September 25, 2018

11 Tun @chedetofficial Temberang Hutang RM1 Trillion Di Luar Negara


Semasa berucap di negara yang mempunyai jumlah hutang kedua tertinggi di dunia iaitu United Kingdom, Tun Dr Mahathir mendakwa hutang kerajaan Malaysia berjumlah RM1 trilion perlu dibayar segera atau Malaysia akan diisytiharkan muflis. Peratus nisbah hutang / KDNK negara adalah 50.8%.

Untuk pengetahuan Tun Dr Mahathir, beliau sedang berada di negara yang bakal disytiharkan muflis, United Kingdom yang mempunyai jumlah hutang sebanyak RM34.8 trilion dengan peratus nisbah hutang/KDNK 87%.

Hari ini Tun Dr Mahathir dijangka berada di negara yang bakal muflis yang mempunyai hutang tertinggi di dunia iaitu Amerika Syarikat dengan jumlah hutang sebanyak RM87 trilion. Peratus nisbah hutang/KDNK Amerika Syarikat adalah 107.8%.

Bukan semua rakyat buta dan bodoh seperti penyokong Tun Dr Mahathir dan Lim Guan Eng. 97.7% hutang negara adalah dalam nilaian Ringgit Malaysia. Manakala lebih 60% pemilik hutang adalah dari institusi kerajaan seperti GLIC dan GLC seperti KWSP, KWAP, Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Maybank dan sebagainya. 

Hutang pula adalah bentuk sukuk dan bon, manakala bon / sukuk yang matang pula, ada yang bayaran faedahnya mencecah 30 tahun. Jadi bagaimana hendak bayar segera seperti dakwaan Tun Dr Mahathir macam mana?

Kita berharap agar Tun Dr Mahathir tidak lagi mengeluarkan kenyataan mengenai hutang negara agar rakyat Malaysia tidak ditertawakan dunia kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang sudah nyanyuk dan muflis idea untuk mengencing Rakyat.

September 24, 2018

42 Filem #RiseInikalilah Kutip RM57 Juta Mengatasi Filem Munafik 2

Filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat Tomato Kerajaan Pakatan Harapan, Rise Ini Kalilah merasa teruja dan berbangga apabila filem ini berjaya mengutip kutipan sebanyak RM57 juta lebih dan masih lagi ditayang di pawagam-pawagam tertentu.

Filem ini mengisahkan detik-detik manis bagi macai-macai Tomato di sebalik kejayaan Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14). Di atas kejayaan 'box office' filem berkenaan, pihak produksi telah merancang untuk menyambung sekuel filem berkenaan kepada 'Kencing Lain Kalilah'.

Nota Kaki - Minta maaf Tuan-Tuan, sebenarnya CTS tersalah titik perpuluhan. Sebenarnya kutipan filem berkenaan adalah hanya RM57 ribu lebih dan bukannya RM57 juta. Sedangkan Menteri Kewangan tersilap titik perpuluhan. Apatah lagi CTS.

September 23, 2018

64 Peminjam PTPTN Yang Undi Pakatan Harapan Pada PRU14, Hadam Ini


"Apa pun manifesto kata tetapi kalau sudah pinjam kenalah bayar hutang itu. Kalau sudah pinjam kenalah berusaha untuk membayar pinjaman itu. Pembangkang semua nak politikkan isu tetapi ini soal akhlak dan moral apabila pinjam duit kenalah bayar," kata Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan.

Pembangkang dan Rakyat pula yang dipersalahkan padahal Manifesto PH yang berjanji utk menangguh bayaran balik pinjaman PTPTN yg berpendapatan RM4,000 kebawah.

CTS pula kata, "apa pun manifesto kata tetapi kalau sudah jadi Kerajaan kenalah mungkir janji."



Kedua, CTS amat bersetuju dengan kenyataan Menteri Pendidikan. "sepuluh sen pun bayar kalau akhlak tinggi." Cumanya kita nak tanyalah pada Dr Maszlee, kalau janji tol percuma, contohnya seperti tol Simpang Renggam, tentu akhlak tinggi kan kalau tunaikan? Kalau tak tunai tu kita nak panggil akhlak apa ya?

Rakyat bukan setakat kena kencing, ini sudah sampai tahap kena berak terus.


Nota Kaki - Tweet daripada Sr Maszlee satu ketika dulu.

14 Tweet Kontroversi Menteri Luar Akhirnya Dipadam



Setelah dikritik hebat oleh netizen, Menteri Luar Malaysia Baharu, Saifuddin Abdullah akhirnya memadamkan satu tweet atau ciapan di laman sosial Twitter. Saifuddin Abdullah, dalam ciapan Twitternya berkata:
Ada dua negara yang tidak saya sukai kerajaannya, tapi terpaksa dilawati juga, satu kerana urusan agama dan satu lagi kerana urusan negara.
Ciapan telah di delete oleh beliau jam 1.30. Saifuddin sebelum itu menulis bahawa ada dua negara di mana Kerajaannya tidak disukai oleh beliau. Namun, beliau terpaksa melawat juga. Satu disebabkan Agama dan satu lagi disebabkan urusan egara.

Walaupun Saifuddin tidak menamakan negara-negara berkenaan, namun sebagai Menteri Luar, beliau tidak boleh melatah dan bertindak kebudak-budakan membuat posting. Apatah lagi akaun ini merupakan akaun rasmi beliau dan segala yang ditulis di sini menjadi rasmi.

Memalukan. Perlukah Menteri Luar mengeluar kenyataan yang tidak bertanggungjawab ini. Anda mewakili negara dan rakyat Malaysia. Menteri Kerajaan Pakatan Harapan kena lebih profesional di dalam bidang kerja mereka. Seperti biasa, apabila keadaan menjadi tegang dan kontroversi, maka UMNO lah yang dipersalahkan.

29 Petang Dan Malam Asyik Bergaduh, Hebat Betul Pemilihan PKR




Kekecohan tercetus antara barisan calon dan ahli PKR pada sidang media Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR di Safira Country Club, Seberang Jaya, malam tadi.

Ini adalah pergaduhan kali kedua yang berlaku semalam. Hebat ahli-ahli PKR bertanding untuk berebut harta rampasan perang. Apapun kerusi  terbang dan PKR memang tidak dapat dipisahkan.

Mentang-mentang sudah jadi Kerajaan, kerusi plastik merah terbang sudah bertukar menjadi kerusi banquet besi. Saja PKR hendak menunjukkan kemewahan dalam berperang lambung kerusi.

September 22, 2018

15 PKR Merbok Bergaduh Sampai Main Pukul Dengan Kayu





PKR merupakan satu parti yang hebat. Asal pemilihan sahaja mesti ada bergaduh. Asal bergaduh saja mesti ada pemilohan PKR. 

Sebentar tadi pemilihan PKR Merbok agak tegang apabila ahli-ahlinya bergaduh sehingga menggunakan kayu. Hebat tak hebat sehingga FRU dipanggil ke tempat kejadian.

Kita fikir baik sajalah. Mungkin mereka sedang berlatih untuk pemilihan acara lawan pedang di Sukan Olimpik.

Betullah kata Harold Lasswell, "Politik itu suatu proses dalam menentukan Siapa dapat Apa, Bila dan Bagaimana." Bila sudah banyak harta rampasan perang, semua berebut untuk menjadi penentu kepada Siapa, yang akan mendapat Apa, Bila dan Bagaimana.

7 Mat Sabu Sudah Pandai Beri Rasuah Pilihanraya


Upah gantirugi untuk mengosongkan kerusi  Parlimen Port Dickson dikatakan mencevah RM25 juta. Hari ini, Menteri Pertahanan mengumumkan peruntukan untuk membaiki rumah anggota tentera di sana cuma RM500,000  saja.

Jika dahulu Menteri Pertahanan inilah yang begitu lantang menemplak Kerajaan Barisan Nasional yang menggunakan kaedah purba menabur duit mee segera setiap kali berlakunya pilihanraya kecil. Kini apa yang berlaku?

Begitu murah nilai yang diberi untuk membeli undi-undi tentera di Parlimen berbanding mantan Ahli Parlimen. Dari manakah Menteri Pertahanan memperolehi bajet sebanyak RM500,000? Bukankah keadaan ekonomi negara semakin tenat?

Tidak mengapalah. Presiden PATRIOT tentu berbangga gila. Lainlah kalau peruntukan RM500,000 itu diumumkan oleh Kerajaan Barisan Nasional dulu. Bukan kata bersilat, bersantau pun Arshad Raji sanggup.

17 Perdana Menteri @chedetofficial Tidak Kenal Pengerusi SPR Yang Baru?





Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad.

Semalam, Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak kenal Pengerusi SPR yang baru, Azhar Harun. Kalau Pengerusi SPR yang baru Perdana Menteri tidak kenal, bagaimana beliau boleh bagi cadangan pada Yang Dipertuan Agong.

Lagi haru apabila Perdana Menteri kata beliau lansung tidak ikuti perlantikan Pengerusi SPR yang baru ni. Perdana Menteri Malaysia sekarang masih lagi DS Najib Tun Razak ka?

Nota Kaki: Di bawah adalah gambar-gambar Azhar Harun dan Tun Dr Mahathir. Saya tak kenal Azhar Harun, kata Tun.



September 21, 2018

21 Analysis Of The 25 Charges Against DS @NajibRazak On 1MDB Filed On 20/09/2018 Related To RM2.6 Billion


Before we proceed, it is important to know that the RM2.6 billion is actually wrong as the amount in Ringgit was based on the weakened exchange rate in July 2015 when the case was exposed. The real amount is less than this as the USD to MYR rate was stronger when the transfers into DS Najib's account was made.

All in all there are 21 charges by Police and 4 charges by MACC. The 21 charges by Police can be grouped into 3 - receiving the money, using the money and repaying the money - all which happened between the months of March to August in 2013.

Group A: Receiving Money from Tanore (RM2.08b)
1 That he received RM155 million from a Tanore Finance Corporation account in Falcon Bank, Singapore on March 22, 2013;
2 That he received another RM155 million from Tanore Finance Corporation on March 22, 2013; 
3 That he received a third transfer of RM155 million from Tanore Finance Corporation on March 22, 2013;
4 That he received RM188 million from Tanore Finance Corporation on March 26, 2013; 
5 That he received RM231 million from Tanore Finance Corporation on March 28, 2013;
6 That he received RM138 million from Tanore Finance Corporation on March 28, 2013;
7 That he received RM152 million from Tanore Finance Corporation on April 8, 2013;
8 That he received RM304 million from Tanore Finance Corporation on April 9, 2013;
9 That he received RM602 million from Tanore Finance Corporationon April 10, 2013

The first 9 charges totals RM2.08 billion which DS Najib received from Tanore just before GE13 held on 5 May 2013.

Group B: Using the Money from Tanore (RM35.05mil)
10 That he engaged in money laundering by paying RM20 million to UMNO on Aug 2, 2013;
11 That he engaged in money laundering by paying RM100,000 to UMNO's Batu Kawan division on Aug 7, 2013;
12 That he engaged in money laundering by paying RM246,000 to Lim Soon Peng on Aug 7, 2013;
13 That he engaged in money laundering by paying RM2 million to ORB Solutions Sdn Bhd on Aug 12, 2013;
14 That he engaged in money laundering by transferring RM12.4 million to another Ambank account belonging to him on Aug 30, 2013.
15 That he engaged in money laundering by paying RM303,000 to Semarak Consortium Sdn Bhd on Aug 14, 2013;

DS Najib is thus charged for using RM35.05 million which includes paying RM20.1 million to UMNO, RM2 million to Orb consulting which is known as the contractor for social media work for BN, The purpose for the RM246k payment to Lim Soon Peng who is the owner of listed Titijaya Construction Bhd has yet to be ascertained but is believed to be related to the various NGO associations that Mr Lim runs. The purpose of the RM303k to Semarak Consortium is also unknown. However the sole owners are husband and wife with the husband known as a key speech-writer for DS Najib.

DS Najib is also charged for money laundering for paying DS Najib! Meaning he was charged for transferring the money from one account to another account of his.

Group C: Returning the Money to Tanore (RM2.184 billion)
16 That he engaged in money laundering by transferring RM326.8 million to Tanore Finance Corporation on Aug 15, 2013;
17 That he engaged in money laundering by transferring RM327.3 million to Tanore Finance Corporation on Aug 15, 2013;
18 That he engaged in money laundering by transferring RM181.8 million to Tanore Finance Corporation on Aug 22, 2013
19 That he engaged in money laundering by transferring RM545.8 million to Tanore Finance Corporation on Aug 23, 2013
20 That he engaged in money laundering by transferring RM150 million to Tanore Finance Corporation on Aug 27, 2013
21 That he engaged in money laundering by transferring RM652 million from his Ambank account to Tanore Finance Corporationon Aug 2, 2013

The remaining 6 charges are for returning the money to Tanore and totals RM2.1837 billion. This DS Najib was charged for receiving the money from Tanore (RM2.08b) and then charged again for returning the money to Tanore (RM2.187b). 

More incredibly, DS Najib returned more money to Tanore than he received. What kind of thief is this to return more money than he received and those he spent, he spent on political activities and not for personal use.

The remaining 4 charges from MACC are merely tacked-on charges which are called "Predicate Charges" relating to DS Najib as Chairman of Board of Advisor of 1MDB approving 1MDB to issue bonds. These are really strange charges and this is a really strange thief. 

However with yesterday's charges. One thing that is confirmed is that DS Najib did not keep or spend billions on himself or family.

11 Apabila Malaysia Baharu Melantik Aktivis Politik PPBM Menjadi Pengerusi SPR



Sebelum Malaysia Baharu, adalah menjadi amalan untuk melantik dari kalangan bekas pegawai tinggi Kerajaan untuk menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kini amalan itu sudah tidak digunakan lagi. Kerajaan Malaysia Baharu melantik aktivis politik menjadi Pengerusi SPR.

Selepas berjaya dengan cemerlang mempertahankan Tun Dr Mahathir daripada dakwaan mengatakan beliau tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana usia tuanya dan kerana pandangan negatifnya terhadap perundangan Islam di Malaysia, Azhar Harun atau dikenali sebagai Art Harun dilantik menjadi Pengerusi SPR.

Pada 26/03/2018, Art Harun berpandangan bahawa kegagalan hudud dan perundangan syariah di Malaysia adalah disebabkan oleh retorik dan umpan politik semata-mata, bukan salah DAP.

Terbaru, Art Harun juga mempersoalkan kenapa Anwar Ibrahim perlu dipilih menjadi Perdana Menteri,  hanya beberapa minggu sebelum PRK Port Dickson. Selepas ini pejuang-pejuang BERSIH terpaksa mendiamkan diri apabila Pengerusi SPR dilantik di kalangan orang beragenda politik partisan.

Pelantikan Art Harun hari ini sebagai Pengerusi SPR yang baharu seperti yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara adalah bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan, nombor 16 di dalam buku Harapan yang menyatakan bahawa akan “Mengembalikan wibawa institusi parlimen”,dengan memastikan pelantikan penting SPR mestilah disahkan oleh jawatankuasa di peringkat parlimen untuk mengurangkan campur tangan Perdana Menteri.


Tahniah sekali lagi terutama kepada Kerajaan Pakatan Harapan dengan jaminan kemenangan dan besar kemungkinan majoriti dua pertiga selepas ini.

September 20, 2018

28 Dulu Lain Sekarang Lain ... Mungkin Betul Kata Tun, Melayu Mudah Lupa

Ini pernah diucapkan satu ketika dahulu oleh Tun Dr Mahathir.


Ini pula apa yang telah berlaku petang tadi sewaktu DS Najib Tun Razak bertarung di mahkamah.


Apa kata cucu Toh Puan Rahah.


26 Apabila Tun @chedetofficial Menghina DS @NajibRazak Di @SinarOnline, Ini Jawapan Rakyat!


Rentetan kehadiran DS Najib Tun Razak ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan Mahkamah Putrajaya hari ini dalam keadaan tersenyum, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah menyindir beliau dengan mengatakan baca di sini,
Di sini, kita lihat orang senyum ketika mereka akan dihumban ke penjara … kita lihat mereka senyum walaupun mereka dipanggil sebagai pencuri. Mereka ini tiada rasa malu.
Pada mulanya, CTS merasakan komen Perdana Menteri ini bakal mendapat sambutan hangat netizen di media sosial untuk menghina dan mengutuk DS Najib Tun Razak. Sangkaan CTS adalah salah. 

Hampir majoriti komen yang diletakkan di Sinar Online telah memulangkan paku buah keras kepada Perdana Menteri. Di bawah adalah sebahagian komen Rakyat kepada Perdana Menteri yang tercinta. CTS screenshot sebahagian komen-komen yang berkenaan sebelum ianya dipadam oleh portal penjilat.






















 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates