January 13, 2018

5 Syarikat Fesyen Voir Bina Terowong Bawah Laut? Inilah Magika Yang Cuba Dibawa @cmlimguaneng



Saya tidak pasti di tempat lain. Namun kalau berkunjung ke AEON Bukit Raja, di bahagian tengah bangunan berkenaan terdapat sebuah pasaraya yang menjual pelbagai fesyen sama ada lelaki, perempuan dan kanak-kanak dengan harga yang berpatutan. Pasaraya berkenaan bernama Voir Gallery, milik Voir Holdings Berhad.

Amat terkejut apabila mendapati Voir Holdings  Berhad ini terlibat di dalam pembinaan projek kontroversi Terowong Bawah Laut di Pulau Pinang. Syarikat fesyen ini memiliki 13.21% pegangan saham di dalam konsortium Special Purpose Vehicle (SPV) untuk membina terowong berkenaan.

Persoalannya, apakah hubung kait di antara syarikat fesyen dengan pembinaan terowong berkenaan? Adakah kemahiran yang ada pada syarikat berkenaan seperti menyediakan fesyen baju dalam dan seluar dalam sudah cukup untuk membina terowong bawah laut? Magika apakah yang cuba dibuat oleh Joseph Lim Guan Eng?

Silap mata atau magika kedua yang cuba dimainkan oleh Joseph Lim Guan Eng adalah hanya di Pulau Pinang, kos kajian kebolehlaksanaan dan perancangan terperinci projek jalan berkembar di kawasan bukit adalah satu pertiga (one-third) daripada kos pembinaan.

Manakala kos kajian kebolehsanaan dan rekabentuk terperinci pembinaan terowong bawah dasar laut jauh lebih murah berbanding kos jalan berkembar berkenaan. Mungkin lebih mudah untuk buat kajian di bawah dasar laut untuk bina terowong daripada kajian di atas kawasan bukit untuk membina jalanraya. Rujuk gambarajah di bawah.


Timbalan Presiden MCA turut mempertikaikan perkara yang sama di dalam Kenyataan Media beliau hari ini seperti di bawah.


Press Statement by Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong, MCA Deputy President cum Minister in the Prime Minister’s Department Malaysia 
13 January 2018
Why is a fashion company building the Penang Tunnel?
In early 2013, amidst allegations that the Special Purpose Vehicle company awarded the mega RM6.3 billion Penang Tunnel was heavily under-capitalized and lacked experience, the DAP Penang State Government issued a statement to reassure the public that two giant and experienced China construction companies will be shareholders of the SPV and is backed by RM4.6 billion in paid-up capital. 
But today, our checks show that the two China construction companies are nowhere to be seen as shareholders of the SPV. 
In their place is a small local fashion company called by VOIR Holdings while 39% of the shares of the SPV are held under nominees. 
Did the DAP Penang Government lie to the public and did a "bait and switch"? 
Does this very material change in ownership and experience means that the project award made under the Request for Proposal exercise (not open tender) is now null and void? 
The DAP Penang Government must answer as the Penang people have a right to know why their mega-billions undersea tunnel will now be built with the participation of a small local fashion company instead of two experienced and well-funded construction companies as originally promised.

0 Shamsubaharin Boleh Hentikan Tindakan Mengugut Kerajaan Isu Teksi, Bukan Semua Persatuan Teksi Menurut Cakap Beliau


Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail menegaskan beliau akan terus 'mengugut' Kerajaan Barisan Nasional (BN) sekiranya gagal mengambil tindakan sewajarnya dalam membantu nasib pemandu teksi. Beliau dengan angkuh berkata, bahawa 70 peratus daripada lebih 180,000 pemandu teksi di seluruh negara akan memberi undi mereka kepada Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.

Rentetan daripada kenyataan beliau itu, Persatuan Pengusaha Teksi Bumiputra Semenanjung (Perbumi) menafikan dakwaan Shamsubahrin  kononnya 70 peratus daripada 180,000 pemandu teksi seluruh negara akan mengundi Pakatan Harapan pada PRU14 akan datang. Presidennya, Datuk Mohd Alias Abdul menegaskan pihaknya masih yakin dan percaya bahawa kerajaan BN mampu mencari penyelesaian terbaik buat pemandu teksi.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Shamsubaharin agar tidak mengugut kerajaan dalam isu e-Hailing Grabcar atau Uber yang ditimbulkannya. Kerajaan juga kata DS Zahid tidak takut dengan ugutan Shamsubahrin bahawa pemandu teksi akan memberi undi mereka kepada Pakatan Harapan pada PRU14 kelak. Beliau juga telah meminta Menteri Pengangkutan DS Liow Tiong Lai dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri DS Nancy Shukri untuk berjumpa mereka bagi menyelesaikan masalah ini.

Kerajaan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan mutu dan perkhidmatan pemandu-pemandu teksi agar industri ini kekal relevan. Pemandu teksi mempunyai pilihan sama ada mahu menggunakan sistem perkhidmatan teksi mereka sendiri termasuk soal  kadar tambang atau menggunakan sistem e-hailing melalui platform e-hailing sedia ada seperti Uber dan Grab.

Kedua, mereka boleh membawa teksi seperti biasa dan pada masa yang sama boleh juga membawa teksi itu dengan menggunakan platform e-hailing dengan menggunakan kadar caj berbeza. Pada masa ini, terdapat 600 pemandu teksi di ibu negara yang sudah menawarkan perkhidmatan e-hailing menggunakan platform Uber dan 2,200 lagi dengan Grab. Pemandu teksi mempunyai pilihan untuk membuka aplikasi mereka sendiri dan buat perbandingan dengan platform e-hailing sedia ada.

January 12, 2018

10 Dua Pembohongan Terbesar @cmlimguaneng Dalam Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang

Pembohongan Pertama:



Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng berkata tiada satu sen pun telah dibayar sama ada dalam bentuk tunai mahupun dalam apa-apa bentuk lain kepada kontraktor Terowong Bawah Laut Pulau Pinang. 

Walau bagaimanapun, pada 19/05/2017, EXCO Pulau Pinang, Lim Hock Seng ketika menjawap di dalam Sidang DUN berkata bahawa RM209 juta sudah dibayar dalam bentuk tanah kepada kontraktor untuk kos laporan.



Siapa yang berbohong? Joseph Lim Guan Eng atau Lim Hock Seng? Benarkah Kerajaan Negeri belum membayar satu sen pun untuk projek berkenaan sebagaimana kata Joseph Lim Guan Eng? Apakah bukti-bukti baru yang diperolehi oleh SPRM yang membawa kepada perintah reman terhadap dua Datuk di bawah Seksyen 16 & 17A Akta SPRM (memberi dan menerima rasuah)?

Siapa yang memberi dan siapa yang menerima? Benarkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah memberikan kebenaran kepada konsortium untuk menjual 'tanah' yang diberikan sebagai pembayaran untuk projek tersebut?


Pembohongan Kedua:


Sewaktu pemberian projek Terowong Bawah Laut kontroversi bernilai RM6.34 bilion, Rejim DAP Pulau Pinang telah mengeluarkan kenyataan pada 04/03/2013, menafikan bahawa syarikat SPV  Konsortium Zenith BUCG yang dianugerahkan projek tersebut tidak bermodal untuk melaksanakan projek mega tersebut. Rejim DAP Pulau Pinang dalam kenyataannya di Buletin Mutiara, baca di sini, menyatakan,
Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd adalah sebuah special purpose vehicle (SPV) yang merupakan konsortium usahasama di antara syarikat kontraktor berpakaran dengan pemaju seperti berikut:-
Zenith Construction Sdn Bhd bersama China Railway Construction Corporation Ltd sebanyak 70% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 3.5 juta dan RM 4 bilion masing-masing;
Beijing Urban Construction Group 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 541 juta;
Sri Tinggi Sdn Bhd 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 3.7 juta; dan
Juteras Sdn Bhd 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 1 juta.
Keseluruhan modal berbayar keempat-empat syarikat adalah RM4,549.2 juta yang memenuhi kriteria kerajaan negeri yang meletakkan modal berbayar minima RM381 juta. Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd mempunyai modal berbayar RM2 kerana ditubuhkan khas untuk ini (SPV). 
Selepas 4 tahun, syarikat SPV berkenaan masih belum melengkapkan laporan RM305 juta dan masih belum memulakan kerja pembinaan. Tambahan pula berlaku perubahan yang besar dalam struktur pemegang saham syarikat. Tiada lagi syarikat dari China, China Railway Construction Corporation Ltd. Lagi pelik apabila syarikat fesyen bernama Voir, dengan saham sebanyak 13.21% turut terlibat di dalam konsortium baru ini. 38.9% sahamnya juga dimiliki di bawah nominasi yang dipegang oleh Kenanga Nominees.

Jumlah modal berbayar syarikat pemegang sahamnya sekarang berkurang menjadi RM70.5 juta berbanding RM4.5 bilion, 4 tahun lepas. RM70.5 juta nilai modal berbayar ini juga terlalu sedikit jika dibandingkan dengan jumlah RM220 juta yang telah dibayar oleh Rejim DAP Pulau Pinang sebagai sebahagian bayaran untuk laporan RM305 juta. Ibarat Rejim DAP Pulau Pinang menjanjikan Rajinikanth, superstar India sebagai pelakon utama dalam filem terbaru. Namun selepas 4 tahun berlalu, hanya Acappan sahaja yang dibawa sebagai pelakon utama.

January 11, 2018

14 Adakah Datuk Farid Kamil Tersalah Mendapat Nasihat Dari Tun @chedetofficial?




Ini berita cerita 23 hari lepas. Tidak sangka cepat betul Datuk Farid Kamil hadam nasihat. Amal makruf nahi mungkar katanya.



Ini pula beritanya hari ini. Utusan Malaysia, menulis,


Kesimpulannya, Datuk Farid Kamil salah mendengar nasihat atau salah mendapat nasihat daripada calon Perdana Menteri Pakatan Harapan?


5 Gambar-Gambar Perdana Menteri @NajibRazak Menunaikan Umrah


Bagi yang tidak percaya Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak menunaikan umrah bersama-sama keluarganya, biarlah gambar-gambar dan video-video ini berbicara. Syukurlah Perdana Menteri merupakan insan yang bertuah yang dibenarkan Kerajaan Arab Saudi untuk memasuki Kaabah.











12 Betullah Cakap @AzminAli, Tun @chedetofficial Hanya Sandiwara Kelas Pertama




Amat mengujakan membaca 'tweet' daripada Timbalan Presiden PKR, DS Azmin Ali yang menyifatkan lawatan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohammad kononnya untuk menziarah Anwar Ibrahim di hospital semalam adalah hanya lakonan sandiwara kelas pertama.

Memang ada kebenarannya tulisan Azmin Ali berkenaan. Pertama, kenapa pihak Tun Dr Mahathir tidak hubungi pihak penjara sebelum lawatan diadakan? Kedua, anak Anuar Ibrahim, Nurul Izzah mustahil tidak tahu masa dan peraturan lawatan banduan? Adakah logik main pakai terjah saja bawak orang tua tu? 

Ketiga, apa hal pulak Perdana Menteri, DS Najib disalahkan? Ingat pihak penjara ada nombor telefon bimbit Perdana Menteri untuk bertanya? Perdana Menteri jaga banduan penjarakahkah? Mungkin Tun ingat pengawal penjara boleh telefon Perdana Menteri seperti berikut "Assalamualaikum Dato Sri, boleh tak Tun Dr Mahathir melawat Anwar Ibrahim sekarang?"

Keempat, Anwar Ibrahim merupakan seorang banduan yang didapati bersalah oleh mahkamah. Jika berkeinginan hendak melawat, wajib ikut prosedur. Kena tulis surat rasmi kepada Pengarah Penjara, kemudian tunggulah surat balas. Jika tidak diluluskan, memang tidak dapat buat apa. Jika diluluskan, barulah hebahkan di media dan jemput semua wartawan datang. Kelebihan melawat banduan biasanya diberikan kepada keluarga terdekat sahaja. 

Kelima, DS Zulkifli Omar, Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia berkata Jabatan Penjara serta Penjara Sungai Buloh tidak pernah menerima permohonan daripada Tun Dr Mahathir untuknya menemui Anwar, jika ada permohonan berkemungkinan kita akan pertimbangkan. Keputusan untuk membenarkan itu datang dari penjara, bukannya Timbalan Perdana Menteri.

Keenam, dari sumber pihak Pakatan Harapan sendiri mengatakan bahawa Tun Dr Mahathir berada di sana hanya 10 minit. Ingat boleh dapat keputusan dari Perdana Menteri yang berada di luar negara kurang dari 10 minit? Apatah lagi Perdana Menteri kini sedang mengerjakan umrah.

Lojik ke pegawai penjara boleh membuat panggilan kepada Perdana Menteri secara langsung dan cepat? Pakai la otak sikit Bro dan Sis. Memang tidak logik. Yang pengikut-pengikut Tun Dr Mahathir ini pun satu bodoh, telan bulat-bulat dan kena tipu hidup-hidup.

January 10, 2018

0 Pemandu Teksi Harus Berhijrah Mengikut Peredaran Zaman Jika Tidak Mahu Ketinggalan


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS Nancy Shukri menyarankan pemandu teksi untuk berhijrah kepada tempahan menggunakan aplikasi e-hailing untuk mengikut perederan zaman agar tidak ketinggalan.

Sejak pelaksanaan sistem pengangkutan awam dalam talian melalui aplikasi mudah alih atau e-hailing seperti Uber dan GrabCar, perkhidmatan pengangkutan awam itu sudah mula mendapat sambutan ramai sehinggakan memberi kesan penurunan mendadak kepada jumlah penumpang pemandu teksi.



DS Nancy Shukri mengulas tindakan mogok yang dilakukan oleh ratusan pemandu-pemandu teksi di bandaraya Kuching dua hari lepas, yang tidak puas hati khidmat mereka kini diambil alih oleh khidmat e-hailing Grab dan Uber. 

Mereka malah sanggup tidak beroperasi sekitar lima jam, sebagai tanda protes dan mogok, dan berhimpun di pekarangan Dewan Undangan Negeri Lama. Petisen ini ditandatangani oleh 237 pemandu teksi, yang terdiri daripada pelbagai generasi.

Sementara itu, DS Nancy Shukri berkata, pihaknya bersama-sama dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak telah secara konsisten dan berterusan berinteraksi dengan komuniti teksi berhubung isu ini.

Orang ramai lebih gemar menggunakan perkhidmatan e-hailing kerana pelbagai faktor antaranya kadar tambang dan keselesaan. Terdapat segelintir pemandu teksi yang tidak menggunakan meter dan melalui jalan yang jauh untuk mengenakan caj yang tinggi kepada pengguna.

DS Nancy berkata, generasi sekarang mengikut peredaran zaman dan sudah mula kurang menggunakan perkhidmatan teksi kerana mereka lebih suka mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam menerusi aplikasi e-hailing terbabit. 

Menurutnya, perjumpaan secara konsisten  turut bertujuan mengajak kumpulan pemandu teksi konvensional ini menyertai perkhidmatan e-hailing agar mereka tidak ketinggalan dan dapat memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan menggunakan trend masa kini seiring dengan permintaan pasaran.

DS Nancy mendedahkan sudah terdapat 600 pemandu teksi yang telah menyertai Uber dan 2,200 menyertai GrabCar berbanding lebih 45,000 masih meneruskan perkhidmatan sebagai pemandu teksi. Selain itu, aplikasi e-hailing ini juga memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menjana pendapatan tambahan, terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah. 

11 Manifesto 'Hapuskan Tol' Pakatan Harapan Sudah Boleh Dibuang Sebab Calon Perdana Menteri Mereka Tidak Setuju



Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan dasar pentadbirannya dahulu untuk mengenakan bayaran ke atas pengguna jalan raya melalui kutipan tol. Pengerusi dan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan itu turut membandingkan kadar tol di Malaysia dengan negara lain sambil berkata ia paling murah di dunia.

Sudah sampai masanya Pakatan Harapan membuang manifesto mereka untuk 'menghapuskan tol' memandangkan Pengerusi mereka sendiri berkata tol di Malaysia adalah murah. Malah Tun juga turut mempertahankan pemaju tol dengan berkata, baca di sini,
Kita berikan sedikit bantuan supaya kos pembinaan Lebuhraya Utara Selatan ini rendah, maka tidak akan bebankan syarikat pemaju dengan hutang yang terlalu banyak dan kenakan tambang yang murah. Maka, ramai rakyat yang akan guna dan oleh kerana ramai yang guna Lebuhraya Utara Selatan, besar kemungkinan syarikat dapat membayar hutang dan membiayai kos menyelenggara jalan besar. Inilah sebabnya yang kita dapati Lebuhraya Utara Selatan berjaya menampung kesesakan lalu lintas di masa perayaan.
Macai-macai Pakatan Harapan patut bersyukur dan pastinya rindu zaman Tun kerana tol murah dan tidak kenakan GST bukan? Macai-macai Pakatan Harapan juga tidak perlu merungut untuk membayar tol. Apalah salahnya mengkayakan kroni bakal calon Perdana Menteri sendiri? 

12 Fitnah Keluarga Perdana Menteri @NajibRazak Guna Wang Rakyat Buat Umrah Dijawab Pejabat Perdana Menteri



Tular sejak pagi tadi nama-nama delegasi Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak mengadakan lawatan kerja ke Arab Saudi. Antara tohmahan dan fitnah yang dibuat oleh macai-macai pembangkang adalah lawatan ini mengundang ahli keluarga Perdana Menteri dengan menggunakan wang Rakyat.

Berikut adalah penjelasan daripada Pejabat Perdana Menteri berkaitan isu di atas. Sudah-sudahlah membuat fitnah jahat.

PENJELASAN PEJABAT PERDANA MENTERI MENGENAI LAWATAN KERJA YAB PM KE ARAB SAUDI 
PMO MALAYSIA
10 JANUARI 2018

Lawatan kerja YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Arab Saudi adalah atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.
Ia bagi membincangkan isu-isu dua hala yang telah dipersetujui kedua-dua negara semasa kunjungan beliau ke Malaysia pada tahun lalu. 
Rombongan YAB Perdana Menteri turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Sri Jamil Khir,  Datin Sri Rosmah Mansor, Tun Rahah Mohammad Noah, beberapa ahli keluarga, kenalan dan pegawai Perdana Menteri. 
Selain itu, adalah menjadi hasrat YAB Perdana Menteri untuk menunaikan ibadah umrah semasa lawatan kerja ini. Dato’ Sri Mohd Najib telah mengajak ahli keluarga beliau dan beberapa kenalan dalam lawatan ini bagi bersama beliau dalam mengerjakan ibadah umrah.
Adik-adik YAB Perdana Menteri termasuk kenalan beliau yang turut sama dalam lawatan ini telah membuat PERBELANJAAN SENDIRI ke Tanah Suci. Hanya Tun Rahah yang turut bersama Dato’ Sri Mohd Najib dalam perjalanan kapal terbang ke Arab Saudi.
Nama-nama mereka ini telah dimasukkan dalam senarai rasmi rombongan YAB Perdana Menteri bagi memudahkan urusan pentadbiran dengan pihak Arab Saudi bagi program ibadah umrah. 
YAB Perdana Menteri dan ahli rombongan juga telah diberi taraf Tetamu Negara oleh Kerajaan Arab Saudi.
Pejabat Perdana Menteri
1) PMO FACEBOOK
https://www.facebook.com/PMOMalaysia/posts/2011082668907702
2) PMO TWITTER
https://twitter.com/pmomalaysia/status/950961008704565248

January 9, 2018

33 Hanya Anak Perempuan Karpal Singh Bersuara, Mana Suara Anak-Anak Lelaki 'Tiger Of Jelutong'?




Semua maklum semasa Mendiang Pengerusi DAP, Karpal Singh hidup, beliaulah antara orang yang bertegas akan memenjarakan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sekiranya Pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 yang lalu. 

Hari ini  anak perempuan kepada mendiang Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo berkata, jika bapanya masih hidup beliau tentu tidak akan bersetuju dengan cadangan perlantikan Tun Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri.

Pilihan Tun Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, jelas menunjukkan Pakatan Harapan ketandusan calon lain untuk jawatan itu dan juga kekurangan strategi mereka untuk masa depan. Kata Sangeet Kaur Deo, "Dia akan menjadi PM sekali lagi dan memperkenalkan semula kelahiran Mahathirisme."

Sangeet juga berkata kononnya kerjasama dengan Tun Dr Mahathir hanya untuk memastikan perubahan berlaku di negara ini tidak lagi boleh diguna pakai. Apatah lagi permohonan maaf beliau mengenai ISA dan kesalahan lainnya semasa menjadi Perdana Menteri, juga tidak dilakukan dengan sepenuh hati.

Ini bukan mengenai pengampunan, ia soal akauntabiliti kerana orang yang mempunyai kedudukan serta kuasa harus bertanggungjawab terhadap kedudukan mereka. Sangeet juga mempersoalkan sikap pemimpin Pakatan Harapan yang berdiam diri seperti menerima permohonan maaf Tun Dr Mahathir itu.

3 anak lelaki Karpal Singh adalah Wakil Rakyat DAP sekarang. Gobind dan Ramkarpal adalah Ahli Parlimen manakala Jagdeep Singh Deo adalah EXCO kerajaan negeri Pulau Pinang. Ketiga-tiga mereka diam membisu apabila Tun Dr Mahathir dinamakan sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan. 

Ketiga-tiga anak lelaki Karpal Singh seperti sudah kehilangan telor untuk bercakap. Sah, DAP sudah didominasi oleh keluarga Lim. Zuriat Karpal "The Tiger of Jelutong" Singh semuanya dah jadi harimau sarkas.

10 Tiada Abang Besar Dalam Pakatan, Kata DAP, Ye La, PAN Minta Tambah Kerusi Sudah Kena Amaran Dengan @cmlimguaneng




Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke baru-baru ini memberi jaminan tiada parti pembangkang yang akan mendominasi parti lain dalam Pakatan Harapan. Baca di sini. Kata Anthony Loke,
Dalam Pakatan Harapan tidak ada soal abang sulung atau pun adik bongsu, tak ada siapa yang lebih besar dalam Pakatan. Kami bukan BN 2.0. Dalam BN semua tahu parti paling dominan adalah UMNO, kita tak berniat meniru pendekatan BN.
Hari ini, apabila parti PAN memperbesarkan isu pembahagian kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang, Setiausaha Agong Parti DAP sudah memberi amaran. Kata Joseph Lim Guan Eng, dipetik Berita Harian, di sini,
Macam mana saya nak jawab soalan ini pun saya tak tahu kerana tidak tahu soalan berpunca dari mana, cakap macam mana nak tuntut. Ini kita sudah umumkan dan itulah struktur pembahagian. Justeru, jangan cuba tokok tambah. Apa yang penting kita mara ke hadapan dengan suatu strategi jelas.
Taukeh sudah marah, khadam ikut sajalah. Kesian PAN di anak tirikan sedangkan mereka lah paling banyak berkorban sehingga sanggup derhaka pada Tok Guru dan Ulamak PAS hanya kerana kuasa. Mungkin ini balasan Allah SWT di dunia.

January 8, 2018

61 DAP Masih Lagi Ketua Pakatan Harapan, Tun @chedetofficial Kekal Boneka 'Top Dog'


Gegak gempita macai-macai ProTun sesudah Konvensyen Pakatan Harapan 2018 semalam. Kata mereka, parti Melayu terbesar di dalam Pakatan Harapan, PPBM menguasai dan mendominasi kerusi Parlimen. Mereka kata jangan risau dominasi kaum Cina dalam DAP sebab DAP hanya diperuntukkan 35 kerusi Parlimen sahaja berbanding PPBM sebanyak 52 kerusi.

Berdasarkan "Muafakat Pakatan Harapan" yang ditandatangani oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PKR, DS Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PPBM, TS Muhyiddin Yassin, Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, dan Presiden PAN, Mohamad Sabu, jelas dinyatakan bahawa:  
Sebagai persiapan Pakatan Harapan menghadapi dan memenangi PRU 14, kami telah memutuskan pengagihan kerusi-kerusi kawasan Parlimen bagi Semenanjung iaitu yang melibatkan 165 kerusi, seperti berikut:
a. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) – 52 kerusi
b. Parti Keadilan Rakyat (PKR) – 51 kerusi
c. Parti Tindakan Demokratik (DAP) – 35 kerusi
d. Parti Amanah Negara (AMANAH) – 27 kerusi
Jumlah 52+51+35+27 = 165 hanya melibatkan kerusi Parlimen di Semenanjung sahaja. Jumlah kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 ialah 222. Di mana bakinya? Kerusi-kerusi di atas adalah untuk Semenanjung Malaysia sahaja dan tidak termasuk kerusi-kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak yang akan ditanding oleh DAP, PKR dan PAN.

Termasuk Sabah dan Sarawak, jumlah kerusi yang akan ditanding oleh DAP sama ataupun lebih dari PPBM. Ini tidak termasuk parti PAN yang boleh dianggap sebagai parti cawangan DAP. Nama Tun Dr Mahathir kurang boleh digunakan di Sabah dan Sarawak dan PPBM tiada satu cawangan pun di sana. PPBM tidak akan bertanding satu kerusi di sana.

Kedua, kerusi-kerusi Parlimen yang akan ditandingi oleh PPBM boleh disifat sebagai kerusi kamikaze di mana kebanyakkan adalah pertandingan 3 penjuru dengan PAS dan UMNO. Kerusi-kerusi Parlimen ini merupakan kubu-kubu kuat UMNO ataupun PAS. Kemungkinan untuk PPBM menang sangat tipis. PPBM telah dijadikan bahan korban untuk PKR dan DAP / PAN.

Ketiga, bagi DAP, daripada 35 kerusi yang akan ditandingi oleh DAP di Semenanjung di dalam PRU ke 14 ini, 31 daripadanya adalah kerusi yang telah sedia dimenangi oleh DAP di dalam PRU ke 13 yang lalu.

Keempat, DAP telah meletakkan 4 calon di Sabah di dalam PRU ke 13.  Pada 30/12/2016, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, telah mengisytiharkan bahawa DAP akan menggandakan bilangan kerusi Parlimen (dan kerusi Dewan Undangan Negeri) yang akan ditandinginya di dalam PRU 14 di Sabah, bermakna bahawa bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh DAP di Sabah di dalam PRU 14 ini ialah 8.

Kelima, di dalam PRU 13 lalu juga, DAP telah meletakkan 11 calon di Sarawak. Pada 30/04/2016 Penasihat DAP, Lim Kit Siang, telah mengisytiharkan bahawa strategi DAP Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) 2016 adalah bagi menyediakan DAP Sarawak untuk memenangi Kerajaan Negeri Sarawak dalam PRN Sarawak 2021, sekali gus menjadikan kemungkinan untuk DAP menandingi lebih banyak kerusi Parlimen di Sarawak di dalam PRU 14 itu ada.

Oleh itu, paling tidak sekalipun, bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh DAP di Sabah dan Sarawak di dalam PRU 14 ini adalah 19, sekali gus menjadikan bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh DAP di seluruh Malaysia di dalam PRU 14 meningkat menjadi 54.

54 kerusi Parlimen yang akan ditandingi oleh DAP di seluruh Malaysia di dalam PRU 14 adalah lebih tinggi berbanding 52 kerusi Parlimen yang akan ditandingi oleh PPBM di seluruh Malaysia, apatah lagi dengan status quo kemenangan kedua-dua parti di seluruh Malaysia adalah 38:0 untuk DAP.

Kesimpulannya, cubaan DAP untuk mengelabui mata Rakyat Malaysia bahawa yang akan mendominasi Pakatan Harapan ialah parti Melayu Islam PPBM, bukannya parti bukan Melayu bukan Islam DAP, jelas gagal. Permainan propaganda DAP sangat licik. Memetik kata-kata Timbalan Ketua DAP Pahang M Manogaran, Mahathir diangkat sebagai calon Perdana Menteri oleh Pakatan Harapan serupa wayang Tamil.

January 7, 2018

48 Hidup Tun! Dan Reformasi! Penyokong Dan Pengikut Pakatan Harapan Semakin Bengong Dan Keliru




Video yang menarik untuk ditonton yang dirakam sewaktu pengumuman calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di Konvensyen Pakatan Harapan hari ini. 


Bila Tun Dr Mahathir Mohamad diumumkan sebagai calon Perdana Menteri, penyokong-penyokong beliau bangun berdiri dan melaungkan "Hidup Tun! Hidup Tun!".

Kemudian apabila DS Dr Wan Azizah Wan Ismail pula diumumkan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri, penyokong-penyokonh beliau pula melaungkan "Reformasi! Reformasi!"

Ini pula amnesia yang kedua dalam perhimpunan Pakatan Harapan tidak lama dulu. Boleh pulak mereka menjulang placard bertulis "Anwar PM Ke 7". Patutlah orang tua tu berpura-pura bermain iPhone.



Mampus puak-puak ni. Golongan penghidap amnesia dan krisis identiti yang teruk.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates