December 23, 2017

0 Hentian Akhir Bandar (HAB) Medan Pasar Dialihkan Untuk Melancarkan Aliran Trafik


Berkuat kuasa hari ini, Hentian Akhir Bandar (HAB) Medan Pasar akan dikategorikan semula sebagai sebuah hentian bas. Dengan perubahan ini, bas tidak dibenarkan lagi untuk menunggu atau diparkir di lokasi tersebut. Bas hanya dibenarkan untuk mengambil dan menurunkan penumpang. 

Perubahan ini adalah bagi melancarkan aliran trafik di kawasan Medan Pasar (berdekatan HSBC), yang mengalami masalah kesesakan lalu lintas ketika waktu puncak. Bas yang berhenti di kawasan itu juga didapati telah menyumbang kepada kesesakan tersebut. 

Mengikut Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) semalam, peralihan ini akan melibatkan 50 bas yang dikendalikan oleh syarikat Selangor Omnibus Co Bhd dan Setara Jaya Sdn Bhd. Maklumat bagi penumpang telah dipamerkan di dalam bas-bas terlibat serta di HAB Medan Pasar dan Lebuh Pudu sejak minggu lepas. 

Bagi mempermudahkan penumpang, kakitangan daripada Selangor Omnibus, Setara Jaya, dan SPAD akan ditugaskan bermula hari Sabtu 23/12/2017 di hentian Medan Pasar bagi memantau proses peralihan.

Dengan perpindahan ini, akan terdapat tiga HAB di dalam Pusat Bandar Kuala Lumpur, iaitu: HAB Munshi Abdullah, HAB Pasar Seni dan HAB Lebuh Pudu. Adaah diharapkan dengan penempatan semula HAB-HAB ini, trafik di dalam bandar Kuala Lumpur akan menjadi lancar untuk kemudahan semua pihak. Tahniah SPAD. Berikut adalah Kenyataan Media penuh berkenaan perkara ini.

45 Kita Tahu @MahfuzOmar Bodoh, Tapi Takkan Sebodoh Tak Tahu DS @NajibRazak Tak Boleh Istihar Pilihan Raya


Satu Malaysia tahu Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar bukan orang yang cerdik. Namun tak adalah kita sangka dia terlalu bodoh. Bagaimana beliau boleh mencabar Perdana Menteri menetapkan Pilihan Raya yang lebih awal selewat-lewatnya 1 Januari 2018. Kata Mahfuz,
Najib mesti berani umumkan tarikh bubar Parlimen dan tarikh hari mengundi, Rakyat Malaysia berhak tahu lebih awal. Beliau tidak perlu takut berdepan ‘hari perhitungan’ daripada Rakyat
Pertama, sebagai orang lama dalam kancah politik negara? Mahfus Omar sepatutnya lebih arif mengenai dua perkara tersebut iaitu tarikh pembubaran Parlimen dan tarikh Pilihan Raya Imum (PRU).

Kedua, tarikh pembubaran Parlimen perlu terlebih dahulu mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong manakala penentuan tarikh-tarikh Pilihan Raya iaini tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi adalah prerogatif Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 

Ketiga, Perdana Menteri tidak ada kuasa untuk menentukan atau mengumumkan tarikh-tarikh Pilihan Raya. 

Kenapa Mahfus Omar sibuk sangat mengenai tarikh-tarikh ini semua? Mahfus Omar mahukan Perdana Najib umum tarikh PRU supaya dia boleh umum tarikh keluar PAS dan sertai parti lain? Keluar sajalah.

Kesimpulannnya, Sirul, Sirul, Hello ... Hello ...

December 22, 2017

42 Mana Rumah Selangorku DS @AzminAli?





Tontonlah video di atas. Video ini secara jelas menerangkan apa yang berlaku dengan program Rumah Selangorku. Kata Menteri Besar Selangor dalam ucapannya dalam video di atas, Kerajaan Selangor mahu bina 13 ribu Rumah Selangorku, iaitu rumah mampu milik. 10 ribu rumah sudah dilancarkan katanya lagi. Beliau akan serah kunci kepada 20 ribu pemilik rumah. Jangan tanya tanya CTS macam mana Menteri Besar kira, Albert Einstein pun tabik dengan kiraan Azmin Ali.

Kedua, tanah sudah dijual kepada pemaju, tetapi pemaju hanya bina rumah mewah, rumah mahal. Adakah Azmin Ali kena tipu dengan pemaju atau Azmin Ali berpakat dengan pemaju untuk menipu Rakyat? Projek Rumah Selangorku yang dilancarkan Azmin Ali masih tidak kelihatan. Perumahan fasa pertama sudah diduduki tetapi itu bukan Rumah Selangorku. Itu rumah mewah. Bukan rumah mampu milik.

Pemohon mengadu mereka ditawarkan rumah. Apa yang mereka dapat hanyalah 'borang' dan 'tawaran' sahaja. Rumah? Rumah tak dapat. Selangor sudah jadi seperti Pulau Pinang, hanya buat rumah berharga RM500 ribu, RM1 juta dan rumah-rumah mewah yang orang Melayu marhaen tidak mampu beli. Persoalan pokok adalah mana Rumah Selangorku?

18 Hello @cmlimguaneng Kenapa Blog Posting You Dalam Bahasa Cina, You Ketua Menteri Kaum Cina Sajakah?


Kenapa artikel terbaru Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Engndi dalam blog rasminya hanya menggunakan bahasa Cina? Adakah ini cara beliau untuk menyembunyikan fakta yang ditulis daripada 'non-Chinese'? Mungkin ada apa-apa yang hendak disembunyikan. Perkara ini tidaklah menjadi isu sekiranya Joseph Lim Guan Eng bukan sesiapa. Sebaliknya, beliau adalah Ketua Menteri Pulau Pinang. Adakah beliau Ketua Menteri untuk kaum Cina sahaja? 

Kedua, ini juga bukan isu terjemahan. Ramai di antara 'non Chinese' yang boleh berbahasa Cina sama ada Mandarin, Hokkein atau sebagainya. Malah 'Google Translate' juga dapat digunakan walaupun tidak berapa tepat terjemahannya. Isunya di sini adalah sebagai Ketua Kerajaan sebuah negeri, pastinya beliau tahu menghormati Bahasa Kebangsaan bukan?

December 21, 2017

27 Ada Apa Dengan Isu Tanah FELDA?



FELDA membatalkan rancangan projek hartanah secara besar-besaran memandangkan terdapat lebihan penawaran di dalam pasaran, terutamanya dengan beberapa projek hartanah mega di Tun Razak Exchange  (TRX) dan Bandar Malaysia.

Dengan pembatalan ini, FELDA akan mengambil balik tanahnya yang telah diserahkan kepada pemaju yang dilantik oleh pengurusan FELDA sebelum perlantikan TS Shahrir Samad. Kita ucapkan syabas kepada TS Shahrir Samad. Memetik kata-kata beliau di dalam Sidang Media yang diadakan secara langsung petang tadi,
FELDA nak balik tanah itu, yang lain sama ada siapa jadi kontraktornya, berapa tinggi menara itu, apa nilainya, cerita pembangunan mereka, apa perancangan nak buat di situ... semua itu saya tak minat.
Saya tak pernah dengar nama syarikat kontraktor ini, saya tak berminat pun menara 59 tingkat dengan nilai kontrak RM107 juta, kerana dalam keadaan pembangunan hartanah sekarang kenapa nak bangunkan secara besar-besaran.
Terdapat beberapa perkara positif yang boleh diambil hasil dari maklum balas melalui Sidang Media pada petang tadi oleh TS Shahrir Samad sebagai Pengerusi FELDA dan Dato Razali Ibrahim sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA:

1. FELDA akan menukar status kaveat persendirian kepada kaveat berdaftar untuk menguatkan lagi pemilikan ke atas tanah itu.

2. Ketika ini FELDA mempunyai kaveat peribadi diperoleh dari Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Limpur pada 14/04/2017 yang melindungi hak milik tanah di Jalan Semarak.

3. Laporan polis telah dibuat kepada pemaju projek. Lantikan juruaudit luar akan dibuat dengan segera oleh Jabatan Perdana Menteri bagi memastikankan segala Standard Operating Procedures (SOP) FELDA dipatuhi oleh pihak-pihak yang terlibat dan tiada salah guna kuasa dan aktiviti jenayah berlaku.

Walaupun berkemungkinan berlaku salah guna kuasa dan / atau 'fraud' dalam pengurusan FELDA mahupun FELDA Investment Corporation (FIC), kita bersyukur dan berterima kasih kepada pengurusan baru di bawah pimpinan TS Shahrir Samad yang memastikan aset FELDA tidak terlepas ke tangan pihak yang tidak berkenaan.

December 20, 2017

82 Datuk Farid Kamil Minta Nasihat Negarawan Ulung, Apa Kata Tun @chedetofficial?



Pelakon dan pengarah suam-suam kuku yang baru mendapat anugerah Datuk dari sebuah negeri kerana jasa-jasanya yang terlalu banyak kepada negara telah membuat kunjungan ke kediaman Negarawan Ulung Dunia, Tun Dr Mahathir.

Di dalam kunjungan tersebut, pelakon yang sentiasa mendapat filem 'Box Office' atau pecah panggung dan segala-galanya pecah ini telah mendapat nasihat Negarawan Ulung Dunia, pesanan untuk artis-artis. 

Jawab Tun Dr Mahathir secara ringkas, "Amal Makruf Nahi Mungkar." Alhamdulillah. Nasihat yang baik dari Negarawan Ulung Dunia. Kita dapat lihat dari cara beliau mengepalai keluarganya. Alhamdulillah.







December 19, 2017

0 Veteran MCA Pahang, TS Lim Ah Lek Yakin DS @LiowTiongLai Mampu Pertahankan Parlimen Bentong


Mantan Menteri Sumber Manusia, Mantan Timbalan Presiden MCA, Mantan Pengerusi MCA Pahang dan Mantan Ahli Parlimen Bentong (1989 - 1999), Tan Sri Lim Ah Lek telah menyatakan keyakinan bahawa MCA akan dapat mengekalkan kerusi Parlimen Bentong pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14.

Menurut TS Lim, maklum balas daripada pengundi memperlihatkan perkara-perkara yang baik dan positif untuk MCA. Beliau mempunyai perasaan dan keyakinan yang kuat bahawa Barisan Nasional (BN) mampu menang di Bentong sekali lagi dan kali ini dengan majoriti yang lebih besar. Dalam PRU ke-13, presiden MCA, DS Liow Tiong Lai memenangi kerusi itu dengan mengalahkan calon DAP 'Anti-Lynas' Wong Tack.

DS Liow katanya telah memberikan perkhidmatan yang baik untuk Rakyat Bentong dan pengundi-pengundi Bentong pula terkenal dengan kesetian mereka kepada ahli politik yang berkhidmat kepada mereka. TS Lim berkata pengundi Cina perlu menentukan apa yang baik untuk mereka, sama ada parti yang telah memberi perkhidmatan kepada mereka atau parti yang hanya tahu bagaimana untuk mengkritik.

Untuk rekod, kerusi Parlimen Bentong telah menjadi kubu kuat MCA sejak Kerajaan Persekutuan ditubuhkan pada tahun 1958. Walau bagaimanapun, DAP telah menyandang tiga daripada empat kerusi DUN di kawasan Parlimen Bentong iaitu Bilut, Ketari dan Sabai, manakala Menteri Besar Pahang, DS Adnan Yaakob meruapakan penyandang DUN Pelangi. Menurut undi.info, daripada lebih daripada 60,000 pengundi yang keluar mengundi pada PRU ke-13, 45% adalah Melayu, 44% Cina dan 9% lagi India.

December 18, 2017

32 PAN Tumpang Tuah Aisyah Menang Gegar Vaganza



Pemimpin-pemimpin parti PAN hari ini menumpang populariti penyanyi Aisyah yang baru memenangi acara nyanyian Gegar Vaganza semalam. Antaranya adalah Presiden PAN sendiri, Mat Sabu dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Khalid Samad dipetik berkata,
Kita harap aura Aisyah dapat tarik pengundi muda dan atas pagar dan insya-Allah sejauh mana Aisyah sendiri sanggup menyumbang bersama dalam kempen, kita akan bantu dia sekali, semua orang saya rasa ada niat melakukan kebaikan.
Gegar Vaganza bukanlah satu medan nyanyian orang muda. Gegar Vaganza adalah gelanggang penyanyi lama. Tidak pasti bagaimana Khalid Samad mengharapkan golongan muda yang tidak 'lalu' menonton rancangan ini untuk mengidolakan Aisyah.

Kedua, rancangan nyayian untuk artis lama juga menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM100 ribu. Diharap Aisyah esok lusa tidak lagi melalak di pentas ceramah PAN, Malaysia akan bangkrap.

Ketiga, Astro secara terbuka memberi peluang kepada penyanyi dari pembangkang menyertai dan seterusnya memenangi rancangan Gehar Vaganza ini. Tiada halangan dari Kerajaan Pusat. Zalim lagikah Kerajaan yang ada sekarang?

Adakah Aisyah akan mendapat peluang yang sama sekiranya 'Self Proclaimed Top Dog" Pakatan Harapan masih berkuasa? Sebut siapa Mahathir pun kena gam.

Nota Kaki: Lupa pulak nak letak dialog gambar pertama di atas.

Abang Mat: Abang Mat cukup bangga dengan Cah!
Cah: Cah pun kagum dengan Abang Mat, hadiah ini untuk Abang Mat.

0 Panas Dengan Kenyataan DS @LiowTiongLai Bahawa @LimKitSiang Tidak Layak Menjadi Perdana Menteri, @cmlimguaneng Naik Angin


Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sekiranya Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilantik menjadi Perdana Menteri, negara akan kacau bilau kerana beliau mendakwa Lim Kit Siang adalah seorang ahli politik yang tidak bertanggungjawab dan seorang yang perkauman. DS Liow mengulas kenyataan Presiden PAS, DS Hadi Awang bahawa Rakyat perlu menolak pemimpin DAP yang beliau bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.

Berang dengan kenyataan DS Liow yang juga merupakan Menteri Pengangkutan, Setiausaha Agung DAP, Joseph Lim Guan Eng tampil membuat serangan balas dengan menuduh DS Liow menggunakan tektik ekstrem dengan membangkitkan kebencian kaum dan ini menurut Joseph Lim Guan Eng sebagai sangat memalukan bagi pemimpin Cina dalam Barisan Nasional.

Anak kepada Lim Kit Siang ini juga turut mencadangkan agar DS Liow mempertimbangkan untuk menjadi ahli gabungan PAS, berikutan menyokong ucapan Presiden MCA terhadap veteran DAP Lim Kit Siang.

Pertamanya, kenapa mesti melenting apabila ada pihak mendedahkan cita-cita Lim Kit Siang untuk menjadi Perdana Menteri. Perkara ini bukalah satu rahsia lagi. Minggu lepas, bekas ADUN Jawi dan bekas anggota DAP, Tan Beng Huat mendakwa terdapat perbincangan di dalam DAP bahawa Lim  Kit Siang menaruh harapan untuk menjadi Perdana Menteri.

Kedua, walaupun sesiapa menjadi Perdana Menteri di dalam Pakatan Harapan sekalipun, DAP tetap menjadi 'Master Puppet'nya. Lim Kit Siang seharusnya berbangga kerana penyokong Pakatan Harapan melihatnya sebagai bakal Perdana Menteri. Cuma, beliau dan anaknya perlu berdoa selalu kerana Lim Kit Siang baru-baru ini dimasukkan ke hospital kerana membuang ketumbuhan dan mempunyai penyakit barah tahap satu. Kita tidak mahu Pilihan Raya Kecil diadakan dengan begitu cepat selepas Pilihan Raya Umum ke 14 ini kerana kehilangan seorang Ahli Parlimen.

37 Daim Zainuddin Tanya ECRL Pinjaman Atau Pelaburan, Ini Jawapannya


Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin cuba mengelirukan Rakyat kerana mendakwa Projek Keretapi Pantai Timur (ECRL) tidak membawa keuntungan sebaliknya menyusahkan negara kerana perlu membuat pinjaman. Dipetik kenyataan beliau di dalam Free Malaysia Today, baca di sini, menggesa Kerajaan untuk membawa pelaburan ke negara ini supaya peluang pekerjaan akan dapat disediakan kepada Rakyat.

Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak tidak pernah berselindung atau menyembunyikan apa-apa fakta. Dari awal lagi beliau telah memaklumkan bahawa Malaysia telah mendapat syarat pembiayaan menarik dengan 85% dibiayai pinjaman mudah dengan kadar faedah 3.25% daripada China Exim Bank, dengan tempoh moratorium 7 tahun. 

Sementara 15% lagi projek ECRL dibiayai program sukuk yang diuruskan  bank-bank pelaburan tempatan. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri telah menetapkan syarat sekurang-kurangnya 30% kontraktor Malaysia terlibat di dalam ECRL dan pelajar Malaysia yang mengikuti latihan industri ECRL diambil bekerja.

Menjawab pertanyaan Tun Daim adakah ECRL membawa keuntungan kepada Malaysia? Jawapannya adalah YA! ECRL akan mengimbangi pembangunan ekonomi Pantai Barat dan Timur kerana merangsang pelaburan, menggalakkan kegiatan komersial, mewujudkan pekerjaan, pendidikan berkualiti dan merancakkan industri pelancongan di Pantai Timur.

Kedua, Pelabuhan Kuantan bakal menjadi terminal laut dalam yang mampu menampung  kapal lebih besar sehingga 200,000 tan berat muatan atau kapal yang boleh membawa 18,000 unit dua puluh kaki kontena.

Sama seperti 'Self Proclaimed Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir, Tun Daim juga terdesak untuk menjatuhkan kerajaan DS Najib Tun Razak semata-mata kerana mahu menjaga kepentingannya melebihi kepentingan negara dan Rakyat. Kesimpulannya, menjawab pertanyaan Tun Daim sama ada ECRL adalah bentuk pinjaman atau pelaburan, apa yang pasti ECRL adalah pelaburan Malaysia untuk masa depan.

December 17, 2017

23 Hebat MB Selangor DS @AzminAli, Bible Pun Dia Hafal



Mungkin DS Azmin Ali merupakan Menteri Besar pertama yang mengungkapkan ayat-ayat Bible di pentas ucapan. Penuh yakin beliau berucap di hadapan penganut-penganut Kristian hingga sesekali mendapat tepukan hadirin.

Penceramah terkenal, Ahmad Deedat dan Dr Zakir Naik menggunakan kalimah Bible untuk membenarkan dan mensahihkan kitab suci Al Quran di dalam debat dan ceramah mereka. Sebaliknya Menteri Besar Selangor menggunakan ayat-ayat Bible untuk meraikan dan merayakan perayaan Hati Natal yang akan tiba beberapa hari lagi.

Hebat anak Ustaz Ali ini. Ya lah, semenjak berkawan rapat dengan Joseph Lim Guan Eng, main Bible Bible gitu. Perlukah Azmin Ali memetik ayat Bible dari Chapter 80 - Matthew (Mathius), para 21 dan 22 sempena sambutan Krismas di Selangor? Apa akidah Azmin Ali sekarang apabila beliau membaca petikan Bible yang mengatakan Nabi Isa A.S. adalah Anak Tuhan? Sebagai Menteri Besar Selangor, tidakkah tindakan Azmin Ali ini menghina Baginda Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam Negeri?

7 IMAMS Untuk Umrah, Kenapa Sampai Perlu DS @NajibRazak Campurtangan?


Sejak semalam laman sosial dipenuhi dengan isu Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia (KPK) yang telah mengumumkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Maklumat Pemantauan Bersepadu Integrated Manasik Monitoring System (IMAMS) pada 15/12/2017.

Susulan itu, pelbagai reaksi telah diterima oleh KPK terhadap inisiatif tersebut. Dua oerkara pokok yang diperdwbatkan adalah orang bukan Islam menerajui IMAMS dan ckai GST dikenakan ke atas carian IMAMS dan Takaful yang diambil.

Apabila Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak secara peribadi turut memuat naik status dari kaman sosial Twitter dari Bahrain bahawa beliau memang sama sekali tidak setuju, maka oastinya ada sesuatu yang tidak kena. 

Ini boleh dianggap suatu teguran yang keras secara terbuka. Mungkin Menteri KPK dan Timbalannya, KSU dan TKSU sudah boleh berfikir tentang persaraan mereka setelah membuat haru biru sejak semalam. Perdana Menteri ada banyak perkara yang hendak difikirkan. Tidak perlu menyusahkan beliau dengan perkara remeh temeh ini yang menaikkan kemarahan Rakyat.

Berikut adalah hansard Parlimen yang menunjukkan YB Menter KPKi sebenarnya tahu tentang kadar RM90.10 untuk IMAMS. Jadi adakah wajar untuk beliau salahkan pegawai sendiri? Adakah pegawai-pegawai beliau termasuk Timbalan Menteri KPK secara semberono membuat sidang akhbar tanpa menyemak data terlebih dahulu terutama mengenai ada kakitangan IMAMS yang bukan Islam?



 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates