January 20, 2018

17 BBC Rangkaian Berita Terbaik Di Dunia Atau Sekadar Pemakan Dedak @SyedSaddiq?



Ini sahajalah taraf Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq. Apabila BBC membuat laporan fitnah ke atas Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak, Syed Saddiq menggelarkan rangkaian berita ini sebagai 'the world renowned news broadcaster'.

Ke mana hilangnya Syed Saddiq apabila BBC menyiarkan berita di bawah pada 15/04/2016? Adakah beliau masih berpoya-poya di Palladium? Apabila BBC menghina Perdana Menteri, BBC merupakan rangkaian berita terbaik di dunia. Bila BBC siarkan berita yang benar, BBC makan dedak. Itu cara pembangkang bukan?


January 19, 2018

29 Fitnah Terbaru Sarawak Report, KWSP Dan PNB 'Bail-Out' Bettersea Power Station


Satu lagi penipuan sampah daripada Sarawak Report untuk memburukkan syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan Kerajaan Malaysia sendiri apabila portal sampah ini membuat berita bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) cuba menyelamatkan sebuah syarikat yang tenat (bail-out) iaitu Battersea Power Station.

Hakikat yang cuba Sarawak Report sembunyikan:

1. Projek Battersea bernilai £8 billion diusahakan bersama oleh KWSP, PNB dan syarikat milik PNB iaitu SP Setia.
2. PNB memiliki saham SP Setia sebanyak 67%. 
3. Battersea Power Station pula dimiliki 100% oleh Sime Darby, SP Setia  dan KWSP.
4. PNB dan KWSP pula memiliki Sime Darby dengan saham sebanyak 62%.

Untuk macai-macai pembangkang, di dalam istilah perakaunan, ini dipanggil 'related party transactions' dan bukannya 'bail-out'.

Berbalik kepada persoalan asal, memandangkan Sime Darby dan SP Setia adalah pemaju dan bukan pemodal (fund managers) jangka panjang, ini adalah perancangan teknikal bagi PNB dan KWSP untuk bersama memiliki fasa kedua aset  projek berkenaan.

Ini bagi membolehkan PNB dan KWSP mengutip sewaan jangka panjang berbanding 'outright sales' seperti yang berlaku pada fasa pertama di antara Sime Darby dan SP Setia.

KWSP, PNB, SP Setia dan Sime Darby telah membuat keuntungan berbillion daripada projek ini. Usaha pembangkang dan Sarawak Report untuk sabotaj projek ini, amat dialu-alukan kerana mereka pastinya akan gagal.

Kalau betul-betul hendak tahu apa itu 'bail-out', dua kejadian pada tahun 90an di bawah ini adalah contoh terbaik. Adik-adik Geng Bunga dan macai pembangkang yang baru habis menyusu sekarang mana tahu kejadian-kejadian ini.



Kenyataan Media bersama KWSP dan PNB boleh dibaca di bawah:


0 Terengganu Bakal Menjadi Negeri Pertama Menggunakan myBAS Elektrik


Seiring dengan komitmen Malaysia untuk menurunkan kadar pelepasan karbon ke alam sekitar hingga 45 peratus pada 2030, dengan inisiatif penggunaan kenderaan cekap tenaga, sebanyak lapan bas elektrik akan diterima Terengganu sekali gus menjadikan Terengganu sebagai negeri pertama menggunakan myBAS elektrik menerusi skim Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri DS Nancy Shukri berkata operasi bas di Kuala Terengganu itu dijangka bermula April, merangkumi tujuh laluan utama dan satu laluan pengantara dengan jumlah keseluruhan jarak 235.9 kilometer.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) kontrak Pengendali Perkhidmatan dan Pra-Pelancaran myBas Kuala Terengganu antara Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan MARA Liner Sdn Bhd. DS Nancy berkata, program myBAS Kuala Terengganu melibatkan keseluruhan 30 bas, namun sebagai permulaan sebanyak 11 bas akan disediakan termasuk empat bas elektrik.

SPAD diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Azharuddin Mat Sah manakala MARA Liner Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Operasi Zahrail Affenday Mohamed dan majlis disaksikan Menteri Besar Terengganu DS Ahmad Razif Abd Rahman.

Bas elektrik yang menggunakan teknologi mesra alam dan infrastruktur mesra pelanggan turut dilengkapi kemudahan untuk golongan Orang Kelainan Upaya, dengan teknologi baterinya mampu menggerakkan bas sehingga sejauh 200 kilometer sekali gus menjimatkan kos operasi pengusaha bas. Manakala tambang yang bakal dikenakan bagi perkhidmatan bas berkenaan dijangka lebih murah daripada perkhidmatan bas lain.






January 18, 2018

6 Mana Projek Perumahan Mampu Milik Yang Dijanjikan Rejim DAP Pulau Pinang Bulan Lepas?


Minggu lalu agensi Kerajaan Persekutuan di Pulau Pinang telah berjaya menyerahkan dua projek perumahan sangat mampu milik kepada Rakyat, tanpa ada apa-apa propaganda atau pukul canang berdegar-degar seperti Rejim DAP DAP Pulau Pinang. Satu di perumahan Kampung Tok Subuh dan satu lagi di Taman Desa Ara. Alhamdulillah, Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional masih mampu memberi khidmat kepada Rakyat walaupun dalam keadaan tersepit dan dipijak oleh Rejim DAP Pulau Pinang. 

Pada 03/10/2017, Rejim DAP Pulau Pinang, melalui jurucakap EXCO Perumahan, Jagdeep Singh Deo, telah memberikan akujanji untuk menyerahkan 520 unit fasa satu, Suria 1, Bandar Cassia, Batu Kawan berserta 'strata title' kepada Rakyat Pulau Pinang. Baca di sini. Katanya pada masa itu sudah hampir 98% siap. Hari ini, 18/01/2018, mana janji-janji manis yang telah diberikan? Adakah tarikh Disember 2017 telah dipinda kepada Disember 3000?

Berlainan dengan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang merupakan kerajaan yang terbaik dan sentiasa melaksanakan setiap janji dan manifesto bagi menterjemahkan kepada Rakyat yang Kerajaan sedia ada lebih baik daripada Pakatan Harapan. Menyentuh perkara ini, Ketua Penerangan UMNO, TS Annuar Musa berkata, BN tiada masa untuk beretorik kepada rakyat kerana kerajaan sibuk bekerja untuk memastikan setiap janji-janji di dalam manifesto kepada rakyat dapat dilaksanakan seperti yang dikatakan.

Apa yang Kerajaan lakukan menurut TS Annuar ialah membentang belanjawan tiap-tiap tahun dan bahas di dalam parlimen. Kemudian bila masa pelaksanaan, ia mesti dilakukan dengan baik, kadang-kala masalah timbul dan kerajaan kena selesaikan pula masalah tersebut. Semua yang Kerajaan lakukan ada audit dan Rakyat menyemak apa yang Kerajaan lakukan.

January 17, 2018

40 Apa Masalah Graduan Jual Nasi Lemak Dan Pandu Grab Wahai @chedetofficial


Minggu lepas, calon Perdana Menteri Pakatan Harapan mempertahankan kenyataan beliau mengatakan Melayu adalah pemalas. Dipetik Malaysiakini, baca di sini, Tun Dr Mahathir berkata,
Saya tidak pernah hendak tipu diri. Kalau malas, saya kata malas. Kalau orang tidak suka, tidak sukalah.
Dalam pada itu juga, mana-mana pekerja Melayu yang bekerja di kedai roti miliknya, The Loaf sudah boleh menghantar notis berhenti memandangkan beliau menuduh pekerja-pekerja Melayunya mencuri duit. Kata beliau,
Sekarang ini saya ada kedai roti. Saya hendak kata terus terang, saya amat malu kerana di antara pekerja Melayu, Cina atau Myanmar atau mana-mana, pekerja Melayu kadang-kadang kalau tengok duit, dia lupa, dia tak jujur. Dia nampak duit, kalau boleh sapu, dia sapu. Saya kena buang banyak orang Melayu kerana sikap ini. Orang Cina tidak begini. Kita orang Islam. Kita tahu apa makna amanah, apa makna ikhlas. Kalau kita janji buat kerja betul, kita kena buat.
Kita faham Tun Dr Mahathir bukan Melayu tulen. Namun, itu tidak bermakna beliau boleh menghina Melayu sesuka hati. Hari ini, sekali lagi beliau menghina graduan yang menjual nasi lemak dan bekerja sebagai pemandu Grab. Hinakah kedua-dua pekerjaan tersebut. 

Kita ambil contoh peniaga Nasi Lemak Anak Dara, Siti Hajar Ahmad yang memiliki Ijazah Kejuruteraan Elektronik yang mahu menceburi bidang perniagaan. Baca di sini. Hinakah tindakan beliau di mata Negarawan yang Jutawan?


Apa salahnya graduan-graduan apabila tamat pengajian mereka menceburi dalam bidang perniagaan dan bekerja sebagai pemandu Grab sebelum mendapat kerja yang lebih terjamin. Mereka bukanlah anak-anak dan cucu-cucu Tun Dr Mahathir yang dilahirkan bersama sudu perak (silver spoon) dan menjadi jutawan dan multi jutawan dalam sekelip mata.


Diriwayatkan oleh Ibrahim Al-Harbi dalam Gharib Al-Hadits dari hadits Nu’aim bin ‘Abdirrahman, sembilan dari sepuluh pintu rezeki ada dalam perniagaan. Menjual nasi lemak dan menjadi pemandu Uber adalah sebahagian daripada cabang perniagaan. Kenapa Tun Dr Mahathir perlu rasa malu? Bukankah beliau di zaman mudanya pernah bernaiaga goreng pisang. Hanya anak-anaknya sahaja yang bertuah mewarisi beratus-ratus syarikat.

0 Hanya 30 Minit Menggunakan Laluan RTS Johor Bharu-Singapura


Rapid Transit System Link (RTS Link) Johor Bahru-Singapura bakal menghubungkan Malaysia dan Singapura  dari Stesen  Bukit Chagar, Johor Bharu ke Woodlands North, Singapura. Projek yang dijangka beroperasi pada akhir 2024 ini akan mengurangkan masa perjalanan kepada 30 minit berbanding lebih sejam sekarang.

Ketua Pegawai Eksekutif, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah, berkata projek itu yang dijadualkan memulakan pembinaan pada 2019, akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas sehingga 15 peratus sebaik sahaja ia mula beroperasi pada akhir tahun 2024.

Laluan RTS berkapasiti untuk membawa sehingga 10,000 penumpang sejam setiap arah atau 72,000 penumpang setiap hari, yang diterjemahkan kepada kapasiti tambahan sebanyak 60,000 pengguna yang melintasi tambak pada waktu puncak berbanding dengan purata 300 penumpang pada masa ini. Ia juga memudahkan aliran penumpang kerana mempunyai kemudahan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bukit Chagar dan Woodlands North.

Mohd Azharuddin berkata, penumpang yang memulakan perjalanan di kedua-dua hala akan menjalani pemeriksaan kedua-dua pihak berkuasa Malaysia dan Singapura pada waktu berlepas, dan tidak perlu melalui pelepasan imigrasi lagi pada saat ketibaan.

Ini bermakna sebelum berlepas, pengguna dari Malaysia ke Singapura perlu menjalani pemeriksaan kastam dan imigresen untuk kedua-dua negara di stesen Bukit Chagar sahaja, dan juga untuk perjalanan pulang, pemeriksaan akan hanya dibuat di stesen Woodlands North.

January 16, 2018

14 @mohdshafieapdal Hina Anggota @RelaMalaysia Sebagai Penjaga Trafik Semasa Kenduri


Presiden Parti Warisan Sabah yang juga merupakan Ahli Parlimen Semporna, DS Mohd Shafie Apdal membuat penghinaan ke atas hampir 3.05 juta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ketika berucap di Program Bicara Presiden Warisan di Tuaran, dua hari lepas.


Shafie Apdal bukan sahaja mempersoalkan malah memperlekeh peranan anggota RELA yang ditugaskan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone). Kata Shafie Apdal sambil mentertawakan RELA,
RELA bukan pandai pakai senapang, tidak tahu menembak, tidak belajar bagaimana pakai bom, yang dia tahu kalau ada kenduri dia jaga trafik.
Pada 29/09/2017, Mesyuarat Lembaga Penasihat Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) meluluskan penglibatan anggota RELA sebagai barisan kedua dalam menjaga keselamatan di sempadan negeri ini daripada diceroboh oleh anasir luar.

Timbalan Perdana Menteri, DS Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 500 anggota RELA terlibat dalam projek perintis itu. DS Dr Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa itu berkata, pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) masih berperanan sebagai pasukan utama dalam mengawal sempadan negara.

Apa motif Shafie Apdal memperlekehkan dan mempersendakan peranan anggota RELA untuk mempertahankan keselamatan negara? Shafie Afdal perlu memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kata-katanya terhadap penghinaan ke atas anggota RELA.

12 Santapan Pagi - Skandal-Skandal Kerajaan DAP Pulau Pinang Dari Tahun 2008 – 2018


Hasil kecemerlangan dan kejayaan slogan Kecekapan, Akauntabiliti dan Ketelusan (CAT) Rejim DAP Pulau Pinang, berikut adalah senarai kejayaan yang dikecapi untuk kenangan dan peringatan anak cucu pada masa depan.

1. Skandal penarahan Bukit Botak, Relau.
2. Penjualan tanah tapak masjid di Bayan Bay.
3. Penyelewengan dan skandal rasuah duit Zakat PUZPP.
4. Skandal pembayaran tanah laut tanpa kelulusan Kajian Kebolehsaknaan.
5. Skandal tanah Taman Manggis dan KLIDC.
6. Skandal ubah syarat tanah di Balik Pulau.
7. Skandal pembelian banglo Ketua Menteri di bawah harga pasaran.
8. Skandal kilang haram di Sungai Lembu.
9. Campurtangan dalam soal fatwa.
10. Skandal penjualan 1,100 ekar tanah kerajaan negeri kepada kroni.
11. Skandal kelulusan projek lereng bukit.
12. Banjir terburuk dalam sejarah negeri Pulau Pinang.
13. Skandal kutipan sampah bernilai RM1.43juta.
14. Skandal penipuan hutang kerajaan negeri.
15. 2,000 pusat hiburan dan rumah urut berlesen dan haram di seluruh Pulau Pinang.
16. Ratusan serbuan dan tangkapan makmal dadah di Pulau Pinang.
17. Pembelian anugerah MBPP dan MPSP palsu.
18. Pelbagaj caj, kenaan dan kutipan baru diperkenalkan kepada Rakyat.
19. Kenaikkan harga dan surcaj air berkali-kali.
20. Skandal membina dan mengecat laluan basikal di Georgetown.
21. Skandal Kajian Kebolehlaksanan Projek Terowong dan PTP.
22. Skandal tambakan laut di Gurney, Bayan Baru dan Teluk Kumbar.
23. Skandal tanah runtuh di Tanjung Bungah.
24. 25 kampung-kampung Melayu lenyap dan hilang.
25. Perobohan gerai penjaja dan kedai makan.
26. Anjur Pesta Arak secara terbuka.
27. Gezetkan jalan khas untuk pesta arak setiap malam.
28. Pemecatan Ahli Majlis dan JKKN Parti Islam SeMalaysia (PAS)
29. Pembinaan rumah mewah dan mampu tengok di Pukau Pinang.
30. Tiada rumah kos rendah atau mampu milik untuk Rakyat.
31. Kenakan sekatan dan birokrasi bina rumah kos rendah dan mampu milik.
32. Menutup periuk nasi nelayan pantai.
33. Penjualan saham Pulau Jerjak.
34. Memanipulasi angka hutang kerajaan negeri.
35. Bergaduh dengan PAS.
36. Meminggirkan ADUN dari PKR dan DAP yang tidak sehaluan.
37. Gagal tunai janji-janji dalam Manifesto PRU12 dan 13.
38. Menaikkan harga sewaan tapak perniagaan sehingga 200 %.
39. Tiada plan kecemasan menangani bencana banjir.
40. FDI merosot dari RM12bilion ke RM2bilion pada tahun 2016.
41. Menanggung perbelanjaan kerajaan melalui penjualan tanah kerajaan dari 33% ke 8%.
42. Menubuhkan 'Pasukan Polis' sendiri yang disahkan sebagai Pasukan Haram.
43. Politik ugutan, sehingga mahu membubarkan DUN untuk pilihanraya negeri.
44. Berperang dengan pegawai kerajaan persekutuan (SDO)
45. Sentiasa menyalahkan pihak lain dan BN jika kerajaan negeri hadapi masalah.
46. Masalah kesesakkan lalu lintas tidak dapat diselesaikan.
47. Ugut rakyat kononnya jika DAP kalah, Rakyat akan kembali mundur di bawah BN.
48. Berbohong mengenai isu miskin tegar dihapuskan selepas 1 tahun DAP memerintah Pulau Pinang.
49. Peningkatan perbelanjaan kerajaan negeri hampir 500% dari tahun 2008 (RM283 juta-RM1.3 billion)
50. PDC alami penyusutan keuntungan dari RM75 juta setahun kepada RM6 juta pada 2015.
51. Peruntukan bajet 2017 kepada pejabat Ketua Menteri meningkat 600% dari tahun 2016.
52. Gagal memelihara alam sekitar dan ekologi laut.
53. Hujan dijadikan alasan kenapa Pulau Pinang banjir terburuk.
54. 51 projek yang dicadangkan oleh kerajaan negeri telah gagal dilaksanakan.
55. Gagal newartakan kawasan perlindungan hutan.
56. RM220juta peruntukan dalam Bajet 2017 tangani banjir lesap tanpa berita.
57. Menolak 13 usul DUN yang dibawa oleh ADUN PKR dan DAP sendiri.
58. Menggunakan institusi dan wang kerajaan untuk meliberalkan Islam (Penang Institute).
59. Menyokong golongan-golongan songsang gender (LGBT).
60. Meletakkan kos yang tinggi dan tidak munasabah untuk projek yang dicadangkan kerajaan.
61. Memelihara kilang-kilang haram di Pulau Pinang.
62. Menyita rumah yang tidak membayar sewa.
63. Tidak menghapuskan pinjaman pendidikan negeri dan ditukar ke biasiswa.
64. Pasukan bolasepak tercorot untuk 9 tahun berturut turut.
65. Mengabaikan pembangunan kawasan luar bandar dan kawasan dimenangi BN.
66. 7 tahun bajet negeri alami defisit secara keseluruhan RM598.04 juta.

Undilah DAP. Anda Ubah, Anda Dapat.

January 15, 2018

28 Tiada Tanah Felda Di Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) Terlepas Tangan


Di dalam Sidang Media berkaitan isu tanah Felda yang dibangunkan sebagai Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), perkara-perkara berikut telah dipersetujui. Perkara tersebut disahkan oleh Pengerusinya, TS Shahrir Abdul Samad.

1. Felda telah memperoleh semula 16 geran tanahnya yang dipindah milik untuk dibangunkan sebagai Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) hari ini daripada Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB). TS Shahrir berkata,
Semua tanah yang terlibat yang telah dipindah milik tanpa pengetahuan kita telah dikembalikan kepada Felda berserta dengan dokumen yang diperlukan untuk melaksanakan pindah milik itu.
2. Usaha pindah milik semula itu berlangsung tanpa melibatkan sebarang kos. TS Shahrir berkata,
Pihak pemaju iaitu SPSB telah secara sukarela bersetuju mengembalikan hak milik kesemua 16 lot tanah itu kepada Felda tanpa kos dan telah menyerahkan kesemua suratan hak milik tanah tersebut untuk didaftarkan semula ke atas nama Felda.
3. Projek KLVC yang sedang berjalan di tanah itu akan diteruskan dan Felda serta SPSB berunding semula bagi penambahbaikan ke atas pelaksanaan perjanjian pembangunan tersebut demi kebaikan semua pihak.

4. Felda tidak akan menarik semula laporan polis yang dibuat sebelum ini dan tidak akan mengganggu proses penyiasatan mengenainya.

5. Audit forensik yang dilaksanakan juga akan diteruskan.

Berikut adalah Kenyataan Media dari Felda.

0 Kerajaan Tidak Pernah Pilih Kasih Di Antara Pemandu Teksi Dan Uber / GrabCar - Nancy

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Nancy Shukri menegaskan Kerajaan tidak pernah pilih kasih atau menganiaya pemandu teksi seperti didakwa, sebaliknya bersikap adil dengan peraturan-peraturan tertentu terhadap syarikat e-hailing seperti Uber dan GrabCar agar tidak menjejaskan pendapatan mereka.

DS Nancy menemplak kenyataan yang dibuat oleh Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail yang mengugut Kerajaan dengan mengatakan 70% daripada 180,000 pemandu teksi akan mengundi Pakatan Harapan adalah bersifat memetingkan diri semata-mata.

DS Nancy berkata, segala rungutan dan tuduhan Kerajaan bersikap tidak adil adalah tidak berasas sama sekali kerana Kerajaan sentiasa mengambil berat kebajikan kedua-dua belah pihak. Menurutnya, sebagi contoh, operasi syarikat e-hailing juga tidak semudah dahulu kerana terdapat banyak garis panduan yang perlu dipatuhi pemandu Uber dan GrabCar atas usaha yang dilakukan oleh Kerajaan menerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Kerajaan selama ini mengambil berat permasalahan pemandu-pemandu teksi. Antara usaha yang dilakukan oleh Kerajaan dalam memertabatkan industri teksi negara adalah:

1. Kerajaan telah mengambil tindakan hanya membenarkan pemandu teksi mengambil penumpang di lapangan terbang bagi mengelakkan persaingan dengan syarikat e-hailin. Menerusi inisiatif tersebut, lebih 100 pemandu Uber dan GrabCar di Semenanjung telah dikenakan tindakan oleh SPAD kerana melanggar peraturan tersebut.

2. Kerajaan juga membantu menyediakan geran berjumlah RM5,000 kepada pemandu teksi untuk membantu meeka keluar dari sistem pajakan bagi membolehkan mereka beroperasi secara sendiri.

3. Setakat hari ini, lebih 1,400 pemandu teksi telah menerima sijil geran individu sejak dua tahun lalu. Di mana kenyataan yang mengatakan Kerajaan menindas pemandu-pemandu teksi?

January 14, 2018

22 @AzminAli Tawarkan Parlimen Gombak Kepada Tun @chedetofficial, Ikhlaskah Atau Hendak Kuburkan Beliau?



Pembahagian Kerusi Parlimen Pakatan Harapan di Semenanjung memberikan teka teki di manakah calon Perdana Menterinya, Tun Dr Mahathir Mohamad hendak bertanding? 52 kerusi menjadi pilihan. Mungkinkah Langkawi atau Kubang Pasu di Kedah, Putrajaya di Wilayah Persekutuan atau Pekan di Pahang? 

Sesuatu yang amat menarik semalam apabila Timbalan Presiden PKR menawarkan kerusi Gombak kepada Tun Dr Mahathir. Umum mengetahui bahawa kemenangan Azmin Ali untuk kerusi Parlimen Gombak adalah ehsan pengikut-pengikut PAS yang majoriti bertanding di situ. 

Di dalam Plihan Raya Umum (PRU) ke 14 kali ini, desas desus mengatakan bahawa Azmin Ali sendiri tidak berani mempertahankan kerusi berkenaan memandangkan kemelut PAS bukan lagi sebahagian daripada Pakatan Harapan dan kerusi berkenaan pasti akan ditandingi PAS.

Dalam PRU ke-13, Azmin Ali menang tipis di Parlimen Gombak dengan majoriti 4,734 atau 51.4% undi. Dalam PRU ke-14 nanti, Azmin Ali lebih berisiko untuk tewas di situ setelah PKR mengkhianati PAS. Jadi, lebih baik beliau tolak bala kepada Tun Dr Mahathir. Kalau calon Perdana Menteri itu kalah, maka laluan beliau untuk 'merampas kuasa' seperti Langkah Kajang akan menjadi lebih mudah.

Adakah penawaran kerusi Gombak kepada calon Perdana Menteri Pakatan Harapan adalah helah untuk Azmin Ali menarik diri (tanpa takut digelar pengecut oleh penyokongnya) dari bertanding di situ dan secara langsung untuk menguburkan karier Tun Dr Mahathir? 

Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan nampaknya semakin tidak popular di kalangan PKR. Azmin Ali langsung tidak menyembunyikan ketidakpuasan hatinya apabila dia mengambil setiap peluang untuk mengutuk dan menjatuhkan Tun Dr Mahathir. Jika PKR pun tidak mahu menerima Tun Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, macam mana Rakyat pula patut menerimanya.

Hanya kerana mahu memecah-belahkan undi Melayu, Pakatan pro DAP ini sanggup mengangkat kembali Tun Dr Mahathir, walaupun untuk sekian lama mereka mengelarnya dengan berbagai nama seperti mahafiraun, mahazalim, diktator dan perompak. Azmin Ali sendiri tidak berani bertanding di situ, ada hati hendak suruh Tun Dr Mahathir. Seperti kata Azmin Ali sendiri, ini semua sandiwara kelas pertama.


 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates