April 28, 2018

26 Lain Kali Kalau Hendak Berbohong, Kena Berbincang Anak Beranak



Satu pengajaran yang kita boleh pelajari dari episod di atas adalah kalau hendak menipu hendaklah dibincang dulu anak beranak. Jangan sampai terkantoi. Sekejap kata DS Najib Tun Razak 'block' Tun Dr Mahathir, baca kenyataan Mukhriz Mahathir, di sini.

Sekejap Tun Dr Mahathir kata jet peribadi disabotaj. Tayar jet peribadi sengaja dipancitkan. Baca kenyataan Tun Dr Mahathir, di sini.

Di bawah adalah Kenyataan Media daripada Pengerusi, Civil Aviation Authority of Malaysia, DS Azharuddin A Rahman. Beliau berkata dakwaan Tun Dr Mahathir disabotaj adalah liar dan palsu dan adalah salah dari segi moral untuk membuat kenyataan ini untuk keuntungan politik.
MEDIA STATEMENT BY 
DATO' SRI AZHARUDDIN A RAHMAN, CHAIRMAN CIVIL AVIATION AUTHORITY OF MALAYSIA 
INVESTIGATION INTO ALLEGED ACT OF SABOTAGE OF A PRIVATE AIRCRAFT 
28th April 2018 
1. The Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) has conducted an investigation following Tun Mahathir Mohamad’s allegation of sabotage against his private aircraft. Sabotage against an aircraft is an extremely serious allegation, which CAAB is duty bound to investigate thoroughly.  
2. The said aircraft, a Bombardier Challenger CL60 registered under Malta tail number 9H-VFD and operated by Vista Jet Limited, was reported as unable to depart from Subang to Langkawi on 27th April 2018. 
3. Thereafter, following the allegation of sabotage, on 28th April CAAM conducted a thorough investigation, including a verification of the aircraft documentation, physical inspection of the aircraft, and interviews with the pilots and maintenance personnel of Tun Mahathir’s private aircraft. 
4. The aircraft’s documentation found that there is no recent reported defect except for air leakage from the left hand nose wheel, which was logged on 27th April 2018.  
5. CAAM was also informed by the maintenance personnel that they found the left hand nose wheel tyre pressure to be low.   They then serviced the tyre, and on monitoring the tyre pressure, found the tyre pressure to be dropping at 2psi per minute. 
6. CAAM noted from the VistaJet technical/journey log, page number 55778, that an entry was made by Vista Jet on 27th April 2018 stating that there was air leakage from the left hand nose tyre. However, the replacement of the tyre was unable to be carried out due to the non-availability of spares.  
7. CAAM also performed an inspection of the left nose wheel tyre, which matched and verified the reports of the aircraft’s maintenance personnel.
8. Following our through investigation, CAAM has found that there was no indication whatsoever of any sabotage. The aircraft was unable to fly only due to a minor and routine technical fault, namely air leakage from the left hand nose wheel. 
9. Allegations of sabotage against an aircraft are extremely serious, and could impact the reputation of Malaysian aviation and the country as a whole, especially in this sensitive general election period. It is morally wrong to make such wild and false allegations for the sake of political gain. 

DATO' SRI AZHARUDDIN A RAHMAN, 
CHAIRMAN CIVIL AVIATION AUTHORITY OF MALAYSIA



Lagi satu, tular di media sosial Facebook, penerangan daripada seorang juruterbang mengenai tayar kapal terbang. Macai, baca di bawah dan hadam.



21 Lawak Pakatan Harapan Di Hari Penamaan Calon - Tak Layak Bertanding, Tiada Pas SPR Dan Tak Bawak IC!!!




Pakatan Harapan (baca PKR) membuat lawak badut circus di hari Penamaan Calon apabila calon-calonnya terlupa bahawa mereka tidak layak untuk menjadi calon, terlupa untuk mendapat pas Suruhanaya Pilhan Raya (SPR) dan terlupa membawa kad pengenalan.

Calon PKR Batu, Tian Chua hilang kelayakan bertanding di Parlimen Batu, Wilayah Persekutuan kerana masih ada kes Mahkamah Shah Alam pada tahun 2013. Namun ada pertandingan di situ antara Barisan Nasional dan lain-lain calon.

Tian Chua yang mempertahankan Parlimen Batu didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 2016 kerana membuat kenyataan berunsur hasutan di satu forum pada 2013 dan dikenakan hukuman 3 bulan penjara dan denda RM2,000.


Manakala calon PKR Rantau, Dr S Streram pula gagal menghantar borang pencalonan oleh kerana tiada pas SPR. Oleh Yang demikian, Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, DS Mohammad Hassan diistiharkan menang tanpa bertanding.


Paling melucukan apabila calon PKR Wangsa Maju, Tan Yee Kew, nyaris menjadi calon yang pertama dalam sejarah tidak dapat mencalonkan nama di dalam Pilihan Raya Umum, apabila beliau tertinggal kad pengenalan di rumah.


Calon PKR Bukit Melawati, Sivamalar Ganapathy, ditolak kerana alamat dalam kad pengenalan di Raub, Pahang tetapi hendak bertanding di Selangor.



Yaakob Osman calon PKR (PPBM) DUN Penaga Penang telah ditolak pencalonan beliau oleh SPR, kerana masalah muflis. Sibukkan hutang negara dan 1MDB, hutang sendiri?


Ini lagi seorang gagal dicalonkan kerana muflis.


Ini lagi seorang, tapi lain kes.

Ini lagi seorang. Boss Besar Kelab Che Det (KCD) katanya. Muflis jugak!


Bagaimana mereka hendak 'Selamatkan Malaysia' sekiranya benda sekecil ini untuk diri sendiri sekalipun gagal mereka laksanakan? Bodoh betul pemimpin Pakatan Harapan (baca PKR). Waima calon Bebas logo Gajah, Diva Azwan Ali yang pertama kali bertanding pun tahu peraturan SPR. Memalukan betul.

Nota Kaki - Senarai pencalonan Pakatan Harapan yang ditolak SPR:

- DUN Rantau
- Parlimen Batu
- DUN Bukit Melawati
- DUN Tawang
- DUN Bukit Pasir
- DUN Kijang
- DUN Kuala Balah


April 27, 2018

31 Drama Kerala Tun @chedetofficial Sudah Bermula Sehari Sebelum Penamaan Calon


Hebat calon Wakil Rakyat Langkawi dari Pakatan Harapan. Hendak balik hantar borang pencalonan pun naik jet peribadi. Agak-agak esok selepas menang, adakah beliau masih mahu melihat wajah pengundi-pengundi di sana? 

Tun Dr Mahathir sekarang  berumur 93 tahun, tinggal di Kuala Lumpur, hendak jadi Wakil Rakyat Langkawi hanya untuk jatuhkan Kerajaan Barisan Nasional dan DS Najib Tun Razak sahaja.

Dua tiga hari lepas, Tun Dr Mahathir berkata ada cubaan untuk menghalangnya daripada menghadiri penamaan calon. Kemudian ada lagi cerita kononnya ada calon akan disabotaj dan sebagainya. Ini semua cerita rekaan dan tidak betul. 

Hari ini, drama Kerala paling kelakar sekali bermula. Tun Dr Mahathir yang selalu naik jet peribadi terbang ke sana sini, telah membuat tuduhan kononnya jet peribadinya itu rosak kerana disabotaj oleh pihak lain. Ini cerita karut. 

Namun itulah skrip drama simpati yang sedang Tun Dr Mahathir lakonkan sekarang. Tun Dr Mahathir di hadapan pengundi Cina dan India di Hotel De Baron, Langkawi pada jam 5.00 petang, 27/04/2018 berkata 
Saya sepatutnya sampai awal di Langkawi, sebelum solat Jumaat tapi ada kapal terbang yang saya naik rosak, nasib baik juruterbang dapat kesan awal jika tidak mungkin saya meninggal dunia akibat nahas. 
Kemudian saya cuba minta pinjam pesawat kawan-kawan namun mereka tidak dapat meminjamkan kepada saya kerana telah dihalang pihak tertentu, tapi syukurlah ada seorang rakan yang sudi pinjamkan pesawatnya, dapatlah saya sampai ke Langkawi untuk majlis ini dan penamaan calon esok. 
Kali ini benar-benar lawak, tuduhan Tun Dr Mahathir ini sudah keterlaluan. Selama ini jet peribadi itu tidak pernah rosak pun, tiba tiba rosak pula sekarang. Masih ingatkah lagi semasa Tun Dr Mahathir pergi ke Sudan, kemudian terbang balik menaiki jet yang sama dan terus pergi demonstrasi Bersih 5. Tidak ada sedikitpun kerosakan pada jet peribadi berkenaan.

Dalam Malaysiakini, 06/04/2018, Tun Dr Mahathir menyatakan "Tunggu saya dibunuh baru polis, tentera nak sedar?", CTS ada membuat posting sebelum ini dengan melihat jauh ke dapan seperti ada sesuatu yang sedang dirancang oleh Tun Dr Mahathir untuk mendapatkan undi simpati. 


Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai, baca di sini, telah mengarahkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menjalankan siasatan secara menyeluruh termasuk meminta juruterbang dan pemilik jet peribadi berkenaan memberikan keterangan. Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan sekiranya benar ada unsur jenayah terhadap pesawat yang sepatutnya dinaiki Tun Dr Mahathir Mohamad ke Langkawi.

DS Liow berkata perkara ini adalah serius dan beliau berharap ianya bukanlah merupakan satu mainan politik. Beliau menambah ini adalah perkara yang serius mengenai keselamatan penerbangan dan Kemeterian tidak mahu sesiapa mempunyai keraguan tentang piawai dan pematuhan Kementerian.

Pada masa ini PDRM masih menunggu laporan penuh hasil siasatan yang dijalankan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sebelum membuka sebarang kertas siasatan. Ketua Polis Negara, TS Mohamad Fuzi Harun, berkata, pihaknya bagaimanapun sedang mengumpulkan segala maklumat berhubung kejadian berkenaan sejurus kejadian berlaku.

Sekarang skrip Kerala semakin jelas. Kalau betul Tun Dr Mahathir di pihak yang benar dan terdapat unsur sabotaj terhadap jet peribadinya, beliau seharusnya membuat laporan polis dan bukannya bercerita di hadapan bakal pengundinya untuk mendapatkan simpati.


April 26, 2018

44 Setiap Kali Pilhan Raya, Syaitan Pasti Akan Memfitnah DS Rosmah Mansor


Satu klip audio yang disebarkan melalui  laman sosial whatsapps, memaparkan syaitan bersuara, tanpa wajah, hanya tiba di musim-musim pilihanraya, keluar membuat fitnah terhadap isteri Perdana Me teri, DS Rosmah Mansor.

Ini adalah jawapan terhadap cerita fitnah dari syaitan terbut:

1. Kek Hari Jadi apa yang berharga RM75 ribu? Kalau ada boleh tunjuk, di mana ia dibeli?

2. DS Rosmah bukan isteri Perdana Menteri PERTAMA yang ada pejabat di Putrajaya. Tetapi dia adalah isteri Perdana Menteri PERTAMA yang TIDAK mempunyai pejabat di Putrajaya. Ruang pejabat yang disediakan untuk isteri Perdana Menteri telah diubahsuai untuk dijadikan ruang kerja pegawai-pegawai.

3. 2 buah CCTV berharga RM7 juta? Seluruh rakyat Malaysia masih waras untuk sedar bahawa ini adalah perkara yang langsung tidak masuk akal.

4. DS Rosmah tidak ada pejabat di MOF ataupun PMO, jadi CCTV yang dia sebut ni pasang di pejabat mana?

5. Duit GST dimasukkan ke Kumpulan Wang Disatukan, semua perbelanjaan negara menggunakan wang ini. Kalau wang ini dah habis, sudah tentu penerima BR1M tak dapat duit baru-baru ini.

Tuan empunya suara dicabar supaya dapat tampil ke depan dan buat tuduhan secara terbuka. Jangan jadi bacul dan penakut untuk buat fitnah menggunakan media sosial whatsapps.

Berikut adalah Kenyataan Rasmi dari Pejabat Perdana Menteri:
25 April 2018 
Pejabat Perdana Menteri Nafi 'Berita Palsu' Berkenaan Perbelanjaan Kerajaan Ke Atas Rosmah 
1. Pejabat Perdana Menteri menafikan sekerasnya mengenai penyebaran berita palsu dan fitnah yang dikongsi secara meluas menerusi aplikasi pesanan WhatsApp dalam bentuk audio berkenaan perbelanjaan kerajaan membabitkan isteri YAB Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor. 
2. Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri berkata individu dalam audio berkenaan akan disiasat di bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang telah diluluskan baru-baru ini. 
"Dalam rakaman tersebut, seorang individu telah membuat tuduhan tidak berasas dan liar mengenai perbelanjaan kerajaan yang membabitkan Datin Sri Rosmah.
"Beliau mendakwa perbelanjaan yang amat tinggi dibuat oleh kerajaan bagi kek sambutan hari jadi isteri Perdana Menteri dan kos memasang dua buah kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat Datin Sri Rosmah di Putrajaya. 
"Individu tersebut yang mendakwa sumber berita tersebut datang dari seorang rakan beliau yang bertugas di Kementerian Kewangan juga mendakwa kononnya kutipan GST berjumlah RM70.1 juta sehari telah habis dicuri dan tidak dijumpai dalam Perbendaharaan Negara," katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.
3. Pejabat Perdana Menteri menafikan sekeras-kerasnya dakwaan liar dan tidak berasas yang dibuat oleh individu tersebut. Tindakan individu tersebut hanya bermotifkan politik untuk menghasut rakyat. 
4. Ketika ini gejala penyebaran berita-berita palsu dan fitnah semakin berleluasa di laman media sosial termasuklah aplikasi seperti WhatsApp dan Telegram, terutamanya menjelang kempen Pilihan Raya Umum ke-14. 
"Orang ramai dinasihatkan membuat penilaian serta semakan sebelum mempercayai berita-berita palsu serta fitnah yang disebarkan demi tujuan peribadi atau politik golongan yang tidak bertanggungjawab." 
5. Individu yang terlibat dalam pembuatan dan penyebaran berita palsu ini boleh disiasat di bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018. Jika sabit kesalahan tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali. 
6. Sebelum itu, pegawai khas isteri perdana menteri, Datuk Rizal Mansor juga menafikan bahawa Rosmah mempunyai pejabat di Putrajaya.

April 25, 2018

0 Projek CSR Dan ECRL Akan Membantu Pembangunan Ekonomi Bentong Dan Pantai Timur


Projek pengangkutan seperti Central Spine Road dan Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) akan membawa pembangunan ekonomi kepada Bentong dan keseluruhan Pantai Timur. Kerjasama dan semangat bersatu-padu rakyat akan pastikan kestabilan dan pembangunan Bentong.

Calon Barisan Nasional (BN) Bentong, DS Liow Tiong Lai berkata, selain kelebihan terletak berhampiran Ibu Negara, pelbagai usaha berterusan oleh kerajaan bakal merealisasikan hasrat menjadikan daerah ber­kenaan sebagai Bandar Satelit.

Menurut DS Liow, Dengan ada­nya sokongan Per­­dana Mente­ri, Bentong dapat laksanakan impian untuk membina landasan kereta api yang menghubungkan Bentong ke Kuantan dan juga Kuala Lumpur sekali gus melonjakkan kemajuan Ben­tong.

Beliau menambah selain kedudukan yang strategik, Bentong juga mempunyai tanah yang subur dan alam semulajadi yang masih terpelihara. Tambahnya, kehidupan ma­syarakat berbilang kaum yang aman dan harmoni sejak sekian lama menjadikan daerah itu amat sesuai didiami.


27 Ingatkan Kejutan Besar, Rupanya Mantan Presiden TIBAI Lawan DS @NajibRazak Di Pekan


Apabila Pakatan Harapan mengumumkan akan melakukan kejutan calon yang bakal melawan DS Najib Tun Razak dan dikatakan Parlimen Pekan bakal menerima sebuah kejutan yang sekali gus bakal mengubah senario lanskap politik Malaysia, kita sudah berpeluh dingin menantikan siapa calonnya. 

Rupanya kejutan yang dinantikan memang kita akan terkejut besar. Kalau ada yang sakit jantung memang telah lama meninggal. Calon yang ditunggu-tunggu adalah Mantan Presiden TIBAI, Zahid Mat Arip. Tahu tak TIBAI tu singkatan dari apa? 'Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim'.

Ironininya, Presiden TIBAI ini pernah memukul patung Anwar Ibrahim dengan rotan. Sekarang Zahid Mohd Arip mahu menggunakan lambang mata dajjal, logo parti yang diasaskan untuk Anwar Ibrahim untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Umum ke 14. Lawak apakah ini?

5 Pakatan Harapan Jaguh Tampilkan Calon Katak Lompat


Nasib baik tidak ada pingat untuk jaguh lompat kawasan, jika tidak sudah tentu pingat emas itu layak dikalungkan ke leher pemimpin Pakatan Harapan. Pakatan ini memang jaguh lompat kawasan di Malaysia, selain calon Perdana Menterinya, Tun Dr Mahathir yang menjadi jaguh ‘u turn’ di Malaysia.

Setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU), parti pembangkang akan melompat kawasan untuk mengelak dari kalah. Kenapa mereka tahu akan kalah? Sebabnya mereka tidak buat kerja di kawasan, bila sampai masa lompatlah ke tempat baru dan gantikan orang baru di tempat lama mereka.

Inilah cara yang dibuat oleh 'Makcik Kipas' bernama DS Dr Wan Azizah. Presiden PKR itu lompat jauh dari parlimen Permatang Pauh ke parlimen Pandan. Anaknya pula, Nurul Izzah melompat jauh dari Lembah Pantai ke Permatang Pauh.

Pengundi di Kajang terus ditinggalkan. Janji PRK Kajang hendak selesaikan masalah banjir dan lalulintas di Kajang terus tidak dipedulikan lagi oleh Dr Wan Azizah. Pengundi Kajang kena tipu hidup-hidup. Resepi buat bengkang pun mereka tidak dapat di Kajang.

Di Lembah Pantai, PKR memilih Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang juga Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil sebagai calon menggantikan Nurul Izzah. Datang pula buat janji baru, kemudian bila sudah cukup penggal nanti larilah ke tempat lain pula.

Seorang lagi jaguh lompat kawasan adalah Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad yang melompat dari Seri Setia ke kerusi Parlimen Setiawangsa. Ambil budak baru bernama Najwan Halimi yang jasanya hanya kerana mengambil gambar Anwar Ibram dan Tun Dr Mahathir bersalam dalam mahkamah bertanding di Seri Setia.

Bekas Ahli Parlimen Tumpat yang baru jadi ahli PKR pada 2015, Dato Kamarudin Jaffar juga lompat jauh dari Tumpat ke Bandar Tun Razak. Paling banyak lompat adalah Saifuddin Nasuiton, yang kini bertanding di Pulau Jerjak, Pulau Pinang. Sebelum ini pernah tanding di Lunas, Kedah dan Machang di Kelantan.

Xavier Jayakumar yang dulu bertanding di Subang, melompat jauh bertanding ke Kuala Langat. Seorang lagi jaguh lompat dan selalu kalah adalah Mat Sabu. Lompat di Kuala Kedah, Pendang, Kuala Terengganu dan yang terbaru lompat pula di parlimen Kota Raja.

DAP juga banyak kaki lompat kawasan, Nga Kor Ming dari Taiping ke Teluk Intan. Ini 'makhluk kasar' yang bukan habiskan banyak masa dengan rakyat, dia lebih habiskan banyak masa 'update facebook' dengan bahasa bahasa yang kasar sahaja.

Orang Teluk Intan jangan percayalah dengan calon DAP. Di Teluk Intan sahaja, DAP telah mencalonkan 10 individu berbeza sejak PRU ke-7 pada  tahun1986 lagi. 

Kasihan pengundi di Teluk Intan kerana tidak sempat mengenali wakil rakyat mereka. Pengundi di Lembah Pantai pun baru dua penggal, sempat dapat roti dan goreng pisang sahaja dari Nurul Izzah, ‘tup tup’ sudah bertukar ke tempat  lain pula. 

Mereka belajar menjadi jaguh lompat kawasan ini daripada pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang tujuh kali lompat kawasan. Tun Dr Mahathir sendiri pun ikut cara Lim Kit Siang, lompat tidak berani bertanding lagi di Kubang Pasu, lompat laut bertanding di Langkawi.

Ini bukti jelas pembangkang hanya mahu kedudukan dan kuasa sahaja. Mereka tidak berminat hendak berkhidmat pun kepada rakyat. Mahu kuasa semata mata. Jangan berilah undi kepada Pakatan Harapan Palsu ini.

April 24, 2018

0 MCA Lakukan Transformasi Dengan Meletakkan Calon Muda Pada PRU-14


Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai, berkata Barisan Nasional (BN) memasuki Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei ini, bukan untuk menjadi pembangkang sebaliknya mahu menubuhkan kerajaan negeri di Selangor. Beliau berkata MCA tidak mahu menjadi penumpang dalam kempen BN menawan semula Selangor. Beliau berkata selepas pengumuman senarai calon BN Selangor untuk PRU-14 di Pejabat UMNO Selangor, di Shah Alam, semalam.
Bila kita bertanding, kita nak jadi kerajaan negeri. Kita bertanding bukan nak jadi pembangkang. Kita kena pastikan kita menang menjadi kerajaan negeri dan MCA tidak akan menjadi penumpang. Kita akan menangkan kerusi dan yang paling penting, undi masyarakat Cina, kita nak tarik balik kepada BN. Kita letak calon yang boleh menang, yang digemari, disukai penduduk, orang ramai. Senarai calon dipilih sejak dua tahun lalu dan ia dikekalkan.
DS Liow turut mengakui peluang calon MCA lebih cerah kali ini kerana mereka sudah mula bekerja selepas tersenarai sejak dua tahun lalu. Apa yang penting, katanya, MCA dapat mencari ahli dan membawa mereka kembali ke pangkuan parti itu dalam usaha untuk memenangkan BN kali ini.

Pada masa sama, katanya, kerajaan negeri pimpinan PKR sebelum ini juga mempunyai banyak isu termasuk membabitkan air, sampah dan tanah ekoran kegagalan mereka melaksanakan janji dan akujanji mereka pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Justeru, katanya, pengundi di Selangor perlu memberi peluang kepada BN supaya kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan dapat selari supaya projek pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat.

Ini kerana, apabila pentadbiran negeri diserahkan kepada parti pembangkang, Rakyat yang akan rugi kerana pembangunan di negeri itu tidak dapat diselaraskan dan akhirnya terbantut berbanding di negeri lain.

DS Liow yang juga Pengerusi MCA Selangor, berkata parti itu meletakkan calon paling muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan, berikutan MCA kawasan itu bersetuju sudah tiba membawa orang muda pulang ke kawasan itu. Beliau berkata,
Lee dari Sekinchan, adalah seorang arkitek. Bapanya ahli veteran MCA. Apabila berbincang dengan jawatankuasa MCA, mereka setuju kena bawa balik ke kampung. Bila tengok ramai orang muda keluar dari Sekinchan, mereka merasakan sudah tiba masanya untuk kita bawa orang muda balik. Saya dapati beliau adalah seorang yang berminat dalam politik, seorang profesional dan juga dia digemari, 'likeable' dan mudah didekati serta mendapat tarikan besar dalam kalangan pengundi.
Dia lebih popular daripada penyandang, Ng Suee Lim kerana Suee Lim sudah lama di sana dan banyak janjinya yang tidak ditunaikan. Kita tahu Suee Lim lebih banyak retorik dan berpolitik daripada berkhidmat kepada rakyat serta kami minta pengundi Sekinchan beri peluang kepada pemuda ini.

April 23, 2018

20 Kalau Mohd Amar Jadi Perdana Menteri, Kaum Ibu Tidak Perlu Kerja, Cuti Buat Anak Saja


Banyak janji-janji tidak masuk akal ditaburkan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14. Yang terbaru, Naib Presiden PAS, Mohd Amar berjanji akan memberikan cuti bersalin selama dua tahun sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri.

Mungkin beliau sedar beliau tidak mungkin menjadi Perdana Menteri dan sebab itulah beliau merepek berjanji bulan dan bintang. Kenapa janji ini tidak logik dan langsung tidak produktif?

Anak baru belajar meniarap.
Si ibu mengandung lagi.
Anak umur 18 bulan,  si ibu bersalin lagi.
Sambung lagi cuti 2 tahun.

Anak nombor dua berumur 18 bulan.
Si ibu bersalin lagi.
Sambung lagi cuti 2 tahun.
Cuti tak sempat nak habis.
Si ibu bersalin lagi.

Itu baru seorang ibu yang bekerja. Bayangkan kalau ramai ibu-ibu yang produktif. Cuba bayangkan pula kalau si ibu terdiri dari pemegang jawatan yang penting seperti jururawat dan doktor. Siapa pula yang hendak menyambut kelahiran bayi?

April 22, 2018

60 DAP Cipta Sejarah Senaraikan Cucu Pemimpin Komunis Dalam PRU14



Sejarah tercipta apabila DAP dengan secara terbuka kali ini menyenaraikan sesorang waris pemimpin terkenal Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai calon mereka di Selangor. 

Mungkin mereka cuba memprovokasi Masyarakat Malaysia atau sekadar mencuba agenda tersembunyi mereka selama ini, langkah ini CTS sifatkan sebagai berani dan angkuh.

CTS tidak pasti sama ada ini kali pertama tokoh PKM dan waris mereka bertanding di dalam pilihan raya umum. Namun, penyertaan calon ini mendapat liputan yang cukup baik dari portal pro pembangkang

Jamalaiah Jamaluddin, cucu kepada pemimpin PKM yang terkenal, Shamsiah Fakeh, dipertaruhkan untuk kerusi Damansara Utama. Jamaliah tidak diletakkan di kerusi Melaka atau Pulau Pinang sebaliknya di Selangor, negeri yang dinaungi Raja Berpelembagaan.

DUN ini dikenali sebagai Bandaf Utama sebelum persempadanan semula, tempat di mana 99% adalah pro pembangkang. Letak seluar dalam pemimpin DAP sekalipun boleh menang. DAP letakkan calon ini di kawasan pasti menang untuk memberikan satu isyarat yang jelas kepada Rakyat Malaysia.

Mat Sabu, Presiden PAN pasti antara yang paling bangga kerana beliaulab antara orang yang mahu mendaulatkan PKM sebagai pejuang kemerdekaan seperti apa yang dilakukan terhadap Mat Indera.

Kini DAP tidak berselindung lagi. DAP tahu masyarakat Malaysia terutama bangsa Melayu telah berpecah belah. Kinilah masanya DAP hendak menunjukkan belang sebenar mereka.

50 Tak Malukah Tun @chedetofficial Mainkan Isu Bangla Mengundi? Terdesak Sangatkah?


Bekas ahli UMNO di dalam PPBM juga tahu bahawa dakwaan pembangkang berkaitan 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 adalah palsu.

Hari ini, calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir tanpa segan silu berbohong dengan membuat kenyataan pengundi hantu dari Bangladesh bakal digunakan pada PRU ke 14.

Macai-macai pembangkang hendaklah bekerja keras untuk membuktikan dakwaan tidak masuk akal Tun Dr Mahathir ini. Ini kerana pakar Strategi Pilihan Raya DAP, Ong Kian Ming sendiri bersetuju dengan pemerhati bebas PRU13, PEMANTAU yang mengatakan tiada pengundi hantu di dalam PRU13.



Apa sudah jadi pada Tun Dr Mahathir hari ini? Adakah Tun Dr Mahathir sudah terlalu terdesak? Bagaimana agaknya nanti Tun Dr Mahathir mahu menerima kekalahannnya? 

Tun Dr Mahathir sepatutnya menumpukan kepada isu akar umbi PKR yang menolak dirinya menggunakan lambang dajjal mata satu. Semalam demontrasi di hadapan pejabat PKR di Tropicana. Esok di Seberang Jaya pula.


Nota Kaki - Buat macai-macai pembangkang, kedua-dua dalam gambar di bawah bukan pengundi hantu dari Bangladesh. Harap maklum.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates