January 27, 2018

12 Pangeran @MukhrizMahathir Cuba Buat U-Turn Kenyataan Warga Brunei, Tapi Kita Ada Videonya



Setelah dikritik hebat oleh netizen dimedia-media sosial, Mantan Menteri Besar Kedah, DS Mukhriz Tun Mahathir cuba membuat 'u-turn' dengan mengatakan bahawa kenyataan beliau telah tersalah tafsir.

Waima Facebook Brunei Darussalam sekalipun malu untuk mengaku Mukhriz Mahathir sebagai Rakyat Brunei walaupun beliau terhegeh-hegeh membuat pengumuman terbuka, Mukhriz Mahathir bertindak seperti gurunya, Joseph Lim Guan Eng untuk taichi kesalahan kepada media kerana tersalah tafsir.

Sepatutnya beliau belajar dari Bapanya sendiri. Gunakan alasan tak ingat, tak tahu dan tak dak siapa bagi tahu. Mukhriz Mahathir kata portal Sinar Harian 'misquoted' sedangkan Sinar Harian adalah penyokong kuat pembangkang terutama PPBM dan berita yang sama turut disiarkan oleh banyak media lain.

Jangan risau Tuan-Tuan. Kami tidak buat fitnah. Kami ada video rakamannya seperti di bawah. Nak nafi lagi?

January 26, 2018

4 @cmlimguaneng Sudah Gila, Panggil DS Dr @WeeKaSiongMP Sebagai Bodoh


Ketua Menteri Rejim DAP Pulau Pinang hari ini gagal mengawal kemarahan beliau apabila memanggil Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , DS Dr Wee Ka Siong sebagai bodoh. Dalam satu Sidang Media hari ini beliau berkata,
Dia (Ka Siong) juga tanya kenapa pembinaannya belum dijalankan? Macam mana kita nak mula kerja kalau dia selalu masuk campur, selain asyik ada gangguan? Sekarang kita pun tak tahu sama ada projek ini akan diteruskan atau tidak. 
Projek mahu mula, SPRM siasat, tetapi tiada tindakan. Tiba-tiba 2018, siasat lagi dan mula tangkap pula. Kenapa 2018? Sudah tentu kerana pilihan raya umum sudah dekat.
Joseph Lim Guan Eng bukan sahaja melabel Dr Wee Ka Siong sebagai 'bodoh', malah turut mendakwa pengamal media gagal mematuhi etika kewartawanan mengikut standard ditetapkan beliau.

Sejak bila beliau merupakan orang yang meletakkan standard atau piawai kewartawanan? Joseph Lim Guan Eng terlupa, satu jari menunding ke arah orang lain, empat jari lagi menunjuk ke arahnya.

Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng beretika sangatkah? Bukan setakat parti lawan akan dihentam, tetapi ahli partinya sendiri pun dimatikan, termasuklah Wakil Rakyat yang mempersoal kepimpinan beliau.

Mereka akan ditindas dan disaman serta diheret ke mahkamah. Lihat apa terjadi kepada YB DAP Tanjung Bungah di mana Kerajaan Negeri telah memecat semua kakitangan YB berkenaan dan memotong peruntukan perbelanjawan untuk Rakyat di kawasan DUN berkenaan.

Inilah kelakuan seorang diktator. Kalau di Singapura  inilah kelakuan dan perangaj Lee Kuan Yew yang menjatuhkan lawan atau orang yang tidak sebulu dengan beliau  akan ditindas sehingga mati.

6 Si Anak @MukhrizMahathir Malu Mengaku Rakyat Malaysia, Si Bapa @chedetofficial Cuba Bawa Campurtangan Kuasa Asing






Inilah cerita Raja Mendeliar dan Si Kitul versi moden. Ibarat cacing kepanasan memandangkan umur di hujung senja dan bila-bila masa malaikat maut bakal memberikan salam, si Bapa cuba membuat pakatan dengan negara asing supaya campurtangan di dalam urusan politik negara.

Tidak cukup dengan itu, si anak, Si Kitul yang dilahirkan bersama sudu perak, malu untuk mengaku sebagai warganegara Malaysia sehingga sanggup dikenali sebagai Rakyat Brunei. Kenapa kedua-dua Raja Mendeliar dan Si Kitul ini tidak berambus ke mana-mana negara yang mereka sukai. 

Setelah mencangkul dan mengaut hasil negara sehingga menjadi antara keluarga yang terkaya di Malaysia, kini disebabkan kehilangam kuasa, Malaysia pula hendak dihancurkannya. Buat anak Papa, Mukhriz, silalah berhijrah ke Brunei. Lihatlah sama ada anda boleh berpolitik atau tidak di sana.

Agak sial apabila seseorang itu malu mengaku anak Malaysia. Apatah lagi beliau pernah menjawat Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Induatri dengan jawatan terakhir sebagai Menteri Besar Kedah, anak kepada bekas Perdana Menteri 22 tahun, pemilik kepada sekian ratus syarikat bersama-sama dengan abang-abangnya yang bertaraf 'billionaire'.

Sejarah mungkin tidak diajar lagi perkara ini, namun kami tidak pernah melupakan Datuk Shahbandar Melaka iaitu Raja Mendeliar (keturunan keling dan peranakan India Singapura) dan Si Kitul (juga keling) mengahsut Sultan Mahmud Shah untuk membunuh Bendahara Tun Mutakhir dan juga ahli keluarganya seperti Tun Hassan Temenggung , Seri Nara Di Raja dan suami Tun Fatimah iaitu Tun Ali. 

January 25, 2018

25 RM4 Juta Dan Bukan RM4 Billion Seperti Yang Dimainkan YB Bengap @ngehkoham



Mungkin sudah ketandusan isu untuk memfitnah Kerajaan Barisan Nasional (BN), Ahli Parlimen DAP Beruas dan ADUN Sitiawan, Ngeh Ko Ham, telah mengambil keratan akhbar lama bertarikh 25/10/2017, daripada akhbar Harian Metro bertajuk 'Bina Lorong Basikal Di KL' sebagai bahan fitnah. Akhbar bercetak berkenaan memaparkan kononnya laluan khas berwarna biru di atas jalan raya sejauh 6 km bernilai RM4 billion.

Seperti biasa macai-macai pembangkang yang bengap hanya membaca tajuk berita tanpa membaca keseluruhan cerita. Carian berita berkenaan, baca di sini, mengesahkan bahawa kos pembinaan lorong basikal berkenaan hanyalah tidak sampai RM4 juta. Lihat 'screen shot' di bawah. 

Tidak dipastikan apa motif Harian Metro mencetak angka RM4 billion pada akhbar bercetak berkenaan. Sama ada sengaja untuk memburukkan Kerajaan atau tersalah cetak, hanya editor akhbar berkenaan pada masa itu sahaja yang tahu.


Macai-macai pembangkang jangan bimbang. Kerajaan BN tidak segila Kerajaan PKR Selangor yang mengecat pintu Gerbang Darul Ehsan sehingga mencecah RM10 juta. Baca tulisan CTS di sini dan di sini


Kerajaan BN juga tidak segila Rejim DAP Pulau Pinang untuk membelanjakan membelanjakan sebanyak RM30 juta untuk membina lorong basikal sepanjang 12.5 kilometer di sepanjang jalan pantai Pulau Pinang. Baca tulisan CTS di sini dan di sini. Jalan-jalan semahal itupun rupanya tidak ubah seperti Joseph Lim Guan Eng.


January 24, 2018

67 'Ustaz BERSATU' Nak Lawan Salah Faham Terhadap Islam? Betulkan Dulu Keluarga Pengerusi Parti Dulu


Kita menyanjung tinggi usaha 'Ustaz BERSATU' yang siap siaga bersedia untuk melawan salah faham terhadap Islam, kalau mengikut laporan Malaysiakini. Cumanya, pada fikiran saya yang bukan Ustaz ini, adalah lebih molek kiranya, salah faham terhadap Islam ini kita mulakan dengan parti sendiri, ahli keluarga kita sendiri, pemimpin parti kita sendiri sebelum dikembangkan ke luar.

Contohnya, saya sekadar memberi beberapa contoh, salah faham mengenai hukum haram babi. Sama ada disembelih atau tidak, sembelih dengan nama Allah atau tidak, hukumnya tetap haram. Tidak perlu seorang tua berumur 92 tahun untuk bertanyakan soalan. Contoh lagi, hukum menerima Lesbian, Gay, Bisexsual dan Transgender (LGBT) dalam masyarakat Malaysia adalah salah faham terhadap Islam. Islam mengharamkan LGBT. Titik.

Contoh lagi, hukum suami yang melarang isteri bertudung. Mungkin juga bertudung merupakan salah faham terhadap Islam. Contoh lagi, hukum tidur dengan anjing-anjing. Mungkin si pelaku salah faham antara anjing dan kucing. Bukankah itu semua salah faham terhadap Islam? Walau bagaimanapun, ini semuanya contoh. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang hampir hendak meninggal dunia.




7 Al Kisah Najib, Mahathir Dan Cermin


Mahathir gelak kat Najib sebab Najib buat kenyataan bahawa di bawah pentadbiran Mahathir, pengangkutan awam diabaikan.

Mahathir suruh Najib tengok dalam cermin.

Najib ambil cermin dari Mahathir dan tengok ke dalam cermin, dia nampak Putra LRT dan Star LRT bankrap sehingga terpaksa diselamatkan (bailout) oleh Kerajaan.

Najib belek lagi dalam cermin, dia nampak bas Intrakota bangkrap dan terpaksa diselamatkan (bailout) oleh kerajaan. Intrakota bangkrap selepas 5 tahun sedangkan bas SriJaya beroperasi dari 1935-1999, tidak pernah bangkrap.

DS Najib bagi cermin tu pada Mahathir dan tanya samada dia kenal siapa yang beri projek pengangkutan kepada kroni hingga bankrap dan terpaksa diselamatkan (bailout) oleh kerajaan?

Mahathir ambil cermin dari tangan Najib dan tengok ke dalam cermin, apa yang dia nampak cuma muka dia.

Najib pula gelak berguling-guling.

Tamat.

January 23, 2018

38 Video Terbaru @weekasiongmp Mengenai Skandal RM6.5 Billion Terowong Bawah Laut, Apa Kata Kamu @cmlimguaneng


Belumpun sejuk video penjelasan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng, menjawab persoalan-persoalan (yang tak terjawab) daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Dr Ir Wee Ka Siong, DS Dr Wee pagi ini mengeluarkan satu lagi video dengan melontarkan beberapa persoalan yang memerlukan jawapan. Nampak gaya Joseph Lim Guan Eng tidak tidur malam hari ini.


Antara isu-isu yang dikentengahkan oleh DS Dr Wee adalah:

1. Betulkah kenyataan media Buletin Mutiara yang mengatakan bahawa projek terowong bawah laut tidak melibatkan syarikat bermodal RM2?

2. Adakah benar BUCG dan CRCC bukan pemegang saham sekarang? Kenapa begitu mudah pemegang saham bertukar dengan nilai pegangan saham yang semakin mengecil?

3. Adakah 'Acknowledged Of Commitment' satu perjanjian yang sah di sisi undang-undang atau sekadar 'Letter of Comfort' atau surat sokongan? Tidakkah ianya bukan satu dokumentasi undang-undang yang kuat untuk digunapakai untuk saman sivil?

4. Adakah betul dakwaan Joseph Lim Guan Eng, tidak ada satu sen pun yang dibayar?

Video yang mesti ditonton. Jawab Joseph Lim Jawab! Perlu diingat, sebelum Joseph Lim menjawab dengan jawapan yang bodoh, ini adalah latar belakang DS Dr Ir Wee Ka Siong:
Pendidikan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong: B. Sc. (Hons) in Civil Engineering (UTM, 1992), M. Eng in Traffic Engineering (NTU Singapura, 1996), Ph.D in Transportation Planning (UTM, 2002).

4 Mari Kita Sama-Sama Tunaikan Permintaan @ngakorming Untuk Bersara Selepas PRU14, Jika Pakatan Harapan Gagal Kalahkan BN


Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming semalam memberi akujanji bahawa beliau akan bersara daripada politik sekiranya Pakatan Harapan gagal untuk menewaskan Barisan Nasional di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14. Kenyataan beliau dipetik oleh akhbar berbahasa Cina, Sinchew, baca di sini.

Sudah sampai masanya kita bersama-sama membantu Ahli Parlimen yang cukup kurang ajar ini yang pernah mengeluarkan perkataan-perkataan seperti, 'Dedak Raya', 'American Raya', 'Hitam Metallic', 'Sohai', 'Diu', 'PukiMak' dan membuat berpuluh-puluh poster fitnah untuk bersara dan menikmati kehidupan yang tenang di agam putih mewah beliau di Ipoh serta beberapa biji kenderaan mewah.

Kita mengharapkan Nga Kor Ming mengotakan apa yang beliau kata semalam dan tidak seperti Anwar Ibrahim yang tidak mengotakan janjinya. Untuk rekod, Anwar Ibrahim telah berjanji akan bersara dari politik sekiranya beliau gagal untuk menumbangkan DS Najib Tun Razak di dalam Pilihan Raya Umum ke 12. Kita yakin Nga Kor Ming tidak begitu. Beliau pasti ada telor kalau diikutkan ucapan-ucapan dan tindakan-tindakan beliau yang amat kurang ajar sebelum ini.

1 Perang Video Di Antara @cmlimguaneng Dan DS Dr @weekasiongmp Berterusan



Ketua Menteri Pulau Pinang, semalam memuat naik video bagi menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan juga dalam bentuk video oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Dr Wee Ka Siong seperti di bawah.


Sidang video Joseph Lim Guan Eng di atas bukan sahaja tidak menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh DS Dr Wee, malah semakin mengusutkan keadaan. Beberapa persoalan masih belum terjawab seperti di bawah.

Pertama, Laporan Buletin Mutiara pada 04/03/2013, menafikan projek RM6.3 bilion akan dijalankan oleh syarikat RM2 memandangkan modal berbayar keseluruhan adalah sebanyak RM4,549.2 juta. Zenith Construction Sdn Bhd (Zenith) bersama China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC) dikatakan sebagai memegang 70% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM3.5 juta dan RM4 bilion masing-masing. Baca di sini.

Apa yang peliknya, setakat hari ini, bukan sahaja CRCC tidak ada lagi dalam konsortium Special Purpose Vehicle (SPV) berkenaan, malah syarikat CRCC Malaysia juga MENAFIKAN menjadi pemaju atau pemegang saham dalam SPV tersebut. Baca di sini.

Kedua, pada Mac 2013, Kenyataan Rasmi daripada Kerajaan DAP Pulau Pinang mengesahkan jalinan kerjasama (joint venture) di antara Zenith dan CRCC melibatkan 70% pegangan saham di dalam konsortium. Ironinya, di dalam video di atas, Ketua Menteri Pulau Pinang memberitahu bahawa CRCC hanyalah sebagai kontraktor. Adakah ini bermakna Kerajaan Negeri telah berbohong sejak dari mula? 

Ketiga, sekiranya CRCC tidak mempunyai pegangan saham di dalam konsortium (hanya sebagai kontraktor), adakah Zenith dan pemegang saham yang lain terutama syarikat fesyen Vior yang menjual baju dalam dan seluar dalam, mempunyai dana yang cukup untuk membina terowong bawah laut?

Kesimpulan, Ketua Menteri Pulau Pinang sama ada kaki pembohong atau membuat 'u-turn' dengan kenyataan semasa beliau di dalam video di atas. Ianya sama sekali berlawanan dengan apa yang diperkatakan oleh beliau dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 2013.

Nota Kaki: Joseph Lim Guan Eng tidak perlulah sembang kencang mengenai bidang pengangkutan. Beliau hanyalah seorang akauntan. Sebaliknya DS Dr Wee adalah seorang jurutera dalam bidang pengangkutan. Ini latar belakang beliau:
Pendidikan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong: B. Sc. (Hons) in Civil Engineering (UTM, 1992), M. Eng in Traffic Engineering (NTU Singapura, 1996), Ph.D in Transportation Planning (UTM, 2002).

January 22, 2018

42 Tahniah YB @ngakorming Kerana Memiliki BMW X5 Baru


Dalam ceramah-ceramah di sana sini, Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming menyatakan Malaysia akan muflis dan Rakyat hidup susah dan melarat. Namun beliau sendiri mampu membeli kereta baru BMW X5 yang berharga hampir RM400,000. Tahniah kepada YB DAP kerana mampu mengumpulkan koleksi-koleksi kereta mewahnya dengan plat pendaftaran '1123'. Tidak pasti berapa harga untuk membida nombor berkenaan.

Walaupun beliau terus menjual air liur di dalam ceramah-ceramah bahawa Malaysia sedang dalam krisis, bakal muflis, menjadi negara yang gagal dan Rakyat Malaysia semua makan rumput dan pasir, beliau sendiri mampu mengumpul deretan kereta mewah seperti Toyota Estima MPV dan Volvo 4WD dengan plat nombor yang sama iaitu '1123' untuk diletakkan di dalam 'Rumah Putih'nya di Ipoh.

Lihatlah contoh-contoh di bawah bagaimana seorang peguam yang juga pengubal undang-undang di parlimen, tidak mengikuti undang-undang jalanraya yang sedia ada.




Sudah tentu pada masa akan datang, beliau akan terus menggambarkan dirinya sebagai seorang yang teraniaya dan ditindas oleh pihak berkuasa sedangkan beliau hidup di dalam agam yang mewah dan memandu kenderaan-kenderaan yang mewah dan penuh gaya. Cuma kita harapkan YB DAP berkenaan tidak lupa membayar saman-saman kenderaan-kenderaan mewahnya.



12 Bagaimana Consortium Zenith Memperolehi Keuntungan Sebanyak RM61 Juta Sekiranya Tidak Dibayar Rejim DAP Pulau Pinang?


Consortium Zenith Sdn Bhd telah ditubuhkan sebagai Special Purpose Vehicle (SPV) untuk melaksanakan projek terowong bawah laut bernilai RM6.3 billion. Consortium Zenith tidak menjalankan perniagaan lain selain memastikan projek terowong berkenaan yang ditandatangani pada November 2013 terlaksana.

Sebagai sebahagian daripada projek, SPV juga telah dianugerahkan untuk membuat laporan perlaksanaan projek bernilai RM305 juta yang mana banyak pihak menganggap sebagai terlalu mahal (overpriced).

Selepas 2 1/2 tahun menandatangani kontrak, syarikat SPV berkenaan telah memperolehi keuntungan sebelum cukai sebanyak RM61 juta berbanding dengan jualan (revenue) sebanyak RM51 juta untuk sekadar sebuah laporan perlaksanaan yang masih belum siap dan juga jualan tanah yang diberikan oleh Rejim DAP Pulau Pinang.

Persoalannya sekarang ialah jika RM305 juta laporan kos tidak terlalu mahal (dan tidak satu sen dibayar oleh Rejim DAP Pulau Pinang, seperti yang didakwa Joseph Lim Guan Eng) maka bagaimanakah SPV yang satu-satunya tugasnya untuk membina terowong bawah laut membuat keuntungan besar seperti yang ditunjukkan dalam penyata kewangan rasmi mereka yang difailkan dengan pertubuhan syarikat (ROC)?

Tonton video di bawah di mana Timbalan Presiden MCA, DS Dr Wee Ka Siong memberikan penerangan panjang lebar mengenai kepincangan dan salah urus tadbir pembinaan terowong bawah tanah di Pulau Pinang di bawah pemerintahan rejim DAP Pulau Pinang. Joseph Lim Guan Eng jangan malu-malu untuk menjawab segala persoalan yang dikemukakan.



January 21, 2018

8 Jangan Kata Program Tangkap Muat, Banner Pun Tangkap Muat Juga, Bagaimana Rakyat Selangor Mengundi Mereka?


Menjelang Pilihan Raya Umum ke 14, banyak program-program ekspres dan tangkap muat terpaksa dilakukan oleh Kerajaan Pakatan di Selangor untuk membeli jiwa pengundi-pengundi Selangor. Antaranya adalah program tangkap muat Tuisyen Rakyat. 

Faktanya ialah Rakyat Selangor yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2018 berjumlah ribuan pelajar di seluruh  Selangor. Namun Kerajaan Pakatan Selangor membuat propa dengan menawarkan kepada 100 orang sahaja? Saya ulang 100 orang sahaja? 

Dengan motto yang tertulis, 'Daftar Percuma', adakah ini bermaksud untuk 100 pelajar berkenaan daftar tuisyen adalah percuma dan setiap bulan akan dikenakan yuran? Jangan kata ini mustahil sebab Pakatan Pembangkang menjanjikan pendidikan percuma sekiranya memerintah namun universiti di bawah Kerajaan Pakatan Selangor, Unisel masih mengenakan yuran yang tinggi.

Bukan setakat program Tuisyen Rakyat ini tangkap muat dan buat ala kadar, malah banner di atas pun dibuat seperti melepaskan betuk di tangga. Ejaan 'program' menjadi 'porgram' (bunyi macam pork) dan Selangor menjadi 'Selanagor'. Mungkin Cina Bukit DAP yang diberi kontrak menyiapkan banner di atas kot? 
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates