March 10, 2018

23 Pelukan Ibu Dan Anak, Kata Macai Bunga




Kejadian Tun Dr Siti Hasmah memeluk jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei, hari ini mungkin tidak haram bagi pandangan mufti-mufti kuda Argentina. 

Ini disebabkan pelukan tersebut hanyalah seperti ibu dgn anak. Lagipun, mengikut fatwa mufti kuda Argentina lagi, Tun Dr Siti Hasmah sudah tua dan sudah menapouse. Tiada lagi sebarang keinginan dengan Datuk Lee Chong Wei.

Cuba gambar-gambar di atas berlaku di antara DS Rosmah Mansor dan Datuk Lee Chong Wei seperti kes tidak lama dulu, pasti sehingga habis Pilihan Raya Umum ke 14, isu ini akan dimainkan oleh pembangkang.

8 SPLASH Bawah Kerajaan Persekutuan @AzminAli? @HannahYeoh?



Menteri Besar, DS Azmin Ali dan EXCO Negeri Hannah Yeoh banyak belajar dari rakan politik mereka dari DAP, Joseph Lim Guan Eng mengenai 'Tai Chi'. 

'Tai Chi' adalah satu ajaran seni mempertahanlan diri yang disalah gunakan dalam politik apabila meletakkan kesalahan sendiri kepada pihak lain.

Membuat dakwaan syarikat SPLASH di bawah Kerajaan Persekutuan oleh Azmin Ali dan Hannah Yeoh adalah satu dakwaan yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab. 

Pemegang saham Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) ialah Gamuda Bhd (40%), Kumpulan Perangsang Selangor (30%) dan TS Wan Azmi Wan Hamzah (30%)

Jika ada sebarang masalah dengan SPLASH sekalipun ia tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Pusat seperti dakwaan Hanna Yeoh dan juga Azmin Ali.

Sebaliknya jelas Selangor ada 30% saham dalam SPLASH. 30% ini satu jumlah yang cukup besar untuk masuk campur dalam pengurusan syarikat. Kecualilah Kumpulan Perangsang Selangor sudah dijual oleb PKR. 

Manakala TS Wan Azmi yang memeliki 30% saham dikatakan 'close associate' kepada Tun Daim Zainuddin dan Anwar Ibrahim sejak tahun 80-an. Wan Azmi juga adalah pakcik kepada YB Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Seri Setia dari PKR.

Gamuda pula masih dikuasai oleh Lin Yun Ling. Walaupun KWSP mempunyai saham 10%, namun Yun Ling yang hanya mempunyai 3% saham Gamuda masih menguasai syarikat ini. 

Lebih 53% saham syarikat Gamuda dimiliki oleh pemegang-pemegang amanah. Mereka ini memberi kepercayaan kepada Yun Ling menguasai syarikat. 

Malah tidak mustahil sebahagian besar saham Gamuda masih pegangan Yun Ling melalui pihak ketiga.

Jadi bahagian 'celah Bedah mana' Hannah Yeoh dan Azmin Ali hendak menyalahkan Kerajaan Persekutuan dalam hal isu ketiadaan air oleh SPLASH?

7 Tahniah @dyanasmd dan @zairilkj Atas Pertunangan


Teka teki hubungan dua pemimpin muda DAP, Zairil Khir dan Dyana Sofea terjawab apabila kedua-dua mereka melangsungkan pertunangan hari ini.

Sekiranya kedua-dua mereka melangsungkan perkahwinan, ini adalah perkahwinan ketiga bagi Zairil dan pertama bagi Dyana. 

Pertunangan mereka hari ini mungkin mengesahkan gambar-gambar intim mereka sebelum ini yang disiarkan di media massa sejak Oktober 2014.

Selamat bertunang Zairil dan Dyana.






March 9, 2018

12 Apa Benda Yang Perdana Menteri @NajibRazak 'Curi'?



Artikel daripada The Economist, yang pernah mempersoalkan kenapa Pakatan Harapan memilih Tun Dr  Mahathir sebagai calon Perdana Menteri yang tidak berkelayakan, baca di sini,  dan di sini, kini jadi senjata terbaharu pembangkang.

Antara persoalan yang dibangkitkan The Economist adalah persempadanan semula yang kononnya 'tidak adil'. Baca rencana berkenaan, di sini. Berikut adalah 4 fakta yang menyanggah rencana berkenaan.

1. Persempadanan semula tidak adil.

Sebelum ini, bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), TS Abdul Rashid Abdul Rahman, yang kini adalah Naib Presiden PPBM pernah menyatakan yang sepanjang beliau berkuasa di dalam SPR pun, sudah wujud persempadanan semula.

Beliau sendiri menyatakan yang persempadanan semula adalah kerana:

  • banyak kerusi campuran diwujudkan untuk memastikan wakil rakyat yang dipilih memberi perhatian yang sama kepada semua komuniti.
  • tidak pernah persempadanan dibuat untuk memberi kelebihan kepada parti pemerintah.

Jadi apa yang menjadi isu sangat? Kalau pengundi sudah buat keputusan dan merupakan penyokong tegar Pakatan Harapan, di mana-mana pun mereka diletakkan, Pakatan Harapan akan menang bukan?

2. Kuasa SPR adalah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan

Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif sendiri mengakui yang persempadanan semula adalah kuasa yang diberikan kepada SPR berdasarkan Perlembagaan Persekutuan (Seksyen 8 Jadual Ke-13 Perlembagaan Persekutuan). Ini adalah satu tindakan yang sah, bukan dibuat semberono dan sesuka hati.

3. Barisan Nasional (BN) Selangor pun membantah persempadanan semula

TS Noh Omar  Pengerusi BN Selangor berkata kajian yang dipamerkan SPR dilihat memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan, selain tidak mengambil syor dikemukakan BN Selangor.

4. The Economist adalah terbitan antarabangsa, semua perkara media berkenaan akan komen dan ulas demi dapatkan rating dan langganan.

Semasa The Economist menghentam Tun Dr Mahathir, penyokong Pakatan Harapan melompat sakan marahkan media berkenaan. Sekarang pihak yang sama hendak mengambil pula pandangan penerbitan yang sama?

6 Kenali Mr Coward Chief Minister @cmlimguaneng Dan Mr Chicken @TonyPua


CTS amat bersimpati dengan Warga Pulau Pinang. Ketua Menteri anda mengaku secara terbuka bahawa beliau adalah seorang pengecut. Beliau membuat perlian terhadap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Dr Wee Ka Siong bahawa DS Wee masih menjadi orang nombor dua di dalam MCA. Persoalannya, adakah kedudukan beliau sebagai Setiausaha Agung DAP merupakan orang nombor satu di dalam DAP? Di manakah kedudukan Lim Kit Siang di dalam hireaki parti? Macai beliaukah?

Joseph Lim Guan Eng sepatutnya bersyukur kepada Pendaftar Pertubuhan kerana memanjangkan jangka hayat beliau sebagai Setiausaha Agung DAP, apabila mereka mengarahkan DAP untuk mengadakan pemilihan semula CEC, bukan hanya sekali malah dua kali. Jika tidak, Joseph Lim Guan Eng, sudah tiada apa di dalam DAP kerana had tempohnya sebagai Setiausaha Agung DAP telah tamat pada 2016. Joseph Lim Guan Eng bukan sahaja pengecut, malah sombong tidak bertempat.

DS Dr Wee, dalam Sidang Medianya pada 5 Januari lepas (tonton video di bawah), mencabar Joseph Lim Guan Eng untuk berbahas mengenai isu terowong dasar laut di negeri ini. DS Wee mencadangkan debat itu berikutan pendedahan oleh kontraktor pembina projek terowong, Zenith Consortium Sdn Bhd telah membayar RM22 juta kepada dua orang individu sebagai rasuah untuk menutup siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap projek mega berkenaan.


Walau bagaimanapun, Joseph Lim Guan Eng menolak pelawaan debat Timbalan Presiden MCA itu berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang. Katanya, beliau tidak akan merendahkan martabat jawatan Setiausaha Agung DAP yang disandangnya sejak 2005 itu untuk berdebat dengan Wee yang merupakan pemimpin nombor dua MCA .

Sementara itu, bukan sahaja Setiausaha Agung DAP sahaja yang menjadi penakut dalam isu Projek Lebuhraya Dasar Laut Pulau Pinang, Tony Pua juga turut membisu dalam hal ini, sedangkan beliau terkenal dengan kelantangan membongkar kononnya skandal negara. Kenapakah Tony Pua mengelak dari menjawab persoalan skandal berkenaan di Sidang Media di Parlimen? Apakah beliau juga seperti kata Joseph Lim Guan Eng, "dikembiri hitamkan"?

7 #ManifestoPH Hanyalah #HarapanPalsu, Bahagian II


Memang diakui pelancaran Manifesto Pakatan Harapan malam semalam adalah berprestij dan gempar. 'Credit must be given when it is due' kata pepatah English. Sayangnya majlis yang 'havoc' sebegitu diisi dengan 'Manifesto Sampah'. Berikut adalah 5 lagi janji retorik Pakatan Harapan di dalam memberikan harapan palsu kepada Rakyat Malaysia.

5. Meningkatkan kadar gaji minima di seluruh negara.
Perintah Gaji Minima (2012) menetapkan kadar gaji minima disemak setiap 2 tahun. Tahun ini ianya akan disemak lagi. Tak payah tunggu janji Pakatan Harapan untuk menaikkan gaji minima pekerja.
6. Mengurangkan beban PTPTN. Melaksanakan penangguhan pembayaran individu berpendapatan bawah RM4,000 dan menghapuskan dasar senarai hitam.
Bayaran PTPTN memang boleh ditangguhkan sejak 'batch' pertama lagi pada tahun  1998. Rundingan dan penstrukturan semula balik pinjaman boleh saja dilakukan sehingga bayaran serendah RM50. Pakatan Harapan hendak berjanji apa lagi?  
Dulu mereka berjanji hendak menghapuskan hutang PTPTN. Sekarang mereka kata bila gaji kasar melebihi RM4,000 baru mula bayar. Kerajaan telah mengecualikan RM1.23 billion bayaran balik untuk 41,706 pelajar daripada yang mendapat Ijazah Kelas Pertama. Tidak perlu bayar apa-apa.

7. Menyelesaikan skandal utama. Membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja membabitkan skandal 1MDB, Felda, Mara dan Tabung Haji. Reformasi organisasi kerajaan.
Pakatan Harapan hendak menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk siasat macam-macam perkara. Jangan lupa, Lim Kit Siang dulu berkeras mahukan RCI untuk skandal Forex BNM. Bila siasatan selesai, beliau menolak keputusan siasatan. Mereka patut tuntut juga RCI untuk Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang!

8. Menghormati hak Sabah dan Sarawak. Mewujudkan jawatankuasa khas bagi mempercepatkan perbincangan mengenai Perjanjian Malaysia 1963.
Siapa yang tidak menghormati hak Sabah dan Sarawak? Jawapannya adalah Mantan Perdana Menteri sebelum ini yang berkhidmat selama 22 tahun. Berapa kali Tun Dr Mahathir melawat Sabah dan Sarawak berbanding pengantinya? 
Apakah projek besar yang dibawa oleh Tun Dr Mahathir ke Sabah dan Sarawak (Projek Bakun tidak diambil kira kerana ianya projek kroni dan gagal sama sekali). 
Siapakah yanh membawa projek Lebuh Raya Pan Borneo yang pertama seumpamanya menghubung Sabah dan Sarawak yang bebas tol? Lagi mahu cakap banyak kata mempertahankan hak Sabah dan Sarawak.
Malah, Pakatan Harapan juga sudah ketinggalan zaman dalam mengemukakan idea manifesto ini. Lihat berita di bawah.

9. Skim Peduli Sihat, dana sehingga RM500 bagi golongan B40 untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta.
Skim Peduli Sihat dengan had maksima RM500 setahun? Di hospital-hospital kerajaan, tiada had untuk rakyat mendapatkan rawatan. Tahun ini sahaja, Kerajaan membelanjakan sebanyak RM26.5 billion untuk sektor kesihatan demi Takyat. 
Azmin Ali sembang kuat mengenai Skim Peduli Sihat, Jumlah RM50 maksima sekali pergi ke klinik adakah mencukupi? Lebih kena bayar sendiri. Demam pun kalau diikutkan harga pasaran klinik swasta sekarang kena caj lebih RM50.

10. Menyemak semula kelulusan projek mega. Wujudkan semakan semula projek yang diberi kepada negara asing.
Projek-projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing akan dikaji semula? Kita hendak tanya KLCC, LRT STAR dan PUTRA serta Dayabumi, syarikat tempatan mana yang bina?
Yang terakhir, ini pula adalah pembohongan-pembohongan yang dilakukan di dalam Bajet 2018 dan tidak dilaksanakan di dalam Manifesto Pakatan Harapan. Mereka ini memang pembohong.




Kesimpulannya, janji Manifesto Pakatan Harapan hanyalah merupakan Harapan Palsu. Ianya tidak mungkin ditepati. Bukan saya yang kata, tapi calon Perdana Menteri mereka, Tun Dr Mahathir yang kata. Belum pun jadi Kerajaan, sudah berniat tidak mahu tunaikan janji.





Nota Kaki - CTS ingin merakama ucapan takziah buat keluarga Allahyarham TS Sanusi Junid. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Al Fatihah.

16 #ManifestoPH Hanyalah #HarapanPalsu, Bahagian I


Pakatan Harapan telah selesai mengemukakan Manifesto mereka di IDCC Shah Alam semalam. 10 Janji, 100 Hari Pakatan Harapan' adalah tema Manifesto berkenaan tidak lebih daripada retorik semata-mata. Tiada janji baru yang segar dan realistik yang boleh memberi manfaat kepada Rakyat telah dibentangkan. 

Berikut adalah 10 perkara atau janji yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara. Pembohongan atau penipuan Manifesto mereka pula diletakkan dalam jawapan di bawahnya.

1. Menghapuskan GST dan mengambil langkah mengurangkan kos sara hidup.
Pakatan Harapan berjanji untuk menghapuskan cukai GST 6% dan kembali kepada cukai jualan 10% dan cukai perkhidmatan 6% (SST) yang tidak telus dan efisyen. GST mengutip RM41 billion, SST pula mengutip RM17 billion akibat ketidakcekapan, ketirisan dan penipuan. Bagaimana Pakatan Harapan mahu menampung kekurangan lebih RM20 billion?
2. Memperkenalkan semula subsidi minyak bersasar bagi menstabilkan semula harga petrol.
Pakatan Harapan mahu kembalikan subsidi petrol bersasar? Sebelum ini mereka berjanji mahu menurunkan harga petrol dan diesel kepada RM1.50 seliter. 'Flip-flop' atau 'u-turn'?
Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah melaksanakan subsidi bersasar dalam bentuk tunai terus kepada mereka yang benar memerlukan sejak 2012. RM86 billion subsidi tersasar sudah pun dibuat dan diberi Kerajaan BN. Pembangkang baru hendak berjanji malam semalam, janji yang belum tentu dipenuhi.

3. Menghapuskan hutang peneroka Felda.
Bab berjanji Pakatan Harapan memang nombor satu. Kalau berjanji ibarat babi pun boleh terbang. Janji hendak menghapuskan hutang PTPTN pun Pakatan Harapan boleh 'u-turn'. Macam mana hendak percaya janji mereka nak mansuhkan hutang peneroka FELDA?
Pada 2012 Kerajaan Negeri Selangor berjanji untuk melaksanakan projek Perumahan Generasi Kedua FELDA (PGKF) di Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu. Upacara pecah tanah dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Sampai sekarang tanah sahaja yang pecah.
Inilah bentuk harapan palsu Pakatan. Mungkin Pakatan Harapan tidak sedar Perdana Menteri telah mengumumkan pelupusan hutang saham FGV peneroka FELDA pada Julai 2017. 
4. Memperkenalkan KWSP untuk suri rumah.
Sekiranya Pakatan Harapan membiayai KWSP untuk surirumah, ini adalah pengiraannya:
Janji mereka : 2% dari caruman suami + RM50 dari kerajaan.
Jumlah surirumah : 2.9 juta.Sebulan : RM145 jutaSetahun : RM1.74 bilion.
Mereka bercadang untuk menghapuskan GST. Oleh itu, pendapatan telah berkurang sebanyak RM42 bilion. Di mana Pakatan Harapan hendak mengutip baki RM1.74 bilion? Derma orang ramai?
Satu masa dulu, Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, berkata KWSP akan muflis. Beliau menghasut orang mengeluarkan simpanan KWSP. Beliau pertikai pelaburan KWSP di luar negara. Tiba-tiba di dalam Manifesto Pakatan Harapan, hendak pula buat tabungan KWSP untuk surirumah. Maknanya apa? KWSP tidak bankrup. Yang bankrup adalah Pakatan Harapan.

Yang paling kelakar, Manifesto Pakatan Harapan ketinggalan 8 tahun. Inisiatif ini sudah dilaksanakan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak 8 tahun lalu.

Nantikan sambungan 5 lagi janji retorik Pakatan Harapan dalam Manifesto Pakatan Harapan dalam Bahagian II. Tunggu ....

March 8, 2018

0 Projek Tram Mungkin Dilaksanakan Oleh SPAD Di Putrajaya, Cyberjaya, Kajang dan Bangi


Berita baik untuk penduduk-penduduk di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Kajang dan Bangi. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang berusaha untuk membina sistem perkhidmatan tram moden yang mempunyai rangkaian perkhidmatan yang meliputi sehingga 53 kilometer.

Perkhidmatan tam moden ini juga mempunyai akses kepada perkhidmatan transit aliran massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang, MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya dan Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, ini susulan daripada kajian kebolehlaksanaan malah kerajaan telah memberi kebenaran untuk membuka permohonan cadangan (RFP) bagi membentangkan projek dan model tram yang bersesuaian kepada Kerajaan.

Menurut Azharuddin, SPAD melihat kawasan seperti Putrajaya, Cyberjaya, Kajang dan Bangi mempunyai jalan yang agak luas dan ciri-ciri ini boleh digunakan untuk membina sistem tram yang ternyata kos efektif iaitu 15 peratus lebih murah berbanding membina monorel.

Menurut beliau lagi, kajian sama ada tram sesuai untuk dibina telah pun dibuat dan Kerajaan sendiri telah membenarkan SPAD untuk memulakan proses RFP, walaupun begitu RFP dijangka hanya akan diumumkan dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang.

26 Apa Amirudin Shari Buat Di Jerman Sedangkan Rakyat Selangor Menderita Tiada Air?


Ketika Rakyat Selangor sedang menderita akibat krisis bekalan air yang masuk hari ketiga dan antara yang paling buruk sejak diperintah Pakatan Pembangkang sepuluh tahun lalu, EXCO Kerajaan Negeri, YB Amirudin Shari (ADUN Batu Caves) boleh bersenang lenang di Berlin, Jerman. 

Amiruddin dikatakan berada di Eropah untuk bercakap mengenai kebudayaan dan perlanco├▒gan Selangor, sedangkan EXCO Perlancongan Selangor disandang oleh YB Elizabeth Wong. 

Amirudin dilantik sebagai ADUN dan Wakil Rakyat untuk berkhidmat untuk Rakyat dan bukannya untuk nenjadi badut kepada perwakilan asing. 

Amirudin langsung tidak mempunyai rasa malu keluar negara lari daripada krisis yang menyebabkan penduduk Lembah Klang kini seperti berada di negara padang pasir.

Di dalam satu posting beliau di laman sosial Facebook, Amirudin berkata beliau kononnya akan membentangkan peta kebudayaan Selangor yang entah apa gunanya kepada mat-mat saleh di sana?

Program peta kebudayaan itu juga merupakan satu projek yang tidak membawa manfaat kepada Rakyat Selangor dan hanya sebagai alasan untuk beliau berjimba ke Eropah di saat Rakyat termasuk warga Batu Caves yang mengundinya sedang kesusahan.

Apabila pulang nanti, Rakyat Selangor mahu tahu apakah hasil yang terlalu hebat dan beliau perolehi di sana? Apakah kebaikan langsung kepada rakyat Selangor hari ini? Apakah pakej perlancongan yang dibawa Amirudin termasuk mercu tanda negeri Selangor iaitu Negeri Tiada Air?

Selain itu, rakyat Selangor juga perlu tahu siapa yang turut serta di dalam rombongan berkenaan dan berapa kos yang terpaksa dibayar dengan wang rakyat bagi menaja perjalanan Amirudin dan seluruh deligasi beliau?

Kalau beginilah sikap yang tidak peka ketika Rakyat Selangor menderita, Amirudin tidak layak sama sekali menjadi Wakil Rakyat bahkan EXCO di Selangor.

March 7, 2018

12 Manifesto Hadkan Tempoh Dua Penggal Bagi Ketua Menteri Dan Menteri Besar Hanyalah Temberang Pakatan Harapan



Pakatan Harapan akan melancarkan manifesto mereka pada pukul 8.00 malam esok bertempat di IDCC Shah Alam. Banyak janji-janji manis yang akan dikemukakan walaupun 'Self Proclaimed Top Dog' Pakatan Harapan yang juga calon Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sendiri mengakui bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad beberapa janji pilihan raya yang dilaungkan oleh kepemimpinan Pakatan Harapan diketuai DAP sebelum ini tidak mampu dipenuhi sekiranya pembangkang berjaya menguasai negara ini kelak. Baca di sini.

Antara janji-janji manifesto Pakatan Harapan yang menarik yang dikemukakan oleh mereka adalah untuk menghadkan tempoh dua penggal bagi jawatan tertinggi negeri dan Malaysia. Joseph Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP, mendedahkan semalam bahawa manifesto Pakatan Harapan akan mengenakan had dua penggal untuk jawatan Perdana Menteri, Ketua Menteri dan Menteri Besar.

Walau bagaimanapun, sekiranya Pakatan Harapan menang di Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng akan memasuki penggal ketiga sebagai Ketua Menteri, tetapi jawatan berkenaan akan dikira sebagai yang pertama kerana had dua penggal tidak diambil sebagai retroaktif kerana ianya bermula daripada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14. Nampak gayanya nasib baik ini juga turut dirasai oleh rakan sejawatannya di Selangor iaitu DS Azmin Ali.

Nampak tak betapa bijaknya Pakatan Harapan menipu Rakyat Malaysia.

0 SPAD Bentang Statistik Jumlah Penumpang Harian Pengangkutan Awam Meningkat


Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Mohd Azharuddin Mat Sah berkata jumlah penumpang harian purata perkhidmatan rel dan bas di Lembah Klang/Greater Kuala Lumpur merekodkan trend menaik tahun lepas dengan peningkatan 3.7 peratus atau 1,206,111 berbanding 1,162,717 pada 2016. Ini kata beliau menunjukkan kejayaan usaha kerajaan dalam menambah baik sistem pengangkutan awam negara.

Mohd Azharuddin berkata selepas membentangkan Laporan Semakan Tahunan 2017 SPAD,
Kami bangga mengumumkan pencapaian positif ini dan kami boleh lihat semua projek pengangkutan seperti MRT (Transit Aliran Mass), Rel Berkelajuan Tinggi serta perkhidmatan bas dan tinjauan kami menunjukkan kami di landasan yang betul.
Berdasarkan laporan setebal lapan muka surat bertajuk 'Menyentuh Kehidupan Menghubungkan Masyarakat' itu, rel bandar mencatatkan peningkatan 7.5 peratus jumlah penumpang harian purata tahun ke tahun, disumbangkan terutamanya oleh pembukaan penuh MRT Jajaran Sungai Buloh-Kajang sejauh 51 kilometer pada 17 Julai tahun lepas.

Suruhanjaya juga melaporkan Transit Aliran Ringan (LRT) Jajaran Kelana Jaya menyaksikan peningkatan 7.0 peratus penumpang harian puratanya kepada 272,684 tahun lepas berbanding 254,854 pada 2016.

Kesimpulannya, adalah wajar Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak digelar sebagai Bapa Sistem Pengangkutan Awam kerana hasil kejayaan beliau menggerakkan serta memperbaiki sistem pengangkutan awam di Malaysia.

Malaysia kini memiliki empat laluan pengangkutan awam yang baik seperti Monorel, Transit Aliran Ringan (LRT), KTM Komuter dan MRT dan ditambahkan pula Kereta Api Berkelajuan Tinggi (Kuala Lumpur-Singapura) yang dijangka siap pada tahun 2026 serta kereta api pantai timur.

Selain itu, Rakyat turut menikmati perkhidmatan bas percuma Go KL, Sunway Bus Rapid Transit (BRT), Projek Tambahan LRT dan LRT3 pada masa depan serta jajaran kedua MRT, ia sesungguhnya dapat menggerakkan pembangunan ekonomi negara.





March 6, 2018

36 Tragedi Anak Dan Bapak DAP, Kesian Tak? Kesiaaaan




Anak dan bapak mempunyai citarasa yang sama. Ke mana tumpahnya kuah babi kalau tidak ke mee. Waima sakit anak beranakpun di tempat yang sama. Teringat kita dengan filem P Ramlee, Madu Tiga. Kesian tak? Kesiaaan.

Semakin banyak pembohongan dan fitnah yang dibuat oleh kedua anak beranak ini, semakin banyak yang terbongkar. Terbaru, si anak masih mengulangi fitnah terhadap DS Abdul Azeez Rahim.

Ketua Menteri Pulau Pinang mengulangi dakwaan DS Abdul Azeez terlibat dalam rasuah RM3 juta kes Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang, walaupun Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd telahpun meminta maaf dan menarik balik dakwaan tersebut.

Untuk itu, DS Abdul Azeez telahpun menghantar surat tuntutan memohon maaf ke pejabat Joseph Lim Guan Eng di Komtar memohon maaf dalam masa 4 hari atau menghadapi tindakan saman. Kesian tak? Kesiaaaan.


March 5, 2018

21 Maria Chin Dan @Bersih2 Cakap Hancing



Dulu pembangkang kata BERSIH bebas dari pengaruh pembangkang tetapi hari ini Pengerusi NGO berkenaan, Maria Chin diberikan kerusi PKR untuk bertanding di kerusi selamat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14.

Masakan secara tiba-tiba Maria Chin mendapat tempat istimewa di hati PKR kalau bukan kerana 'sumbangan' beliau dalam merencanakan fitnah terhadap UMNO, Barisan Nasional (BN) dan juga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selama ini.

BERSIH pada era Maria Chin adalah yang paling lembik. Demo boleh berswafoto bagai depan FRU macam pesta. Sembang ibarat babi pun boleh terbang, kononnya tidak percayakan SPR. Apa terjadi sekarang? Dengan muka tidak tahu malu, ada hati pula mahu jadi calon. 

Mana undi Bangla 100K? Mana penipuan dakwat kekal? Mana isu 'bkackout' yang BERSIH mainkan selama ini? Penyertaan Maria Chin dalam PRU14 kali ini sekaligus memang mengesahkan dakwaan bahawa BERSIH adalah agenda pembangkang. 

Hipokrit, penipu dan kaki kelentong, itulah tiga perkataan paling sesuai untuk menjadi label atau jenama dan cogan kata Pakatan Harapan kali ini.

6 Ketua Menteri Pulau Pinang @cmlimguaneng Tidak Hormat YDP Agong



Kita faham hari ini adalah Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ke-13  untuk kali terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14. Kita juga faham ini mungkin penggal terakhir Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP hadir ke Sidang Parlimen, yang terpalit dengan pelbagai kes rasuah.

Oleh yang demikian, kita berharap sangat penampilan beliau kali ini lengkap dengan pakaian istiadat Parlimen. Pembukaan Sidang Parlimen dihadiri oleh Ketua Negara, YDP Agong. Amat kurang ajar dan biadab jika Joseph Lim Guan Eng hadir tanpa menghormati majlis. Lebih-lebih lagi pakaian 'suit' yang beliau pakai tidak disertai dengan songkok hitam.



 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates