February 3, 2018

34 Isu MARA Dan UniLodge

Malaysiakini dan pembangkang kini memainkan isu pembelian Unilodge di Melbourne, Australia oleh MARA dengan harga sebanyaj A$41.8 juta (kira-kira RM138 juta) dengan dakwaan harganya dua kali ganda dari harga asal dan pemilik asalnya terkejut dengan harga tersebut. Bagaimanapun, artikel yang sama di dalam Malaysiakini, baca di sini menyatakan:
Pada masa apabila Harber (pemilik asal) membuat penilaiannya, Raine and Home International yang berpejabat di Kuala Lumpur membuat penilaiannya ke atas hartanah yang sama dengan nilai A$43 juta (kira-kira RM142 juta).
Apabila dihubungi pada November tahun lepas, Raine & Home International Zaki + Partners di mana pengarah eksekutif tetap kekal dengan penilaian yang tinggi tersebut, dan berkata kepada MalaysiaKini bahawa beliau “yakin” penilaian tersebut dibuat dengan betul berdasarkan kaedah yang ditetapkan.
Siapakah Raine & Home International Zaki + Partners? Ditubuhkan pada tahun 1982, Raine & Home International Zaki + Partners Sdn Bhd ialah syarikat juruukur dan jurunilai berdaftar. 

Merupakan  rakan niaga tempatan dengan Raine & Home yang ditubuhkan pada tahun 1883. Raine & Home merupakan antara ejen hartanah terbesar dunia yang mempunyai pejabat dan rakan niaga di seluruh dunia termasuk di bandar-bandar utama di Asia Tenggara, Eropah, Kanada, Amerika Syarikat, Fiji, Australia, New Zealand, Jepun dan Afrika. Sumber baca di sini.

Jadi tidak salah untuk mempercayai nilai UniLodge bernilai A$43 juta daripada salah satu syarikat jurunilai terbesar dunia, sebagaimana yang dibayar oleh MARA, daripada orang tidak dikenali dalam bidang penilaian harta seperti Rafizi Ramli yang mendakwa harga tersebut mahal dua kali ganda.

Serangan secara sistematik ke atas Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), institusi Bumiputra seperti Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Haji adalah antara salah satu strategi oleh Pakatan Pembangkang sejak beberapa tahun ini di mana mereka melakukannya secara berkala dan tidak dengan pelbagai tuduhan.

Sebelum ini pun, untuk tuduhan dan fitnah kedua, dalam tahun 2014, Rafizi Ramli melalui Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat (NOW) telah menuduh MARA telah terlebih bayar semasa membeli beberapa hartanah di Melbourne, Australia.

Salah satunya ialah bangunan pejabat setinggi 6 tingkat di 333 Exhibition Street di mana NOW mendakwa nilainya hanyalah A$22 juta (RM63.4 juta) tetapi MARA telah membayarnya dengan lebih mahal iaitu A$31 juta (RM90 juta).

MARA Inc kini sedang di peringkat akhir untuk menjual hartanah di 333 Exhibition Street dengan harga A$37.5 juta (RM118 juta), iaitu dengan keuntungan 31% dari RM28 juta selepas 4 tahun (tidak termasuk pendapatan dari sewaan). Baca di sini.

Jika berdasarkan kepada dakwaan NOW nilai pasaran dalam tahun 2014 dan keuntungan margin yang MARA boleh dapat di dalam masa 4 tahun boleh menjangkau sebanyak 84% untuk tempoh 4 tahun (tidak termasuk pendapatan dari sewaan). Ini sungguh menakjubkan.

Fitnah letiga, NOW telah menuduh MARA terlebih bayar semasa membeli hartanah di 51 Queen Street dengan harga A$21 juta (RM60 juta) sedangkan harganya sekitar A$15.6 juta (RM45 juta).

Namun, pada awal tahun ini, MARA telah menjual bangunan tersebut dengan harga A$23 juta (RM73 juta), dengan keuntungan yang baik iaitu sebanyak RM13.4 juta atau 23% (tidak termasuk pendapatan yang diterima dari sewaan), keuntungan yang baik dalam masa 4 tahun sahaja.

Kesimpulannya, kita layankan saja tuduhan, fitnah, fatwa dan fakta sesat yang ditaburkan oleh Rafizi Ramli dan NOW, sebelum beliau merengkok di dalam penjara.

February 2, 2018

25 @cmlimguaneng Jangan Kata Dengan Manusia, Dengan Tuhan Pun Dia Nak Tipu

Kita tidak faham kenapa susah sangat Joseph Lim Guan Eng hendak mengaku membuat kesilapan di dalam kes terowong bawah laut. Hari ini kedua-dua Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Dr Ir Wee Ka Siong mengeluarkan video mengenai perkara tersebut.


Joseph Lim mahu Dr Wee meminta maaf kerana menuduh perjanjian CRCC (China Railway Construction Corporation) dan BUCG (Beijing Urban Construction Group) di atas tidak dicop rasmi. Sebaliknya, Alasan Dr Wee lebih relevan. 

Dr Wee berhujah CRCC hanya menandatangani Surat Komitmen (Letter of Commitment) dan CRCC tidak mempunyai hubungan terus dengan Rejim DAP Pulau Pinang. Tambahan lagi, Dr Wee berhujah tidak ada langsung nama CRCC di dalam 'Preliminary Agreement' bertarikh 23/10/2013. 


Kenapa Joseph Lim bersungguh-sungguh mempertahankan konsortium Special Purpose Vehicle (SPV) yang ditugaskan untuk membina terowong bawah laut ini?

Joseph Lim Guan Eng seorang penganut Kristian. Tidak pasti Kristian Khatolik atau Protestan. Yang pasti, Joseph Lim Guan Eng bukan sahaja mahu tipu sama manusia. Dengan Tuhan pun dia mahu tipu. Tak percaya lihat sahaja gambar-gambar di bawah. Semua Tuhan beliau sembah.







12 Macai-Macai @chedetofficial, Sila Buat Posting Fitnah Dengan Segera


Beberapa hari lepas, macai-macai pembangkang telah menggunakan gambar-gambar kereta polis yang bertulisan China untuk menabur fitnah bahawa Malaysia telah dijual kepada China. Apa yang berlaku sebenarnya adalah pengambaran filem 'The Original Sin' di Putrajaya. Kereta polis berkenaan hanyalah sekadar fiksyen untuk sebuah bandar di dalam filem berkenaan bernama Han City.








Kini macai-macai pembangkang mempunyai peluang kedua untuk membuat fitnah yang lebih kurang sama. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Abdul Rahman Dahlan mendedahkan di Pinewood Studios, Bandar Iskandar, terdapat beberapa set bandar China purba yang telah dibina khusus untuk penggambaran filem Marco Polo. 

Macai-macai pembangkang patut mengambil gambar-gambar set ini untuk mendakwa bahawa Malaysia telah diperintah untuk membina bandar-bandar bertema China purba kerana negara sudah dijual kepada China. Sila buat posting dengan serta-merta!

12 1MDB Taja Haji Lagi, Terima Kasih DS @NajibRazak





Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak tiba di Masjid Putra, Putrajaya pagi ini untuk Majlis Penyerahan Surat Tawaran Fardhu Haji bagi Program Khas Haji Perdana Menteri Yayasan 1MDB 2018.

1,200 orang terpilih bagi musim ke-8 menjadikan keseluruhan 6,911 Alumni Haji sejak ia diperkenalkan pada 2011.

'Self proclaimed Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad begitu dengki dan jako dengan DS Najib Tun Razak dan tajaan haji ini sehingga beliau sanggup samakan ibadat suci yang ditaja ini dengan memakan babi yang disembelih. 

Apa nak buat, zaman Tun Dr Mahathir jadi Perdana Menteri selama 22 tahun, selain kroni, Rakyat marhaen tidak berkempatan merasa tajaan mengerjakan Haji.

#RinduZamanTun



10 PRU14 Paling Kotor? Salah @n_izzah! PRU13 Lagi Kotor Selepas YB Buat Fitnah Dan Minta Maaf Kepada Raja Nong Chik


Ahli Parlimen Lembah Pantai yang hampir pasti tidak akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya melalui fitnah terhadap calon lawan, Nurul Izzah Anwar, cuba membuat satira politik dengan mengatakan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 bakal menjadi medan politik yang paling kotor.

I beg to differ YB. Seperti idola beliau sekarang  'self proclaimed Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir, Nurul Izzah mungkin mengalami sindrom pelupa kesan dari pasca menopous. Beliau terlupa PRU ke 13 merupakan pilihanraya terkotor apabila fitnah pembangkang berleluasa. 

Fitnah 100 ribu warga Bangla mengundi, fitnah 'blackout', fitnah Altantunya dan beliau sendiri telah membuat fitnah terhadap calon Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai, DS Raja Nong Chik.

Nurul Izzah mungkin perlu diingatkan kembali bahawa kes fitnah beliau dan saman malu DS Raja Nong Chik hanya selesai apabila belia memohon maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi. Tidak kotor lagikah permainan ahli poltik ini?


Nota Kaki: Mari kita tonton pendapat orang ramai mengenai calon Perdana Menteri berumur 93 tahun yang ditawarkan oleh Pakatan Harapan. Apa kata Melayu, Cina, India  Serani dan sebagainya.



February 1, 2018

9 Kenapa ADUN DAP Cemari Perayaan Thaipusam Dengan Hasutan Politik Sempit?




Wakil Rakyat DAP memang terkenal dengan lakonan mereka yang mantap. Ini gara-gara kegagalan mereka untuk berkhidmat kepada Rakyat. Semasa bulan Ramadhan dan Hari Raya Puasa, mereka akan berpusu-pusu memakai tudung dan bersongkok dan menghadiri keraian di Masjid dan Surau. Semasa perayaan Deepavali dan Thaipusam pula, sari pula yang akan dikenakan.

Biar apapun lakonan mereka, sepatutnya perayaan keagamaan tidak sepatutnya dicampur adukkan dengan politik kepartian yang sempit. Ini yang dilakukan oleh ADUN Johor Jaya, Liow Chai Tung mengambil kesempatan di perayaan Thaipusam dengan menghasut bersama-sama NGO Hindraf untuk berkempen menentang Barisan Nasional. Terdesak sungguh ADUN DAP ini.

January 31, 2018

23 @NajibRazak Jual Negara Atau Beli Beberapa Negara?


Kata macai pembangkang, 14% pemilikan projek oleh China di Bandar  Malaysia menyebabkan negara telah tergadai. Jika begitu sifir pembangkang, bagaimana dengan projek-projek ini?

1. Pembangunan bandar baru Battersea, United Kingdom (UK). Malaysia menjadi pelabur utama, sedang memajukan dan membina bandar baru di atas tanah utama UK seluas 42 ekar.

Terkini Malaysia bakal membeli Battersea Power Station dengan nilai 1.6 billion pound yang bakal menjadi sejarah urusniaga hartanah terbesar di bumi UK mengatasi pembelian Walkie Talkie Skyscraper oleh Hong Kong! Malah Apple Inc juga akan buka HQ mereka di UK di Battersea.

Kesimpulan, DS Najib Razak beli UK!

2. Malaysia bakal membeli tanah-tanah di Mekah, Madinah dan Jedah. Nilai hartanah Mekah adalah yang paling tinggi di dunia malah nilai kaki perseginya lebih mahal dari New York. Arab Saudi tidak pernah menjual tanah di Mekah dan Madinah kepada pihak luar.

Malaysia adalah negara pertama yang dapat tawaran membeli tanah di sana hasil hubungan baik DS Najib Razak dengan Raja Salman.

Kesimpulan  DS Najib Razak beli Arab Saudi!

3. Marina One dan DUO adalah dua pembangunan ultra moden di Singapura. Ia dikenali sebagai Singapore Exchange. Projek ini dimiliki oleh Khazanah sebanyak 60% dan baki 40% dimiliki oleh Singapura melalui Temasek Holdings.

Kesimpulan, DS Najib Razak beli Singapura!

4. Lapangan terbang antarabangsa Turki Istanbul Sabiha Gokchen (ISG) kini adalah milik Malaysia. 

Keaimpulan, DS Najib Razak beli Turki!

5. Malaysia sudah ada blok carigali minyak di Gulf of Mexico. Blok 6 ini meliputi kawasan seluas 559 km persegi, hampir 4/5 keluasan Singapura! Pemilikan adalah 50:50 antara Malaysia dan Ecopetrol yang dimiliki oleh Colombia.

Kesimpulan  DS Najib Razak beli Mexico!

6. Malaysia sudah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Indonesia untuk membangunkan Greater Jakarta.

Dari nama pun dah tau. Greater Jakarta adalah sama dengan Greater KL iaitu projek pembesaran, pemodenan dan perluasan bandaraya kosmopolitan.

Malaysia diberi kepercayaan untuk majukan kawasan seluas 500 hektar dengan projek bernilai RM 3.5 billion!

Kesimpulan, DS Najib Razak beli Indonesia!

Kalau ikut sifir pembangkang, Malaysia telah beli UK, Singapore, Mexico, Arab Saudi, Turki dan banyak negara lain yang tidak disenaraikan. Tahniah DS Najib Razak!

January 30, 2018

7 Penceramah DAP 'Melayu Screw Melayu' Kini Makan Satu Meja Dengan Tun @chedetofficial, Geng PPBM Mesti Bangga Gila


Masih ingat dengan penceramah DAP yang memainkan isu perkauman di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak? Hew Kuan Yau yang dikenali sebagai 'Superman DAP' semasa berkempen untuk Abdul Aziz Isa di dalam PRN Sarawak membakar sentimen perkauman, apabila mengungkapkan 'Melayu screw Melayu'. Dalam bahasa yang mudah, maksud beliau adalah guna Melayu untuk menjatuhkan Melayu itu sendiri. Tonton video di bawah kalau sudah terlupa.


Setelah projek "Melayu screw Melayu' menggunakan Aziz gagal setelah Aziz kalah dalam PRN Sarawak tersebut, kini Melayu lain pula yang dicari Hew Kuan Yau. Lebih tepat bukan Melayu, tetapi Mamak.

January 29, 2018

11 Syed Saddiq, Syed Abdullah Dan Idola Mereka Tun Dr Mahathir


Laman sosial Instagram Syed Abdullah, dikatakan abang kepada Ketua Armada PPBM, adalah berstatus 'public', bermakna sesiapa sahaja boleh mengakses ke Instagram berkenaan. Jadi tidak adalah isu menceroboh privasi sesiapa. 

Suka melihat gambar-gambar di dalam Instagram ini. Ada gambar dengan keluarga. Ada gambar dengan idola mereka berdua, Tun Dr Mahathir Mohamad. Ada gambar warna-warna LGBT. Ada gambar cium anjing. Ada gambar hampir berbogel dengan lelaki-lelaki kunyit. Ada gambar kedai menjual minuman keras. Pendek kata semua da lah. Meriah kan parti PPBM ini.







January 28, 2018

15 Ceramah DAP Di Gelang Patah Dihadiri 50 Ribu Penonton, @LimKitSiang Mana?



Ceramah DAP 100 Hari Menuju Putrajaya di Gelang Patah berjaya menarik tidak kurang 50 ribu penonton. Biar gambar-gambar di bawah berbicara. 

Sayangnya, tuan rumah, Ahli Parlimen Gelang Patah tidak kelihatan di ceramah berkenaan. Beliau hanya diwakili oleh anaknya, Setiausaha Agong DAP, Joseph Lim Guan Eng.

Mungkin Lim Kit Siang masih terlantar di Singapura selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan barah beliau. Semoga beliau cepat sembuh bagi membolehkan beliau mempertahankan kerusi berkenaan.










 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates