November 4, 2017

7 Penang Darul Banjir ... Banjir Lagi





Gambar-gambar di atas menceritakan kejadian yang berlaku hari ini di sebuah tempat yang diberi nama Jalan P Ramlee, Georgetown, Pulau Pinang. Di bawah pula telah berlaku tanah runtuh di jalan Balik Pulau.



Ini pula beberapa video daripada netizen Pulau Pinang.



Kalau dulu pesta banjir hanya dapat dinikmati hujung tahun di musim tengkujuh di negeri-negeri Pantai Timur.

Sekarang, Alhamdulillah berkat kepimpinan Khalifah Joseph Lim Guan Eng, Rakyat Pulau Pinang dapat menikmati pesta berkenaan setiap bulan. Tiada hujan, tiada banjir. Begitulah kalam pemimpin utama negeri berkenaan.

Apapun Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang unik. Mangsa banjir akan mendapat RM400 (belum dibayar). Sebaliknya, yang menyebabkan banjir bakal mendapat 2 bulan gaji sebagai bonus.

Kesimpulan, anda ubah, anda dapat. Undi DAP, anda berenang. Slogan Tahun Melawat Pulau Pinang 2018 telah dipersetujui sebagai,
Penang, the island of paradise. Where you dream of waking up in the middle of the sea and we turn it into reality.

0 30 Kereta Disaman RM1,000 Setiap Satu, Yang Ini Kita Kena Sokong @AzminAli



30 kenderaan milik penduduk-penduduk di Taman Indah Perdana telah disaman oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan kompoun sebanyak RM1,000 setiap sebuah kereta.

Ini berikutan penduduk-penduduk di taman berkenaan yang meletakkan kenderaan nombor dua atau tiga mereka di kawasan lapang di taman mereka.

Langkah MPS ini harus dipuji dan kita sanjung tinggi. Inilah Kerajaan yang penduduk taman idamkan dan undi merekalah yang memungkinkan kompoun RM1,000 ini dikenakan. Lebih elok kalau kompoun berkenaan dinaikkan lagi. RM5,000 pun tidak mengapa.

Inilah salah satu langkah Kerajaan Azmin Ali dapat mengutip hasil agar tahun akan datang Kakitangan Kerajaan Selangor akan dapat menikmati bonus 6 bulan dan bukan lagi 3 bulan. Tahniah. Anda ubah, anda dapat.

0 @cmlimguaneng Hanya Bermain Polemik Dalam Isu Sekolah Cina


Ini adalah keratan akhbar Cina melaporkan Setiausaha Agong DAP, Joseph Lim Guan Eng sebagai berkata beliau tidak membangkitkan isu Pendidikan Cina dan Sekolah Cina di Parlimen kerana beliau tidak mahu MCA mendakwa DAP sengaja nempolitikkan isu berkenaan.

Ironisnya, Joseph Lim Guan Eng lebih gemar untuk mempolitikkan isu Sekolah Cina dan Pendidikan Cina di media, di dalam ceramah-ceramah politiknya samada di Dewan Orang Ramai atau Tokong Cina di hadapan khalayak kaum Cina sahaja. 

Sebagai seorang yang dipilih oleh rakyat terutamanya oleh kaum Cina untuk jadi pemimpim kaum Cina ke Parlimen, Lim Guan Eng seharusnya menggunakan lantai Parlimen sebagai medan untuk dia memperjuangkan isu-isu kaum Cina tanpa rasa takut dan gentar. 

Mungkin bagi Joseph Lim Guan Eng isu Sekolah Cina dan Pendidikan Cina tidak begitu penting atau keutamaan kepadanya kerana beliau bukan produk pendidikan Sekolah Cina. Joseph Lim Guan Eng adalah produk Sekolah Inggeris, atau 'English Educated'.

Joseph Lim Guan Eng membangkitkan isu Sekolah Cina dan Pendidikan Cina hanya di media dan dalam ceramah untuk tujuan membangkitkan rasa marah kaum Cina kepada Kerajaan Persekutuan sahaja. 

Dalam kata lain, Joseph Lim Guan Eng mempolitikkan isu-isu sekolah Cina untuk meraih undi dan sokongan sahaja, bukan untuk memperjuangkannya dengan ikhlas pun.

Berlainan dengan Rejim DAP Pulau Pinang, Kerajaan Persekutuan pula sentiasa menitikberatkan pembangunan pendidikan negara tanpa mengira batasan kaum. Melaui pembangunan sekolah-sekolah di Malaysia khususnya, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan permohonan pembangunan 10 SJKC baharu bagi memenuhi keperluan pendidikan Masyarakat Cina di negara ini.

Sekolah baharu berkenaan iailah SJKC Kuak Ho Yao, Mount Austin, Tebrau, SJKC Sim Mow Yu, Plentong, SJKC Tun H S Lee, Tebrau dan SJKC Tan Kah Kee, Nusajaya masing-masing di Johor. Manakala pembinaan di Selangor melibatkan SJKC Lee Lov Seng, Ijok, SJKC Sunsuria, Dengkil, SJKC Tun Ong Yoke Lin, Kuala Langat, SJKC Too Joon Hing, Dengkil dan SJKC Tun Lim Chong Eu di Puncak Alam.

Pembangunan sekolah-sekolah ini sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Kerajaan  Persekutuan tidak memberi tumpuan atau membantu hal berkaitan pendidikan sekolah selain sekolah kebangsaan khususnya SJKC.

8 Bonus 3 Bulan Dalam Bajet 2018, @AzminAli Mahu Tipu Siapa?

 


Saya pernah menulis bahawa Azmin Ali adalah Menteri Besar yang paling keliru dalam dunia. Tidak pasti kekeliruan ini disebabkan oleh sikap bodoh-bodoh alang beliau atau beliau sengaja menipu. 

Bayaran 2 bulan gaji yang dilakukan pada 21/06/2017 dinamakan sebagai Bantuan Khas Aidilfitri. Azmin Ali pada masa itu siap perli Putrajaya kerana memberi Bantuan Khas Aidil Fitri sebanyak RM300.

Keajaiban berlaku. Di dalam pembentangan Bajet 2018 semalam, 03/11/2017, dengan tidak semena-mena bantuan pada 21 Jun tersebut telah menjadi Bonus 2018. Azmin Ali umum kononnya bonus 2018 adalah 3 bulan. Satu bulan lagi akan dibayar pada 21/12/2017.

Azmin Ali bentang Bajet 2018 tetapi perbelanjaan tahun 2017. Kenapa asal duduk dalam Pakatan jadi bodoh dan biol. Agaknya sumpahan kot?

Pada 13/06/2017, dalam ucapan di hadapan guru KAFA / Sekolah Agama, Azmin Ali berkata,
Rizab Kerajaan Terlalu Banyak, Saya Tak Tahu Nak Buat Apa.
Maka bersoraklah di bawah pentas bonus 3 bulan ... 4 Bulan ... Rizab negeri terlalu banyak dan Azmin Ali tidak tahu buat apa?

Tahukah macai-macai semua Bajet 2018 semalam adalah Bajet Defisit RM870 juta? Ini adalah kali keempat Kerajaan Negeri Selangor membentangkan bajet defisit sejak PKR mengambil alih kerajaan negeri pada 2008.

Hasil Kerajaan Negeri Selangor pada 2018 dianggarkan  sebanyak RM2.25 billion manakala Perbelanjaan pula dianggarkan berjumlah RM3.12 billion; memberikan defisit yang sangat besar, iaitu RM870 juta.

Lebih 75% pendapatan atau Hasil Kerajaan Negeri Selangor adalah berpunca dari perkara-perkara berkaitan tanah seperti premium tanah (pemberian milik dan tukar syarat tanah) serta Cukai Tanah.

Azmin Ali pun seperti Joseph Lim Guan Eng juga yang bergantung penuh kepada Hasil (pendapatan) dari urusan tanah untuk mentadbir negeri. Rakyat Selangor berhutang RM28 setiap RM100 yang dibelanjakan dalam Bajet 2018 Selangor,.

Berbanding Bajet Kerajaan Pusat setiap RM100 yang dibelanja ibu segala Bajet itu hanyalah RM14 dari RM100. Persoalannya Azmin cuba tipu siapa? Untuk tipu macai Pakatan Harapn tidak perlu. Mereka sememangnya bodoh.

November 3, 2017

24 @AzminAli Bagi Bonus Penjawat Awam Selangor 3 Bulan, Hebat! Sayang Cuma Guna Duit Premium Tanah


Di dalam Bajet Selangor 2018 hari ini, Azmin  Ali mengistiharkan bonus 3 bulan gaji untuk Kakitangan Kerajaan Selangor. Dua bulan telah dibayar pada Jun 2017, sebelum Hari Raya Aidil Fitri. Sebulan lagi akan dibayar pada 21 Disember, bulan depan. Hebat Azmin Ali buat magik. Bahasa kasarnya menipu. Bentang Bajet 2018. Bagi bonus semua dalam tahun 2017. Bijak. Bijak. Bijak menipu. 2018 berapa Kakitangan Kerajaan Selangor dapat bonus? 0!!!


Bonus 3 bulan gaji Kakitangan Kerajaan Selangor yang seramai 16 ribu orang adalah berjumlah RM94.65 juta. Paling banyak mendapat laba ialah Menteri Besar sendiri. Baki Rakyat Selangor selebihnya hanya mampu melihat sahaja. Dapatlah ibu bapa penyokong parti pemerintah di rumah RM100 setahun membeli belah di Econsave.

RM94.65 juta inilah yang membuatkan harga rumah menjadi mahal kerana separuh dari hasil Bajet Kerajaan Selangor adalah dari premium tanah. Hasil Selangor 2018 dijangka RM2.25 bilion. 48.3% daripadanya adalah hasil dari premium tanah. Ini bermakna hampir RM1 bilion dari tanah.


Sekarang kita faham bagaimana pemaju tidak dapat membuat rumah dan menjual dengan harga murah kalau premium tanah mereka kena bayar tinggi? Hebatkah seorang Menteri Besar jika berbangga separuh hasil negeri sahaja berkaitan premium tanah? 

Yang menderita Rakyat Selangor yang tidak mampu membeli rumah kerana premium tanah yang tinggi dikenakan kepada pemaju. Tapi tak apalah. Demi kelangsungan undi Pilihan Raya Umum ke 14, Kakitangan Merajaan Negeri dapat bonus 3 bulan. Syabas Azmin Ali.

57 Surat Terbuka @SyedSaddiq Biadab Dan Kurang Ajar Dengan DYMM Sultan Selangor







Surat terbuka Ketua Armada, Syed Sajat Saddiq Syed Abdul Rahman di atas susulan Kenyataan Media dari DYMM Sultan Selangor adalah biadap, kurang ajar dan satu penghinaan terhadap Baginda. Mari kita dengar kembali apa kata 'Self Proclaimed Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad,
Mungkin kerana dia (Najib Razak) berasal dari lanun Bugis. Entah macamana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis.
Terdapat 3 penghinaan Tun Dr Mahathir dalam kenyataan di atas ke atas Bangsa Bugis:

Pertama, Tun Dr Mahathir menyebut "Mungkin kerana dia ni berasal dari lanun Bugis", Tun Dr Mahathir tidak kata DS Najib sebagai Lanun Bugis. Tun Dr Mahathir berkata asal DS Najib dari Lanun, diperincikan lagi lanun mana, iaitu Lanun Bugis.

Kedua, Tun Dr Mahathir menmyebut, "entah macam mana dia sesat ke Malaysia", ini satu lagi penghinaan, Tun Dr Mahathir seolah-olah menganggap orang Bugis sesat apabila mereka sampai ke Malaysia.

Ketiga, Tun Dr Mahathir juga menghalau DSS Najib dengan perkataan "pergi balik la ke Bugis", ini satu lagi penghinaan kepada keturunan Bugis yang lahir di Malaysia dan yang merupakan Rakyat negara ini

Memang wajar Tuanku Sultan murka. Tontion pula video percakapan Top Dog Pakatan Harapan ini untuk mendengar dengan lebih jelas,


Sebagaimana yang dinyatakan dalam Kenyataan Media DYMM Sultan Selangor hari ini:
Berdasarkan rakaman klip video ucapan berkenaan yang tular di media sosial, tohmahan dan kenyataan Tun Dr Mahathir itu jelas menghina dan menggolongkan bangsa Bugis ini kononnya berasal usul dari golongan lanun, perompak dan penjenayah.
Di dalam Surat Terbuka beliau keoada DYMM Sultan Selangor, Syed Sajat dengan bangga mengaku Anak Johor menulis dengan panjang lebar mempertahankan Boss beliau, Tun Dr Mahathir. 

Beliau berkata beliau terkejut dengan DYMM Sultan Selangor yang telah salah faham dengan Tun Dr Mahathir sehingga meminta agar Tun Dr Mahathir dikenakan Akta Hasutan.

Syed Sajat juga memberitahu DYMm Sultan Selangor bahawa beliau kecewa isu Bugis ditimbulkan kembali dan dipolitikkan. Katanya,
Sesungguhnya patik amat kecewa apabila isu ini ditimbulkan apatah lagi dipolitikkan bagi mengalih pandangan terhadap isu besar lain seperti rasuah.
Syed Saddiq memberitahu DYMM Sultan Selangor bahawa Timbalan Perdana Menteri, DS Zahid Hamidi juga menghina kaum India. Apa yang berlaku DS Zahid hanya menyebut keturunan Tun Dr Mahathir dari India. DS Zahid tidak memanggil India sebagai lanun mahupun mengarahkan Tun Dr Mahathir supaya balik ke India.

Adalah dangkal menyebut keturunan Tun Dr Mahathir dikatakan sebagai penghinaan kepada masyarakat India Malaysia. Ini berbeza dengan kenyataan Tun Dr Mahathir. Waima Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla pun mengaku tersinggung dan berasa terhina dengan kenyataan beliau. Apa yang Tun Dr Mahathir menjawab?
Saya tidak akan mohon maaf dan untuk apa saya perlu lakukan.
Ramai yang berkongsi pandangan yang sama dengan DYMM Sultan Selangor. Baginda tidak terkhilaf dengan kenyataan Tun Dr Mahathir dan begitu juga dengan kebanyakan Rakyat. 

Syed Sajat sebagai pentaksub tahap dewa boleh menangisi Kenyataan Media dari Istana. Sedangkan budak mentah yang 'self proclaimed' bernilai RM5 juta masih belum membuat laporan rasuah kononnya beliau dibeli kepada pihak SPRM.

November 2, 2017

7 Hanya RM20 Juta Diperuntukkan Oleh MBPP Dan MPSP Untuk Projek Banjir? Gilakah Ini Ketua Menteri @cmlimguaneng?


Dalam Bajet 2018 Pulau Pinang hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang hanya memperuntukkan RM20 juta sahaja melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MBSP). Jumlah ini tidak masuk akal memandangkan menurut rekod Rejim DAP Pulau Pinang hari ini, memaklumkan sebanyak 119 kejadian banjir kilat direkodkan berlaku di negeri ini, sejak tahun 2013 hingga 15 Oktober lalu.

EXCO Kerajaan Tempatan, Tebatan Banjir dan Lalu Lintas, Chow Kon Yeow, berkata kejadian banjir itu masing-masing berlaku sebanyak 22 kali pada 2013; 20 (2014); 26 (2015); 30 (2016) dan 21 kes sama direkodkan sehingga 15 Oktober lalu. Bagaimana Rejim DAP Pulau Pinang boleh mendakwa Bajet 2018 Pulau Pinang adalah 'Bajet Marhaen' sedangkan mereka tidak ada kesungguhan untuk mengatasi masalah banjir.


Pulau Pinang sanggup membazirkan RM30 juta untuk laluan basikal sepanjang 12 km. Baca di sini. Laluan ini mendapat kritikan hebat apabila jalan basikal berkenaan hanya dicat dengan warna hijau. Baca di sini. Lebih memalukan Rejim DAP Pulau Pinang sanggup menghabiskan RM305 juta untuk kertas kerja asas projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang sehingga kini masih belum siap. Baca di sini.

Yang paling menarik, Pulau Pinang mengalami banjir tidak kurang dari 119 kali dalam masa 9 tahun Rejim DAP memerintah, bajet tembatan banjir hanya mendapat peruntukan RM20 juta saja sedangkan Pejabat Ketua Menteri dapat 1/3 dari jumlah bajet iaitu RM748 juta.


Ketua Menteri Pulau Pinang menghina golongan Orang Kurang Upaya (OKU) apabila beliau menyindir Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai dengan berkata beliau akan menghulurkan kerusi roda atau tongkat kepada DS Liow untuk menghadapi hari-hari terakhir sebagai Menteri sekiranya beliau bertemu di koridor Parlimen. Baca di sini.

Joseph Lim Guan Eng seharusnya tidak bersikap bongkak dan takbur dengan menghina DS Liow, apatah lagi sanggup merendah-rendahkan golongan OKU. Nasib siapa yang menghadapi hari-hari terakhir sebagai Menteri, tiada siapa yang tahu. Adakah DS Liow atau Josep Lim Guan Eng sendiri. Jika bukan Kerajaan Pusat yang membantu memberikan peruntukan RM150 juta kepada negeri Pulau Pinang, pastinya masalah banjir akan menjadi lebih teruk lagi. Baca di sini. Jadi, tidak perlulah sombong dan bongkak sangat!

November 1, 2017

56 5 Pasaraya Giant Ditutup, DS @NajibRazak Juga Yang Salah Wahai @NikNazmi?


Untuk menjadi pemimpin pembangkang, anda perlu mempunyai satu kriteria utama iaitu menjadi bodoh-bodoh alang. Kejadian yang terbaru adalah penutupan 5 cawangan Pasaraya Giant dikaitkan dengan keadaan ekonomi yang teruk dan ketidakmampuan Perdana Menteri menguruskan ekonomi negara.

Ini mengikut penilaian pakar ekonomi PKR yang juga Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad. Saya mendapati hujah Ketua Pemuda PKR ini agak dangkal sekali. Pertama, Pasaraya Giant menutup 5 cawangan sebab tempoh sewa bangunan sudah habis dan berpindah (relocate) semula di tempat lain dengan konsep baru. Penutupan lima pasaraya Giant adalah satu contoh keputusan perniagaan yang dibuat untuk kekal berdaya saing.

Kedua, Cawangan Giant yang ditutup bukan cawangan utama. Saya ambil contoh cawangan yang akan ditutup iaitu Giant SACC, Shah Alam. Untuk rekod, terdapat sekurang-kurangnya tiga pasaraya Giant di Shah Alam. Pasaraya Giant SACC terletak di 'basement' SACC yang nenyukarkan pelanggannya untuk membeli belah.

Eloklah kalau ianya dipindah dan menggunakan konsep baru. Lainlah kalau Pasaraya Giant di Seksyen 13, Shah Alam yang merupakan pasaraya Giant terbesar di bandar ini ditutup. Barulah ada isu.

Ketiga, kalau mengikutkan teori Nik Nazmi, ekonomi Malaysia sepatutnya berada di atas landasan yang betul dan kukuh. Kenapa saya kata begitu. Kita ambil contoh McDonald's Malaysia yang akan membuka 200 cawangan baru menjelang tahun 2027 @ 20 cawangan setiap tahun. Baca di sini. Adakah semua outlet ini kelak akan dipenuhi dengan Rakyat Zimbabwe?

Keempat, oh ya. Pastinya macai-macai pembangkang akan mempertikaikan kenapa saya tidak membuat perbandingan epal kepada epal. Kenapa mesti pasaraya dibandingkan dengan restoren makanan segera? Oklah saya salah. Baca perikan di bawah:

1. AEON dalam perancangan membuka tiga pasaraya baru, satu di Sarawak dan dua di Semenanjung Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan 30 pasaraya di Malaysia. Baca di sini.

2. Untuk tahun ini 2017, Mydin telah membuka 3 pasaraya baru dan akan membuka 2 lagi pasaraya baru sebelum berakhir tahun ini. Dalam perancangan juga untuk membuka 3 lagi pasaraya di Pahang, Sandakan dan Kelantan tahun depan. Baca di sini.

3. Memetik keratan berita pada April 2017, Tesco Malaysia dalam perancangan membuka dua  pasaraya baru dan 4 hingga 6 "pasaraya generasi baru". Baca di sini.

Kesimpulan, adakah Pasaraya Giant ditutup atas sebab faktor ekonomi yang nazak atau kerana tewas dalam persaingan.

October 31, 2017

6 Jawapan PLUS Berhubung Plaza Tol Bukit Kayu Hitam Akan Berpindah Ke Plaza Tol Baharu




Susulan dari pengumuman Perdana Menteri, DS Najib Razak berhubung pemansuhan kutipan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam yang akan berkuatkuasa bermula 01/01/2018 pada Bajet 2018 yang lalu, sejak semalam telah tular beberapa keping gambar kain rentang melalui media sosial dan sistem pesanan Whatsapp.

Berdasarkan maklumat yang dipaparkan pada kain rentang, Plaza Tol Bukit Kayu Hitam dikatakan bakal beroperasi di lokasi baharu pada jam 6 pagi pada 1 November ini.

Macai-macai pembangkang tidak perlulah meroyan perpindahan plaza Tol Bukit Kayu Hitam ke tempat baharu. Apa yang penting bermula 01/01/2018, tiada lagi tol dikenakan di Plaza Bukit Kayu Hitam.

October 29, 2017

28 Belum Beri Pendidikan Percuma, Hutang Terkumpul UNISEL RM126 Juta, Sembanglah @AzminAli



Jemin ... Jemin ... kita bagilah peluang beliau bernafas dalam bab #Bajet2018 setelah terkantoi tersalah ambil amun TVET Kerajaan Persekutuan. Pakatan Pembangkang dalam Belanjawan Alternatif 2018 mengariskan pendidikan percuma. Kita layan sajalah janji bulan dan bintang mereka.

Persoalannya, adakah Pakatan Harapan  mampu melaksanakan apa yang ditulis dalam Belanjawan berkenaan? Nilaikan sendiri status Universiti Selangor (UNISEL). Belum lagi melaksanakan pendidikan percuma, tahin 2014 UNISEL kerugian RM10.6 juta, tahun 2015 kerugian RM16.6 juta dan pada tahun 2016 kerugian RM4.01 juta!

Hutang terkumpul sehingga tahun 2016 adalah RM126 juta! Matilah nak! Hendak uruskan Sekolah Menengah/Rendah Agama Negeri (SMAN/SRAN) dan Maahad Tahfiz dalam negeri pun, Pakatan Harapan ada masalah, inikan pula bercita-cita untuk memberikN pendidikan percuma di peringkat kolej dan Institut Pengajian Tinggi. Sembang di kedai kopitiam boleh la.


 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates