October 7, 2017

19 Ada Khaled Nordin Bising Buka IKEA Terbesar Di Asia Tenggara Wahai @AzminAli Dan @cmlimguaneng ?





Diam-diam ubi berisi. Itulah pepatah orang lama mengenai Menteri Besar Johor, DS Khaled Nordin. IKEA akan membuka dengan rasminya gedung ketiganya di Malaysia di Tebrau, Johor. IKEA Tebrau adalah gedung IKEA terbesar di Asia Tenggara akan mula dibuka pada 16/11/2017.

Bertelor sebiji riuh sekampung. Itu pula perumpamaan yang boleh ditujukan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali.

Menteri Besar Johor memang bersahaja dengan oembangunan di Johor. Tidaklah terjerit-jerit macam Lim Guan Eng pun. Tak juga mengatakan pembukaan IKEA sebagai "economic game changer" bagi negeri Johor macam cakap-cakap Lim Guan Eng.

Semasa mengumumkan persetujuan IKANO untuk membuka gedung IKEA di Batu Kawan beberapa tahun dulu, Lim Guan Eng dengan cukup bangga mendabik dada menyatakan inilah gedung IKEA pertama di Malaysia di luar Lembah Kelang.

Lim Guan Eng dipetik The Star, baca di sini, "Bukan senang untuk memujuk IKANO untuk membuka IKEA di Pulau Pinang." Sayang Lim Guan Eng, diam-diam IKEA Tebrau dibuka dahulu.

Manakala Menteri Besar Selangor pula seperti biasa mengambil kredit daripada usaha yang dibuat oleh Mantan Menteri Besar, DS Khir Toyo dalam merencanakan pembukaan IKEA di Selangor. Kalau mengharapkan usaha Azmin Ali sahaja, setakat kedai ais krim dalam tandas bolehlah dibuka.

12 Perkenalkan Menteri Besar Paling Keliru Di Dunia ... DS @AzminAli


Kalau bab 'tai-chi', serahkan kepada Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali. Bila mana Kerajaan Selangor kaya raya hasil usaha Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, Azmin Ali dengan muka tebal dan tidak tahu malu ingin mendapatkan kredit. Apabila Kerajaan beliau menghadapi masalah, cepat sahaja Menteri Besar ini menyalahkan pihak lain terutama Kerajaan Persekutuan.

Terbaru, apabila Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merobohkan rumah bekas bilal di Masjid di Lapangan Terbang Subang, Azmin Ali bingkas menyalahkan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerjaan Tempatan (KPKT), DS Noh Omar. Azmin Ali juga yang mahu kelihatan tidak bersalah dan maksum. 

Merujuk kepada laman web rasmi KPKT, baca di sini, amat jelas PBT terletak di bawah Kerajaan Negeri.
Adakah PBT terletak di bawah bidang kuasa KPKT dan apakah bidang tugas Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) terhadap PBT? 
Kesemua PBT terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Bidang tugas JKT khususnya dan KPKT amnya adalah untuk menyelaras PBT-PBT dari segi penyeragaman dan perundangan, memberi khidmat nasihat témasuk khidmat nasihat teknikal dan penyaluran peruntukan dari Kerajaan Persekutuan.
Tolong saya fahamkan logik Pakatan Harapan:

1. Tanah berkenaan di Selangor. Menteri Besar ialah Azmin Ali.
2. Kuasa mutlak isu tanah di bawah Kerajaan Negeri. Menteri Besar ialah Azmin Ali.
3. Yang menjalankan kerja robohkan ialah Majlis Bandaraya Shah Alam dan Pejabat Tanah Daerah Petaling, di bawah Menteri Besar, Azmin Ali.
4. Yang PSM panggil untuk menghentikan perobohan adalah Menteri Besar, Azmin Ali

Yang bersalah, DS Noh Omar?

Wahai Azmin Ali, elok kau letak jawatan sahajalah. Semua perkara tidak mahu memikul tanggungjawab. Macam 'darai' kata orang Kedah. 

October 6, 2017

26 Tun @chedetofficial Mengaku Sekarang Ikut Syaitan DAP Setelah Mempersetankan DAP Dulu


'Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir berkata di dalam blog beliau, chedet.cc, baca di sini bahawa beliaulah orangnya yang mempersetankan dan dipersetankan DAP suatu masa dulu. Beliau menulis,
3. Sebenarnya sayalah orangnya yang mempersetankan DAP. Dalam politik jika kita nak kalahkan musuh, kita terpaksa memburukan imej musuh. DAP adalah musuh parti saya dan saya sendiri.

4. Pendekatan saya amat berkesan walaupun saya juga dipersetankan oleh DAP.
Hari ini juga, Tun Dr Mahathir membuat pengakuan bahawa beliau terpaksa bekerjasama dengan DAP yang dipersetankan selama ini untuk melawan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan untuk menumbang kepimpinan DS Najib Tun Razak. Tulis beliau lagi, 
9. Saya mula bekerjasama dengan Kit Siang apabila beliau menyokong Deklarasi Rakyat yang bertujuan menjatuhkan Kerajaan BN pimpinan Najib. Pada ketika itulah perjuangan politik kami menjadi sama. Kedua-dua kami berpendapat menjatuhkan Najib lebih penting dari sengketa antara kami.
Apabila nafsu amarah dan tamak haloba menguasai diri, syaitan pun boleh menjadi kawan. Selamat Hari Syaitan Sedunia buat Pakatan Harapan. Jangan lupa tonton video di bawah dengan tajuk, "Tak Tahu Che Det Tak Tahu".


9 Rozan Azen Sedang Mencuci Najis Nurul Izzah Di Lembah Pantai




Bukan susah membaca percaturan politik pembangkang. Apabila Wakil Rakyat yang dipilih menghilangkan diri, cuma sekali sekala datang untuk berswafoto, maka kita tahu Wakil Rakyat berkenaan tidak akan lagi bertanding di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang di kawasan berkenaan.

Begitu juga kisahnya di Parlimen Lembah Pantai. Penyandangnya Nurul Izzah Anwar mendapat kemenangan di dalam PRU lepas di Parlimen berkenaan hanyalah berdasarkan faktor fitnah yang beliau taburkan pada saat-saat akhir terhadap lawan beliau, DS Raja Nong Chik. Kita tidak lupa apabila sejarah membuktikan bahawa Nurul Izzah Anwar telah meminta maaf di Mahkamah terhadap fitnah yang dibuatnya terhadap DS Raja Nong Chik.

Jasa kepada pengundi Lembah Pantai? PKR sudah lama tidak muncul dan mengambil peduli nasib penduduk marhein di Lembah Pantai. Semua masalah diserahkan kepada UMNO untuk diselesaikan dan mereka hanya muncul sekali sekala untuk mengambil kredit. Saat kritikal di mana Nurul Izzah tahu beliau akan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai apabila Residensi Kerinchi dilancarkan oleh Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak pada 27/02/2017.

Kini Nurul Izzah Anwar dikatakan membuat perancangan untuk bertanding di kerusi lain yang mudah untuk beliau menangi. Strategi melemparkan fitnah buat kali kedua mungkin tidak lagi berkesan. Lembah Pantai sedang diserahkan kepada 'pencuci najis' yang beliau tinggalkan, Rozan Azen Mat Rasip yang dikatakan calon yang kuat untuk menggantikan Nurul Izzah di Lembah Pantai. Adakah Lembah Pantai akan sekali lagi mahu ditipu oleh PKR?

4 Rejim DAP Tidak Pernah Membotakkan Bukit Bukau Di Pulau Pinang, Mana Buktinya?


Dituduh kerana gagal melindungi bukit-bukit di Pulau Pinang, Rejim DAP Pulau Pinang yang diketuai oleh Joseph Lim Guan Eng, tampil membuat Kenyataan Media mengatakan bahawa Barisan Nasional (BN) yang telah membuat bukit dan hutan menjadi 'botak'. Walaupun selepas 9 tahun memerintah Pulau Pinang, nama BN masih lagi menjadi 'kambing hitam' untuk dipersalahkan oleh Rejim DAP. 

Ketua Menteri Pulau Pinang berkata pada 24/04/2017, baca di sinisejak tahun 2006, negeri itu tidak meluluskan satu inci persegi hutan kekal untuk dibersihkan dan bertindak terhadap mereka yang telah dibersihkan secara haram.

Gambar-gambar yang berada di dalam posting ini berlokasikan di Paya Terubong yang menjadi mangsa kerakusan projek Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Bukit bukau habis ditarah dan dikorek sehingga menjadi seperti sebuah kuari tanah merah dan batu granit, bukannya tapak pembinaan jalan raya. Termasuk juga kawasan tanah tinggi yang kini menjadi tempat pertanian yang dibuka secara halal ataupun secara haram. 

Jika ada penerokaan haram takkan tiada pemantauan dan tindakan dari Rejim DAP? Ini juga boleh menjadi salah satu punca kenapa Pulau Pinang kerap mengalami banjir, apabila banyak kawasan hutan ditebang. Air dari bukit akan turun ke kawasan rendah dan memasuki Sungai Dondang dan mengalir laju ke Sungai Pinang lalu menengelamkan kawasan Georgetown, termasuk juga aliran dari bukit yang ditarah menuju ke kawasan Relau dan Bayan Baru yang sebelum ini tidak berlaku banjir. 

Lebih malang lagi, kolam tadahan atau takungan atau retention pond yang terdapat di Paya Terubong tidak diurus dengan betul menyebabkan air melimpah dan tidak mampu menahan air yang banyak turun ke kawasan Sungai Dondang seterusnya ke Sungai Pinang.

Penduduk berasa kecewa kerana kawasan mereka selama ini tidak banjir, kini hidup mereka sentiasa dalam keadaan cemas apabila hujan turun antara 2 hingga 4 jam. Kebimbangan juga berlaku tanah runtuh. Rejim DAP Negeri tidak patut hendak memikirkan soal tebatan banjir semata-mata, sedangkan punca air cepat turun ke sungai dan tanah rendah kerana bukit sudah menjadi botak dan tidak lagi mampu menjadi penahan air hujan.










October 5, 2017

56 Baru Bina 520 Buah Rumah Mampu Milik, Rejim DAP Sembang Macam Buat Rumah Satu Pulau


Dua hari lepas EXCO Perumahan Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo mengumumkan sebanyak 520 dari 11,800 unit rumah mampu milik kerajaan negeri bakal siap hujung 2017 untuk Fasa 1, Bandar Cassia di Batu Kawan, setelah 4 tahun lebih dibina. Baca Malay Mail Online, di sini.

Bayangkan kalau dalam tempoh 4 tahun, baru 520 unit dibina, bagaimana dengan lebihan 11,280 buah lagi seperti mana dijanjikan oleh Rejim DAP? Hitung kasarnya, maka lebih 20 tahun lagi baru Rakyat miskin di Pulau Pinang boleh beli rumah. Cekapnya Rejim DAP Pulau Pinang, tahun 2011 umum bina, 2014 baru nak mula, awal 2018 baru nak siap. Itupun mungkin disebabkan projek berkenaan terpaksa dipercepatkan sebagai 'gula-gula' Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14.

Tidak hairanlah kalau terowong yang dicadangkan pada tahun 2013, sehingga ke hari ini sebatang tiang pun belum dipacak, sedangkan tanah yang menjadi cagaran bayaran telah pun dijual dan dibangunkan oleh pemaju. Paling menarik sekali apabila kertas cadangan 'feasibility studies' yang telah menelan belanja RM320juta pun belum dapat dibentangkan kepada Rakyat.

Untuk rekod perbandingan, Kerajaan Barisan Nasional Johor telah membina dan menyiapkan sebanyak 15,139 unit rumah mampu milik untuk tempoh yang sama. Jadi, di mana yang dikatakan Rejim DAP Pulau Pinang itu Cekap, Akauntabiliti dan Telus?


October 4, 2017

49 Rumah Rakyat Selangor Akhirnya Diroboh, Terima Kasih DS @AzminAli


Ini bukan kejadian di Myanmar yang melibatkan Rakyat Rohingya. Ini di Malaysia. Di Selangor. Negeri yang diperintah oleh Pakatan Harapan. Menteri Besarnya dari PKR bernama DS Azmin Ali. Hari ini, Menteri Besar, DS Azmin Ali dan Kerajaan Negeri terus rakus menghenyak rakyat apabila dua rumah bekas pegawai masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Subang dirobohkan.

Walaupun rayuan sudah dibuat kepada Pegawai Daerah untuk menangguhkan perobohan sehingga dua keluarga ini mendapat kediaman yang sedang diusahakan oleh YB Datuk Hajah Halimaton Saadiah Bohan, ADUN Kota Damansara dan juga pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang juga bersedia memberikan kerjasama, namun selepas 4 hari, kediaman ini terus di robohkan. Zalim? Anda nilaikan sendiri.

Nota Kaki: Ini cerita dari mulut pendemo tegar dan penyokong kuat pembangkang, Khalid Mohd Ismat. Baca dan nilaikan sendiri.


Baca pula luahan mangsa,








9 Dr @weekasiongmp Ajak @cmlimguaneng Makan Daging Babi Panggang Di Kuala Lumpur


Sungguh sinis sekali pelawaan untuk makan bersama daripada Timbalan Presiden MCA, DS Dr Wee Ka Siong. Dr Wee semalam telah mengajak Joseph Lim Guan Eng untuk menikmati juadah babi dan minuman beralkohol di Kuala Lumpur selepas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dikatakan cuba mengelirukan masyarakat Cina dengan menggambarkan seolah-olah hanya Pulau Pinang yang membenarkan pengambilan makanan dan minuman tersebut. Dr Wee berkata,
Marilah ke Kuala Lumpur. Kamu nak makan babi panggang? Saya boleh menempah 10 pinggan. Saya juga boleh menempah minuman alkohol dan kamu boleh minum sepuas-puasnya.
Dr Wee berkata, MCA secara proaktif membawa isu penganjuran festival beer untuk dibincangkan di peringkat Kabinet. MCA katanya akan membantah sekeras-kerasnya jika penganjuran festival beer dilarang atas faktor keagamaan. Beliau berkata, selepas mendengar laporan daripada polis yang menolak penganjurannya atas faktor keselamatan, kami berpendapat keadaannya boleh diterima.

Joseph Lim Guan Eng dilihat cuba menangguk di air yang keruh apabila menghentam Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengehentikan penganjuran festival beer di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, beliau berdiam diri apabila Kerajaan Selangor juga turut mengikut langkah yang sama dengan menghentikan penganjuran festival beer di Klang atas faktor keselamatan. Kalau Joseph Lim Guan Eng hendak menjadi jaguh, kenapa festival beer berkenaan tidak dianjurkan di Pulau Pinang, di Menara Komtar, misalnya?

Dr Wee bersama Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai senada menuding jari ke arah DAP berkenaan Islamisasi yang mengambil tempat. Presiden MCA sebelum ini berkata, kerjasama DAP dengan PAS dan seruan parti itu supaya pengundi Cina menyokong PAS sebelum ini telah memperluaskan pengaruh PAS.

Untuk rekod, kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) mengatakan keputusan untuk tidak membenarkan Better Beer Festival 2017 adalah berasaskan ancaman keselamatan intel dan bukan kerana sensitiviti Agama atau politik.



17 'S' Main Abjad Lah Pulak, Itulah Orang Suruh Sambung Belajar Ke Oxford Tak Nak! cc. @SyedSaddiq



'S' buat Sidang Media. 'S' Buat tuduhan diberi rasuah RM5 juta oleh 'H'. Lepas tu 'S' pulak suruh orang yang kena tuduh, 'H' tampil untuk menafikan segala dakwaannya. 'S' tuduh 'H' tapi 'S' mengaku tidak pernah jumpa 'H'. Lepas itu 'S' minta 'H' jawab la, tampil la, saman la bla la la. 'H' pula yang kena bersilat menafikan. 'S' tidak mahu buat laporan polis. 'S' juga masih belum buat laporan SPRM. Selepas 'S' mendengar lagi seorang 'H' membuat laporan SPRM semalam, 'S' jadi panik. 

Hari ini 'S' hendak sebut nama penuh 'H' pun tidak berani. Takut 'H' saman kot kalau sebut nama penuh. Penakut benar Ketua Armada Parti Chap Bunga ini untuk berterus terang. Orang Kedah panggil 'darai'. Kalau ikut cara dan kehendak 'S', dari dulu lagi Doktor 'M' sudah mati awal sebab kena menjawab setiap tuduhan.

Membaca komen 'S' di Sinar Harian seolah-olah seperti mendengar 'Luahan Hati Dan Dedikasi' di Sinar FM pulak Itulah, Mak 'S' suruh 'S' sambung belajar di Oxford, degil. Kan mendapat penyakit bodoh. Nasihat 'C', pergilah sambung balik belajar tu. Bagi cerdik sedikit daripada sekarang.

Nota Kaki: Lihat bagaimana Syiah mengajar Liberal.


October 3, 2017

62 Misteri Surat Tawaran Universiti Oxford @SyedSaddiq


Di dalam posting laman Facebook beliau pada 01 Oktober, Syed Saddiq dengan bangganya bergambar dengan kedua ibu bapanya bersama surat tawaran, kononnya ke Universiti Oxford bersama catatan seperti di bawah.


Apabila surat berkenaan diperbesarkan (zoom-out) kita boleh melihat dengan jelas butir-butir tarikh pada surat berkenaan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa misteri mengenai tarikh-tarikh berkenaan seperti berikut:
  • Tarikh surat dari Universiti Oxford bertarikh 17/05/2017.
  • Terima surat berkenaan pada 15/06/2017
  • Amat luar biasa apabila beliau perlu menjawab surat berkenaan pada 11/05/2017. Adakah Universiti Oxford tersalah tulis tarikh atau adakah surat ini palsu? Setelah 5 bulan baru Syed Saddiq kecoh hendak melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford?
  • 01/10/2017 beliau war-warkan dalam media sosial
  • 02/10/2017 Syed Saddiq membuat Sidang Media penangguhan dan memberitahu harga dirinya bernilai RM5 juta.
  • Pengajian Sarjana atau 'Masters' Syed Saddiq bermula 21/09/2017 hingga 30/09/2018. Ini bermakna Syed Saddiq telah menangguh kemasukan pengajian ke Universiti Oxford ini. Namun, pada 02/10/2017 beliau sibuk dengan Sidang Media. Lawak tak?
Kesimpulannya, Syed Saddiq adalah protege kepada Rafizi Ramli. 





20 Adakah Beer Dihidangkan Di Mesyuarat Pakatan Harapan Di Ibu Pejabat DAP?


'Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang selama 22 tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri dengan memomokkan DAP sebagai parti cauvinism, perkauman dan sebagainya, semalam telah memecahkan rekod dengan menjejakkan kaki ke Ibu Pejabat parti itu di Kuala Lumpur. 

Beliau bersama pemimpin utama Pakatan Harapan hadir untuk mesyuarat mingguan majlis presiden pakatan pembangkang itu. Berdasarkan gambar yang diterbitkan organ DAP, The Rocket, Tun Dr Mahathir dilihat duduk di dalam bilik mesyuarat dengan di belakangnya latar logo DAP.

Namun, dari gambar yang diambil dari Malaysiakini, terdapat sebotol botol hijau menyerupai beer berada di atas meja berkenaan. Untuk berfikir postif, kemungkinan juga botol berkenaan adalah botol  minuman jenama Perrier, sejenis air mineral semulajadi. Namun, kenapaklah hanya satu botol hijau sahaja di atas meja berkenaan sedangkan yang lain hanyalah dihidangkan dengan air mineral yang biasa berbotol jernih?


Atau ianya sebotol Carlsberg?



 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates