March 23, 2018

20 Ketua Strategik PPBM Lembam Tidak Tahu Bezakan Anugerah Cambridge IF Analytica Yang Diterima DS Rosmah Mansor




Tidak cukup dengan Timbalan Pengarah Strategik PPBM, Wan Saiful Wan Jan mengaitkan DS Najib Tun Razak dengan Cambridge Analytica, kini giliran Ketua Strategik PPBM pula memalukan dirinya. 

Datuk Dr Rais Hussin yang juga  Ahli Majlis Tertinggi PPBM, melalui laman sosial Twitternya mendakwa isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor mendapat anugerah dari Cambridge Analytica. Tweet beliau berbunyi,
Begitu erat hubungan antara PMO/Rosmah dengan Cambridge Analytica! Komen sikit @PMO Malaysia atau @NajibRazak!
Rais Hussin membuat posting sambil memuatnaik pautan laporan media berkaitan lawatan rasmi DS Rosmah Mansor ke Instanbul pada 2016 diatas undangan Cambridge IF Analytica.

Malah Rais Hussin turut menambah bahawa Kedutaan Malaysia di Ankara turut mengesahkan bahawa DS Rosmah Mansor mengadakan lawatan di atas jemputan Cambridge IF Analytica bersempena Global Good Governance (3G) Awards 2016.

Lihatlah betapa lembamnya Ketua Strategis PPBM. Cambridge IF Analytica bukan Cambridge Analytica. Kedua-duanya merupakan dua badan berbeza dengan nama yang hampir sama.

Cambridge IF Analytica merupakan organisasi yang mengeluarkan laporan tadbir urus yang baik di samping menjalankan analisis komprehensif terhadap pengurusan korporat.

Sementara Cambridge Analytica merupakan firma perlombongan data yang kini dilanda kontroversi kerana menggunakan data daripada laman sosial Facebook bagi membina program perisian untuk membatu membuat jangkaan dan mempengaruhi pilihan pengundi bagi memenagi pilihan raya untuk pelanggan mereka.

Hasil kerja DS Rosmah Mansor di PERMATA telah membantu kanak-kanak kurang berkemampuan untuk berjaya telah mendapat pengiktirafan dunia termasuk dianugerahkan Global Good Governance Awards (3G Awards) pada tahun 2016 yang dianjurkan di Hotel Hyatt Regency, Istanbul pada Mei 2016.

Rais Hussin dalam pada itu cuba untuk memutarbelit fakta mencipta berita palsu dengan mengaitkan nama isteri Perdana Menteri dengan skandal Cambridge Analytica yang melanda Timbalan Presiden PPBM, DS Mukhriz Tun Mahathir.

Walau bagaimanapun, ianya segera dibidas oleh Cambridge IF Analytica sendiri yang mengeluarkan kenyataan rasmj di Facebook menjelaskan bahawa organisasinya tiada kaitan langsung dengan Cambridge Analytica. Tulis Cambridge IF Analytica,
Pihak pengurusan dan pentadbiran CAMBRIDGE IF-ANALYTICA ingin menjelaskan bahawa kami TIDAK sama sekali berhubungkait dengan Cambridge Analytica. Kedua-duanya merupakan entiti berbeza dan tidak berhubungan, Terima kasih.
Cuba lagi ya Rais Hussin.

14 Di Saat Tun @chedetofficial Membebel Di @SinarOnline, DS @NajibRazak Menunaikan Janji Manis Tun Di Kiulu, Sabah


Gegak gempita penyokong-penyokong ProTun apabila Tun Dr Mahathir hadir ke forum bertajuk, 'Adakah Tun M terlalu Tua untuk jadi PM?' Kononnya, beliau hadir untuk menjawab sendiri bahawa beliau masih mampu menjadi Perdana Menteri walaupun sudah berusia 93 tahun. Ye lah Tun. Kami tahu Tun muda, sihat dan kuat. Tidak perlu bergaduh. Cukuplah sekiranya Tun memuat naik video beliau berlari di atas treadmill selama 10 minit untuk membuktikannya.

Pada hari yang sama, sewaktu Tun Dr Mahathir sedang membebel di Kompleks Kumpulan Media Karagkraf, Shah Alam, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak sedang berada di Kiulu, Sabah menyelesaikan janji Tun Dr Mahathir berdekad yang lalu.

Jalan Telipok-Kiulu-Randagong yang dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Ke 7 (RMK7) pada tahun 1986-1990, hanya dilaksanakan oleh selepas DS Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Kini jalan tersebut sudah 65% siap, 20% lebih awal siap dari jadual sebenar.

DS Najib Tun Razak juga menjadi Perdana Menteri pertama sampai di Kiulu. Tun Dr Mahathir boleh berbangga muda dan kuat dan boleh terus menjulang ego beliau, hakikatnya negara ini sedang dimodenkan oleh Perdana Menteri kini, DS Najib Tun Razak dari Sabah hingga ke Perlis.





March 22, 2018

46 @AzminAli Berbohong Apabila Mengatakan Tiada Catuan Air Di Zaman Beliau cc. @puspel


Menteri Besar Selangor, DS Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng, kononnya masalah catuan air di Selangor berada di tahap serius sejak tiga tahun kebelakangan ini. Menteri Besar Selangor itu berkata, kerajaan negeri tidak pernah membuat catuan air selama ini. Baca di sini. Kata beliau,
Siapa kata? Apa yang serius? Kita (kerajaan negeri) tidak pernah catu. Bila saya catu? Sejak saya mengambil alih (Selangor) sudah hampir empat tahun, tiada catuan air, saya tidak benarkan. Cuma ada penyelenggaraan yang dijadualkan, sudah tentu kita perlu selenggara kemudahan kita. Itu ada jadualnya.
CTS berjaya mendapatkan kembali info daripada pihak SYABAS berkenaan perkara ini yang diperolehi melalui laman sosial 'whatsapp'. Contoh di bawah adalah kejadian yang berlaku pada bulan lepas walapun catuan bekalan air kerap berlaku selama ini.



Ini dipanggil apa Azmin Ali? Teringat tulisan Ketua Penerangan UMNO Pusat, TS Annuar Musa di dalam Facebook beliau hari ini. Kata beliau.
Baru baru ini MB Selangor dengan sombongnya mengemukakan statistik bekalan air di beberapa empangan di Selangor yang semuanya berada pada tahap hampir 100% (kebetulan sekarang musim hujan).
Dan menyatakan nak campak KSU kementerian (Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang) dalam empangan selepas membawanya melihat paras air di Selangor!!
MB jangan begitu.. Jangan menghina pegawai kerajaan. Dulu rakyat Selangor pernah ‘merehatkan’ MB mereka kerana menghina pegawai kerajaan.

11 @WanSaiful Strategis PPBM Paling Gagal Dalam Sejarah



Isu Cambridge Analytica (CA) pertama kali dibangkitkan oleh Sarawak Report. Pakatan Harapan mula membuat bising mengenai CA, apabila Timbalan Ketua Stratgei PPBM, Wan Saiful Wan Jan, membuat kenyataan tentang CA dan menuduh Barisan Nasional mendalangi dan mendapat khidmat dari CA.

Isu CA terkantoi teruk apabila Mukhriz Mahathir dikatakan mempunyai hubungan majikan-pekerja dengan Azrin Zizal, Pengarah Syarikat induk Cambridge Analytica di Asia Tenggara, anak syarikat kepada SCL GROUP yang beroperasi di London.

Hari ini, secara tiba-tiba UMNO dituduh cuba mengalih perhatian dengan isu CA. Mengapa kalau cerdik pandai masuk PPBM mesti jadi bodoh? Isu CA adalah isu strategi yang gagal oleh Wan Saiful, jadi hentikan untuk salahkan pihak lain. Jangan jadi 'political clown of the week'.

March 21, 2018

23 @MukhrizMahathir Kantoi Lagi, Azrin Zizal Mengaku Bekerja Sebagai Pegawai Media Semasa Beliau Menjadi Menteri Besar




Naib Presiden PPBM, ketika menafikan penglibatan Azrin Zizal di dalam Cambridge Analytica (CA) ketika beliau menjawat jawatan Menteri Besar Kedah, berkata, (baca di sini)
Jika Azrin katakan dia menjadi kakitangan CA semasa bekerja dengan saya, maka itu suatu gambaran yang salah. Dia hanya bekerja untuk saya antara tahun 2009-2013 ketika saya di MITI. Saya tidak mengambil beliau bekerja ketika saya berpindah portfolio menjadi menteri besar Kedah,
Hari ini, Mukhriz Mahathir kantoi lagi. Beliau cuba cuci tangan berkaitan perkara yang mengaitkan beliau dengan CA. Mukhriz Mahathir mendakwa Azrin Zizal yang memegang jawatan tinggi dalam CA cuma Pegawai Media beliau ketika di MITI, bukannya ketika beliau menjadi Menteri Besar Kedah.

Hasil carian di Linkedin, baca di sini, Azrin Zizal membuktikan sebaliknya. Menurut 'Curriculum Vitae' Azrin, beliau bekerja sebagai Pegawai Media Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir selama dua tahun. Perincian adalah seperti berikut:
Media Officer to the Chief Minister of Kedah State
Dates Employed : Mar 2013 – Feb 2015
Employment : Duration 2 yrs
Managing media liaison for the state of Kedah with the Malaysian media agencies' HQ in Kuala Lumpur.
Malah, Azrin Zizal juga turut mengepilkan sekeping gambar bersama pengamal media Kedah seperti gambar pertama di atas. Jadi macam mana sekarang Mukhriz Mahathir. Perlukah Ayahanda Tun Dr Mahathir untuk mengadakan Sidang Media untuk menyelamatkan anakanda manja seorang ini?

Kemaskini 20:00:

Kenyataan Media dari tuan punya diri:

Statement by Azrin Zizal

21 March 2018

1. Mukhriz Mahathir’s statement yesterday about Cambridge Analytica’s advice for the Kedah campaign in 2013 contained outright lies.

2. Mukhriz says I was only his media officer until 2013 and that I was no longer with him when he became Chief Minister of Kedah. But this is absolutely false. I worked for Mukhriz personally and provided communications and strategy advice for him until 2015, including during the 2013 general election, and afterwards when he became Chief Minister. I will provide proof if he continues to falsify the truth.

3. Perhaps - while Mukhriz continues to deny my work for him and deny the benefits he gained from the advice I provided to him from Cambridge Analytica/SCL Group for Kedah during the 2013 general election - he will also deny Kedah winning an extra six parliament seats, winning over the State and him becoming Chief Minister?

5. Lastly, Mukhriz said Cambridge Analytica worked for Barisan Nasional. This again is not true. At no time has Cambridge Analytica or its parent SCL Group ever worked for or been paid by BN or any part of the Government of Malaysia. The 2013 election advice for Kedah was provided to Mukhriz personally.

6. It is time for Mukhriz to stop deliberately distorting the facts to save himself, and come clean.

Azrin Zizal

March 20, 2018

0 SPAD Serah 300 Lesen Individu Kepada Kumpulan Kelima Pemandu Teksi


Seramai 300 pemandu teksi telah menerima lesen individu hari ini daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melalui Program Transformasi Industri Teksi (TITP). Ini adalah selaras dengan usaha Kerajaan bagi mempertingkatkan industri teksi untuk menjadi lebih responsif kepada kuasa pasaran. 

Daripada jumlah itu, 52% pemandu adalah daripada Lembah Klang dan Negeri Sembilan, 24% daripada Pulau Pinang dan Pulau Langkawi, dan 23% daripada Melaka dan Johor Bahru. Tambahan lagi, 74 daripada penerima lesen individu pada kali ini turut menerima geran tunai Kerajaan sebanyak RM5,000 bagi membantu mereka membeli kenderaan baru. 

Geran ini merupakan sebahagian daripada RM150 juta yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan untuk pemegang lesen individu yang layak seperti mana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri ketika Pembentangan Bajet 2017.

Sejak dilaksanakan, seramai 2,493 pemandu teksi telah menerima lesen individu dan sebanyak 82 Geran Tunai kerajaan yang bernilai RM410,000 telah diberikan kepada pemandu teksi yang layak. (Bilangan ini adalah setakat 03/01/2018.)

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Hajah Nancy Shukri telah menyempurnakan majlis tersebut, yang turut dihadiri oleh TS Mohd Isa Samad, Pemangku Pengerusi SPAD. Pemberian lesen teksi individu ini adalah satu inisiatif progresif oleh Kerajaan dan SPAD untuk membuka jalan bagi menyelesaikan isu serta rungutan pemandu teksi di bawah sistem pajak yang telah lama membebankan mereka. 

Kumpulan kelima penerima lesen individu pada hari ini telah melalui proses saringan yang ketat oleh Suruhanjaya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan serta menepati syarat-syarat kelayakan pelesenan SPAD. 

Penerima lesen individu kumpulan kelima ini terdiri daripada 159 pemandu teksi dan 142 pemandu kereta sewa. Pemberian lesen individu itu diadakan menerusi inisiatif TITP bagi menambah baik kebajikan pemandu teksi, sekali gus mewujudkan daya saing yang lebih sihat di pasaran masa kini.






16 Ada Apa Dengan Tuduhan 'Cambridge Analytica'?


Timbalan Pengerusi Strategi dan Polisi PPBM, Wan Saiful Wan Jan berkata, Perdana Menteri DS Najib Razak mesti menjelaskan sama beliau menggunakan khidmat Cambridge Analytica untuk memanipulasi pengundi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu atau sebaliknya.

Laman web CA Political, sebuah syarikat yang punya kaitan dengan Cambridge Analytica berkata, mereka 'menyokong Barisan Nasional (BN) di negeri Kedah dengan menyasarkan kempen mesej menonjolkan pembaikan sekolah mereka sejak 2008'.

BN berjaya merampas semula Kedah daripada Pakatan Rakyat dalam PRU13 dan meninggalkan kempen yang berjaya itu. Dengan menang 21 daripada 36 kerusi negeri dan 10 daripada 15 kerusi parlimen di negeri itu, BN bergembira menang besar, dakwa laman web berkenaan, jelas Wan Saiful. Baca di sini.

Di dalam Sidang Media Pakatan Harapan hari ini, wartawan cuba mendapatkan respons daripada pemimpin tertinggi mereka. Seperti biasa, apabila penjelasan ditanya kepada Mantan Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin, tiba-tiba beliau jadi pelupa. Kata beliau,
This is the first I've heard of Cambridge Analytica. Maybe Najib did. Everything he does is all on his own.

Apabila ditanya pula kepada Tun Dr Mahathir, seperti biasalah, orang tua ini, apa yang dia ingat. Apabila beliau ditanya, bukankah anaknya merupakan Menteri Besar Kedah pada masa itu, negeri yang didakwa Cambridge Analytica membantu memenangi PRU13, Tun Dr Mahathir menjawab, itu adalah keputusan Kerajaan Pusat.


Apabila DS Mukhriz Mahathir pula yang ditanya yang dipetik portal Malaysiakini, Mantan Menteri Besar Kedah pada masa itu, beliau buat-buat bodoh seperti biasa. Baca di sini.



Apa yang menariknya, pendedahan oleh Sumisha Naidu, wartawan Channel News Asia, baca di sini, Azrin Zizal, adalah merupakan Pengarah Syarikat induk Cambridge Analytica di Asia Tenggara, anak syarikat kepada SCL GROUP yang beroperasi di London, yang juga merupakan bekas Setiausaha Akhbar DS Mukhriz Mahathir bagi tempoh 2009 - 2013.

Jadi, apa pulak sangkut paut Cambridge Analytica dengan DS Najib Razak seperi yang dipetik Wan Saiful Wan Jan? Mentang-mentanglah DS Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia, lembu mati dilanggar lori pun salah beliau. Agak-agaklah.

Terkini - Ini pula kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri. Katanya Cambridge Analytic melapor terus kepada DS Mukriz Mahathir. The ball is in your court. What say you?


CAMBRIDGE ANALYTICA HAS NEVER BEEN HIRED BY BARISAN NASIONAL OR THE MALAYSIAN GOVERNMENT

Contrary to media reports, neither Cambridge Analytica nor its parent company SCL Group have ever – now or in the past – been contracted, employed or paid in any way by Barisan Nasional, the Prime Minister’s Office or any part of the Government of Malaysia.

However, the SCL Group country representative today confirmed to the Government that Cambridge Analytica’s advice on the 2013 general election was provided personally to Mukhriz Mahathir, PPBM Deputy President. The SCL representative also confirmed that he reported directly to Mukhriz Mahathir, not BN or the Government.

20th March 2018
Prime Minister’s Office
Malaysia

March 19, 2018

21 Laporan Polis DS Rosmah Mansor Ke Atas Mazlan Aliman Berkaitan Isu Ikan Sturgeon


Satu Kenyataan Media telah dikeluarkan oleh pihak DS Rosmah Mansor, melalui peguam beliau bagi fitnah di dalam video di bawah yang mendakwa bahawa DS Rosmah Mansor terlibat di dalam penternakan ikan sturgeon. Fitnah berkenaan dibuat oleh Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)


Untuk rekod, Mazlan Aliman kini berhadapan dengan tindakan muflis apabila beliau perlu membayar ganti rugi berjumlah RM500,000 setelah didapati memfitnah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Berikut adalah Kenyataan Media daripada Peguambela Peguamcara, Messrs. NoorHajran Mohd Noor:
KENYATAAN MEDIA
LAPORAN POLIS BERKENAAN VIDEO BERUNSUR FITNAH TERHADAP DATIN PADUKA SERI ROSMAH MANSOR
Untuk Edaran Segera
Isnin, 19 Mac 2018
Pada 19 Mac 2018, saya telah diarahkan oleh anak guam saya, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor untuk membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul berkenaan sebuah video yang dimuatnaik di laman 'Youtube' bertarikh 7 Mac 2018 yang diberi tajuk "MAZLAN ALIMAN AMANAH-PECAH RAHSIA: ISTERI NAJIB RAZAK DIBELAKANG PROJEK IKAN STURGEON YG LINGKUP".
Video yang dimuatnaik oleh pemilik akaun dengan nama samaran 'Cap Kapak' ini memamparkan ucapan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka FELDA (ANAK) merangkap Ahli Majlis Tertinggi Parti Amanah Negara (PAN), Saudara Mazlan Aliman yang secara terang menuduh anak guam saya terlibat dalam beberapa projek pelaburan yang dirancang dan dilaksanakan oleh FELDA termasuk projek penternakan ikan Sturgeon.
Kenyataan Saudara Mazlan Aliman tersebut yang kononnya berdasarkan maklumat daripada seorang pegawai FELDA adalah satu tuduhan dan fitnah jahat yang dibuat tanpa adanya sebarang bukti serta asas yang kukuh. Tuduhan sebegini telah menyebabkan terjadinya buruk sangka di kalangan netizen lantas menjejaskan reputasi dan integriti anak guam saya. 
Setelah berbincang dengan anak guam saya, saya telah diarahkan untuk membuat satu laporan polis berkenaan video tersebut. Kami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.
Sekian. Terima Kasih.
NoorHajran Mohd Noor
Peguambela Peguamcara
Messrs. NoorHajran Mohd Noor.

7 Video-Video Pelajar Autisme Sekolah PERMATA Pintar Yang Difitnah Bersama DS Rosmah Mansor



Sebuah video yang disebarkan oleh laman Facebook 'Saya Sayang Tun Mahathir Mohamad' membuat provokasi menunjukkan seolah-olah seorang kanak-kanak enggan membenarkan isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor mencium pipinya. Pada ketika ini, video tersebut mendapat jumlah tontotan yang tinggi dan ribuan kongsian telah dibuat.

Kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Izz merupakan seorang anak autisme yang mempunyai kebolehan luar biasa untuk menyelesaikan masalah matematik dan kimia pada usia hanya 6 tahun. Kepintaran Izz telah membolehkan beliau untuk masuk ke Pusat PERMATA Pintar, sebuah pusat untuk anak-anak pintar yang diilhamkan oleh DS Rosmah Mansor.

Beberapa hari lepas, DS Rosmah Mansor telah meluangkan masa untuk melihat sendiri perkembangan Izz di PERMATA Pintar. Pada usia 6 tahun, Izz merupakan pelajar paling kecil di pusat itu memandangkan rata-rata pelajar berusia belasan tahun.

Anak-anak autisme tidak seperti kanak-kanak yang biasa, mereka mempunyai telatah dan cara mereka tersendiri. Ramai di antara mereka mempunyai masalah dalam berkomunikasi, lebih-lebih lagi dengan orang yang bukan dari ahli keluarga mereka. Jadi tidak hairanlah Izz agak malu apabila bersama dengan DS Rosmah Mansor.

Apa yang dikesalkan adalah apabila ada pihak yang cuba mempolitikkan situasi ini. Seolah-olah tidak ada hormat dan sedikitpun rasa simpati terhadap kanak-kanak autisme. Siang malam hanya memikirkan soal bahan yang boleh dimuatnaik untuk dijadikan cerita politik dan bahan cercaan. Sepatutnya apa yang diraikan adalah kisah kepintaran Izz sehingga mampu menjadi pelajar di Pusat PERMATA Pintar.

Berlainan dengan mereka di sebelah sana yang sibuk mencaci dan mencerca, DS Rosmah Mansor pula telah berusaha menubuhkan pusat PERMATA Kurnia untuk membantu anak-anak autisme. Pusat PERMATA Pintar pula ditubuhkan untuk mendidik anak-anak pintar yang akan menjadi aset negara pada masa hadapan. Inilah perbezaan antara kita dan mereka.

Mereka yang telah 'share' video tersebut, eloklah bermuhasabah diri dan padam kembali. Anda seolah-olah telah menghina anak-anak autisme, lebih-lebih lagi anak yang mempunyai kebolehan luar biasa seperti Izz. Ikuti penjelasan ibu bapa Izz anak pintar dari PERMATA kepada pihak yang membuat cubaan menghina tapi nanti akhirnya sendiri mendapat penghinaan. Saksikan.



0 PAN Kena Main Dengan @cmlimguaneng, DAP Rampas Kerusi Parlimen Dan Serah Kepada Calon Katak


DAP mengesahkan bahawa kerusi Parlimen Ayer Hitam akan ditandingi calon parti Parti Amanah Nasional Tanah Air Tercinta (PAN***) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata tindakan ini merupakan satu percaturan taktikal dari Pakatan Harapan (PH) untuk mengukuhkan peluangnya merampas kerusi tersebut dari Barisan Nasional (BN). 



Itu cerita lama. Cerita bertarikh 12/01/2018. Malangnya semalam, 18/03/2018, DAP telah menikam belakang PAN dengan merampas kembali kerusi berkenaan. DAP telah menamakan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, untuk bertanding di kerusi Parlimen berkenaan menentang Timbalan Presiden MCA, DS Dr Wee Ka Siong.

Liew Chin Tong merupakan seorang Ahli Parlimen dari parti DAP yang merupakan anak jati negeri Selangor.  Beliau mula menjadi Ahli Parlimen di Bukit Bendera, Pulau Pinang. Kemudian beliau berpindah ke kerusi Parlimen Kluang, Johor. PRU ke 14 beliau melompat pula ke kerusi Parlimen Ayer Hitam. 

Jika dilihat dari perjalanan politik Liew Chin Tong, beliau tidak pernah kekal di satu kawasan Parlimen tetapi sering menjadi 'katak' dengan melompat dari satu kawasan Parlimen ke kawasan Parlimen. DS Dr Wee ketika mengulas calon 'katak' berkata, beliau mengalu-alukan Liew Chin Tong untuk bertanding di Ayer Hitam. Baca di sini.


Persoalannya, adakah Rakyat Ayer Hitam akan berubah memilih si katak atau lebih senang dan selesa memilih Wakil Rakyat B, DS Dr Wee yang sentiasa memberikan khidmat terbaik kepada Rakyat Ayer Hitam. Kedua, sampai bila PAN*** akan menjadi khadam pencacai yang mengikut sahaja telunjuk DAP, ditekan dan dihina.

March 18, 2018

25 Elok @AzminAli Saja Kita Humban Ke Empangan Sebab Tidak Faham Bahasa


Berkatalah Menteri Besar Selangor DS Mohamad Azmin Ali semalam,
Zaini sebagai penjawat awam seharusnya menyampaikan fakta yang tepat bukan memutar belitkan fakta dan cuba bermain politik.
Beliau serang saya dengan mendakwa rizab air 0 peratus dan tiada jaminan bekalan air di negeri ini, kalau betul nak jadi ahli politik, letak jawatan dan bertanding dengan saya di Gombak atau Bukit Antarabangsa atau di mana-mana kawasan yang saya tandingi.

Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga Teknologi Hijau Dan Air (KETTHA) membicarakan mengenak rizab air terawat. Beliau mengeluarkan senarai setiap negeri dan didapati di Selangor hampir tiada rizab air terawat. 

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali pula secara bodoh sombonv bercakap mengenai bekalan air mentah di empangan. 

'Water Reserve Margin' adalah jumlah bekalan air terawat berbanding permintaan air dan bukannya 'Water Storage Level' iaitu air di empangan. Adakah beliau hendak suruh Rakyat Selangor minum minum air mentah yang tidak dirawat? 

Siapa yang putar belit fakta? Elok kiranya Menteri Besar Selangor sahaja yang dicampak ke empangan kerana kebodohan beliau.

8 3 Kali Malaysiakini Ubah Tajuk Berita, Untuk Burukkan Ustaz Ahmad Dasuki?




Musuh Islam tidak pernah dan akan berdiam diri, Mereka akan terus berusaha memburukkan Islam. Cubaan untuk memburukkan PAS gagal dari Malaysiakini, sekali lagi. Portal MalaysiaKini didapati TIGA kali mengubah tajuk posting.

Kali pertama: "Pas Selangor Doa Hancurkan Tentera Ahzab HARAPAN"
Kali kedua: "Pas S'ngor Doa Hancurkan Tentera Ahzab Pakatan Jahat"
Kali ketiga: "Pas S'ngor Doa Hancurkan Pakatan Jahat"

Pemberitaan sebegini dilohat berniat jahat oleh MalaysiaKini, media pro-Pakatan Harapan yang kaki spin dan sentiasa mengangkat berita yang anti-agenda Islam. 

“Ya Allah hancurkan kumpulan mereka, pecahkan pakatan mereka!”, ini sebahagian teks Doa Qunut Nazilah. Pakatan bukan semestinya merujuk Pakatan Harapan. Harap maklum.

Untuk pengetahuan pemberita MalaysiaKini, berikut merupakan teks Doa Qunut Nazilah beserta terjemahannya: 

اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى كل مكان و فى كل زمان.

Ya Allah! Muliakan Islam dan seluruh Muslimin. Ya Allah! Hinakan Syirik dan Musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami Muslimin dan Mujahidin dan golongan-golongan lemah, di semua tempat dan di setiap masa.

اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين , اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك

Ya Allah! Binasakan musuh-musuhMu, musuh-musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan Kekufuran, Syirik dan Munafiq. Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepadaMu) dan kami berlindung denganMu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai-beraikan himpunan kumpulan mereka, pisahkan kesatuan pakatan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjingMu.

يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين

Wahai Tuhan yang Maha Gagah, Wahai Tuhan yang Maha Keras, Wahai Tuhan yang Maha Membalas, Wahai Allah, Wahai Allah, Wahai Allah Tuhan sekalian alam. 

اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِمهُم , وانصُرْنا عليهم

Ya Allah, Tuhan yang menurunkan Kitab, Yang menggerakkan awan, Yang mengalahkan tentera Azhab, Kalahkan mereka, dan bantah kami dengan memberi kemenangan untuk kami!

اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك

Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hambaMu.

اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك , ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة , وقنا عذاب النار

Ya Allah! Rezekikan kepada kami syahid di jalanMu. Ya Allah! Berikan kepada kami kebahagiaan di dalam kehidupan di dunia ini dan kebahagiaan juga di Akhirat, dan selamatkan kami dari Azab Neraka.

وصلى الله على رسوله الكريم , و على أله و صحبه أجمعين , و الحمد لله رب العالمين
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates