June 12, 2018

33 Drama Malaysia Minta Pinjaman Dari Jepun, Ini Bukan Jual Negara?


Rupanya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pergi ke Jepun untuk membuat pinjaman. Minta hutang dalam Yen. DS Najib Tun Razak membuat hutang pembangunan dengan China dikatakan menjual negara. Bagaimana dengan berhutang dengan Jepun pula? Di Malaysia, Perdana Menteri menjaja hutang negara RM1 trillion. Di Jepun beliau menegaskan hutang negara hanya RM685 billion dan Malaysia punya banyak dana serta ekonomi kukuh.


Satu lagi keputusan Kerajaan dibuat 'u-turn'. Projek HSR ditangguhkan dan tidak dibatalkan seperti pengumuman sebelum ini. Adakah Projek HSR berkenaan kan diberikan kepada syarikat dari Jepun? 98% hutang kerajaan didenominasi dalam Ringgit. Hanya RM15.9 bilion daripadanya didenominasikan dalam mata wang asing. RM5.2 bilion dalam Yen. Sekarang kita mahu meminjam lebih banyak dalam Yen untuk mengurangkan hutang yang kebanyakannya dalam Ringgit. Bijak?

KLIA dibina menggunkan pinjaman Yen dari Jepun. Pinjaman JICA-ODA kalau tidak silap. Pinjaman itu memang kadar faedahnya rendah tetapi faktor turun naik Yen Jepun (JPY) merupakan faktor penting yang harus diambil kira. Hutang KLIA kadar faedah dalam 3%. Nampak macam kecil. Namun, selepas pinjaman diambil, JPY naik mendadak mengakibatkan hutang itu naik hampir sekali ganda. Itu yang ditakutkan dan faktor paling penting bila kita hendak mengambil hutang luar.

Jadi bagaimana pula dengan hutang baru dengan Jepun yang sedang Perdana Menteri usahakan? Hutang yang akan diambil adalah dalam JPY. Malaysia tidak boleh ambil dalam matawang lain sebab Malaysia belum ada 'currency swap agreement' dengan Jepun. Jadi Jepun tidak akan benarkan untuk ambil dalam bentuk matawang lain. Untuk makluman JPY/MYR sekarang berada dalam jajaran menaik. Oleh itu, pinjaman ini berisiko untuk naik di masa hadapan akibat daripada kenaikan JPY. Sejarah pemerintahan Perdana Menteri keempat akan berulang!

Kesimpulannya, Rakyat diperah memberi sedekah sehingga pelajar-pelajar sekolah pun jadi mangsa kononnya untuk membantu bayar hutang Negara. Perdana Menteri, dengan selamba buat hutang baru dengan Jepun dalam nilai Yen. Ironinya, jumlah hutang Jepun adalah RM40 trillion dengan GDP 253% berbanding Malaysia hanya RM685 billion dengan GDP 51%.

33 comments:

Anonymous said...


PBB, PRS, PDP dan SUPP tinggalkan BN

BN Sarawak hari ini secara rasmi terbubar selepas semua parti komponennya mengumumkan keluar dari gabungan terbabit dan membentuk pakatan baru dikenali sebagai "Gabungan Parti Sarawak" (GPS).

Semasa mengumumkan langkah itu Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Openg berkata keputusan tersebut dibuat sebulat suara oleh parti terbabit.

"Parti-parti komponen iaiitu PBB, SUPP, PRS, PDP mengadakan pertemuan dan membuat keputusan sebulat suara untuk meningalkan BN dan membentuk gaungan baru dengan parti tempatan, dikenali sebagai Parti Gabungan Sarawak," katanya.

Empat parti utama yang terlibat itu ialah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresi (PDP).

Anonymous said...

tak pulak di kata jual negara dengan jepun...???
dulu masa najib...kemainnn lagi ...jual negara dengan Cina..

Anonymous said...

Lantak kau la madey... Harapanku agar ekonomi merudum jatuh seperti kegawatan zaman dia dulu.

Anonymous said...

Kesian, oooh kesian, ooooh kesian, oooooooh kesian.

Anonymous said...

Otak dia dn otak macai ph szma saja BODOH.

Anonymous said...

Ya la, kat jepun semue educated, tak maunya diaorg percaya pasal negara bangkrap walau dgn hutang maximum 1 trillion, sebab diaorg punya hutang nisbah gdp lagi besar. Terpaksa guna gear reverse kata hutang 600+billion sebab takut educated japanese people akan tanya cara atau standard mana kau guna utk kira hutang. International standard or sendiri bikin standard.

Anonymous said...

Standard Akauntan LGE

Anonymous said...

DIA TELAN KAHAK SENDIRI + KAHAK LGE & LKS + KAHAK JIJAH/KAHAK MSABUN....HUUUEK....UUUUTURN....

PUTRA CHUBADAK said...

DIA TELAN KAHAK SENDIRI + KAHAK LGE & LKS + KAHAK JIJAH/KAHAK MSABUN....HUUUEK....UUUUTURN....

Anonymous said...

Mana mana gabungan parti nak keluar dipersilakan .

Anonymous said...

Projek Keretapi Laju ditangguh pulakkkkk...dulu kata batal..dah banyak kali u-turn niiii

Anonymous said...

Kpd mana2 parti gabugan. Elok benar serlahkan pendirian sebenar utk elak jadi "gunting dlm lipatan"/pepat diluar runcing didalam/Manikam kawan dari belakang. Mudah kita ketahwi siapa musuh siapa kawan. PH tu takkan lama. Percayalah...Ibarat Satu Kapal 4 Nakhoda(seorang umur 93 th + LKS/Anuar/Mat Sabu - berlainan idiology).Parti anak beranak/suami isteri lagi....

PUTRA CHUBADAK said...

Kpd mana2 parti gabugan. Elok benar serlahkan pendirian sebenar utk elak jadi "gunting dlm lipatan"/pepat diluar runcing didalam/Manikam kawan dari belakang. Mudah kita ketahwi siapa musuh siapa kawan. PH tu takkan lama. Percayalah...Ibarat Satu Kapal 4 Nakhoda(seorang umur 93 th + LKS/Anuar/Mat Sabu - berlainan idiology).Parti anak beranak/suami isteri lagi....

Anonymous said...

Kesian umno. Tak ada geng dah. Tu lah dulu jahat sangat.

Anonymous said...

.

Di Malaysia , Mahadey kata kat rakyat hutang negara cecah 1 trillion . Di Jepon dia kata hutang negara hanya cecah 600 billion . Betol betol lidah bercabang orang tua ni .

Dia pergi Jepon sabab nak buat hutang baru sama kerajaan Jepon . Kata negara hampir muflis kerana hutang , tak kan pergi Jepon buat hutang lagi . Kan ke sewel namanya tu .
.

Budak kampung Selatan said...

Rumah sendiri kelam kabut macam tongkang pecah.. tak berasap..duit barang dapur tak ada, sebok menjaja kata rumah orang lingkup lah..dapur x berasap lah...kalau dh keturunan membawang tu tetap membawang jugakk

Anonymous said...

Rupa2nye projek HSR ditangguhkan. Agaknye projek2 lain pun ditangguhkan jugak. Sekejap itu, sekejap ini. Tomato betul la....

Anonymous said...

Hak ni guna Microsoft excel pun goyang

Anonymous said...

Yg mana klr ingin kesenangan dan kuasa. Dan munafiq pulak tuh... Akan klr berbondong2 ni la dia..

Anonymous said...

PETALING JAYA: Pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu menerima hakikatnya jenama gabungan itu tidak lagi boleh dipasarkan, kata Datuk Seri Nazri Aziz.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata sukar untuk mempertahankan BN sekarang ini di Malaysia Barat apabila MCA, MIC dan Gerakan tidak lagi diterima rakyat.


“Parti seperti MIC, MCA dan Gerakan sudah dikalahkan begitu teruk dan tidak mungkin dalam masa singkat ini mereka boleh bangun semula.

“Kalau mereka tidak boleh bangun semula, bagaimana BN hendak berfungsi. Kita kena terima hakikat, BN sudah tidak boleh pergi dah,” katanya kepada FMT.

BN tewas selepas memerintah selama 61 tahun. Kerusi yang diperoleh pula jauh merosot kepada 79 berbanding 133 pada PRU-13.

Anonymous said...

Umno akan masuk ke serawak spt di sabah. Pilihan raya akan dtg serawak akan berdepan dgn umno. Betul kata najib bila si bawah semua orang lari
.

Anonymous said...

PETALING JAYA: Pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu menerima hakikatnya jenama gabungan itu tidak lagi boleh dipasarkan, kata Datuk Seri Nazri Aziz.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata sukar untuk mempertahankan BN sekarang ini di Malaysia Barat apabila MCA, MIC dan Gerakan tidak lagi diterima rakyat.


“Parti seperti MIC, MCA dan Gerakan sudah dikalahkan begitu teruk dan tidak mungkin dalam masa singkat ini mereka boleh bangun semula.

“Kalau mereka tidak boleh bangun semula, bagaimana BN hendak berfungsi. Kita kena terima hakikat, BN sudah tidak boleh pergi dah,” katanya kepada FMT.

BN tewas selepas memerintah selama 61 tahun. Kerusi yang diperoleh pula jauh merosot kepada 79 berbanding 133 pada PRU-13.

Anonymous said...

Makin nyanyuk diktator ni

Anonymous said...

Teruk lah malaysia aekarang ni..sedih.

Anonymous said...

Mmg nuar tkkan jadi pm ssmpai mati kalau tk memberontak..ki ki ki.madey dh pasang stretegi..bn tingal.harus istikomah..tk lama berperang la tu..ada yg lompat masuk balik bn ki ki ki

Anonymous said...

Jepun & China yg mana paling berkuasa?
Tunggu je tindakan China nanti. Mungkin Malaysia betul2 akan bengkrupsi.

Anonymous said...

La la la la..nuar dh tk bolwh tahan..mata,hati salit tngok sandowara atuk tarik componen bn masuk pbbm..
Nuar cuba jolok sarang temuan..mb kedah jadi sasaran...macam kucing tngok ikan goreng atas meje..tuan tkder(pegi jepun)dia naj ngap..kita tengok la ckit hari lagi..atuk balik apa jadi..perang..atuk mesti ajak umno bergabung..la la la la..zahid tolong dan pas tolong letak syarat..klu atuk tk setuju..pegi ke pehak yg lagi satu..jadi king maker..
Mb satu kerusi jaga2..ki ki ki..jngan nk berjoget..lebor jadi pembangkang balik nnti ki ki ki

Anonymous said...

Pembentukan Malaysia adalah gabungan WILAYAH SARAWAK, WILAYAH SABAH, WILAYAH SINGAPURA dan MALAYA. Singapura dah keluar,.... kalau WILAYAH S & S keluar, Malaysia tu masih ujudkah? Jangan tak sensitif...

Anonymous said...

PM baru ni sebok ke sana sini. Moneypesto bila nak tunaikan?
Pecacai Pakatun dah mula panas bontot. Raya nanti balik kampung kena sergah dgn mak bapak. Makan tomato le jawabnya di pagi Raya.. keh keh keh

hidden said...

Try sekali.

Anonymous said...

Haha..tak fhm. Kenapa nak kena sergah dgn mak bapak?

Anonymous said...

Ooo yg pakai Microsoft excell tu yea

Anonymous said...

Kena sergah sebab mintak duit nak topup tapi mak cakap ade berita sedih, duit BR1M dah tak masuk sebab anak undi Pakatun hari tu. Anak kerja cukup utk makan maggi je hari2 & layan henset siang malam. Bapak pun turut sama sergah si anak. Tahun depan gerenti anak kepop tu tak nak balik Raya dah.. keh keh keh

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates