September 30, 2017

24 Ini Sebab @LimKitSiang Panggil Ketua Pesuruhjaya @SPRMMalaysia Monyet


Sekarang baru kita tahu kenapa Lim Kit Siang menjadi kurang ajar dan tudak beradab dengan mengelarkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dzulkifli Ahmad sebagai monyet. 

Lim Kit Siang beberapa hari lepas membidas Ketua Pesuruhjaya itu dengan mengatakan semua mata turut memerhatikan suruhanjaya tersebut dan sama ada Dzulkifli dapat memimpin badan anti rasuah yang bersih.

Lim Kit Siang dipetik sebagai berkata Dzulkifli harus menyedari bahawa jika beliau bertindak seperti monyet yang mempunyai mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar dan ada mulut tetapi tidak berbicara mengenai skandal 1MDB, beliau akan menjadikan SPRM sebagai agensi anti rasuah kleptokratik pertama di dunia.

Rupa-rupanya Lim Kit Siang mahukan Ketua Pesuruhjaya SPRM berkenaan berada di bawah Jawatankuasa Parlimen diketuai oleh pembangkang, dengan alasan suruhanjaya itu akan telus dan terbuk. Bab ini ingin saya katakan bahawa cadangan Lim Kit Siang sebagai kepala bapak dia. Semua orang tahu siapa Ketua Pembangkang di Parlimen? Lim Kit Siang. 

Jadi, sekiranya SPRM diletakkan di bawah pembangkang yang diketuai oleh Lim Kit Siang, maka akan bermaharajalela rasuah di kalangan pembangkang. Bagaimana dengan dua kes rasuah anak Lim Kit Siang iaitu Lim Guan Eng. 

Pastinya Lim Kit Siang akan menggunakan pengaruhnya untuk memaksa SPRM menutup kes rasuah bukan setakat anak beliau malah keseluruhan kes rasuah pembangkang. Seperti kata Rafizi Ramli, Lim kit Siang ni bodoh, bodoh, bodoh.

12 Ubah Gaya DAP Style - Terbaru Bukan Warga Pulau Pinang Anti Monarki Dilantik Menjadi Pegawai Agama


Apa motif Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng dan kerajaan Pulau Pinang melantik Wan Ji Wan Hussin, seorang yang cita-citanya mahu meruntuhkan sistem beraja di Malaysia, sebagai Pegawai Penerangan Agamanya?

Wan Ji pernah  didakwa mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, tiga tahun lalu kerana menghina Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah di laman Facebook beliau. 

Kes ini masih belum diputuskan lagi dan masih di peringkat di peringkat Mahkamah Tinggi. Wan Ji juga terkenal dengan perancangannya untuk mengulingkan sistem beraja di Malaysia seperti video di bawah. Persoalannya, bukankah orang lantikan Lim Guan Eng ini menentang konsep Rukunegara iaitu Kepercayaan Kepada Raja dan Negara?


Dengan bertambahnya Wan Ji sebagai Pegawai Penerangan Agama, Ketua Menteri Pulau Pinang mempunyai 42 kakitangan di bawahnya. Tugas utama mereka menjilat Ketua Rejim DAP sahaja. Tidak lebih dari itu.

Untuk apakah jumlah sebegini besar diperlukan oleh Ketua Rejim DAP ini? Duit bayar gaji mereka adalah dari duit Rakyat dan bukan kutipan meja makan malam DAP tau.

Tambahan lagi, Wan Ji menambahkan bilangan warga luar bukan anak kelahiran Pulau Pinang yang memegang jawatan di Pulau Pinang. Kita faham Lim Guan Eng sendiri warga Johor. Jadi beliau pastinya tiada jati diri untuk sayang Pulau Mutiara ini. 

Tidak adakah anak jati Pulau Pinang yang layak memegang jawatan Pegawai Penerangan Agama? Lihatlah video kedua di bawah. Inilah ciri-ciri Ubah DAP Style. Anak Pulau Pinang dipinggirkan, warga kera dari luar disusukan.



September 29, 2017

54 Sambutan Hangat Jelajah Jom Bina Negara @RafiziRamli Di Kelantan, 100,000 Hadirin Tak Kurang



Setelah selesai menghiburkan kita dengan video maki hamun bertajuk 'Bodoh, Bodoh, Bodoh', Naib Presiden PKR kembali menjelajah menyebarkan fitnah melalui Jelajah Jom Bina Negara di Machang, Kelantan.

Sambutan Rakyat Kelantan amat meriah. Dikatakan tidak kurang 100,000 yang hadir mendengar ceramah beliau. Abaikan gambar-gambar di atas kerana penggunaan kamera murah menyebabkan kehadiran makhluk-makhluk halus gagal dirakam sepenuhnya.

Bagi yang pernah membaca novel tulisan Tamar Jalis bertajuk "Siri Bercakap Dengan Jin" pasti tahu kebolehan Rafizi Ramli selain dari Akauntan Bertauliah, beliau juga mampu berkomunikasi dengan jin dan makhluk halus.

Bagi yang belum menonton video 'Bodoh, Bodoh, Bodoh', saksikanlah video yang bakal memecahkan panggung ini dengan kutipan 'box office'. Selamat malam Malaysia di mana anda berada.

66 YB Jagdeep Singh Deo, Bila Mau Botak Kepala?




Di atas adalah gambar-gambar di Jalan P Ramlee, Pulau Pinang, pukul 3,20 pagi, hari ini. Hujan turun dalam tempoh 10 minit saja mengakibatkan kesan seperti di atas. Bukan hujan setahun turun sehari, kalau ikut kata Ketua Menteri. Jalan P Ramlee terletak dalam Lembangan Sungai Pinang yang ulunya di kawasan Air Itam atau kaki Bukit Bendera di mana satu kawasan yang dibangunkan dengan terlalu pesat dan berkepadatan tinggi. Kawasan bukit ditarah dan dijarah untuk buka lebih banyak kawasan bagi pembangunan hartanah.

Lebihan air hendak ke mana lagi jika tidak melimpahi tebing sungai membanjiri kawasan rendah dengan cepat. Itu sebab di Pulau Pinang namanya banjir kilat. bukan banjir besar berhari-hari dalam kategori bencana alam seperti di Kelantan. Ini banjir kilat dalam kawasan bandar, kawasan kediaman dan komersil. Persoalannya, kenapa air banjirnya berkeladak dan bercampur selut dan lumpur?

Jalan P Ramlee dalam kawasan DUN Datuk Keramat. ADUN nya adalah Jagdeep Singh Deo yang juga EXCO Perumahan. EXCO Perumahan bertanggungjawab meluluskan projek-projek perumahan. Jagdeep Singh Deo telah meluluskan banyak projek perumahan di hulu Sungai Pinang di kawasan Relau, Paya Terubong dan Air Itam.  

Jagdeep sendiri menyebabkan kesusahan yang dihadapi oleh Rakyat yang beliau juga sendiri mewakili mereka sebagai Wakil Rakyat. Bila banjir beliau akan turun ke kawasan dan berlakon menolong penduduk. Bila banjir beliau akan salahkan pihak lain sedangkan beliau sendiri adalah penyumbang kepada masalah banjir kilat ini.

Pada tahun 2012, Jagdeep Singh berkata yang dipetik akhbar Cina, kalau sekali lagi banjir, beliau akan botakkan kepala. Tahun 2017, lebih 20 kali banjir termasuk hari ini. Persoalan saya, bila YB mahu botakkan kepala?








27 @RafiziRamli Berniaga Dengan @RafiziRamli - Inbois Palsu?


Saksikan video dari Rafizi Ramli ini dulu sebelum membaca posting. Ianya bertajuk bodoh, bodoh, bodoh.


Inilah Chartered Accountant yang paling hebat di Malaysia, Rafizi Ramli. Berniaga dua syarikat milik sendiri iaitu Invoke Solution Sdn Bhd (Invoke) dan KEIP Resources Sdn Bhd (KEIP). KEIP bagi inbois kepada Invoke dan pembayaran telah dibuat pada 11/09/2017.

Jadi apa yang peliknya? Tak pelik, cuma tarikh inbois berkenaan adalah pada 22/10/2017. Tarikh inbois bulan depan tu. Ini betul-betul menyerupai watak Marty McFly dalam filem Back To The Future.

Mungkin alasan yang akan Rafizi Ramli gunakan adalah ini adalah 'prepayment' gaji bulan September. Bayar dulu gaji tetapi penyelarasan buku kira-kira (book keeping) dibuat pada bulan depan. Ini dinamakan 'creative accounting'.

Walau bagaimanapun, mengikut rekod yang dikeluarkan oleh Rafizi Ramli sendiri, Rafizi Ramli telah membayar kepada Rafizi Ramli pada 13/09/2017 (bukan 11/09/2017 sebagaimana tarikh 'PAID' pada inbois) sejumlah RM350,308.64 untuk gaji bulan September 2017 dan Oktober 2017. Sedangkan amoun dalm inbois bertarikh 22/10/2017 hanya berjumlah RM175,304.32 sahaja. Ini gaji bulan mana pulak?

Bagus betul kalau dapat pelanggan macam Rafizi Ramli ini. Semua inbois pembayaran dibuat secara 'in advance'. Seperti yang tertulis di bawah inbois berkenaan, "Thank you for your business".

September 28, 2017

18 @RafiziRamli Hendak Sekolahkan Siapa Sebenarnya Kalau Beliau Sendiri Cakap Macam Tak Sekolah?


Hari ini Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengadakan Sidang Media tidak seperti biasa. Selain daripada terlewat beberapa jam daripada masa yang dirancang, Sidang Media hari ini penuh dengan maki hamun. 

Mungkin terlalu kecewa dengan serangan balas yang dilakukan oleh Pegawai Khas Perdana Menteri, Dato Rizal Mansor dan blogger terkenal Lim Sian See, tidak kurang 50 kali perkataan bodoh disebut oleh Rafizi Ramli.

Tujuan Sidang Media hari ini adalah untuk menjawab pertuduhan daripada Dato Rizal Mansor yang beliau gelar 'Pembantu Rosmah' dan 'Skandal MAS'. Namun selepas lebih kurang 1 jam 30 minit beliau memaki hamun, beliau terlupa perihal isu kedua iaitu 'Skandal MAS'.

Terdapat beberapa kebodohan ditunjukkan oleh Rafizi Ramli di dalam Sidang Video berkenaan. Pertama, berkenaan dengan tuduhan beliau menggunakan syarikat milik beliau KEIP Resources Sdn Bhd (KEIP) untuk mengambil untung dengan membekalkan pekerja kepada Invoke Solution Sdn Bhd (Invoke), Rafizi Ramli berkata ianya adalah untuk mengelak daripada pelbagai tekanan daripada pihak berkuasa untuk membunuh syarikat berkenaan.

Ia juga bagi melindungi kerahsiaan dan keselamatan pekerja-pekerja Invoke. Bukankah ini alasan yang paling bodoh? Siapakah yang mendedahkan senarai nama dan gaji kakitangam Invoke? Bukankah Rafizi Ramli sendiri?

Kedua, Rafizi Ramli mengatakan bahawa KEIP tidak ada kena mengena dengan Invoke. Oleh itu sebarang tindakan ke atas Invoke tidak akan melibatkan KEIP. Kenapalah bodoh sangat si sotong ini. Bukankah kedua-dua syarikat ini milik beliau dan beliau adalah pemegang saham terbesar. 

Tambahan lagi, KEIP adalah satu-satunya pelanggan Invoke. Apa pula tidak ada kena mengena. Inilah sebabnya urusniaga ini dipanggil Rafizi Ramli berniaga dengan Rafizi Ramli. Sebarang tindakan ke atas Invoke pasti akan melibatkan KEIP. Tidakkah Rafizi Ramli pernah mendengar terma 'related party transaction' dalam Accounting 101?

Adakah Rafizi Ramli fikir apabila Kerajaan bertindak ke atas Invoke, KEIP akan terlepas? Bukankah kakitangan KEIP adalah juga kakitangan Invoke? KEIP mempunyai 99% pemegang saham yang sama dan KEIP adalah satu-satunya pelanggan Invoke? Bodoh!


Ketiga, Rafizi Ramli juga telah menunjukkan kepada kita inbois daripada KEIP mengenakan caj yuran pengurusan. Ini bermakna KEIP telah mengambil untung daripada Invoke. Namun begitu, inbois di atas tidak menunjukkan KEIP mengenakan sebarang cukai GST walaupun jualan (revenue) KEIP sudah melebihi RM500 ribu. 

Ini bermakna juga KEIP adalah diwajibkan mendaftar dengan Jabatan Kastan dan Eksais Di Raja Malaysia untuk mengutip cukai GST. Rafizi Ramli telah melanggar undang-undang percukaian di sini dan Jabatan Kastam wajib mengambil tindakan ke atas beliau.

Keempat, Rafizi Ramli juga mengesahkan bahawa sebanyak RM775 ribu yang diletakkan di dalam invoke terdiri daripada saham terbitan sebanyak RM250 ribu dan selebihnya adalah "shareholder's advance" atau pinjaman dari beliau sebagai pemegang saham sebanyak RM500 ribu.

Ini bermakna Rafizi Ramli menjalankan Invoke sebagai entiti perniagaan dan Invoke bertanggungjawab untuk membayar kembali RM500 ribu pada bila-bila masa. Jadi tidak betullah dakwaan Rafizi Ramli sebelum ini bahawa beliau menderma duit simpanan beliau kepada Invoke.

Kesimpulannya, di mana fitnah Dato Rizal Mansor kepada Rafizi Ramli seperti yang didakwa beliau?

1. Syarikat Invoke bayar syarikat KEIP.

2. Siapa pemilik 99% saham Invoke? Rafizi Ramli.

3. Siapa pemilik 99% saham KEIP? Rafizi Ramli.

4. Siapa yang tandatangan cek Invoke dan siapa yang tandatangan cek KEIP? Rafizi Ramli.

5. Siapa yang bodoh sebenarnya? Rafizi Ramli la.

29 @RafiziRamli Ni Jenis Orang Yang Suka Bayar GST Ka?



Umum mengetahui  Invoke Solutions Sdn Bhd (Invoke) dan KEIP Resources Sdn Bhd (KEIP) adalah dua syarikat yang dimiliki oleh Rafizi Ramli sebagai pemegang saham yang terbesar. Kedua-dua syarikat Invoke dan KEIP ditubuhkan pada masa yang sama. KEIP adalah syarikat yang membekalkan pekerja kepada Invoke. 

Ironinya sekiranya Invoke mengambil pekerja sendiri, tiada GST akan dikenakan ke atas gaji pekerja. Anehnya, Invoke pula membayar syarikat KEIP untuk membekal pekerja kepada Invoke. Maka, ini adalah satu servis dan dengan itu GST akan dikenakan ke atas KEIP. Persoalannya, mengapakah Rafizi Ramli memilih untuk meniaga dengan Rafizi Ramli dan sanggup membayar GST yang amat beliau tentang sebelum ini?

Rekod transaksi Invoke yang dibongkarkan oleh Rafizi Ramli menunjukkan sebanyak RM1.3 juta telah dibayar oleh Invoke kepada KEIP dalam tempoh 7 bulan. Ini bermakna GST yang patut dibayar sudah sebanyak RM78,000. Bagi Rafizi Ramli, wang RM78,000 tidak besar sangat ke? 

Atau adakah RM78,000 ini dikira duit kecil dan patut dibayar kerana mendapat lebih banyak laba dan faedah lain kalau berniaga dengan diri sendiri? Rafizi Ramli ini jenis manusia yang suka membayar GST kah? Sudah berdaftarkah syarikat KEIP milik Rafizi Ramli dengan GST? Lambat daftar ataupun tidak bayar GST, adalah sesuatu kesalahan di bawah akta GST. Itu rasanya Rafizi Ramli tahu sebab beliaukan Akauntan Bertauliah. Untuk rekod, setakat 27/09/2017, carian ke atas Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja Malaysia mendapati KEIP masih belum berdaftar untuk GST.


63 Pesta Beer Di Klang, Mari Datang Ramai-Ramai!


Pusing sana, pusing sini, akhirnya Festival Beer 2017 akan tetap diadakan di Selangor, lebih tepat lagi di Centro Mall, Klang. Seperti kata Menteri Besar Selangor, kelulusan penganjuran festival beer ini tertakluk kepada syarat dan peraturan di bawah kuasa Majlis Perbandaran Tempatan. Majlis Perbandaran Klang (MPK) telahpun memberi lampu hijau kepada Central Mall untuk mengadakan festival beer berkenaan. MPK pula mungkin berhasrat untuk menipu Malaikat Roqib dan Atid, mengariskan syarat perkataan 'Octoberfest' tidak boleh digunakan.

Bijak kan MPK? Perkataan 'Octoberfest' tidak boleh digunakan tetapi festival beer tetap berjalan. Untuk pengetahuan maca-macai DAP, 'Octoberfest' tidak lagi digunakan sebagai tema pada tahun ini, sebaliknya nama tema adalah 'Better Beer Festival 2017'. Memanglah nama 'Octoberfest' tidak akan digunakan, bongok! Hendak lulus, lulus sajalah. Jangan layan pemikiran kita macam budak bodoh.

Majlis yang tidak boleh guna nama 'Octoberfest' ini akan berlangsung pada 12 dan 13 October bermula jam 5.00 petang hingga 11.00 malam. Bagi yang berkeluarga, jauhilah dari pasaraya Centro Mall berkenaan pada tarikh dan masa berkenaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. Bagi Menteri Besar Selangor pula, keinginan DAP telah dipenuhi tanpa beliau perlu berterus terang meluluskan pesta berkenaan. 

Persoalannya, adakah beliau tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan kelulusan MPK itu, sekiranya beliau mahu? Atau adakah skrip politiknya, sehari dua sebelum tarikh tersebut diadakan, Menteri Besar Selangor akan mengumumkan pembatalan festival beer berkenaan? Nampaklah DS Azmin Ali menjadi hero dan berjaya menjuarai hati Rakyat setelah pelbagai kecaman dan bantahan dari Rakyat diterima. Alaaa ... bukan susah nak baca pun.


September 27, 2017

3 DAP Hanya Menggunakan PKR, PAN Dan PBBM Untuk Menjayakan Matlamat Mereka

Ketua Penerangan UMNO, TS Annuar Musa berkata DAP hanya menggunakan parti gabungan seperti PKR, PAN dan PPBM untuk menjayakan matlamat mereka. Beliau menambah, realitinya dalam dunia politik hari ini hanya mempunyai dua parti sahaja yang mempunyai DNA sendiri, iaitu UMNO dan DAP. 

Menurutnya, UMNO adalah sebuah parti yang akan memperjuangkan bangsa Melayu dan Islam, tetapi DAP ingin meletakkan semua hak adalah sama-rata. TS Annuar Musa ketika temubual bersama Berita Harian Online, dalam wawancara bertajuk "PRU 14 - Antara Mimpi dan Realiti", berkata, 
Yang betul-betul ada DNA sendiri hanyalah UMNO dan DAP. DAP boleh menyamar sana sini, DAP boleh rombak semua yang UMNO buat, UMNO dan PAS pula betul-betul nak tegakkan Islam tetapi DAP takkan letakkan agama Islam di tempat yang tertinggi.
Lee Kuan Yew iaitu Pengasas DAP dah cakap antara pencapaian yang tidak dapat dicapai adalah kerana Islam, begitu juga dengan DAP yang fobia Islam, sebab itu duduk dalam Pakatan dia kawal PKR, jangan langgar benda yang dia cakap.
DAP kuasai hampir 50 kerusi dia kawal malah DAP juga parti lama, dia bijak. Dalam PKR ada agen DAP sebab DAP bukan parti kecil, DAP ada ideologi, kalau parti lain itu ibarat bunga dengan buah silat sahaja,” katanya ketika tembual bersama BH Online, Rabu.
TS Annuar Musa berkata, DAP menjadikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai 'alat' untuk memecahkan undi Melayu di Semenanjung serta melemahkan pengaruh parti dominan di Sabah dan Sarawak bagi menewaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). 

Beliau menambah, DAP menerusi Pakatan Harapan menggunakan strategi itu dengan harapan dapat membentuk kerajaan Persekutuan dengan merampas sehingga 50 kerusi Parlimen tertentu di Sabah dan Sarawak dalam PRU akan datang. Bagaimanapun, TS Annuar Musa berkata, DAP harus sedar strategi parti itu tidak mudah diterima pengundi terutama orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Saya hendak tegaskan DAP jangan mimpi orang Melayu akan menerima begitu saja taktik mereka. Jika mereka anggap mereka boleh lakukan di Sabah dan Sarawak, mereka sebenarnya silap. Apa yang DAP lakukan ini hanya akan mendorong rakyat Bumiputera di Sabah dan Sarawak lebih bersatu. Di Semenanjung pula, orang Islam dan Melayu akan lebih bersatu.
Ikutilah temubual Ketua Penerangan UMNO selanjutnya di bawah:

71 Apa Ada Dengan INVOKE? @RafiziRamli Bayar @RafiziRamli?



Dato Rizal Mansor, hari ini membuat pendedahan gempar di dalam laman sosial Facebook beliau pagi ini. Baca di sini. Rafizi Ramli dalam kenyataannya pada 24/09/2017 di perkara nombor 5 menjawab seperti berikut tentang persoalan mengenai kakitangan INVOKE:
Kakitangan INVOKE menandatangani kontrak perjawatan dengan sebuah syarikat yang bernama KEIP Resources Sdn Bhd. KEIP Resources Sdn Bhd pula menandatangani satu perjanjian membekalkan sumber manusia mengikut keperluan INVOKE dari semasa ke semasa. Kontrak perjawatan kakitangan dimuktamadkan begini dengan mengambil kira perkara-perkara bersabit undang-undang buruh dan perkara-perkara lain.
Soalan kepada Rafizi Ramli, adakah kontrak perjawatan kakitangan dimuktamad sebegitu kerana mengambil kira undang-undang buruh atau taktik Rafizi mahu mengalihkan duit yang disumbangkan orang ramai ke dalam INVOKE  untuk dibawa ke syarikat sendiri?

Dalam bab membohong orang ramai dan memfitnah saya terpaksa memberi tabik hormat kepada Rafizi Ramli. Kepakaran beliau berbohong dan berimaginasi berada di luar jangkauan pemikiran manusia normal. Sebagaimana dia berimaginasi seolah-olah beliau bersama-sama Perdana Menteri (PM) dalam lawatan ke Amerika baru-baru ini.

Beliau memberitahu bagaimana keluarga PM mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika di Trump Tower New York. Jangan kata pegawai-pegawai PM sahaja yang terkejut, pencuci bangunan di Trump Tower New York pun terkejut. Kerana dalam lawatan ke Amerika baru-baru ini PM tidak ke New York pun.

Berbalik kepada kisah KEIP dan INVOKE. Mengikut rekod gaji yang dipamerkan oleh Rafizi menunjukkan Invoke Solutions Sdn Bhd, telah membayar KEIP Resources Sdn Bhd bermula dari RM 147,974.30 hingga RM 350,608.64 , dari Mac hingga September 2017. Hampir RM 1.3 juta telah dibayar kepada KEIP dalam tempoh 7 bulan itu. (Rujuk gambar yang disertakan di bahagian yang bertanda kuning).

Mengikut senarai itu juga, menunjukkan INVOKE tidak membuat sebarang pembayaran kepada KEIP pada bulan Julai. Hanya selepas berjaya mengutip derma RM1.5 juta dari orang ramai pada Ogos, Invoke telah membayar kepada KEIP sebanyak dua kali pada 28/08/2017. Pembayaran pertama RM 160,349.95 dan pembayaran kedua RM 156,132.10.

Manakala bulan September pula INVOKE membuat pembayaran kepada KEIP, sebanyak RM350,608.64. Kelihatan tanda-tanda yang jelas bagaimana INVOKE bermewah-mewah dan 'kenduri sakan' selepas berjaya mengutip derma jutaan ringgit dari orang ramai.

Siapakah KEIP RESOURCES SDN BHD? 

Inilah bahagian yang agak menarik. Alamat berdaftar KEIP adalah di Temerloh. Bagaimanapun berdasarkan slip bayaran KWSP dan SOCSO yang ditunjukkan oleh Rafizi menunjukkan KEIP Resources beroperasi bersebelahan atau berhampiran dengan pejabat INVOKE. Semakan juga mendapati KEIP Resources tidak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan membekal tenaga kerja atau perkara bersangkutan seperti yang didakwa oleh Rafizi.

Milik siapakah KEIP RESOURCES SDN BHD?

Mengikut carian yang dilakukan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan pemegang saham utama syarikat itu bernama MOHD RAFIZI BIN RAMLI. Yang memegang sebanyak 10,050 saham. Individu yang bernama MOHD RAFIZI BIN RAMLI yang sama juga (berdasarkan nombor kad pengenalan), adalah pemegang saham terbesar dalam INVOKE SOLUTIONS SDN BHD. Iaitu sebanyak 250,000 saham.

Kesimpulannya apa?

Kesimpulannya, Rafizi Ramli membekal tenaga kerja kepada Rafizi Ramli. Dan Rafizi Ramli pula membayar kepada Rafizi Ramli ratusan ribu sebulan atas nama membekalkan sumber manusia. Hasil duit yang dikutip dari orang ramai. Campur tolak kali bahagi, akhirnya dia juga yang untung. Yang menjadi mangsa adalah orang ramai yang diperdaya untuk memberi derma kepadanya.




24 Dobi Muslim Ekstrem? Biarlah, Bukan Guna Duit Mufti @drmazacom


Saya tidak nampak apa masalahnya seorang pengusaha Islam ingin membuka kedai dobi yang berkongsepkan kesucian dan 'target market' dan 'market segmentation' beliau bertumpu kepada orang-orang Islam sahaja. Itu risiko yang peniaga berkenaan ambil. Perniagaan beliau, modal beliau, untung dan rugi juga beliau, kenapa kita pula yang melompat?

Tertarik dengan pandangan yang dilontarkan oleh Mufti Perlis, DS Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang mengatakan 'Dobi Islam' adalah amalan sempit dan ke arah ekstrem. Minta maaf, setakat ini saya belum jumpa komen beliau mengenai pesta 'Better Beer Festival 2017'. Adakah beliau bersetuju dengan festival berkenaan atau tidak? 

Kenapa beliau mesti membuat komen mengenai perkara-perkara cabang seperti dobi Islam dan tidak menumpukan kepada perkara pokok seperti pesta beer? Pemimpin DAP, Datuk Zaid Ibrahim meminta golongan muda berhijrah ke London kerana Malaysia tidak mengalakkan pesta beer, apa komen Mufti Perlis?


Berbalik kepada 'Dobi Islam', golongan bukan Islam tidak perlulah pergi melanggan di kedai berkenaan. Banyak lagi kedai dobi di pasaran. Seperti mana di pasaraya kepunyaan orang-orang bukan Islam seperti Speedmart  yang ada satu ruangan khas untuk barangan bukan halal seperti alkohol, babi di dalam tin dan sebagainya, orang-orang Islam ada pilihan sama ada hendak mengelakkan kedai berkenaan atau menjauhi bahagian tidak halal berkenaan. Apa masalahnya?

Jika kedai makan atau restoran yang menghidangkan makanan 'non-halal', ianya menghalang orang-orang Islam dari makan dan minum di premis berkenaan. Samalah juga jika kedai dobi yang tawarkan dobi layan diri yang bersih dan suci untuk dapatkan keyakinan sasaran pelanggannya. Itu satu keputusan perniagaan oleh pengusaha. Basuh baju bukan nak bagi bersih sahaja, ianya perlu juga suci. Tak begitu Dato Mufti?

Kesimpulannya, Kedai dobi pula bukanlah satu perniagaan monopoli yang memerlukan campur tangan kerajaan untuk memaksa peniaga berkenaan menerima semua pelanggan.

Nota Kaki: Samalah juga kes seperti contoh di bawah di mana majikan syarikat berkenaan hanya mencari pekerja-pekerja keturunan Cina saja. Itu hak mereka. Pekerja lain seperti Melayu, Inda, Iban, Bidayuh carilah majikan lain kalau hendak bekerja. Pilihan di tangan anda.



September 26, 2017

22 Apa Masalahnya Kalau Gelaran 'Bapa Sekolah Tamil' Sekalipun?


Tidak pasti apa yang melucukan sangat apabila portal pembangkang paling aktif, Suara Rakyat dan Ketua Cytro PKR, Ratu Naga membuat momokan dan bahan lucuan dengan mengelarkan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak sebagai 'Bapa Sekolah Tamil'.

Apa masalahnya dengan gelaran 'Bapa Sekolah Tamil'? Hina sangatkan kaum India di Malaysia? Hina sangatkah Sekolah Tamil? Lebih baik menjadi 'Bapa Sekolah Tamil' daripada menjadi 'Bapa Tak Tau', 'Bapa Tak Ingat' atau 'Bapa Sodomi'.

September 25, 2017

52 Memang Benar, Janji Atasi Banjir Sepenggal Oleh @cmlimguaneng Bukan Di Penang, Tapi Di Pahang


Apabila teruk dikritik dengan banjir kilat yang tidak sudah-sudah berlaku di Pulau Pinang, Ketua Menterinya, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan menyelesaikan masalah banjir di negeri itu dalam masa sepenggal.

Betul. Apa yang sebenarnya berlaku adalah Setiausaha Agong DAP ketika berlangsung Konvensyen DAP Ke 17 Selangor, beberapa bulan selepas PRU ke 13 berjanji akan menyelesaikan banjir di Pahang sekiranya DAP menang di negeri itu dan Putrajaya. Kata Joseph Lim Guan Eng,
We promise. If we win in Pahang and if we win in Putrajaya, give us one term and the floods in Pahang will be resolved.
Persoalannnya dengan peruntukan yang banyak diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dan Rejim Pulau Pinang sendiri lebih dari mampu untuk mengadakan usaha mengawal banjir, negeri itu tidak mampu untuk menyelesaikan masalah banjir. 

Kos RM305 juta untuk laporan Terowong Dasar Laut boleh disediakan, kenapa beri alasan untuk projek tembatan banjir yang jauh lebih murah? Ada hati pula Joseph Lim Guan Eng hendak menyelsaikan masalah banjir di Pahang.



Kedua, ADUN Pulau Pinang, Ng Wai Aik pernah membentangkan banner bersama penduduk JKKK Taman Trafik yang berbunyi "40 years' flood solved in 9 months'. Itu hanya 9 bulan. Tidak sampaipun satu penggal.



Ketiga, di dalam satu ceramah, Joseph Lim Guan Eng berkata banjir kilat berlaku kerana wujudnya rasuah. Sejak 2015, 23 banjir kilat telah direkodkan di Pulau Pinang. Adakah ini bermakna rasuah berlaku secara berleluasa di Pulau Pinang sejak 2015? Tonton video ceramah Joseph Lim Guan Eng di bawah:

13 @AzminAli Ancam Saman Utusan Malaysia Isu Pesta Arak, Diharap Tajuk Berita Bertukar Esok


Menteri Besar DS Azmin Ali akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia di atas muka depan akhbar itu mendakwa beliau benar pesta arak di Selangor.

Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong mencabar Utusan Malaysia mengemukakan bukti Azmin mengeluarkan dakwaan sedemikian.

Kita menjangkakan tajuk dan berita mengenai Pesta Arak di Selangor akan berubah di dalam muka depan Utusan Malaysia esok, lebih kurang seperti di bawah (telah ditilik oleh rakan Facebook Ab Jalil Backer):

Ralat : Festival Beer - Azmin Ali Tiada Pendirian

Kuala Lumpur - Utusan Malaysia hari ini memohon maaf tanpa syarat kerana tersilap dan terkhilaf membuat laporan Menteri Besar Selangor, Dato Sri Azmin Ali bersedia untuk meluluskan 'Better Beer Festival 2017' di Selangor.

Azmin Ali memyatakan beliau belum ada pendirian terhadap pesta beer berkenAn dan menyerahkan kepada pihak berkuasa tempatan di bawah EXCO Ean Yong Hian Wah untuk membuat keputusan.

77 Sekembali Dari 'Menjual' Selangor Ke China, @AzminAli Setuju 'Festival Beer 2017' Dibuat Di Selangor



Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali baru sahaja selesai mengadakan lawatan ke China dengan alasan untuk menarik lebih banyak pelaburan ke China. Sebelum ini, kejayaan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak membawa sejumlah pelaburan yang besar ini telah dijadikan modal politik apabila pihak pembangkang mendakwa Kerajaan Persekutuan sedang menjual negara kepada China.

Lawatan Azmin Ali ini juga jelas adalah suatu lagi tindakan hipokrit oleh pihak pembangkang yang selama ini menyatakan segala usaha pelaburan yang dibuat Kerajaan Persekutuan di China sebagai sesuatu yang tidak memberi keuntungan kepada negara. Rakyat tidak lupa juga sikap hipokrit pembangkang apabila kerajaan negeri Pulau Pinang turut sama mendapatkan pinjaman dari negara China bagi menampung perbelanjaan pembangunan di negeri tersebut. 

Kini, setelah kembali ke tanahair, Azmin Ali telah menamatkan polemik festival arak yang menjadi kontroversi setelah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan festival berkenaan diadakan di Kuala Lumpur dengan alasan keselamatan. Tahniah Azmin Ali kerana menjadi hero kepada DAP di Selangor dengan membenarkan pesta berkenaan menjadi kenyataan. 'Octo Beer Fest' bukan perkara baru di Selangor. Ianaya disambut sejak 2011 lagi. Baca di sini. Ini pula sewaktu pesta berkenaan disambut meriah oleh Wakil Rakyat DAP / PKR Selangor pada 2014. Baca di sini.

Nota Kaki: Untuk pengetahuan Menteri Besar Selangor, pihak polis Glasgow telahpun mengharamkan Oktoberfest pada tahun 2016 disebabkan berlaku keganasan pada festival tahun sebelumnua. Baca di sini.

1 MCA Hadapi PRU Ke 14 Dengan 50 Peratus Muka Baharu


Presiden MCA DS Liow Tiong Lai berkata lebih 50 peratus calon MCA di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 terdiri daripada muka baharu. MCA kata DS Liow  telah pun mengemukakan senarai penuh calon kepada Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri DS Najib Tun Razak untuk pertimbangan dan dimuktamadkan. MCA berpuas hati dengan muka baharu, calon MCA kata beliau bekerja keras di lapangan. Menurut DS Liow lagi, momentum dan rasa yakin itu ada, masyarakat gembira dengan perkhidmatan yang disediakan oleh calon yang diketengahkan oleh MCA.

Dalam pada itu, DS Liow mengesa masyarakat di Kuala Lumpur kembali memberi sokongan kepada MCA, dan Barisan Nasional (BN) dalam PRU yang akan datang, kerana hanya gagasan itu yang mampu meneruskan kesinambungan pembangunan negara. DS Liow, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata jika sokongan terus diberikan kepada Pakatan Harapan, terutamanya DAP, ia hanya akan merugikan negara kerana pakatan pembangkang itu lebih cenderung untuk menyekat pembangunan negara serta membelakangkan kepentingan rakyat.

Hari ini kita dapat lihat pembangkang menggunakan pelbagai isu, memanipulasi isu, sehinggakan pelaburan China ke negara ini juga dipersoalkan. Kerajaan Pusat bersusah payah mewujudkan bilateral dan hubungan diplomatik yang baik dengan KLerajaan China, tapi pembangkang persoalkan pelaburan negara asing, dan telah mengumumkan akan batalkan projek High Speed Rail sekiranya mereka memerintah negara dan sebagainya. 

Ironinya, lawatan Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali ke China baru-baru ini juga jelas adalah suatu lagi tindakan hipokrit oleh pihak pembangkang yang selama ini menyatakan segala usaha pelaburan yang dibuat Kerajaan Persekutuan sebagai sesuatu yang tidak memberi keuntungan kepada negara. Harus diingatkan di sini, keberadaan DS Azmin Ali di negara China tidak mungkin akan berlaku jika tiadanya usaha yang dibuat oleh Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan.

DS Liow, berkata selepas merasmikan Konvesyen Tahunan MCA Wilayah Persekutuan, pembangkang jelas berniat untuk membalas dendam, pentingkan nafsu peribadi, bukan atas kepentingan rakyat. Sebab itu DS Liow menegaskan penduduk di Kuala Lumpur perlu sokong BN dan MCA kerana Kuala Lumpur akan jadi Greater KL yang akan menjadi pemangkin ekonomi negara, membawa pembangunan pesat, bukan sahaja kepada Kuala Lumpur, tetapi juga kepada seluruh negara.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates