November 25, 2017

0 SPAD Tingkatkan Aktiviti Penguatkuasaan Sempena Cuti Sekolah, Perayaan Krismas Dan Tahun Baru 2018


Suruhanjaya  Pengangkutan  Awam  Darat  (SPAD) akan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan sempena musim cuti sekolah, musim Perayaan Krismas dan sambutan Tahun Baru 2018. Menurut Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya, aktiviti  penguatkuasaan  24  jam  bersepadu  berkenaan akan dijalankan dengan  kerjasama PDRM,  JPJ,  AADK  dan  Pihak  Penguatkuasa  Lebuhraya  akan  dijalankan  bermula  dari  23 sehingga 26 November 2017 selama empat hari dan operasi Perayaan Krismas serta Tahun Baru  2018  yang  akan  dilaksanakan  bermula  pada  22  Disember  2017  sehingga  2  Januari 2018.

Operasi yang dilakukan oleh SPAD ini adalah operasi yang berterusan dilakukan sepanjang tahun dan tidak terhad hanya pada musim perayaan dan cuti umum sahaja. Operasi seperti itu dilakukan dari semasa ke semasa dan lokasi yang dipilih adalah secara rambang seluruh Semenanjung Malaysia. Bulan ini sahaja pada 20/11/2017, SPAD telah mengesan 13 kes pelanggaran undang-undang dalam operasi bersepadu melibatkan kenderaan seperti bas dan lori di Tol Skudai Arah Selatan.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD Mejar Jeneral (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad, berkata daripada jumlah kenderaan yang diperiksa itu, sebanyak tiga kes melibatkan lori manakala 10 kes lagi membabitkan bas dan kereta bagi pelbagai kesalahan yang dikenalpasti. Sebanyak 10 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan termasuk kenderaan lebih muatan, membawa muatan tidak dibenarkan dan gagal menunjukkan lesen.

Manakala pada 12/11/2017 pula, SPAD telah mengadakan Operasi Serkap di Terminal Bas Lembah Sireh, Kota Bharu. Sembilan pegawai SPAD terbabit dalam operasi dua hari bagi memastikan pemandu bas mematuhi peraturan, termasuk mengawal had kelajuan dan mengikut laluan operasi ditetapkan.

November 24, 2017

8 ADUN PKR Dibuli @cmlimguaneng, SUA PKR Dan Timbalan Ketua Pemuda PKR Telor Dipegang Tokong


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kebun Bunga Cheah Kah Peng, dilarang menguruskan pendaftaran mangsa banjir oleh Rejim DAP Pulau Pinang. Ini berikutan Cheah, yang berkecuali ketika undian yang usul UMNO berkenaan penambakan tanah dua tahun lalu, dilarang menguruskan bantuan RM700 melalui surat bertarikh 20 November lalu daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus.

Cheah dan empat ADUN PKR lain sebelum ini berselisih pendapat dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng selepas berkecuali dalam pengundian usul Umno untuk menghentikan semua projek penambakan pada 2015. Berikutan dari itu juga Cheah juga dipecat daripada jawatan pengarah Penang Hill Corporation.

Ironinya, dua orang kuat PKR negeri iaitu Pengarah Strategik Ketua Menteri dan EXCO Pulau Pinang bagai bersetuju dengan tindakan Ketua Menteri ke atas anggota parti mereka. Pengarah Strategik Ketua Menteri Datuk Saifuddin Nasution yang juga Setiausaha Agung PKR enggan mengulas berkaitan larangan terhadap Cheah itu, manakala EXCO Kerajaan Negeri merangkap Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin pula berharap kedua-dua parti dapat menyelesaikan isu itu dengan segera.

Berani kedua-dua mereka melawan Tokong? Telor merekapun Tokong pegang.

12 Suami Larang Isteri Bertudung, Apa Kata Ustaz Pro Pembangkang Azhar Idrus?



Suami saya larang saya bertudung. Bila bertudung kena minta kebenaran daripada suami. Saya ada teringin (bertudung) lepas balik dari Makkah, naklah ambik berkat, pakailah tudung, sampai dia (Mahathir) palingkan mukanya, kata Tun Siti Hasmah Mohd Ali. Baca Malaysiakini, di sini.

Saya bukan Ustaz untuk menghukum sesiapa walaupun saya tahu hukum hakam pemakaian tudung dari segi syariat Islam. Kalau diambil pendapat Ustaz UMNO dikatakan kita mempolitikkan isu. Oleh itu, saya ambil video soal jawab dari Ustaz Azhar Idrus, Ustaz kesayangan macai pro pembangkang yang menjawab berkenaan isu ini. Tonton video di bawah.

Cumanya, saya tertanya-tanya apa sebenarnya agenda jahat Malaysiakini menyiarkan artikel isu mengapa Tun Dr Siti Hasmah dilarang pakai tudung? Pendedahan Tun Siti Hasmah bahawa suaminya, Tun Dr Mahathir, tidak membenarkannya bertudung menunjukkan sikap Mantan Perdana Menteri itu terhadap kepentingan Agama Islam. Jadi, tidak hairan apabila beliau sanggup bekerjasama dengan DAP yang mahu menjadikan Malaysia sebuah negara sekular yang menolak Islam.

Sikap sekular Tun Dr Mahathir bukanlah mengejutkan kerana selama berkuasa beliayu mengambil pendekatan memusuhi ulama dan ilmuan Islam. Peristiwa Memali pada tahun 1985 yang mengorbankan 14 orang dan menghentikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat sudah cukup membuka mata umat Islam wajah sebenar Tun Dr Mahathir.


Nota Kaki - Dr MAZA mana? Tak mahu komenkah?

0 Aplikasi MeterOn Kini Diperluaskan Kepada Perkhidmatan Bas




Penumpang bas kini boleh memuat turun aplikasi MeterOn bagi telefon pintar iOS dan Android untuk membolehkan mereka menyemak status syarikat bas ekspres atau terus melapor sebarang kesalahan di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

SPAD menggalakkan pengguna perkhidmatan bas membuat laporan pelanggaran undang-undang melibatkan pengusaha bas dan pemandu melalui aplikasi MeterOn dalam telefon pintar.

Ketua Pegawai Operasi SPAD, Puan Qamar Wan Noor berkata penumpang bas ekspres serta bas-bas berdaftar di bawah SPAD kini boleh menggunakan aplikasi MeterOn untuk membuat aduan terus kepada SPAD.



Menurutnya aplikasi yang diperkenalkan sejak April 2015 itu sebelum ini hanya melibatkan penumpang teksi untuk mereka membuat aduan.

Suruhanjaya kata Puan Qamar tidak teragak-agak mengenakan tindakan undang-undang kepada pengendali bas dan teksi yang didapati cuai dalam pengurusan operasi.

0 12 Gerabak Tren Kargo Tergelincir, SPAD Gantung Operasi Tren Kargo KTMB


Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) menerusi akaun Twitternya, @ktm_b pada jam 5.15 pagi semalam, memaklumkan perkhidmatan tren di beberapa destinasi sekitar Lembah Klang mengalami gangguan susulan insiden tren kargo tergelincir di Stesen Bank Negara. Berikutan itu, tiada tren dapat melalui stesen Kuala Lumpur, Bank Negara, Putra dan Segambut.

Insiden itu turut menyebabkan operasi perkhidmatan komuter terhad ke beberapa destinasi saja iaitu Tanjung Malim - Kepong, Pelabuhan Klang - KL Sentral, Tampin / Seremban - KL Sentral dan Batu Caves - Sentul. KTMB menasihatkan penumpang menggunakan perkhidmatan alternatif iaitu MRT di Sungai Buloh, Kajang, Muzium Negara, Pasar Seni dan LRT Subang Jaya.

Berikutan insiden yang berlaku pada jam 2.58 pagi itu, barisan pengurusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang diketuai Encik Azharuddin Mat Sah, Ketua Pegawai Eksekutif, SPAD telah ke lokasi untuk memastikan KTMB mengambil langkah yang sewajarnya untuk mempercepatkan kerja-kerja baikpulih dengan serta merta.




Dalam pada itu, SPAD dalam Kenyataan Media mereka semalam telah mengarahkan KTMB untuk menggantung operasi tren kargo sepanjang laluan Rawang - Salak Selatan berikutan insiden berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, KTMB dalam satu kenyataan mereka hari ini memaklumkan perkhidmatan tren yang tergendala selepas kereta api kargo tergelincir, akan kembali beroperasi seperti biasa Selasa depan. Menurut Pengurus Besar Jabatan Operasi KTMB, Mahendran R. Supiah, setakat ini, sebanyak 20 peratus kerja baik pulih telah dilakukan.


November 23, 2017

26 Mirrow, Mirrow On The Wall, Who Is The Most Nepotism Of All?


I tried so hard to understand what nepotism is. So I asked my Guru, Dr Google. Below is what I exactly and directly copied from Dr Google.

nepotism
ˈnɛpətɪz(ə)m
noun

The practice among those with power or influence of favouring relatives or friends, especially by giving them jobs.

"His years in office were marked by corruption and nepotism".

Now I know and I think you're talking about yourself Tun. You've been in the Guinness World Of Book Of Records to be the longest Prime Minister for 22 years. Tak Ingat? Tak Tahu?

November 22, 2017

20 RON95 Dan RON97 Turun 8 Sen, Macai PAN Boleh Balik Tidur





Bagaimana Presiden PAN, Mat Sabu tidur di jalanraya suatu waktu dulu, begitu jugalah anak buah mereka sejak semalam yang bermalam di jalanraya sejak semalam kerana mogok kenaikan harga minyak.

Hari ini, harga minyak diumumkan turun sebanyak 8 sen bagi RON95 dan RON97 dan 2 aen bagi diesel bagi seminggu akan datang bermula tengah malam ini, rasanya macai-macai Pemuda PAN sudah boleh pilang ke rumah. Jangan pula sampai bini di rumah naik minyak.

Walaupun saban minggu harga minyak ditentukan oleh pasaran dunia dan penetapan harga minyak untuk seminggu yang akan datang banyak dibantu oleh penurunan tukaran USD berbanding Ringgit Malaysia iaitu USD1 = RM4.10947, namun macai-macai pembangkang tetap mahu untuk mengambil kredit. Apa nak buat. Kalau tidak bodoh bukan macai pembangkang namanya.






Kalau ikut teori macai, kalau 'berkampung' 42 jam turun 8 sen. Apa kata Pemuda PAN berkampung selama 365 hari saja. Bukan saja dapat percuna, malah setiap kali isi minyak, kerajaan bagi RM14 setiap liter. Kalau nak lagi bagus, buat kampung saja kat depan Parlimen tu. Bodoh punya macai!

22 14 Negara Rakyat Malaysia Boleh Berhijrah Untuk Elak Dikenakan GST


Pemuda parti PAN telah mengadakan himpunan  dan bermalam di hadapan Parlimen sejak semalam membantah kenaikan harga barang dan juga membantah cukai GST dikenakan. 

Untuk pengetahuan Pemuda PAN, terdapat 19 lagi negara di dunia di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di mana mereka boleh berhijrah sekiranya mereka tidak sukakan GST. Negara-negara berkenaan adalah:

1 Brunei
2 Bhutan (cukai jualan adalah sebanyak 50%)
3 Cuba
4 Eritrea
5 Hong Kong (cukai harta adalah antara tertinggi di dunia)
6 Iraq (dalam krisis perang)
7 Libya (dalam krisis perang)
8 Micronesia (telah bersetuju dengan IMF untuk melaksanakan GST)
9 Myanmar (mengamalkan cukai jualan)
10 Nauru (mengamalkan cukai jualan)
11 Korea Utara
12 Palau
13 Kepulauan Solomon (mengamalkan cukai jualan)
14 Somalia (telah bersetuju dengan IMF untuk melaksanakan GST)
15 Sudan Selatan (mengamalkan cukai pengguna yang lebih tinggi dari GST)
16 Suriname (telah bersetuju dengan IMF untuk melaksanakan GST)
17 Syria (dalam krisis perang)
18 Amerika Syarikat (juga mengamalkan cukai jualan yang tinggi). Lihat contoh di bawah.
19 Yemen (dalam krisis perang)

Pada tahun 2013, semasa Kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan GST pada tahun 2015, Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja telah menyenaraikan 41 daripada 193 negara di bawah PBB yang masih tidak mengamalkan sistem GST. 41 negara berkenaan telah berkurang menjadi 19 sekarang.

Pembangkang mengajak kita kembali ke zaman silam sedangkan negara-negara di dunia bergerak menuju ke masa hadapan. Adalah lebih baik sekiranya mereka sahaja yang berubah dengan berhijrah ke negara-negara yang disenaraikan di atas.


20 Tun @chedetofficial Adakan Town Hall Untuk Menarik Anak Muda, Adakah Mereka Menerimanya?



Satu waktu dulu, semasa 'self proclaimed Top Dog' Pakatan Harapan menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyekat hak kebebasan mahasiswa bersuara. Beliau juga telah menyekat hak mahasiswa menyertai politik. Beliau juga telah mewujudkan akta Akta Universiti dan Kolej Universiti untuk menyekat pergerakan mahasiswa. 

Secara tiba-tiba, bila kuasa telah tiada di tangan, Tun Dr Mahathir telah membuat program 'town hall' untuk mendekati anak muda demi undi. Seorang tua berusia 93 tahun dengan nyanyuk cuba berpura-pura mendengar luahan hati anak muda yang selama ini telinganya pekak dan matanya buta untuk menerima pendapat anak muda. 

Semalam, di dalam blog beliau, chedet.cc, beliau membebel kononnya tindakan Pendaftar Pertubuhan yang masih belum mengiktiraf Pakatan Harapan sebagai satu komponen adalah disebabkan Prdana Menteri, DS Najib takut kalah. 

Beliau lupa generasi muda tidak bodoh dengan tidak mengetahui tindakan Pendaftar Pertubuhan masih belum mengiktiraf Pakatan Haraoan antara lain adalah kegagalan parti PPBM pimpinan Top Dog masih gagal untuk mengadakan mensyuarat EGM. Hendak mesyuarat bagaimana kalau AGM parti PPBM hanya disertai hanya 12 orang. Mesyuarat PIBG sekolah pun lagi ramai yang datang.

Tun Dr Mahathir lupa genarasi muda tahu PPBM buat EGM dan laporan EGM pun tipu. Buat mesyuarat biasa Majlis Pimpinan Tertinggi tapi lapor kata itu EGM. Ahli MPT 30 orang tapi yang hadir hanya 12. Sudahlah 12 orang, suka-suka tentukan untuk buat pindaan perlembagaan parti. Belum apa-apa sudah menipu!

Tindakan Tun Dr Mahathir berrsekongkol dengan Cina tua cauvinist DAP yang selama ini mengelar beliau sebagai mahazalim, mahafiraun dan diktator juga masih belum dapat diterima oleh generasi muda. Hari ini generasi muda menganggap Tun Dr Mahathir ibarat meludah ke langit. Generasi muda menganggap Mahathir seperti apa yang diungkapkan oleh Seniman M Nasir satu masa dulu, Siapa Mahathir?


November 21, 2017

14 Elok Gugurkan Saja Ahli Parlimen Yang Ponteng Sidang Parlimen Semalam


Dewan Rakyat semalam meluluskan Bajet 2018 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi peringkat jawatankuasa dengan majoriti hanya satu undi.
Bajet peringkat jawatankuasa diluluskan dengan 52 Ahli Parlimen (MP) mengundi untuk menyokong manakala 51 MP yang lain membantah. 2 orang MP berkecuali daripada mengundi. Mereka adalah Idris Ahmad (PAS -Bukit Gantang) dan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS - Rantau Panjang).
Sekali lagi Pakatan Harapan bising bila kalah tipis 52-51 di dalam undi di Parlimen. Yang dipersalahkan adalah 2 MP PAS yang berkecuali  sedangkan 6 MP PAS yang lain sudah bersama mereka membantah. Sepatutnya yang mereka patut marah adalah 20 MP Pakatan Harapan yang tidak datang. Mana lagi 20 orang ini pergi? Ponteng ka?
Walau bagaimanapun tindakan disiplin yang sama harus dikenakan ke atas MP Kerajaan yang ponteng. Mereka tidak perlu lagi dicalonkan semula di dalam Pilihan Raya Umum akan akan datang kerana MP-MP ini membuatkan Kerajaan Barisan Nasional hampir tergugat dan gagal menjalankan tanggungjawab asas iaitu hadir pada  sesi persidangan Parlimen.


Walaupun 80 orang MP BN (60%) tidak hadir mengundi semalam, PH masih gagal untuk menang disebabkan 20 MP mereka ponteng. Rakyat perlu tolak MP yang suka ponteng! Negara bayar gaji RM16 ribu sebulan dan elaun mesyuarat RM200 sehari.  Kalau tidak mampu berkhidmat, jangan tawarkan diri untuk dicalonkan pada PRU14 nanti.

November 20, 2017

26 Ceramah Perdana Tajuk Mampukah PH Mentadbir Malaysia? Tengoklah Berapa Yang Datang




Tajuk Ceramah Perdana Pakatan Harapan di Dewan Orang Ramai Meru, Kapar, Klang malam ini punyalah hebat. Tajuknya, Mampukah Pakatan Harapan Mentadbir Malaysia. Dengan 5 Wakil Rakyat yang hebat seperti DS Mukhriz Mahathir, V Sivakumar, Khalid Samad dan Datuk Saifuddin Nasution, Pakatan Harapan pastinya tidak sukar untuk memenuhkan dewan dengan penyokong.

Gambar di atas diambil pada pukul 10:03 malam dan majlis telah bermula pada pukul 9:00 malam. Lihatlah sendiri kehadiran penonton. Pastinya pembaca boleh menjawab sendiri tajuk Ceramah Perdana malam ini, Mampukah Pakatan Harapan Mentadbir Malaysia?

Apa yang hendak dihairankan dengan kehadiran di atas. Kalau satu Malaysia; PPBM hanya ada 12 orang hadir Mesyuarat Agung, ini sudah kira ramai lah ni yang datang.

Tak cukup lagi gambar? Kita bagi pula gambar pada pukul 11:30 malam. Jangan kata CTS tak payung.




November 19, 2017

3 Anak ADUN Salor, Husam Musa Ditangkap Bersama 200 Pil Kuda



Anak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa hari ini ditangkap oleh sepasukan anggota polis kerana memiliki 200 pil kuda.

Datuk Husam Musa dalam satu kenyataan di dalam laman sosial Facebook beliau telah mengesahkan perkara berkenaan dan akan membuat kenyataan penuh mengenai perkara berkenaan sejurus mendapat kedudukan sebenar dari pihak polis.

Eloklah Kelantan berjaya melahirkan keluarga usahawan dan penternak yang berjaya. Si bapa berjaya dengan projek kambing janpari dan si anak berjaya dengan projek kuda.

9 Cina Rasis DAP @NgaKorMing Biadap Panggil MB Perak Melayu Pukimak




Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming semakin hari semakin biadap menghina orang-orang Melayu. Di dalam pentas ceramah beliau di Kampung Simee pada 16/11/2017, beliau dengan lantang memanggil Menteri Besar Perak, DS Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Melayu Pukimak. Tonton video di atas.

Ini berikutan kononnya pemberian anugerah The BrandLaureate Nation Building Brand ICON Leadership Award-Game Changer Icon yang diberikan kepada Zambry pada Ogos lalu, dibayar oleh MB Inc.

The BrandLaureate Sdn Bhd (BrandLaureate) menyifatkan tuduhan bahawa DS Dr Zambry membuat pembayaran untuk mendapatkan anugerah daripada organisasi itu sebagai fitnah dan suatu bentuk penghinaan.
Malah, Presiden BrandLaureate, Dr KK Johan, pernah menuntut Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Negeri Perak, Asmuni Awi yang membuat tuduhan yang sama bulan lepas, agar memohon maaf kepada organisasi berkenaan atau dikenakan tindakan undang-undang.
Sewajarnya tindakan undang-undang juga dikenakan ke atas manusia rasis bernama Nga Kor Ming. Tidak pasti kenapa Nga Kor Ming begitu kebal dari dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM). Lihatlah fitnah-fitnah di bawah yang terlepas dari pengadilan.





 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates