February 17, 2018

41 Beza Tunku Abdul Rahman Minta Derma Berbanding Tun @chedetofficial Dan @MukhrizMahathir


Anak manja kesayangan bapa yang merupakan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan mempertikaikan tindakan PPBM untuk menutip derma untuk tabung parti. 

Sekaligus, DS Mukhriz Mahathir menyamakan tindakan mereka dengan cara Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj mengutip derma sewaktu rombongan ke London.

Mukhriz Mahathir sememangnya anak yang lembam terutama bab sejarah. Kasih sayang menyebabkan beliau gagal berdikari dan masih mengharapkan dedi kasi. Berikut adalah perbezaan derma Tunku Abdul Rahman dan derma Mukhriz Mahathir:

1. Tunku Abdul Rahman dan rombongan pergi ke London untuk menuntut kemerdekaan negara. Derma orang ramai adalah untuk fisabilillah. Derma untuk PPBM dan Mukhriz Mahathir untuk mengisi tabung parti bertujuan mengkucar kacirkan negara.

2. Tunku mohon derma demi kemerdekaan negara. Manfaat untuk Rakyat hukumnya harus. Menderma untuk PPBM untuk merosakkan Negara, Rakyat dan umat Islam - Hukum asal harus menderma itu jatuh kepada haram.

3. Tunku jual rumah, jual kedai untuk biaya ke London. Ayah boboi setakat jual t-shirt dan topi saja kan?

4. Tunku meminta derma dan pada masa yang sama nenghantar anak cucu menaiki jet peribDi mewah, kapal layar mewah dan bercuti di luar negara.

5. Tunku tidak meminta derma dan pada masa yang sama beberapa anak-anak beliau billionaire yang memiliki beratus syarikat hasil kerja bapa mereka selama 22 tahun.

Cerita Siti Rahmah Kassim, Ahli Parlimen Rembau pertama, kata Tunku: "Saya ni nak pi London bersama-sama Raja-Raja Melayu, UMNO tak dak duit, saya pun tak dak duit, saya jual istana Ayahanda duk murka. Ayahanda suruh saya jadi Raja, saya tak mau, saya nak jadi Presiden UMNO, nak bagi Malaya merdeka."

Ketika sebut perkataan “tak dak duit” Tunku menangis. Orang biasa menangis bergenang air mata, tapi Tunku menangis air mata bercucuran membasahi pipi. Saya duduk di depan ketika itu terus bangun sambil berkata, patik menyahut seruan Tunku, patik reda."

Titisan air mata Tunku Abdul Rahman menyentuh perasaan Siti Rahmah membuatkan beliau berdiri dan berkata,
Tunku, saya terpanggil apabila mendengar ucapan Tunku. Dengan ini, patik menyumbangkan gelang emas kesayangan patik demi kemerdekaan negara. Saya ikhlas. Jika ada 10 gelang emas, semuanya akan diberikan kepada Tunku.
Al Fatihah untuk Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Ada beza banyak tu perbandingan yang dibuat Mukhriz Mahathir. Jangan jadi lembam dan loqlaq sangat.

February 16, 2018

8 ADUN DAP Teratai Menghina Teruk Geng #UndiRosak



ADUN DAP Teratai, Tiew Wey Keng telah menaikkan video propaganda anti #UndiRosak di laman sosil Facebook beliau. Video propaganda yang sangat teruk isinya menghina golongan penyokong #UndiRosak.

Video ini telah dikritik teruk oleh netizen termasuk penyokong beliau sendiri. Tidak tahan dikritik, beliau telah memadamkan video ini dari Facebook beliau. Namun dalam zaman milenium IT, terlajak posting kalau tidak dimuat turun, orang akan rakam terus.

Walaupun peminpin Barisan Nasional (BN) juga tidak setuju dengan cara golongan #UndiRosak, namun tidaklah sehingga menghina kumpulan ini sebagai pemakan rumput dan lebih teruk dari Bangla.

Pihak Polis Di Raja Malaysia wajib menyiasat dakwaan Wakil Rakyat berkenaan yang membuat dakwaan Bangla mengundi di dalam pilihan raya.

0 SPAD Adakan Advokasi Keselamatan Semperna Tahun Baru Cina


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengadakan Advokasi Keselamatan bersempena dengan Perayaan Tahun Baru Cina bertempat di Terminal Bersepadu Selatan semalam. Pengurusan SPAD yang diketuai oleh Encik Zamri Mahmud, Bahagian Operasi telah meninjau operasi penjualan tiket bas ekspres di terminal berkenaan.

Satu risalah 'Hak Anda Sebagai Pengguna' turut diedarkan kepada penumpang-penumpang bas ekspres beserta 'goodie bag'. SPAD juga akan mengadakan aktiviti penguatkuasaan bersama Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan pihak penguatkuasa lebuhraya pada musim perayaan ini selama 17 hari bermula 9 - 25 Februari 2018.

Satu pekeliling juga telah dikeluarkan kepada pengendali bas ekspres di seluruh negara utntuk meletakkan keutamaan yang paling utama terhadap keselamatan penumpang mereka serta pengguna jalan raya lain dengan mematuhi Kod Amalan Industri SPAD (ICOP) dan peraturan keselamatan pada setiap masa.




Berikut adalah Kenyataan Media dari SPAD:




February 15, 2018

36 Israel Dijemput Oleh UN-Habitat, Pengarah Eksekutif Adalah Bekas Pegawai @cmlimguaneng, Kebetulan?





Datuk Maimunah Mohd Shariff adalah mantan Yang Dipertua, Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Wanita pertama yang bergelar 'mayor' dan menjadi orang harapan Ketua Menteri, Joseph Lim Guan Eng. Kini beliau menjawat jawatan sebagai Pengarah Eksekutif, UN-Habitat.

Berdasarkan Kenyataan Media daripada Menteri Luar, DS Anifah Aman, penglibatan wakil Israel dan jemputan kepada mereka ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif UN-Habitat dan bukannya Kerajaan Malaysia.

Mungkin adalah kebetulan Pengarah Eksekutif UN-Habitat adalah orang yang pernah menjadi orang kepercayaan Ketua Menteri Pulau Pinang atau Setiausaha Agong DAP.

Untuk pengetahuan, tiada negara yang menganggotai UN boleh menghalang duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mahu masuk ke sesebuah negara.

PRESS RELEASE 
Ministry of Foreign Affairs, Malaysia 
PRESS STATEMENT BY THE MINISTER OF FOREIGN AFFAIRS OF MALAYSIA DATO’ SRI ANIFAH AMAN  
ON THE PARTICIPATION OF THE ISRAELI DELEGATION IN THE 9th WORLD URBAN FORUM IN KUALA LUMPUR 
7 – 13 FEBRUARY 2018 
There have been attempts by some irresponsible parties to gain political mileage out of Israel’s participation in the 9th World Urban Forum (WUF9), which was held at the Kuala Lumpur Convention Centre from 7 to 13 February 2018. 
2.    The Ministry of Foreign Affairs wishes to clarify that Israel’s participation was based on an invitation issued by the United Nations, through its agency the United Nations Human Settlements Programme (UN-Habitat), the convenor of WUF9.   
3.    The invitation to Israel, signed by the Executive Director of UN-Habitat, was in accordance to the Host Country Agreement signed between that organisation and Malaysia.  Article III of the Agreement states, in part, that participation in the Forum shall be open, among others, to all the Member States of the United Nations and any of its Specialised Agencies.  Signing the Host Country Agreement is a requirement for any UN conference to be held away from any of the UN’s established headquarters. 
4.    It needs to be emphasised that unlike the other letters of invitation, the letter of invitation to Israel was not signed by any Malaysian official.  Therefore, the issue of Malaysia tacitly establishing links with Israel through the hosting of this Forum does not arise. Our position on Israel remains unchanged. To imply otherwise is an indication of malicious and malignant intent. 
5.    It should be noted that WUF9 was widely acknowledged to have been a success.  It raised Malaysia’s profile and showcased Malaysia’s achievements in the promotion, articulation and implementation of the New Urban Agenda.  It saw the participation of more than 25,000 people, with 69 countries being represented at the Ministerial level. All Malaysians should be proud of our country’s successful hosting of this prestigious and important Forum.   
DATO’ SRI ANIFAH AMAN
Minister of Foreign Affairs
15 February 2018

Versi Bahasa Malaysia:
KENYATAAN AKHBAR OLEH MENTERI LUAR NEGERI MALAYSIA 
YB DATO’ SRI ANIFAH AMAN MENGENAI PENYERTAAN DELEGASI ISRAEL KE FORUM BANDAR SEDUNIA KE-9 DI KUALA LUMPUR 
7 - 13 FEBRUARI 2018 
Terdapat percubaan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menagih keuntungan politik daripada penyertaan Israel dalam Forum Bandar Sedunia ke-9 (WUF9), yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 7 hingga 13 Februari 2018. 
2. Kementerian Luar Negeri ingin menjelaskan bahawa penyertaan Israel adalah berdasarkan jemputan yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), melalui agensinya Program Penempatan Manusia PBB (UN-Habitat) selaku penganjur WUF9. 
3. Surat jemputan kepada Israel, yang ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif UN-Habitat, adalah selaras dengan Host Country Agreement yang ditandatangani di antara organisasi itu dan Malaysia. Artikel III dari Perjanjian tersebut diantaranya menyatakan, bahawa penyertaan dalam Forum itu dibuka antara lainnya kepada keseluruh keanggotaan PBB dan mana-mana Agensi Khususnya (Specialized Agencies). Host Country Agreement ini adalah syarat bagi mana-mana persidangan PBB untuk diadakan di luar mana-mana ibu pejabat PBB yang sedia ada. 
4. Adalah ditekankan bahawa tidak seperti surat jemputan kepada negara-negara yang lain, surat jemputan kepada Israel tidak ditandatangani oleh mana-mana pegawai Malaysia. Oleh itu, tohmahan bahawa Malaysia secara senyap-senyap mewujudkan hubungan dengan Israel melalui penganjuran Forum ini adalah tidak timbul sama sekali. Pendirian Malaysia terhadap Israel tetap tidak berubah. Apa jua penyataan sebaliknya hanya sekadar membuktikan niat jahat dan berbahaya. 
5. Harus diingat bahawa pelbagai pihak telah menekankan bahawa WUF9 telah dikelolakan dengan jayanya. Forum ini telah berjaya meningkatkan profil Malaysia dan mempamerkan pencapaian Malaysia mempromosi, menyuara dan melaksanakan New Urban Agenda. Ia juga menyaksikan penyertaan lebih daripada 25,000 orang, dengan 69 negara diwakili di peringkat Menteri. Semua rakyat Malaysia harus bangga dengan kejayaan negara menganjurkan Forum yang berprestij dan penting ini. 
DATO’ SRI ANIFAH AMAN
Menteri Luar Negeri
15 Februari 2018

10 Ramasamy The Joker, Tiba-Tiba Semua Tak Tau


Semalam, Ketua Rejim Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng melahirkan rasa terkejut apabila mengetahui Timbalan beliau, P Ramasamy telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat berkaitan Projek Terowong Pulau Pinang (PTPP).

Joseph Lim Guan Eng berkata portfolio Ramasamy tidak berkaitan dengan projek infrastruktur, jadi tidak ada sebab SPRM memanggilnya sebagai saksi. Joseph Lim Guan Eng dipetik berkata, 
Portfolionya dalam pendidikan dan perpustakaan, apa kaitan beliau dengan projek terowong bawah laut? Baca di sini
P Ramasamy sendiri pula berkata, 
Saya tidak terlibat secara langsung dalam projek terowong bawah laut dan tidak tahu apa yang mereka akan bertanya kepada saya. Baca di sini.
Seorang apek dan seorang keling ini memang pandai membelit. Mana tidaknya, P Ramasamy kerap kali telah mengeluarkan kenyataan demi kenyataan menyerang pemimpin UMNO dan MCA demi untuk mempertahankan skandal PTPP seperti kenyataan media yang dibuat beliau seperti berikut:
25/01/2018 - MCA blurring the tunnel between fact and fiction. Baca di sini.
26/01/2018 - Wee cannot establish truth by repeating lies. Baca di sini.
07/02/2018 -MCA cannot shift the goal posts after scoring own goals. Baca di sini.
12/02/2018 - What’s so wasteful about the Penang tunnel project? Baca di sini.
13/02/2018 - Fadillah should give options rather than do politics. Baca di sini.
Tidak cukup dengan itu, P Ramasamy juga mendakwa bahawa Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai sedang cuba mensabotaj Projek Terowong Pulau Pinang kerana DS Liow lewat dalam menjawab surat Ramasamy yang meminta untuk memperoleh tanah untuk projek berkenaan. Baca di sini

Walau bagaimanapun, kenyataan ini tidak benar. Kerajaan Pulau Pinang hanya menerima kelulusan 'Environmental Impact Assessment (EIA)' secara bersyarat pada 07/11/2017. Mereka sendiri juga berkata pembinaan jalan itu dijangka bermula pada Jun 2018. Baca di sini

P Ramasamy sendiri berkata bahawa beliau hanya menulis kepada Menteri Pengangkutan pada 15/12/2017 dan menerima jawapan pada 05/02/2018 untuk menetapkan mesyuarat itu. Di sebalik kesemua yang berlaku di atas, P Ramasamy dan Joseph Lim Guan Eng berani membuat kenyataan bahawa P Ramasamy tidak terlibat dalam PTPP sama sekali? Kepala bapak mereka.

February 14, 2018

29 Beza Video Perayaan Tahun Baru Cina 2018 Antara @KhairyKJ Dan @DAPMalaysia


Di bawah adalah video perayaan Tahun Baru Cina yang dilakonkan oleh Ahli Parlimen Rembau yang juga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.


Sekarang tonton pula video daripada parti 'chauvinist' negara, DAP.


Pertama, video Khairy Jamaluddin mesejnya lebih kepada perpaduan kaum di Malaysia dan perayaan sambutan Tahun Baru Cina. Manakala video DAP lebih kepada usaha untuk memalukan (troll) Kerajaan Barisan Nasional yang tidak bertempat dan mengejek hal politik tanah air.

Kedua, video Khairy Jamaluddin setakat 5.00 p.m., ditonton 241,000 kali di laman sosial Facebook beliau. Manakala video DAP ditonton 2,200 kali di laman sosial Youtube (DAP tidak memuat naik video berkenaan di laman sosial Facebook parti).

Ketiga, video Khairy Jamaluddin berlatar belakangkan bahasa majmuk di Malaysia manakala video DAP 100% berbahasa Mandarin.

Kesimpulan, sebab itulah Ross Tapsell, seorang pensyarah senior Pengajian Asean di Australian National University telah mengeluarkan kenyataan bahawa BN telah menang perang media sosial. DAP masih berada di takuk lama.

6 Israel Datang Program PBB Kecoh, Israel Bagi Derma RM1.2 Billion Pada DAP Senyap


Pemimpin dan pencacai Pakatan Harapan menjadi kecoh apabila sekumpulan diplomat dari Israel hadir ke Malaysia untuk hadir ke satu program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan mendakwa Kerajaan kononnya memihak dan menyokong rejim zionis itu. Secara dasarnya, Malaysia tidak ada sebarang hubungan diplomatik Kerajaan dengan Kerajaan dengan Israel. Di passport Malaysia pun masih jelas tertulis larangan masuk ke negara zionis itu.

Wakil Israel yang hadir ke Malaysia adalah Diplomat Kanan Israel yang diketuai bekas Timbalan Duta Israel ke PBB, David Roet untuk hadir program World Urban Forum (WUF). Program WUF dihadiri oleh 185 buah negara dan dianjurkan Program Penempatan Manusia PBB atau UN-Habitat. 

Pemimpin dan pencacai pembangkang kecoh dengan kehadiran diplomat Israel ke program PBB sedangkan apabila bekas Pegawai Khas Lim Kit Siang, Mohamad Razali Abdul Rahman membuat pendedahan bahawa DAP menerima derma RM1.2 bilion dari Israel, tiga tahun lepas, mereka senyap. Pada tahun 2015, ada wakil pembangkang juga buat pendedahan sama. 

DAP hanya menafikan perkara itu tapi tidak mengambil tindakan memfailkan saman ke atas Mohamad Razali sampai ke hari ini. Mengapa pemimpin tertinggi DAP, Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng membisu tentang duit Israel ini?

Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen DAP Beruas adalah anggota pertubuhan Socialist International yang turut dianggotai oleh parti politik dari Israel. Pertubuhan sosialis antarabangsa ini sering membantu anggotanya menghadapi pilihanraya di seluruh dunia. Barangkali kerana takut rahsia terbongkar, sampai ke hari ini, DAP diam di dalam hal dana RM1.2 billion dari Israel ini.

Yang pasti, Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak tidak pernah cuba untuk menjalinkan sebarang hubungan kerajaan dengan Tel Aviv. Di forum antarabangsa dan PBB, DS Najib Tun Razak tegas dan konsisten memperjuangkan isu Palestin.

Berbeza dengan Tun Dr Mahathir yang kini menjadi Pengerusi Pakatan Harapan. Tun Dr Mahathir pernah menjalin hubungan dengan Israel. Tun Dr Mahathir sendiri mengaku ada menghantar surat kepada Perdana Menteri Israel pada masa itu, Yithzak Rabin, Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak pada tahun 1993, 1997 dan 1999. 

Kedua, ada dakwaan pada 06 hingga 09/07/1994, Tun Dr Mahathir telah mengadakan pertemuan sulit dengan Rabin bersama Menteri Luar Israel, Shimon Peres di Hotel De Grillion, Perancis di mana mereka sama-sama menginap. Laporan pada masa itu oleh TV Israel dan AFP dinafikan oleh Tun Dr Mahathir dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis. Selepas daripada itu, baru Mahathir mengaku bahawa beliau ada berhubung dengan Rabin hanya melalui surat.

Tun Dr Mahathir walaupun pernah mendakwa berkawan rapat dengan bekas Pengerusi PLO dan Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Yasser Arafat tapi Tun Dr Mahathir tidak pernah menjejakkan kaki ke Palestin, walaupun dikatakan lantang mengkritik Israel.

Sebaliknya, DS Najib Tun Razak merupakan Perdana Menteri pertama Malaysia yang menjejakkan kaki ke bumi suci dalam satu lawatan kemanusiaan ke Gaza pada 22/01/2013. DS Najib tiba di sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira pukul 4.40 petang waktu Malaysia pada masa itu. Beliau disambut oleh Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh di sempadan.

Tidak perlu kecoh kenapa delegasi Israel itu datang ke Malaysia. Ianya atas jemputan program PBB. Bukan seperti derma dari Israel yang DAP terima itu. Dana RM1.2 billion itu lebih serius untuk diperbincangkan. Tun Dr Mahathir pun turut sama diam pasal dana Israel itu. Tutup mulut habis bila sudah bersahabat dengan DAP.

Akhir kata, pencacai-pencacai PKR dan PPBM pastinya masih menyusu badan dan tidk mengetahui fakta bahawa Tun Dr Mahathir memberi kebenaran khas kepada pasukan Kriket Israel masuk ke Malaysia pada tahun 1997. Tanya Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar sebab apa beliau masuk penjara? Sebab membantah kemasukan pasukan Kriket Israel.

February 13, 2018

22 Biadap Pondan Tua Khairuddin Abu Hassan Menulis Kepada Raja-Raja


Sesiapa yang pernah melihat surat atau laporan yang dialamatkan ke atas pangkuan Yang Mulia Raja-Raja Melayu pasti akan tahu bagaimana peradaban tulisan dan tata bahasa yang digunakan di dalam surat atau laporan tersebut.

Walau bagaimanapun, ini tidak berlaku bagi seorang penyokong tegar Tun Dr Mahathir ini. Bagaimana Tuannya menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu, begitulah bahasa pencacainya yang biadap dan kurang ajar. Beginikah cara tulisan rasmi untuk dipersembahkan kepada Yang Mulia Raja-Raja?

Setiap noktah digantikan dengan tanda seruan seolah-olah melambangkan menjerit. Para pertama digantikan dengan kesemuanya huruf besar menandakan perasaan marah. Kurang ajar dan hanya dirangka untuk disebarkan di media sosial.

Mereka mempermain dan mempergunakan nama dan kemuliaan Majlis Raja-Raja untuk mainan perang internet mereka. Kurang ajar dan tidak bertanggungjawab.  Kesian orang Melayu yang mengaku Beraja Melayu tapi tiada budi pekerti Budaya Melayu.

6 Akibat Ketiadaan Isu, Isu Jet Ke Instanbul Dimainkan Semula Oleh Pencacai Tun @chedetofficial



Malas sebenarnya CTS untuk mengangkat isu pencacai Tun Dr Mahathir yang suam-suam kuku di blog ini. Kata pepatah English, 'don't make stupid people famous'. Namun, fitnah perlu dijawab kembali. Apatah lagi ianya melibatkan orang-orang yang CTS sayang, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dan isteri.

Pencacai pembangkang sudah ketandusan isu sehingga terpaksa mengitar semula isu 2016, diambil dari ucapan pemimpin Mahafiraun mereka, 'self proclaimed Top Dog Pakatan Harapan' Tun Dr Mahathir. Isu yang sama turut diambil kesempatan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk membuat fitnah. Tonton video di bawah untuk mengetahui cerita sebenar:


Isu ini juga telah beberapa kali dijawab. CTS telahpun menjawab isu ini di sini. Malah Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor turut menjawab isu yang sama di laman sosial Facebook beliau seperti tertera di bawah:
YB Rafizi Ramli mahu menutup malu setelah membuat kesilapan mengira 'flying hours' rombongan Isteri Perdana Menteri ke Istanbul iaitu dengan mengira 1440 jam dan bukannya 26 jam. Oleh kerana itu beliau sekarang bercakap mengenai jumlah beg untuk rombongan Isteri Perdana Menteri ke Istanbul.
Mungkin di kawasan Parlimen Pandan sudah tiada isu rakyat yang hendak perjuangkan maka dengan itu beliau mengambil tahu hal yang tiada kaitan dengan beliau. Saya beranggapan YB Rafizi Ramli tidak pernah menaiki pesawat komersil mahupun pesawat eksekutif. Oleh yang demikian, saya akan menjelaskan SEIKHLASNYA dan MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU MUDAH agar dapat difahami dan diselami oleh YB Rafizi Ramli.
YB boleh menyemak terma 'ACT - additional centre tank' dengan 'rakan-rakan' dalam industri penerbangan. Pesawat ini telah mebuat pengubahsuaian kepada ruang kargonya untuk membesarkan tangki minyak bagi membolehkan pesawat terbang lebih jauh (more range). Untuk makluman YB juga, ruang kargo pesawat eksekutif juga tidak sama seperti pesawat komersil. Dalam kes penerbangan ini, ruang kargo digunakan untuk membawa kostum dan alatan Permata Seni yang diundang membuat persembahan di sana. (boleh rujuk gambar).
Penumpang pesawat berkenaan bukanlah hanya Isteri Perdana Menteri seorang. Sebaliknya pesawat ini turun membawa bersama 13 penumpang dan 7 anak kapal. Adakah kesemua penumpang lain tidak membawa bagasi masing-masing? Ini penerbangan jarak jauh. Sudah tentu perlu menukar pakaian. Sebab itu dibawa 'hand-carry' beg. Begitu juga makanan daripada sendiri dibawa atas pesawat. 
Jelas tuduhan YB Rafizi Ramli berniat jahat dan bertujuan menimbulkan kebencian terhadap pimpinan Negara dan keluarga.
P/S: berapa kali pc lagi dia nak buat? takat nak tanya soalan camtu boleh whatsaps gua je bro ataupun tag gua kat FB.
Sudah-sudahlah wahai pencacai-pencacai. Tidak berbaloi dengan dedak yang kamu terima untuk menjawab fitnah di Padang Masyar nanti.

Kemaskini 14/02/2018:

Hari ini Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor telah menjawab persoalan yang ditimbulkan di atas di dalam laman sosial Facebook beliau seperti di bawah:
11 fakta isu Datin Seri Rosmah Naik Jet Kerajaan - Jawapan Kepada Tun Mahathir
1. Sebuah laman Facebook yang digunakan sebagai satu platform pemujaan Tun Mahathir Mohamad telah menaikkan satu video ucapan Tun M pada tahun 2016. Dalam video tersebut Tun Mahathir telah menuduh bahawa kerajaan Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM86 juta untuk menyewa jet peribadi bagi kegunaan Datin Seri Rosmah ke luar negara.
2. Tuduhan ini bersifat jahat kerana Tun Mahathir cuba memesongkan pandangan rakyat bahawa Isteri Perdana Menteri sedang melakukan pembaziran kerana menaiki pesawat peribadi yang disewa oleh kerajaan dan tidak menaiki pesawat komersil.
3. Sebenarnya, kerajaan tidak menyewa pesawat tersebut KHUSUS untuk Datin Seri Rosmah Mansor. Pesawat ACJ319 No. Pendaftaran A6-CJE adalah pesawat gantian yang disewa oleh Kerajaan Malaysia bagi kegunaan kenamaan-kenamaan Negara termasuk Yang Di Pertuan Agong, Permaisuri Agong dan lain-lain kenamaan.
4. Kiraan kos sewaan sebanyak RM86 juta juga adalah tidak benar sama sekali dan sengaja dibuat untuk megelirukan rakyat. Ia hanyalah anggaran yang dibuat oleh YB Rafizi Ramli. Kiraan tersebut adalah tidak masuk akal kerana YB Rafizi mengambil kiraan kos penerbangan sebanyak RM60,000 sejam x 24 jam x 60 hari. Sudah tentu pesawat tersebut tidak terbang 24 jam setiap hari selama 2 bulan.
5. Pesawat tersebut disewa oleh Kerajaan Malaysia untuk sementara waktu dalam tempoh 2 bulan (Mei dan Jun 2016) sebagai gantian kepada pesawat ACJ320 yang pada masa itu sedang dalam proses penyelengaraan.
6. Datin Seri Rosmah telah menaiki pesawat tersebut untuk ke Istanbul, Turki bagi menerima anugerah “3G Children Welfare Award” bagi pihak PERMATA Negara di dalam Majlis Global Good Governance Award 2016.
7. Tanpa disangka, program PERMATA Negara yang diilhamkan oleh Datin Seri Rosmah telah terpilih untuk menerima anugerah tersebut. Ini melambangkan bahawa kejayaan program PERMATA diiktiraf masyarakat antarabangsa sekaligus menjadi satu tanda kebanggaan negara. Keputusan anugerah tersebut hanya diketahui beberapa minggu sebelum majlis penyampaian anugerah berlangsung.
8. Datin Seri Rosmah telah bertolak ke Istanbul pada jam 12 tengahari, 25 Mei 2016 dan tiba di Istanbul pada jam 8 malam waktu tempatan hari yang sama. Pada keesokan harinya, 26 Mei 2016, Datin Seri Rosmah telah menghadiri majlis penyampaian anugerah dan terus bertolak balik pada jam 11 malam untuk menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang akan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di Langkawi.
9. Melihatkan kepada jadual yang padat ini, tidak mungkin Datin Seri Rosmah boleh menaiki pesawat komersil. Kebetulan pula, pada ketika itu pesawat yang disewa oleh kerajaan ini tidak dipakai oleh sesiapa.
10. Dan tidak mungkin juga, Datin Seri Rosmah berpeluang untuk meluangkan masa membeli-belah di luar negara sepertimana yang dikatakan oleh Tun Mahathir.
11. Bagaimana seorang negarawan boleh mendengar dan percaya kepada khabar angin ‘hearsay’ sebegini. Sebagai seorang negarawan, Tun M seharusnya menyemak dan menyelidiki terlebih dahulu sesuatu perkara sebelum membuat tuduhan. Jangan letak kepentingan politik mengatasi hukum dan adab sehingga menimbulkan fitnah.
Rizal Mansor


6 Sekeping Gambar Lama Sudah Cukup Buat @cmlimguaneng Memfitnah DS @NajibRazak



Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng bertindak melatah apabila Perdana Menteri, DS Najib Razak mempersoalkan Projek Terowong Dasar Laut (PTDL) membazirkan duit rakyat. Berikutan itu dengan sekeping foto lama Lim Guan Eng telah mempersoal kehadiran DS Najib Tun Razak sewaktu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman / Memorandum of Understanding (MoU) PTDL pada 28/04/2011. Baca di sini.

Sayugia diingatkan, DS Najib Tun Razak hadir pada majlis berkenaan atas kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri untuk menghormati kehadiran Perdana Menteri China , Wen Jiabo yang turut sama hadir. Kedua, mungkin juga kehadiran DS Najib Tun Razak adalah untuk menyantuni jemputan Ketua Menteri Pulau Pinang. Baca berita berkenaan di sini.

Sekiranya DS Najib Tun Razak tidak hadir pada majlis berkenaan, berkemungkinan Lim Guan Eng akan menuduh DS Najib Tun Razak tidak menghormati Perdana Menteri China dan tidak menyokong projek yang kononnya memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang.

Kedua, kemungkinan besar ketika itu DS Najib Tun Razak tidak diberi gambaran lengkap oleh Ketua Menteri Pulau Pinang atau dari pejabat Ketua Menteri dan tidak tahu secara terperinci transaksi tersebut adalah tinggi memandangkan ianya adalah majlis menandatangani MoU sahaja dan MoU hanya mengandungi intipati atau perkara pokok atau utama sahaja (salient points).

MoU tidak sama dengan perjanjian. Ianya hanyalah suatu bentuk pernyataan bertulis berhubung persefahaman dan hasrat pihak-pihak yang terlibat untuk bekerjasama tanpa mewujudkan suatu hubungan perundangan sesama mereka. 

Ketiga, DS Najib Tun Razak juga mungkin tidak sangsi dengan keupayaan Consortium Zenith Sdn Bhd yang akan menjalin kerjasama strategik antara Zenith Construction Sdn Bhd dan dua kumpulan syarikat pembinaan gergasi dan berpengalaman dari China iaitu China Railway Construction Co. Ltd. (CRCC), bersama Beijing Urban Construction Group (malangnya sekarang kedua-dua syarikat telah tidak terlibat lagi dalam projek tersebut).

Persoalannya, adakah ketika itu Lim Guan Eng ikhlas menjemput DS Najib Tun Razak tanpa ada agenda tersembunyi untuk memerangkap DS Najib di masa hadapan? Jika ikhlas sudah tentu Lim Guan Eng atau pejabat Ketua Menteri, bukan sahaja memaklumkan kandungan MoU berkenaan malah akan turut memaklumkan terlebih dahulu kepada DS Najib Tun Razak tentang senario sebenar projek tersebut, antaranya:

a) Bahawa kos keseluruhan projek ini dianggarkan bernilai RM6.3 bilion dengan pembayaran tunai serta pembiayaan melalui pemindahan 110 ekar tanah pinggir laut di Gurney Drive dengan nilai keseluruhannya sebanyak RM6.3 bilion kepada pihak Konsortium.

b) Bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak melaksanakan proses tender terbuka kerana telah meminta Konsortium yang merupakan syarikat khas (SPV) untuk menjadi kontraktor utama projek ini dan bergabung dengan syarikat-syarikat kontraktor lain;

c) Bahawa kos bagi kajian kebolehlaksanaan PTDL sahaja mencecah RM305 juta;

d) Bahawa kajian ini tidak perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum menyerahkan projek ini kepada pihak Konsortium; 

e) Bahawa kerajaan negeri P.Pinang akan membayar terlebih dahulu sejumlah besar bayaran kajian kebolehlaksanaan PTDL walaupun projek belum siap (RM220 telah pun dibayar);

f) Bahawa tidak perlu menyiap dan menghantar kajian kebolehlaksanaan PTDL kepada Kementerian Kerja Raya dengan alasan jangkaan pelaksanaan PTDL masih lambat;

g) Bahawa pihak Konsortium bukan sahaja akan dibayar untuk kerja-kerja pembinaan malah bila siap nanti boleh mengutip tol selama 30 tahun;

h) Bahawa pihak Konsortium boleh menjana untung RM 0.27 bilion menerusi hasil kutipan tol;

i) Bahawa penilaian terhadap harga 110 ekar tanah 'prime' di Gurney Drive tersebut tidak mengambil kira potensi kenaikan berlipat kali ganda nilai atau harga tanah tersebut pada masa hadapan; 

j) Bahawa kos PTDL ini boleh berubah-ubah di masa hadapan (sekarang kos pembinaan 3 jalan melonjak dan kos PTDL pula telah dikurangkan).

Jika dimaklumkan semua senario di atas sudah tentu pada ketika itu lagi DS Najib Tun Razak akan mengkritik keras projek tersebut. Walaupun 7 tahun lalu DS Najib Tun Razak menyaksikan majlis tandatangan MoU tersebut tetapi selepas satu persatu skandal PTDL terbongkar, maka adalah sangat wajar sekarang ini DS Najib Tun Razak menegur bahawa PTDL adalah satu pembaziran.

Terdesak sungguh LGE hinggakan foto lama pun cuba dimanipulasi untuk menutup kelemahan sendiri. Mungkin selepas ini tak perlulah DS Najib Tun Razak hadir dalam mana-mana majlis anjuran DAP, untuk mengelakkan fitnah sebegini dari berulang.

February 12, 2018

21 "Iraq Itu Tidak Ada Padang Bola Pun, Boleh Main Dekat Padang Pasir", Ini Saja Taraf MB Selangor @AzminAli



Rentetan keenganan Kerajaan Negeri Selangor untuk membenarkan pasukan bolasepak Selangor bermain di Stadium Shah Alam, Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali telah mengeluarkan satu kenyataan kelakar bersifat badut. Katanya,
Iraq itu tidak ada padang bola pun, boleh main dekat padang pasir
Mungkin ini jawapan yang sesuai bagi peminat-peminat bolasepak Selangor. Secara tidak langsung mungkin Menteri Besar Selangor memberikan analogi berikut:
Tidak perlu bilik yang sesuai untuk makan ais krim. Cukuplah sekadar di tandas atau jamban.

Penyelesaian bagi isu ini adalah bertukarlah kepada Barisan Nasional (BN) di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14. Perdana Menteri DS Najib Tun Razak sendiri berjanji Stadium Shah Alam akan dipulangkan kepada peminat-peminat The Red Giant sekiranya BN memerintah Selangor.

27 Lim Kit Siang Dan Rombongan Ceramah Dihalau, ADUN Stulang Panggil Melayu Johor Bharu Biadab Dan Kurang Ajar




ADUN Stulang dari DAP, Andrew Chen Kah Eng berang apabila sekumpulan Melayu dari Kampung Bakar Batu, Johor Bahru menghalau rombongan ceramahnya yang turut disertai oleh Lim Kit Siang. Seperti biasa, Andrew Chen menuduh UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjadi dalang dan menghalang ceramah tersebut sambil mengungkit kononnya Malaysia belum demokrasi kerana menghalang ceramah umum DAP. 

Andrew Chen terlupa, Undang-undang di Malaysia menegaskan bahawa kempen pilihanraya hanya boleh bermula apabila Parlimen atau DUN dibubarkan. Sebelum dari tarikh tersebut, tiada sebarang ceramah kempen atau rapat umum yang dibenarkan oleh undang-undang. Bagaimanapun, undang-undang tersebut tidak pernah dikuatkuasakan.

Dalam insiden tersebut, kira-kira 50 penduduk Kampung Bakar Batu di Johor Bahru bertindak menghalang dan menghentikan program yang sepatutnya bermula jam 9 malam.nProgram tersebut menampilkan Lim Kit Siang dan Setiausaha PH dan PPBM Johor, Osman Sapian.

Dalam satu klip video berdurasi dalam YouTube, para penduduk meminta Kit Siang supaya tidak meneruskan program tersebut dan kedengaran beberapa individu menjerit tidak berpuas hati kepada kedua-dua mereka.

Kekecohan tercetus semasa penduduk berkenaan menghalang pemimpin pembangkang tersebut daripada berucap. Lim Kit Siang dan dua lagi pemimpin PH itu kemudian beredar dan mengadakan sidang media di tepi tapak ceramah tersebut.

Stulang merupakan antara kubu kuat DAP di Johor. Walau bagaimanapun, tindakan biadap dan kurang ajar pemimpin-pemimpin DAP untuk Menyerbu masuk ke dalam sebuah kampung Melayu dan melakukan provokasi adalah  melanggar adab dan budaya Melayu. Biar Melayu Johor Bharu dipanggil biadap dan kurang ajar oleh Cina DAP asalkan mereka bermaruah menentang pendudukan 'chauvinism' DAP di Johor Bharu.

0 Pameran World Urban Forum (WUF) Ke 9 Berjaya Menaikkan Nama SPAD Di Pentas Dunia


Bersempena pameran World Urban Forum ke 9 (WUF9) yang berlangsung dari 7 hingga 13 Februari 2018, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah membuka gerai (booth) dari 9.00 pagi hingga ke 6.30 petang  bertempat di Hall 5, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Majlis perasmian pelancaran rasmi WUF9 telah dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak.

Pameran WUF melakarkan sejarah apabila UITP dan Bank Dunia akan menganjurkan kempen global perdana #PT4ME, yang diadakan bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa WUF di gerai SPAD. Lebih daripada 100 pengendali dan pihak berkuasa di seluruh dunia memberi sokongan kepada suara wanita untuk menyerlahkan keperluan untuk persekitaran yang selamat dan boleh dipercayai apabila menggunakan pengangkutan awam.



Ketua Pegawai Eksekutif SPAD En Azharuddin Mat Sah telah menyampaikan ucapan di Forum Urban World mengenai topik, "Urban Mobility and Safe and Accessible Transport for All". Mohd Azharuddin menggariskan bagaimana promosi pengangkutan awam dilihat sebagai alat untuk merealisasikan cita-cita Malaysia untuk menjadi negara maju.


Dalam pada itu, sesi lawatan teknikal delegasi WUF9 ke Sistem Hub Pemantauan Prestasi SPAD (PMHS) dan KL Sentral telah diadakan. Delegasi telah dibawa melawat ke PMHS dan menaiki MRT di Stesen Muzium Negara dan LRT Pasar Seni dan berakhir di Stesen KL Sentral bagi laluan Kelana Jaya.



28 Mesej Apa Yang @n_izzah Cuba Sampaikan Untuk Program Goreng Pisang Havoc?


Setelah program pemberian roti kosong dan sayur-sayuran layu dan rosak diberikan kepada pengundi-pengundi, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kembali dengan program Goreng Pisang Havoc.

Tidak dapat dipastikan apakah motif pisang yang digoreng diberikan kepada pengundi-pengundi Lembah Pantai. Mungkin ad makna tersurat dan tersirat pemberian pisang berkenaan. Atau pisang merupakan perlara yang didambakan oleh Ahii Parlimen berkenaan?

Setakat ini hanya khidmat barangan makanan yang diberikan oleh Ahli Parlimen ini sebagai Wakil Rakyat. Kesimpulan: 

Barisan Nasional berikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Pakatan Harapan berikan Bantuan Pisang 1 Malaysia (BP1M)

Anda pilih, anda dapat.

February 11, 2018

25 @RafiziRamli Kantoi Rafizi Ramli, Part II, Undang-Undang Tanah Pun Tak Tau Baca Ka Sotong?



Apabila Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menunjukkan beberapa geran tanah Felda yang masih dinamakan atas nama Synergy Promenade, pencacai-pencacai beliau tepuk tangan seraya mengangkat tangan sambil berkata, "Rafizi pandai. Rafizi bijak"

Mereka terlupa mereka bodoh. Rafizi Ramli juga bodoh. Pihak Felda tidak tersilap atau terkhilaf apabila berkata tanah berkenaan telah bertukar tangan, kembali menjadi hak milik Felda.

Ini dilakukan melalui mendaftarkan tanah tersebut dengan kaveat pendaftar. Ini bermakna tanah-tanah itu tidak lagi boleh dijual atau dicagar. Dua dokumen-dokumen penting telahpun disempurnakan untuk membolehkan kaveat pendaftar dilakukan:

a) Resolusi Ahli Lembaga Pengarah Syarikat yang siap ditandatangani untuk memindahmilik tanah-tanah itu balik kepada Felda,
b) Borang 14A atau Borang Pindahmilik Tanah, Bahagian atau Pajakan yang telah siap ditandatangani dan dimeterai oleh Ahli Lembaga Pengarah Syarikat itu.

Dari segi undang-undang Tanah, nama di belakang geran pada tarikh Rafizi Ramli mengadakan sidang media adalah tidak relevan untuk menentukan sama ada tanah-tanah Felda itu sudah ditukar milik atau tidak.

Berikut adalah Kenyataan Media daripada Pengerusi Felda, TS Shahrir Samad. Baca dan hadam wahai pencacai-pencacai Rafizi Ramli.
JAWAPAN KEPADA PENIPUAN RAFIZI BERHUBUNG STATUS TANAH FELDA-TAN SRI SHAHRIR SAMAD 
Pada sidang media saya 15 Jan 2018 saya juga telah tunjukkan kpd media geran2 tanah itu yg masih berdaftar diatas nama Synergy Promenade.. 
Sungguhpun geran2 tanah masih dalam nama syarikat itu tapi kerana tanah2 itu telah dikenakan kaveat pendaftar, syarikat tidak bolih menjual atau mencagar tanah2 itu. Carian olih YB Rafizi pada 30 Jan 2018 juga menunjukkan tanah2 itu dikaveat tapi malangnya YB Rafizi menyembunyikan fakta penting ini. 
Kedua, pada 15 Jan, saya juga telah tunjukkan kpd media suratan yg telah disempurnakan olih Synergy Promenade utk membolihkan pendaftaran tanah2 itu balik kpd nama Felda. Suratan2 ini adalah: 
 1. resolusi ahli lembaga syarikat yg siap ditandatangani utk memindahmilik tanah2 itu balik kpd Felda,
  2. Borang 14A yg telah siap ditandatangani dan dimeterai olih lembaga syarikat itu. 
PENDAFTARAN semula tanah2 itu kpd nama Felda akan dilakukan dgn menggunakan suratan2 hakmilik itu sebaik sahaja kaveat pendaftar dibatalkan atas arahan pihak polis. 
Apa yg dinyatakan olih YB Rafizi tentang kedudukan tanah2 itu hasil cariannya pada 30 Jan tidak berbeza dari kedudukan tanah2 itu pada 15 Jan yg telah saya maklumkan kpd pihak media. 
Yg penting geran2 tanah dan segala suratan yg perlu utk PENDAFTARAN tanah2 itu balik kpd nama Felda adalah dalam simpanan Felda. Kaveat keatas tanah2 itu melindungi kepentingan Felda.

3 @RafiziRamli Kantoikan Rafizi Ramli, Sehari Si Sotong Tidak Berbohong Tidak Sah


Semalam, setelah dibelasah dengan teruk oleh netizen kerana membongkarkan akaun Bank kepada umum tanpa melaporkan kepada pihak berkuasa dan bersalah di bawah kesalahan Akta BAFIA 1983, Rafizi Ramli membuat satu lagi pembohongan.

Beliau di dalam laman sosial Twitter menulis mengatakan beliau telah membuat laporan polis. Dalam testimoni beliau di mahkamah, Rafizi Ramli memberitahu selepas mendapat maklumat mengenai akaun bank National Feedlot Corporation(NFC), beliau terus mendedahkan di sidang media.

Si sotong ini mahu tipu siapa sebenarnya?

Kedua, Rafizi Ramli mendakwa Peguam Negara telah menarik balik dakwaan pecah amanah ke atas DS Salleh, Pengerusi Eksekutif NFC. Ini pun Rafizi kantoi berbohong.

DS Salleh sememangnya didakwa di mahkamah atas tuduhan pecah amanah tetapi mahkamah mendapati beliau tidak bersalah. Adoiii ... bohong lagi? Malah Rafizi Ramli pernah menulis di dalam blognya sebelum ini mengenai Pengerusi Eksekutif NFC didapati tidak bersalah seperti di bawah.

Rafizi Ramli dan bohong berpisah tiada.


3 Penduduk Lembah Pantai Terima Hadiah Sayur Busuk Untuk Dimakan



Sayur yang sudah busuk dikatakan telah diedarkan oleh Ketua Angkatan Pemuda Keadilan (AMK) Lembah Pantai, Fahmi Fadzil kepada para penduduk Projek Perumahan Rakyat Seri Cempaka, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Kejadian ini disedari apabila sayur sayuran yang diberikan di dalam plastik merah sekitar jam 6.00 petang semalan sempena kempen menjelang pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 oleh pihak PKR Lembah Pantai kepada penduduk Lembah Pantai.

Apabila bungkusan pembalut lutsinar dibuka, didapati sayur-sayuran berkenaan telah rosak, tidak boleh dimakan dan layaknya dibuang ke dalam tong sampah.

Terdahulu, penduduk di sekitar Lembah Pantai juga disajikan dengan pemberian roti kosong setelah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menghilang diri selama 9 tahun.




 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates