February 10, 2018

7 Soalan Dan Jawapan Hukuman 30 Tahun Penjara Ke Atas @RafiziRamli

Ahli Parlimen Pandan yang juga Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1983. Beliau dijatuhi hukuman penjara 30 bulan kerana mendedahkan empat akaun bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan Pengerusinya DS Dr Mohamad Salleh Ismail. 

Berikut adalah beberapa persoalan yang masih dimainkan oleh macai-macai pembangkang. Disertakan juga jawapan-jawapan bagi persoalan berkenaan.

Soalan 1:

Dalam persediaannya sebelum keputusan mahkamah itu diumum, Rafizi Ramli telah mengeluarkan kenyataan melalui video berdurasi empat minit yang diviralkan dalam cubaannya untuk menjustifikasi tindakannya itu. Antara lain beliau mendakwa bahawa kebanyakan dana awam RM250 juta untuk tujuan membantu petani miskin, akhirnya digunakan untuk membeli kondominium mewah dan membiayai perniagaan lain.

Jawapan:

Dakwaan itu jelas tidak benar. Kira-kira dua pertiga daripada jumlah dana itu sebenarnya dilaburkan dalam perniagaan, membina infrastruktur bagi ternakan lembu pedaging, membeli lembu dan makanannya selain keperluan perniagaan lain, manakala bakinya disokong oleh kerajaan.

Sejumlah wang digunakan untuk pelaburan hartanah dan ia adalah pelaburan yang tidak bercanggah dengan undang-undang, dibuat bagi pihak kumpulan syarikat. Rafizi Ramli telah disaman kerana membuat dakwaan itu dan didapati bersalah oleh mahkamah.

Mahkamah Tinggi tahun lalu memutuskan beliau bersalah dan memerintahkan Rafizi membayar RM150,000 kepada Salleh dan RM50,000 kepada NFC. Mereka juga dianugerahkan kos sebanyak RM100,000. Saman itu difailkan selepas Rafizi mendakwa pengerusi NFC Datuk Seri Mohd Salleh Ismail membeli lapan hartanah di KL Eco-City dengan dana awam yang diperuntukkan kepada syarikat berkenaan.


Soalan 2:

Rafizi Ramli mendakwa bahawa tiada sesiapapun yang terbabit dalam skandal itu, pernah didakwa. Malah, katanya, hanya dia dan Johari (bekas kerani bank, Johari Mohamad, 47, yang didakwa bersubahat dengannya) sahaja yang didakwa berkaitan kes itu.

Jawapan:

Rujukan mendapati Dr Mohamad Salleh telah didakwa di mahkamah di atas tuduhan pecah amanah dan selepas beberapa tahun menghadapi kes itu, beliau didapati tidak bersalah. Jelas sekali, ini satu lagi tuduhan yang tidak benar.


Soalan 3:

Rafizi Ramli mendakwa jutaan rakyat Malaysia menanggung akibat daripada kegagalan NFC. Harga daging lembu juga dikatakan kekal tinggi dan sejak kebelakangan ini menjadi terlalu mahal bagi kebanyakan Rakyat.

Jawapan:

Sebenarnya, NFC beroperasi penuh hanya bagi tempoh tiga tahun apabila Rafizi Ramli membuat serangan sensasi dan baru ketika syarikat itu dalam proses hendak memulakan perniagaan. Masa tiga tahun masih terlalu awal untuk menghakimi perniagaan sebesar ini dan untuk mengatakan ia gagal, adalah tidak adil.

Masalah paling besar adalah kempen putar belit secara besar-besaran oleh pembangkang sehingga mempengaruhi pelanggan untuk tidak membeli produk NFC. Tindakan itu sebenarnya memusnahkan perniagaan sebelum ia bermula, dan menafikan pasaran bagi membekalkan daging berkualiti tinggi.

Soalan 4:

Rafizi Ramli mendakwa RM250 juta tidak pernah dikembalikan sepenuhnya. 

Jawapan:

Pada 2012 dan 2013 NFC telah membayar RM34.98 juta. Kerajaan telah membeku tunai bernilai RM86 juta dana NFC. Tanah dan asset NFC bernilai RM79.9 juta juga dirampas. 8 lot kedai dibeli di Eco City bernilai RM72 juta adalah melalui pinjaman. Jadi RM34.98 juta + RM86 juta + RM79.9 juta + RM72 juta = RM272.88 juta. Apa lagi hutang NFC dengan Kerajaan?

Soalan 5:

Rafizi Ramli kononnya memberi gambaran bahawa apa yang dilakukannya berniat baik. 

Jawapan:

Seseorang yang berniat baik tidak akan memecah masuk ke dalam pangkalan data bank dengan bersubahat bersama orang dalam mencuri maklumat perbankan peribadi dan menggunakannya untuk membuat dakwaan mengelirukan, mengheret negara ke arah kemusnahan demi kepentingan politik peribadi.

Cukuplah 5 soalan dijawab berkaitan NFC. Sekarang mari pula kita lihat pembohongan-pembohongan yang dilakukan oleh Rafizi Ramli.

1. Beberapa bulan lalu Rafizi Ramli pernah mempertikaikan pemberian tender penganjuran Expo Negaraku 2017 di bawah Unit Perancang Ekonomi (UPE) diberikan kepada syarikat Raslan Dahlan yang didakwanya abang kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS Abdul Rahman Dahlan.

Terbukti, kedua-duanya tiada kaitan keluarga. Berikutan itu, DS Abdul Rahman mengemukakan surat tuntutan terhadap Rafizi bertarikh 05/01/2018 untuk menerbitkan permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari.

2. Pada Julai 2012, Rafizi Ramli pernah mendakwa kos pembinaan MRT akan melonjak sebanyak tiga kali ganda kepada RM100 bilion. Bagaimanapun Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak mengumumkan kos bagi projek MRT itu hanya RM21 bilion dan mengikut jadual serta berjaya mengurangkan kos sebanyak RM2 bilion daripada unjuran asal.

3. Rafizi Ramli juga memfitnah TS Abdul Khalid Ibrahim berhubung salah laku sepanjang menjadi Menteri Besar Selangor. Abdul Khalid membawa kes itu ke mahkamah dan menang saman fitnah pada Ogos 2014. Malah, PKR juga mengemukakan permohonan maaf secara terbuka.

Inilah Rafizi Ramli, Raja Fitnah Negara. Inilah pemimpin dayus yang suka membuat kenyataan kontroversi menggunakan pendekatan "tembak dulu, kebenaran belakang kira''. Rafizi Ramli di dalam video di bawah mengaku mereka memang suka menghasut, sedangkan Allah melaknat penghasut.

11 @RafiziRamli Bukan Seorang 'Whistleblower' Lah @n_izzah, Jangan Bagi Kenyataan Bodoh


Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata Malaysia tidak melindungi pemberi maklumat atau 'whistleblower' walaupun mereka melakukan pendedahan / skandal jenayah dan rasuah sebab Rafizi Ramli kena penjara 30 bulan. 

Nampaknya Izzah pun sudah pandai spin macam Rafizi. Rafizi Ramli kena penjara kerana mencuri maklumat bank dan mendedahkan kepada umum bukan melaporkan maklumat jenayah kalau ada kepada pihak berkuasa. 

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (WPA) memberi perlindungan secukupnya pada 'whistleblower'. Masalahnya Rafizi Ramli bukan seorang 'whistleblower'. Kalau hendak dapat status 'whistleblower', pengaduan perlu dibuat pada penguatkuasa bukan kepada media macam Rafizi Ramli lakukan.

CTS berikan satu analogi mudah difaham juak-juak pembangkang yang bodoh:

Anda mendapat maklumat mengenai transaksi akaun bank yang mencurigakan, kemungkinan berlaku rasuah dan pecah amanah. Anda menyedari bahawa mendedahkan kepada umum boleh menyebabkan anda didakwa dibawah BAFIA 1983 atau FSA 2013. Apakah yang akan anda lakukan?

1. Lapor PDRM.
2. Lapor SPRM.
3. Sebarkan di media sosial dan internet.

Ada seorang mamat tu, dia pilih C sebab melalui C dia akan mendapat publisiti dan simpati. Bila dikenakan denda dia boleh mendapat derma yang lebih tinggi dari nilai denda.

Akta WPA 2010 akan lindungi anda jika anda melakukan A dan B. Jika anda lakukan C anda sendiri bodoh nak mampus.

Dengan analogi ini Nurul Izaah dan macai-macai pembangkang faham tak? Kalau tak, sila meninggal. 'Wistleblower' ni macam 'blowjob' jugak. Takkan dedahkan pada umum. Kalau dedahkan pada umum bukanlah 'wistleblower' namanya.

19 Batuk Pun Masuk IJN, Bagaimana Nak Selamatkan Malaysia, Tun @chedetofficial?



'Self Proclaimed Top Dog' Pakatan Harapan dan calon Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dllaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana mengalami sakit dada dan batuk.

Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihatkan untuk berehat sementara dari memberikan ceramah politik termasuk undangan ceramah ke kawasan Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai di Bentong malam ini. 

Persoalannya, kalau batuk sahaja masuk IJN, bagaimana Tun Dr Mahathir ingin 'Selamatkan Malaysia'? Mungkin bateri jantungnya sudah lemah dan ber'karat' dan perlu diganti. 

Kita tak mahulah kalau Tun menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 ini, beliau menjadi Ahli Parlimen yang paling singkat dalam sejarah dan Pilihan Raya Kecil (PRK) terpaksa dilakukan semula. Bukankah itu membazir duit Rakyat namanya?

Sebelum ni pun asyik sakit saja Tun. Rehatlah. Kubur kata mari, rumah kata pergi.




February 9, 2018

63 Secara Tiba-Tiba @TonyPua Menjadi Hero Mempertahankan @MydinMalaysia Dan @ameermydin


Secara tiba-tiba, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, menjadi hero mempertahankan pemilik Mydin Hypermarket, Datuk Ameer Ali Mydin. Beliau hari ini mempertahankan kenyataan yang dibuat Ameer Mydin sebelum ini yang mengatakan bahawa Rakyat Malaysia tidak mempunyai wang untuk berbelanja runcit. Tony Pua dipetik The Malays Mail Online, baca di sini, berkata,
Sekiranya hypermarket murah seperti Mydin menghadapi permintaan pengguna yang berkurangan, di manakah Menteri menjangkakan Rakyat Malaysia boleh membeli barang-barang harian mereka? Adakah beliau fikir Rakyat Malaysia akan pergi ke luar negara untuk membeli barangan runcit?
Setiausaha Publisiti DAP juga merupakan seorang pelupa. Beliau sebelum ini pernah mendakwa Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak lebih mengutamakan keuntungan Mydin berbanding kualiti dan keselamatan produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang dijual kepada Rakyat Malaysia berpendapatan rendah. Tony Pua pernah mendakwa bahawa Susu Segar 1Malaysia telah mengandungi bakteria E Coli yang merupakan punca kepada keracunan makanan boleh membawa kepada kematian.

Semasa Mydin mendapat kontrak dengan Kerajaan untuk melaksanakan KR1M, beliaulah orang yang paling lantang mengkritik Mydin dan juga Kerajaan. Sekarang apabila Ameer Mydin membuat kenyataan yang menentang Kerajaan, pastinya apa sahaja yang dikatakan oleh Ameer Maidin adalah benar di mata Tony Pua, semata-mata benar, 'the whole truth, nothing but the truth.' Lawaklah pemimpin DAP ini.

February 8, 2018

14 Tun @chedetofficial Sebagai Mugambe, @AnwarIbrahim Pula Buat U-Turn



Sebentar tadi Anwar Ibrahim dilaporkan berkata jangan bandingkan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Mugabe. Kata Anwar Ibrahim,
Mahathir bukan Mugabe. Mugabe sudah jelas. Mahathir sedang melakukan perubahan yang diperlukan. Saya rasa kerajaan telah banyak memfitnahnya.
Di bawah pula adalah tangkap layar laporan dari Suara Keadilan bertarikh 27/06/2012. Anwar Ibrahim sendiri yang mengatakan Mahathir itu mewakili zaman lampau dan mengikuti pandangan Mugabe! Kata Anwar Ibrahim pada masa itu,
Dr Mahathir mewakili zaman lampau, dia mengikuti pandangan Hosni Mubarak, Mugabe, dan kita sedang melihat sekarang tamatnya pasca Mugabe, Mubarak, tetapi kebangkitan rakyat.
Mudahnya pemimpin-pemimpin pembangkang membuat kornar baring atau 'u-turn' di dalam ucapan atau percakapan mereka. Sekiranya perkara sekecil inipun mereka boleh berbohong dengan Rakyat, apatah lagi janji-janji mereka. Mohon pencacai-pencacai Anwar Ibrahim hadam betul-betul laporan ini.


20 Harga CCTV Di Penang RM66,500 Seunit? Boleh Jadi CCTV Ini Boleh Zoom Jerawat Dengan Harga Ini @cmlimguaneng?



Kita faham apabila harga barangan di Pulau Pinang tinggi. Ini sesuai dengan taraf kota metropolitan dan kota sejarah di sana. Walau bagaimanapun, janganlah sampai kos untuk mengadakan 'feasibility study' untuk mengadakan kertas kerja, saya ulang kertas kerja berharga RM300 juta! Terbaru kos gila yang diiimplementasikan di Pulau Pinang adalah harga kamera CCTV yang berharga RM66,500 seunit!!! Baca laporan The Malay Mail, di sini.

Pertama, kita faham kos ini termasuk harga pennyelenggaraan, pengurusan dan sistem sokongan seperti yang dinyatakan oleh EXCO negeri, Chow Kon Yeow. Namun, takkan harga sebegitu tinggi seperti yang dibandingkan oleh Ketua Operasi Task Force MCA Komtar, Tan Hing Teik. Tan dalam laporan akhbar berkenaan berkata purata kos memasang CCTV berkenaan adalah sebanyak RM600 termasuk upah dan peralatan.

Kita andaikan anggaran kos RM600 yang dinyatakan oleh Tan adalah tidak tepat. Kita ambil harga seunit adalah RM10,000. Dengan harga anggaran baru ini, harga CCTV di Pulau Pinang masih lagi 6 kali lebih tinggi.

Kedua, kita akui dan terima penerangan EXCO negeri yang mengatakan projek berkenaan diberikan melalui tender terbuka melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP). Persoalannya, adakah tender terbuka berkenaan diberikan kepada syarikat tender yang meletakkan harga yang paling rendah atau kepada syarikat kroni walaupun harga tinggi melangit?

February 7, 2018

38 Mari Kita Lihat Beza Kerajaan DS @NajibRazak Dan DS @AzminAli Bina Rumah Mampu Milik


Pada November 2017, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar A Samad dengan penuh bongkak menyatakan,
Rumah Selangorku boleh didapati bermula dari RM42,000 hingga RM250,000. Manakala rumah PR1MA dan PPA1M melebihi RM300,000. Komitmen kerajaan Selangor memang terbukti sejak dari dulu lagi.
Hari ini, Kerajaan Selangor membatalkan sembilan projek Rumah Selangoku yang diluluskan sebelum ini. Keputusan itu dibuat semasa Mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku berikutan kegagalan pemaju mendapatkan Kebenaran Merancang dari kerajaan Selangor.

Sendiri umum projek rumah mampu-milik, sendiri tak lulus kebenaran merancang, sendiri batal projek rumah mampu-milik kerana sendiri tak meluluskan kebenaran merancang. Itulah kerajaan Pakatan Selangor yang cekap dan sayang rakyat. Baca di sini


Pada masa yang sama, Pemba­ngunan Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Bukit Jalil, yang dilaksaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah DS Mohd Najib Tun Razak, berjaya disi­apkan 17 bulan lebih awal daripada tempoh yang dijadualkan selain menjadi projek pertama seumpamanya dibina tanpa peng­libatan sebarang kos oleh kerajaan pusat. Baca di sini.

Nampak tak?


22 Usaha @LimKitSiang 'Selamatkan Malaysia' Sehinggalah @RafiziRamli Masuk Penjara Hari Ini



Menurut Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 akan menjadi medan politik terkotor di dalam sejarah. Kata-kata Lim Kit Siang buaknnya baru. Baru-baru ini juga propaganda ini telah dimainkan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Menurut DAP, setiap PRU adalah yang terkotor di antara yang terkotor di dalam sejarah. Tidak boleh tidak. Propaganda kitar semula ini adalah normal kepada DAP, seperti mana Lim Kit Siang dan DAP telah melaungkan Malaysia akan bangkrap sejak tahun 1960an.


Sememangnya setiap PRU merupakan antara yang terkotor kerana DAP telah menipu undi Rakyat. Kalau tidak percaya cakap saya, mari sama-sama kita lihat:

PRU ke 13:



PRU ke 12:


PRU ke 11:


PRU ke 10:



Pada tahun 1990, PRU pada masa itu juga merupakan yang terkotor di dalam sejarah. Malah DAP menulis satu buku tentang itu. Baca di sini. PRU hanya menjadi bersih, sistematik, adil saksama hanya setelah DAP memerintah Malaysia. 

DAP tidak ada isu atau propaganda barukah sehingga terpaksa kitar semula propaganda yang sama setiap 5 tahun? Jangan terkejut sekiranya isu Altantunya, isu scorpene, isu 100,000 Bangla, isu cop jari, isu 'blackout' dan sebagainya dimainkan semula.

Nota Kaki - Bye bye Rafizi Ramli. Orang cakap kalau sabun jatuh dalam bilik air penjara jangan diambil.


February 6, 2018

35 CRCC Nafi Terlibat Pegangan Saham SPV, @cmlimguaneng Lakukan Kesilapan RM4.5 Bilion



Beijing Urban Construction Group (BUCG) dan China Railway Construction Corporation (CRCC) telah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa mereka bukan pemegang saham dalam projek Terowong 'Special Purpose Vehicle (SPV)'.

Hujah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menyatakan projek terowong bawah laut berkenaan disokong modal berbayar berjumlah RM4.5 bilion tidak lagi boleh digunapakai.

Hal ini akibat kesilapan yang dilakukan oleh Kerajaan Pulau Pinang dengan menamakan CRCC sebagai salah satu pemegang saham.

Kesilapan ini telah dilakukan di dalam sidang media rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, dan telah diulang sebanyak 6 kali di pelbagai majlis lain kepada media oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.

Perkara ini telah didedahkan oleh Menyeri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Dr Ir Wee Ka Siong dalam sebuah video yang di muat naik minggu lepas. Tonton video di bawah.


Hari ini, sekali lagi Ketua Menteri Pulau Pinang mengadakan Sidang Media bagi menepis dakwaan kononnya konsortium SPV tidak menepati syarat RM381 juta sebagai modal berbayar semasa kontrak berkenaan diberikan.

Bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang ingin menafikan memandangkan fakta sekarang adalah BUCG menarik diri sebagai pemegang saham konsortium SPV dan CRCC tidak pernah dilantik sebagai pemegang saham.

Joseph Lim Guan Eng berdalih dengan memberi alasan CRCC adalah sebuah syarikat kontraktor besar. Persoalan utama adalah, bagaimana besar sekalipun sesuatu kontraktor, projek berkenaan akan terbengkalai sekiranya pemegang saham iaitu konsortium SPV tidak mampu membayar kerja yang dilakukan oleh kontraktor berkenaan.

Ini pula video balas daripada DS Dr Wee rentetan video Sidang Media Ketua Menteri Pulau Pinang. Tonton video di bawah:


Di akhir Sidang Media, Joseph Lim Guan Eng menuduh DS Liow Tiong Lai menyalahgunakan kuasa untuk mensabotaj projek terowong bawah laut Pulau Pinang dan menuduh DS Liow sebagai jurucakap CRCC?

Tidak begitu susah hendak menjawab tuduhan Joseph Lim Guan Eng ini. Minta sahaja CRCC mengeluarkan penafian atau arahkan CRCC untuk mendakwa dan menyaman DS Liow kerana memfitnah Kerajaan Negeri Pulau Pinang, jika memang apa yang dikatakan DS Liow adalah salah. Apapun, kesimpulannya, Tokong aka Khalifah Umar Abdul Aziz Joseph Lim Guan Eng sudah terperangkap.

57 I Beg To Differ @ameermydin, You're Wrong cc. @MydinMalaysia


Quit surprise when this statement came from Ameer Ali Mydin, Managing Director of popular hypermarket chain Mydin, which said country may be seeing rosy gross domestic product growth but consumers don't seem to have enough money to spend on groceries.

Maybe Ameer Ali Mydin has lost his touch. Maybe Ameer Ali Mydin has not move in parrarel with technology. Ameer Ali Mydin may forget people has not spend under conventional methods anymore.

People have choices nowdays. Consumers can confortable sit at home while watching TV and they can choose to buy online. They can buy from other groceries store like Tesco and Tesco will deliver their goods to their house.

Tesco was the first grocery chain in Malaysia to introduce online grocery shopping two years ago. To date, its delivery coverage has grown to reach 50% of the nationwide population. Tesco Malaysia’s online sales are expected to improve this year, in line with Malaysia’s online shopping growth of 18% per year, said Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd CEO, Paul Ritchie. Read here.

If one day Lazada sale can get more then RM1 billion sales, what the heck Ameer Ali Mydin said people have no money to spend on groceries? RM1 billion sales per day Ameer Ali Mydin. Only at Lazada Malaysia.



February 5, 2018

23 @Malaysiakini Bebal! Spin Kenyataan DS @LiowTiongLai Untuk Selamatkan Tokong @cmlimguaneng

Ini berita asal Malaysiakini pukul 1:56PM:


Ini pula kemaskini yang dibuat portal berkenaan setelah 'damage has been done'.


Nampak tak tajuk asal berita berkenaan yang dibuat untuk menjilat jubur Ketua Menteri Pulau Pinang dengan memutar belitkan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai.

Di bawah adalah cerita sebenar. Boleh juga rujuk kata-kata verbatim DS Liow di The Star, baca di sini.

DS Liow berkata, Chinese Rail Construction Corporation (CRCC) bukan pemegang saham syarikat induk syarikat tujuan khas (SPV) yang dipegang oleh Zenith Construction BUCG Sdn Bhd kerana tidak langsung menjalani kontrak dengan kerajaan Pulau Pinang. CRCC juga mengesahkan bahawa mereka tidak pernah menjadi pemegang saham dalam SPV berhubung  projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di negeri Pulau Pinang.

CRCC tidak memberi kelulusan dan tidak faham mengapa Kerajaan Pulau Pinang telah menganggap mereka sebagai pemegang saham SPV untuk projek terowong bawah tanah dan tiga projek jalan utama. CRCC hanya menandatangani 'pengakuan komitmen' (Commitment Of Agreement) sebagai lampiran kepada permulaan perjanjian di tiga projek jalan raya dan CRCC akan menyerahkan projek itu kepada pihak yang diberikan mana-mana bahagian projek oleh SPV.

DS Liow berkata beliau berperluang berjumpa dengan pemimpin tertinggi CRCC di Beijing semasa mengadakan lawaran ke sana untuk menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Pertama Asia Pasifik mengenai Penerbangan Awam dan mesyuarat dua hala dengan Menteri Pengangkutan RRC. DS menambah CRCC hanya memberi surat sokongan yang mana ia merupakan lampiran di dalam perjanjian awalan tetapi akhirnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng telah mendedahkan menerusi laporan pada muka surat 173, bahawa CRCC hanya dilantik sebagai kontraktor utama sahaja.


Persoalan sekarang siapa yang putar belit? Joseph Lim Guan Eng menyatakan CRCC merupakan salah satu pemegang saham tetapi kenapa cakap tidak serupa bikin? Apa yang dilakukan dalam perjanjian tidak menggambarkan apa yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri. Joseph Lim Guan Eng sepatutnya berani mendedahkan kesemua perjanjian dengan pihak yang terlibat untuk membuktikan ketelusan, keterbukaan dan akauntabiliti Kerajaan Negeri. Malaysiakini teruskan jilatan anda ke jubur Joseph Lim Guan Eng.

11 Adakah Boboi @MukhrizMahathir Penakut Suruh Bapa Tun @chedetofficial Lawan @KhairyKJ Di Langkawi?


Anak manja Bapak betul Mantan Menteri Besar Kedah, DS Mukhriz Mahathir. Semasa beliau belum berjinak-jinak dalam bidang politik, si Bapak yang menguruskan Kontrak Rundingan Terus supaya Telekom Malaysia membekalkan kontrak 'cable optic' kepada syarikat beliau, Opcom Cable Berhad.

Masuk bidang politik, si Bapa menguruskan kerjaya politik sehingga menjawat jawatan Menteri Besar Kedah. Sayangnya riwayat politik parti beliau tidak lama apabila beliau kalah pemilihan Ketua Pemuda UMNO di tangan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. Mungkin sehingga kini dendam kekalahan tersebut masih membara.cKini Mukhriz Mahathir masih mengharapkan si Bapa untuk menjatuhkan karier politik Khairy Jamaluddin dengan mencabar MP Rembau untuk bertanding di Langkawi.

Sebagai mantan Perdana Menteri 22 tahun, kenapa Tun Dr Mahathir sahaja tidak bertanding di Rembau dan menewaskan Khairy Jamaluddin di tempat khidmatnya? Kedua, kenapa Tun Dr Mahathir tidak ada keyakinan untuk mencabar Khairy Jamaluddin untuk bertanding di Langkawi melawan anak manjanya, Mukhriz Mahathir? Biarlah orang muda bertanding dengan orang muda. Yang tua rumah kata pergi, kubur kata mari, baliklah ke tikar sejadah.

February 4, 2018

14 Kesian Tun @chedetofficial Naik Teksi Pi Konvensyen Pakatan Harapan Pulau Pinang






Terharu dengan sikap tawaduk dan merendah diri Pengerusi PPBM dan juga calon Perdana Menteri Pakatan Harapan yang memahami degup nadi Rakyat marhaen dengan pergi ke sana sini dengan menaiki pengangkutan awam.

Inilah caranya seorang pemimpin yang bagus. Guna pengangkutan awam yang murah untuk memahami derita Rakyat. Lagipun apalah sangat dengan menggunakan pengangkutan di atas. Kroni ramai yang boleh menyumbang. Tambahan lagi seorang dermawan DAP baru menyumbang RM200,000 semalam.

Nota Kaki - CTS cuma kesiankan khadam tukang angkat alas kaki yang berwarna merah itu. Naik teksi pun ada alas kaki. Itulab pemimpin marhaen. Tak pa, esok Tun Dr Mahathir nyanyi lagu My Way lagj. Oh ya, sejak bila Proton keluar versi S400 ni?

0 Perdana Menteri DS @NajibRazak Menaiki ETS Ke Tanjung Malim


Berpandukan kepada Pelan Induk Pengangkutan Awam Darat, rangkaian kereta api terus menjadi tulang belakang sistem pengangkutan awam yang sedia ada dan masa depan Malaysia. Penumpang tahunan untuk kereta api di seluruh Malaysia untuk 2014 berjumlah 230 juta.

Kerajaan menyuntik pelaburan besar untuk memperbaiki rangkaian kereta api merentas bandar-bandar utama di Malaysia. Contoh yang baik ialah Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) baru dari Kuala Lumpur ke Ipoh yang bermula pada tahun 2014. 

Perkhidmatan ETS diperluaskan pada tahun 2015, dengan memperkenalkan Perkhidmatan Kereta Api Elektrik dari Kuala Lumpur ke  Padang Besar. Sementara itu, pakej terakhir projek pengesanan dan elektrifikasi Gemas - Johor Bahru dijangka siap pada 2016.

Dalam masa yang panjang, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) juga sedang memacu hubungan sempadan sempadan untuk rakyat melalui projek-projek seperti High Speed Rail Kuala Lumpur - Singapura (HSR) dan Sistem Transit Rapid (RTS) yang akan memacu pertumbuhan sosio-ekonomi dengan meningkatkan perniagaan dan masa lapang perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura.


Hari ini, perkhidmatan ETS amat bertuah apabila pemimpin nombor satu negara DS Najib Tun Razak melapangkan masa untuk bersama-sama penumpang ETS. DS Najib Tun Razak yang diiringi isteri DS Rosmah Mansor, Menteri Besar Perak DS Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pengangkutan DS Liow Tiong Lai. 

Mereka tiba di medan selera Tanjung Malim jam 9.45 pagi dengan menaiki bas dari Stesen Kereta api Tanjung Malim selepas menaiki Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur. Perdana Menteri berkata dalam laman sosial Twitter beliau, "Kita perlu mengembangkan lagi perkhidmatan ETS yang memberikan banyak keselesaan kepada para penumpang."

17 Hang Nika, Hang Kutty Dan Hang Boboi Nyanyi Lagu My Way



Dengan memakai baju ala pahlawan Melayu purbakala bagi membuktikan keMelayuan di dalam majlis makan malam PPBM, amat kita sanjungi. Sayangnya, apabila diminta Hang Nika, Hang Kutty dan Hang Boboi untuk.menyanyi, kita ingatkan pahlawan Melayu ini menyanyikan lagu Melayu Deli. Rupanya menyanyi lagu Frank Sinatra, My Way. Teringat watak Larry, Curly dan Moe dalam sitkom The 3 Stoodges.

Mereka kata adalah salah untuk Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak menerima derma daripada Raja Arab. Haram katanya sehingga mengeluarkan 'fatwa' babi yang disembelih dan sebagainya. Namun, tidak mengapa bagi Hang Nika, Hang Kutty dan Hang Boboi menerima sumbangan parti dari taukeh Cina. Yang pasti penyokong kuat DAP.



 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates