November 11, 2017

1 Salahguna Dana MARRIS Jelas Melanggar Kod Tadbir Urus Baik


Menteri Besar Selangor, DS Mohamed Azmin Ali dalam pembentangan Bajet Selangor 2018 pada petang Jumaat 03/11/2017 minggu lalu menyebut perkataan 'good governance' atau tadbir urus baik kononnya menjadi teras pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Harapan.

Ironinya, adakah kod tadbir urus baik membenarkan Kerajaan Selangor menyorok dana RM2.95 Billion Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (MARRIS) Kerajaan Persekutuan yang diperuntukkan kepada Kerajaan Negeri Selangor dari 2012 hingga 2017 dengan tidak ada penyata kewangan yang jelas?

Perkara ini telah dibangkitkan ADUN BN Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan dalam Sidang DUN Selangor pada 06/11/2017. Dalam kod tadbir urus baik, antara elemen kepatuhan adalah ialah ketelusan dan kecekapan. 

Walau bagaimanapun, dalam soal dana MARRIS RM2.95 billion ini, pentadbiran Kerajaan Selangor langsung tidak mempraktikkan ketelusan dan kecekapan mengurus wang Rakyat untuk Rakyat.

Secara tidak sengaja EXCO Perumahan Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad pada 01/08/2016 mendedahkan bahawa Selangor terpaksa menggunakan peruntukkan MARRIS untuk penyelenggaraan pangsapuri kos rendah kerana tidak cukup dana untuk tujuan itu dalam kantung Kerajaan Negeri Selangor. 

Dalam konteks tadbir urus baik yang seringkali dilaungkan oleh Azmin Ali, menyalahguna dana khas MARRIS untuk tujuan selain daripadanya, itu sudah melanggar kod etika tadbir urus. 

Jika dalam korporat, pelanggaran kod tadbir urus korporat oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pengarah Urusan atau mana-mana pemegang jawatan utama syarikat akan menyebabkan mereka hilang jawatan. Itu dalam korporat. Bagaimana dalam pentadbiran sebuah Kerajaan Negeri? Adakah Menteri Besar tidak dipertanggung jawabkan?



2 Kehebatan Lakonan Pemimpin Pembangkang Membantu Mangsa Banjir Di Selangor

Macam-macam kelakuan kita boleh lihat dengan kehadiran Wakil-Wakil Rakyat Pembangkang turun membantu mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang. Anda nilaikan sendiri sama ada mereka ikhlas atau sekadar propa dan lakonan.


Elizabeth Wong (ADUN Bukit Lanjan) - mengangkat kayu untuk dibuang atau meletakkan kayu di tangan untuk sessi fotografi? Sekurang-kurangnya sembunyilah sikit telefon bimbit di tangan tu.


DS Azmin Ali (Menteri Besar Selangor) - tidak susah mencuci rumah yang sudah bersih dengan sekadar memancutkan air. Keduanya, kalau rumah sudah bersih, janganlah pakai kasut lagi dalam rumah.


Liew Chin Tong (MP Pontian) - Senyum ... senyum ... 'click"! Pakaian tak kotor, pakai selipar. Tak ada lumpur. Mau tipu pengundi Pulau Pinang ka YB?

3 'Developer Action Party' Lulus 39 Projek Perumahan Mewah Di Tanjung Bungah Dalam Tempoh 9 Tahun


Dalam tempoh 9 tahun Developer Action Party (DAP) menjadi Rejim memerintah di Pulau Pinang, 39 projek perumahan mewah telah diluluskan di kawasan Tanjung Bungah. 

Memang betullah seperti didakwa, Rejim DAP Pulau Pinang sememangnya mengamalkan 'pemaju diutamakan, Rakyat dikesampingkan.'

Lihatlah video di bawah. Inilah punca kenapa Pulau Pinang menjadi 'Negeri Teh Ais'. Lokasi di tapak projek Lebuhraya Berkembar Paya Terubong pagi tadi.

Betul kita akui hujan itu kuasa Tuhan, tetapi bencana terjadi disebabkan kerakusan Rejim DAP Pulau Pinang. Bertabahlah Rakyat Pulau Pinang.

November 10, 2017

27 Terdesak Untuk Fitnah DS Rosmah Mansor, Isu Farid Ismeth Bekas Suami Dimainkan Kembali


Terdesak dengan populariti Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak yang semakin hari semakin meningkat, pembangkang kini menggiatkan usaha memburukkan keluarga Perdana Menteri melalui 'gutter politic'. Semakin  dekat Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14, semakin banyak laman media sosial dan blog hantu diwujudkan untuk menyebarkan fitnah terutama melibatkan keluarga Perdana Menteri.

Terbaru, 'page' Facebook baru dan 'anonymous' atau media hantu atas nama 'Malaysia Bodoh' diwujudkan untuk tujuan ini. 'Page' yang baru tengah meningkat dengan 'like' baru 7, digunakan untuk menyebar fitnah. 'Page' ini juga hanya mempunyai 7 pengikut atau 'followers'.

Isu Farid Ismeth Emir sebagai bekas suami DS Rosmah Mansor dimainkan kembali untuk mewujudkan persepsi yang jahat. Sedangkan perkara ini telah diketahui umum sebagai fitnah untuk menjatuhkan maruah. Tonton temubual tuan punya diri Farid Ismeth Emir di bawah yang menafikan perkara berkenaan.


Ajal maut jodoh pertemuan di tangan Allah. Mempertikaikan qada dan qadar Allah mengenai jodoh seseorang seolah-olah tidak mempercayai salah satu Rukun Iman. Apatah lagi dengan menyebarkan berita palsu dan fitnah mengenai satu perkahwinan dan penceraian yang tidak pernah wujud 

10 Derma Mangsa Banjir Pulau Pinang Berjumlah RM6.18 Juta, Serah Kepada Kerajaan Negeri RM5 Juta, Mana Baki RM1.18 Juta?





Belum pernah dalam sejarah kutipan derma untuk tabung mangsa banjir di masukkan ke dalam akaun parti politik dan bukannya tabung bencana alam di bawah akaun Kerajaan Negeri, kecuali di Pulau Pinang. Di Pulau Pinang wang kutipan derma berkenaan di masukkan ke dalam akaun parti DAP walaupun terdapat 2 lagi parti politik yang sama-sama memerintah Pulau Pinang iaitu PKR dan PAS.

Setakat jam 10.00 pagi, 09/11/2017, jumlah wang kutipan derma adalah sebanyak RM6.184 juta. Di sebelah petang pula berlangsungnya penyerahan wang kutipan sebanyak RM5 juta kepada Kerajaan Negeri. Baca di sini.

Persoalannya, ke mana perginya baki jumlah kutipan orang ramai kepada mangsa-mangsa banjir Pulau Pinang sebanyak RM1.184 juta? Adakah jumlah RM1.184 juta ini dikenakan sebagai 'management fee' untuk parti DAP menguruskan tabung berkenaan?

November 9, 2017

10 @SyedSaddiq Kerah Anak Buah Bantu Mangsa Banjir Di Pulau Pinang Sedangkan Beliau Berjimba Di Paris



Inilah contoh Ketua Armada Parti Bunga yang patut dicontohi. Beliau telah mengarahkan anak-anak buahnya di dalam sayap Armada untuk turun membantu mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang. Ironinya, beliau pula sedang berjimba dan bersukaria di Paris. Bukan Parit, Perak tuan-tuan, tapi Paris, France.

Mengikut balasan posting yang dibuat di laman sosial Twitter beliau, Syed Sajat Saddiq dikatakan sedang bercuti bersama anak Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali.


Dalam Ketua Armada ini sibuk bercuti di Paris, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) hari ini telah mengesahkan istilah Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) untuk jawatankuasa Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak pernah diluluskan dalam perlembagaan PPBM. Baca di sini.

Penggunaan nama Armada adalah melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan 1966 dan boleh menyebabkan pendaftaran PPBM dibatalkan. Sajat ... Sajat ... boleh lagi kome bercuti di Paris dalam keadaan begini? Ketua jenis apakah kome ini?

29 Drama Linangan Airmata @chedetofficial Berakhir Dengan Penjelasan JPM


Posting di atas dibuat di laman sosial Facebook milik 'self-proclaimed Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir awal bulan ini di mana drama air mata dilakonkan untuk menunjukkan betapa zalimnya Kerajaan sekarang terhadap Mantan Perdana Menteri. Di bawah adalah temubual Malaysiakini dengan Tun Dr Mahathir mengenai perkara yang sama


Skrip lakonan yang disediakan adalah sudahlah Kerajaan memberhentikan dua pembantu rumah milik Mantan Perdana Menteri 22 tahun itu, awal bulan ini pula Kerajaan menarik balik khidmat pengiring Unit Tindakan Khas (UTK). Zalim. Zalim sungguh DS Najib Tun Razak.

Hari ini, Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bertulis menyatakan:

1. Kerajaan tidak pernah menarik apa-apa kemudahan yang disediakan kepada mana-mana Mantan Perdana Menteri termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

2. Kesemua 21 perjawatan yang diperuntukan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan.

Macai-macai sekalian. Hadam ayat-ayat di atas betul-betul. Nikmat apa lagi yang hendak kamu dustakan?



Akhirnya Tun 'Saya Tak Ingat' pulih ingatannya kembali. Alhamdulillah.

16 Rakyat Pulau Pinang Sambut @chedetofficial Melawat Mangsa Banjir Secara Besar-Besaran


Posting di atas dibuat oleh penyokong kuat 'self proclaimed Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad. Kita faham tujuan beliau adalah untuk menyindir kehadiran Perdana Menteri DS Najib Tun Razak. Dikatakan tuan punya posting berkenaan telahpun memadamkamkannya apabila ada pengomentar telah meletakkan gambar di bawah. Siap duduk bersimpuh lagi. Kalau DS Najib Tun Razak duduk bersimpuh, macam-macam cercaan yang keluar, pondan la ... darai la ...


Tun Dr Mahathir datang ke Pulau Pinang bersama Parti Cap Bunga Raya serta ditemani Presiden PAN, Mat Sabu sekadar untuk menunjukkan muka. Tiada bantuan makanan dan pakaian yang dibawa untuk mangsa banjir. Waima Ketua Menteri Pulau P{inang pun tidak turun menyambut beliau kerana Joseph Lim Guan Eng tahu ini semua lakonan opera Cina. Cuba tengok gambar di bawah. Makcik ni pun sudak naik meluat kata orang Kedah.


CTS ambil contoh parti komponen Barisan Nasional, MCA. Walaupun mereka tiada kepentingan di Pulau Pinang (memandangkan Gerakan dan UMNO bertanding di majoriti kerusi DUN dan Parlimen di sini), mereka tetap turun untuk membantu dan menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.




Berlainan dengan pemimpin-pemimpin PAN dan Parti Cap Bunga yang turun ke Pulau Pinang sekadar mencukupkan syarat. Dengan sedikit ceramah dan lawatan sessi fotografi, kedatangan Tun Dr Mahathir ibarat ada tidak menambah, tiada tidak mengurang. Bukan CTS kata. Rakyat Pulau Pinang yang kata. Kalau tidak percaya, dengarkanlah sendiri apa kata Rakyat Pulau Pinang dengan kedatangan Tun Dr Mahathir dalam video di bawah.


Nota Kaki: Di bawah adalah komen paling 'win' di media sosial.

November 8, 2017

9 Apa Jadi Dengan Kutipan Derma Mangsa Banjir Di Kelantan Oleh DAP?


Selepas 64 jam dilancarkan, kutipan derma derma Tabung Bencana Taufan dan Banjir Pulau Pinang yang telah diterima sebanyak RM5,132,320.87 setakat jam 10 pagi, 08/11/2017. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada penderma yang menyumbang dan terus memberi kepercayaan kepada DAP Pulau Pinang bagi mengutip derma kesan daripada bencana ini. Kutipan derma akan diteruskan sehingga 15/11/2017.

Pada bulan Jun 2015. DAP telah mengadakan majlis makan malam amal untuk mengutip dana untuk terus membina rumah baru mangsa banjir di Kelantan. Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok Suh Sim berkata, sebanyak RM3.2 juta diperlukan bagi membina 40 rumah dengan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk penduduk di Guchil, Kuala Krai. Tiket makan malam itu dijual pada harga RM200 setiap seorang atau RM2,000 untuk satu meja.

Menurut Teresa, fasa pertama projek adalah mengumpul RM2 juta untuk membangunkan 40 buah rumah dengan setiap unit dianggarkan bernilai RM50,000. Difahamkan baki RM1.2 juta lagi diperlukan untuk membina kemudahan lain di kawasan petempatan berkenaan seperti dewan orang ramai, taman permainan kanak-kanak dan projek ternakan ikan aquaponik.

Kita percaya dan yakin 40 buah rumah dengan fasilitas yang dijanjikan telah dibina oleh DAP di di Kampung Sungai Mas, Guchil, Kuala Krai. Kelantan bukan? Mustahil DAP telah menipu Rakyat Kelantan dengan sanggup mengadakan kutipan derma atas nama Mangsa Banjir Kelantan bukan?

32 @chedetofficial Marah Bila Dipanggil 'Kepala Bapa Kau', Bila Dia Gelar DS @NajibRazak Penyagak Dan Penyamun Boleh Pulak?


Dendam kesumat 'self proclaimed Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad tiada kesudahan. Dalam usia senja menanti Malaikat Izrail datang menjemput, mulutnya sentiasa berzikir memaki hamun Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. 

Terbaru, Tun Dr Mahathir pura-pura terkejut dan terkilan apabila Perdana Menteri mengucapkan "Kepala Bapa Kau!" di dalam perhimpunan bersama pimpinan parti MCA. 


Setidak-tidaknya Perdana Menteri ada meminta maaf sejurus kemudian. Keduanya, pasti Tun Dr Mahathir tahu bagi orang utara, tidak ada masalah dengan perkataan 'kepala bapa kau'. Masih ingatkah filem P Ramlee Labu Labi yang terkenal dengan dialog, "ini kepala bapak kau, ini kepala bapak aku, kalau kau berani pijaklah."

CTS lagi tidak sangka seorang tua berumur 92 tahun seperti Tun Dr Mahathir boleh menghina dan merendahkan isteri Perdana Menteri di depan khalayak ramai dengan menggelar DS Rosmah Mansor sebagai pendek, gemuk, jalan senget macam gearbox rosak. Baca di sini.

Lagi CTS tidak sangka orang tua ini boleh mengubah nama DS Najib Tun Razak sebagai Najis dalam ceramah beliau. Perdana Menteri tidak pernah sekalipun menghina Tun Dr Siti Hasmah, Perdana Menteri tidak pernah menghina keturunan Tun Dr Mahathir. Yang Tun sakit hati sangat sebab apa?



Top Dog Pakatan Harapan ini seorang yang mudah lupa. Kalau ditanya hari inipun beliau akan kata, "Saya tak ingat". "Saya tak diberitahu". 5 hari sebelum beliau membuat kenyataan di atas di dalam laman sosial Twitter beliau, Tun Dr Mahathir ada menulis kepada Duta Indonesia, DS Zaharin Mohamed Hashim. 

Di dalam surat bertarikh 01/11/2017, baca di bawah, Tun Dr Mahathir telah sekali lagi memfitnah, mengelar, memanggil dan mengungkapkan kepada Perdana Menteri perkataan penyangak (crook) dan penyamun besar. DS Najib Razak tidak pernah dibawa ke mana-mana mahkamah dan didakwa di atas apa-apa tuduhan mencuri dan merompak. 

Hati busuk Tun Dr Mahathir memfitnah Perdana Menteri tanpa dapat mengemukakan sebarang bukti amat dayus dan pengecut. Saya doakan agar Tun Dr Mahathir tidak meninggal dunia dalam keadaan hina. Nauzubillah hi minzalik. Pohon Tun Dr Mahathir hayati video di bawah:




November 7, 2017

16 Apa Betty Chew Buat Di Dalam Mesyuarat Isu Bencana Banjir?




Dalam kunjungan sehari Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak ke Pulau Pinang hari ini, beliau telah mengadakan mesyuarat isu bencana banjir di Pejabat Daerah dan Tanah, Seberang Prai Tengah (SPT) pada pukul 10.30 pagi tadi.

Turut hadir adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, DS Farizan Darus, Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Chong Eng yang juga ADUN Padang Lalang, ADUN Sungai Puyu yang juga EXCO negeri Phee Boon Poh, Ahli Parlimen (MP) Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan MP Permatang Pauh merangkap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, DS Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mesyuarat ini diadakan secara tertutup yang merupakan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN). Persoalannya, kenapakah Betty Chew, isteri Ketua Menteri Pulau Pinang turut berada di dalam mesyuarat tertutup MKN? Siapakah Betty Chew di dalam pentadbiran negeri? Adakah Betty Chew mewakili kontraktor dan pemaju di Pulau Pinang?

Untuk rekod, MP DAP Taiping, Nga Kor Ming pernah membuat fitnah dan kemudiannya meminta maaf kerana memfitnah DS Rosmah Mansor mempengerusikan mesyuarat kabinet. Baca di sini.

8 Isteri @NajibRazak Yang Dicaci, Orang Inilah Yang Datang Melawat Mangsa Banjir Pulau Pinang

Saya pegang jawatan kerana saya Ketua Menteri dan jawatan Ketua Menteri dipilih oleh Rakyat. Rosmah tidak dipilih oleh Rakyat, beliau bukan wakil rakyat dan tidak ada apa-apa jawatan. Jangan bandingkan seseorang yang tak ada jawatan kecuali sebagai isteri Perdana Menteri dengan jawatan yang dipegang oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri - Sumber Roketkini
Ini kata-kata angkuh Ketua Menteri Pulau Pinang yang mengkritik isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor. Ini belum lagi termasuk dengan cercaan, perlian dan makian yang beliau dan pembangkang lakukan di pentas-pentas ceramah.

Hari ini, Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dan isteri DS Rosmah Mansor yang tiba mewakili  Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) untuk melawat mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang. Lihatlah siapa yang terhegeh-hegeh menyambut kedua suami isteri ini.




Walaupun DS Rosmah Mansor bukan Wakil Rakyat, Menteri Besar dan Ketua Menteri seperti yang diungkapkan oleh Joseph Lim Guan Eng, ini tidak mematahkan semangat beliau untuk turun ke Pulau Pinang melawat dan membantu mangsa-mangsa banjir.






Persoalannya sekarang, mana 'self proclaimed Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir? Mana Lim Kit Siang, ayah Ketua Menteri sendiri yang dapat hadir ke Himpunan 1,000 Hari Anwar Ibrahim semalam tetapi tidak dapat datang melawat mangsa-mangsa banjir?





14 Aktiviti Ahli Parlimen Permatang Pauh Semalam, Pagi Lambai Mangsa Banjir, Malam Demo Bebas Suami

Menjadi seorang Ahli Parlimen memang sibuk. Apatah lagi menjadi seorang Ketua Pembangkang. Ikuti diari Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail, semalam. 

Pagi di Pulau Pinang, melambai-lambai mangsa banjir serta bergambar dengan anggota keselamatan bersama kipas hikmatnya.






Mangsa banjir masih lagi berada di pusat penempatan sementara. YB Permatang Pauh tidak dapat menunggu lama. Beliau terpaksa bergegas ke Kuala Lumpur.

Di sebelah malamnya pula, MP Permatang Pauh ini sibuk mengahadiri Majlis 1,000 hari suaminya dipenjara. Seperti biasa tempat kesukaan mereka adalah di Dataran Merdeka. Sayangnya hadirin yang datang tak ramai. Orang sudah melupakan Anwar Ibrahim.





Versi bonus, sebelum ke Pulau Pinang, Dr Wan Azizah sempat bermain bola dengan Timbalannya, Azmin Ali. Sibuk betul kan jadi Wakil Rakyat.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates