May 23, 2018

1 Lagi 'Prebet Sapu' Ditahan Dalam Operasi SPAD

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak pernah alpa dan leka mengadakan operasi terhadap ulat teksi terutama di lokasi tumpuan orang ramai. 

Terbaru semalam, dua lelaki ditahan penguat kuasa SPAD kerana disyaki menjalankan aktiviti 'prebet sapu' di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Jurucakap SPAD berkata, operasi dijalankan dengan menggunakan teknik penyamaran memandangkan pemandu teksi akan bersikap baik ketika kehadiran pegawai dan anggota SPAD di lokasi.

Dalam Ops Khas Parasit itu, dua lelaki dikesan memujuk pelanggan di terminal berkenaan sebelum ditahan dan pemeriksaan mendapati kedua-duanya menawarkan perkhidmatan teksi tanpa melalui kaunter.

Sepasukan anggota penguat kuasa SPAD KLIA bersama seorang pegawai melaksanakan Operasi Khas Parasit bagi membanteras kegiatan ulat dan kereta sapu di Terminal KLIA dengan cara penyamaran.

Hasil daripada operasi yang dilaksanakan, pasukan penguat kuasa SPAD KLIA berjaya membuat tangkapan terhadap dua suspek masing-masing melakukan aktiviti ulat kereta sapu dan sebuah kenderaan persendirian disita.

Kedua-dua suspek memujuk dengan menawarkan perkhidmatan kenderaan kepada warga asing dan warga tempatan bagi membuat perjalanan ke sekitar Lembah Klang dengan kadar bayaran tambang ditawarkan antara RM85 hingga RM150 untuk ke destinasi terbabit.

Mereka yang ditangkap akan disiasat mengikut Seksyen 205 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 kerana memujuk dan Seksyen 16 (1) akta sama kerana mengadakan sesuatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam tanpa lesen pengendali.

1 comments:

Anonymous said...

114 juta dalam 26 matawang. Fuiyooh...umno gi kempen dekat 25 negara asing ke? Ada 37 beg berisi jam & barang kemas & 284 handbag. Pandainya umno melabur, beli barang kemas,jam & handbag simpan bawah bantal, lepastu mesti barang2 tu jadi berganda.

#bijaknyabekasfinanceminister
#kalahpakmantelo
#handbagtakcukup365
#butamatahatilagike

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates