June 11, 2018

35 Cetusan Rasa Geng Tomato


Lima tahun lamanya kami menyerang Kerajaan BN tanpa henti, dari isu sekecik biji quinoa sehinggalah isu bulu hidung Najib.

Semuanya kami gunakan. Tak habis serang Najib, kami serang Rosmah. Macam-macam gelaran kami gunakan untuk jatuhkan nama baik dia, dari seorang perempuan gemuk seperti yang dikatakan Tun M sehinggalah bomoh tua dengan rambut gerbangnya.

Tak cukup serang Rosmah, kami serang pula anak-anak dan cucu Najib sekali dengan kucingnya yang gebu itu. Sebarkan segala macam keburukkan Najib, betul atau tidak, itu belakang kira.

Segala ilmu memfitnah, ilmu menghasut, macam-macam ilmu kami gunakan asal dapat calarkan nama Najib dan seluruh keluarganya.

Inilah kerja kami.

Adakah kami bangga dengan kerja kami?

Tidak! Tapi seperti kata Rafizi, kerja pembangkang adalah menghasut Rakyat setiap hari sehingga Kerajaan BN tumbang, dan inilah yang kami lakukan.

Bermula 2009 ketika 1MDB mula diperkenalkan sejak bertukar nama dari TIA, kami dedahkan segala macam keburukkan yang 1MDB lakukan.

Dengan bantuan Sarawak Report, dan WSJ, kami sebarkan dalam media sosial bagaimana Wang Rakyat dicuri sehingga berbillion-bilion melalui Jho Low.

Tak cukup dgn sebaran propaganda ini, buat laporan polis di seluruh dunia mengenai penyelewengan 1MDB ini sehingga menjatuhkan pasaran ekonomi Malaysia.

Menariknya, ramai Rakyat Malaysia percaya dengan hasutan kami ini, sehingga tak ada seorang pun tanya dari mana sumber berita kami perolehi, samada betul atau tidak.

Sekiranya penyokong-penyokonh Kerajaan BN yang bertanyakan soalan yang susah kami nak berjawab, kami hanya perlu memaki mereka dan mengharamjadahkan semua penyokong-penyokong BN ini.

Sedangkan pemimpin-pemimpin DAP boleh memanggil orang lain dengan macam-macam gelaran, tak kan kami tak boleh?

Permulaan GST 6% adalah satu berita yang menggembirakan bagi kami, kerana dengan isu GST ini kami dapat tanamkan dalam minda Rakyat betapa susahnya hidup di zaman Najib. Kami olah cerita konon-kononnya duit GST ini digunakan utk membayar hutang-hutang 1MDB.

Yang paling melucukan apabila pegawai-pegawai yang sepatutnya menerangkan GST ini tidak pula faham dan tahu bagaimana nak terangkan GST ini dan Rakyat Malaysia seperti biasa mempercayai segala pembohongan kami.

Kami sangat bernasib baik tahun ini kerana ramai pengundi yang tidak berapa cerdik dan mudah dihasut.

Bak kata Rafizi, kemenangan Pakatan Harapan hari ini bukanlah kerana kehadiran Tun M tapi adalah usaha kami yang berterusan dari dahulu sehingga sekarang. Tun M hanya menumpang usaha kami.

Walaupun begitu, kami berterima kasih dengan geng Bunga, kerana dengan kemunculan mereka, secara tiba-tiba media massa seluruh dunia menyebarkan propaganda 1MDB. Ajaib sungguh penangan 'Cash is King' ini.

Walaupun terkantoi oleh Syed Siddiq  mengenai isu bayaran kepada pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan nama Najib, kami tutup cerita terkantoi itu dengan cerita lain yang lebih sensasi seperti cincin berlian ‘PINK’ yang kononnya dimiliki oleh Rosmah. Bijak kan kami?

9 Mei, bukti segala usaha kami untuk menghasut Rakyat Malaysia tidak sia-sia untuk membuang Kerajaan BN dan Najib yang kononnya penuh rasuah dan melakukan korupsi.

Kami berjaya tumbangkan Kerajaan BN dengan mainan "persepsi negatif', dicampur-adukkan dengan kepalsuan dan fitnah. Walau dengan Akta Anti-Berita Palsu sekalipun kami tidak akan goyah.

Kami anjurkan demo demi demo serata negara mengenai harga minyak mahal, gst, duit rakyat dicuri, 1MDB, Altantuya, dan seribu satu kisah dalam suapan berita kami di media sosial setiap hari. Rakyat Malaysia percaya cerita kami.

Samada cerita tahyul, mitos atau sekadar cerita rekaan, sebilangan besar mereka ini percaya dongeng yang kami dendangkan dan mereka inilah yang juga membantu menyebarkan cerita-cerita kami.

Terima kasih rakyat Malaysia yang percayakan kami.

Namun apa yang kami harap-harapkan selepas kemenangan Pakatan Pembangkang, tidak berlaku.

Harga Minyak tidak turun, harga barangan masih sama walaupun dah sifar GST kalau ganti dgn SST, kami yang bijak bistari ini memang tahu harga barangan bakal naik. Tak cukup dengan ini, isu 1MDB pula dah jadi cerita jenaka seluruh negara.

Hari-hari buat serbuan, hari-hari rampas barang-barang malah kasut baby pun jadi sasaran. Selepas itu hari-hari buat sidang media, tapi satu bukti pun tak jumpa?

Semua gambar-gambar yang disebarkan di media sosial itu pun tak betul. Apa punya kerja cincai la. Hanya memalukan nama baik kami.

Apa yang kami kesalkan lagi, apabila sudah menjadi Kerajaan, ramai lagi penyokong-penyokong Kerajaan ini masih bermain-main dengan persepsi.

Tak cukup dengan ini, Pemimpin-pemimpin Kerajaan Baru ini pula dengan sengajanya nak jatuhkan ekonomi negara dengan permainan Hutang Negara.

Apa semua ini?

Kalau tak mampu tunaikan janji, berterus terang saja lah sebagai Kerajaan yang berintegriti, bermaruah.

Kepada semua penjawat awam yg dibuang walaupun lantikan kontrak, kami minta maaf. Kami tak tahu kamu akan dibuang.

Kepada rakyat yang tak dapat duit raya tahun ini, kami minta maaf.

Kepada pemilik kasut baby warna merah tu, kami juga meminta maaf.

Kepada rakyat Sabah yang sepatutnya dapat 20% royalty minyak , kami minta maaf.

Nukilan geng tomato yang tersedar.

35 comments:

Anonymous said...

Betul ke tomato serunding dan tomato rendang sedap?

Anonymous said...

Geng tomato..kapir.. tkder masalah..buat baik ke..buat jahat ka..fitnah ke..tetap terjun dlm neraka..mana tau hukum hakam islam..rentung jadi alat bakaran neraka..

Anonymous said...

Kepada semua penjawat awam kpntrak
.maaf.kami tk tau kamu di buang

Kharkkkk tuss.hambik kahak hijau kemuka..uneducatet mmg la tk tau..org lama sebelum pru 14 dh dengar2 dah..tingal2 la bangang tu sikit kt anak cucu..

Anonymous said...

Harga sayur mahal? Tak pernah pergi pasar ke cts? Auta..

Anonymous said...

Cukurrrr, tomato turun harga. Ari2 blh mkn tomato

Anonymous said...

tomato serunding shedapp bro..
tomato rendang pun sheddap..
chapati tomato pun shedap
roti bom tomato pun shrddap
tomato masak kunyit lagi sheddap
tomato rebusan pun sheddap
tomato teppanyaki pun sheddap
tomato lemang pun sheddap
tomato ketupat pun sheddap
tomato karipap pusing pun sedap
tomato puttu mayam pun sheddap
tomato beras bakar pun sheddap
tomato panggang lagi sheddap
Tomato bawang lagi sheddap
lepat tomato pun sheddap


selamat hari raya maaf zahir batin

jauhkan fitnah


suma menu tomato boleh kita jumpa masa open house rumah Perdana Menteri kita nanti

Anonymous said...

Hahaha ...cts berkhatal...najib takut nak bantah DOJ...jawantankuasa 1 mdb telah memohon dapatkan kerjasama doj dan fbi untuk bukti dan saksi....jho lo telah dlm senarai merah interpol..

Mana hilangnye pengarah src?..

Anonymous said...

Cakap bukti dah lama ada.
Gani pattail dah naknsign suruh tuduh.
Ni dah 1 bulan lebih tak charge2 lagi.
Lembabnya kerjaan baru ni.
Atau mmg fitnah aje yg lebih.

Anonymous said...

Nasi sudah jadi bubur. Maka hadapi sahajalah apa2 pun tindakan dan halatuju kerajaan baru ini. Sampai masanya nanti boleh le ubah semula. Cakap banyak sekarang ni pun tak guna.

Anonymous said...


Satu statement bodoh dari Syed Saddiq mengatakan UMNO akan rosak jika Najib di jadikan..... Ok nak tanya sikit... ..Sejak bila ko cuba mempertahan supaya UMNO tidak rosak .... Janganlah keluar statement yang terlajak bodo

Statement ko tu samalah kalo kami keluarkan statement PH akan rosak jika Mahathir jadi PM.








Najib Razak Will Ruin UMNO If He Decides To Make A ...
https://thecoverage.my › news › syed-sad

Anonymous said...

THERE IS NOT ENOUGH EVIDENCE TO ARREST NAJIB SAYS MAHATHIR

(FMT) – Tun Dr Mahathir Mohamad said although many were waiting for Najib Razak to be arrested, it was not a simple thing.

“Well, it is not as easy as we need to collect evidence that will stand up in court.

“If we fail to do that, he might win. What will happen if he wins the trial and is found not guilty?

“All the bad things we said about him will be questioned by the people who voted us in,” Mahathir said.

He also pointed out that unlike the previous government, the current administration did not have any influence over the courts.

---------------------------------------

Jho Low Sana, Jho Low Sini, their hv no serious intention to catch that person.
What they can do is 'MAHKAMAH MEDIA' guilty until proven innocent

Anonymous said...

hahaha...dah lebih sebulan kuasa ditangan...apa lagi kasi dakwa la weiiii
statement sudah bagi ..kondo/rumah dah serbu....beg tangan sudah bungkus...baju baby dah angkat...baju baby sudah tapau..lagi mau tunggu ka???
DOJ ...FBI ...M16.. Mossat..CIA.. sudah ada bukti ...lagi senang kerja tom and jerry buat kes...tunggu apa lagi
lagi mau auta ka

Anonymous said...

haaa...macai berkhayal...
nak dakwa tak berani walaupun katanya dari 2009 kumpul bukti
katanya doj ada bukti...so di usa la bicaranya
kalo shukri cenggeng..ghani paktahil.. tom jerry ada bukti di republik malaysia ni la bicaranya
selagi 1MDB tak selesai...selagi itu lah harga barang mahal....tak gitu

Anonymous said...

ari tu daim simisai kontot dgn berlagaknya cakap dia tau kat mana jho lo...pi tangkap la
yg duk letak senarai merah..kuning ...hijau dah aper hal..traffic light ke
kerja la woiiii...hari hari bikin pc apa hasil
tomato biar lamapun boleh busuk maaaa

Anonymous said...

...kiranya kalau tau pengarah src tu kat mana, harga barang boleh turun la...? Kalau najib bantah doj, harga minyak jadi rm1.50 kerr... manusia uneducated boleh la nkau auta...

Anonymous said...

Tolong lah cari Pengarah SRC dan Jho low. Jangan jadi taukeh jual Tomato. Cakap je. Ayman tak kisah. Ayman tunggu dan lihat dan suka kesudahan ceta geng PH tomato.

Anonymous said...



Imam Dapat Gaji, Paderi Juga Harus Dapat Peruntukan Yang Sama – Timbalan Ketua Menteri Sabah
Posted onMonday, June 11, 2018


Kerajaan Negeri Sabah, sebagaimana dilaporkan oleh sebuah portal tempatan, merancang untuk memberikan pembayaran gaji kepada golongan paderi dan pastor di atas sumbangan kerja-kerja yang mereka lakukan.

Ia sebahagian dari polisi untuk membantu semua komuniti agama di dalam negeri tersebut.

Kenyataan tersebut dikeluarkan Timbalan Ketua Menteri, Wilfred Madius Tangau.

Beliau berkata demikian setelah pengumuman dibuat oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal yang mahu imam-imam di negeri tersebut diberikan gaji.

Wilfred Madius Tangau, menyatakan, bahawa cadangan ini dibuat berikutan cadangan pemberian gaji kepada imam-imam sebagaimana yang diumumkan oleh Datuk Shafie Apdal..........


Anonymous said...

Pecah lobang... Spreadsheet perbelanhaan istana negara 257 juta bukan di sediakan oleh Kadir Jasin...CTS kutip dari mana?...

Anonymous said...

Prompak tak masuk neraka?...

Anonymous said...

Belum lagi turun ke bang.
Aduh dah sebulan tunggu.
Mungkin tomato ni boleh ganti minyak ron95 agaknya.
Sapa nak try?

Anonymous said...

Tomato turun 10 sen sekilo, daging bahagian rimau menangis naik RM2 sekilo...he..he..just jocking!!!

Anonymous said...

Dengan menggunakan persepsi mereka menang. Dengan menggunakan fitnah mereka menang. Dengan menggunakan penipuan mereka menang. Tapi dengan ALLAH mereka akan terima hukuman. Bertaubatlah sebelum terlambat, sebelum mata tertutup rapat.
Kera jaan yg terbina dari penipuan/uturn/firnah tak akan kekal lama, percayalah!!

Anonymous said...

Tol tak hapus pun okey,
Minyak tak turun pun okey,
Barang masih mahal pun okey,
Tak dapat bonus & BR1M pun kira okey,
EPF tak carum utk surirumah pun okey le,
Tak ada sejuta peluang pekerjaan pun masih okey jugak.

ASALKAN BUAH TOMATO DAH TURUN REGA. ITU DAH BESAR RAHMAT UTK KEGUNAAN RAYA NANTI. HIDUP PAKATON!!
JANJI DICAPATI.. keh keh keh kehek!!

Anonymous said...

Betul la tu..imam dpt elaun...paderi pn dapat elaun..baru nwgara liberal

Anonymous said...

Cukurrrrr..

Anonymous said...

Tolongla dakwa najib. Dah lama tunggu dah ni. Semue dah kena tukar, kira dah ada dream team utk dakwa ni. Tak kan nak tunggu sampai tukar president us baru bole dakwa

Anonymous said...

Ikut hudud atau ikut civil law?
Penyokong harapan anti hudud.
Kalau anti hudud takde masuk neraka settle kat dunia aje.

Anonymous said...

Perompak yg merompak rakyat ketika dia memerintah selama 22 tahun..

Anonymous said...

sekarang ni di mana-mana je orang sebut TOMATO.
makan TOMATO
tidur TOMATO
minum TOMATO
main TOMATO
kih kih kih

Cencaluk said...

#TunNotMyPM

Aku bukan nak berceramah tapi kau sepatutnya meminta maaf pada DSN dan DSR jangan lupa didunia kita tak nampak apa akibatnya datr tindak tanduk yg kita lakukan akibat mengikut nafsu tapi di akhirat kelak....

Kau kena merangkak meminta maaf kepafa mereka berdua.

Ingat jangan jadi manusia muflis diakhirat kelak. Puas kau fitnah kedua mereka habis pahala kau untuk dibayar kepada mereka berdua namun jika pahala kau tak dapat menampung dosa kedua mereka akan kau serap.

Ingat jangan jadi manusia muflis diakhirat kelak. Jumpa dan minta Maaf

Anonymous said...

Bagi list sikit harga sayur yg turun harga? Otak sempit. Sayur je yg ko tau? Yg lain mcmana.

Anonymous said...

PH dah jadi kerajaan sebulan tapi tak sebut pun projek untuk kurangkan kos sara hidup rakyat, yang pasti menteri kewangan setiap hari bagi statement kerajaan dulu skandal itu itu dan ini...bukti? elekkkk. Kalau DSN betul-betul songlap duit dakwalah kat mahkamah...Najib berani kerana tau dia tak bersalah bukan macam DSAI masa kena pecat pusing satu KL bgtau orang Madey zalim....ada ke DSN buat macam tu?

Anonymous said...

Rompakan ala projek..22 taun masuk neraka..campur fitnah..makanan dajal..mmg meringkok dlm neraka lama laa.

Anonymous said...

Ko hingat macai kisah ke dosa pahala...liberal mana ada syurga neraka...mati tanam.habis..

Anonymous said...

Jumaat ni raya.....rumah terbuka tahun ni rakyat akan dihidangkan dengan:
1. nasi tomato
2. rendang tomato
3. pajeri tomato
4. semperit tomato
5. bahulu tomato
6. asam pedas tomato
7. jus tomato
8. tomato tiga rasa
9. macam-macam lagi menu berasaskan tomato
Semuanya kerana harga tomato dah turun ....bersyukurlah kita dapat kerajaan hari ini yang prihatin dengan harga tomato mahal lalu diturunkan menjelang aidilfitri tahun ini.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates