti di zaman Tun Dr Mahathir. Apa yang Kerajaan tidak beri kebajikan kepada pemandu-pemandu teksi? 

Ini semua dilakukan oleh Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)? Apa kemudahan yang pemandu teksi tidak perolehi? Insurans, permit teksi individu, BR1M diluluskan secara automatik, Skim Bantuan Tayar 1Malaysia dan Kad Bantuan Teksi 1Malaysia yang bernilai RM800 diberikan baru-baru ini untuk berbelanja petrol dan diesel dan pelbagai lagi.

20 @LiewChinTong Lelaki Dayus, Hanya Berani Menyerang Isteri Perdana Menteri



Liew Chin Tong, calon Pakatan Harapan dari DAP untuk Parlimen Ayer Hitam, boleh diletakkan dalam kategori ahli politik yang bacul dan pengecut kerana sikap, tindak-tanduknya yang keterlaluan dalam kempen Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14). Ini kerana tindak tanduk beliau yang memilih untuk mencari pasal, bergaduh dengan seorang surirumah bernama DS Rosmah Mansor yang tidak mempunyai kaitan langsung dengan PRU14 kali ini.

Sama seperti isteri mana-mana ahli politik atau calon pilihan raya, DS Rosmah Mansor tidak wajar diserang atau dijadikan bahan kempen mana-mana calon kerana beliau hanya menyokong suaminya. Mungkin Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengajar Liew Chin Tong bahawa tidak salah untuk menyerang isteri pemimpin setelah isterinya, Tun Dr Siti Hasmah langsung tidak disentuh mahupun dijentik oleh mana-mana pemimpin Barisan Nasional (BN).

Liew Chin Tong, bertindaklah secara matang, lawanlah sebagai seorang lelaki, tidak pengecut dan seranglah lawan kamu yang sebenar dari MCA, DS Dr Wee Ka Siong jika benar kamu seorang jaguh politik masa depan. Apakah kamu dah jadi begitu bebal, sehingga tiada isu atau bahan untuk menyerang DS Dr Wee atau MCA sampai sanggup menjadikan DS Rosmah Mansor sebagai umpan menarik perhatian pengundi?

Atau mungkinkah kerana terlalu terdesak setelah menyerah tengkuk untuk melawan DS Dr Wee demi hendak menunjuk hebat kepada Tokong Joseph Lim Guan Eng, sehingga beliau terkena sawan sehingga sanggup menyerang seorang wanita?

17 Video Atuk @chedetofficial, Kenapa Sewa Cucu Orang? Kenapa Tidak Ambil Cucu Sendiri?



Sejak dua hari lepas, geng cytro PPBM bekerja keras menyebarkan satu video yang memaparkan lakonan Tun Dr Mahathir dengan dua kanak-kanak. Konon-kononnya ianya membawa elemen sedih untuk menarik simpati masyarakat. Masyarakat Malaysia tertipu lagi, kali kedua dalam seminggu selepas kes tayar jet peribadi bocor.

Perjuangan Tun Dr Mahathir bukan untuk menyelamatkan negara. Sebaliknya adalah untuk menyelamatkan anak cucu beliau. Kalau betul beliau hendak selamatkan negara dan hendak memberikan keyakinan kepada masyarakat bahawa perjuangannya untuk selamatkan negara, maka beliau tidak akan benarkan anaknya, Mukhriz bertanding di dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) kali ini.

Beliau seharusnya memberi peluang kepada orang lain untuk bertanding dan bukannya mengutamakan anak sendiri. Ini tidak, Mukhriz bukan sahaja dibenarkan bertanding, malah dua kerusi sekaligus bertanding. Lihat tak bagaimana tamaknya keluarga ini mengejar kuasa.

Apalah gunanya melakonkan video dengan menangis sedu sedan hendak menarik simpati masyarakat, tetapi sekadar menyewa cucu orang? Apakah Tun Dr Mahathir sendiri tiada cucu?Kenapa tidak berlakon dengan cucu sendiri? Adakah beliau takut dikutuk dengan masyarakat? Ini kerana masyarakat tahu bagaimana kehidupan cucu beliau. Sepatutnya, filem pendek yang sedih ini boleh dibuat di atas kapal (yacht) cucu beliau.


 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates