April 7, 2018

85 Ketua Pengarah ROS Menjadi Fitnah Pertama Dajal Selepas Parlimen Dibubar @PDRMsia @SKMM_MCMC




Macai-macai pembangkang hari ini kantoi sekali lagi apabila mengitar semula gambar 2017 di mana gambar seorang mahasiswi Universiti Malaysia Sarawak (UMS), Tia Sairin telah difitnah sebagai Ketua Pengarah, Pendaftar Pertubuhan (ROS), Suriyati Ibrahim.

Tujuan gambar kitar semula perjumpaan Tia Sairin ini digunakan adalah untuk memburukkan KP ROS yang semalam telah membubarkan sementara parti PPBM.

Menurut Tia Sairin, beliau dan beberapa orang lagi dipilih secara rawak untuk hadir makan malam bersama Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak di Restoren Nelayan, Kota Kinabalu. 

Fitnah ini telah didedahkan sendiri oleh blogger pembangkang, Amenoworld dalam posting beliau, di sini. Pembangkang ketandusan isu untuk memfitnah sehingga mengitar semula fitnah bulan November 2017 untuk menganiaya KP ROS. Memang perangai dajal.


April 6, 2018

39 Tun @chedetofficial Guna Tektik @AnwarIbrahim Diugut Bunuh, Untuk Minta Simpati?


Tahun 1998, Anwar Ibrahim menggunakan tektik hendak dibunuh untuk menaikkan simpati orang ramai. Daripada suntikan racun arsenik sehinggalah melarikan diri ke Kedutaan Turki untuk mengelakkan diri dibunuh, siapa yang ada pada masa itu layanlah drama Anwar Ibrahim ini.

Kini 2018, skrip yang sama digunakan oleh calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir untuk mendapatkan simpati selepas parti PPBM beliau ditalqinkan semalam langsung tidak mendapat simpati orang ramai. Semakin teruk kena troll adalah. 

Cukup-cukuplah Tun Dr Mahathir untuk membuat fitnah. Tidak ada siapalah yang hendak mengugut atau membunuh Tun Dr Mahathir. Tak ada maknanya. Umur sudah 92 tahun, kejap atau lambat, Insha Allah kita semua akan mendapat panggilanNya. Dalam usia Tun Dr Mahathir, bukan hendak cakap besar, silap sikit sahaja, Institut Jantung Negara (IJN) sudah menanti.

Untuk rekod, Tun Dr Mahathir dimasukkan ke wad IJN sebanyak 47 kali dalam tempoh 39 bulan lalu. Tahap kesihatan Tun Dr Mahathir sangat membimbangkan sejak tahun 2015 dengan kekerapan menerima rawatan sebanyak 12 kali, 2016 (25 kali), 2017 (6 kali) dan 2018 (4 kali). Jadi tidak logik ada sesiapa ada hasrat untuk membunuh Tun Dr Mahathir.

Untuk rekod juga, Tun Dr Mahathir pernah diminta oleh menterinya untuk meletakkan jawatan. Dengar temubual pihak Utusan Malaysia dengan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, TS Annuar Musa. Walaupun beliau pernah berlakon untuk meletakkan jawatan di Perhimpunan Agung UMNO dan diminta untuk meletakkan jawatan, namun Tun Dr Mahathir bukanlah orang yang mudah untuk melepaskan jawatan yang dipegangnya. Kini, dalam usia 92 tahun, Tun Dr Mahathir masih mahu menjadi Perdana Menteri.

April 5, 2018

49 Kenapa @SyedSaddiq Perlu Ikut Kebencian Tun @chedetofficial Terhadap Negeri Pantai Timur?


Disebabkan terlalu memuja idolanya Tun Dr Mahathir, Ketua Armada kepada parti yang diharamkan hari ini, Syed Saddiq juga terikut-ikut dengan dasar Tun Dr Mahathir yang tidak mahu membangunkan Pantai Timur. 

Dulu Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang sepatutnya sampai ke Terengganu, dihentikan oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 1999 sebab kalah Pilihan Raya Umum (PRU). Sekarang dengan ECRL pun Tun Dr Mahathir hendak hentikan jugak sekiranya Pakatan Harapan memerintah.

Lempar fitnah memang kerja pembangkang. Lain ditulis lain dikecohkan. Jawapan bertulis parlimen oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi berkata pihak ECRL memohon untuk mengambil pekerja asing dari China. 

Ini kerana kepakaran pekerja China dalam menggunakan peralatan, jentera dan mesin teknologi negara China dengan sistem pengoperasian dan manual penggunaan dalam Bahasa Mandarin. 

Kecohlah sana sini pembangkang bawa isu, 100% ECRL ni pekerja China. Habislah negara kita dijual DS Najib Tun Razak ke China. Memang komunis akan perintah Malaysialah selepas ini. 

Malaysia Rail Link (MRL) pemilik projek ECRL sudah mengeluarkan kenyataan, hanya 18 peratus daripada pekerja binaan ECRL berasal dari China dari hampir 1,800 pekerja binaan dalam projek ECRL. Mana datang 100% pekerja dari China tu? Itu kata puak pembangkang ni tidak bijak.


Tak pelik bukan, kalau peralatan, jentera dan mesin dari negara luar, tentulah yang mempunyai datang sekali dengan mesin, jentera tersebut. Dulu-dulu masa Tun Dr Mahathir buat projek dengan negara kesukaan dia, Jepun tu, bukan perkara yang sama berlaku? 

Tenaga kerja tempatan akan dilatih untuk kendalikan mesin hingga boleh mengendali kan sendiri barulah pakar-pakar dari China ini yakin untuk tinggalkan dengan tenaga tempatan.

Mesin, jentera ECRL bukan macam mesin buat kek, atau mesin kisar ais ABC tau, wahai puak pembangkang! ECRL ni nak bina 44 terowong keretapi, sesuatu yang belum pernah dibuat lagi di Malaysia. Terowong terpanjang ECRL antara Pahang dan Selangor pun lebih 16km.

Zaman Tun Dr Mahathir ada bina terowong ke? Oh ada, besarkan Terowong Genting Sempah jer, Terowong SMART pun dibina tahun 2003. Jadi agaknya itu puak-puak pembangkang tak faham. 

Oh lupa, pemimpin baru kesayangan diorang ni suka buat lebuhraya sahaja. Lebuhraya kena ada tol. Ada syarikat konsisi. Tiap 10 tahun naik tol, para pemimpin pelapis terpaksalah ikut. 

Zaman DS Najib Tun Razak sahaja kita tengok tol-tol ditutup. Zaman Tun Dr Mahathir ada? DS Najib Tun Razak berjaya lepaskan beban rakyat yang berpuluh tahun bayar tol disebabkan perjanjian berat sebelah. 

Lepas tu, puak pembangkang kata habislah kontraktor tempatan, semua tiada kerja. Semua bagi syarikat China! Sekali MRL kata sebanyak 215 syarikat tempatan terlibat dalam pembinaan projek infra-rakyat ECRL.

Ini terdiri daripada 26 syarikat perunding, 99 syarikat pembekal dan 90 kontraktor tempatan. Mana datangnya kontraktor tempatan disisihkan? Itu baru kerja-kerja awal, belum lagi pembinaan rel bermula. 

Puak pembangkang kata mengganggurlah para graduan kita! Semua pekerja China jer dapat kerja ECRL. Fitnah lagi. Tahun lepas 185 graduan kita dari program latihan ECRL telah bekerja dengan projek ECRL. Tahun ini sahaja, 700 graduan lagi akan bekerja lepas tamat latihan. 

MRL kata lebih 2,000 pemohon telah ditemuduga melalui empat siri jelajah temuduga terbuka yang dijalankan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Lembah Klang bulan lepas. Eh bukan puak pembangkang kata 100% orang China jer?

Apa lagi puak pembangkang ni mahu? Macam ni lah puak pembangkang, kalau hentikan projek ECRL, boleh ke sediakan anggaran 80,000 peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung akan ditawarkan sepanjang tempoh pembinaan ECRL tu? 

Cuba cerita sikit apa rancangan puak pembangkang. Hendak mendaftar parti pun tidak lepas. Orang sibuk tunggu bila Parlimen hendak dibubarkan, alih-alih PPBM yang bubar. Apa raa ...


Nota Kaki - Belasungkawa. Rest in peace PPBM.



59 Muktamad! Logo Sebelah Mata PKR Akan Digunakan Sebagai Logo Bersama Pakatan Harapan


Dengan pengumuman DAP hari ini bahawa parti berkenaan tidak akan menggunakan logo Roket di dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU ke 14) bulan hadapan dan akan menggunakan logo bersama yang akan diistiharkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan, pukul 9.00 malam esok, sudah dijangka logo PKR akan digunakan.

Apa lagi alternatif yang ada. Logo Roket tidak mungkin digunakan kerana akan ditolak di kawasan majoriti Melayu. Pertama kali sejak tahun 1969, logo Roket akan tiada di dalam PRU. Kita harap parti berkenaan akan menyusul.

Logo Bunga Raya juga tidak dapat digunakan sebab parti PPBM parti haram. Lihat surat Pendaftar Pertuhuhan yang dikeluarkan hari ini, di bawah. Logo PAN? Parti pencacai ikut sahajalah. Awak tu taraf pencacai saja.

Seperti dijangka sebelum ini, logo sebelah mata atau dikenali sebagai 'mata dajjal' PKR akan diguna sebagai logo bersama Pakatan Harapan. Ironinya, logo yang sama dicipta sempena mata lebam pengasas parti berkenaan, Anwar Ibrahim.

Simbolik simbol mata digunakan apabila mata Anwar Ibrahim lebam ketika dalam tahanan ketika Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri. Walaupun ludah dijilat kembali, Tun boleh kata, bukan saya yang bagi lebam. Itu polis. Saya mana tau apa. Saya lupa. Saya tak ingat.



18 Video Sidang Media Tun @chedetofficial Paling Kelakar, Akhirnya Beliau Mengaku Sudah Tua, Cakap Merepek



Melihat kepada video Sidang Media Pengerusi Pakatan Harapan, sudah nampak teruk sangat dah Tun Dr Mahathir Mohammad. Tidak sampai satu minit, kita boleh buat kesimpulan:

1. Semua kena tanya balik kat orang lain. Tol dalam bandar akan dimansuhkan, ikut kontrak kata beliau. Kalau ikut kontrak mansuh apanya? Itu bayar sehingga habis la. Penasihat pun biol dua kali lima.

2. Manifesto sendiri dia tak ingat.

3. GST jadi GLC.

4. Tun membuat pengakuan terbuka beliau sudah tua, sedangkan pencacai-pencacai masih ingat beliau muda belia.

Apapun saya suka dengan komen seorang pengguna Twitter seperti di bawah berkaitan video di atas.



19 Kakak Kastam Sekolahkan PKR Kemaman Isu GST, Wajib Baca!

Tular di media sosial Facebook bagaimana seorang pegawai Kastam dengan menggunakan identiti Zazilah Nor telah 'mensekolahkan' pemilik akaun yang bernama 'Keadilan Kemaman' berkaitan isu cukai GST. Kita perlukan lebih ramai Kakitangan Awam yang menyokong dan mempertahankan dasar-dasar Kerajaan daripada dimanipulasi dan difitnah oleh pembangkang.















April 4, 2018

26 Pakatan Harapan Mahu Kurangkan Kakitangan Kerajaan Kalau Berkuasa, Barisan Nasional Tambah Nikmat



Pakatan Harapa  membuat akujanji untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam yang setakat sekarang berjumlah 1.6 juta orang.

Sebaliknya, pagi ini, Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak membuat pengumuman penting kepada Penjawat Awam dalam majlis Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Keenam Belas (MAPPA XVI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Antara rumusan penambah baikan mepada kakitangan awam yang diumumkan oleh Perdana Menteri:

1. Pemendekan tempoh 'time based' kali kedua kepada 10 tahun untuk kumpulan sokongan mulai 01/01/2018 yang melibatkan 13,006 pegawai.

2. Wujudkan Gred DG56 bagi pegawai lebih 5 tahun DG54. Ini melibatkan 323 pegawai mulai 01/01/2019.

3. Pemanjangan kemudahan perubatan kepada ibu-bapa pegawai 'Contract of Service' mulai 01/07/2018.

4. Sumbangan tahunan kepada CUEPACS, sekurang-kurangnya RM3 juta setahun.

5. Cuti tanpa rekod 7 Hari Umrah dipanjangkan kepada penganut agama lain untuk urusan agama mereka.

6. Bagi menjaga pesara Kerajaan, kerajaan bersetuju menaikkan 1% lagi kepada pesara mulai 01/07/2018 hingga 31/12/2018 sebagai tambahan kepada kenaikan 2% yang diisytiharkan mulai 01/01/2018.

7. Geran khas kepada Persatuan Pesara bernilai RM1 juta masing-masing.

8. Kuota Haji khas untuk pesara Kerajaan dibincang dengan Arab Saudi.

9. Kenaikan gaji 1 KGT Khas berkuatkuasa pada 01/07/2018 untuk 1.6 juta penjawat awam melibatkan RM1.46 billion.

Kesimpulan, nikmat apa lagi yang mahu kamu dustakan. Kalau Penjawat Awam tidak tahu bersyukur tak tahulah.

April 3, 2018

68 Tun @chedetofficial Dan #FakeNews Berpisah Tiada



Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir ketika tidak menolak kemungkinan akan menghentikan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sekiranya menang pilihan raya umum ke-14 (PRU14), berkata, baca di sini,
Kalau difikirkan secara logik, siapa mahu menghabiskan masa 14 jam dalam kereta api dari Kota Bharu, Kelantan ke Pelabuhan Klang, Selangor berbanding kira-kira 30 minit dengan menggunakan penerbangan.
Tun Dr Mahathir seorang tua yang ketinggalan zaman. Mungkin beliau tidak dapat membezakan keretapi di zaman beliau dengan keretapi moden yang dikenali sebagai "Electric Multiple Unit (EMU)'. 

EMU berkeupayaan untuk melakukan perjalanan dari Wakaf Bharu ke Gombak, jika menaiki tren berkenaan tanpa henti akan mencatat masa terpantas di bawah 4 jam dan bukannya 14 jam seperti yang dikatakan Tun Dr Mahathir. Baca di sini.


42 Sabah Dan Sarawak Patut Sokong 100% Calon Perdana Menteri @chedetofficial Dengan Kenyataan Terbaru Beliau



Apabila ditanya kenapa Sabah dan Sarawak tidak maju dan seiring dengan Semenanjung sewaktu pemerintahan 22 tahun beliau sebagai Perdana Menteri, calon Perdana Menteri Pakatan Harapan dipetik portal FMT berkata,
Sabah and Sarawak face a lot of administrative issues. We find too many people from the administration are greedy, want to make quick money. We want a government from PH that represents the people, a representative that is not selfish and will overcome the present problems. I notice the mentality of Sabahans and Sarawakians is that they sometimes try to find the easy way out.
Kesimpulannya, Tun Dr Mahathir berkata, semasa beliau menjadi Perdana Menteri, Sabah dan Sarawak tidak maju disebabkan ketamakan para pemimpin negeri-negeri tersebut, sikap malas orang Sabah dan Sarawak, dan mentaliti orang-orang Sabah dan Sarawak yang suka mencari jalan mudah.

Saya bukan orang Sabah dan Sarawak. Biar orang di sana menilai siapa Tun Dr Mahathir Mohammad.

April 1, 2018

88 Demo Anti GST Pimpinan @MuhyiddinYassin Paling Berjaya Sejak Demo BERSIH 1.0







Hari ini Mantan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin (TSMY) mempamerkan kegarangan beliau memimpin demonstrasi di Ibu Kota. Rasa amat kagum dengan kempen besar-besaran Pakatan Harapan di bawah pimpinan TSMY di SOGO hari ini. 

Tolak orang ramai yang sedang menyaksikan persembahan nyanyian di tapak busker SOGO, yang sedang membeli belah dan golongan wartawan, kehadiran anti Kerajaan ini berjumlah lebih daripada 200,000. Tahniah diucapkan kepada Pakatan Harapan.

7 Excuses Given By Papa & Son Running From Sea Tunnel Debate

Actual excuses given by Lim Guan Eng and Lim Kit Siang to escape debating MCA's Wee Ka Siong (WKS) on the RM20.5 billion Penang Tunnel Scandal in Guan Eng's own parliament area of Bagan.

Lim Guan Eng's excuses:
Excuse 1: Because DAP got more seats than MCA.
Excuse 2: Because I am No.1 and WKS only No.2.
Excuse 3: Because I respect UMNO.
Excuse 4: Because better to be coward than to be a lunatic.
Excuse 5: Because WKS is childish
Excuse 6: Because WKS did not contest in Bagan
Excuse 7: Because WKS has tarnished the good name of Penang State Secretary.

Lim Kit Siang's excuses:
Excuse 1: WKS is UMNO's Catspaw.
Excuse 2: WKS is Ninja Assassin.
Excuse 3: WKS want to divert from 1MDB.
Excuse 4: WKS should debate redelineation instead. 
Excuse 5: WKS takes script from Rahman Dahlan
Excuse 6: WKS should sue me.
Excuse 7: WKS should ask Mah Siew Keong to debate instead
Excuse 8: WKS should contest in Bagan to prove his RM20.5 billion allegation is correct.
Excuse 9: Because Liew Chn Tong is brave enough to contest in We's Ayer Hitam so no need to debate tunnel.

Instead of either of them coming to the debate, they send a 45 feet rocket to the debate venue!

The two Ninja Turtles seems quite afraid of the Ninja Assassins. We wonder why?

Footnote: Since the father and son's absence at that event on Friday night, there are quite a number of memes and graphics going viral that "menjatuhkan maruah RBA and DAP".



 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates