December 30, 2017

29 Rangkuman Tajuk Berita Lucu Dalam AGM PPBM Hari Ini


Selalunya jumlah keahlian akan diumumkan pada Mesyuarat Agung Parti dan bukannya dua minggu kemudian. Macam mana nak Selamatkan Malaysia kalau jumlah ahli parti pun kelam kabut hendak ditentukan?

Yang pasti ini adalah Mesyuarat Agung Parti yang paling canggih di Malaysia. Mesyuarat Cawangan tak buat. Mesyuarat Bahagian tak buat. Pemilihan perwakilan ke Perhimpunan Agung tak buat. Tup tup Perhimpunan Agung parti. Kartun betul!


Yang ini tidak perlu mengulas panjang. Yang pasti tempoh 22 tahun tidak cukup untuk Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri. Apa kata geng PKR? Yang pasti Presiden PPBM, TS Muhyiddin Yassin tidak disebut langsing sebagai bakal Perdana Menteri. Kesian sungguh anak Pak Yassin. Dari Timbalan Perdana Menteri terus jadi Lebai Malang.


Tidak cukup terbuka lagikah 'freedom of speech' di Malaysia. Macai pembangkang lebih bebas bersuara mengkritik Kerajaan berbanding zaman pemerintahan 22 tahun Tun Dr Mahathir. Silap cakap Penjara Kemunting jawapannya ditahan di bawah undang-undang ISA. Waima artis pun boleh tayang buah dada di Bigo Live. Tak terbukakah itu?


Selain daripada 'flip flop' dan 'u-turn' yang dibuat kesan dari meminta maaf ini, Rakyat Malaysia mahu tahu juga Tun Dr Mahathir minta maaf kerana apa? Mengkayakan kroni dan ahli keluargakah? Pembunuhan kes Memalikah? Kehilangan RM30 billion dalam perjudian Forexkah? Memenjarakan musuh politik dalam Operasi Lalang? Atau apa?

Latest edition 11.45 PM - Sorry folks. He said the apology just customary. All the tears shed also fake. Everything just one big drama. Air mata buaya tidak benar sama sekali. U-turn paling cepat dalam sejarah.

13 Tun @chedetofficial Bapa U-Turn


'Self Proclaimed Top Dog' Pakatan Harapan dan Pengerusi PPBM hari ini secara rasmi boleh digelar 'Bapa U-Turn'. Kenyataan yang dibuat beliau dua tahun dahulu tidak boleh pakai lagi. 

Hari ini, di dalam Ucapan Pembukaan Mesyuarat Agung PPBM yang pertama,  beliau meminta maaf di atas kesilapan yang beliau lakukan sewaktu menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. 2 tahun lepas beliau berkata beliau tidak pernah melakukan kesilapan sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri.

Tun Dr Mahathir Mohamad, Bapa U-Turn segala U-Turn. Beliau sebelum ini pernah u-turn mengenai Lim Kit Siang, DAP, Anwar Ibrahim, kes sodomi, GST, BR1M, pelaburan asing dan subsidi. Hari ini beliau u-turn lagi. Boleh percayakah orang ini? Baca kenyataan beliau di bawah.

2015: I made no mistake when I was PM, says Dr Mahathir. Baca di sini.

2017: Dr M apologises for past mistakes, says 'only human'. Baca di sini.

41 Perhimpunan Agung PPBM Meriah, Lebih 12 Orang Hadir Sambut Tun @chedetofficial





Lintas langsung dari IDCC Convention Centre, Shah Alam di mana Mesyuarat Agung PPBM akan bermula hari ini. Tetamu kehormat seperti 'Self Proclaimed Top Dog' Pakatan Harapan dan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir dan Tuan Presiden, TS Muhyiddin Yassin sudah sampai.

Mana perwakilan-perwakilan Bahagian daripada seluruh Malaysia? Jangan risau Tun. Bukan orang ramai tidak mahu hadir. Sebenarnya, mereka semua pergi bercuti di dalam dan diluar negara Maklumlah, ikut kata Tun, negara kan dah nak bankrap. Tun tolonglah selamatkan.

Macai-macai bunga jangan ambil hati pulak. Ini baru tehersL rasanya. Kejap lagi datanglah ratusan ribu perwakilan. Oh ya. Saya tahu. Lagu "sepohon kayu daunnya rimbun, lebat daunnya serta buahnya. Walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya ..." 

December 29, 2017

32 Khairuddin Ni Dah Kenapa? Asal Keluar UMNO Mesti Jadi Bodoh



Datuk Khairuddin Abu Hassan telah membuat laporan polis bahawa kakak dan adik pemilik syarikat Synergy Promenade yang didakwa merampas tanah FELDA bernilai RM270 juta adalah warga asing kerana mengikut laporan polis yang dibuatnya Ahli Lembaga Pengarah syarikat berkenaan mempunyai kad pengenalan berkod '71'.

Bangganya Khairuddin sehingga memuat naik gambar sendiri dengan laporan polis berkenaan. Mengikut Khairuddin, Ahli Lembaga Pengarah iaitu Abd Rahman bin Soltan dan Noraini bte Soltan memegang yang memiliki kad pengenalan 660604-71-5095 dan 611102-71-5238 adalah warga luar negara. Khairuddin mendakwa pemimpin-pemimpin UMNO telah mengkhianati warga FELDA dengan menjual tanah negara kepada orang asing!

Kalau pembangkang, hukum karma mesti bodoh. Untuk pengetahuan, kepada sesiapa yang lahir di Singapura sebelum Singapura dikeluarkan dari Malaysia pada 09/08/1965 dan menetap terus di Malaysia maka secara automatik adalah warganegara Malaysia. Kod '71' ialah untuk warga Malaysia yang dilahirkan di Singapura sewaktu Singapura masih dalam Malaysia.

Untuk rekod, DS Dr Wan Azizah Wan Ismail (521203-71-5190), Menteri Besar Selangor DS Mohamad Azmin Ali (640825-71-5269), Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution (631207-71-5005), Ketua Wanita PKR Zuraida Zakaria (580314-71-5206) kesemuanya mempunyai kad pengenalan berkod '71'. Adakah mereka juga warga asing? Kalau ya, Rakyat perlu menanggung akibat kerana melantik warga asing menjadi Wakil Rakyat!

Khairuddin ... Khairuddin ... Asal masuk pembangkang mesti kena jadi bodoh ka?

8 Top Dog @chedetofficial Marah Dengan Laungan 'UMNO Lillahi Taala'


'Self Proclaimed Top Dog Pakatan Harapan', Tun Dr Mahathir Mohamad, telah menularkan video ceramah Ketua Penerangan UMNO, TS Annuar Musa di Kelantan yang terkandung laungan "Umno Lillahi Taala (kerana Allah SWT)". Dipetik portal Malaysiakini di sini, Tun Dr Mahathir berkata,
Kata Annuar Musa, UMNO Lillahi Taala atau UMNO kerana Allah. Saya nak tanya apakah UMNO mencuri kerana Allah, UMNO menipu kerana Allah, UMNO makan suap dan UMNO sogok duit kerana Allah?

Tun Dr Mahathir menyindir TS Annuar Musa dengan berkata UMNO sudah curi "Lillahi Taala". Sejak bila "Lillahi Taala" menjadi hak cipta Tun Dr Mahathir sehingga orang lain tidak berhak untuk menggunakannya? Mungkin pada zaman pemerintahan beliau selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir tidak tahu kebanyakan orang Islam yang melakukan kerja politik dengan ikhlas demi Agama, Bangsa dan Negara kerana Allah SWT. 

Itulah sebabnya mungkin itualah sebabnya Tun Dr Mahathir mengungkapkan perkataan di bawah, kerana itu yang dilakukan oleh beliau selama ini.
Apakah UMNO pindah pengundi, tukar tempat mengundi, tukar sempadan untuk mencuri pengundi Melayu, UMNO seleweng undi pos kerana Allah.
Apa salahnya TS Annuar Musa atau mana-mana ahli dan penyokong UMNO melaungkan "Lillahi Taala" jika niat berpolitik memang untuk menegakkan syiar agama? Mungkin Tun Dr Mahathir tidak biasa melakukan usaha untuk Allah SWT? Mungkin agaknya dahulu Tun Dr Mahathir berjuang dalam UMNO untuk kayakan kroninya atau untuk anak-anaknya jadi 'billionaire'? 

Ataupun Tun Dr Mahathir menyangka laungan "Lilahi Taala" adalah proses 'Arabisation' yang selalu dikritik oleh anaknya Marina? Walau bagaimanapun, terima kasih Tun kerana mengulas dan menularkan video di atas. Saya tidak pasti apa perjuangan Tun Dr Mahathir dulu. Bagi kami sekarang, perjuangan UMNO memang "Lillahi Taala". Demi Agama, Bangsa dan Negara. Bukan untuk menjadikan kroni dan anak menjadi 'billionaire'.

Nota Kaki - Kenangan karikatur Zunar mengenai idola Pakatan Harapan sekarang.



December 28, 2017

11 Lebar Jalan Mohd Saad Sampai 4 Orang Potong Riben @cmlimguaneng?




Setiap tahun, Kerajaan Persekutuan akan memperuntukkan sejumlah dana untuk penyelenggaraan dan pengurusan jalan raya termasuk di negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang seperti di Pulau Pinang melalui MARRIS. Paling melucukan Rejim DAP Pulau Pinang cuba mengambil kredit dengan cuba mengaburi mata Rakyat Pulau Pinang dengan mencanangkan Rejim Negeri prihatin dengan Rakyat dengan melebarkan dan membaiki jalan.

Tidak ada satu projek yang memberi impak dan manfaat kepada Rakyat Pulau Pinang dengan kantung kewangan Rejim Negeri sehinggakan peruntukan pembesaran Jalan Mohd Saad dibuat majlis pembukaan. Yang paling melucukan, pembukaan pembesaran Jalan Mohd Saad (pembesaran saja, jalan dibina Kerajaan Persekutuan) menggubnakan peruntukan Kerajaan Persekutuan memerlukan 4 orang untuk memotong riben! 4 orang beb!

Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Joseph Lim Guan Eng sememangnya seorang yang bermuka-muka. Seperti mana di dalam laman sosial Facebook beliau beberapa hari lepas, beliau menemplak MCA, Gerakan, SUPP kerana bekerjasama dengan UMNO yang kini menjalin hubungan dengan PAS. 

Pada 18/12/2017, Joseph Lim Guan Eng menggambarkan Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai sebagai Wu Sangui dari masyarakat Cina, dengan mendakwa DS Liow mengkianati masyarakat Cina dengan menyanyikan lagu yang sama dengan Presiden PAS, DS Hadi Awang. Mungkin sejak berkawan dengan 'Self Proclaimed Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir, Joseph Lim Guan Eng telah diserang sindrom mudah lupa dan tak tahu.

Siapakah yang terlebih dahulu menjalinkan hubungan bersama-sama dengan PAS sejak bertahun tahun dalam pakatan pembangkang kalau tidak DAP. Masa cinta sedang berputik, kedua-dua pemimpin berjalan berpegangan tangan. Semuanya indah. Bila sudah bergaduh, Joseph Lim Guan Eng cuba menunding jari kepada MCA dan Gerakan dengan menuduh mereka mengkianati masyarakat Cina. Gila ka apa? Seperti kata Timbalan Presiden MCA, DS Dr Wee Ka Siong, 
The fact that DAP is still 'embracing' PAS is a giveaway that DAP would do anything for political power. DAP misled the Chinese to support PAS in the last general election, saying PAS is for a welfare state. But the fact is PAS has been consistent in its mission for an Islamic state. DAP continues to embrace PAS.
Kesimpulan kenyataan DS Dr Wee adalah DAP masih gila talak dengan PAS.

Nota Kaki -

a) Mari kita tonton jenaka Joseph Lim Guan Eng di bawah:


b) Di bawah adalah surat Kenaikan Had Siling bagi peruntukan MARRIS yang dikeluarkan Kewangan Negeri bertarikh 11/10/2017.

December 27, 2017

15 BN Anjur Walkathon Derma Sekolah Pembangkang Marah, Mereka Kutip Derma Parti Boleh Pula?



Apa masalah pembangkang apabila menimbulkan isu Barisan Nasional (BN) membantu mengutip derma untuk sekolah melalui program 'walkathon'. Pembangkang boleh saja menganjurkan perkara yang sama tetapi kenapa mereka tidak lakukan? Kenapa perlu cemburu dengan apa yang BN buat?

Untuk rekod, BN memperjuangkan pendidikan untuk Rakyat sejak dari merdeka. Parti komponen BN, MCA contohnya menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman sehingga dikenali sebagai Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) manakala Gerakan pula berbangga dengan Wawasan Open University. 

Bagi pembangkang pula terutama DAP apa yang dapat mereka banggakan? Memekik terlolong membuat kenyataan menyokong pendidikan tetapi parti berkenaan jangan kata Universiti, taska dan tadika pun tidak ada satupun yang pernah mereka bina.

Itu beza MCA dan Gerakan parti komponen BN membantu Rakyat berbanding DAP. MCA dan Gerakan menganjurkan 'walkathon' bagi mengumpul dana untuk pendidikan Rakyat. DAP pula menganjurkan Majlis Makan Malam bagi mengisi dana parti dan tembolok pemimpin mereka. Nampak tak?

11 @cmlimguaneng Dan DAP Perlu Cermin Muka Sendiri Sebelum Gelar Presiden PAS Sebagai Rasis Dan Ekstrimis


Setiausaha Agung DAP, Joseph Lim Guan Eng semalam menghentam Presiden PAS, DS Abdul Hadi Awang berikutan tulisan beliau bertajuk "Mengapa Kalau Islam Tidak Boleh?" yang disiarkan pada 22 Disember lalu.

Dipetik portal The Malaysia Insight, baca di sini, antara istilah yang Joseph Lim Guan Eng gunakan adalah menghasut (seditious), merbahaya (dangerous), perkauman (racist), ekstremis (extremist), tidak berperlembagaan (unconstitutional) dan hanya boleh dikaitkan dengan golongan Taliban (can be identified only with the Talibans).

Dengan berpandukan laporan media tertentu kononnya DS Abdul Hadi mahukan Menteri Kabinet hanya diisi oleh orang-orang Melayu Islam, tanpa merujuk kepada kenyataan asal beliau, Joseph Lim Guan Eng terus menyelarnya dengan pelbagai istilah negatif.

Seperti dijelaskan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan, tiada di mana-mana di dalam tulisan DS Abdul Hadi ini yang mahukan Menteri Kabinet hanya diisi oleh orang-orang Melayu Islam.

Intipati sebenar tulisan DS Abdul Hadi adalah menjurus kepada persoalan melantik ketua kerajaan (Perdana Menteri) yang, mengikut beliau, mestilah datang daripada penganut Islam.

Apa yang mahu ditunjukkan oleh DS Abdul Hadi adalah bahawa golongan Islam, tidak seperti golongan sekular di pelbagai tempat lain yang hanya melantik golongan mereka sebagai anggota kabinet, turut melantik golongan bukan Islam sebagai anggota kabinet.

Jika Joseph Lim Guan Eng menganggap kenyataan DS Hadi Awang sebagai menghasut, merbahaya, perkauman dan ekstremis, maka perjuangan Malaysian Malaysia DAP sebenarnya adalah jauh lebih menghasut, lebih merbahaya, lebih ekstremis dan lebih tidak berperlembagaan.

Matlamat Malaysian Malaysia DAP, untuk mensekularkan Malaysia dan untuk menghapuskan perbezaan antara 'Bumiputera' dan 'bukan Bumiputera', pula bukan sahaja menghasut malah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, khasnya Perkara 3 dan Perkara 153.

Begitu juga dengan matlamat DAP untuk 'memulihkan pilihan raya tempatan', yang masih menjadi agenda perjuangan DAP, walaupun Mahkamah Persekutuan telah memutuskan dengan jelas pada 14/08/2014 bahawa ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Joseph Lim Guan Eng wajar mencermin muka beliau terlebih dahulu sebelum mengelar mana-mana pihak sebagai rasis, ekstremis dan tidak berpelembagaan.

Nota Kaki - Joseph Lim Guan Eng juga sekarang telah menjadi seorang yang tidak berprinsip dan lalang untuk keuntungan politik. Tidak percaya? Tonton video 'Dulu Lain Sekarang Lain' di bawah.

December 26, 2017

19 MP DAP @LiewChinTong Menghina Anggota Tentera


Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dalam satu Sidang Media mendakwa terdapat kem tentera yang akan dibina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh yang terletak dalam Parlimen Sembrong, disandang Menteri Pertahanan, DS Hishammuddin Tun Hussien.
Beliau mendakwa, sekurang-kurangnya 1,000 anggota tentera bersama pasangan mereka akan ditempatkan di kem tersebut.
Kata beliau, pembinaan kem tersebut bertujuan memberi kemenangan selesa kepada Barisan Nasional (BN) yang menang tipis menentang DAP dengan 103 undi di DUN Paloh dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas.
Dakwaan ini paatinya tidak munasabah. Ianya secara nyata menghina angkatan tentera yang mempunyai kebebasan mengundi. Sekiranya dakwaan ini benar kenapa daripada 9 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di kawasan kem tentera di dalam PRU-13, 7 daripadanya dimenangi oleh pembangkang iaitu DAP dan PKR. 

Bagaimana MP DAP ini boleh menuduh BN menggunakan anggota tentera untuk memenangi Pilhan Raya kalau BN gagal memenangi kesemua kerusi Parlimen tersebut?
  

21 1MDB Selalu Menjadi Alasan Pembangkang Tutup Rasuah Mereka

Walaupun sehingga kini, tidak ada satu buktipun yang dapat dikemukakan oleh pembangkang bagi menunjukkan terdapat unsur jenayah di dalam 1MDB atau wang 1MDB dicuri, mereka bijak menggunakan persepsi untuk menyalahkan 1MDB untuk apa sahaja yang berlaku di Malaysia.

Terbaru, terdapat artikel yang menyalahkan 1MDB mengenai isu FELDA yang bertajuk "Felda scandal being used to divert attention from 1MDB, says Isa Samad’s former aide". Baca di sini

Paling menarik kenyataan ini dikeluarkan oleh Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Zahid Mat Arip. Adakah orang ini layak mengeluarkan kenyataan mengenai FELDA sedangkan beliau sendiri bergelumang dengan tahi?



Bagi pembangkang adalah senang menipu Rakyat Malaysia dengan isu 1MDB. Ini disebabkan macai pembangkang yang ada malas berfikir. Guna 1MDB untuk mengalihkan perhatian walaupun pemimpin mereka ditahan kerana rasuah dan pengecut untuk menghadiri perbicaraan.

Kalau tidak percaya mari kita lihat berapa banyak kenyataan pemimpin pembangkang yang yang menggunakan 1MDB sebagai alasan unyuk menutup jenayah yang mereka lakukan.

1. Penang graft cases ‘aimed at diverting attention from 1MDB’. Baca di sini

2. BMF, forex scandals to 'divert attention' from 1MDB, says Dr M's lawyer. Baca di sini.

3. MALAYSIA CORRUPTOIN ARRESTS A BID TO DIVERT ATTENTION FROM 1MDB. Baca di sini.

4. 'Chinese targeted to divert attention from 1MDB'. Baca di sini.

5. Dr Mahathir: Red shirt rally held to divert attention from 1MDB. Baca di sini.

6. Najib using political funding reforms to divert focus from 1MDB probe, DAP says. Baca di sini

Percaya dan yakinlah sekiranya selepas ini sekiranya didapati Betty Chew mengandung, semua itu adalah salah 1MDB dan bukannya Joseph Lim Guan Eng. Ho Ho Ho.

December 25, 2017

56 PM @NajibRazak Baca 'Buku Terbalik' Pun Jadi Isu? Pembangkang Ketandusan Isukah?





Agak kelakar dengan isu baru yang dimainkan oleh juak-juak pembangkang. Isu Perdana Menteri baca buku terbalik. Al kisahnya, DS Najib Tun Razak sedang meneliti buku bertajuk Helming The Times / Menakhoda Zaman dalam dwi bahasa. 

Sekiranya buku ini dibaca dalam bahasa Malaysia, kulit bukunya yang bertulisan dan bertajuk English akan menjadi terbalik dan begitu juga sebaliknya. Jadi betillah sekali imbas nampak seperti Perdana Menteri membaca buku secara terbalik.

Kita faham macai pembangkang tidak banyak membaca. Itu sebabnya mereka bodoh. Kerja propaganda mudah seperti ini pun mereka gagal lakukan apatah lagi hendak mencipta isu fitnah yang besar. Kesimpulannya, kalau tidak bodoh dan baghal bukan pembangkang namanya.

Nota Kaki - Macai ProTun mungkin tidak pernah membaca buku idola mereka yang juga ditulis salam dwi bahasa seperti di bawah.

December 24, 2017

0 Perdana Menteri DS @NajibRazak Puas Hati Siap Siaga MCA Hadapi PRU-14


Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak menyambut baik persiapan MCA untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14. Menurut Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai, DS Najib Tun Razak berpuas hati dan gembira dengan kadar kerja parti sejak dua tahun lalu. DS Liow berkata demikian kepada pemberita selepas pertemuan tertutup dengan DS Najib Tun Razak di Wisma MCA. Beliau dipetik berkata, 
Kami lebih teratur dan fokus pada asas kami. Tetapi masih ada ruang untuk penambahbaikan dalam semua aspek, Jika calon yang berpotensi tidak bersedia sepenuhnya, kami mungkin akan melakukan perubahan. Saya telah membuat beberapa pengumuman yang melibatkan lima hingga enam calon. Perdana Menteri telah menerima mereka. Persiapan di kerusi ini akan dilakukan secara berterusan.
DS Liow, yang merupakan Menteri Pengangkutan, berkata beliau telah menyerahkan senarai calon parti untuk bertanding di 40 parlimen dan 90 kerusi negeri. Mengenai pertukaran kerusi di kalangan parti komponen Barisan Nasional, Liow berkata ia bergantung kepada terma dan syarat tertentu. Beliau berkata ia perlu dilakukan dengan semangat yang ada dalam Barisan Nasional.

Amat jarang bagi Perdana Menteri melawat Ibu Pejabat MCA selain daripada pembukaan Perhimpunan Agung Tahunan Parti. Namun lawatan kali ini amat penting dan bemakna kerana Pengerusi Barisan Nasional ingin bertemu dengan pemimpin MCA, yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Pusat, Belia dan Wanita, bagi membincangkan persiapan parti untuk PRU14. menurut Setiausaha Agung MCA, DS Ong Ka Chuan, kehadiran DS Najib Tun Razak adalah untuk memastikan parti itu bersedia untuk pilihan raya.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates