January 6, 2018

5 Himpunan MCA - Gerakan, Satu Sejarah Tercipta #StrongerTogether #TeguhBersama







Hari ini berlangsung himpunan bersejarah di antara MCA dan Gerakan. Perhimpunan berlangsung di Wisma MCA, Jalan Ampang yang penuh sesak dihadiri seramai 3,000 orang. Bertemakan 'Stronger Together' atau 'Teguh Bersama', memperlihatkan semangat perpaduan dua komponen Barisan Nasional (BN) yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Terdapat dua syarat peri pentingnya kerjasama ini di dalam memastikan dua parti komponen BN ini dapat membantu mengembalikan sokongan masyarakat bukan Melayu terutamanya pengundi-pengundi Cina.

Pertama, sekiranya kerjasama MCA dan Gerakan satu hati melawan PKR dan DAP di kerusi-kerusi yang mereka tandingi, nescaya MCA dan Gerakan akan mampu menang sokongan lebih besar dari pengundi-pengundi. Abaikan sahaja PPBM dan PAN kerana kedua-dua parti ini adalah parti serpihan yang tidak mempunyai kekuatan akar umbi.

Kedua, MCA dan Gerakan tidak perlu membuang masa menyerang PAS disebabkan PAS bukannya bertanding di kerusi-kerusi di mana MCA dan Gerakan bertanding. Biarlah UMNO menguruskan PAS dan pastinya DAP akan menjadi panas sekiranya MCA dan Gerakan tidak lagi memperdulikan adu domba perkauman dengan PAS.

誓词
Joint Pledge

我们,马华公会及民政党党员,作为国阵成员党,在此宣誓:
We, members of the Malaysian Chinese Association (MCA) and Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), as coalition partners in Barisan Nasional, hereby do faithfully pledge:

1) 团结一致,携手面对大选挑战
We pledge to work closely together to overcome challenges in the coming general election

2) 竭尽所能,守护国家多元中庸
We pledge to perform our best to uphold the nation’s diversity and the spirit of moderation

3) 兄弟同心,国阵内伸张民族权益
We pledge to come together as comrades, to defend the rights and interests of the rakyat under the Barisan Nasional framework

4) 协同步伐,政府内提升全民福祉
We pledge to walk hand-in-hand, enhance the welfare of all from within the government administration

5) 互相支援,共同经营选区促进民生
We pledge to provide mutual support in managing our constituencies during the general election campaign to promote the best interests of the rakyat

此誓
These, we pledge
#Satuhati
#StrongerTogether
#团结势更强

9 @cmlimguaneng Menipu Mengaku Rejim DAP Pulau Pinang Bayar GST RM5 Billion Sejak 2015






Setiap kali Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng buka mulut berucap, pasti beliau akan berbohong. Terbaru, di dalam merasmikan 'projek mega' antara terbesar yang dibanggakan oleh Rakyat Pulau Pinang iaitu gelanggang bola keranjang berbumbung, beliau telah mengatakan bahawa Kerajaan Pulau Pinang telah membayar GST sebanyak RM5 billion.

Betulkah kenyataan ini atau Joseph Lim Guan Eng sekali lagi menipu? Betulkah Rejim DAP Pulau Pinang menbayar GST sebanyak RM5 billion sejak dari tahun 2015? Sekiranya Rejim Pulau Pinang membayar RM5 billion untuk GST bersamaan 6%, ini bermaksud perbelanjaan Pulau Pinang yang dikenakan cukai adalah RM83 billion.

Jika GST itu adalah untuk 2015 - 2017 (3 tahun), maka purata satu tahun perbelanjaan Pulau Pinang = RM83 Billion / 3 = RM27 billion setahun. Adakah belanjawan Pulau Pinang mencecah RM27 billion setahun?

Ini rekod belanjawan Pulau Pinang:
Pada 2015 = RM992.82 juta
Pada 2016 = RM1.1 billion
Pada 2017 = RM1.45 billion.

jumlah 3 tahun perbelanjaan Pulau Pinang cuma RM3.44 billion! Mana pula datangnya RM83 billion? Dan GST untuk 3 tahun sejak 2015 itu sebenarnya adalah 6% x RM3.44 billion = RM206 juta dan bukannya seperti yang didakwa Lim Guang Eng sebanyak RM5 billion!

Bodoh punya Tokong hendak menipu. Jangan kita salahkan Joseph Lim Guan Eng kerana waima sebagai Setiausah Agong DAP pun, beliau boleh tersalah mengira perwakilan di dalam pemilihan CEC dengan menggunakan Excel.

January 5, 2018

18 Hutang Negara Dan Nilai Ringgit, Lidah Tun @chedetofficial Memang Bercabang


Pada 15/02/2013, Tun Dr Mahathir berkata, baca di sini, nisbah kadar hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang berada pada tahap 53 peratus masih dianggap baik untuk negara disokong oleh pendapatan dan dagangan yang terus meningkat. Kata beliau, Malaysia masih boleh membayar. Malaysia katanya masih boleh membayar kerana pelaburan memberikan keuntungan yang tinggi. 

Tun Dr Mahathir berkata, ketika zaman pentadbirannya, keuntungan Maybank sebanyak RM300 juta sudah dianggap besar. Sekarang Maybank untung RM6 billion. Beliau berkata, terdapat negara di Eropah seperti Greece yang tidak mungkin dapat membayar hutangnya kerana nisbah hutang negara itu kepada KDNKnya melebihi 100 peratus. Greece tidak mungkin mampu bayar,

Itu dulu, waktu beliau masih cium mulut dengan UMNO. Kini, lain pula bicaranya. Dipetik Malaysiakini, Tun Dr Mahathir telah memberitahu sebuah forum bahawa Malaysia sedang menuju ke arah kebankrapan jika ia tidak dapat menyelesaikan banyak hutang besarnya. Baca di sini. Tun Dr Mahathir berkata,
Tahukah anda, kami mempunyai hutang jangka panjang dan jangka pendek sebanyak AS$900 billion. Jika kami tidak membayarnya, mereka akan menyebabkan anda bangkrap. Anda lihat apa yang berlaku di Greece. Di sini, kami meminjam lebih daripada Greece dan kami lebih miskin daripada Greece.
Pertama, Malaysia tidak mempunyai hutang besar. Nisbah Hutang-kepada-KDNK Malaysia kini berada pada 50.7%. Ini jauh lebih rendah daripada 92 negara lain di dunia termasuklah Singapura, Jerman, Amerika Syarikat, United Kingdom dan hampir kesemua negara maju. Oleh itu, 91 negara di dunia ini perlu terlebih dahulu bankrap sebelum Malaysia.

Kedua, dan pada 50.7%, ia dua kali ganda lebih kurang berbanding 103.4% pada tahun 1986 di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir selepas beliau telah meningkatkan hutang Malaysia sebanyak lebih daripada dua kali ganda dalam tempoh 5 tahun selepas beliau mula-mula berkuasa.


Ketiga, Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak berkata, baca di sini,
Dengan tegasnya saya ingin menyatakan bahawa ini adalah tidak benar sama sekali. Pada akhir Jun 2017, hutang Kerajaan Persekutuan mencatat 50.9 peratus daripada KDNK yang mana ia masih di bawah paras had yang ditetapkan Kerajaan iaitu 55 peratus daripada KDNK.
Ini menunjukkan hutang Kerajaan masih kekal terurus malah ia semakin berkurang 53.2 peratus pada akhir Jun 2016. Ini merupakan pencapaian yang patut kita banggakan. Bukan itu sahaja, nisbah hutang Kerajaan berbanding KDNK Malaysia adalah lebih baik berbanding negara maju seperti Singapura pada paras 112 peratus, United Kingdom pada 89.3 peratus, Kanada pada paras 92.3 peratus dan banyak lagi contoh-contoh yang lain.
Justeru adalah tidak benar jika ada yang menuduh Kerajaan bakal muflis hanya berdasarkan hutang Kerajaan Persekutuan apabila badan ekonomi antarabangsa seperti Bank Dunia yang menaikkan unjuran KDNK daripada 4.9 peratus kepada 5.2 peratus bagi tahun 2017. Malah tidak masuk akal untuk mengatakan kita akan muflis apabila banyak negara luar mahu melabur dan merangka perjanjian perdagangan dengan Malaysia.
Hari ini Ringgit Malaysia pula semakin mengukuh. USD1 adalah bersamaan dengan RM3.99404. Jadi bolehkah kita percaya seorang yang kerugian RM32 billion akibat perdagangan Forex pada zaman pemerintahannya berkata, "Ringgit naik jika Najib turun". Boleh percayakah ini orang?



10 Sumpah Tun @chedetofficial Berkaitan Pemecatan Tun Salleh Abbas Bukan Perkara Baru


Mantan Peguam Negara, TS Abu Talib Othman berkata, Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dipecat sebab beliau dan beberapa hakim Mahkamah Tinggi yang lain, menulis surat kepada YDP Agong pada masa itu mengadu hal campur tangan Tun Dr Mahathir yang mencemari kebebasan mahkamah. Natijahnya, Tun Salleh Abbas dan 7 hakim Mahkamah diberhentikan.

Akan tetapi, Tun Dr Mahathir berkata Tun Salleh Abbas diberhentikan disebabkan YDP Agong  tidak suka cara Tun Salleh Abbas menulis surat peribadi kepada Baginda untuk mengadu hal bunyi bising yang datang dari pengubahsuaian kediaman YDP Agong. Malah Tun Dr Mahathir dikatakan sanggup bersumpah menjunjung Al Quran.

Perkara sumpah mengenai perkara ini bukan baru. 6 tahun dahulu pada 2011, di dalam bukunya 'A Doctor In The House', Tun Dr Mahathir turut menceritakan mengenai perkara yang sama. Pada masa itu juga beliau sanggup bersumpah dengan Al Quran mengenai tuduhan beliau itu. Namun janji tinggal janji. Bukti tidak diberikan dan sumpah tidak dilakukan sehingga sekarang.


Apabila Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak bersumpah bahawa beliau tidak mengenali Altantunya, beliau dipandang sinis oleh macai proTun. Apabila Saiful Bukhari Azlan bersumpah bahawa beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim, beliau dipandang sinis dan diejek oleh macai PKR. Apabila Tun Dr Mahathir berkali-kali berkeinginan untuk bersumpah (belum lagi bersumpah), beliau telah dilabelkan suci dan maksum oleh macai-macainya.

Kita hairan dalam banyak perkara, Tun Dr Mahathir menjadi seorang pelupa, seorang yang tidak tahu. Semuanya beliau tidak bersalah. Semua benda beliau tidak mengaku. Ketua Hakim Negara dan 7 Hakim Mahkamah Tinggi dipecat salah Almarhum YDP Agong, Forex silap salah Allahyarham Gabenor Bank Negara Malaysia, ISA silap salah Allahyarham TS Megat Junid, cuma kita harap beliau tidak menyalahkan Allahyarham bapanya kerana kelahirannya.

Oleh kerana Tun Dr Mahathir seorang yang mudah lupa dan mudah tidak tahu, sebuah lagu telah dicipta untuk beliau dan menjadi tular sejak semalam. Nikmatilah lagu di bawah bertajuk, 'Tun Tak Tahu'.



January 3, 2018

45 Almarhum YDP Agong Pecat Ketua Hakim Negara, DS Hadi Awang Kafir, Selepas Ini Apa Tun @chedetofficial?


Membuat tuduhan bahawa Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang mengarahkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dipecat adalah tuduhan tidak bertanggungjawab dan perlu disiasat oleh Polis Di Raja Malaysia. Membuat tuduhan kepada orang yang tidak dapat mempertahankan dirinya adalah sifat seorang yang dayus. Inilah karektor seorang diktator yang tidak pernah mengaku salah, merasakan dirinya maksum dan tidak bertanggungjawab di atas keputusannya yang lalu.

YDP Agong pada masa itu sudah mangkat. Surat aduan berkenaan juga dikatakan sudah hilang, kata Tun Dr Mahathir. Oleh yang demikian, Tun Dr Mahathir berkata beliau langsung tidak ada kaitan dalam hal ini. Tun Dr Mahathir kini berkata beliau sanggup untuk bersumpah di atas Al Quran bahawa beliau tidak menipu. Kalau benar Ketua Hakim Negara sendiri yang menulis surat secara peribadi mengadu kerja pengubahsuaian terlalu bising, mengapa pulak hakim-hakim yang lain juga dipecat?


Tidak cukup dengan itu, 'Self Proclaimed Top Dog' Pakatan Harapan ini pula menuduh Presiden PAS sebagai pengkianat dan kafir. Seorang yang kita tahu bagaimana isteri, anak dan cucunya menjalani kehidupan menuduh Timbalan Ulama Sedunia sebagai seorang kafir? Mungkin Tun Dr Mahathir Mohamad marah dengan kenyataan Presiden PAS tempoh hari yang berkata pentadbiran bekas Perdana Menteri itu dulu dihimpit dengan campur tangan dalam pelbagai institusi negara, termasuk institutsi agama. Kata DS Haji Hadi,
Mufti juga hendak dipaksa, daripada mereka bercakap, mereka berdiam diri pada masa itu. Itu lebih selamat. Dia petik ucapan saya selama satu jam lebih, dia petik dalam sepuluh baris, tidak sepatutnya berlaku mengambil petikan tanpa mengambil penjelasan adalah tindakan salah. ini semata-mata kepentingan politik. Dr Mahathir pada masa itu cabar PAS berdebat dengan Umno dan PAS sedia berdebat dengan Umno secara ilmiah disiarkan di televisyen. Lalu mereka tetapkan tajuk, tarikh, dan juga pengerusi tanpa berunding dengan PAS. Kita terima semuanya untuk berbincang supaya rakyat tahu dan dengar penjelasan kita secara langsung. Malangnya debat itu tidak jadi dan muzakarah juga tidak jadi.

January 2, 2018

50 Apa Motif Ibu Bapa Viralkan Video Memperjudikan Nyawa Anak Seberang Jambatan Runtuh?



Video di atas yang dimuat naik ke media sosial Facebook oleh Ibu pelajar berkenaan, yang menunjukkan seorang bapa sedang menuntun anaknya melalui sebatang jambatan yang rosak. Dalam klip tersebut jelas menunjukkan hanya seorang bapa dan anaknya melalui jambatan tersebut dengan air sungai deras di bawah jambatan itu.

Dalam klip tersebut, perakam tidak menjelaskan mengapa beliau dan suami mengambil risiko membahayakan nyawa anaknya. Adakah beliau memang mahu mencari viraliti hanya untuk memburukkan Kerajaan sedangkan hakikat jalan alternatif sudah disediakan oleh Kerajaan walaupun sejauh 3 km. Buat pengetahuan semua, keluarga ini bukan golongan susah. Mereka mempunyai kereta untuk menghantar anak mereka ke sekolah tanpa perlu menyabung nyawa merentasi jambatan yang merbahaya.


Ekoran isu Jambatan Gantung Kg Pamah Aur, Daerah Lipis yang tular pagi tadi sebenarnya kerja sebutharga telahpun dipanggil oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Lipis untuk dimulakan pada 08/01/2018 dan dijadualkan siap pada 18/03/2018, melalui surat bertarikh 21/12/2017. Kerja dijadualkan bermula 08/01/2018 disebabkan bulan Disember adalah musim hujan. Apapun kontraktor telahpun diarahkan mula kerja serta merta dengan seliaan JKR Lipis.

JKR prihatin akan isu tersebut dan akan berusaha menyegerakan pembinaan jambatan gantung tersebut. Penduduk diminta bersabar dan guna jalan alternatif sepanjang 3 km untuk urusan harian buat sementara waktu.

Jambatan Gantung Pamah Aur menghubungkan kampung ini dan kampung Beriang dalam pentadbiran JKKK Bukit Kota. Kerosakan selepas banjir Disember 2014 telah diperbaiki pada tahun 2015. Ianya sekali lagi rosak selepas banjir pada Januari 2017. DS Wan Rosdy Wan Ismail selaku ADUN Jelai telah memohon sejumlah besar peruntukkan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi membaiki kerosakan-kerosakan akibat banjir dalam DUN Jelai termasuk jambatan gantung terbabit pada 01/06/2017.

Harus diingat tempoh beberapa bulan diperlukan bagi agensi teknikal seperti JKR dan Pejabat Daerah Lipis mengenalpasti jenis kerosakan, kaedah pembaikan dan kos pelaksanaan dapat ditentukan supaya permohonan dapat dibuat serentak (meliputi kerosakan di kampung-kampung lain) dan peruntukan yang mencukupi dapat disalurkan oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Pahang.



Seperti biasa, lihatlah pihak mana yang suka menangguk di air yang keruh.


Sebentar tadi, ibu bapa pelajar berkenaan telahpun meminta maaf di atas kekhilafan dan salah faham mengenai isu itu setelah mereka berdua dilawati oleh ADUN Jelai.




January 1, 2018

22 Tun @chedetofficial Cuba Buat Filem Kerala, Namun Kantoi



Kata sahabat saya blogger Seademon, "Kalau dari Bombay (Mumbai) kita dihidangkan dengan drama Bollywood, dari Madras (Chennai) kita dihidangkan dengan drama Mollywood, kini dari Kerala kita hidangkan drama KERA."

'Self proclaimed Top Dog' Pakatan Harapan buat lawak semalam kononnya ada seseorang yang meninggalkan 'sticky note' di atas keretanya yang bertulis, "Tun, I Love U, xoxo." 

Namun skrip cerita Kerala ini ada sedikit kecacatan. 'Sticky note' yang komonnya ditampal di kereta beliau sama pulak dengan 'sticky note' yang ada di atas meja beliau. 

Malah dakwat tulisan di atas 'sticky note' berkenaan adalah sama dengan dakwat dari pen di hadapan beliau. Kebetulan atau Tun sudah betul-betil terdesak?


December 31, 2017

10 Puak Pakatan Harapan Tak Tahu Malu, Ambil Kredit Pemansuhan Tol Oleh Kerajaan Pusat





Susah kalau manusia jenis tidak tahu malu, muka tebal macam kulit biawak yang suka mengambil kredit daripada usaha orang lain. Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak sewaktu pembentangan Bajet 2018 telah mengumumkan pemansuhan tol bagi 4 plaza tol, dua daripadanya adalah Tol Batu Tiga dan Tol Sungai Rasau di Shah Alam berkuatkuasa pada 01/01/2018.

Satu Malaysia menyaksikan pembentangan Bajet 2018 dan pengumuman pemansuhan tol ini. Namun ini tidak menghalang biawak-biawak hidup berkumpul malam ini berhampiran tol-tol berkenaan untuk mencuri kredit merayakan pemansuhan ini serta mengaku bahawa merekalah yang memansuhkan tol-tol berkenaan. Seperti mana Menteri Besar mereka, begitulah juga penyokong-penyokong mereka. Jenis manusia apakah yang tidak tahu malu ini?

Yang layak meraikan dan.mengambil kredit adalah ahli-ahli dan penyokong-penyokong Barisan Nasional seperti di bawah. Alhamdulillah, legasi dan harta pusaka Tun Dr Mahathir di Lebuhraya Persekutuan ini akan tamat beberapa ketika dari sekarang.






18 Apa Kata Sekutu Politik @AzminAli Bila @chedetofficial Hina Mufti



Waima Baginda Rasulullah SAW sekalipun, beliau sanggup buat jenaka dan gurauan, apalah sangat tuduhan dan fitnah ke atas Mufti. 'Self Proclaimed Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir semalam telah membuat dakwaan berat menuduh Mufti pada zaman beliau kafir dan tidak buat kerja.

Ini berikutan beliau cuba menjawab kenapa berlakunya Tragedi Memali yang mengorbankan beberapa orang Islam sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.

Kisah Tragedi Memali bukan lagi cerita tertutup. Kebanyakan Rakyat tahu apa yang berlaku pada hari tersebut. Tun Dr Mahathir seperti biasa berada di dalam kepompong penafiannya. Beliau masih menganggap beliau maksum dari melakukan dosa sewaktu pemerintahan beliau. 

Tuduhan ke atas Mufti kali ini agak berat. Malah sekutu beliau di dalam pembangkang juga tidak dapat menerimanya. Baca posting laman sosial Twitter daripada Timbalan Presiden PKR, DS Mohamad Azmin Ali.


 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates