March 17, 2018

3 Terkinja-Kinja Macam Beruk @cmlimguaneng Ikut Rentak Lagu GST Kutuk Kerajaan




DAP sememangnya semakin terdesak meraih undi apabila sanggup menggunakan kanak-kanak untuk menyemai sentimen kebencian terhadap Kerajaan dalam satu video yang dimuat naik di akaun media sosial Facebook milik Guang Ming Daily. Majlis di atas adalah bersempena pelancaran Tuisyen Rakyat Pulau Pinang.

Video berkenaan memperlihatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ‘terkinja-kinja’ mengikut rentak lagu mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam sebuah majlis yang kebanyakannya terdiri dari kanak-kanak. DAP Pulau Pinang menggunakan kanak-kanak sebagai alat untuk menanam kebencian melalui tuisyen yang dianjurkan.

Video yang berdurasi 32 saat yang tular itu juga memaparkan seolah-olah GST memberi kesan buruk kepada Rakyat dengan antara bait-bait lirik yang terkandung dalam lagu berkenaan termasuk ‘A B C D G S T, harga semakin tinggi, tak naik lagi gaji, mesti makan maggi mee, semua kena GST, bayar untuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tindakan Joseph Lim Guan Eng amat tidak beretika yang seolah-olah tidak malu menanam agenda untuk memesongkan pemikiran kanak-kanak dengan propaganda membenci Kerajaan Pusat dan sekaligus mengugat keharmonian kaum.










9 @chedetofficial Kelakuan Kebudak-Budakan, Minta Perdana Menteri Australia Jangan Jumpa DS @NajibRazak


Tidak pasti sama ada hendak ketawa atau menangis apabila melihat seorang tua yang berumur hampir satu abad berperangai seperti budak-budak. 

Semalam, dalam satu wawancara televisyen, Top Dog Pakatan Harapan telah memberitahu Perdana Menteri Australia dan kabinet beliau agar menjauhi atau tidak berjumpa dengan DS Najib Tun Razak.

DS Najib Tun Razak bukankah Ketua Kerajaan Malaysia dan ini merupakan lawatan rasmi beliau ke Australia. Hasad dengki dan hasutan Tun Dr Mahathir tidak bermakna sama sekali. Hari ini ...


Mungkin PPBM tidak laku di Australia. Mungkin suara Tun Dr Mahathir hanya laku di Kerala atau Brunei, negara kelahiran Mukhriz.

Penyokong DAP dan Pakatan Harapan harus boikot Australia serta-merta kerana kebiadaban mereka tidak hirau suara Tun Dr Mahathir.

Manakala Institut Jantung Negara (IJN) perlu membuat persedian. Mana tahu ada orang tua akan dikejarkan ke sini hari ini.


March 16, 2018

39 @chedetofficial Semuanya Betul, Ini Senarai Kesalahan Orang Lain Di Matanya


Berikut adalah senarai kesalahan yang Top Dog Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir letakkan kepada orang lain. Lelaki ini menyalahkan semua orang tetapi bukan dirinya sendiri:

1. Tun Dr Mahathir menyalahkan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk tindakan pada tahun 1998 terhadap Anwar Ibrahim. Baca di sini.


2. Tun Dr Mahathir menyalahkan mantan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dan pembantunya untuk kerugian Forex. Baca di sini.

3. Tun Dr Mahathir menyalahkan orang Melayu 'malas' kerana kegagalan meningkatkan ekonomi kaum Melayu. Baca di sini.

4. Tun Dr Mahathir menyalahkan PAS kerana memecah belahkan orang-orang Melayu. Baca di sini.

5. Tun Dr Mahathir menyalahkan YDP Agong kerana memecat hakim-hakim. Baca di sini.

6. Tun Dr Mahathir menyalahkan bekas pemimpin MIC kerana kegagalan masyarakat India. Baca di sini.

Adakah Masyarakat Malaysia akan memberikan Tun Dr Mahathir, insan maksum teragung, peluang kedua sekali lagi untuk menjadi Perdana Menteri mewakili parti DAP?

Jadi tidak hairanlah apabila Ketua Penerangan UMNO, TS Annuar Musa melabel Mahathir sebagai seorang Machiavelli semasa program diskusi Anda Tanya Kita Jawab yang membicarakan topik "Memahami Mahathirism" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), dua hari lepas. Kata TS Annuar,
Mahathir is a true politician and a true Machiavelli. Dia berpegang kepada prinsip Machiavelli, iaitu matlamat menghalalkan cara. Mahathir tak kisah soal cara, janji matlamatnya tercapai. Saya nampak dia konsisten dan fokus serang Najib sahaja. Saya tak fikir benda itu terjadi dengan sendirinya.
He is a strategist. Dia dah guna strategi ini ke atas ramai orang. Cuma kali ini dengan Najib dia kurang berjaya sikit. Ini kerana Najib berguru dengan Mahathir lama. Najib is very smart, patient and knows Mahathir very well. Kita pun kenal cara Mahathir. Kita tahu dia sengaja berbohong dan buat cara ekstrim supaya orang menyokongnya. Dia boleh corner 360 darjah.

March 15, 2018

36 Tun @chedetofficial Cuba Hapuskan Dosa Lama Dengan Bertanding Logo DAP?




Akhbar bahasa Cina, Guang Ming Daily bertarikb 15/03/2018 melaporkan Setiausaha Agong DAP, Joseph Lim Guan Eng berkata jika calon-calon PPBM bertanding guna logo Roket DAP pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 nanti, persepsi di kalangan orang Melayu terhadap DAP sebagai sebuah parti anti-Melayu akan berubah.

Alhamdulillah, patutlah Tun Dr Mahathir pun sanggup hendak bertanding pakai logo Roket DAP untuk bantu mengbakis imej anti-Melayu DaP yang beliau sendiri semai di kalangan orang Melayu. Satu lagi kesilapan masa lampau yang Tun Dr Mahathir hendak perbetulkan sementara ada masa di dunia ini. 

Tidak sabar rasanya melihat rakan-rakan CTS yang dulunya di dalam UMNO sekarang menyertai PPBM, me gusung dan mengarak bendera DAP dengan megah dan bangga diri. 

Bagi yang sering bertanya, kenapa CTS suka memanggil Tun Dr Mahathir sebagai Top Dog. Ini kerana gelaran itu dengan bangga diakui sendiri oleh Tun Dr Mahathir. Tonton video di bawah kalau tidak percaya. Sekarang Top Dog DAP.



14 Sekarang Kita Tahu Kenapa Wakil Rakyat Pembangkang Switzerland Sibuk Sangat Dengan 1MDB


Sekeping gambar sudah cukup bukti adanya campur tangan asing ke atas kedaulatan demokrasi di Malaysia. Apakah tujuan Pengarah NGO haram - C4 Center to Combat Corruption and Cronyism, Cynthia Gabriel yang dilihat hadir bersama-sama pembangkang Switzerland?

Turut sama dilihat adalah Director of Global BERSIH, Bala Chelliah serta Lukas Straumann, Director of Bruno Manser Fund yang disyaki terlibat di dalam usaha menjatuhkan Tun Taib Mahmud di Sarawak dan penaja dan 'funder' kepada portal Sarawak Report.

Syaitan manakah yang menaja mereka ke Switzerland untuk menjemput campur tangan asing ke Malaysia? Syaitan mana yang menjadi dalang memburuk-burukkan 1MDB di Switzerland sekaligus memburukkan nama Malaysia? Kerajaan Malaysia seharusnya menangkap dan membicarakan pengkianat-pengkianat negara ini.

Perkara fitnah bodoh sebegini bukannya baru. Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14, Cynthia Gabriel sibuk dengan isu Altantuya Shariibu dan kapal selam Scorpene. Rakyat Malaysia tunggulah sapina daripada Mahkamah Perancis terhadapa DS Najib Tun Razak. Malangnya, sehingga sekarang sapinan tersebut masih belum sampai ke Malaysia.


Terkini - misi syaitan-syaitan ke Switzerland untuk burukkan Malaysia gagal.

25 Ketandusan Isu, Pembangkang Kitar Semula Isu Air Pahang 2015


Gagal mempertahankan skandal dan isu air yang tidak kunjung padam di Selangor, pembangkang tidak ada cara lain selain dari mengitarkan semula sebuah video lama, vdeo yang diviralkan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

Isu masalah air di Felda New Zealand berkenaan sudah diatasi dan selesai sejak 2015 lagi. Saya ulang, SUDAH SELESAI sejak 3 tahun yang lalu. Ini ulasan pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP):
Isu gangguan bekalan air air di Felda New Zealand telah selesai sepenuhnya pada 2015 selepas kerja-kerja Projek Menaiktaraf Sistem Bekalan Air Kawasan FELDA. 
Sebelum ini kawasan Felda New Zealand memperolehi bekalan air daripada Loji Air NZ (juga membekalkan untuk kawasan Pekan Sri Jaya) di mana sumber bekalan air mentahnya adalah daripada Sungai Luit. Memandangkan kualiti & kuantiti Sungai Luit yg tidak sesuai, Pihak PAIP telah mencadangkan untuk ambil bekalan air daripada Loji Air Pekan Tajau. Ini kerana punca utama gangguan bekalan di Felda New Zealand disebabkan  faktor air mentah yang tidak sesuai dirawat. 
Projek ini melibatkan pemasangan paip jenis Mild Steel (MSCL) & panjang paip = 12km (Bandar Maran ke Loji Air NZ). Kos untuk kerja tersebut adalah RM6 Juta. Loji Air NZ telah bertukar fungsi menjadi Pam Penggalak (Booster Pump). Setelah pemasangan paip tersebut siap air terawat dr Loji Air Pekan Tajau disalurkan ke Pam Penggalak NZ.
Kesimpulannya, macai sila cuba lagi.

March 14, 2018

30 Tindakan @cmlimguaneng Dedah Gambar N Ghanaraj Bersama @chunwai09 Bukti Tokong Desperado



Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang mendedahkan gambar Ketua Pegawai Eksekutif The Star, Datuk Wong Chun Wai bersama DS N Ghanaraja yang merupakan seorang ahli perniagaan yang ditahan reman oleh pihak SPRM kerana menerima suapan RM19 juta dari pihak-pihak tertentu kononnya untuk menutup siasatan terhadap skandal Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang, dalam Sidang Media hari ini, dilihat sebagai satu tindakan desperado.

Pertama, Wong Chin Wai bukanlah Ketua Menteri Pulau Pinang dan pasti beliau tidak dapat memberikan apa-apa projek di Pulau Pinang. Kita berharap pada masa akan datang Joseph Lim Guan Eng menggunakan alasan yang lebih baik daripada menunjukkan gambar seperti ini yang membuat dirinya kelihatan bodoh.

Kedua, Wong Chun Wai bukan seorang ahli politik. Beliau hanya seorang pengamal media. Ketua Menteri Pulau Pinang merendahkan tarafnya dengan membandingkan gambar beliau dengan gambar Wong Chun Wai. Dan ketiga, Wong Chun Wai dengan senang boleh menamakan tempat, majlis, masa dan tarikh di mana foto berkenaan diambil. Bolehkah Joseph Lim Guan Eng melakukan perkara yang sama?

Ketiga, sekiranya kita perhatikan kedua-dua gambar di atas pasti kita akan tahu perbezaannya. Satu di ambil di majlis rasmi manakala satu lagi diambil di kediaman. Satu gambar berpakaian 'proper attire' dan satu gambar berpakaian santai. Satu pastinya memakai kasut dan satu lagi tidak.

Kesimpulannya, jangan memperbodohkan Rakyat Malaysialah Joseph Lim Guan Eng. Berikut adalah Kenyataan Media daripada tuan punya diri, Wong Chun Wai:
Wong Chun Wai: Press Statement in response to the Penang Chief Minister showing my photo with a MACC suspect at a press conference today - 14th March 2018.
As a known media practitioner and the CEO of Star Media Group, I meet all kinds of people in the course of my work. Many times, I am asked for photographs to be taken with them, most of which are unknown  to me. I do not know this particular person implicated. 
This particular photo of me shown by the Chief Minister was taken on the night of 8th of August 2017 at the StarProperty.my Real Estate Awards Night 2017 (SREA 2017) held at Nexus Bangsar South, Kuala Lumpur. The event was organised by Star Property, which is a subsidiary of SMG.
As is evident in this photo where there are more than two persons present, this is a public function and not in anyone's private residence. 
I was dressed in my black dinner jacket and for sure was wearing my shoes when that particular photo was taken.
Wong Chun Wai

11 Kenapa PRU14 Menjadi Pilihan Raya Paling Kotor Mengikut Dakwaan @chedetofficial?



Di dalam Sidang Media Pakatan Harapan semalam, calon Perdana Menterinya, Tun Dr Mahathir telah membuat dakwaan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 akan menjadi PRU yang paling kotor dalam sejarah, bukan sahaja di Malaysia tetapi di dunia. Ini besar kemungkinan disebabkan calon-calon yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan terdiri daripada:

1. Ahli Parlimen yang telah memfitnah saingannya beberapa hari sebelum pengundian. Beliau kemudiannya disaman dan terpaksa meminta maaf secara terbuka untuk menyelesaikan saman di luar mahkamah.

2. Ahli Parlimen yang dituduh mengadakan hubungan sulit dengan isteri orang oleh suami wanita itu sendiri dan semua ini terkandung di dalam Surat Akuan Bersumpah yang didaftarkan di mahkamah sebagai bahan bukti.

3. Ketua Menteri yang juga ADUN yang sedang menghadapi dua pertuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi membabitkan penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah serta sebuah banglo, di bawah nilai pasaran.

4. Menteri Besar dan juga ADUN yang yang menipu hasil jualan tanah peneroka yang melibatkan ratusan juta ringgit hilang tanpa dikesan.

5. Bekas Menteri Persekutuan dan seluruh parti yang diasaskannya disiasat kerana menggelapkan dana pembangunan bernilai RM1.5 bilion untuk golongan miskin.

6. Dua atau lebih ADUN negeri yang sedang disiasat memegang dua kerakyatan.

7. Seorang bekas Perdana Menteri yang disiasat di bawah Suruhanjaya Siasatan Di Raja kerana terlibat di dalam perjudian matawang asing dan menggunakan rizab negara untuk berjudi.

Dengan calon-calon Pakatan Harapan seperti di atas kita pasti ada kebenaran fakta yang diucapkan oleh Tun Dr Mahathir adalah betul dan benar. Jika mereka ini ini boleh mencuri isteri orang lain, memfitnah lawan mereka, menipu tanah orang lain, berjudi dengan menggunakan wang Rakyat dan berbohong berkenaan kewarganegaraan mereka, apa yang membuat anda fikir mereka tidak akan menipu pada PRU akan datang?

March 13, 2018

58 'U-Turn' @chedetofficial Paling Hebat Setakat Ini

21 Julai 2017:

12 March 2018:

Dari sumber yang sama, isu yang sama, orang yang sama, cuma tajuk saja berlainan. 'U-turn' paling hebat abad ini. Adakah selepas ini kita akan membaca berita daripada Raja 'u-turn' Sedunia ini bahawa Anwar Ibrahim tidak meliwat? Atau mungkinkah pada masa akan datang, Tun Dr Mahathir akan juga menyesal melawan DS Najib Tun Razak. Beliau kan kaki 'u-turn'?

I rest my case.

March 12, 2018

52 Kenapa @MuhyiddinYassin Tidak Cari Dan Saman Suami Nika Gee?


Dalam satu wawancara dengan kiniTV, Presiden PPBM, TS Muhyiddin Yassin berkata beliau akan bertindak mencari dan menyaman sekiranya difitnah oleh pihak-pihak tertentu.


Muhyiddin berkata demikian sebagai respon kepada laporan pengacara televisyen Amerika Syarikat, Rachel Maddow dan MSNBC kerana mendakwa Perdana Menteri DS Najib Tun Razak terlibat dalam skandal 1MDB.

Untuk jawapan kepada TS Muyiddin ini amat mudah. DS Najib Tun Razak telah diistiharkan oleh Mahkamah Rayuan di Malaysia tidak terlibat melakukan apa-apa salahlaku berkaitan 1MDB. Baca Malaysiakini, di sini.



Mahkamah juga memutuskan siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia, Bank Negara, dan Peguam Negara dan hasil siasatan yang telah diumumkan kepada orang ramai oleh Peguam Negara dan SPRM membersihkan DS Najib Tun Razak daripada sebarang salahlaku jenayah.

Oleh itu, DS Najib Tun Razak tidak perlu melayan mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah ke atas beliau. Apatah lagi fitnah dibuat di luar negara dan komplikasi untuk meneruskan saman di negara asing pasti ada dan memakan masa yang lama.

Kedua, kita ingin bertanyakan kepada TS Muyiddin, sekiranya prinsip ini diguna pakai, kenapakah TS Muhyiddin tidak mencari dan menyaman bekas suami seorang wanita bernama Nika Gee.

Suami wanita ini telah membuat tuduhan di Mahkamab Tinggi berserta Surat Akuan Sumpah bahawa bekas isterinya, Nika Gee mempunyai skandal dan hubungan sulit dengan TS Muhyiddin. Baca Malaysiakini, di sini.

Sekiranya saya menjadi TS Muhyiddin, saya akan akan 'bertindak mencari dan menyaman sekiranya difitnah oleh pihak-pihak tertentu.' Bukankah analoginya begitu Tan Sri?

16 @AzminAli Panas Punggung Diperli DS @NajibRazak Isu Air Di Selangor



Hasrat Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali kononnya hendak memalukan Perdana Menteri dengan bertanyakan isu 1MDB di Parlimen pagi ini, memakan diri. Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak sedikitpun tidak marah malah tersenyum. 

Perdana Menteri sebaliknya memberikan reaksi sinis kepada pertanyaan tersebut dan memulangkan paku buah keras kepada Ahli Parlimen Gombak itu dengan menyifatkan masalah air di Selangor adalah lebih kritikal.

Jawapan DS Najib tersebut menyebabkan Azmin Ali tidak berpuas hati dan mempersoalkan kewajaran isu air di negeri tadbiran beliau dikaitkan. Bagaimanapun, reaksi Azmin Ali itu sekali lagi memakan diri apabila Ahli-ahli Parlimen BN bangkit mengkritik urus tadbir air di Selangor sehingga menyusahkan mereka serta Rakyat.

Lebih menyedihkan ialah tidak ada seorang pun wakil rakyat pembangkang yang berdiri cuba mempertahankan Timbalan Presiden PKR itu. DS Najib menjelaskan, peluang telah diberikan kepada Azmin Ali untuk bertanyakan soalan dan sewajarnya beliau juga perlu diberi peluang untuk menjawab. Kata Perdana Menteri,
Kewangan dan hutang negara diuruskan dengan baik, dengan harapan masalah air di Selangor akan diselesaikan dengan baik.
Saya buat perbandingan, ada contoh. Tetapi kenapa Gombak panas punggung sentuh pasal air? Hairan, hairan.

March 11, 2018

26 Apa Yang Bangla Buat Di Ceramah @chedetofficial Di Dataran Padang Kota Lama?




Kehadiran calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir ke Dataran Padang Kota Lama, Pulau Pinang, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapakan, malam ini.

Tidak seperti ceramah di hadapan orang Melayu di Kelantan semalam, orang-orang Pulau Pinang terutama masyarakat Cina mungkin  tidak mahu tertipu dengan pembohongan dan janji retorik Tun Dr Mahathir.

Majlis sambutan 10 tahun Rejim DAP memerintah Pulau Pinang turut menerima jemputan khas, 'Self Proclaimed Top Dog' Pakatan Harapan yang terbang dari Kelantan bersama jet peribadi beliau.


Namun, agak pelik apabila lensa rakan-rakan media di Pulau Pinang menghantar gambar-gambar warga Bangla di majlis berkenaan. CTS fikir baik sajalah. Mungkin mereka hendak melawat pemimpin satu keturunan dengan mereka. Setidak-tidaknya susur galur kulit hampir sama.




5 Kebetulan-Kebetulan Yang Berlaku Di Sebalik Gambar @cmlimguaneng - DS N Ghanaraja


Sejak semalam media sosial dikejutkan dengan satu gambar yang disebarkan menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng dilihat bergambar bersama DS N Gnanaraja.

N Ghanaraja adalab seorang ahli perniagaan yang ditahan reman oleh pihak SPRM kerana menerima suapan RM19 juta dari pihak-pihak tertentu kononnya untuk menutup siasatan terhadap skandal Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang.

Kita seharusnya tidak mempolitikkan gambar di atas. Ini semua kebetulan sahaja. Lihat hujah saya di bawah:

1. Adalah secara kebetulan gambar yang diambil antara Joseph Lim Guan Eng dan N Gnanaraja di rumah N Gnanaraja dan bukan di majlis-majlis rasmi.  Bukankah Joseph Lim Guan Eng seorang yang mesra Rakyat dan suka menziarah rumah penduduk Pulau Pinang?

2. Adalah kebetulan antara jutaan rumah penduduk Pulau Pinang, rumah N Gnanaraja yang menjadi pilihan Ketua Menteri Pulau Pinang. Tiada yang pelik bergambar mesra di rumah Rakyat Pulau Pinang. Ini secara kebetulan dan tidak perlu tanya apa yang mereka bincangkan.

3. Bukankah satu kebetulan kalau seorang Ketua Menteri bersusah payah datang ke rumah seorang yang tidak dikenalinya dan membuka kasut?


Kenapa susah nak faham ini semua berlaku secara kebetulan?

2 Fakta Bukan Auta - Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Gagal Urus Rumah Mampu Milik


Di dalam majlis Manifeso Pakatan Harapan di IDCC beberapa hari lepas, Pakatan Harapan menuduh Kerajaan Barisan Nasional tidak menguruskan perancangan rumah kos rendah dan mampu milik dengan baik sehinggakan terdapat bekalan lebihan untuk rumah berharga RM500,000 ke atas.

Hakikatnya, pertama, 76% dari pelancaran projek perumahan di dalam tahun 2017 di Selangor dan Pulau Pinang terdiri dari rumah yang berharga RM1.0 juta ke atas, bukan dari negeri-negeri lain.

Kedua, Selangor dan Pulau Pinang adalah negeri pertama dan kedua tertinggi yang mempunyai rumah tidak terjual berharga RM1.0 juta di Malaysia, termasuk projek yang sudah yang di siap dan juga yang telah dilancarkan sehinggakan terdapat bekalan bernilai RM3.2 bilion rumah berharga RM1.0 juta dan ke atas.

Ketiga, sembilan projek Rumah Selangorku di batalkan dan di Pulau Pinang, tidak lansung ada rumah mampu milik di lancarkan. Waima dalam keadaan ini sekalipun, mereka masih mampu menabur fitnah kepada Kerajaan Barisan Nasional.

Sementara itu, lebih dari 50% rumah mampu milik di bawah kerajaan Barisan Nasional telah siap dibina atau sedang dalam pembinaan dan bakinya sedang di dalam pembinaan dan akan dilancarkan di dalam masa terdekat. Ini beza Kerajaa n Barisan Nasional dan Kerajaan Pakatan Harapan. Fakta tidak pernah menipu.

Nota kaki - 10 Janji 100 Hari. Janjinya tinggi melangiy, tinggi melepasi awan, namun menipunya boleh tahan. Pakatan Harapan ada empat parti, kenapa kawasan-kawasan Melayu di Shah Alam bendera DAP tidak dikibarkan sama? 

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates