October 14, 2017

68 Bas Disediakan Rupanya Untuk Himpunan #KleptokrasiAbahKau ... Serta Bayaran Sekali

Walaupun bas disediakan untuk mengangkut peserta Himpunan KleptokrasiAbahKau, himpunan kali ini antara yang terhambar dalam sejarah demontrasi negara. Malaysiakini menganggarkan 8,000 orang sahaja malam ini, walaupun penganjur cuba menipu sehingga 25,000.








Manakala di bawah pula adalah mesej pesanan 'whatsapp' yang tersebar sejak petang tadi mengenai saguhati kepada peserta-peserta yang datang ke perhimpunan ini.


Jangan risau, tiada duit Tun Dr Mahathir dan keluarga digunakan untuk ini semua. Semuanya dikutip melalui tabung derma sejak petang tadi.



14 Terkini - Ceramah #KleptokrasiAbahKau Sudah Bermula, Hadirin Masih Suam-Suam Kuku


Jam menunjukkan 9.30 malam. Perlawanan Manchester United - Liverpool juga sudah habis kalau mahu dijadikan alasan Padang MPPJ tidak penuh dengan peserta.

Patutlah muka Pengerusi merangkap 'Top Dog' Pakatan Harapan amat murung malam ini. Mungkin tunggu tepat pukul 12.00 malam kot baru penuh dengan hantu syaitan baru mula bersiar-siar.

Portal suara pembangkang, Sinar Harian sudahpun mengeluarkan himpunan KleptokrasiAbahKau dengan tajuk sensasi dan gambar jarak dekat untuk menunjukkan himpuan itu berjaya. Ada lagikah yang membeli dan membaca akhbar berkenaan?














20 Terkini - Himpunan #KleptokrasiAbahKau Sebelah Malam Juga Hambar


Ini adalah gambaran himpunan Kleptokrasi pada malam ini jam 9.00 malam. Untuk macai-macai Pakatan Harapan yang tidak tahu berapa ramai orang dalam gambar-gambar ini, bayangkan kalau penuh satu Stadium MPPJ Kelana Jaya ini adalah sekitar 20,000 orang. Buat agaran sendirilah. Jangan letak jumlah juta-juta sudahlah.

Terfikir juga kalau setakat pembangkang nak kumpul 100,000 bukan susah pun, Parlimen Seputeh Teresa Kok menang majoriti 55,000, Parlimen Petaling Jaya Utara,  Tony Pua menang 44,000 majoriti. Tapi kenap yang datang tu nak cecah 3,000 pun mengah?












4 Hari Sukan Negara Lebih Ramai Dari #HimpunanKleptokrasiAbahKau #KekalNajib

Acara dimulakan jam 4.00 petang dan akan berakhir jam 12.00 tengah malam. Setakat jam 6.00 petang inilah sahaja orang ramai yang hadir di Padang MPPJ, Petaling Jaya. Biarlah gambar berbicara.

Kehadiran dua tokoh adik beradik utama, Tun Dr Mahathir dan Lim Kit Siang petang inipun tidak banyak membantu memberi semangat kepada hadirin untuk hadir.

Kesimpulannya, gagal sepenuhnya. Itulah hakikat yang Pakatan Harapan perlu diterima. Sasar jumlah kehadiran adalah 100,000 orang tetapi sehingga jam 6.00 petang, hanya 2,000 orang sahaja.

Ini bermakna yang betul-betul hadir di atas padang hanyalah 2 peratus sahaja (2,000 orang) daripada 100,000 orang. Macai Pakatan Harapan nilaikan sendiri.











10 2 Bulan Tak Cukup Lagikah Nak Daftar Anak, Mak Lampir?


Kalau namanya pembangkang, apa sahaja yang Kerajaan buat pastinya hendak dibangkang. Terbaru, apabila Jabatan Pendaftaran Negara bercadang untuk mengenakan denda RM1,000 sekiranya seseorang anak yang baru lahir gagal didaftarkan dalam masa 60 hari.

Ahli Parlinen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang lebih dikenali sebagai Mak Lampir di media sosial tampil membangkang kononnya ini membebankan dan menyusahkan Rakyat yang miskin.

Pertama, denda yang dikenakan bukan untuk mengutip hasil Kerajaan dan bukan juga untuk membebankan Rakyat, sebaliknya untuk mendisiplinkan Rakyat agar tidak leka untuk mendaftar kelahiran anak mereka.

Kita faham, zaman Mak Lampir dilahirkan di Indonesia berpuluh tahun dahulu mungkin berbeza dengan zaman sekarang. Sekarang, proses pendaftaran amat mudah dan cepat. Jabatan Pendaftaran Negara juga dibuka 7 hari seminggu.

Kedua, tempoh 60 hari sudah cukup untul mana-mana pasangan untuk mendaftarkan anak. Kita faham ibu-ibu di dalam pantang tidak dapat keluar untuk mendaftarkan anak. Itupun untuk tempoh 40 hari kurang lebih.

Bagaimana pula dengan si Ayah. Adakah Ayah terlalu sibuk selama 60 hari sehingga tidak mampu meluangkan beberapa jam untuk mendaftarka  anak? Atau adakah si Ayah terlalu gatal mencari wanita lain semasa si inu dalam pantang sehingga leka mendaftarkan anak?

Kesimpulannya, diharap Mak Lampir dapat mencari isu lain yang lebih mantap untuk membelasah Kerajaan untuk kekal relevan dalam politik tanahair.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates