December 15, 2017

0 MCA Ketengahkan Generasi Muda Hadapi PRU Ke 14

Sekiranya Pakatan Harapan mempertaruhkan dinosaur tua seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang sebagai calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14, parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA pula mempertaruhkan generasi muda.

Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai. berkata lebih 30 peratus calon muka baru yang disenaraikan MCA untuk PRU ke 14 terdiri daripada generasi muda. Beliau berkata MCA hanya menyenaraikan calon yang berkelayakan dan berpotensi terutamanya generasi muda untuk menarik kembali sokongan pengundi Cina kepada parti itu.

DS Liow mahukan semua pemimpin dan calon MCA rajin, turun padang agar lebih dikenali dan disukai oleh rakyat. Mereka semua perlu mempunyai komitmen yang tinggi dalam memberi khidmat kepada rakyat.

Menurut DS Liow, MCA telah mengumumkan beberapa nama calon di beberapa tempat antaranya kerusi Parlimen Tebrau akan ditandingi Datuk Dr Hou Kok Chung dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya pula bakal ditandingi Datuk Tan Cher Puk.

Tambah DS Liow, walaupun telah termasuk dalam senarai pendek, MCA tidak teragak-agak untuk menyingkirkan calon yang gagal memberi perkhidmatan terbaik kepada Rakyat. MCA kata beliau berharap sokongan pengundi akan meningkat dengan perkhidmatan yang diberikan oleh bakal calon.

25 Kampung Tok Subuh Akhirnya Diroboh Rejim DAP Selepas Subuh





Satu lagi perkampungan di Pulau Pinang dirobohkan. Kampung Tok Subuh kini menjadi kenangan apabila mula dirobohkan oleh Rejim DAP selepas Subuh. Tiada yang peliknya. Inikan perkampungan Melayu.

Tiada kelibat ADUN PKR Machang Bubuk, Lee Khai Loon di tempat perobohan. Kita akui Rejim DAP berkuaaa penuh untuk merobohkan mana-mana rumah di sini atas alasan didirikan atas tanah berstatus TOL. 

Namun, di mana keadilan untuk Rakyat Pulau Pinang sekiranya tiada pilihan diberikan seperti penempatan rumah murah atau PPRT disediakan untuk Rakyat Pulau Pinang tinggal. Tahniah Rakyat Pulau Pinang.

Inilah caranya Rejim DAP mengusir orang-orang Melayu di kawasan bandar terutama di kawasan Pulau. Satu demi satu penempatan kampung-kampung Melayu dirobohkan. Orang-orang Melayu tidak ada cara lain melainkan berpindah ke tanah besar memandangkan kawasan pulau terlalu mahal untuk diduduki. Nampak tak permainan Rejim DAP? UBAH lagi. Anda UBAH anda dapat.

December 14, 2017

11 Senangnya @RafiziRamli Cakap Fitnah Salah Nama Perkara Kecil, Saman Sedang Menyusul



Amat kurang ajar dan tidak bertanggugjawab bagi Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menganggap fitnah beliau terhadap projek #Negaraku diberikan kepada 'Abang' kepada DS Rahman Dahlan adalah kesilapan kecil dan mengharap Rakyat tidak boleh terlalu berkira. Kepala botak dia!

Kita mengalu-alukan tindakan DS Abdul Rahman Dahlan untuk memulakan sessi saman sivil. Untuk mengelakkan Rafizi Ramli dari mengambil kesempatan mengumpul dana, kita harapkan saman yang dikemukakan biar lebih dari RM10 juta. Kita lihat sama ada macai-macai Rafizi Ramli akan turut berusaha untuk membantu beliau.

Berikut adalah Kenyataan Media DS Abdul Rahman Dahlan:

Press Statement 
Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan
Minister in the Prime Minister’s Department

December 14, 2017

1. On Monday, Rafizi Ramli ,Vice President of the People’s Justice Party (PKR) convened a press conference and accused me of appointing my brother as the main contractor of Expo Negaraku.

2. At the same press conference, Rafizi Ramli had confidently asserted that he had undertaken thorough research and various investigations, the result of which prove that, Raslan Dahlan, the CEO of PICO Integrated Exhibits (M) Sdn Bhd is indeed my brother. Therefore, I have been accused of nepotism in discharging my ministerial duties by appointing my family member to benefit from Expo Negaraku.

3. Like countless other statements by Rafizi, this is another blatant lie that does not befit his position as a member of Parliament. He was so self-assured and buoyant when making this allegation. After repeating the allegation nine times, Rafizi must have believed his own lies.

4. His body language, demeanor and intonation during the press conference were orchestrated to perfection to convince viewers of his slanderous allegation against me.

5. On the same day, I had to make a quick response to his allegation, because anyone could have been convinced easily by his lies.

6. I have evidence in my possession that Rafizi had contacted Raslan Dahlan immediately after his press conference, via a Facebook message asking whether Raslan was actually my brother. This shows that Rafizi was unsure of the facts. Nonetheless, for the sake of his political ambitions, he went on to defame me.

7. I was also aggrieved by the fact that Rafizi accused EPU officers of leaking the incorrect information in an attempt to create strife between hardworking EPU officers and me.

8. In light of the evidence against Rafizi and the malious allegation thrown at me, I have appointed counsel Datuk M Reza Hassan of Messrs Raja Riza & Associate to exhaust all legal means against Rafizi’s in order to put his continuous slandering to rest.

December 13, 2017

23 KISS Indah Khabar Dari Rupa, Kiss My Ass





Tersebar meluas di media-media sosial promosi produk terbaru dari Kerajaan Pakatan Harapan Selangor yang diberi nama Kasih Ibu Smart Selangor (KISS). Diwar-warkan sesiapa anak Selangor dan pengundi di Selangor bolehlah mendaftar diri di pejabat-pejabat ADUN atau penyelaras DUN.

Sayangnya, produk KISS hanya untuk pendapatan seisi keluarga di bawah RM2,000 atau dalam erti kata lain keluarga 'miskin tegar'. Persoalannya, bukankah senarai miskin tegar Selangor sudah ada dalam 'database' Kerajaan Negeri terutama di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang melibatkan Melayu dan bukan Melayu serta Pusat Zakat Selangor (PZS) bagi Melayu Islam?

Kenapa Kerajaan Negeri tidak terus melakukan pemberian melalui JKM dan  PZS? Cara ini bukan perkara baru malah telah dilakukan oleh Kerajaan Pusat melalui pemberian BR1M dengan meletakkan tanggungjawab kepada Jabatan Pendaftaran Negata (JPN) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menguruskan pendaftaran dan memperolehi maklumat secara 'online'?

Kenapa dihadkan produk ini hanya kepada golongan Ibu sahaja? Sudahlah kaum Ibu sahaja malah syarat lain adalah menetap lebih dari 10 tahun! Kenapa pula hanya terhad kepada kedai-kedai terpilih sahaja? Tambahan lagi, kenapa hanya terhad kepada pembelian barang-barang tertentu sahaja? Bagaimana dengan golongan bujang yang berpendapatan bawah RM2,000? Golongan ini tidak pentingkah?

Adakah ini merupakan 'dedak politik' kerana umum mengetahui Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) hampir tiba. Kita meragui propaganda KISS sebagaimana kita meragui keberkesanan produk Tawas, Peduli Sihat, janji bantuan Anak Selangor ke universiti, bantuan ibu tunggal, bantuan ibu yang tidak bekerja dan lain-lain janji yang pernah dilaungkan oleh kerajaan negeri Selangor sebelum ini? 

Hanya yang pasti bantuan air percuma 20ml padu masih diteruskan. Itupun adalah usaha Mantan Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim dan bukannya DS Azmin Ali. Di bawah adalah keluhan warga Ibu Selangor mengenai produk KISS, kiss my ass!

December 12, 2017

23 Adakah @RafiziRamli Sengaja Memfitnah Agar Beliau Disaman Dan Boleh Mengutip Dana Untuk INVOKE?


Agak pelik bagi Raja Fitnah Negara, Rafizi Ramli tidak mengetahui bahawa DS Abdul Rahman Dahlan dan Raslan Dahlan (gambar di atas) tidak mempunyai hubungan persaudaraan. 

Malah, Rafizi Ramli sendiri mengaku fakta yang digunakan untuk menyerang Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah tidak benar. Sebaliknya, beliau langsung tidak meminta maaf. Sebaliknya, beliau telah mencabar Menteri berkenaan untuk menyamannya di mahkamah.
Apakah Rafizi Ramli ini bodoh? Pastinya tidak. Adalah Rafizi Ramli cuai menyelidik sesuatu fakta? Mungkin ya dan mungkin tidak. Apa motif beliau sebenarnya? Cabaran itu bukanlah untuk menutup malu seperti ramai orang berfikir, sebaliknya ia adalah langkah yang dirancang oleh Rafizi Ramli untuk mengutip dana seperti yang berlaku sebelum ini. 

Bayangkan, sekiranya Rafizi Ramli kalah dalam kes saman ini dan perlu membayar RM1 juta, beliau akan mengutip derma sebanyak RM3 juta dan si Sotong Kurita ini dengan mudah untuk memperolehi keuntungan sebanyak RM2juta. 

Rafizi Ramli tidak mempunyai banyak masa. Beliau perlu mengumpul dana sebelum dipenjarakan. Beliau dikatakan tidak lagi akan diletakkan menjadi calon di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14. 

Beliau perlu mempersiapkan diri untuk belanja keluarga dan dirinya semasa dan selepas beliau keluar dari penjara nanti. Kalau ini benar, mungkin banyak lagi 'maklumat salah' akan keluar dari mulut Rafizi Ramli.



7 Sejak Bila Mat Sabu Pandai Menulis Artikel English Dengan Sempurna?


Terkesima membaca artikel-artikel Presiden PAN, Mohammad Sabu yang disiarkan di dalam portal Malaysiakini. Memang diakui Mat Sabu amat dikenali sebagai seorang orator Bahasa Malaysia yang baik. 

Namun, amat jarang (dan mungkin tidak pernah) Mat Sabu berkomunikasi dalam English di dalam ceramah-ceramah beliau. Oleh itu, amat janggal bagi Presiden PAN ini dapat menulis artikel Englsh dengan begitu baik dengan tata bahasa yang berpiawai tinggi.

Tahniah kepada ahli dan pemimpin PAN kerana, tanpa diketahui, Presiden mereka rupa-rupanya boleh menulis menggunakan bahasa English yang begitu cantik berbunga. 

Baca 4 contoh artikel dan komentar dari Presiden PAN, Mat Sabu seperti berikut:

1. “The need to stay at a safe distance from Saudi Arabia”. Malaysiakini 02/12/2017. Baca di sini.

2. “The growing threat of IS in Malaysia”. Malaysiakini 06/12/2017. Baca di sini.

3. “Whither Malaysia? The fall of the ringgit”. 07/12/2017. Baca di sini.

4. “Why is Trump moving the US embassy to Jerusalem?”. Malaysiakini 08/12/2017. Baca di sini.

December 11, 2017

16 Abdul Rahman Dahlan @mpkotabelud Dan Raslan Dahlan Bukan Ada Pertalian Wahai Sotong @RafiziRamli




Di dalam Sidang Medianya di laman sosial 'Facebook Live' hari ini, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sekali lagi membuat tuduhan liar berunsur fitnah. Kali ini mangsanya adalah Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional dan juga Ahli Parlimen Kota Belud, DS Abdul Rahman Dahlan.

Rafizi Ramli mendakwa Kementerian EPU di bawah DS Abdul Rahman Dahlan telah menganugerahkan kontrak projek #Negaraku kepada syarikat Pico Integrated Exhibits Sdn Bhd di mana salah seorang pemegang saham bernama "Raslan Dahlan" yang mana Rafizi Ramli mendakwa adalah saudara sedarah atau Abang kepada DS Abdul Rahman Dahlan.

Syarikat Pico telah berada di dalam bidang perniagaan sejak 20 tahun lalu. Itu bukan masalah utama fitnah Rafizi Ramli. Masalahnya adalah Raslan Dahlan dan Abdul Rahman Dahlan tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan.

Nama penuh Raslan Dahlan adalah Nooraslan bin Mohd Dahlan dan beliau dilahirkan di Johor dengan kod MyKad adalah 01. Manakala nama penuh DS Abdul Rahman adalah Abdul Rahman bin  Datuk Haji Dahlan (tiada Mohd) dan beliau dilahirkan di Sabah. 



Ayah DS Abdul Rahman adalah ADUN Sabah untuk DUN Sulaman untuk 6 tahun bermula pada 1971. Nombor kod MyKad untuk Sabah adalah 12, 47, 48 atau 49, dan bukan 01.

Nampak gayanya fitnah Rafizi Ramli kantoi lagi dan beliau mungkin akan berhadapan dengan saman sivil daripada DS Abdul Rahman Dahlan. Selamat maju jaya Sotong.







 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates