March 31, 2018

25 Cerita Sebenar Video Penjelasan @AzminAli Tentang Skandal Ijok Di DUN Selangor


Kata orang hendak berbohong kena lakukan dengan penuh keyakinan. Dengan sedikit drama dan aksi pembohongan akan menjadi nyata. Inilah yang berlaku sewaktu Menteri Besar Selangor melakukan pembentangan skandal Ijok di DUN Selangor.

Video yang tular memaparkan Azmin Ali menikam-nikam peta hanya disiarkan pada babak kenyataan Azmin Ali sahaja. Maka macai-macai Pakatan Harapan bersorak gembira menyatakan di laman sosial bahawa Menteri Besar Selangor telah sekolahkan YB-YB UMNO mengenai geografi Ijok.

Apa yang berlaku, video sslepas itu dipotong. Antara bahagian yang dipotong adalab di.mana ADUN Dengkil mempersoalkan kenapa tidak ada tender terbuka, kenapa tanah tu dijual pada satu pemaju sahaja iaitu Eco World, kenapa dijual secara terus dan kenapa  harga jualan juga didakwa beliau adalah kurang dari harga pasaran.

Azmin Ali kemudian mengelak untuk menjawab soalan-soalan berkenaan dan Speaker juga menyebelahi Azmin Ali dengan menghalang soalan tersebut dijawab. Apa nak buat Speaker Hannah Yeoh adalah dari Pakatan Harapan. Jadi dakwaan Azmin Ali membentang kebenaran tidaklah betul sebenarnya. Yang pasti melarikan diri dari kebenaran.

March 30, 2018

22 Minggu Lepas MB @AzminAli Cabar Perdana Menteri Bina Rumah Mampu Milik, Hari Ini DS @NajibRazak Serah Kunci

Minggu lepas, Dato’ Menteri Besar, DS Mohamed Azmin Ali mencabar Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak untuk membina rumah mampu milik bernilai RM200,000 ke bawah tanpa perlu melakukan gimik menjelang pilihan raya. Baca di sini. Dengan bongkaknya Menteri Besar Selangor berkata,
Di Selangor walaupun harga tanah di Lembah Klang mahal tetapi kita berjaya kawal harga rumah di bawah RM250,000. Saya cabar Perdana Menteri bina rumah mampu milik di Kuala Lumpur atau Pahang di bawah RM200,000. Mereka tidak boleh (bina),

Semalam,  Perdana Menteri telah menyerahkan kunci kepada 1,230 pemilik Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Metropolitan Kepong. Baca di sini.
PPA1M Metropolitan Kepong yang dilancarkan Perdana Menteri pada 2016 dimajukan JL99 Holdings Sdn Bhd di tanah seluas 3 hektar bersebelahan Lebuhraya MRR2, bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman lebih murah di bawah harga pasaran.
Rumah-rumah yang ditawarkan berkeluasan 850 kaki persegi (kps), 1,000 kps, 1,200 kps dan 1,500 kps dengan harga jualan masing-masing RM90,000, RM150,000, RM240,000 dan RM300,000.
Satu pertanyaan kepada macai-macai Pakatan Harapan. Kepong di mana? Ya ... di Selangor. Menteri Besar cabar buat rumah mampu milik di Kuala Lumpur atau Pahang dengan harga bawah RM200,000, Perdana Menteri buktikan beliau mampu bina di Selangor dengan harga RM90,000 dan RM150,000. Kesimpulannya apa? Azmin Ali bodohlah!

35 Kenapa Sekarang @cmlimguaneng Dan DAP Tidak Ucapkan Terima Kasih Kepada Kerajaan Dengan Penjimatan RM19 Biliion IPP?


Imbas kembali dalam bulan May 2011, Setiausaha Agong DAP, Joseph Lim Guan Eng mahukan Kerajaan menghentikan  subsidi berjumlah RM19 billion kepada 'Independent Power Producers (IPP)'. DAP berkata Malaysia kerugian RM19 billion akibat perjanjian berat sebelah IPP. Baca di sini.

Sekarang, tahun 2018, DAP tidak pernah bercakap apatah lagi untuk berterima kasih kepada 1MDB kerana telah menyelesaikam perjanjian berat sebelah IPP dan menyelamatkan negara dari kerugian RM19 billion setiap tahun.

DAP hanya bercakap berkaitan RM30 billion (hutang dan bukannya kerugian) yang dimiliki oleh 1MDB dan tidak pernah sekalipun berterima kasih dengan RM19 billion yang diselamatkan oleh 1MDB setiap tahun.

March 29, 2018

8 Tun @chedetofficial Akui Pakatan Harapan Tidak mungkin Tunaikan Janji Hapuskan Tol


Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohammad ketika diwawancara oleh media Singapura, Sunday Times berkata, Pakatan Harapan berkemungkinan besar tidak dapat menunaikan janji mereka untuk menghapuskan tol lebuhraya di Malaysia. Beliau berkata dipetikakhbar The Star, di sini,
Parti kami, rakan sekutu kami, anda tahu mereka sangat sosialis, mereka suka memberi benda kepada orang. Saya memberitahu mereka ia tidak boleh dilakukan. Mereka mahu menghapuskan semua jalan tol, mereka mahu memberikan percuma.
Saya berkata, lihat, kita perlu mengekalkan jalan raya. Anda perlu membina lebih banyak jalan. Di manakah anda mendapatkan wang jika anda cuba mengekalkan jalan ini sendiri? Tetapi mereka mahukan populariti, jadi mereka lebih suka menjanjikan perkara ini.
Pertama, Pengerusi Pakatan Harapan sendiri tidak yakin Pakatan Harapan dapat menghapuskan tol di kesemua lebuhraya di Malaysia. Kedua, Pengerusi Pakatan Harapan sendiri mengakui pemimpin partinya hanya mahukan populariti dan undi. Oleh itu, mereka akan janjikan bulan dan bintang. 

Setiausaha Agong MCA, DS Ong Ka Chuan turut melahirkan perkara yang sama di dalam Kenyataan Akhbar beliau bertarikh 26/03/2018. DS Ong menyifatkan tindakan Pakatan Harapan untuk menghapuskan tol di lebuhraya adalah satu pembohongan besar dan hanya untuk menipu pengundi.

Kesimpulannya, sekiranya kita tidak percaya cakap Pengerusi Pakatan Harapan, cakap siapa lagi kita hendak pakai di sebelah pembangkang? Dengarlah cakap Tun Dr Mahathir itu. 

March 28, 2018

9 Sambutan BERSIH Membantah Persempadanan Semula Kawasan Pilihanraya Paling Hambar Dalam Sejarah




Sepanjang 22 tahun Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, sudah tiga kali persempadanan semula kawasan pilihanraya dilaksanakan iaitu pada tahun 1984, 1994 dan 2003. Persempadanan semula di buat di bawah Akta berdasarkan perkara 11(2)(ii). 

Antara peruntukannya adalah kerana tempoh melebihi 8 tahun dan pertambahan penduduk di kawasan melebihi 100,000 orang. Persempadanan semula kawasan pilihanraya kali terakhir dibuat pada tahun 2003, selepas 15 tahun barulah cadangan dibuat persempadanan semula iaitu pada tahun 2018.

Hari ini, calon Perdana Menteri Pakatan Harapan itu turun bersama-sama perdemo BERSIH untuk mendesak persempadanan semula dibatalkan dengan alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkonspirasi untuk memenangkan Barisan Nasional. Pembangkang (termasuk Tun Dr Mahathir) terlupa, SPR yang sama telah menangkan mereka di Pulau Pinang dan Selangor selama dua penggal sejak 2008.

Perhimpunan BERSIH kali ini langsung tidak dapat sambutan. Tidak sampai 500 orang hadir membantah Usul-Usul Mengenai Laporan Kajian Semula Persempadanan  Pilihanraya dan juga RUU Anti Berita Tidak Benar 2018 di Parlimen. Ramai wartawan dan jurugambar dari macai pendemo BERSIH. Kalau tidak percaya, lihatlah sendiri gambar-gambar dari atas yang diambil menggunakan 'drone'.

Nota Kaki: Video paling 'rare'. Tun Dr Mahathir ambil video Nurul Izzah sedang ceramah. Nak buat apa ya?






6 Apabila Ahli Parlimen Memilih Untuk Ponteng Sidang Dewan Dan Berdemo Di Luar Parlimen ...

Hari ini adalah hari yang penting bagi Ahli-Ahli Parlimen apabila Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak membentangkan Usul-Usul Mengenai Laporan Kajian Semula Persempadanan  Pilihanraya di DewanRakyat. Sayangnya, dua Ahli Parlimen memilih untuk berdemo di luar Dewan Rakyat, di perkarangan Parlimen bersama-sama Badan Bukan Kerajaan (NGO) pembangkang iaitu BERSIH.

Satu merupakan Ahli Parlimen Pagoh, TS Muhyiddin Yassin dan satu lagi merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, DS Dr Wan Azizah Wan Ismail. Rakyat memilih mereka untuk berdebat dan melontarkan suara Rakyat di dalam Dewan Rakyat, sebaliknya mereka memilih untuk berdemo di luar dewan. Wajarkah mereka diberi tempat sekali lagi di Parlimen di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14?




2 Isu Persempadanan Semula, Teknik Kitar Semula Dengan Idea Baru Untuk Burukkan PRU Ke 14



Parlimen bakal hangat di dalam dan di luar Dewan hari ini, ketika Kerajaan bersiap sedia untuk membentang, membahas dan meluluskan laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dijangka membentangkan laporan itu di Dewan Rakyat pada pukul 11.30 pagi ini. Di luar kawasan Parlimen, kumpulan reformasi pilihan raya BERSIH menggerakkan bantahan terhadap laporan SPR itu, yang didakwanya memberikan kelebihan kepada kerajaan BN dalam menghadapi PRU ke 14 akan datang.

Persempadanan semula bakal menjadi alasan buat Pakatan Harapan sekiranya mereka kalah teruk di dalam PRU kali ini. Pada PRU ke 13, Pakatan Pembangkang menggunakan media asing untuk menampakkan pilihanraya di Malaysia kelihatan kotor. Antara isu yang digunakan adalah mereka menuduh terdapat 40,000 pengundi hantu dan bekalan elektrik terputus. 

Pasca PRU13, tuduhan terhadap pengundi hantu dan bekalan elektrik terputus didapati palsu selepas PRU13. Tambahan pula BERSIH sendiri mengakui tidak ada bukti mengenai perkara itu. Baca artikel, 'DAP man concurs Pemantau’s findings of no foreign voters,blackouts' di sini.

Oleh itu, Pakatan tidak boleh menggunakan isu-isu lama lagi dan harus menumpukan perhatian mereka pada isu baru. Dalam PRU14, isu yang akan digunakan oleh mereka adalah persempadanan semula, walaupun pada hakikatnya mengikut undang-undang, persempadanan semula sepatutnya berlaku setiap lapan tahun.

Berikut adalah beberapa serangan media asing sejurus sebelum PRU13 yang menuduh Malaysia menggunakan pengundi hantu untuk 'merompak' pilihan raya: 

CNN: The democracy crisis in Malaysia: foreign workers are employed for fraud votings in the General Election. Baca di sini.

Hufftingtonpost: Election Fraud in Malaysia. Baca di sini.

Reuters: Malaysia's Anwar raises voter fraud alarm ahead of election. Baca di sini.

The Economist: A dangerous result. Baca di sini.

Al Jazeera: Will elections in Malaysia be free or fair? Baca di sini.

Al Jazeera: Opposition protests Malaysia vote 'fraud'
https://www.aljazeera.com/indepth/features/2013/05/201358174111284884.html

CNN: DIRTY Election in Malaysia. Baca di sini.

The Telegraph: Malaysian opposition rallies amid claims of widespread electoral fraud. Baca di sini.

Pembangkang terutamanya DAP telah mengatakan bahawa setiap pilihan raya sejak tahun 1990 akan menjadi pilihanraya "paling kotor dalam sejarah". Mereka sekali lagi menyebut bahawa PRU14 adalah yang "paling kotor" dalam sejarah.

Untuk PRU14, rakyat Malaysia perlu mempersiapkan diri dengan serangan media asing dan tempatan yang akan menuduh kerajaan kita menipu dalam pilihanraya menggunakan isu persempadanan semula. Ini hanyalah taktik kitar semula tetapi menggunakan subjek baru.






March 27, 2018

0 Hak Pengguna Dan Pemandu Tetap Menjadi Keutamaan SPAD Walaupun GRAB Dan UBER Asia Tenggara Bergabung


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Persaingan Malaysia dan badan bukan kerajaan yang berkenaan bagi memastikan hak pengguna terjamin berikutan penggabungan GRAB dan UBER di Asia Tenggara. Dalam kenyataan hari ini, SPAD menegaskan pendirian suruhanjaya itu terhadap pengawalseliaan sektor e-hailing tidak berubah dengan penggabungan tersebut.

Pihak Suruhanjaya akan terus memantau dan menyelia sektor 'e-hailing' berdasarkan rangka perundangan dan polisi yang sedia ada agar industri ini mampu berkembang sejajar dengan medan persaingan yang sihat, tahap keselamatan operasi yang baik, serta memastikan kebajikan penumpang dan pemandu sentiasa terpelihara.

Antara keluhan yang kedengaran di media-media sosial adalah dengan pergabungan GRAB dan UBER di Asia Tenggara, monopli akan berlaku di dalam industri pengangkutan awam yang menggunakan 'e-hailing'. Pastinya, penumpang akan menghadapi kenaikan tambang. Manakala bagi pihak pemandu pula, tanpa persaingan, syarikat GRAB berkemungkinan besar akan meningkatkan kadar komisyen atau mengurangkan bantuan manakala akan berlaku ketidakpastian untuk kod diskaun.

Semalam, Ketua GRAB Malaysia, Sean Goh berkata penggabungan itu dijangka dapat memacu syarikat dalam memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat. Kenyataan Media SPAD adalah seperti di bawah:

12 100 Ribu Hadir Solidariti Bersama @cmlimguaneng


Hari pertama perbicaraan kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang adalah dalam 100 orang yang datang. Hari ini baru hari kedua. Jumlah penyokong-penyokong Ketua Menteri yang datang untuk bersolidariti amat mengecewakan. Mana macai-macai DAP?



5 Kebebasan Media Ala @AzminAli, Janji Dicapati


Manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14, Pakatan Harapan berjanji akan kembalikan kebebasan media. Pakatan Harapan berjanji untuk menjalankan proses semak imbang terhadap pentadbiran Pakatan Harapan.

Seperti biasa, manifesto bukan janji. Janji Pakatan Harapan janji dicapati. Belumpun bermula PRU ke 14, janji ini sudah dicapati.  Semalam, apabila Kerajaan Selangor mengadakan Sidang Media berkaitan Skandal Ijok, beberapa media telah dihalang untuk menghadirinya.

Mungkin tagline Pakatan Harapan perlu ditukar kepada "Mempercepatkan Pencapatian Janji-janji" atau "Kami Pakatan Harapan, Janji Dicapati".

March 26, 2018

17 Kucing @MukhrizMahathir RM200,000 Seekor, Lagi Mahu Minta Derma?


Timbalan Presiden PPBM, DS Mukhriz Mahathir mempunyai kucing bernama Purrseus jenis savannah yang merupakan antara jenis termahal di dunia dengan harga RM200,000 (US$50,000) seekor. 

Baca artikel Top 12 Most Expensive Cat Breeds In The World: Baca juga artikel Kucing Savannah Berharga Ratusan Juta. Pastinya kucing ini tidak memakan dedak dan carrot seperti macai-macai PPBM dan kuda-kuda Tun Dr Mahathir.

Sementara itu, ahli-ahli PPBM dan orang ramai pula diminta menderma kepada parti berkenaan konon untuk perjuangan. Harga seekor kucing Timbalan Presiden PPBM sahaja boleh membeli 2 buah rumah mampu milik.

Kalau sesiapa yang tidak tahu inilah gambar membodohkan Rakyat Malaysia. Berkempen bagai, kutip tabung dari orang kampung dan orang FELDA tetapi anak cucu masih menunjukkan kekayaan di nedia sosial. Macam nganjing pulak.


0 @weekasiongmp Cabar @cmlimguaneng Saman Sekiranya Kenyataan Beliau Palsu



Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Dr Wee Ka Siong mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng untuk menyaman beliau jika ada kenyataan beliau berkaitan Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang adalah palsu. Dr Wee yang juga Timbalan Presiden MCA berkata beliau sedang menunggu Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menyamannya. Kata beliau,
Selama ini, saya telah menggunakan kenyataan yang dikeluarkan Guan Eng sendiri untuk membenarkan tuntutan saya. Dia boleh menafikannya dan mengatakan bahawa ianya tidak relevan dan tidak penting. Bagaimana mungkin ia tidak penting apabila beliau sendiri berkata demikian? Saya boleh meletakkan kerusi VIP untuk menjelaskan apa yang anda mahukan.
Dr Wee mencabar Joseph Lim Guan Eng hadir dalam sessi ceramah beliau di Butterworth pada hari Jumaat, 30 Mac minggu hadapan. Malah Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai juga sebelum ini telah memberi lampu hijau kepada kedua-dua belah pihak untuk mengadakan perdebatan ini. 

DS Liow mengatakan Lim Guan Eng sepatutnya tidak menggunakan alasan beliau sebagai orang tertinggi dalam hierarki parti sebagai Setiausaha Agong DAP untuk membuat alasan untuk mengelakkan perdebatan ini.

0 GRAB Mengambil Alih UBER Di Asia Tenggara, Tiada Apa Yang Kekal Termasuk Industri Teksi


Sejak semalam, industri perkhidmatan pengangkutan awam 'e-hailing' dikejutkan apabila berita perkhidmatan UBER akan bergabung operasi dengan perkhidmatan GRAB untuk memberikan alaf baru perkhidmatan pengangkutan di Malaysia dan merentasi Asia Tenggara.

Apakah kesan gabungan ini ke atas penumpang? UBER akan memindahkan perkhidmatan mereka ke platform GRAB pada satu tarikh. Oleh itu semua penempahan selepas tarikh ini hendaklah dibuat menerusi aplikasi GRAB. Walau bagaimanapun, pelanggan masih boleh menggunakan aplikasi UBER di lebih daripada 80 negara di seluruh dunia.

Pengambilalihan UBER oleh GRAB memperlihatkan tidak ada satu perkhidmatan pengangkutan awam yang akan kekal selama-lamanya, walaupun perkhidmatan UBER mendapat tempat di hati pelanggan di Malaysia dan memberikan perkhidmatan yang baik dan memuaskan. 

Kejadian pengambil alihan ini seharunya membuka mata industri teksi di Malaysia terutama bagi persatuan-persatuan teksi agar tidak terlalu angkuh dengan andaian Kerajaan akan melindungi mereka buat selama-lamanya. Seharusnya perkhidmatan industri teksi ditambah baik oleh pemandu-pemandu kesan daripada kejadian yang berlaku ini.

Adalah diharapkan dengan pemberian lesen teksi individu serta geran bantuan pembelian kenderaan baru bagi kumpulan ketiga seramai 300 lagi pemandu teksi akan menutup tanggapan negatif pemandu teksi terhadap Kerajaan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta mengembalikan kepercayaan pengguna terhadap mutu perkhidmatan teksi di negara ini.

9 ABCDEFG Kes Rasuah LGE Dapat Sambutan Hambar Penyokong



Tidak seperti dijangka bakal menarik perhatian ramai, hanya sekitar 50 penyokong DAP berhimpun di pekarangan mahkamah itu sejak awal pagi ini sehingga pukul 8.30 pagi ini. Walaupun hebahan menerusi pelbagai saluran supaya lebih ramai penyokong DAP turun memberi sokongan, namun pekarangan Mahkamah Tinggi di sini iaitu lokasi di mana berlangsungnya perbicaraan kes rasuah membabitkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng pagi ini agak lengang.

Situasi itu berbeza ketika sessi mahkamah sebelum ini yang menyaksikan kira-kira 200 penyokong DAP berhimpun menyatakan sokongan sejak awal pagi. Perbicaraan kes rasuah membabitkan Guan Eng dan ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon bermula hari ini selepas beberapa kali ditangguhkan sejak kira-kira dua tahun lalu. Malah, di dalam gambar pagi ini kelihatan hanya 3 EXCO DAP berada di kawasan Mahkamah bersama Lim Guan Eng. Mana EXCO DAP yang lain hadir untuk solidariti?


'Drink hut' tempat menyediakan minuman oleh DAP berdekatan kawasan Mahkamah untuk penyokong Lim Guan Eng yang kehausan turut hambar ketiadaan penyokong-penyokong. Joseph Lim Guan Eng pernah berkata, “Saya lebih rela mati berdiri daripada hidup melutut," Kita pulak kata, kasi masuk penjara dulu, lepas tu lu mau mati berdiri ka, menegak ka, menegang ka, ikut suka lu la.

March 25, 2018

0 Cubaan @cmlimguaneng Mengaitkan 1MDB Untuk Tutup Skandal Terowong Dasar Laut Ternyata Gagal


Berang dengan kenyataan Timbalan Presiden MCA, DS Dr Wee Ka Siong yang telah mencabar Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy untuk menjual tanah berharga di Gurney Drive di negeri ini dengan harga RM475 setiap kaki persegi, Ketua Menteri Pulau Pinang bingkas membuat kenyataan balas, meminta DS Dr Wee untuk menjual tanah TRX juga di bawah harga pasaran.

Joseph Lim Guan Eng bersifat keanak-anakan dan mungkin tersinggung apabila DS Dr Wee, baca di sini, berkata,
Sekiranya Ramasamy dapat membantu memudahkan kita membeli tanah tepi pantai di Gurney Drive untuk harga RM475 setiap kaki persegi, kami sanggup mendermakan separuh daripada keuntungan kepada amal yang akan memberi manfaat kepada pendidikan Malaysia.
Dalam kenyataan balas Joseph Lim Guan Eng, baca di sini,  beliau secara sinis menyindir DS Wee apabila berkata,
Jika Wee boleh menjual tanah TRX kepada kami pada harga RM64 satu kaki persegi - dengan harga 42 kali di bawah nilai pasaran - maka kami boleh menyumbangkan tidak separuh, tetapi semua keuntungan kepada amal yang akan memberi manfaat kepada pendidikan.
Seperti kanak-kanak yang perlukan perhatian, Joseph Lim Guan Eng terlupa bahawa:

1.  Tanah bernilai di bawah pasaran Pulau Pinang dipindahkan ke syarikat milik swasta 100% sedangkan tanah TRX dipindahkan ke 100% syarikat milik Kerajaan.

2. Benefisiari utama projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang adalah syarikat 'Special Purpose Vehicle (SPV)' 100% milik swasta. Sebaliknya, benefisiari utama projek TRX adalah 100% syarikat milik kerajaan.

3. Kerajaan Pulau Pinang akan membelanjakan RM9 bilion wang negeri untuk memajukan 100% tanah milik persendirian. Sebaliknya, di dalam kes 1MDB, satu dari syarat jualan pihak yang bertanggung jawab memaju projek TRX perlu membayar kos infrastruktur sebanyak RM3 bilion, termasuk lebuh raya bawah tanah yang melalui projek TRX.

Kita faham Joseph Lim Guan Eng bodoh. Cuma jangan memperbodohkan kita.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates